Bookchapter_fp26-Remaja UTM

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    1/184

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    2/184

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    3/184

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    4/184

    Edisi Pertama 2007

    © AZIZI HJ. YAHAYA, SHAHRIN HASHIM & YUSOF BOON 2007

    Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum

    mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &

    Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim,

    Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Masalah sosial dalam kalangan remaja / editor Azizi Yahaya, Shahrin Hashim,

    Yusof Boon.Mengandungi indeks

    ISBN 978-983-52-0527-9

    1. Teenagers--Malaysia--Social conditions. 2. Juvenile delinquency--

    Malaysia. I. Azizi Yahya. II. Shahrin Hashim. III. Yusof Boon. IV. Judul.

    364.3609595

     Pereka Kulit : MOHD. NAZIR MD. BASRI &

    MOHD ASMAWIDIN BIDIN

    Diatur huruf oleh / Typeset byAZIZI HJ. YAHAYA & RAKAN-RAKAN

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    81310 Skudai

    Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

    Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

    PENERBIT

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,

    81300 Skudai,

    Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.

    (PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/

    MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)

    Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

    UNIVISION PRESS

    Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya

    43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

    MALAYSIA 

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    5/184

    KANDUNGAN

    Prakata  vii

    Bab 1 Alam Remaja

    Azizi Yahaya & Nurulhuda Azizi

    1

    Bab 2 Gaya dan Citarasa Remaja

    Shahrin Hashim

    17

    Bab 3 Juvana Di MalaysiaYusof Boon & Nurul Ezzati Azizi 28

    Bab 4 Institusi Pemulihan Juvana

    Azizi Yahaya 61

    Bab 5 Pemulihan Juvana

    Shahrin Hashim & Yusof Boon

    95

    Bab 6 Mengapa Remaja Terlibat Dengan Aktiviti

    Gengsterisme

    Shahrin Hashim

    108

    Bab 7 Pembentukan Sahsiah Remaja Melalui

    Konsep Kendiri

    Shahrin Hashim

    126

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    6/184

    vi Kandungan 

    Bab 8 Mengapa Remaja Menjadi Bulisme 

    Azizi Yahaya 137

    Bab 9 Isu-Isu Remaja Suka Melepak

    Shahrin Hashim & Yusof Boon

    158

    Indeks 175

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    7/184

    PRAKATA

    Masalah juvana bukanlah sesuatu isu yang asing. Malah ia telah

    wujud di dunia sejak beribu tahun dahulu. Di negara kita isu ini

    telah disedari dan ditangani sejak zaman British lagi. Berbagai- bagai peruntukan undang-undang telah digubal untuk menangani

    remaja yang terlibat dengan jenayah.

    Buku Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja ini cuba

    untuk memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan jenayah remaja.

    Beberapa teori bagaimana remaja memperoleh tingkah devian

    dipaparkan untuk membantu pembaca mengetahui punca-punca

    remaja terjebak dengan jenayah. Di samping itu buku ini juga

    membincangkan ciri-ciri perkembangan remaja dan bagaimana

     perkembangan itu boleh terpesong kepada perlakuan devian.

    Terdapat juga bab yang membincangkan faktor-faktor yang

    mempengaruhi perlakuan devian di kalangan remaja. Selain faktor

    didikan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya , faktor budaya kongsi

    yang mempengaruhi perlakuan devian remaja gelap jugadibincangkan. Isu penderaan pelajar di asrama-asrama sekolah

     juga dibincangkan untuk memberi gambaran kepada pembaca

    tentang bagaimana pelajar-pelajar di asrama terlibat dengan

     perlakuan-perlakuan anti sosial.

    Selain itu buku ini juga memaparkan maklumat-maklumat

     berkenaan pusat-pusat yang bertanggung jawab memulihkan

     pesalah juvana. Antara maklumat yang boleh dikongsi oleh pembaca ialah tentang sejarah penubuhannya, peranan dan

    gambaran kehidupan di pusat-pusat ini. Program-program

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    8/184

      Prakata viii

     pemulihan dan bimbingan untuk para penghuni pusat-pusat

     pemulihan ini juga dibincangkan.

    Buku ini sesuai dibaca oleh para ibu bapa, kaunselor

    sekolah, guru-guru disiplin dan orang perseorangan yang berminat

    untuk membantu menguruskan remaja bermasalah.

    Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk

    mengucapkan terima kasih kepada pelajar sarjana psikologi

     pendidikan kerana membenarkan disertasi mereka dijadikan bahan

    rujukan asal tesis yang banyak memberikan maklumat untuk penulisan buku ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak terutama

     pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sudi

    memberi berbagai maklumat untuk penulisan buku ini.

    Azizi Yahaya

    Shahrin Hashim

    Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    2007 

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    9/184

     

    1 Alam Remaja

    Azizi Yahaya

     Nurulhuda Azizi

    PENGENALAN 

    Secara umumnya remaja dikenali sebagai budak-budak belasan

    tahun. Istilah remaja atau adolescence berasal dari perkataan Latin

    yang membawa makna semakin bertambah matang. Mengikut

    kamus Oxford remaja atau adolescence ialah tempoh umur

    seseorang antara zaman kanak-kanak hingga dewasa. Kamus

    Webster pula menerangkan istilah remaja sebagai satu peringkat

    hidup manusia di antara baligh atau puberty dengan dewasa.

    Peringkat remaja merupakan zaman peralihan daripada

    zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Remaja akan mengalami

     perubahan-perubahan fizikal yang ketara dan juga perubahan-

     perubahan kognitif dan sosial. Remaja akan mencapai dewasa

    apabila pertumbuhan fizikal sudah berhenti iaitu apabila telah

    mencapai umur 20 tahun.

    Perkembangan Remaja

    Perkembangan remaja terbahagi dua peringkat iaitu awal remaja

    dan akhir remaja. Peringkat awal remaja ialah ketika remaja

     berumur 12 hingga 15 tahun. Manakala peringkat akhir remaja

    ialah ketika remaja berumur antara 16-20 tahun. Pada peringkat- peringkat remaja ini mereka mengalami perkembanagan psikologi

    dan jasmani .

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    10/184

    2  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Perkembangan Fizikal psikologi dan Jasmani Awal Remaja

    Tanda awal remaja ditandai oleh perubahan-perubahan fizikal,

    fisiologi dan psikologi. Dalam Islam perubahan-perubahan ini

    dikenali sebagai tanda-tanda akil baligh. Tanda-tanda baligh

    kanak-kanak perempuan biasanya lebih awal dua tahun daripada

    kanak-kanak lelaki. Umur baligh yang biasa bagi kanak-kanak

     perempuan ialah 9 tahun manakala lelaki 12 tahun.

    Perubahan rupa bentuk badan kesan tanda-tanda baligh inimempengaruhi perkembangan psikologi individu. Bagi kanak-

    kanak lelaki akan berubah menjadi lelaki muda dan kanak-kanak

     perempuan pula akan mempunyai ciri-ciri kewanitaan.

    Baligh bermula dengan penghasilan hormon gonadotropik

    oleh kelenjar pituitari yang merangsang pengeluaran beberapa

     jenis hormon lain seperti estrogen, androgen, testrogen dan

     progesteron. Hormon-hormon ini berbeza kadar rembesannyamengikut jantina. Hormon androgen dalam badan lelaki

    mempengaruhi perkembangan rupa fizikal badan seperti

    menggalakan pertumbuhan bulu roma termasuk misai , janggut dan

    suara garau. Dalam badan perempuan pula terdapat hormon

    estrogen Hormon ini mempengaruhi pembentukan fizikal seperti

     pembesaran dada, suara halus dan kulit yang halus. Hormon

     progestrone pada wanita menyebabkan kitaran haid. Hormon

    testeron pula menghasilkan sel-sel sperma pada lelaki. Perubahan-

     perubahan fizikal ini juga meningkatkan keinginan bagi

    mengalami rasa enak berdamping dengan pasangan jantina yang

     berlainan.

    Kandungan hormon yang betul mengikut jantina akan

    membentuk fizikal sesuai dengan jantinanya. Rupa paras dan

     bentuk fizikal badan ini akan mempengaruhi pembentukan konsepkendiri remaja. Kandungan hormon yang tak selaras dengan

     jantina (Andrenogenital Syndrome - AGS) akan menyebabkan

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    11/184

     Alam Remaja  3 

     pembentukan fizikal yang tak kongruen dengan jantina.

    Contohnya remaja lelaki yang kelenjar estrogennya merembeskan

     banyak hormon akan menyebabkan dadanya membesar dansuaranya menjadi halus (Houston, 1983). Rupa fisikal yang

     berlainan daripada kebiasaan sedikit sebanyak akan mempengaruhi

     pembinaan konsep kendiri remaja.

    Aspek Perkembangan Mental Awal Remaja

    Pada peringkat bacaan amat penting bagi kanak-kanak. Kemahuan

    membaca dengan tujuan hiburan sampai ke kemucaknya danselepas itu bacaan individu ditentukan oleh kecenderungan dan

    kemahuannya untuk menambahakan pengetahuan dan pengalaman.

    Apabila kanak-kanak ini mencapai peringkat remaja sepatutnya

    mereka sudah boleh memahami idea-idea yang lebih mendalam.

    Mereka dapat membuat imaginasi tentang apa yang berlaku di

    dalam suatu keadaan dan berkebolehan membuat hipotesis untuk

     penyelesaian masalah. Mereka juga berkebolehan memahami prinsip akhlak dan mempunyai kesedaran tentang membina

    falsafah hidup mereka sendiri, etika, politik dan agama.

    Sekiranya remaja ini gagal mengalami perkembangan

    mental sejajar dengan umurnya, akan wujud masalah-masalah

    delikuen. Remaja yang gagal membaca dan menulis dengan lancar

    sudah pasti akan menghadapi kesukaran dalam alam persekolahan

    di peringkat menengah. Mata pelajaran yang bertambah dan isikandungan pelajaran yang semangkin sukar akan menyebabkan

    mereka tertinggal jauh di belakang. Persekolahan menjadi

    membosankan kerana mereka sering menjadi sasaran guru.

    Akhirnya remaja ini akan terdorong untuk melakukan delinkuen

    seperti ponteng sekolah, bergaduh dan vandalisme.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    12/184

    4  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Aspek Perkembangan Emosi Awal Remaja

    Remaja peringkat ini mempunyai minat yang lebih terhadap diri

    mereka sendiri. Mereka telah memikir tentang peranan jantina dan

    cenderung mengambil tahu apakah sifat orang lain terhadap diri

    mereka. Emosi mereka bertambah sensitif dan ada juga terdapat

    remaja yang tidak dapat mengawal emosi mereka.

    Remaja biasanya tidak sabar dan bertindak mengikut

    fikiran sahaja. Segala kemahuan mesti dituruti dan jika gagal

    mereka akan cepat menunjukkan rasa tidak puas hati. Rasa tidak

     puas hati akan ditunjukkan oleh perlakuan agresif. Sebagai contoh

    seorang remaja lelaki yang meminta wang dari ibunya untuk

    membeli wang ditolak akan meluahkan rasa tidak puas hatinya

    dengan menyakiti hati adiknya atau sekurang-kurangnya akan

    menendang kucing yang mungkin berdekatan dengannya. Remaja

     peringkat ini juga dapat menilai sifat ibu bapa dan guru denganlebih objektif lagi. Contohnya mereka boleh menilai sama ada

     pujian guru ikhlas atau menyindir.

    Aspek Perkembangan Sahsiah atau Sosial Awal Remaja

    Perkembangan sahsiah berkait rapat dengan perkembangan sosial

    mereka. Budaya mereka menentukan had peluang fizikal , kognitifdan perkembangan sosial. Mereka mahu diri mereka mahu dihargai

    dan dihormati. Mereka senang hati sekiranya idea dan fikiran

    mereka didengar dan ditimbang oleh orang dewasa. Mereka akan

    merasa cepat berkecil hati sekiranya dikecam atau dikritik.

    Pada peringkat ini remaja sudah mempunyai rasa malu

    apabila bersama-sama dengan remaja yang berlainan jantina.

    Mereka lebih suka bergaul denga rakan sejantina mereka. Hal inimungkin kerana terdapat perbezaan kematangan di mana remaja

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    13/184

     Alam Remaja  5 

     perempuan kelihatan lebih matang dari segi fizikal.

    Aspek Perkembangan Bahasa Awal Remaja

    Pada peringkat ini remaja sudahpun dapat menggunakan bahasa

     bagi konsep yang lebih konkrit, pergantungan mereka pada

    gambaran mental semakin berkurangan. Mereka sudah cekap

    menggunakan bahasa bagi menyatakan apa yang ada dalam

     pemikiran mereka. Di peringkat ini mereka telah cuba memikirkan

    sesuatu perkara yang telah lalu dan akan datang aspek-aspek yang

    diperlukan.

    Sekiranya perkembangan bahasa ini tidak mencapai tahap

    yang sepatautnya, ia boleh mendatangkan kesulitan kepada

    remaja. Remaja menjadi lebih pasif semasa di dalam kelas.

    Mereka sentiasa berharap agar guru tidak menyoal mereka. Hal

    ini kerana kelemahan berbahasa menyukarkan mereka untukmenyatakan jawapan yang terdapat dalam fikiran mereka.

    Perkembangan Peringkat Akhir Remaja

    Umur peringkat akhir remaja ialah lingkungan 15-20 tahun

    Aspek Perkembangan Psikomotor/Jasmani Akhir Remaja

    Pada peringkat ini hampir semua remaja perempuan telah

    mencapai tinggi maksimum. Tetapi remaja lelaki masih mengalami

     pertumbuhan. Remaja adalah lebih menyedari akan pertumbuhan

    mereka dan sebab itu mereka berusaha untuk mencantikkan badan

    mereka sehingga mengganggu pelajaran mereka.

    Pada peringkat ini remaja sudah berani menampilkanfesyen yang diingini. Mereka sudah berani mewarna rambut,

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    14/184

    6  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    memotong rambut mengikut fesyen tertentu, menindik telinga atau

    hidung dan sebagainya. Mereka juga sudah cekap bersolek

    menggunakan alat-alat make up.

    Kematangan jantina juga mengakibatkan perubahan

    kelenjar jantina dan menimbulkan keadaan yang tidak seimbang

     bagi kebanyakkan remaja desakan jantina yang kuat menyebabkan

    timbulnya keadaan yang tidak menyenangkan. Keadaan ini timbul

    dari dua keadaan yang berlainan.

    •  Pada setengah pihak kepuasan nafsu sebelum nikah

    adalah ditegah.

    •  Desakan hidup semakin bertambah dengan adanya

     perasaan ingin tahu dan anggapan bahawa

    seseorang itu mesti melakukan perhubungan jantina

    untuk dianggap normal.

    Perkembangan Mental Akhir Remaja

    Pada peringkat ini remaja menunjukkan kesungguhan dalam

    sesuatu aktiviti tertentu seperti berlakun, menari, bermuzik dan

    lain-lain lagi. Kemampuan intelek pula di peringkat ini

    menyegarkan minat kesanggupan dan aktiviti dalam sastera, sains

    dan kemanusiaan serta falsafah.

    Remaja boleh menaakul dan boleh menyelesaikan masalahyang hanya dalam linkungan kefahaman atau pengalaman mereka.

    Pengalaman banyak menolong mereka menggunakan akal fikiran

    dan perkembangan mental khususnya mengembangkan idea-idea.

    Mereka juga boleh ditolong mengawal imaginasinya dengan cara

    menghargai perasaan mereka dengan lebih baik. Remaja pada

     peringkat ini juga adalah digerakkan oleh kesukaan semula jadi

    untuk belajar dan melakukan sesuatu. 

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    15/184

     Alam Remaja  7 

    Perkembangan Emosi Akhir Remaja

    Pertukaran pada zaman remaja kepada zaman dewasa

    menyebabkan aspek ini dijadikan sebagai ketegangan dan tekanan.

    Remaja mengalami rasa ingin bebas walaupun mereka tetap sayang

    ibu bapa dan memerlukan kasih sayang mereka tetapi ianya

    menjadi kritikal kepada mereka dan tidak mahu menerima nasihat

    mereka.

    Pada peringkat ini rumah tidak menjadi minat mereka dan

    mereka lebih minat berhubung diri dengan orang yang bukan dari

    ahli keluarga mereka. Kebanyakkan remaja pada peringkat ini

    menyanjung tinggi dan memuji orang yang lebih dewasa yang

    mereka terima sebagai model. Oleh sebab mereka mendapati

    ketegangan kerap dengan kerap dengan ibu bapa mereka. Jadi guru

    adalah diperlukan untuk mendapati simpati dan nasihat.

    Perkembangan Sosial/Sahsiah Akhir Remaja

    Dalam setengah-setengah keadaan kejadian merendah diri

    mungkin menghasilkan tingkah laku yang tidak normal. Remaja

    yang sedar akan cuba mengelakkan dari mengadakan hubungan

    sosial yang baru dan tidak mahu mengambil bahagian dalam

     perhubungan sosial. Kebanyakkan masalah remaja adalahdisebabkan oleh bagaimana mereka berhubung dan menerima

    layanan dari orang lain.

    Rasa hampa di peringkat ini juga disebabkan oleh ibu bapa

    setengahnya tidak menerima dan mengakuinya yang anaknya telah

     besar dan berumur, dengan itu menyekat kehendak dan kebebasan

     para remaja. Di samping itu, ada ibu bapa yang anaknya renggang

    dengan mereka dan cuba menganggu hubungan anak merekadengan orang lain.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    16/184

    8  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Perkembangan Bahasa Akhir Remaja

    Pada peringkat ini peranan perkembangan bahasa adalah semakin

    kompleks kepada mereka. Mereka juga sudah boleh membuat

    ‘proposition’ (cadangan) yang selalu dinyatakan secara hipotesis

    dengan perantaraan bahasa di peringkat yang lebih tinggi.

    Sungguhpun Jean Piajet (1965) berpendapat bahawa bahasa sahaja

    tidak dapat membentuk pengolahan kanak-kanak tetapi beliau

    mengakui bahawa perkembangan kanak-kanak ini mungkin tidak

    dapat berkembang tanpa penggunaan bahasa.

    Tanggungjawab Remaja

    Mencapai Perhubungan Baru Dengan Rakan Sebaya Dari

    Kedua-dua Jantina

    Remaja akan belajar menganggap remaja perempuan sebagai orang

     perempuan dan remaja lelaki sebagai orang lelaki. Kaum remaja

    akan belajar bertingkah laku seperti orang dewasa ketika berada di

    kalangan orang dewasa. Tingkah laku ini dipelajari dari orang-

    orang yang siginifikan dengan remaja.

    Menerima Peranan Sifat Kejantinaan

    Kaum remaja hendaklah menerima serta belajar peranan sosial

    orang lelaki atau perempuan sebagaimana yang diterima oleh

    masyarakat. Peranan sosial ditentukan oleh masyarakat dan mesti

    dipatuhi oleh ahli masyarakat. Remaja yang mengalami

    kecelaruan peranan sosial biasanya akan menjurus kepada bibit-

     bibit delinkuen seperti homoseksual atau lesbian.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    17/184

     Alam Remaja  9 

    Menerima Bentuk Tubuh Badan

    Pencapaian baligh kaum remaja akan menyebabkannya mengalami perubahan bentuk tubuh badan . Remaja hendaklah berbangga

    serta menggunakan tubuh badan dan melindunginya secara

     berkesan. Mereka harus bersyukur kepada tuhan dengan apa yang

    dikurniakannya. Mereka seharusnya tidak merosakkan anggota

     badan dengan mengambil bahan-bahan yang merosakkan anggota

    dan fungsi badan.

    Pada kebiasaannya remaja perempuan sangat mengambil berat tentang rupa bentuk badan berbanding remaja lelaki. Bentuk

     badan atau paras rupa yang tidak disukai boleh menyebabkan

    remaja perempuan hilang keyakinan diri. Mereka sering merasa

    malu untuk bergaul dengan orang lain dan sangat sensitif

    emosinya apabila membicarakan rupa bentuk badan.

    Mencapai Kebebasan Emosi daripada Ibu Bapa Atau OrangDewasa

    Kaum remaja sebenarnya ingin membentuk kasih sayang terhadap

    ibu bapa atau membentuk penghormatan terhadap orang dewasa

    tanpa bergantung kepada mereka. Remaja pada usia ini hubungan

    kasih sayang antara mereka dengan kedua ibu bapanya tidak

    dipengaruhi emosi.

    Mencapai Kebebasan Ekonomi

    Tugas perkembangan ini berpunca dari keinginan untuk menjadi

    orang dewasa dan simbolnya ialah untuk memperoleh

     pendapatnnya sendiri, ini bermakna remaja itu akan berusaha

    untuk mencari pekerjaan bagi membiayai sara hidup dan tidak lagi

     bergantung kepada ibu bapa.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    18/184

    10  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Keinginan untuk mencapai kebebasan ekonomi yang terlalu

    kuat boleh mendorong remaja mengabaikan peranan mereka

    sebagai pelajar. Mereka sering melakukan kerja-kerja sambilandiluar waktu sekolah. Namun , tarikan pendapatan ekonomi yang

    menarik menyebabkan remaja memberi lebih tumpuan kepada

    kerja sambilan daripada tugas-tugas sekolah. Kerja-kerja rumah

    tidak disiapkan yang akhirnya mendorong untuk ponteng sekolah.

    Bersedia Untuk Pekerjaan

    Tugas perkembangan ini adalah sejajar dengan keinginan

    remaja untuk mencapai kebebasan ekonomi. Tugas ini termasuk

     peyusunana rancangan tenaga untuk mendapatkan sesuatu kerjaya.

    Remaja akan mencari peluang melakukan kerja-kerja sambilan dari

    rakan-rakan yang sudah bekerja. Semasa cuti penggal sekolah

    yang agak panjang remaja akan mengambil kesempatan untuk

     bekerja. Tujuan mereka ghairah bekerja ialah untuk mencari wanguntuk membeli barang-barang yang diingini yang tidak mungkin

    akan dibelikan oleh ibu bapanya.

    Minat Untuk memikul tanggungjawab.

    Sejajar dengan keinginan untuk mencapai kebebasan emosi dan

    ekonomi daripada ibu bapa, remaja juga mempunyai keinginan

    memikul tanggungjawab. Ini adalah penting sebagai satu persediaan ke arah memainkan peranan sebagai seorang

    dewasa.

    Mencapai Satu set Nilai Dan Sistem Etika.

    Kematangan sistem saraf dan saiz otak yang sudah mencapai

    tahap dewasa membolehkan remaja membentuk satu set nilaidan sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi tingkah

    lakunya. Dengan adanya sistem etika ini remaja akan menjadi

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    19/184

     Alam Remaja  11 

    warganegara yang bertanggungjawab serta berguna kepada

    masyarakat dan negara.

    Bersedia Untuk Berkahwin Dan Berkeluarga

    Tugas perkembangan ini adalah untuk membentuk sikap yang

     positif terhadap kehidupan keluarga dan mempunyai anak. Remaja

     perlu diajar cara-cara menguruskan hal-hal rumah tangga serta

    mengasuh dan membimbing anak. Bagi remaja perempuan mereka

    akan mempelajari mengasuh bayi dari ibunya. Bagi remaja perempuan bungsu mungkin mereka terpaksa belajar dari orang

    lain.

    Membentuk Identiti Remaja

    Perkembangan fizikal dan psikologi pada zaman remaja yang

     pesat menimbulkan pelbagai masalah seperti perubahan rupa diri, perubahan mental, percubaan-percubaan dalam hidup dan

     penyesesuaian menerima tanggungjawab berlaku pada peringkat

    usia ini. Sering kali remaja diandaikan sebagai selalu mengalami

    tekanan jiwa pada peringkat ini. Namun apa yang kita lihat saban

    hari, kebanyakan remaja kelihatan selalu riang pada zaman remaja.

    Terdapat tiga aspek yang kita boleh lihat dalam

     perkembangan pembentukan identiti remaja. Pertama,

     perkembangan pembentukan remaja dilihat dari aspek bagaimana

    remaja itu melihat dirinya. Ia adalah satu proses yang melibatkan

    kognisi remaja. Kedua , perkembanmgan dilihat dari aspek

     penekanan soal harga diri atau imej diri remaja sama ada positif

    atau negatif. Dalam kata lain , bagaimana remaja mahu dirinya

    dilihat oleh orang lain. Aspek ketiga pula lebih menekankan

    kepada soal perubahan identiti iaitu bagaiman dia mempamerkandirinya kepada orang lain.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    20/184

    12  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Mengikut Azizi dan Jaafar Sidek (2005) konsep diri

    remaja lebih tertumpu kepada perasaan, kecenderungan,

     penghargaan dan mencari identiti. Identiti ialah organisasikemahuan, tanggapan, falsafah hidup dan pengalaman seseorang

    dalam satu konsep kendiri yang dianggap stabil dan positif. Ibu

     bapa sering mengalami kesukaran untuk menyelami apakah cita-

    cita yang terpendam dalam hati anak remajanya . Remaja juga

     pada peringkat ini sudah ada pegangan diri dan mula berani untuk

    mempertahankan pegangannya.

    Konsep kendiri adalah sesuatu yang penting kepadaremaja. Kekuatan fizikal yang semakin meningkat dan semakin

     banyak kebebasan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya , boleh

    mendorong remaja mendapat konsep kendiri yang salah. Konsep

    diri yang salah boleh mencetuskan perlakuan-perlakuan devian

    yang boleh membahayakan keselamatan dirinya dan orang lain

    Membina Konsep Kendiri Remaja yang Positif

    Konsep kendiri yang positif boleh membantu remaja berjaya dalam

     bidang akademiknya. Pada kebiasaannya remaja yang mempunyai

    konsep kendiri lebih berjaya dalam bidang akademik berbanding

    remaja yang mempunyai konsep kendiri negatif. Ibu bapa dan

    guru sebagai orang yang paling rapat dengan remaja harus

    membantu remaja untuk membina konsep kendiri yang positif.

    Terdapat beberapa cara untuk membina konsep kendiri yang positif.

    Kemahiran berkomunikasi

    Remaja harus menguasai kemahiran berkomunikasi agar identiti

    diri menjadi lebih menarik. Kemahiran komunikasi akan

    membantu remaja menjalin hubungan intrapersonal dengan lebih

     berkesan. Untuk mendapatkan kemahiran tersebut remaja harus perlu:

    i  Menjadi pendengar yang baik agar dapat memahami apa

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    21/184

     Alam Remaja  13 

    yang disampaikan oleh orang lain. Kefahaman yang jelas

    akan membantu remaja membuat tanggapan dan rumusan.

    ii 

    Menghormati pandangan orang lain. Mereka perlu bersikap rasional sewaktu mendengar pandangan orang

    lain.

    iii  Menghargai pendapat diri sendiri yang mengambarkan nilai

    diri yang tinggi.

    iiii Fikir dahulu sebelum bercakap

    ivi  Berbincang dengan ibu bapa apabila menghadapi masalah

    v Memberi peluang kepada orang lain bercakap.

    vi Kurangkan menyampuk percakapan orang lain.

    Memberi pujian

    Pujian yang ikhlas dan mengiktiraf pencapaian remaja dapat

    meningkatkan keyakinan remaja untuk mencapai kejayaan

    seterusnya. Ia juga dapat membantu membentuk konsep kendiri

     positif remaja. Ibu bapa dan guru adalah orang yang paling sesuaimeransang remaja dengan pujian.

    Menyediakan Prasrana yang Sesuai

    Ibu bapa perlu menyediakan bilik yang sesuai untuk anak remaja

    mereka. Kemudahan-kemudahan yang sesuai di rumah akan

    menggalakan remaja merasa selesa belajar dan berehat di rumah.

    Jika ini diabaikan remaja akan lebih gemar berada di luar bersama-sama rakan sebayanya. Prasarana yang lengkap di sekolah pula

    akan membantu remaja merasa selamat dan selesa mengikuti

     pelajaran. Ia dapat menghindarkan rasa benci dan bosan ketika

     berada di sekolah. Pihak kerajaan pula perlu menyediakan

    kemudahan-kemudahan riadah untuk remaja melepaskan tenaga

    dan emosi melalui aktiviti permainan. Jika rasa tidak puas hati di

    kalangan remaja dapat diminimakan, konsep kendiri positif remaja

    akan mudah terbentuk.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    22/184

    14  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Menjalin hubungan rakan sebaya

    Remaja perlu rakan sebaya untuk berkongsi idea dan minat.Bilangan rakan sebaya melambangkan remaja tersebut mempunyai

    kemahiran bersosial. Daripada rakan sebaya, remaja dapat belajar

    memahami perasaan dan pendapat orang lain. Remaja perlu

    mengekalkan hubungan rakan sebaya ini hingga dewasa kerana ia

     boleh membantu mereka tidak kesunyian apabila hari tua nanti.

    Bersikap adil dan bertimbang rasa

    Ibu bapa dan guru perlu memahami bahawa kebolehan,

    kecerdasan, minat, ketahanan fizikal dan emosi remaja adalah

     berbeza-beza. Justeru, mereka perlu melayani remaja dengan

    adil dan bertimbang rasa. Elakan dari membuat tindakan ‘pukul

    rata’ apabila menyelesaikan masalah remaja. Layanan mesra dan

     penuh timbang rasa ke atas remaja akan menyemai rasai dihargai

    kehadiran mereka.

    Elak meletakkan harapan terlalu tinggi

    Ibu bapa dan guru seharusnya tidak meletakkan harapan terlalu

    tinggi ke atas remaja. Harapan yang terlalu tinggi ke atas remaja

    akan meningkatkan tekanan dan mencetuskan kebimbangan.

    Pencapaian remaja tidak perlu dibanding-bandingkan kerana ia

     boleh melukakan perasaan remaja dan menyebabkan rasa rendahdiri serta tidak yakin.

    Memberi Pendidikan Agama secukupnya

    Pendidikan agama yang secukupnya akan membantu

    meningkatkan konsep kendiri positif remaja. Bagi seorang remaja

    Islam yang telah baligh mereka sepatutnya telah mahir

     bersembahyang, boleh membaca al-quran dengan lancar dan bolehmenghafal doa-doa dalam sembahyang. Pengetahuan dan

    kemahiran beragama ini akan menjadikan remaja lebih yakin

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    23/184

     Alam Remaja  15 

    apabila berada dalam majlis-majlis agama. Keimanan yang teguh

    akan membantu remaja terhindar daripada melakukan perbuatan

    yang dicela oleh masyarakat dan agama.

    KESIMPULAN

    Zaman remaja ialah zaman yang penuh cabaran dan dugaan atau

    strom and   stress. Mereka mengalami perubahan-perubahanfizikal, intelek serta emosi bagi menghadapi berbagai-bagai

    konflik di dalam dirinya dan juga dari persekitarannya.

    Perkembangan remaja adalah saat penting yang mesti

    dilalui oleh semua remaja. Paling ketara remaja akan mengalami

     perkembangan fizikal akil baligh. Perkembangan fizikal pada

     peringkat awal remaja yang tidak terkawal boleh menyebabkan

    kegemukan dan postur badan yang tidak menarik. Ia boleh boleh

    menjejaskan emosi remaja.dan mendorong kemurungan. Interaksi

    remaja dengan persekitaran yang lebih luas menyebabkan

     pembelajaran sosial pada peringkat remaja menjadi sangat aktif.

    Remaja perlu bijak memilih kawan di sekelilingnya agar terhindar

    daripada pengaruh jahat. Remaja juga perlu menyesuaikan diri

    dengan orang disekelilingnya. Jika gagal ia boleh mendorong

     perlakuan-perlakuan yang menyimpang daripada norma-normayang telah ditetapkan oleh masyarakat. Kebebasan mesti ada

     batasannya untuk remaja. Kebebasan tanpa had dalam semua

     perkara akan memusnahkan remaja.

    Penyesuaian remaja boleh berjalan lancar dan melibatkan

    kesan yang minimum sekiranya orang yang penting di

    sekelilingnya seperti ibu bapa dan guru memberi maklumat dansokongan yang diperlukan. Oleh itu perasaan permusuhan dan

    konflik antara remaja dengan ibu bapa sebagai satu permulaan

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    24/184

    16  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    remaja bergantung kepada bagaimana ibu bapa dan masyarakat

    menunjukkan tindak balas kepada perubahan-perubahan yang

    dialami oleh remaja. Ibu bapa dan masyarakat perlu jelas akan hakdan status remaja apabila mereka berada di peringkat peralihan

    daripada kanak-kanak kepada dewasa.

    RUJUKAN

    Azizi Yahaya et al. 2005, Perkembangan Kendiri, Skudai, UTM.

    Azizi Yahaya et al. 2004, Psikologi Sosial, Skudai, UTM

    Azizi Yahaya et al. 2006, Kajian ‘ Masalah Lepak Di Kalangan

     Remaja Di Johor   Bahru : Sejauh Manakah Remaja Melayu

    Terlibat.’  UTM, Skudai.

     __________, 1996,  Remaja Wawasan Negara, Jabatan Pendidkan

    Islam dan Moral, KPM.

    Ee Ah Meng, 1996, Psikologi Pendidikan I , Shah Alam, PenerbitFarja Bakti.

    Hairunnaja Najmuddin, 2005,  Memahami dan Membimbing

     Remaja Nakal, PTS Professional.

     Najeemah Md. Yusof, 2006, Konsep Pendidikan, PTS

    Professional.

    Saodah Wok et al. 2005, Teori-teori Komunikasi, PTS Professional 

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    25/184

    Gaya dan Cita Rasa Remaja

    Shahrin Hashim 

    PENGENALAN 

    Perkembangan fizikal dan psikologi remaja mempengaruhi gaya

    dan cita rasa dalam penampilan diri mereka. Gaya dan cita rasa

    remaja banyak menarik perhatian ahli sosial untuk mengkajinya.

    Dalam ilmu-ilmu sosial, kajian atas remaja pertama kali

    dilakukan oleh sosiologi Talcott Parsons pada awal 1940-an.Berbeza dengan anggapan umum bahawa remaja adalah kategori

    yang bersifat alamiah dan dibatasi secara biologi oleh usia.

    Menurut Parsons remaja adalah sebuah konstruksi sosial yang

    terus-menerus mengalami perubahan dengan waktu dan tempat

    (Barker 2000).

    Para pemikir kajian kebudayaan juga berpendapat konsep

    remaja bukanlah sebuah kategori biologi yang bermakna universaldan tetap. Remaja, sebagai usia dan sebagai masa transisi, tidak

    mempunyai kelakuan-kelakuaan umum. Pertanyaan-pertanyaan

    yang akan selalu muncul adalah: secara biologi, bilakah peringkat

    remaja dimulai dan berakhir? Adakah semua orang yang berumur

    17 tahun sama secara biologi dan secara kebudayaan?

    Dalam kajian tentang batas-batas kedewasaan oleh A.

    James (1986) mengatakan bahawa batas usia fizikal telahdiperluaskan sebagai batas definisi dan batas kawalan sosial.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    26/184

    18  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Sementara bagi Grossberg (1992) yang menjadi persoalan adalah

     bagaimana kategori remaja yang kabur itu menunjukkan dalam

    wacana-wacana lain, misalnya muzik, gaya, kekuasaan, harapan,masa depan dan sebagainya. Jika orang-orang dewasa melihat

    masa remaja sebagai masa transisi, menurut Grossberg remaja

     justeru menganggap kedudukan ini sebagai sebuah keistimewaan

    di mana mereka mengalami perasaan yang berbeza, termasuk

    dalam hak untuk menolak melakukan rutin harian yang dianggap

    membosankan.

    Hampir sama dengan pendapat itu, Dick Hebdige dalam Hiding in the Light (1988) menyatakan bahawa remaja telah

    dikonstruksikan dalam wacana “masalah” dan “keseronokan”

    (remaja sebagai pembuat masalah dan remaja yang hanya gemar

     berseronok). Misalnya, dalam kelompok penyokong bola sepak,

    remaja selalu dikaitkankan dengan kejahatan dan rusuhan.

    Remaja sebagai Sub budaya

    Secara khusus, dalam kajian tentang remaja, kajian budaya

    membuat sebuah konsep analisis “keseluruhan cara hidup” atau

    “sebuah peta makna” yang memungkinkan masyarakat difahami

    oleh anggota-anggotanya. Kata sub mengkonotasikan

     pengkhususan dan perbezaan dari kebudayaan yang dominan atau

    mainstream. Thornton mengatakan bahawa subkultur boleh jugadilihat sebagai sebuah ruang di mana “kebudayaan yang

    menyimpang” menuntut kembali kedudukannya atau merebut dan

    memenangi ruang itu (Barker 2000).

    Buku yang sering disebut sebagai rujukan bagi mengkaji

    remaja sebagai subkultur yang dikaitkan dengan muzik, gaya, dan

    fesyen adalah kumpulan karya anggota Centre for Contemporary

    Cultural Studies (CCCS) di Birmingham,  Resistance Through Rituals: Youth Subcultures in Post-War Britain (Ed. Stuart Hall

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    27/184

    Gaya dan Cita rasa Remaja  19 

    dan Tony Jefferson 1976). Tema besar karya ini adalah subkultur

    remaja yang dilihat sebagai penyataan bentuk perlawanan terhadap

    kebudayaan hegemonis.

    Dalam “Subculture, Cultures and Class” (Clarke et al.),

    ditunjukkan bahawa remaja sering membentuk satu sikap yang

     berlawanan dengan kebudayaan orang tuanya. Penampilan seperti

    fesyen, muzik, atau bahasa, dilihat sebagai usaha untuk

    membentuk identiti kebudayaan yang bertentangan dengan

    kebudayaan masyarakat setempat.

    Sementara dalam “Style” (Clarke) salah satu konsep

     penting yang muncul adalah “brikolase” (dirujuk dari antropologi

    Levi-Strauss). Konsep “brikolase” digunakan untuk menjelaskan

    konsep objek-objek yang bermakna baru. Dalam “brikolase”

    sesuatu objek yang telah mempunyai makna simbolik tertentu

    diberi makna baru dan dalam kontek yang baru. Penciptaan kata

     baru oleh remaja ini kadangkala hanyalah bersifat setempat danhanya difahami maksudnya oleh kelompoknya sahaja. Misalnya,

     perkataan jambu (sejenis buah) membawa maksud cantik atau lawa

     bagi remaja. Clarke menunjukkan bahawa gaya Teddy Boy yang

    dandy, necis, dan flamboyan yang popular pada tahun ’70-an

    adalah brikolase dari gaya berpakaian kelas atasan pada akhir ’40-

    an.

    Dilema Remaja

    Banyak orang menganggap bahawa masa remaja adalah masa yang

     paling menyenangkan tetapi sekaligus juga paling membingungkan

    apabila seseorang mulai memikirkan tentang cita-cita, harapan, dan

    keinginan- keinginannya. Pada peringkat ini, remaja mula

    menyedari masalah-masalah yang muncul ketika mereka mencuba

    untuk mengintegrasikan antara keinginan diri dengan keinginan

    orang-orang di sekitarnya. Kini ibu bapa memiliki peranan yangsangat penting untuk menolong anak remajanya, supaya mereka

    tidak terpesong dalam kehidupan. Tetapi tidak dapat dinafikan

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    28/184

    20  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    kalau pada saat yang sama ibu bapa mengalami kesulitan dalam

    menghadapi perubahan-perubahan yang dialami remaja, baik

    secara fizikal ataupun psikologi. Oleh itu, ibubapa perlumelakukan pendekatan-pendekatan yang tepat agar dapat

    memahami masalah anak remajanya. Jika tidak maka hal ini akan

    menyebabkan banyak kesalah fahaman di antara mereka.

    Bagaimana menjaga hubungan yang harmoni antara ibu

     bapa dengan anak-anak yang menjejak usia remaja? Bagaimana

    ibu bapa dapat menolong anak-anak remajanya untuk mengenal

    diri lebih baik? Tentunya kita perlu mengetahui tentang keunikanusia remaja ini.

    Pembentukan Diri Remaja: Mangga dan Limau

    "Kalau menanam pohon limau, pastilah buahnya limau; kalau

    menanam pohon mangga, pastilah buahnya mangga." Setiap ibu

     bapa yang telah menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anaknya, pastilah memiliki harapan bahawa si anak yang telah

    "ditanam" itu akan bertumbuh sesuai dengan didikan yang telah

    diberikan. Biasanya si anak akan bertumbuh sesuai dengan harapan

    ibu bapa, sehingga mencapai usia remaja. Tetapi, si anak yang

     penurut, suka membantu, tidak melawan, periang, dan sebagainya,

    tiba-tiba berubah menjadi seorang yang pemurung, cepat

    tersinggung, dan suka melawan. Dalam keadaan terkejut, ibu bapa

    tentu gugup dan bertanya-tanya, "Apakah kami telah melakukankesalahan? Jika ya, kekeliruan apa yang telah kami lakukan?"

    Melihat perubahan drastik pada anak kita memanglah

    mengejutkan serta menakutkan. Mengejutkan kerana pohon

    mangga yang telah kita tanam, sekarang berbuah limau; sedangkan

     pohon limaunya berbuah mangga. Menakutkan kerana kita merasa

    tak berdaya mengendalikannya. Sebelumnya segala sesuatu

     berjalan menurut aturan, dalam erti perilaku si anak menurut apayang kita kehendaki. Apabila kita memarahinya, ia menjadi takut

    atau menangis. Jika ibu bapa tidak memarahinya, remaja pun

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    29/184

    Gaya dan Cita rasa Remaja  21 

    menunjukkan perasaan yang riang dan perilaku yang ramah. Tetapi

    adakalanya, tanpa sebab remaja mula memperlihatkan sikap

     bermusuhan dengan ibu bapa. Ibu bapa mencuba mengajaknya berdialog, tetapi anaknya hanyalah mengangkat bahu seraya

     berkata, "Tidak ada apa-apa." Adakalanya remaja membisu seribu

     bahasa dan usaha ibu bapa mengajaknya berbicara terasa sia-sia.

    Sebelumnya ibu bapa merasa sangat bererti dalam hidupnya, tetapi

    sekarang ibubapa merasa sangat berkecil hati.

    Membantu Remaja

    Dalam bukunya, "Helping The Struggling Adolescent", Les Parrot

    III menguraikan konsep diri remaja yang terdiri dari empat aspek.

    ASPEK PERTAMA adalah DIRI SUBJEKTIF, iaitu

     pandangan peribadi remaja tentang siapakah dirinya. Ada remaja

    yang menilai dirinya tampan, tapi ada pula yang menganggap

    dirinya tidak menarik. Ada remaja yang melihat dirinya “supel”,namun ada pula yang "kuper" (alias kurang pergaulan). Konsep

    diri subjektif bersumber dari penilaian ibubapa, guru, dan teman

    yang telah menjadi konsep diri si remaja.

    ASPEK KEDUA ialah DIRI OBJEKTIF, yakni

     pandangan orang lain tentang diri si remaja. Pandangan orang lain

     bersifat mandiri dan beragam, dalam erti pandangan ini merupakan

     pandangan peribadi seseorang tentang si remaja dan pandangansetiap orang tidak harus sama dengan yang lainnya. Si remaja

    mungkin berfikir bahawa ia adalah seseorang yang ramah dan

    ringan tangan (diri subjektif), namun beberapa temannya

    menganggap bahwa ia adalah seseorang yang suka ambil tahu

    urusan orang lain (diri objektif).

    ASPEK KETIGA ialah DIRI SOSIAL, iaitu pandangan

    si remaja akan dirinya berdasarkan pemikirannya tentang pandangan orang lain terhadap dirinya. Di sini si remaja melihat

    dirinya dengan menggunakan kacamata orang lain. Ia mereka-reka

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    30/184

    22  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    apa penilaian orang lain terhadap dirinya dan sudah tentu rekaan

    ini dapat tepat tetapi dapat pula keliru. Ia mungkin menganggap

     bahawa orang lain melihatnya sebagai seseorang yang berani (dirisosial) namun dalam kenyataannya beberapa temannya

    memandangnya sebagai seseorang yang kurang ajar (diri objektif).

    Ia sendiri mungkin menilai dirinya bukan sebagai seseorang yang

     berani melainkan sekadar sebagai pembela keadilan(diri subjektif).

    ASPEK KEEMPAT adalah DIRI IDEAL, yakni

     penampilan dirinya yang paling ia cita-citakan. Diri ideal adalah

    diri yang belum terjadi atau terbentuk sehingga si remaja terus berusaha mencapainya. Ia mungkin melihat dirinya sebagai

    seseorang yang tidak stabil (diri subjektif), oleh kerana itu ia

    senantiasa berupaya menjadi seseorang yang sabar (diri ideal).

    Menurut penulis, aspek yang paling berpotensi

    menimbulkan masalah bagi remaja dari keempat konsep diri ini,

    adalah diri sosial. Kita semua pasti pernah bertanya-tanya, apa penilaian orang lain terhadap diri kita.

    Pada diri remaja, pertanyaan seperti ini amatlah penting

    kerana ia sangat bergantung pada penilaian orang lain, terutama

    teman-temannya. Pada remaja, konflik antara diri subjektif dan diri

    sosial mudah terjadi. Misalnya, pada awalnya si remaja berfikir

     bahawa ia adalah seorang yang alim (positif) kerana orangtuanya

    kerap kali memujinya sebagai seorang anak yang alim. Ia sendirimenyedari bahawa ia jarang sekali melawan kehendak ibubapanya

    dan ia tidak pernah menerima teguran keras dari gurunya. Ia

     berkeyakinan bahawa menjadi anak yang alim adalah suatu hal

    yang baik.

    Masalah mulai timbul apabila ia memasuki usia remaja,

    di mana ia mulai menyedari bahawa anak yang nakal mendapat

     penghormatan dari teman-temannya kerana dianggap berani.Sebaliknya, anak yang alim tidak menerima penghormatan dari

    teman-temannya kerana dianggap sebagai pengecut. Akibatnya,

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    31/184

    Gaya dan Cita rasa Remaja  23 

    remaja pun berpandangan bahawa teman-temannya menganggap

    kealiman dia sebagai tanda bahawa ia adalah seseorang yang

     penakut (negatif). Dengan kata lain, hal yang positif di rumahmerupakan hal yang negatif di luar rumah. Di rumah ia dihargai, di

    luar rumah ia diremehkan.

    Sering kali remaja mengalami tekanan yang timbul dari

    konflik seperti ini. Tekanan ini semakin bertambah kerana ia

    merasa tidak dapat menyampaikan persoalan yang dihadapinya,

     baik kepada sesama rakan sebaya ataupun kepada ibubapa. Dalam

    keseorangannya itu, ia menjadi murung dan mengurung diri. Iatidak tahu apa yang harus ia lakukan. Jika ia menjadi nakal bererti

    melanggar hati nurani dan keyakinannya tentang siapa dia

    sebenarnya serta membuat ibubapanya marah. Sebaliknya, jika dia

    tetap alim bererti terpencil dari rakan sebaya dan ketinggalan

    zaman.

    Ibubapa disarankan agar berkomunikasi dengan anakremaja mereka untuk membantunya membuat pilihan. Tentu sekali

    remaja akan berasa dirinya dihargai dan difahami. Ibubapa yang

    memahami perasaan anak remajanya akan menyebabkan remaja itu

    melihat dirinya dengan perspektif yang seimbang. Remaja akan

     berasa dirinya bukanlah seorang yang aneh. Ibubapa perlu

    menyatakan bahawa memang sukar untuk mempertahankan

    kealimannya. Ibubapa juga perlu menyatakan bahawa mereka

    memahami keinginan remaja dikenali sebagai seseorang yang pemberani dan bukan seorang pengecut. Ibubapa juga perlu

    menyatakan bahawa mereka memahami keinginan remaja untuk

    dihargai oleh rakan sebaya dan bukan diremehkan.

    Pertentangan Antara Orang tua dan Remaja

    Dalam zaman elektronik serba cepat ini, anak-anak membesar

    lebih cepat dan ingin bebas lebih awal berbanding dengan apa

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    32/184

    24  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    yang dialami oleh ibubapa mereka. Ramai ibubapa yang

    mengalami kesulitan mengikuti perubahan-perubahan kilat yang

    dialami oleh anak-anak mereka. Sebagai akibatnya, terjadilah pertentangan antara ibubapa dan remaja. Saat si anak masih dalam

     pelukan ibubapanya, kemudian mulai bersekolah, mengajak teman-

    temannya bermain di rumah, membantu urusan rumah tangga

    merupakan saat yang manis bagi ibubapa. Kemudian, tiba-tiba

    semuanya berubah, anaknya mulai membantah, melawan dan

    melanggar peraturan, kadang-kadang merungut dan tidak

     berkomunikasi. Ini menandakan masa remaja sudah tiba, situasi

    tak lagi dapat dikendalikan oleh ibubapa.

    Ada banyak wilayah pertentangan; antaranya rakan

    sebaya yang tidak digemari oleh ibubapa, cara berhias, tugas-tugas

    rumah, wang saku, penggunaan kenderaan, sekolah dan pekerjaan

    rumah, dan disiplin; adalah sebahagian kecil sahaja daripada

     beberapa masalah yang timbul. Muncullah rintangan komunikasi

    antara mereka. Ibubapa merasa sulit berbicara dengan anak-anakmereka. Mereka menunda penjelasan tentang perubahan-

     perubahan mental dan jasmani yang menentukan, terutama dalam

    wilayah seks dan reproduksi. Ibubapa memperketat kawalan,

    remaja meningkatkan pula perlawanan mereka untuk mendapat

    kebebasan. Jurang melebar, mereka bersikap bermusuhan dan

    mulailah berperang.

    Konflik remaja dan ibu bapa

    Konflik antara remaja dan ibu bapa dalam kebanyakan keluarga

    secara relatifnya jarang berlaku. Sekiranya berlaku sekali pun ,

    ianya hanya sementara dan tidak begitu serius( Monte Mayor,

    1986). Apabila berlaku perbalahan, ia sering melibatkan

     perkatra=-perkara yang biasa dsalam keluarga seperti kerja rumah,

     peraturan keluarga, sikap dan pilihan, cara berpakaian, hubungansosial serta tanggungjawab pada keluarga (Ellison, 1999).

    Walaupun isu-isu besar seperti sex dan dadah jarang dibincangkan,

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    33/184

    Gaya dan Cita rasa Remaja  25 

    namun bagi sesetengah keluarga , ia adalah punca konflik yang

    sebenar.

    Remaja mengatakan konflik selalunya wujud kerana

    mereka merasakan iubu bapa tidak memberikan sokongan emosi

    yang mereka perlukan atau pun kerana remaja atau pun ibu bapa

     percaya generasi yang satu lagi tidak menepati apa yang mereka

    harapkan atau kurang penyetujuan berkenaan keluarga atau pun

    sesuatu nilai kemasyareakatan ( Fisher and Johnson, 1990).

    Konflik antara remaja dan ibu bapa mempengaruhi tingkahlaku

    dan perkembangan mereka. Contohnya, konflik keluargamungkin menyebabkan remaja berfikiran negatif pada dirinya. Ini

     boleh menyebabkan remaja itu membuat keputusan yang tidak

    rasional. Antara punca utama yang menimbulkan konflik antara

    remaja dan ibu bapa adalah :

    •  Kurang kasih sayang

    •  Komunikasi yang tidak berkesan

    • 

    Perbezaan nilai•  Faktor ekonomi

    •  Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

    •  Faktor persekitaran

    Kebebasan yang dituntut oleh remaja yang sebenarnya

    lahir daripada emosi. Bimbingan ibu bapa di perlukan supaya

    merka memahami erti kebebasan. Dalam menentukan keputusan

     bagi diri sendiri, remaja perlu dibimbing oleh ibu bapa denagancara yang betul dan efektif. Ini dapat menyelesaikan konflik

    dalaman jiwa remaja

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    34/184

    26  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    KESIMPULAN

    Zaman remaja adalah zaman peralihan yang penuh cabaran. Sifatingin tahu yang tinggi dan keinginan untuk mencuba yang baru

    menyebabkan kehidupan remaja bersifat dinamik. Disamping

    mempunyai banyak tenaga remaja juga mempunyai keinginan-

    keinginan yang tak terbatas. Keinginan untuk memenuhi keinginan

    yang tak terbatas menyebabkan remaja sering berkonflik dengan

    orang lain.. Keinginan untuk memenuhi konsep kendiri ideal pula

    menyebabkan remaja suka meniru gaya idolanya.

    Peniruan gaya oleh remaja kerap kali bertentangan

    dengan kehendak masyarakat. Gaya rambut, gaya pakaian dan

    gaya barang kemas yang dipakai selalunya bertujuan untuk

    kelihatan unik. Namunianya selalu tidak menepati cita rasa orang

    dewasa

    Gaya perlakuan yang ditiru dari budaya asing pulasemakin menghakis budaya setempat. Ibu bapa dan guru sebagai

     penentu kestabilan nmasyarakat perlu berperanan membendung

     penularan budaya ini. Kegagalan mereka akan membawa generasi

    akan datang tidak mengenal budaya dan adat sendiri.

    RUJUKAN

    Azizi Yahaya et al. 2005, Perkembangan Kendiri, Skudai, UTM.

    Azizi Yahaya et al. 2004, Psikologi Sosial, Skudai, UTM.

    Azizi Yahaya et al. 2006, Kajian ‘ Masalah Lepak Di Kalangan

     Remaja Di Johor   Bahru : Sejauh Manakah Remaja Melayu

    Terlibat.’  UTM, Skudai.

     __________, 1996,  Remaja Wawasan Negara, Jabatan Pendidkan

    Islam dan Moral, KPM.Ee Ah Meng, 1996, Psikologi Pendidikan I , Shah Alam, Penerbit

    Farja Bakti.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    35/184

    Gaya dan Cita rasa Remaja  27 

    Hairunnaja Najmuddin, 2005,  Memahami dan Membimbing

     Remaja Nakal, PTS Professional.

     Najeemah Md. Yusof, 2006, Konsep Pendidikan, PTSProfessional.

    Saodah Wok et al. 2005, Teori-teori Komunikasi, PTS

    Professional.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    36/184

    3Juvana di MalaysiaYusof Boon

     Nurul Ezzati Azizi

    PENGENALAN 

    Kebelakangan ini negara kita dikejutkan dengan kejadian rogol

    yang membabitkan remaja lelaki. Dalam satu kes kejadian rogol

    dan pembunuhan, seorang remaja iaitu Nurul Hanis Kamil yang

     berumur 16 tahun, berasal dari Melaka ditemui tertiarap dalam

    kawasan semak berhampiran rumahnya dipercayai dilakukan oleh

    remaja lelaki yang berusia 17 tahun. Dua hari kemudiannya, mayat

     bogel Siti Nadirah Budah yang berusia lima tahun ditemui

    tertanam dalam paya di Sandakan, Sabah. Suspek yang terlibat juga berusia 17 tahun. Walau bagaimana pun, mereka bukanlah

    yang paling muda memandangkan pada bulan Oktober tahun 2000,

    seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun di dakwa di mahkamah

    kerana merogol dan membunuh Nor Shuhada Burak yang baru

     berusia enam tahun. Apakah yang mendorong golongan muda ini

    melakukan jenayah seperti ini? Nampaknya, remaja masa kini

    semakin ganas serta berani melakukan pelbagai perbuatan yang

     bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara.

    Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Remaja

    sentiasa terdedah dengan pelbagai tekanan dan cabaran. Ancaman

    dan tekanan pula berbentuk emosi atau fizikal. Ianya

    mematangkan remaja dalam menuju alam dewasa. Ada remaja

    yang dapat mengatasi cabaran dan dugaan dengan bijak dan ada pula yang mengambil jalan yang menjermuskan mereka ke kancah

    delinkuen dan jenayah.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    37/184

     Juvana di Malaysia  29 

    Kadar jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja yangsemakin meningkat bukan sahaja membimbangkan para ibu bapa

    tetapi ia juga memberi dampak kepada institusi pendidikan yang

     bertanggung jawab sebagai kawalan sosial yang berperanan

    membentuk moral dan tingkah laku sosial generasi muda. Saban

    hari pihak sekolah terpaksa menghadapi pelbagai masalah seperti

     buli, ponteng , memeras ugut dan vandalisme. Pada setengah

    keadaan pihak sekolah terpaksa meminta pihak polis untuk

    campur tangan bagi menyelesaikan kes-kes berat yang dilakukanoleh pelajar sekolah.

    Bagi pihak yang terlibat dengan gejala negatif ini sudah

     pasti mempunyai sebab-sebab tertentu untuk berkelakuan

    sedemikian. Mereka yang melanggar disiplin yang di tetapkan oleh

     pihak sekolah ini dikategorikan sebagai devian dan delinkuen.

    Kedua-dua istilah ini jarang kita gunakan dalam bahasa sehariankita. Kita lebih gemar mengelar orang-orang yang melanggar

    undang-undang ini sebagai samseng, kaki pukul, perogol, kaki

     ponteng, bohsia, homoseks , lesbian, penagih dadah dan

    sebagainya. Mengikut istilah psikologi kumpulan yang melanggar

    norma-norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan

    yang bertingkah laku devian dan apabila pelaku ini masih dalam

     bangku sekolah ia dikenali sebagai delinkuen.

    Sejarah Delinkuen Juvana

    Masalah delingkuen ini bukanlah sesuatu yang baru malah telahwujud sejak 3000 S.M. di Tamadun Mesir kuno. Ini dibuktikan

    oleh catatan-catatan mengenai delinkuen pada dinding piramid

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    38/184

    30  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    yang dibuat oleh para pendeta. Socrates (470-399 SM), ahli

    falsafah Yunani juga pernah membuat satu perenggan catatan

    tentang delinkuen juvana dalam penulisannya. Jelas sekalianggapan masalah delinkuen juvana yang wujud pada hari ini

    sebagai masalah moden yang serius dan aneh adalah silap. 

    Definisi Delinkuen

    Terdapat berbagai-bagai definisi yang diberikan ke atas delinkuen juvana. Secara umum masyarakat melabelkan segala tingkah laku

    remaja yang melanggar atau menyimpang daripada peraturan biasa

    dianggap sebagai delinkuen. Bagi istilah mahkamah juvana pula,

    delinkuen adalah merujuk kepada remaja yang telah dijatuhi

    hukuman atas sesuatu kesalahan yang disabitkan . Ahli-ahli

     psikologi pula menggunakan istilah seperti remaja yang anti sosial,

    tingkah laku bermasalah atau kecelaruan tingkah laku 

    Devian

    “Kelakuan yang melanggar jangkaan

    yang diinstitusikan iaitu jangaan

    yang dikongsi dan diiktiraf sebagai

    sah dalam sesuatu sistem sosial”

     Albert Cohen, Deviance and Control.

    “ Kelakuan yang menyimpang

    secara signifikan daripada norma-

    norma yang ditentukan untuk

    individu dalam status sosial, ia

    tidak dapat dipelihara secara

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    39/184

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    40/184

    32  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    tingkah laku itu dilaporkan secara rasmi, maka remaja itu akan

    dilabel sebagai delinkuen.

    Umumnya delinkuen juvana dapatlah disimpulkan sebagai

    remaja yang tingkah lakunya menyalahi norma-norma biasa yang

    ditetapkan oleh institusi-institusi masyarakat dalam sesebuah

    negara. Untuk menjadi delinkuen yang rasmi, remaja atau kanak-

    kanak itu telah mencabul undang-undang negara atau kehakiman

    kerajaan. Salah laku ini boleh merangkumi ponteng sekolah,

     pelanggaran darurat hingga ke jenayah berat.

    Remaja dan Jenayah

    Perkataan “jenayah” biasanya digunakan untuk kesalahan-

    kesalahan yang dianggap berat, misalnya mencuri, merompak,

    merogol, membunuh, mengedar dadah, memiliki senjata api

    tanpa lesen, menculik, membakar rumah kediaman dan

    seumpamanya seperti yang dinyatakan di dalam Kanun Keseksaan.

    Dalam peruntukan undang-undang tersebut telah ditulis tentang

     perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan dan yang dianggap

     jenayah. Bagi perbuatan atau peninggalan perbuatan selain yangdi atas hanya merupakan pelanggaran undang-undang yang tidak

    serius dan akibatnya kecil maka biasanya ia tidak disebut

    “jenayah” tetapi di sebut sebagai melakukan “kesalahan”. Ini

    termasuklah perbuatan seperti menunggang basikal pada waktu

    malam tanpa memasang lampu, meletak kenderaan di tempat yang

    tidak sepatutnya atau tidak membawa kad pengenalan.

    Dalam undang-undang jenayah terdapat satu ungkapan

    yang berbunyi actus non fecit remnisi menssit rea  yang bererti

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    41/184

     Juvana di Malaysia  33 

    sesuatu perbuatan seseorang itu tidak boleh menjadikannya

     bersalah kecuali mempunyai niat yang salah atau niat jahat.

    Dengan itu terdapat dua ciri penting dalam undang-undang jenayah bagi menentukan sama ada perbuatan seseorang itu merupakan

    suatu kesalahan ataupun tidak. Dua ciri tersebut ialah niat yang

    salah atau niat yang jahat ( yang disebut mens rea ) dan tindakan

    atau perbuatan yang salah ( yang disebut sebagai actus reus).

    Di kalangan remaja negara ini ramai yang kurang

    memahami perbezaan antara perbuatan jenayah dengan melakukankesalahan. Yang lebih parah lagi ialah ramai remaja beranggapan

     bahawa remaja adalah terlepas daripada undang-undang atau tidak

     boleh dihukum di atas kesalahan jenayah yang dilakukan kerana

    mereka di bawah umur. Sementelahan pula pihak polis sukar

    untuk memberkas setiap remaja yang melakukan jenayah. Agak

     jelas bahawa mereka yang terlibat dalam salah laku yang sama,

    ada yang diberkas, ada yang dibebaskan dan ada yang diurus

    secara tidak rasmi. Hal ini berlaku kerana tuntutan hak asasremaja dan sekatan-sekatan pada pihak polis mahupun pihak

     pendakwa menyebabkan penghakiman makin tidak

     berkemungkinan. Proses pendakwaan mengambil masa yang

    terlalu lama kerana terpaksa mengambil kira pelbagai laporan

    daripada pihak sekolah, penjaga dan pakar psikitrik.

    Statistik Juvana

    Setiap hari remaja yang terjebak ke dalam masalah juvana semakin

    meningkat Mengikut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2002 menunjukkan terdapat5319 remaja terlibat dengan juvana. Antara kesalahan-kesalahan

    yang dilakukan ialah mencuri, salah laku seks, judi, melanggar

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    42/184

    34  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    undang-undang perbandaran, melanggar undang-undang lalulintas

    dan remaja tak terkawal. Yang lebih membimbangkan lagi ialah

    trend juvana yang terlibat pada masa kini ada yang berumurserendah 7-9 tahun.

    Remaja Melayu merupakan paling ramai terlibat dengan

    kes juvana ini iaitu melebihi 50% daripada jumlah juvana yang

    ditahan di pusat pemulihan juvana. Remaja di Selangor merupakan

     paling ramai terlibat dengan kes juvana manakala di Labuan dan

    Melaka mencatatkan kes paling sedikit. Lebih 60% remaja yangditahan ini bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang

    membabitkan harta benda iaitu mencuri atau merompak. Selain itu

    terdapat peningkatan bilangan kes remaja yang terlibat dengan kes

     bersabit dengan orang seperti bergaduh atau memeras ugut.

    Daripada perangkaan di atas jelas sekali betapa seriusnya

    masalah remaja di negara ini. Bangsa Melayu yang terkenaldengan sopan santun namapaknya remajanya menjadi pelaku

     juvana terbesar. Hal ini mungkin sekali berkait rapat negara kita

    yang sedang membangun penduduknya berlumba-lumba mengejar

    kebendaan sehingga mengabaikan pembangunan institusi

    kekeluargaan. Fenomena ini sedikit sebanyak menyumbang

    kepada longgarnya sistem kawalan sosial ke atas remaja khususnya

    di negara ini.

    Jenis-Jenis Delinkuen

    Azizi (2005) membahagikan delinkuen kepada empat jenis.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    43/184

     Juvana di Malaysia  35 

    1 Delinkuen Individual

    Tingkah laku jenis ini disebabkan kelainan jasmani dan mental

    yang dibawa sejak lahir yang nmembatasi dan merosakkan kualiti-

    kualiti dan psikologinya. Mereka selalunya melakukan delinkuen

    yang tidak bermotif atau tanpa tujuan. Mereka tidak mempunyai

     perasaan dan hati mereka sukar diganggu gugat.

    2 Delinkuen Situasi

    Perbuatan yang dilakukan oleh remaja yang normal dipengaruhi

    oleh pelbagai kekuatan situasi dan tekanan persekitaran yang

    nmemberi pengaruh ke arah tingkah laku yang baru.

    3 Delinkuen Sistematik

    Ia merupakan delinkuen bercorak kumpulan atau geng. Kumpulan

    ini mempunyai peraturan, status yang formal, peranan tertentu

    moral delinkuen, rasa bangga kerana merasa mereka berbeza

    daripada orang lain disekelilingnya. Kumpulan ini mempunyai

     peraturan yang ketat dan ahli-ahli baru perlu menjalani upacaramenganggkat sumpah kesetiaan. Hukuman yang berat akan

    dikenakan kepada mana-mana ahli yang melanggar peraturan

    kumpulan.

    4 Delinkuen Kumulatif

    Ia merupakan situasi sosial budaya buruk yang terus menerus dan

     berulang dalam masyarakat tertentu. Golongan remaja tidak

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    44/184

    36  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

     berpuashati dengankewibawaan orang dewasa dan memberontak.

    Antara yang mereka lakukan ialah seperti melakukan seks bebas,

    homoseksual, kekerasan, bunuh diri, mengebom, penculikan danlain-lain lagi.

    Delinkuen Mengikut Pandangan Islam

    Mengikut Azizi (2004) remaja adalah masa peralihan dari kanak-

    kanak ke dewasa. Para ahli pendidikan berpendapat remaja adalahmereka yang berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun. Seorang

    remaja sudah tidak dapat lagi dikatakan sebagai kanak-kanak,

    namun ia masih belum cukup matang untuk dikatakan dewasa. Ia

    sedang mencari pola hidup yang sesuai baginya dan ini pun

    sering dilakukan melalui metode cuba-cuba walaupun melalui

     banyak kesalahan. Kesalahan yang dilakukannya sering

    menimbulkan kekhuatiran serta perasaan yang tidak

    menyenangkan bagi lingkungannya dan orang tuanya. Kesalahanyang diperbuat para remaja hanya akan menyenagkan teman

    sebayanya. Hal ini kerana mereka semua memang sama-sama

    masih dalam masa mencari identiti. Kesalahan-kesalahan yang

    menimbulkan kesalahan lingkungan inilah yang sering disebut

    sebagai kenakalan remaja.

    Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk selepas mencapai mumayiz iaitu

     berumur 7 tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya

     patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak

    mencapai umur baligh, mereka wajib melaksankan semua suruhan

    agama dan menjauhkan larangannya. Lingkungan baligh ialah

    mencapai umur 15 tahun bagi kanak-kanak lelaki atau sudah pun

     bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula didatangi

    haid.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    45/184

     Juvana di Malaysia  37 

    Punca Delinkuen

    Terdapat tiga punca bagaimana remaja memperoleh sifat devian.

    Melalui BiologiIndividu berkelakauan devian disebabkan oleh

    keturunan dan kecacatan genetik. Ibu bapa yang jahat mungkin

    sekali akan mewariskan gen kejahatan kepada anak-anaknya.

     Namun ianya bergantung kepada cara dan persekitaran anak itu

    dibesarkan. Sekiranya anak-anak ini dibesarkan dalam keadaan

    yang tidak baik, maka mereka akan berkelakuan tidak baik.

    Kecacatan genetik pula merujuk kepada kelebihan kromosom X

    atau kromosom Y. Kelebihan bilangan kromosom Y dalam

    genetik lelaki sering mencirikan mereka kepada bersifat aggresif,

    kurang cerdas dan mengalami kesukaran dalam hubungan

    hetroseksual. Kajian yang dijalankan oleh Jarvik et.al (1973) danWitkin et.al.(1976) menunjukkan golongan ini 15 kali lebih kerap

    melakukan jenayah berbanding orang yang mempunyai genetik

    normal.

    Melalui Psikologi

    Delinkuen jenis ini berpunca daripada faktor psikologi dalam jiwa

    seseorang seperti ciri-ciri keperibadian, bijak, motivasi, sikap-

    sikap negatif dan konflik yang berlaku. Mereka bersifat devian

    sebagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

    mereka.

    Delinkuen melalui psikologi ini lebih cenderung dilakukan

    oleh remaja kerana peringkat ini remaja sedang tercari-cari

    watak idealnya. Antara rujukan watak yang paling hampir ialah

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    46/184

    38  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    rakan sebaya. Sekiranya rakan sebaya berwatak delinkuen maka

    ia akan terikut sama.

    Melalui Sosiologi

    Remaja yang selalu bergaul atau bersosial dengan orang-orang

    delinkuen, lama-lama ia akan terikut-ikut menjadi delinkuen. Hal

    ini kerana faktor budaya dan sosial mempengaruhi struktur

    institusi sosial dan peranan sosial individu dalam masyarakat sertakumpulan sosialnya.

    Faktor-faktor Delinkuen di Kalangan Remaja

    Keruntuhan nilai-nilai sosial dalam masyarakat Malaysia pada hari

    ini berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat pada hari ini.

    Budaya hedonisme dari Barat telah menular dan meresap ke dalam

    cara hidup masyarakat Malaysia yang sedang hanyut dalam

    kehidupan pembangunan materialistik. Tidak kira sama ada etnik

    Cina, Melayu atau India masalah keruntuhan nilai sosial ini tetap

     berlaku.

    Faktor Ibu bapa.

    Zaman remaja merupakan zaman yang penuh cabaran. Terdapat

     berbagai-bagai faktor yang mempengaruhi emosi remaja.

    Antaranya tekanan daripada ibubapa, guru dan masyarakat

    menyebabkan jiwa remaja tertekan dan bergolak. Orang yang paling rapat dengan remaja ialah ibubapanya. Harapan tinggi

    ibubapa untuk melihat anak-anak mereka membesar dan hidup

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    47/184

     Juvana di Malaysia  39 

    sempurna boleh menimbulkan konflik antara anak remaja dengan

    ibu bapa. Anak-anak remaja yang tidak dapat memenuhi kehendak

    kedua ibubapanya akan mula berkonflik dengan ibubapanya.Konflik dua pihak ini jika tidak diselesaikan segera akan

    mendorong hubungan mereka semakin renggang. Kerenggangan

    hubungan antara ibubapa dengan remaja akan mendorong remaja

    untuk lebih rapat lagi dengan orang lain.

    Terdapat juga remaja yang terjebak dengan juvana

     berpunca daripada ibu bapa yang mengabaikan atau tidakmemenuhi keperluan asas remaja. Antaranya ada ibubapa yang

    tidak menyediakan keperluan asas pelajar seperti buku, alat tulis

    dan wang saku secukupnya kepada anak-anak yang agak lemah

     pencapaian akademik di sekolah. Pada kebiasaannya ibubapa akan

    memenuhi segala keperluan anak semasa di peringkat tadika dan

    tahun satu. Namun apabila keputusan anak mereka kurang

    cemerlang selepas peperiksaan akhir tahun satu, ibubapa

    mempunyai satu tanggapan bahawa anak ini kurang berpotensi dantak perlu dipenuhi segala keperluan persekolahannya. Kesannya

    anak ini akan terus berada di takuk lama dan apabila mereka

     berada di alam remaja mereka akan kehilangan nilai realiti hidup.

    Daripada pengalaman-pengalaman guru yang mengurus

    kelas, didapati lebih mudah untuk memunggut yuran sekolah dan

     bayaran-bayaran buku tambahan daripada pelajar-pelajar kelas pandai. Sebaliknya guru-guru sukar untuk memungut yuran

    daripada kelas-kelas yang pelajar terdiri daripada pelajar lemah.

    Hal ini mengambarkan dengan jelas sikap ibu bapa yang kurang

    memberi perhatian kepada keperluan anak-anak mereka yang

    kurang cerdas. Sikap sambil lewa ibubapa ini akan menjadi satu

    tekanan kepada para pelajar apabila guru memberi tekanan kepada

     pelajar untuk menjelaskan yuran dengan segera. Tekanan daripadaguru dan keenggnan ibu bapanya menjelaskan yuran dengan segera

    setiap awal tahun boleh menyebabkan pelajar berkenaan rasa malu

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    48/184

    40  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    dan kecewa. Rasa malu dan kecewa ini boleh mendorong pelajar

    ini mengalami sindrom kekecewaan agresif ( Frustration

    aggression Syndrome). Pelajar akan meluahkan rasa kecewadengan melakukan tindakan-tindakan agresif untuk memuaskan

    hati. Tindakan-tindakannya pula ada yang berbentuk merbahaya

    dan adakalanya hanya sekadar melepaskan geram dalam bentuk

    lisan. Sasaran tindakan agresifnya pula tidak semestinya ibu

     bapanya atau gurunya tetapi mungkin orang lain atau objek lain.

    Pelajar terbabit mungkin tidak berani untuk mengancam

    ibubapanya kerana ibubapanya akan menempelak dengan kata-kata

    seperti “ belajar malas tapi nak duit sahaja” atau takut mengancamgurunya kerana autoriti guru yang kuat di sekolah. Justeru, pelajar

    terbabit akan mencari subjek lain seperti pelajar lemah untuk

    melepaskan geram. Daripada sinilah bermulanya pelajar-pelajar

    ini mula melakukan pelanggaran-pelanggaran yang ditetapkan oleh

    sekolah dan negara.

    Mengikut Bandura (1973) didikan ibu bapa yang tegas juga boleh menyebabkan punca remaja menjadi agresif. Ibu bapa

    yang sering menggunakan kaedah kekerasan seperti merotan

    untuk mendisiplinkan anak mereka sebenarnya memberi tauladan

    kepada anak-anak mereka cara kekerasan ketika bersosial. Mereka

    akan bertindak agresif kepada orang lain yang akhirnya membawa

    kepada pergaduhan.

    Pengaruh Rakan Sebaya

    Dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh rakan

    sebaya mereka. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian,

     pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam

    mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga

     berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak atauremaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    49/184

     Juvana di Malaysia  41 

    dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya

    dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah

    terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuatsesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain.

    Kemunculan golongan rendah moral dan tidak

     bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme di kalangan

    remaja seperti Kumpulan Black Metal dan Trash Metal sudah

    cukup memberi cabaran serta saingan kepada usaha dan tugas guruuntuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah

     pengalaman budaya sihat. Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan

    mencorak sikap dan nilai tingkah laku pelajar terutamanya pelajar

    yang berasal daripada keluarga yang bermasalah dan keciciran

    dalampelajaran.

    Pengaruh Kumpulan Haram

    Rakan sebaya merupakan orang yang paling hampir dengan

    remaja. Remaja banyak menghabiskan masa bersama rakan

    sebaya. Remaja akan cuba menyesesuaikan diri agar diterima oleh

    rakan sebaya. Untuk diterima dalam kumpulan rakan sebaya

    remaja sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyertaikumpulan-kumpulan haram. Terdapat berbagai-bagai sebab remaja

    menyertai kumpulan haram seperti kongsi gelap. Antaranya ialah

    kerana dipaksa oleh rakan sebaya atau untuk mengelakkan

    daripada terus menerus diperas untuk membayar wang

     perlindungan. Sebahagian besar remaja pula mempunyai

    keinginan untuk diterima dan dihormati oleh rakan sebaya

    mendorong mereka menyertai kumpulan-kumpulan kongsi gelap.

    Mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    50/184

    42  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Pendidikan Malaysia pada tahun 2003, dapatan menunjukkan

    hampir satu pertiga daripada 1560 buah sekolah menengah

    dinegara ini berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagaikegiatan kongsi gelap. Bagaimana kegiatan kongsi gelap yang

     biasanya dikaitkan dengan orang dewasa boleh meresap ke dalam

    sekolah? Sejauh manakah kegiatan kongsi gelap ini menyerap ke

    dalam sekolah. Persoalan-persoalan ini jarang-jarang

    dibincangkan dalam forum-forum pendidikan atau penulisan-

     penulisan kerana fenomena kongsi gelap ini didominasi oleh satu

    kaum sahaja iaitu kaum cina.

    Kegiatan kongsi gelap adalah kegiatan tradisional yang

    telah berakar umbi sejak zaman penghijrahan orang cina ke

    lombong-lombong bijih timah di Perak dan kegiatan pertanian

    gambir dan lada hitam di Johor. Organisasinya sangat terancang

    dan mempunyai ahli-ahli yang aktif dan ahli-ahli tak aktif. Untuk

    memastikan pertubuhan haram ini terus wujud, ahli-ahlinya

    direkrut sejak dari bangku sekolah lagi. Setiap ahli dikehendakimembayar yuran keahlian setiap bulan. Yuran ini dikenali sebagai

    “hutang” satu istilah yang digunakan untuk mengkaburi para guru

    dan pihak berkuasa di sekolah. Kebanyakkan kes-kes pelajar cina

    diugut atau dipukul oleh pelajar lain adalah kerana tidak

    menjelaskan “hutang”. Selain daripada menghukum pelajar yang

    mengugut guru pula biasanya mengambil pendekatan menasihati

     pelajar yang berhutang agar menjelaskan “hutang”, tanpamenyedari ia adalah kegiatan kongsi gelap terancang. Kegiatan

    kongsi gelap ini terus subur kerana ia menjadi sebahagian daripada

     budaya sesetengah kaum di negara ini.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    51/184

     Juvana di Malaysia  43 

    Kelemahan Institusi Keluarga

    Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan

     bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di

     bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan

    ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor

    kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga

    akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka

    akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.

    James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah

    keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan

     pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan ketahanan

    diri pelajar. Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan

     peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu

     bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada

    kewujudan suasana harmonis.

    Institusi keluarga yang semakin rapuh pada masa kini juga

    menjadi punca mengapa remaja tercebur dalam kes juvana.

    Tuntutan kehidupan bandar yang segala-galanya memerlukanwang menyebabkan ibubapa bekerja tidak mengira siang atau

    malam. Masa kedua ibubapa banyak dihabiskan di tempat

     pekerjaan menyebabkan anak-anak di rumah kurang perhatian.

    Hal ini mendorong remaja menghabiskan masa lebih lama bersama

    rakan sebaya berbanding dengan kedua ibubapanya.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    52/184

    44  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Gejala sosial yang melanda negara ini tidak mengenal usia.Terdapat ibubapa yang terjebak dengan gejala ini yang

    menyebabkan keluarga mereka menjadi porak peranda. Si bapa

    atau si ibu mula mengabaikan urusan rumah tangga. Apabila

    mereka berada di rumah pertengkaran sering berlaku di hadapan

    anak-anak. Sedikit sebanyak konflik antara orang dewasa ini

    menjejaskan kehidupan remaja. Remaja menjadi bosan ababila

     berada di rumah dan lebih suka berada diluar rumah bersama – 

    sama rakan sebaya.

    Kegagalan ibu bapa menyediakan tempat tinggal yang

    selesa juga menyumbang ke arah remaja tidak gemar tinggal di

    rumah. Rumah yang sempit, adik beradik yang ramai dan

    kawasan rumah yang tidak kondusif seperti perumahan setinggan

    mendorong ramai remaja lebih banyak berpelisiran di kompleks-

    kompleks membeli belah yang nyaman. Mereka berkumpul beramai-ramai bersama-sama rakan sebaya membuang masa tanpa

    tujuan tertentu.

    Faktor Kemakmuran Ekonomi

    Ekonomi Malaysia yang pesat berkembang di tahun-tahun 1990 anmenjadikan kehidupan rakyat Malaysia menjadi selesa. Namun

    kehidupan yang selesa ini membawa implikasi semangat untuk

    memperolehi pendidikan sebagai alat untuk menyara diri dan

    untuk menguasai keadaan dalam kehidupan semakin lemah.

    Fenomena ini sama seperti di negara Jepun di mana menurut Akira

    (1991) kajiannya mendapati kehidupan rakyat Jepun yang menjadi

     begitu selesa menyebabkan semangat untuk memperolehi

     pendidikan sebagai alat untuk menyara diri dan untuk menguasaikeadaan dalam kehidupan semakin lemah.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    53/184

     Juvana di Malaysia  45 

    Senario ini jelas kelihatan di tanah-tanah Rancangan Feldaseluruh negara di mana ramai remaja yang tercicir dari alam

     persekolahan. Pelajar sekolah di tanah rancangan Felda kurang

    motivasi untuk belajar dan kurang keinginan untuk mencapai

    kejayaan dalam peperiksaan adalah sesuatu kebiasaan yang

    dihadapi oleh para guru. Tekanan guru untuk melihat kejayan

    anak-anak didiknya menyebabkan golongan motivasi rendah ini

    membenci sekolah dan akhirnya menimbulkan berbagai-bagai

    masalah devian.

    Di bandar-bandar pula ramai remaja dari keluarga sosio

    ekonomi rendah tercicir dari alam persekolahan kerana digamit

    oleh peluang pekerjaan di bengkel-bengkel, kilang-kilang dan

     pusat beli belah. Tanpa kelulusan yang tinggi mereka boleh

    memperoleh pekerjaan dengan pendapatan yang mencukupi untuk

    menampung keperluan idaman seperti membeli motosikal dantelefon bimbit.

    Di sekolah pula pelajar yang datang daripada keluarga

    sosio ekonomi rendah kerap mendatangkan masalah disiplin. Hal

    ini berlaku kerana pelajar-pelajar berkenaan membawa budaya,

    nilai , sikap, aspirasi dan mode perlakuan yang mungkin tidak

    secocok dengan budaya kelas pertengahan di sekolah. Apabila perlakuan mereka tidak mencapai apa yang diharapkan oleh guru,

    mereka akan menimbulkan masalah disiplin di sekolah dengan

    tujuan untuk memenangi status dari kalangan rakan sebaya. Jika

    tidak berjaya mereka akan terlibat dengan pelbagai jenayah di luar

    sekolah bagi mengubat kekecewaan status di sekolah.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    54/184

    46  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    Juvana di Sekolah Berasrama

    Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1973) antara tujuan

    asrama sekolah ditubuhkan untuk memberi kemudahan dan

    kesempatan kepada penghuni-penghuni mencapai kemajuan di

     bidang pelajaran, memupuk semangat tanggungjawab dan

    kerjasama yang diingini dalam penghidupan bermasyarakat dan

    menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani yang sihat.

    Sekolah berasrama terbahagi dua jenis iaitu sekolah

     berasrama penuh dan sekolah asrama harian. Sekolah berasrama

     penuh ditubuhkan untuk memberi peluang pelajar-pelajar

    cemerlang meneruskan pelajarannya dam persekitaran ideal.

    Semua pelajar sekolah terbabit wajib tinggal di asrama. Manakala

    sekolah asrama harian ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikemudahan kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh di

     pendalaman dan sukar untuk datang ke sekolah setiap hari.

    Kita sering digambarkan bahawa sekolah beasrama penuh

    adalah sebuah sekolah yang sangat ideal untuk pembelajaran anak-

    anak. Semua ibu bapa sangat berharap anak-anak mereka

    cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya ditawarkan kesekolah berasrama penuh. Anak-anak yang rata-rata dalam usia

    awal remaja ketika melangkah kaki ke sekolah berasrama penuh

     perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Banyak

     perkara baru dan asing bagi sesetengah pelajar ini. Bagi pelajar

    yang datangnya dari keluarga miskin, kemudahan di asrama jauh

    lebih baik daripada di rumah. Sebaliknya pelajar dari keluarga

    kaya, kemudahan di asrama seperti bilik tidur yang terpaksa

    dikongsi beramai-ramai dan makanan yang dihidangkan tidaksebaik dirumah.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    55/184

     Juvana di Malaysia  47 

    Bagi anak tunggal atau anak sulung pengalaman tinggal bersama-sama dengan abang atau kakak senior mungkin boleh

    menjadi satu mimpi ngeri jika mereka gagal menjalin

    interpersonal yang baik dengan senior-senior mereka. Mereka

    akan dibuli atau sekurang-kurangnya dipencilkan.

    Kejadian curi sangat berleluasa di mana-mana asrama

    termasuk asrama S.M Agama yang terkenal dengan didikanagamanya. Kejadian hilang barang seperti wang dan pakaian

    sangat sering berlaku sehingga pelajar tidak mahu melaporkan

    kepada guru. Berbagai-bagai punca kejadian curi ini seperti iri

    hati kerana tidak mampu membelinya.

    Peraturan-peraturan dikenakan oleh pihak asrama untuk

    memastikan keselamatan dan keselesaan semua pelajar yangtinggal di asrama. Namun walau seketat mana pun peraturan yang

    dikenakan jika pelaksanaannya longgar ia akan mengundang

     pelbagai masalah yang serius. Umpamanya sepanjang tahun 2003

    hingga 2004 negara kita dikejutkan dengan beberapa peristiwa

     pelajar terbunuh akibat didera oleh senior atau dibunuh oleh rakan

    sebaya yang berpunca daripada masalah tertentu. Antaranya ialah

    di SMK Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi dan SM Teknik

    Batu Pahat pelajar didera sehingga cedera parah. Kemuncaknyaialah peristiwa seorang pelajar Abdul Rahman pelajar SMK

    Agama Labu Negeri Sembilan yang terbunuh setelah cedera

    dibelasah oleh enam pelajar lain.

    Mengapa kes-kes seperti ini berlaku? Di sekolah-sekolah

     berasrama penuh juga berlaku pelajar terlibat dengan perlakuan

    devian. Antara punca utamanya ialah pelajar-pelajar yang terpilihmasuk ke sekolah berasrama adakalanya mengalami kesukaran

    dalam menyesesuaikan diri dengan persekitaran baru. Pelajar-

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    56/184

    48  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

     pelajar ini datang daripada berbagai lapis sosiobudaya yang

     berbeza akan menjalani orientasi kehidupan di asrama. Mereka

     perlu bertolak ansur, sedia berkongsi apa-apa barang dengan rakanlain dan yang lebih penting sedia mengikut arahan para senior.

    Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kejadian buli dan

    mendera oleh pelajar senior ke atas mereka akan berlaku.

    Di sekolah-sekolah asrama harian terdapat sesetengah ibu

     bapa yang gagal mengawal anak-anak mencari jalan mudah dengan

    menghantar anak-anak bermasalah mereka ini ke asrama. Mereka berharap peraturan yang ketat di asrama akan mendisiplinkan

    anak-anak mereka. Sebenarnya pengawasan warden asrama ke

    atas penghuni asrama sangat longgar. Seorang warden perlu

    mengawasi sehingga lebih seratus pelajar dalam satu-satu masa.

    Tambahan pula warden terdiri daripada para guru yang perlu

    menjalankan tugas P&P. Justeru peluang pelajar bermasalah untuk

    melakukan tindakan-tindakan jahat terbuka luas berbanding jika

    mereka berada di rumah. Pada kebiasannya setelah kejadiandevian yang telah parah berlaku di asrama barulah dapat dikesan

    oleh pihak asrama. Walaupun peratusan kejadian devian ini sangat

    kecil tetapi dalam sistem pengurusan manusia sepatutnya ia tidak

    harus berlaku.

    Pengaruh Media Massa

    Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting

    dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja.

    Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan remaja

    mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang

    tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan

    tanpa panduan daripada golongan dewasa.

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    57/184

     Juvana di Malaysia  49 

    Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikuthal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan

    negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas

    menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut

    apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah

     program televisyen. Selain daripada video cakera padat, bahan-

     bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang

    sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa

    seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remajaini mendapat panduan

     Negara kita mempunyai perkembangan media massa yang

     pesat setanding negara-negara maju. Setiap rumah di Malaysia

    sekurang-kurangnya mempunyai sebuah peti televisyen (TV).

    Stesen TV juga bertambah dan semakin meriah dengan

    kemunculan stesen Astro. Perkembangan ini sedikit sebanyakmenyebarkan trend dan budaya Barat kepada para remaja kita.

    Ramai pelajar-pelajar sekolah terikut-ikut dengan fesyen rambut

    dan pakaian idola dari Barat. Pihak sekolah yang antara lain

     berperanan menyemai budaya timur sudah tentu cuba mengekang

    gejala ini. Kesannya timbul konflik antara pihak sekolah dengan

     para pelajar terbabit. Konflik yang berpunca daripada perkara

    remeh ini berkembang menjadi besar apabila pelajar-pelajar ini

    mula membentuk kumpulan-kumpulan seperti skin head, punk,hiphop, black metal, punk kid, skatters dan rokers yang sudah

     pasti tidak disenangi oleh pengurusan sekolah.

     Namun pengaruh media yang paling besar kesannya ialah

    kemunculan pemain pita video dan pemain cakra piring (cd).

    Harga pemain pita video yang murah sekitar pertengahan tahun

    1980an membolehkan ramai orang mampu memilikinya.Fenomena ini sebenarnya telah membawa implikasi kesukaran

  • 8/16/2019 Bookchapter_fp26-Remaja UTM

    58/184

    50  Masalah Sosial Di Kalangan Remaja

    kerajaan mengawal apa yang harus dan apa yang tidak boleh

    ditonton oleh rakyatnya. Sebelum kemunculan alat perakam dan

     pemain video ini kerajaan berupaya menapis filem yang disiarkandi TV dan panggung wayang. Namun apabila pemain pita video

    ini berada di rumah-rumah kediaman, sesiapa sahaja boleh

    menonton apa sahaja yang mereka suka. Kesannya ramai orang

    terdedah dengan kebanjiran video lucah. Keadaan hari ini

    semakin parah apabila harga pemain cd jauh lebih murah dan

    memungkinkan hampir semua rumah memilikinya. Harga cd

    terutama keluaran cetak rompak jauh lebih murah berbanding