36
arti 4 ARTIGALLERY www.artigallery.com Ali Nurazmal Arif Fauzan Hushinaidi Uzaini Amir p a m e r a n s e n i e m p a t p e n g k a r y a a f o u r m e n a r t e x h i b i t i o n

ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

arti4

ARTIGALLERYw w w . a r t i g a l l e r y . c o m

Ali Nurazmal Arif Fauzan Hushinaidi Uzaini Amir

p a m e r a n s e n i e m p a t p e n g k a r y aa f o u r m e n a r t e x h i b i t i o n

Page 2: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Copyright©2011 ARTI FINE ART STUDIO

All right reserved. No part of this publication may be reproduced or trasmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopying, recording or any other information storage and retrieval system, except for purpose of research, criticism and review, without prior permission in writing from the artist and publisher.

Publisher:ARTI FINE ART STUDIO (ARTI GALLERY)

Design & Photography:Silver Tree Studio

Printer:Andalusia Services

First Printing 2011

Ali NurazmalArif FauzanHushinaidiUzaini Amir

Page 3: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

arti4ARTIGALLERYw w w . a r t i g a l l e r y . c o m

p a m e r a n s e n i e m p a t p e n g k a r y aa f o u r m e n a r t e x h i b i t i o n

Page 4: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Sekapur SirihForeword

Dalam memupuk dan mengembangkan seni lukis tanah air agar sentiasa rancak dan terus berkembang, Arti Galeri menampilkan

empat pelukis muda figuratif tanah air dalam pameran berkumpulan yang bertajuk “ARTI 4”.

Pameran ini melibatkan empat pengkarya iaitu Ali Nurazmal Yusoff, Arif Fauzan Othman, Hushinaidi Abdul Hamid dan

Uzaini Amir. Mereka bergabung dalam menterjemahkan sebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif

dengan olahan teknik serta kemahiran yang matang.

Arti galeri gembira kerana dapat menampilkan empat pelukis muda figuratif masa kini dalam suasana di mana penampilan

karya-karya dalam bentuk figuratif agak sunyi dan kurang ditonjolkan oleh galeri-galeri tempatan lain. Semoga “ARTI

4” dapat menjadi satu wadah dalam perkembagan seni lukis tempatan masa kini dan masa akan datang.

Arti galeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada kurator, artis, pengumpul seni, penterjemah, peminat seni dan pada semua

yang terlibat dalam pameran ini.

Jangan biarkan alam karya figuratif Malaysia Terbaik…., Terbang….., Hilang...

In cultivating and developing the local art to be vibrant and continuing to develop, Arti Galeri hereby presents 4 young figurative artists in a group exhibition entitled “ARTI 4”.

This exhibition involves four artists namely, Ali Nurazmal Yusoff, Arif Fauzan Othman, Hushinaidi Abdul Hamid and Uzaini Amir. They are collaborating to translate a connection with the means to realise a theme, message and individual life experience into figurative artworks applying techniques of treatment with skilled maturity.

Arti Galeri is delighted to show the four young contemporary figurative artists in an environment whereby works in the form of figurative has been slow and usually less displayed by other local galleries. May “ARTI 4” become a channel in the development of the local art scene both current and in the future.

Arti Galeri thanks the curator, artists, collectors, translator, art enthusiasts and to all those who are involved in this exhibition.

Don’t allow the scene in the Best Malaysian figurative artworks to…., Soar Away…, Disappear...

“Aku tidak takut musuh yang pandai.Aku takut teman yang baru gila.

Akal itu hanya satu macam.Sedangkan gila itu banyak macam”

(Ihya’ Ulumiddin)

“I am not scared of a clever enemy. I am scared of a new friend that is insane. The mind is only one of a kind. Whereas insanity can be various.”(Ihya’ Ulumiddin)

Mohd Yusri Abdul RahmanArti Galeri

Page 5: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Psikodinamik adalah teori dan kajian tentang sistem kuasa psikologi tindak tanduk manusia, terutamnya yang berkaitan dengan kesedaran dan ketidaksedaran mental. Ahli psikologi Sigmund Freud telah membangunkan teori psikodinamik dalam mengambarkan ‘proses fikiran’ (minda) yang didorong oleh daya psikologikal ‘libido’ (nafsu berahi yang bersifat nurani)

Psikodinamik juga adalah gabungan daripada psikologi dan dinamik. Psikologi adalah kajian tentang proses mental dan fikiran terutamanya berhubungan dengan perlakuan manusia dan sesuatu kumpulan tertentu , manakala dinamik pula adalah bertenaga dan berkekuatan yang mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan juga kemajuan. Oleh yang demikian psikologi dinamik adalah kajian tentang hubungan antara pelbagai bahagian minda, personaliti atau psikik yang berhubung rapat dengan mental, emosi dan motivasi terutamanya pada alam bawah sedar.

Psychodynamics is a theory and study on energy system of the psychology of human actions, especially those related to mental consciousness and unconsciousness. Psychologist Sigmund Freud has developed the theory of psychodynamics in depicting ‘the mind process’ that is driven by psychological energy ‘libido’ (lust of a conscience).

Psychodynamics is also a combination of psychology and dynamics. Psychology is the study about thought and mental processes, especially in relation to human and specific group behaviours, while dynamics is energetic and with strength capable to progress and adjust. Hence dynamic psychology is a study of the relationship between various parts of the mind, personality or psyche that are closely related to mental, emotional and motivational especially at the unconscious level.

“Seni boleh meringankan perasaan trauma, takut atau gelisah, memperbaiki, memulihkan dan menyembuhkan”

“Art can alleviate feelings of trauma, fear or anxiety, to repair, restore and heal”

Carl Jung

Figuratif PsikodinamikPsychodynamic Figurative Faizal Sidik

Page 6: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Daya mental yang terlibat dalam psikodinamik selalunya dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama daya interaksi emosi iaitu interaksi yang membangkitkan daya emosi dan motivasi yang mempengaruhi perilaku dan cara berfikir terutama di tahap separuh sedar, kedua daya batiniah yang mempengaruhi perilaku yang juga yang membangkitkan daya emosi dan motivasi yang mempengaruhi perilaku dan cara berfikir.

Psikodinamik mempunyai beberapa ciri-ciri antaranya (i) tingkahlaku dan perasaan kita dikuasai oleh rangsangan separuh sedar, (ii) tingkahlaku dan perasaan orang dewasa (termasuk yang mempunyai masalah psikologi) adalah berakar daripada pengalaman beliau semasa kecil, (iii) semua tingkahlaku mempunyai sebab (biasanya tidak sedar) malah apabila kita tersilap berkata-kata semuanya ditentukan oleh tingkahlaku, (iii) personaliti dibahagikan kepada tiga iaitu id, ego dan superego,(iv) Tingkah laku digerakkan oleh daya naluri, Eros (nafsu berahi dan naluri hidup) dan Thantos (agresif dan naluri mati). Kedua-duanya dipandu oleh ‘id’. (v) Sebahagian daripada minda tidak sedar (id dan superego) adalah sentiasa berkonflik dengan daya sedar (ego) dan personaliti dibentuk dan dipandu daripada konflik yang berbeza diwaktu kecil (semasa perkembangan psikoseksual).

Walaupun psikodinamik adalah salah satu kajian secara klinikal dalam teori psikoanalisis yang mempraktikkan kajian secara psikoanalitik, ianya telah di perkembangkan oleh pengikut-pengikut Freud yang lain seperti Carl Jung (1964), Adler (1927), dan Erikson (1952). Kini di abad ke 21 ini psikodinamik melibatkan pelbagai bidang disiplin dimana ia adalah proses menganalisa dan membuat pengkajian manusia, tindakbalas terhadap corak dan pengaruh. Penyelidikan dalam bidang ini melibatkan pemahaman kepada kita dalam memahami tindakbalas-tindakbalas tertentu terhadap kesedaran dan ketidaksedaran daripada kederiaan kita pada imej, jalinan, bunyi dan lain-lain.

Sungguhpun begitu kajian tentang ini juga terdapat didalam kesenian tradisi orang Melayu sejak menduduki nusa tenggara ini sejak beratus-ratus tahun dahulu yang tidak dikaji secara saintifik seperti psikilogi tindak tanduk manusia didalam seni pergerakan silat, tarian malah dalam seni persembahan wayang kulit dan untuk mengubati penyakit seperti mak yong juga dilihat diantara antara dunia sedar dan tidak sedar ini silih berganti melalui asyiknya pergerakan tubuh. Malah istilah amuk itu sendiri begitu unik sekali kerana ia hanya ada di dalam jiwa orang Melayu sahaja yang tidak ada didalam budaya bangsa lain,

Mental forces involved in psychodynamics are often divided into two i.e the first force is emotional interactive forces which involve interactions that evoke emotional and motivational forces affecting behaviour and the way of thinking especially on a subconscious level, the second force are inner forces affecting behaviour which stimulate emotional and motivational forces affecting behaviour and way of thinking.

Psychodynamics has several features amongst others (i) our behaviour and feelings dominated by stimulus of the subconscious, (ii) behaviour and adult feelings (including those with psychological problems) rooted from his experience as a child, (iii) all behaviours have a reason (usually unconsciously) even whenenever unwitting utterances are made they are all determined by behaviour, (iii) personality is divided into three i.e id, ego and superego, (iv) behaviour driven by instinct forces, Eros (sensuality and sense of life) and Thantos (aggressive and death instincts). Both are driven by ‘id’. (v) A part of the unconscious mind (id and superego) is always in conflict with the conscious (ego) and personality is shaped and steered from different conflicts of childhood (during psychosexual development).

Although psychodynamics is one of the clinical studies in psychoanalysis theory which is being practised by way of psychoanalytical studies, it has been developed by Freud’s other followers such as Carl Jung (1964), Adler (1927), and Erikson (1952). Presently in the 21st century, psychodynamics is an evolving multi-disciplinary field which analyses and studies on humanity, response patterns and influences. Research in this field involves our understanding and anticipating specific responses towards our conscious and unconscious sensors to images, links, sounds and others.

Notwithstanding that, this kind of study also existed in the artistic tradition of the Malay who has been occupying the archipelago for hundreds of years which has not been studied scientifically such as the psychology of human actions in the martial art of silat, dances such as Mak Yong, performing art of shadow

Page 7: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

dan tidak hairanlah terma amuk diberi juga maksud amok yang dalam kamus bahasa lain yang maksud berjuang, bertempur atau bertikam yang boleh dikaitkan dengan gerak geri minda separa sedar Melayu.

Salah satu yang terdapat pada teori psikodinamik adalah mempunyai memiliki pemahaman perkembangan zaman kanak-kanak dengan lebih mendalam Dalam karya-karya Ali Nurazmal beliau menggunakan imejan-imejan figuratif kanak-kanak dalam setiap catannya. Karya-karya Ali dilihat seolah-olah beliau beremosi kembali pada pengalaman kanak-kanak yang pernah dilaluinya. Dalam karya catan ‘Pursuit of Happiness‘ misalnya terdapat tiga figura tubuh kanak-kanak, disebelah bahagian kiri terdapat potret muka seorang kanak-kanak dicat merah mukanya seolah-olah sedang mengalami histeria menjeritkan berkehendakan sesuatu, dibahagian tengah terdapat postur kanak-kanak yang berpakaian sut kemas yang sedang mengayakan seperti seni mempertahankan diri kung-fu yang terdapat kapal terbang mainan berterbangan disisinya, manakala dibahagian kanan sekali juga ada seorang budaya yang seolah-oleh sedang menaiki belon yang dikelilingi oleh awan seolah-olah sedang terbang diudara, Ali seperti yang saya nyatakan dalam ciri-ciri kedua psikodinamik iaitu tingkahlaku dan perasaan orang dewasa (termasuk yang mempunyai masalah psikologi) adalah berakar daripada pengalaman beliau semasa kecil dengan menggunakan catan dalam meneroka keinginnnya alam bawah sedar itu.

Dalam karya-karya Arif Fauzan beliau lebih percaya menggunakan figura diri, bayang-bayang diri beliau terjelma dalam catan ‘Grave Digger’, dan ‘Keep Grounded’ dilihat Arif seperti berada di alam minda tidak sedar id dan superego yang sentiasa berkonflik dengan daya sedar atau ego yang berada di dalam personaliti beliau yang sebenar yang dibentuk dalam setiap catan itu. Dalam ‘The Little Thinker’ dua imej yang dilukis bertentangan diatas wajahnya diwaktu kecil seperti sedang memikirkan bersama buku tebal (seolah gerak perlakuan orang dewasa) manakala dibahagian bawah pula seperti beliau sedang menyampaikan slogan dan retorika daripada buku diatas tadi (waktu kecil) beliau dilihat berkonflik dengan waktu iaitu diantara dengan keinginan beliau yang berbeza diwaktu kecil semasa perkembangan psikoseksual. Kebanyakan karya beliau ingin menjadi diri sendiri (‘real self’ dan ‘ideal self’) yang diresap oleh budaya massa disekitarnya.

puppet and the treatment of illnesses are also seen to be between the conscious and unconscious level interchangeable through sublimal body movements. In fact the term ‘amok’ itself is very unique as it exists only in the soul of the Malays and not in the culture of other races, and not surprisingly the term amok is also in the dictionary of other languages which means to struggle, combat or stab that may be associated with primal subconcious mind gestures of the Malays.

One thing that is found in the theory of psychodynamics is to have a comprehensive knowledge of childhood development. In the works of Ali Nurazmal he uses figurative images of children in all his paintings. Ali’s works are seen as if he is recalling his emotion to the childhood experience that he has gone through. In the painting ‘Pursuit of Happiness’ for example it shows a triple figurative of a child, adjacent to the left a portraiture of a child’s face painted in red supposedly screaming hysterically for something, in the centre a gesture of a child dressed in a neat suit acting out a kung-fu martial arts pose and with a toy plane hovering, whilst on the far right there is also a child who appears seemingly to be in the midst of riding a balloon surrounded by clouds as though in flight, Ali as I have described in the second characteristics of psychodynamics i.e behaviour and adult feelings (including those with psychological problems) rooted from his childhood experience uses painting to explore his desire on a subconscious level.

Page 8: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Apa yang menarik dalam karya Hushinaidi Abd Hamid adalah kedua-dua karya ‘Sedekad Kita’ 2011. Dalam karya lukisan kajian dengan menggunakan pastel minyak di atas kertas beliau menggunakan model orang muda yang sedang duduk diatas kerusi disamping sebelah kaki diletakkan diatas kerusi dan disetkan juga seulas buah pisang diatas lutut, sungguhpun karya ini lebih menitikberatkan kemahiran kekuatan figuratif yang dikawal rapi dari segi proposi, kadar banding dan pengcahayaan namun jika kita bandingkan dengan catan ‘Sedekad Lalu’ iaitu cat minyak diatas kanvas yang mungkin mengambarkan model yang sama tetapi setelah usianya ditelan berdekad tahunnya yang telah tua, begitu juga dengan seulas pisang tadi. Husnaidi mengambil buah pisang sebagai simbol yang merupakan nutrien penting dalam pembinaan otot terutamanya dibahagian reproduktif manusia dalam teori psikodinamik idea pengkaryaan beliau ini yang didorong oleh daya psikologikal libido atau nafsu berahi. Sungguhpun begitu dalam hasil karya Carl Jung pengertiannya lebih umum daripada ghairah seksual yang diperkenalkan oleh Freud. Jung mengatakan libido juga adalah kuasa psikik (berkaitan jiwa dan fikiran manusia) yang dimiliki individu untuk digunakan bagi perkembangan peribadi atau individu, disini saya boleh mengatakan bahawa Hushinaidi berjaya menggabungkan kedua-dua psikodinamik dan tubuh dalam pengkaryaannya.

Dalam karya Uzaini Amir yang bertajuk ‘Sleeping’ iaitu wajah seorang tua yang kelihatan sedang tidur. Tidur adalah tabiat semulajadi manusia yang berkaitan terhentinya sementara aktiviti

In the works of Arif Fauzan he believes more in using his own figure, his shadow emerges in the paintings ‘Grave Digger’ and ‘Keep Grounded’ is seen as though Arif is in the mind level of id unconsciousness and superego that is always in conflict with the consciousness or ego that exists within his personality which has been formed in each of his painting. In ‘The Little Thinker’ double images of a child painted facing each other one with a thick book in deep thought (seemingly a behaviour movement of an adult), whilst below he is making a presentation of a slogan and rhetoric from the above book (childhood), he is seen in conflict with the times i.e between his desire at different times during childhood psychosexual development. Many of his works demand to seek to be himself (the ‘real self’ and ‘ideal self’) infused with the surrounding communicative culture.

What is interesting about Hushinaidi Abd Hamid’s art are both his works in ‘Sedekad Kita’ 2011. In his study of artwork using oil pastel on paper he engages a young model sitting down with a leg on a chair and a banana on his knee, although this work demonstrates a strong figurative skill which has been rigidly controlled in terms of movement, proportions and lighting however in comparison to ‘Sedekad Lalu’ i.e an oil on canvas which probably have portrayed the same model and banana but now older by a decade. Husnaidi’s choice

Page 9: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

kederiaan manusia dan tidak mengaktifkan hampir seluruh urat saraf kita. Ia adalah satu tindakbalas senyap yang mengecilkan kemampuan kita bereaksi terhadap tindakbalas rangsangan dan boleh disamakan dengan koma atau (tidak sedarkan diri). Tidur juga meremajakan semula imunisasi, saraf, kerangka tulang dan sistem-sistem otot manusia. Tidur sering dikaitkan dengan mimpi, bermimpi adalah pengalaman kederiaan kita dalam memahami imej-imej dan bunyi-bunyi semasa tidur.

Manusia membuat pelbagai andaian dan hipotesis mengenai mimpi dalam tidur misalnya dalam karya Freud yang bertajuk ‘The Interpretation of Dreams’ dimana dalam buku itu beliau memperkenalkan teori ‘tidak sedarkan diri’ (unconscious) dalam membuat interpritasi terhadap mimpi. Beliau juga menanggap mimpi dalam tidur adalah ekspresi simbol kepada hasrat yang terkecewa dalam minda tanpa sedar dimana beliau menggunakan teknik klinikal psikoanalisis dalam membuat interpritasi terhadap mimpi untuk mendedahkan rahsia mimpi itu tadi. Pada pandangan Freud mimpi adalah ‘komunikasi secara ghaib’ (supernatural communication) iaitu aktiviti keinginan atau perkara yang ingin dihajati atau ditunaikan yakni percubaan minda tidak sedar dalam menghuraikan sesuatu konflik samada yang berlaku kini atau yang telah lepas. Dalam karya ‘Sleeping’ atau tidur ia boleh dikaitkan dengan aktiviti tidak sedar diri oleh manusia apabila keletihan dan mengantuk. Uzaini terlebih dahulu melakukan pengkajian rupa bentuk figura seorang tua yang memejamkan matanya dengan menggunakan pastel. Penyelidikan anatomi muka ini kemudiannya diterjemahkan kedalam cat minyak yang lebih menampakkan bentukan raut pada wajah muka seorang tua itu tadi.

of a banana symbolises an important nutrient in muscle building especially in the human reproductive area and in the theory of psychodynamics his idea is driven by a psychological force libido or eroticism. On the other hand, in the works of Carl Jung its meaning is more general as against sexual desire introduced by Freud. Jung said that libido is also psychic power (related to human soul and mind) owned by an individual to be used for personal or individual development, here I can say that Hushinaidi has managed to merge both psychodynamics and physique into his works.

In the works by Uzaini Amir entitled ‘ Sleeping’ is a portrait of a sleeping elderly. Sleep is a human’s natural habit related to a temporary halt of human sensory activities and it deactivates almost our entire nervous system. It is a silent response to minimise our ability to react to responsive stimulations and can be compared to that of a coma or (unconsciousness). Sleep also rejuvenates human immune, nervous, structural bone and muscle systems. Sleep is often associated with dreams, dreaming is an experience of our senses in terms of understanding images and sounds during sleep.

Man makes various assumptions and hypotheses about dreams during sleep such as in Freud’s works entitled ‘The Interpretation of Dreams’ whereby in the book he introduced a theory of ‘unconsciousness’ in order to make interpretation about dreams. He also perceives dreams during sleep as a symbolic expression of frustrated hopes in the unconscious mind whereby he uses clinical psychoanalysis techniques in interpreting dreams to reveal the secrets behind the dreams. From Freud’s point of view dream is a supernatural communication i.e the activity of desire or wishes to be accomplished i.e an attempt of the unconscious mind in analysing a conflict whether it is happening now or in the past. In the works ‘Sleeping’ it can be associated with the activity of human unconsciousness in a state of fatigue and repost. Initially, Uzaini did a study of a figural appearance of an elderly person with closed eyes in pastel. Research of this facial anatomy is then translated into oil discerningly showing traces of aging in the face of an elderly person.

Page 10: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Kesimpulannya karya-karya dalam pameran berkumpulan ‘Figuratif Psikodinamik’ oleh Ali Nurazmal Yusoff, Arif Fauzan, Hushinaidi Abd Hamid dan Uzaini Amir adalah cerminan kebersamaan kepada pergolakan mental pencipta seni terhadap psikologi terhadap pengalaman dunia mereka. Pengkaryaan mereka telah memungkinkan saya juga memperkenalkan terma baru dalam menambahkan lagi nahu bidang seni lukis tubuh itu sendiri iaitu ‘figuratif psikodinamik’ bermaksud tindakbalas mental separuh sedar artis terhadap pengkajian tubuh manusia berdasarkan teori psikodinamik.

In conclusion the works in the group exhibition ‘Psychodynamic Figurative’ by Ali Nurazmal Yusoff, Arif Fauzan, Hushinaidi Abd Hamid and Uzaini Amir is a reflection of togetherness to their mental evolvement vis-a-vis psychology and their worldly experience. Their works have also made it possible for me to introduce a new terminology in terms of increasing the vocabulary of figurative art itself i.e ‘psychodynamic figurative’ which means a subconscious mental response of the artists towards the study of human physique based on the theory of psychodynamics.

Translated by :Mohd Jamil Omar

Page 11: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

KARYA-KARYA

Ali Nurazmal

Arif Fauzan

Hushinaidi

Uzaini Amir

Page 12: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Transformers | Oil on canvas | 54”x 108” | 2011

Page 13: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Ali Nurazmal Md. Yusoff

Page 14: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Pursuit of Happiness | Oil on canvas | 60”x 132” | 2011

Page 15: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan
Page 16: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

For Your Entertainment I | Mixed Media | 30”x 22” 2pcs | 2010

Page 17: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

For Your Entertainment II | Mixed Media | 30”x 22” 2pcs | 2011

Page 18: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Keep Grounded | Acrylic on canvas | 27”x 72” | 2011

Page 19: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Arif Fauzan Othman

Page 20: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Grave Digger | Acrylic on canvas | 27”x 72” | 2011

Page 21: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Little Thinker | Acrylic on canvas | 27”x 72” | 2011

Page 22: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Beta | Acrylic on canvas | 36”x 48” | 2011

Page 23: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Gamma | Acrylic on canvas | 36”x 48” | 2011

Page 24: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Jagoh | Oil on canvas | 45”x 60” | 2011

Page 25: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Hushinaidi Abdul Hamid

Page 26: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Studies for ‘Sedekad Kita’ | Oil Pastel on Paper | 26”x 25” | 2011

Jagoh | Oil on canvas | 45”x 60” | 2011

Page 27: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Sedekad Kita | Oil on canvas | 42”x 54” | 2011

Page 28: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Waspada | Oil on Canvas | 49”x 60” | 2011

Page 29: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Uzaini Amir

Page 30: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan
Page 31: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan
Page 32: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

Studies for ‘Waspada’ | Oil Pastel on paper | 21”x 29” | 2011

Page 33: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

SENARAI KARYA | List of Artworks

Ali Nurazmal

Arif Fauzan

Hushinaidi

Uzaini Amir

Transformers | Oil on canvas | 54”x 108” | 2011Pursuit of Happiness | Oil on canvas | 60”x 132” | 2011For Your Entertainment I | Mixed Media | 30”x 22” 2pcs | 2010For Your Entertainment II | Mixed Media | 30”x 22” 2pcs | 2011

Keep Grounded | Acrylic on canvas | 27”x 72” | 2011Grave Digger | Acrylic on canvas | 27”x 72” | 2011Little Thinker | Acrylic on canvas | 27”x 72” | 2011Beta | Acrylic on canvas | 36”x 48” | 2011Gamma | Acrylic on canvas | 36”x 48” | 2011

Jagoh | Oil on canvas | 45”x 60” | 2011Sedekad Kita | Oil on canvas | 42”x 54” | 2011Studies for ‘Sedekad Kita’ | Oil Pastel on Paper | 26”x 25” | 2011

Waspada | Oil on Canvas | 49”x 60” | 2011Studies for ‘Waspada’ | Oil Pastel on paper | 21”x 29” | 2011Lena | Oil on Canvas | 49”x 60” | 2011Studies for ‘Lena’ | Oil Pastel on paper | 21”x 29” | 2011

Page 34: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

LOKASI KAMI | Our Location

2 3 - 2 A , 2 n d F l o o r, J a l a n 2 / 4 C , D e s a M e l a w a t i , 5 3 1 0 0 K u a l a L u m p u r+ 6 0 3 - 4 1 4 7 - 6 9 8 9

i n f o @ a r t i g a l l e r y. c o m

Page 35: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan
Page 36: ARTIGALLERY - faizalsidik.files.wordpress.com filesebuah hubungan dalam “erti” merialisasikan tema, mesej dan pengalaman hidup masing-masing dalam bentuk karya figuratif dengan

ARTIGALLERYw w w . a r t i g a l l e r y . c o m

2 3 - 2 A , 2 n d F l o o r, J a l a n 2 / 4 C , D e s a M e l a w a t i , 5 3 1 0 0 K u a l a L u m p u r+ 6 0 3 - 4 1 4 7 - 6 9 8 9

i n f o @ a r t i g a l l e r y. c o m