22
Article 104 Abstract-The assumption of the unlimited human wants (UnHW) is based on a conventional economic philosophy. Economic philosophies are often derived from theories by post-classical philosophy that founded the capitalist system and theories of Marxist. Besides that, post-Marxist philosophy founded the socialist and communist systems. Both capitalist and Marxist philosophers believe that human’s wants are unlimited. The assumptions of the UnHW are adopted by Islamic economists before being practised and assimilated into Islamic elements or also known as assumptions in Islamic economics. There is a concern whether the assumption of the UnHW is accepted in Islamic economics. If the assumption is not true, what is the assumption of human’s wants according to Islamic law? This paper intended to identify and analyse the assumptions of the UnHW based on Islamic principles. The data were obtained from library studies and this study used content and textual analyses to achieve the goal. This study found that the assumptions of the UnHW are in line with Islamic principles that can be proposed for the Islamic economy. Keywords: Unlimited human wants, Islamic economy, Islamic law. Abstrak Andaian ketidak-terhadan kehendak manusia (KTKM) berasal daripada falsafah ekonomi lazim. Falsafah ekonomi lazim terbit daripada teori-teori yang lahir daripada falsafah Pasca-Klasikal yang melahirkan sistem kapitalis dan teori-teori daripada falsafah Marxis dan Pasca-Marxis yang melahirkan sistem sosialis dan komunis. Kedua-dua falsafah kapitalis dan Marxis percaya terhadap andaian bahawa kehendak manusia tidak terhad. Andaian KTKM diambil oleh ahli ekonomi Islam lalu diolah dan diasimilisasi dengan elemen-elemen Islam agar ianya boleh dipanggil andaian dalam ekonomi Islam. Persoalannya, sesuaikah andaian KTKM ini diterima dalam ekonomi Islam? Sekiranya tidak sesuai, apakah andaian kehendak manusia yang sesuai menurut tasawur Islam? Kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai satu tujuan iaitu mengenal pasti dan menganalisis andaian KTKM berlandaskan Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi Islam: Analisis Berdasarkan Tasawur Islam Journal of Entrepreneurship and Business E-ISSN: 2289-8298 Vol. 7, Issue 2, pp. 104 - 125. Dec. 2019 Faculty of Entrepreneurship and Business, Universiti Malaysia Kelantan Locked Bag 36, 16100 Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan, Malaysia http://fkp.umk.edu.my/journal/index.html Date Received: 25 th October 2019 Date Accepted: 15 th December 2019 DOI: 10.17687/JEB.0702.09 Mohd Zulkifli Muhammad (Corresponding Author) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan Email: [email protected] Ahmad Ridhuwan Abdullah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan Email: [email protected] Dzulkifli Mukhtar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan Email: [email protected] This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License

Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Article

104

Abstract-The assumption of the unlimited human wants (UnHW) is based on a conventional

economic philosophy. Economic philosophies are often derived from theories by post-classical

philosophy that founded the capitalist system and theories of Marxist. Besides that, post-Marxist

philosophy founded the socialist and communist systems. Both capitalist and Marxist

philosophers believe that human’s wants are unlimited. The assumptions of the UnHW are

adopted by Islamic economists before being practised and assimilated into Islamic elements or

also known as assumptions in Islamic economics. There is a concern whether the assumption of

the UnHW is accepted in Islamic economics. If the assumption is not true, what is the

assumption of human’s wants according to Islamic law? This paper intended to identify and

analyse the assumptions of the UnHW based on Islamic principles. The data were obtained from

library studies and this study used content and textual analyses to achieve the goal. This study

found that the assumptions of the UnHW are in line with Islamic principles that can be proposed

for the Islamic economy.

Keywords: Unlimited human wants, Islamic economy, Islamic law.

Abstrak – Andaian ketidak-terhadan kehendak manusia (KTKM) berasal daripada falsafah

ekonomi lazim. Falsafah ekonomi lazim terbit daripada teori-teori yang lahir daripada falsafah

Pasca-Klasikal yang melahirkan sistem kapitalis dan teori-teori daripada falsafah Marxis dan

Pasca-Marxis yang melahirkan sistem sosialis dan komunis. Kedua-dua falsafah kapitalis dan

Marxis percaya terhadap andaian bahawa kehendak manusia tidak terhad. Andaian KTKM

diambil oleh ahli ekonomi Islam lalu diolah dan diasimilisasi dengan elemen-elemen Islam

agar ianya boleh dipanggil andaian dalam ekonomi Islam. Persoalannya, sesuaikah andaian

KTKM ini diterima dalam ekonomi Islam? Sekiranya tidak sesuai, apakah andaian kehendak

manusia yang sesuai menurut tasawur Islam? Kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk

mencapai satu tujuan iaitu mengenal pasti dan menganalisis andaian KTKM berlandaskan

Andaian Ketidak-Terhadan

Kehendak Manusia dalam

Ekonomi Islam: Analisis

Berdasarkan Tasawur Islam

Journal of

Entrepreneurship and Business E-ISSN: 2289-8298

Vol. 7, Issue 2, pp. 104 - 125. Dec. 2019

Faculty of Entrepreneurship and Business, Universiti Malaysia Kelantan

Locked Bag 36, 16100 Pengkalan Chepa

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia http://fkp.umk.edu.my/journal/index.html

Date Received: 25th October 2019

Date Accepted: 15th December 2019

DOI: 10.17687/JEB.0702.09

Mohd Zulkifli Muhammad (Corresponding Author)

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

Universiti Malaysia Kelantan

Kampus Kota, Pengkalan Chepa

16100 Kota Bharu, Kelantan

Email: zulkif l i [email protected]

Ahmad Ridhuwan Abdullah

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

Universiti Malaysia Kelantan

Kampus Kota, Pengkalan Chepa

16100 Kota Bharu, Kelantan

Email: r [email protected]

Dzulkifli Mukhtar

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

Universiti Malaysia Kelantan

Kampus Kota, Pengkalan Chepa

16100 Kota Bharu, Kelantan

Email: dzulkif l [email protected]

This work is licensed under a Creative

Commons Attribution 3.0 Unported

License

Page 2: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

105

tasawur Islam. Data yang digunakan diperolehi daripada kajian perpustakaan. Analisis

kandungan dan tekstual digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian ini mendapati bahawa

andaian KTKM yang selari dan sesuai dengan tasawur Islam dapat dicadangkan untuk

ekonomi Islam. Kata Kunci: andaian ketidak-terhadan kehendak manusia (KTKM); ekonomi Islam; tasawur Islam.

1. Pendahuluan

Sebenarnya dalam mengambil andaian, konsep, falsafah dan struktur ekonomi lazim ini,

pendekatan yang digunakan oleh sarjana ekonomi Islam arus perdana terbahagi kepada dua

jenis. Pertama, pendekatan modifikasi-akomodatif dan kedua ialah pendekatan ekletikisme

metodologis. Pendekatan modifikasi-akomodatif yang dipelopori oleh Muhammad

Nejatullah Siddiqi (1988) dan Monzer Kahf (1987) adalah dengan menggabungkan fiqh

dan neo-klasik lalu lahirlah teori ekonomi neo-klasik berasaskan fiqh yang menjadi dasar

kepada ekonomi Islam arus perdana sekarang ini. Sementara itu, pendekatan ekletikisme

metodologis yang dipelopori oleh Muhammad Abdul Mannan (1989) memilih kaedah

eklektik dan meminjam gagasan tradisi ekonomi lazim yang lebih radikal dan terpisah.

Pendekatan ini memilih apa-apa yang baik dari pelbagai sumber lalu menggabungkan ia

menjadi satu agar menyenangkan masyarakat dan ia sebenarnya lebih bersifat populis

(Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3).

Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang sebenar. Sebaliknya, mereka

seolah-olah meletakkan ekonomi Islam arus perdana dalam subdisiplin ekonomi lazim.

Alasan mereka mudah. Ia diperlukan bagi membangunkan ekonomi Islam dan berpendapat

interaksi dengan ekonomi lazim bukan sahaja boleh diterima bahkan diperlukan. Lalu

mereka menerima kerangka disiplin, nilai-nilai dan andaian-andaian yang terdapat dalam

ekonomi lazim (Muhammad Syukri Salleh, 2011:4; Zakaria Bahari, 2012:3).

Salah satu andaian dalam ekonomi lazim yang dipercayai diambil para sarjana ekonomi

Islam arus perdana adalah andaian ketidak-terhadan kehendak manusia (KTKM). Andaian

KTKM ini diambil lalu diolah dan diasimilisasi dengan elemen-elemen Islam agar ianya

boleh dipanggil andaian dalam ekonomi Islam. Oleh yang demikian, tidak mustahil

andaian yang dibuat oleh sarjana ekonomi Islam arus perdana ini bertentangan dengan

tasawur Islam. Berdasarkan senario ini, kertas kerja ini cuba mencari jawapan kepada satu

persoalan iaitu apakah andaian kehendak manusia yang sesuai menurut tasawur Islam?

Oleh itu, tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis

andaian KTKM berlandaskan tasawur Islam. Bagi mencapai objektif kajian dan menjawab

persoalan kajian, sumber-sumber data daripada penyelidik-penyelidik terdahulu berupa

buku, jurnal, prosiding, laporan dan artikel-artikel lain diambil kira. Ini termasuklah

sumber-sumber data dalam negara dan luar negara yang dikarang oleh sama ada oleh pakar

ekonomi Islam atau sarjana-sarjana lain. Justeru, sifat kajian dalam kertas kerja ini lebih

sesuai dipanggil sebagai kajian dokumen. Kaedah analisis data yang digunakan dalam

kertas kerja ini adalah kaedah analisis kandungan dan tekstual.

Page 3: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

106

Kajian ini penting kerana ia dapat mengutarakan andaian KTKM yang bersesuaian dengan

tasawur Islam. Kajian ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang andaian

KTKM secara lebih terperinci. Kertas kerja ini dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian pertama yang telah pun membincangkan tentang pendahuluan. Dalam bahagian

pendahuluan ini dinyatakan juga pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian,

metodologi kajian dan kepentingan kajian secara ringkas. Sementara bahagian kedua

membincangkan tentang definisi andaian KTKM dan tasawur Islam. Definisi-definisi

tersebut perlu dihuraikan terlebih dahulu agar analisis andaian KTKM berdasarkan tasawur

Islam yang dibincangkan selepasnya dapat difahami dengan baik. Bahagian ketiga pula

adalah analisis andaian KTKM berdasarkan tasawur Islam. Bahagian terakhir iaitu

bahagian keempat adalah kesimpulan.

2. Definisi Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dan Tasawur Islam

2.1. Andaian Ketidak-terhadan Kehendak Manusia

Kehendak manusia boleh diertikan sebagai kehendak asas iaitu sebahagian daripada

anugerah genetik manusia. Ia boleh dipuaskan secara sementara sama ada secara

bersendirian atau kombinasi yang lebih kompleks melalui penggunaan barang-barang yang

sesuai dalam kuantiti yang sesuai, dan keinginan untuk memenuhi kehendak yang

mendorong aktiviti lainnya (Witt, 2001:26). Sementara itu, Noresah Baharom (2010) pula

mendefinisikan kehendak sebagai berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat,

menghendaki sesuatu yang terhad, berhasrat, menghendaki, mengharapkan, mengidamkan,

memperingin, keinginan apa-apa yang diingini dan mempunyai keinginan terhadap

sesuatu.

Raiklin dan Uyar (1996:50&53) membahagikan kehendak manusia kepada dua iaitu

keperluan dan kehendak. Keperluan adalah kehendak yang mendesak dalam mendapatkan

barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kepuasan. Keperluan adalah asas kepada

kehendak. Kehendak pula termasuk dalam keperluan, tetapi melampaui tahap keperluan

asas bagi mencerminkan status sosial dan budaya.

Menurut Raiklin dan Uyar (1996) lagi, kedua-dua keperluan dan kehendak tergolong

dalam bidang kepenggunaan individu yang menjadi matlamat utama usaha pengeluaran

dan pengedaran dalam semua sistem ekonomi. Macpherson (1977) pula menyatakan

kedua-dua keperluan dan kehendak yang disifatkan dengan keinginan adalah untuk

memuaskan dan memenuhi perolehan barangan dan perkhidmatan melalui penggunaan.

Sementara ketidak-terhadan kehendak manusia pula merujuk kepada keperluan dan

kehendak manusia yang tidak dapat dipuaskan dengan barangan dan perkhidmatan.

Sekiranya dapat dipuaskan pun, lama kelamaan akan lahir semula rasa ketidak-puasan

tersebut dalam hati. Begitu juga, kehendak manusia akan beralih kepada kehendak lain

yang peringkatnya lebih tinggi sekiranya keperluan dan kehendak peringkat bawah sudah

dipuaskan.

Page 4: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

107

Berdasarkan maksud yang dikemukakan dalam kesemua definisi yang dibincangkan di

atas, secara rumusannya, ketidak-terhadan kehendak manusia meliputi kemahuan dan

kehendak manusia yang tidak pernah puas dengan barangan dan perkhidmatan. Ia

menggambarkan kehendak atau nafsu kepada barangan dan perkhidmatan secara

keseluruhan. Rumusan definisi inilah yang diguna pakai dalam kertas kerja ini.

2.2. Tasawur Islam

Tasawur berasal daripada istilah Arab tasawwur. Kata dasar bagi istilah tasawur ini ialah

sawwara ('Ali Ahmad Madkur, 1990:373; 'Abda' 'Ali Minha, 1993:45). Perkataan tasawur

ini juga diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain dengan istilah

yang berbeza-beza. Antaranya ialah pandangan sarwa, pandangan alam, pandangan hidup,

pandangan dunia dan worldview (Fadzil Siddiq, 2009; Mohd Shukri Hanapi, 2013:2).

Namun demikian, Haron Din (1992:2) berpendapat semua istilah yang diterjemahkan

seperti pandangan sarwa, pandangan alam, pandangan hidup, pandangan dunia dan

worldview ini kurang menepati maksud sebenar istilah tasawur dari perspektif Islam.

Oleh yang demikian, istilah tasawur yang mengikut sebutan asal bahasa Arab mempunyai

maksud yang lebih jitu dan tepat dengan prinsip-prinsip Islam yang terkandung di

dalamnya. Maksud tasawur Islam di sini adalah gambaran komprehensif atau hakiki

tentang Islam yang bertujuan menjelaskan secara keseluruhan prinsip asas Islam secara

benar dan menyeluruh sehingga menjadi asas kepada pandangan hidup dan bersebati dalam

diri seseorang (Muhammad Syukri Salleh, 2003:21; Mohd Shukri Hanapi, 2012:36-37;

Mohd Shukri Hanapi, 2013:1&11).

Menurut Mohd Kamal Hassan (1993) dan Ramli Awang (1997:6), tasawur merangkumi

gambaran atau penjelasan yang komprehensif dan hakiki mengenai sesuatu. Pengertian

yang komprehensif ini merangkumi penjelasan yang sebenar dan lengkap tentang perkara

yang dikaji (Haron Din, 1992:3; Mohd Shukri Hanapi, 2012:47). Perkataan tasawur

apabila digabungkan dengan perkataan Islam, maka ia membentuk tasawur Islam yang

bermaksud gambaran komprehensif atau hakiki mengenai Islam yang bertujuan

memperjelaskan secara keseluruhan prinsip asas Islam secara benar dan menyeluruh

sehingga menjadi asas kepada pandangan hidup dan bersebati dalam diri seseorang (Haron

Din, 1992:3; Ramli Awang, 1997:6; Mohd Shukri Hanapi, 2012:46-48). Oleh yang

demikian, tasawur Islam yang dipakai dalam kertas kerja ini adalah gambaran

komprehensif dan hakiki mengenai Islam.

3. Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia (KTKM) dalam Ekonomi Islam:

Analisis Berdasarkan Tasawur Islam

Tasawur Islam dalam kehendak manusia melibatkan dua dimensi hubungan. Dimensi

hubungan pertama adalah hubungan menegak iaitu antara manusia dengan Allah SWT.

Dimensi hubungan kedua pula adalah dimensi hubungan mendatar. Dimensi hubungan

mendatar terbahagi kepada tiga jenis hubungan. Pertama, hubungan antara manusia dengan

dirinya sendiri. Kedua, hubungan manusia sesama manusia lainnya. Ketiga, hubungan

Page 5: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

108

manusia dengan alam sekitar1. Dalam konteks kajian ini, alam sekitar boleh dimisalkan

kepada barangan dan perkhidmatan dalam aktiviti perekonomian. Kedua-dua dimensi

hubungan tersebut dapat dihuraikan seperti berikut.

3.1. Dimensi Hubungan Habl min Allah

Dimensi hubungan antara manusia dengan Allah SWT merupakan salah satu komponen

dalam tasawur Islam. Dimensi hubungan habl min Allah dalam konteks kehendak manusia

dalam ekonomi Islam arus perdana melibatkan keimanan seseorang berkait aspek

kepenggunaan (Muniaty Aisyah, 2015; Turner, 2016). Iman boleh memacu kehendak

manusia terhadap barangan dan perkhidmatan. Tahap keperluan dan kehendak manusia

tertakluk kepada kesan keimanan yang terdapat dalam diri mereka (Yedi Purwanto, 2014).

Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia

orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang

kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan hanya kepada Allah jualah

kesudahan segala urusan." (Luqman, 31:22)

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas

menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang ia berusaha mengerjakan

kebaikan, dan ia pula mengikuti agama Nabi Ibrahim yang lurus? Dan

(kerana itulah) Allah mengambil Nabi Ibrahim menjadi kesayangan-Nya."

(al-Nisa', 4:125)

Ayat-ayat al-Qur'an ini menunjukkan bahawa dengan keimanan yang teguh kepada Allah

SWT, orang Islam akan dapat menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang

melampaui batas. Perkara melampaui batas ini termasuklah dalam kepenggunaan terhadap

barangan dan perkhidmatan. Misalnya, orang Islam yang mempunyai tahap keimanan yang

kuat secara tidak langsung akan dapat mengawal kehendak supaya tidak melepasi paras

kehendak yang tidak terhad. Mereka akan memenuhi tuntutan keperluan terlebih dahulu

seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian. Sekiranya keperluan sudah dipenuhi, bagi

mereka yang berkemampuan akan pergi ke tingkat yang lebih tinggi. Mereka akan cuba

memenuhi keinginan kehendak, namun tidak melampaui batas kerana adanya hubungan

habl min Allah tersebut (Sayyid Qutb, 1987b:1339; al-Tabariy, 2009; Ibn Kathir, 2011).

Manusia yang beriman akan sedaya upaya mengawal kehendak mereka agar tidak

melampaui batas seperti yang digambarkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang menyuruh

umatnya agar mengawal hawa nafsu dengan tidak melakukan perkara yang melampaui

batas. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair telah menceritakan

kepada kami Al Laits daripada Yunus daripada Az Zuhriy daripada Salim

1 Kedua-dua dimensi hubungan (hubungan antara manusia dengan Allah SWT dan manusia dengan diri

sendiri, sesama manusia dan alam sekitar) ini dikenali sebagai tauhid.

Page 6: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

109

bahwa 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhuma berkata; Aku mendengar

'Umar berkata: "Rasulullah SAW pernah memberiku suatu pemberian lalu

aku berkata kepada Beliau: "Berikanlah kepada orang yang lebih faqir

dariku". Maka Beliau bersabda: "Ambillah. Jika telah datang kepadamu

daripada harta ini sedangkan kamu bukan orang yang akan menghambur-

hamburkannya dan tidak pula meminta-mintanya, maka ambillah. Selain

daripada itu maka janganlah kamu menuruti nafsumu". (Sahih al-Bukhari,

No. Hadis: 1380)

Sebaliknya, manusia yang mempunyai iman yang lemah, mudah terjerumus mengikuti

hawa nafsu untuk bekehendakkan kepada barangan dan perkhidmatan yang melampaui

batas. Sekalipun keperluan asas dan kehendak biasa mereka masih tidak dapat dipenuhi

sebaik dan selengkapnya, mereka tetap cenderung untuk memenuhi kehendak yang tidak

terhad. Situasi ini berpunca daripada iman yang lemah. Hubungan antara mereka dengan

Allah SWT rapuh. Apabila hubungan habl min Allah rapuh, manusia tidak dapat

membezakan antara kehendak yang diredai Allah SWT dengan kehendak yang dimurkai

Allah SWT. Kehendak yang dimurkai Allah SWT adalah kehendak yang tidak terhad.

Akibatnya, manusia yang lemah imannya akan sentiasa mengikuti nafsu peringkat bawah

iaitu nafsu ammarat dan nafsu lawwamat (Manzurul Huq, 1984; Mohammed Galib

Hussain, 2013; Ramli Awang et al., 2014:13). Situasi antara tahap keimanan dengan

kehendak manusia ini dapat digambarkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Hubungan antara Tahap Iman dengan Kehendak Manusia

M

B

A

Y

X

Iman Tinggi

Iman

Rendah

Kehendak

Terbatas

Kehendak Tidak

Terbatas

Page 7: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

110

Rajah 1 menunjukkan hubungan antara tahap keimanan manusia kepada Allah SWT

dengan kehendak mereka kepada barangan dan perkhidmatan. Paksi Y merujuk kepada

tahap iman dan paksi X pula merujuk kepada kehendak manusia. Garis keluk bertanda M

pula merujuk kepada manusia. Manusia yang mempunyai tahap keimanan yang tinggi akan

mempengaruhi penggunaan pada tingkat yang rendah dan biasa iaitu tingkat keperluan dan

kehendak biasa seperti yang ditunjukkan oleh item A. Sekiranya mereka mempunyai

tingkat kehendak yang mewah, mereka tidak melampaui batas. Sebaliknya manusia yang

mempunyai darjah keimanan yang lemah akan mempengaruhi penggunaan pada tingkat

yang tinggi iaitu tingkat kehendak yang tidak terbatas seperti yang ditunjukkan oleh item

B. Situasi ini disebabkan mereka yang mempunyai iman yang lemah lebih cenderung

untuk melakukan perkara yang zalim dan melampaui batas sebagaimana firman Allah

SWT yang bermaksud (Mohd Yusoff, 2007; al-Tabariy, 2009; Ali Muhammad, 2011; Ibn

Kathir, 2011:379-380):

"Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus. Dia bertanya,

"Bilakah hari kiamat itu?" (al-Qiyamah, 75:5-6)

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana

dia melihat dirinya serba cukup." (al-'Alaq, 96:6-7)

"Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada

Tuhannya, dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri)

keingkarannya, dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya

kepada harta." (al-'Aadiyat, 100:6-8)

Dan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair

telah menceritakan kepada kami Abu Khalid -iaitu Sulaiman bin Hayyan-

daripada Sa'ad bin Thariq daripada Rib'i daripada

Hudzaifah........Hudzaifah berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam bersabda: "Fitnah akan dipaparkan pada hati manusia

bagai tikar yang dipaparkan perutas (secara tegak menyilang antara satu

sama lain). Mana pun hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan

terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana pun hati yang tidak

dihinggapinya, maka akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehingga

hati tersebut terbahagi dua: sebahagian menjadi putih bagaikan batu licin

yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada.

Sedangkan sebahagian yang lain menjadi hitam keabu- abuan seperti

bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang

kemungkaran kecuali sesuatu yang diserap oleh hawa nafsunya." (Sahih

Muslim, No. Hadis:207)

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya Al Azdi Al Bashri

telah menceritakan kepada kami 'Abdus Shamad bin 'Abdul Warits telah

menceritakan kepada kami Hasyim bin Sa'id Al Kufi telah menceritakan

Page 8: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

111

kepada kami Zaid Al Khats'ami daripada Asma` binti 'Umais Al

Khats'amiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa

Salam bersabda: "Seburuk buruk hamba adalah hamba yang sombong,

berbangga diri dan lupa terhadap Dzat Yang Maha Besar dan Maha

Tinggi, seburuk buruk hamba adalah hamba yang diktator dan kejam dan

dia lupa terhadap Dzat yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi, seburuk

buruk hamba adalah hamba yang lupa dan lalai dan lupa akan kuburan dan

ujian, seburuk buruk hamba adalah hamba yang melampaui batas dan

berlebih-lebihan, lupa terhadap adanya permulaan dan kesudahan, seburuk

buruk hamba adalah hamba yang mencari dunia dengan mengorbankan

agama, seburuk buruk hamba adalah hamba yang mencari agama dengan

hal-hal yang syubhah, seburuk buruk hamba adalah hamba yang

dikendalikan oleh sifat tamak, seburuk buruk hamba adalah hamba yang

dikuasai oleh hawa nafsu yang menyesatkannya dan seburuk buruk hamba

adalah hamba yang dikuasai sifat rakus yang menjadikannya hina."2 (al-

Jami' al-Tirmidhi, No. Hadis:2372)

Selain itu, mereka yang beriman lemah juga bukan sahaja tidak sabar dalam memperoleh

barangan dan perkhidmatan, bahkan tidak ada perasaan khawf dan reda dalam diri mereka

(Ibn Kathir, 2011 & Shuib Sulaiman, 2011). Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai Bani Isra'il! Kenangkanlah kamu akan segala ni'mat yang telah

Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu)

denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan

kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada

sesuatu yang lain)." (al-Baqarah, 2:40)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)

ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya)

gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat-

Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka

jualah mereka berserah." (al-Anfal, 8:2)

Manusia yang mempunyai tahap keimanan yang tinggi tidak memiliki kehendak yang

melampaui batas kerana diri mereka sentiasa dikawal oleh perasaan khawf untuk

melakukan perkara yang diluar batasan agama (Abdul Lotif Hajis, 2007). Mereka juga

sentiasa sabar dan reda dengan rezeki pemberian Allah SWT sama ada sedikit atau banyak

(Jalal al-Din al-Mahalliy & Jalal al-Din al-Suyutiy, 2007; Ali Muhammad, 2011). Ini

bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

2 Al-Tirmidhi berkata: Hadis ini gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali daripada jalur sanad ini

sedangkan sanadnya tidak kuat.

Page 9: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

112

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam

kerugian, kecuali orang yang beriman dan orang-orang yang yang

mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati

kebenaran dan nasihat dan menasihati supaya menetapi kesabaran." (al-

'Asr, 103:1-3)3

Rajah 1 juga menunjukkan tahap keimanan juga boleh berubah-ubah menjadi tinggi dan

lemah bergantung kepada kesan keimanan yang berlaku kepada mereka. Manusia yang

dapat mengawal kehendak mereka akan memberi kesan tahap keimanan kepada tahap yang

lebih tinggi. Begitu juga dalam Rajah 1 menunjukkan bahawa kehendak manusia boleh

berubah-ubah daripada biasa kepada melampaui batas bergantung kepada kesan keimanan

yang berlaku terhadap mereka4. Manusia yang beriman lemah akan mempunyai kehendak

yang tidak terhad. Manusia yang beriman tinggi akan dapat mengawal kehendak nafsu

mereka supaya sentiasa berada pada paras yang diredai Allah SWT.

3.2. Dimensi Hubungan Habl min al-Nas- Diri Sendiri- Kehendak/Nafsu

Habl min al-nas merupakan komponen kedua dalam tasawur Islam. Dalam konteks kajian

ketidak-terhadan kehendak manusia ini, komponen habl min al-nas dapat dibahagikan

kepada tiga bahagian. Pertama, habl min al-nas dari sudut diri sendiri yang berkait dengan

kehendak. Kedua, habl min al-nas dari sudut hubungan sesama manusia yang berkait

dengan kepenggunaan. Ketiga, habl min al-nas dari sudut hubungan manusia dengan alam

sekitar yang berkait dengan sumber alam.

Habl min al-nas dari sudut diri sendiri adalah berkait dengan perihal dalaman manusia itu

sendiri. Secara lebih spesifik, ia berkait dengan bagaimana peringkat kehendak atau nafsu

manusia itu sendiri dapat mempengaruhi tahap kepenggunaan? Oleh yang demikian, secara

lebih jelas, dimensi hubungan kedua ini dapat digambarkan dalam Rajah 2.

3 Allah SWT bersumpah dengan masa adalah penting dengan alasan perkara itu perlu diambil perhatian.

Allah SWT mengiringinya dengan amaran iaitu manusia berada dalam kerugian. Apabila manusia tidak

mahu tergolong dalam golongan yang rugi, mereka perlu beriman dan beramal soleh, saling nasihat

menasihati kepada kebenaran dan kesabaran. 4 Keadaan perubahan tingkat keimanan dan kehendak ini digambarkan melalui anak panah dalam Rajah 1

tersebut.

Page 10: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

113

Rajah 2: Hubungan antara Tahap Kepenggunaan dengan Peringkat Nafsu

Paksi Y dalam Rajah 2 ini mewakili tahap kepenggunaan, manakala Paksi X mewakili

peringkat nafsu5. Garis keluk bertanda M pula merujuk kepada manusia. Berdasarkan

Rajah 2, manusia yang bernafsu rendah iaitu bernafsu jahat seperti nafsu ammarat, nafsu

lawwamat dan nafsu mulhamat akan lebih cenderung untuk memenuhi kehendak secara

melampaui batas dan zalim (Calverley, 1943; Ahmad Gholi & Masoud Ahmadi Mosaabad,

2014:1675). Kenyataan ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat

Allah)." (Ibrahim, 14:34)

"Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk

kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa." (al-Anbiya', 21:37)

"Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah." (al-Kahfi,

18:54)

5 Dalam kajian ini, perkataan nafsu dan kehendak mempunyai erti yang sama dan akan digunakan secara

bersilih ganti.

M

X

Y

B

A D

aru

riyy

at

H

aji

yyat

Tah

siniy

yat

Nafsu Ammarat ------------------------------ Nafsu Kamilat

Page 11: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

114

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan

gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan

mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh

manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh." (al-

Ahzab, 33:72)

Ayat-ayat tersebut menjelaskan betapa manusia suka bersikap melampaui batas dan

berlaku zalim terhadap diri sendiri sekiranya manusia tersebut memiliki nafsu yang rendah

yang mendorong kepada kehendak tidak terhad (Ibn Kathir, 2011:60-61)6. Oleh itu,

berdasarkan Rajah 2, apabila mereka yang bernafsu rendah cenderung untuk melampaui

batas, kehendak mereka akan mencapai skala tertinggi dalam tahap kepenggunaan iaitu

melebihi tahap tahsiniyyat (Ibrahim Nuhu Tahir, 2015). Pada tahap ini, mereka lebih

cenderung untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang mewah dan melampaui batas.

Keadaan ini dapat digambarkan dalam Rajah 2 melalui kedudukan A sebagai manusia

yang sedemikian. Apabila nafsu jahat sudah menguasai takhta hati, segala kehendak

berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan akan melebihi daripada yang disarankan oleh

Islam (Smith, 1979; Shimamoto, 2008).

Namun, sekiranya manusia dapat mengawal nafsu mereka ke peringkat yang lebih baik,

sekurang-kurangnya nafsu mutma'innat, manusia akan dapat mengawal tahap

kepenggunaan kepada yang tidak melampaui batas. Mereka akan berasa cukup dengan

tahap kepenggunaan yang lebih sesuai iaitu daruriyyat dan hajiyyat serta tahsiniyyat

sekiranya berkemampuan dan sudah memenuhi kepenggunaan tahap daruriyyat dan

hajiyyat. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud (Ibn Kathir, 2011)7:

"Dan orang-orang yang meraih petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada

mereka dan memberikan ketakwaan kepada mereka." (Muhammad, 47:17)

"Ketahuilah bahwa Allah yang menghidupkan bumi setelah matinya

(kering). Sungguh, telah Kami jelaskan kepadamu tanda-tanda (kebesaran

Kami) agar kamu mengerti." (al-Hadid, 57:17)

Bagi mereka, barangan dan perkhidmatan bukanlah matlamat utama, tetapi matlamat

utama mereka adalah keredaan Allah SWT yang diterjemahkan melalui penggunaan

6 Ayat ini juga memperlihatkan contoh sifat-sifat zalim manusia yang diterangkan dalam al-Qur'an. Beberapa

kehendak itu adalah zalim. Sifat zalim yang dimaksudkan di sini adalah meletakkan sesuatu tidak pada

tempatnya dan tergesa-gesa. Antaranya terlalu menyayangi harta sehingga ingkar untuk mengeluarkan zakat,

sering memohon dengan terus mendesak namun lambat dalam menunaikan kewajipannya, suka mengeluh

apabila ditimpa kesusahan dan tidak mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Selain itu,

kehendak manusia yang lain adalah suka membantah dan banyak bertanya tidak pada tempatnya (Mohd

Yusoff, 2007). 7 Dalam mentafsirkan ayat ini, Ibn Kathir (2011) berkata, ayat itu memberikan isyarat bahawa Allah SWT

melunakkan hati yang mengeras, memberi petunjuk kepada orang yang tersesat dan melapangkan hati orang

yang bersedih dan bersabar. Allah SWT menghidupkan hati yang keras dengan ayat-ayat al-Qur'an kemudian

memasukkan cahaya ke dalamnya yang sebelumnya tertutup dan tidak dimasuki oleh apa-apa pun. Mereka

ini akan berasa sentiasa cukup dan berlapang dada (Ali Muhammad, 2011).

Page 12: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

115

barangan dan perkhidmatan tersebut. Matlamat utama untuk mendapatkan keredaan Allah

SWT ini juga bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud8:

"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan

beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana

perselisihan yang timbul diantara mereka, kemudian mereka pula tidak

merasa dihati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau

hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya." (al-

Nisa', 4:65)

"Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang

diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, sambil mereka

berkata: "Cukuplah Allah bagi kami Allah akan memberi kepada kami

daripada limpah kurniaNya, demikian juga Rasul-Nya sesungguhnya kami

sentiasa berharap kepada Allah." (al-Taubah, 9:59)

"Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-

orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami

akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan

menentang Muhammad dan pengikutnya) itu. Sedang Allah Mengetahui

segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan."

(Muhammad, 47:26)

Keadaan mereka yang menjadikan keredaan Allah SWT sebagai matlamat utama ini dapat

digambarkan dalam Rajah 2 melalui kedudukan B sebagai manusia yang sedemikian. Oleh

yang demikian, dapat disimpulkan bahawa semakin baik nafsu dan tinggi peringkat nafsu

tersebut, semakin rendah dan sederhana tahap kepenggunaan. Begitu juga, semakin jahat

dan rendah peringkat nafsu, semakin tinggi dan melampaui batas tahap kepenggunaan

(Wahbah al-Zuhayliy, 2011).

3.3. Dimensi Hubungan Habl min al-Nas -Sesama Manusia- Kepenggunaan

Dimensi hubungan sesama manusia di sini merujuk kepada seseorang individu atau

sesebuah masyarakat yang memerlukan barangan dan perkhidmatan daripada manusia lain

8 Keredaan dalam ayat-ayat ini bermaksud menerima hukum Allah SWT yang berkaitan dengan perintah dan

larangan-Nya. Penerimaan hukum Allah SWT ini merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman,

kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah SWT kerana menerimanya dengan senang hati dan terbuka.

Pada asasnya, segala perintah Allah SWT baik yang wajib mahu pun yang sunat dalam aktiviti

perekonomian, perlu dikerjakan dengan senang hati dan reda. Larangan Allah SWT yang berkaitan aktiviti

perekonomian seperti riba dan kehendak yang tidak terbatas juga perlu dijauhi dengan lapang dada. Ini

adalah sifat reda dengan hukum Allah SWT terutamanya berkenaan kehendak manusia. Dalam surah

Muhammad ayat 26 menunjukkan perbandingan hati yang penuh reda dan yang tidak reda menerima hukum

Allah SWT. Hati yang reda adalah hasil daripada kemurniaan iman dan kejayaan mengawal nafsu dan

kehendak yang melampaui batas. Hati yang tidak reda pula adalah hasil gejala orang munafik, iaitu orang

yang hatinya bertentangan dengan apa-apa yang diperkatakannya (Mohd Yusoff, 2007; Shuib Sulaiman,

2011).

Page 13: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

116

(Ammara Maqsood, 2014). Manusia tidak mampu untuk membuat kesemua barangan dan

perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka (Tiong et al., 2014).

Tindakan yang boleh mereka lakukan adalah mendapatkan barangan dan perkhidmatan

daripada orang lain (Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa et al., 2003:10-11;

Jafari & Sandikci, 2016). Oleh itu, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia

berhubung sesama manusia bagi memenuhi keperluan dan kehendak kepada segala

barangan dan perkhidmatan.

Dalam hal ini, terdapat dua pihak yang terlibat. Pertama, pihak yang akan menjadi

pengeluar barangan dan perkhidmatan. Kedua, pihak yang akan menjadi pengguna kepada

barangan dan perkhidmatan tersebut. Namun begitu, pihak pertama yang menjadi

pengeluar boleh juga menjadi pengguna barangan dan perkhidmatan yang tidak

dikeluarkan oleh mereka. Begitu juga dengan pihak kedua yang mengguna, boleh juga

menjadi pengeluar barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh orang atau

masyarakat lain (Sandikci & Ger, 2011). Begitulah dimensi hubungan sesama manusia

yang saling bergantungan dalam memenuhi keperluan dan kehendak kepada barangan dan

perkhidmatan (Sandikci & Jafari, 2013:3-4).

Keadaan saling memerlukan sesama manusia dalam kepenggunaan biasanya berlaku dalam

sesebuah masyarakat yang berkembang dengan baik (Syed Mohd Ghazali Wafa Syed

Adwam Wafa et al., 2003:11). Dalam erti kata lain, ketiga-tiga tingkat kepenggunaan iaitu

daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat akan wujud dalam masyarakat yang berkembang

dengan baik (Rojas & Guardiola, 2016; Norris & Williams, 2016). Tingkat kepenggunaan

ini dapat digambarkan melalui suatu taburan normal seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3: Taburan Normal Tingkat Kepenggunaan

µ Daruriyyat

Hajiyyat

Kehendak

Tidak

Terhad

Tahsiniyyat

Tahsiniyyat

Page 14: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

117

Berdasarkan taburan normal tingkat kepenggunaan masyarakat yang berkembang baik

seperti dalam Rajah 3, akan wujud sebahagian kecil masyarakat yang berada dalam

kategori daruriyyat dan tahsiniyyat. Ini bermaksud ahli masyarakat yang benar-benar susah

dan mewah tidak ramai bilangannya. Bilangan ahli masyarakat ramai tertumpu dalam

kategori hajiyyat iaitu masyarakat yang hidup secara sederhana. Oleh yang demikian,

taburan normal ini menunjukkan tingkat kepenggunaan dalam masyarakat yang

berkembang baik. Masyarakat yang berkembang baik adalah masyarakat yang

menjalankan aktiviti ekonomi sesama mereka secara adil dan saksama yang berlandaskan

syariah Islam. Sekiranya masyarakat melewati taburan normal dalam kategori tahsiniyyat,

tingkat kepenggunaan akan menjadi tidak terbatas (Harlow et al., 2016). Lalu wujud

keadaan kehendak tidak terhad seperti yang dapat digambarkan dalam Rajah 3. Keadaan

ini akan mewujudkan dua golongan masyarakat juga. Pertama, masyarakat yang

menghendaki barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas. Kedua, masyarakat yang

menawarkan barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas.

Namun begitu, Islam melarang umatnya melampaui batas dalam memenuhi keperluan dan

kehendak terhadap barangan dan perkhidmatan (Aulatun Ni'mah, 2014:62-64). Islam

menerima keperluan dan kehendak manusia yang pelbagai dan berperingkat-peringkat

bermula daripada daruriyyat sehinggalah kepada tahsiniyyat. Islam juga masih lagi

menerima penggunaan barangan dan perkhidmatan mewah dalam kategori tahsiniyyat

sekiranya individu atau masyarakat tersebut mempunyai kemampuan dan tidak menyalahi

syariah Islam. Namun, Islam tidak menganjurkan penggunaan barangan dan perkhidmatan

mewah yang melebihi had tahsiniyyat sehingga melampaui batas (Mochammad Arif

Budiman et al., 2015:139). Oleh itu, manusia yang beriman pasti akan dapat menghindari

diri daripada melakukan perbuatan melampaui batas dalam penggunaan barangan dan

perkhidmatan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang

baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui

batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui

batas." (al-Ma'idah, 5:87)

Ayat ini memperingatkan manusia agar tidak melampaui batas dan menuruti hawa nafsu

dalam segala tindak tanduk dan kegiatan termasuklah dalam memenuhi kehendak terhadap

barangan dan perkhidmatan. Barangan dan perkhidmatan ini merupakan salah satu sumber

alam yang dikurniakan Allah SWT kepada umat manusia (Auty, 2000).

3.4. Dimensi Hubungan Habl min al-Nas -Alam Sekitar- Sumber Alam

Habl min al-nas dengan alam sekitar merupakan salah satu komponen kedua dalam

tasawur Islam. Dimensi hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia dengan alam

sekitar iaitu sumber alam9. Dengan adanya sumber alam, sesuatu barangan dan

9 Dalam al-Qur’an, sumber alam dijelaskan dalam dua bentuk, iaitu secara umum dan secara khusus. Dalam

bentuk umum, sumber alam hanya disebut dengan ungkapan langit dan bumi serta segala perkara yang ada di

Page 15: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

118

perkhidmatan dapat dihasilkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia (Hacket,

2010:79). Allah SWT telah mengurniakan umat manusia dengan sumber alam yang

melimpah ruah dan mencukupi serta mengikut perkadaran yang telah ditetapkan oleh Allah

SWT bagi setiap manusia (Wahbalbari Amir Ahmed, 2010:148). Sumber alam yang

dikurniakan oleh Allah SWT untuk kehidupan manusia di dunia adalah sebahagian

daripada rezeki Allah SWT yang banyak (Ibn Kathir, 2011; al-Tabariy, 2009).

Menurut Sayyid Qutb (1987a:1163) dan al-Jaza’iriy (1986:21), kedudukan Allah SWT

sebagai Pemberi rezeki yang Esa ini adalah lanjutan daripada kedudukan Allah SWT

sebagai Pencipta dan Pemilik yang Esa bagi segala makhluk yang wujud. Dalam hal ini, al-

Tabariy (2009) mengatakan Allah SWT memberi dan menjamin rezeki kepada semua

makhluk yang bergerak di bumi ini. Semua rezeki itu terpelihara dengan perintah-Nya. Al-

Tuwajiri (2000:119 & 187) juga mengemukakan pandangan yang sama dengan al-Tabariy

(2009), cuma beliau menambah Allah SWT tidak akan mematikan seseorang itu melainkan

setelah menyempurnakan rezeki yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Secara keseluruhannya, Muhammad Syukri Salleh (2003:71-73) menyatakan Allah SWT

telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk-Nya. Walau bagaimanapun, rezeki yang

diterima oleh makhluk itu sama ada dalam bentuk sumber mentah atau barangan akhir

pengguna adalah tidak sama antara satu sama lain dari segi kuantitinya. Firman Allah SWT

yang bermaksud:

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya

mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar

durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar

yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia

Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi

Melihat dengan nyata.” (al-Syura, 42:27)

Menurut Sayyid Qutb (1987c:3157), ayat ini menggambarkan walau bagaimana banyak

sekalipun rezeki yang dikurniakan Allah SWT untuk kehidupan manusia di dunia ini,

namun pada hakikatnya ia hanya sedikit. Lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan

limpahan kurniaan rezeki di akhirat kelak.

Sekiranya Allah SWT meluaskan rezeki kepada manusia seluas rezeki akhirat, nescaya

mereka akan bertindak di luar batas dan melakukan perbuatan-perbuatan zalim. Manusia

merupakan makhluk yang lemah dan tidak mampu menanggung kekayaan melainkan

antara keduanya (al-A'araf, 7:54; Fatir, 35:1; Ghafir, 40:64; al-Dhariyat, 51:47-48; al-Baqarah, 2:22 & 117;

Qaf, 50:38; Sad, 38:27; al-Anbiya', 21:16). Manakala dalam bentuk khusus pula, sumber alam disebut

dengan pelbagai bentuk dan jenis. Antaranya termasuklah gunung-ganang, bukit-bukau (al-Nahl, 16:5), hujan

(al-Nahl, 78:14; al-Nur, 24:43; al-An‘am, 6:99), awan (al-Nur, 24:43), angin (al-A'araf, 7:57), sungai (al-

Nahl, 16:15; al-Ra‘d, 13:3), laut (al-Nahl, 16:14; al-Rahman, 55:22), air yang terpancar dari perut bumi (al-

Nazi'at, 79:31; al-Anbiya', 21:30), binatang dan haiwan ternakan (Ghafir, 40:79; al-Nahl, 16:66; al-Hajj,

22:28), pokok buah-buahan (al-Nahl, 16:11), tumbuh-tumbuhan (al-Nahl, 16:10), tanam-tanaman (al-Nahl,

16:11), mutiara dan permata (al-Rahman, 55:22); dan madu lebah (al-Nahl, 16:68-69).

Page 16: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

119

sekadarnya sahaja. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Melihat sikap dan kelakuan

para hamba-Nya. Oleh itu, Allah SWT jadikan rezeki di bumi ini terbatas dengan kadar-

kadar tertentu sahaja iaitu sekadar yang mampu ditanggung oleh manusia. Lebihan

kurniaan-Nya yang luas itu disimpan sebagai ganjaran untuk orang-orang yang berjaya

menempuh ujiannya pada hari akhirat nanti. Oleh itu, jika dengan sumber alam yang

sedikit ini pun manusia sudah merasakan ia cukup banyak sehinggakan mereka melupakan

Pencipta dan Pemilik alam ini, apatah lagi jika Allah SWT kurniakan rezeki-Nya yang

lebih banyak daripada itu semasa hidup di dunia ini (Abdul Samad al-Falimbani, t.t.a:119).

Sekalipun kekayaan sumber alam boleh didapati secara mudah dan bebas, namun ia tidak

boleh digunakan secara membazir dan melampaui batas sehingga tidak mengambil kira

keperluan dan kehendak hidup. Bagi memastikan sumber alam itu dengan sendirinya

menjadi sentiasa banyak dan berlebihan, tingkat kepenggunaan berdasarkan keperluan asas

dan kemudahan hidup perlu diambil kira. Hal ini sama sekali tidak akan berjaya dicapai

jika tingkat kepenggunaan itu berdasarkan kehendak yang tidak terhad yang akan

membawa kepada kerosakan hati dan jiwa, ketidakseimbangan rohani dan jasmani serta

pembaziran. Kaedah kepenggunaan sumber alam dalam Islam menganjurkan supaya

sumber alam tidak digunakan secara berlebih-lebihan atau boros sehinggakan membawa

kepada pembaziran (al-Furqan, 25:67 & al-An‘am, 6:141). Perkara ini juga dijelaskan

dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Diriwayatkan daripada ‘Amru bin Syu‘ayb r.a. daripada bapanya

daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Makanlah,

minumlah, bersedekahlah, dan berpakaianlah kamu dengan tidak merasa

megah, sombong dan berlebih-lebihan (membazir). Sesungguhnya Allah

suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas para hamba-Nya.” (Riwayat Ahmad

bin Hanbal, No. Hadis 6669)

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an di atas, Ibn Kathir (2011:452) menjelaskan Allah SWT

melarang manusia berlaku boros baik dalam pemberian sedekah atau pun dalam

perbelanjaan. Allah SWT juga melarang manusia bersifat kikir terhadap keluarga sehingga

keperluan keluarga tidak terpenuhi. Al-Qurtubiy (1993b:72) dan al-Tabariy (2009) pula

berpendapat perkataan al-israf dalam kedua-dua ayat tersebut membawa erti khata' (salah)

iaitu salah dari segi penggunaan harta sehingga berlaku pembaziran.

Ibn Kathir (2011) mengatakan penurunan ayat dalam surah al-An‘am (6:141) disebabkan

peristiwa yang berlaku terhadap Thabit bin Qays bin Syammas. Beliau menebang pohon

kurma miliknya sambil mengatakan:

"Tidak seorang pun yang datang kepadaku pada hari ini melainkan aku

memberi makan kepadanya." (al-An‘am, 6:141)

Lalu Thabit pun memberi makan sampai ke petang sehinggakan habis semua buah

kurmanya. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini.

Page 17: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

120

Al-Tabariy (1992b:371) mengatakan walaupun ayat dalam surah ini diturunkan berkenaan

peristiwa yang berlaku terhadap Thabit bin Qays bin Syammas, namun larangan

pembaziran adalah berbentuk umum. Ini bermakna Allah SWT melarang manusia

membuat pembaziran dalam segala bentuk (Mohd Shukri Hanapi, 2012).

Dalam konteks sumber alam, dari sudut ketauhidan dan cara pengagihan yang dianjurkan

oleh Islam adalah amat luas dan tidak terhad (Mohd Shukri Hanapi, 2012). Keterhadan

hanya berlaku dari sudut fizikal dan kuantiti (al-Qur’an, 42:27). Sumber-sumber alam ini

sudah dijamin untuk setiap orang berdasarkan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah

SWT (Muhammad Syukri Salleh 2003:12). Al-Qur'an menyatakan bahawa Allah SWT

telah menyediakan segala-galanya yang diperlukan oleh manusia untuk hidup (Childs,

2002:4-6). Menurut Mian M. Nazeer (1981), walaupun sumber alam amat luas dan tidak

terhad, namun penggunaan orang Islam terhadap sumber alam tersebut hendaklah dalam

lingkungan panduan-panduan ajaran Islam. Mian M. Nazeer (1981) mengatakan bahawa

sekiranya keputusan penggunaan seseorang individu dipandu oleh norma-norma Islam,

nescaya sumber alam adalah jauh lebih mencukupi untuk manusia. Dalam erti kata lain,

tidak berlaku keterhadan sumber alam sekiranya manusia mematuhi peraturan-peraturan

yang ditetapkan Allah SWT berhubung penggunaan. Ini selaras dengan firman Allah SWT

yang bermaksud (Zubair Hasan, 2005; Asad Zaman, 2010; Mohd Shukri Hanapi, 2012):

“Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal

dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui

akan apa yang kamu kerjakan.” (al-Mu’minun, 23:51)

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang

baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah

kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya.” (al-Baqarah,

2:172)10

Ayat-ayat al-Qur'an di atas telah menerangkan berkaitan peraturan-peraturan berhubung

penggunaan sumber alam iaitu makanan yang halal lagi baik. Walaupun peraturan ini

terhad kepada makanan yang halal lagi baik, namun ia boleh dipanjangkan kepada

penggunaan sumber alam lain secara baik. Perkara ini selaras dengan Hadis Rasulullah

SAW yang bermaksud:

10 Terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua ayat surah al-Baqarah (2:168 & 2:172). Ayat dalam surah al-

Baqarah (2:168) ada disebut halalan tayyiban dan kemudian diikuti larangan mengikuti jejak langkah

syaitan, manakala dalam ayat surah al-Baqarah (2:172) disebut tayyibat sahaja dan kemudian diikuti dengan

perintah supaya bersyukur. Perbezaan ini terjadi kerana berbezanya khitab (pihak yang dituju ayat) dalam

kedua-dua ayat itu. Khitab dalam ayat surah al-Baqarah (2:168) ditujukan kepada Bani Thaqif, Khuza‘ah dan

Mudlij yang mengharamkan ke atas diri mereka daripada memakan daging binatang ternakan. Walau

bagaimanapun, lafaznya adalah berbentuk umum. Ia merangkumi semua manusia. Manakala khitab dalam

ayat surah al-Baqarah (2:172) khusus untuk orang-orang yang beriman (al-Tabariy, 1992a:80 & 88 dan al-

Qurtubiy, 1993a:140 & 145). Jelas di sini bahawa kandungan dalam sesuatu ayat itu mengikut kepada siapa

ayat tersebut ditujukan (Mohd Shukri Hanapi, 2012).

Page 18: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

121

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW

bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak

menerima sesuatu amalan kecuali yang baik juga. Sesungguhnya Allah

memerintahkan kepada orang-orang Mukmin seperti yang Dia perintahkan

kepada para Rasul-Nya. Maka Allah berfirman: Wahai Rasul-rasul,

makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah

amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang

kamu kerjakan (al-Mu’minun, 23:51). Firman-Nya lagi: Wahai orang-

orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang

halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada

Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya (al-Baqarah, 2:172).

Seterusnya, Rasulullah SAW menyebutkan tentang lelaki yang jauh

perjalanannya, rambutnya kusut masai lagi berdebu, dua tangannya

menadah ke langit memohon doa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan

makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan

dengan bahan-bahan haram, maka bagaimana doanya diperkenankan.”

(Riwayat Muslim, No. Hadis 1015, al-Nawawi, 1996:83, Riwayat al-

Tirmidhi, No. Hadis 3174)

Hadis di atas menjelaskan keperluan bagi orang Islam supaya makan makanan yang bersih,

suci dan diperoleh daripada sumber-sumber yang halal. Sekurang-kurangnya terdapat dua

implikasi daripada Hadis ini. Pertama, pemakanan yang halal lagi bersih mempunyai

hubungan langsung dengan keberkatan dan dapat mendekatkan diri seseorang dengan

Allah SWT. Kedua, makanan yang haram dan kotor tidak mendatangkan keberkatan sekali

gus menjauhkan seseorang daripada Allah SWT. Oleh itu, penggunaan sumber alam hanya

terhad kepada yang halal dan baik sahaja (Mohd Shukri Hanapi, 2012). Perintah makan

makanan yang halal dan suci dalam ayat al-Qur'an dan Hadis ini juga bermaksud

memanfaatkan segala sumber alam dengan sebaik mungkin dan tidak melampaui batas

dalam penggunaannya.

4. Kesimpulan

Akhirnya, daripada keseluruhan perbincangan tersebut dapat dirumuskan kepada empat

perkara. Pertama, manusia yang mempunyai iman lemah akan mempunyai kehendak yang

tidak terhad, manakala, manusia yang beriman tinggi akan dapat mengawal kehendak

nafsu mereka supaya sentiasa berada pada paras yang diredai Allah SWT. Kedua, semakin

baik nafsu dan tinggi peringkat nafsu tersebut, semakin rendah dan sederhana tahap

kepenggunaan. Begitu juga, semakin jahat dan rendah peringkat nafsu, semakin tinggi dan

melampaui batas dalam kepenggunaan. Ketiga, Islam menerima keperluan dan kehendak

manusia yang pelbagai dan berperingkat-peringkat bermula daripada daruriyyat

sehinggalah kepada tahsiniyyat (Yusuf al-Qardhawi, 2002:26). Walau bagaimanapun,

Islam tidak menganjurkan penggunaan barangan dan perkhidmatan mewah yang melebihi

had tahsiniyyat sehingga melampaui batas (Wan Mohd Nasir Wan Abd. Wahab, 2011;

Oziev & Fontaine, 2013:29; Irfan Sayuqi Beik & Laily Dwi Arsyianti, 2015:89). Keempat,

sumber alam yang diciptakan oleh Allah SWT untuk kegunaan manusia itu amat luas dan

Page 19: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

122

tidak terhad, namun ia tidak boleh digunakan dengan cara melampaui batas. Sebaliknya

manusia mesti mematuhi etika-etika dan peraturan-peraturan penggunaan yang telah

ditetapkan oleh Allah SWT.

Penghargaan

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

dalam membiayai geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)

(R/FRGS/A0100/00677A//004/2018/00558).

Rujukan

'Abda' 'Ali Minha. (1993). Lisan al-lisan tahdhib lisan al-'arab li al-allamat abi al-fadl jamal al-

din Muhammad bin Mukram Ibn Manzur. Beirut, Lebanon: Dar al- Kutub al-

'Ilmiyyah.

'Ali Ahmad Madkur. (1990). Manhaj al-tarbiyyat fi al-tasawwur al-Islamiy. Beirut, Lebanon:

Dar al-Nahdah al-'Arabiyyah.

Abdul Samad al-Falimbani. (t.t.). Siyar al-salikin ila ‘ibadah Rabb al-‘Alamin (Vol. 1). Bangkok,

Thailand: Muhammad Nahdi wa Awladah.

Ahmad Gholi & Masoud Ahmadi Mosaabad, (2014). Impediments of reaching God and ways of

surmounting them in two selected allegories of Rumi's Spiritual Couplets. Theory

and Practice in Language Studies, 4(8), 1675-1680.

Ali Muhammad. (2011). Mengendalikan hawa nafsu: Upaya meraih ridha Allah. Jakarta,

Indonesia: Qisthi Press.

Al-Jaza’iriy. (1986). Minhaj al-muslim. Beirut, Lebanon: Dar al-Jil.

Al-Nawawi. (1996). Syarh al-Nawawi 'ala sahih Muslim (Vol. 7). Beirut, Lebanon: Dar al-

Khayr.

Al-Qurtubiy. (1993a). Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an (Vol. 2). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyah.

Al-Qurtubiy. (1993b). Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an (Vol. 7). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyah.

Al-Tabariy. (2009). Tafsir al tabari: Al musamma jami' al bayan fi ta'wil al-Qur'an. Beirut,

Lebanon: DKI.

Al-Tuwajiri. (2000). Pilar-pilar ajaran Islam (usul al-din al-Islamiy) (Farizal Tarmizi, Trans.).

Jakarta, Indonesia: Pustaka Azzam.

Ammara Maqsood. (2014). ‘Buying modern’ Muslim subjectivity, the West and patterns of

Islamic consumption in Lahore, Pakistan. Cultural Studies, 28(1), 84-107.

Asad Zaman. (2010). Normative foundations of scarcity. MPRA Paper, 21817, 1-21. Retrieved

from https://mpra.ub.uni-muenchen.de/21817/

Aulatun Ni'mah. (2014). Larangan berlebih-lebihan dalam perspektif Hadits. (Unpublished

Doctoral Dissertation). Fakultas Ushuluddin, Universitas Islam Negeri Walisongo,

Semarang, Indonesia.

Auty, R. M. (2000). How natural resources affect economic development. Development Policy

Review, 18(4), 347-364.

Calverley, E. E. (1943). Doctrines of the soul (nafs and rou) in Islam. The Muslim World, 33(4),

254-264.

Hackett, S. C. (2010). Environmental and natural resources economics: Theory, policy, and the

sustainable society. New York, USA: ME Sharpe.

Page 20: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

123

Harlow, J., Bernstein, M. J., Girod, B., & Wiek, A. (2016). Consumption and sustainability.

In H. Heinrichs, P. Martens, G. Michelsen & A. Wiek (Eds.), Sustainability science.

Dordrecht, Netherlands: Springer Netherlands

Haron Din. (1992). Tasawur Islam. Selangor, Malaysia: Pustaka Hizbi.

Ibn Kathir. (2011). Shahih tafsir Ibnu Katsir. Jakarta, Indonesia: Pustaka Ibnu Katsir.

Ibrahim Nuhu Tahir. (2015). Socio-economic reforms in line with the Maqasid al-Shari'ah:

The case of caliph 'Umar Ibn 'Abd al-'Aziz. Al-Shajarah, 20(2), 211-246.

Irfan Sayuqi Beik & Laily Dwi Arsyianti. (2015). Construction of Cibest model as

measurement of poverty and welfare indices from Islamic perspective. Al-Iqtishad:

Journal of Islamic Economics, 7(1), 87-104.

Jafari, A., & Sandikci, Ö. (Eds.). (2016). Islam, marketing and consumption: Critical

perspectives on the intersections. Oxon, UK: Routledge.

Jalal al-Din al-Mahalliy & Jalal al-Din al-Suyutiy (2007). Tafsir al-jalalayn. London, UK:

Dar Al Taqwa Ltd.

Macpherson, C. B. (1977). Needs and wants: An ontological or historical problem?. In R.

Fitzgerald (Ed.), Human needs and politics. Adelaide, Australia: Pergamon Press.

Manzurul Huq. (1984). Concept of personality development in the light of Islamic thoughts.

Bangladesh Journal of Psychology, 7, 118-128.

Mian M. Nazeer. (1981). The Islamic economic system: A few highlights. Islamabad, Pakistan:

Pakistan Institute of Development Economics.

Mochammad Arif Budiman, Ruzita Mohd. Amin, Selamah A. Yusoff & Adewale Abideen

Adeyemi. (2015, March). Measuring Maqasid al-Shari’ah at a micro level with special

reference to the preservation of wealth. Paper presented at The First International

Conference on Shariah Oriented Public Policy in Islamic Economic System

(ICOSOPP 2015), Banda Aceh, Indonesia.

Mohammed Galib Hussain. (2013). Islamic theory of motivation, personality and business

stress: Evidence from India. European Journal of Business and Management, 5(11),

17-26.

Mohd Kamal Hassan. (1993, August). The Islamic worldview. Paper presented at Seminar

on Islam and Its Worldview: An American Perception, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mohd Shukri Hanapi. (2012). Tasawur pembangunan dalam al-Qur'an: Kajian tafsir al-

Mawdu'iy. (Unpublished doctoral dissertation). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,

Malaysia.

Mohd Shukri Hanapi. (2013). Tasawur Islam dan pembangunan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusoff. (2007). Bimbingan akhlak mulia dan nilai-nilai murni. Selangor, Malaysia:

Berlian Publications.

Monzer Kahf. (1987, July). Islamic economics: Notes on definition and methodology. Paper

presented at International Workshop on the Methodology of Islamic Economics, Bayero

University, Kano, Nigeria.

Muhammad Abdul Mannan. (1989). Ekonomi Islam: Teori dan praktis. (Radiah Abdul Kader,

Trans.). Kuala Lumpur, Malaysia: A. S. Noordeen.

Muhammad Nejatullah Siddiqi. (1988). From contemporary economics to Islamic

economics. In Abdullah Omar Naseef (Ed.), Today’s problems, tomorrow’s solutions.

London, UK: Mansell Publishing Ltd.

Muhammad Syukri Salleh. (2011, December). Islamic economics revisited: Re-contemplating

unresolved structure and assumptions. Paper presented at the 8th International Conference

on Islamics Economics and Finance, Center for Islamic Economics and Finance, Qatar

Faculty of Islamic Studies, Qatar Foundation, Doha, Qatar.

Page 21: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

124

Muhammad Syukri Salleh. (2003). 7 prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur,

Malaysia: Zebra Editions dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam

(IDMP), Universiti Sains Malaysia.

Muniaty Aisyah. (2015). Peer group effects on moslem consumer’s decision to purchase halal

labeled cosmetics. Al-Iqtishad: Journal of Islamic Economics, 7(2), 165-180.

Noresah Baharom. (2010). Kamus dewan (Vo. 4). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Norris, J. I., & Williams, C. E. (2016). What do we really need? Goals and values, security,

and the perception of consumer necessity. Psychology & Marketing, 33(2), 73-81.

Oziev, G., & Fontaine, R. (2013). The concept of scarcity: An Islamic perspective.

Malaysian Management Review, 46(1), 27-40.

Raiklin, E., & Uyar, B. (1996). On the relativity of the concepts of needs, wants, scarcity and

opportunity cost. International Journal of Social Economics, 23(7), 49-56.

Ramli Awang. (1997). Tasawur rabbani menurut al-Qur'an dan al-Sunnah. Kuala Lumpur,

Malaysia: Al-Hidayah Publication.

Rojas, M., & Guardiola, J. (2016). A hierarchy of unsatisfied needs: A subjective well-being study.

In Filomena Maggino (Ed.), A life devoted to quality of life. Cham, Switzerland: Springer

International Publishing.

Sandikci, O., & Ger, G. (2011). Islam, consumption and marketing: Going beyond the

essentialist approaches. Cheltenham, UK: Edward Elgar.

Sandikci, O., & Jafari, A. (2013). Islamic encounters in consumption and marketing.

Marketing Theory, 13(4), 411-420.

Sayyid Qutb. (1987a). Fi zilal al-Qur’an. Cairo, Egypt: Dar al-Syuruq.

Sayyid Qutb. (1987b). Fi zilal al-Qur’an. Cairo, Egypt: Dar al-Syuruq.

Sayyid Qutb. (1987c). Fi zilal al-Qur’an. Cairo, Egypt: Dar al-Syuruq.

Shimamoto, T. (2008). The question of “self-knowledge”(ma’rifat an-nafs) in Islam: Mortazā

Motahharī’s theory of the “Perfect Man”(ensān-e kāmel). Journal of the Interdisciplinary

Study of Monotheistic Religions, 4, 25-45.

Shuib Sulaiman. (2011). Indeks prestasi nafsu. Selangor, Malaysia: PTS Islamika.

Smith, J. I. (1979). The understanding of nafs and rūh in contemporary muslim considerations of

the nature of sleep and death. The Muslim World, 69(3), 151-161.

Syed Mahazir Shariff Ahmad. (2011). Merawat 7 penyakit hati. Johor, Malaysia: Pustaka

Azhar.

Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Md. Hussain & Mohd Hizam

Hanafiah. (2003). Pengantar perniagaan Islam. Selangor, Malaysia: Prentice Hall. Tiong, T. G., Norazah Mohd Suki & Kim, F. (2014). Exploring a consumption value model

for Islamic mobile banking adoption. Journal of Islamic Marketing, 5(3), 344-365.

Turner, B. S. (2016). Introduction to section I classical approaches–understanding Islam. In

Bryan S. Turner & Kamaludeen Mohamed Nasir (Eds.), The sociology of Islam:

Collected essays of Bryan S. Turner. Oxford, UK: Routledge.

Wahbah al-Zuhayliy. (2011). Al-tafsir al-munir fi al-'aqidah wa al-syari'ah wa al-manhaj

(10th ed.). Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr.

Wahbalbari Amir Ahmed. (2010). The concept of scarcity and its implication on human

behaviour: Searching the Qur'anic perspective. Review of Islamic Studies, 14(1), 147-171.

Wan Mohd Nasir Wan Abd. Wahab. (2011). Maqasid syariah: Cabaran dan penyelesaian

dalam merealisasikannya. Kuala Lumpur, Malaysia: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Witt, U. (2001). Learning to consume–A theory of wants and the growth of demand. Journal

of Evolutionary Economics, 11(1), 23-36.

Page 22: Andaian Ketidak-Terhadan Kehendak Manusia dalam Ekonomi ... · (Muhammad Syukri Salleh, 2011:3-4; Zakaria Bahari, 2012:3). Pendekatan ini jelas tidak mencerminkan ekonomi Islam yang

Mohd Zulkifli, Ahmad Ridhuwan and Dzulkifli

Journal of Entrepreneurship and Business

125

Yedi Purwanto. (2014). Memaknai pesan spiritual ajaran agama dalam membangun

karakter kesalehan sosial. Jurnal Sosioteknologi, 13(1), 41-46.

Yusuf al-Qardhawi. (2002). Fiqh keutamaan. Selangor, Malaysia: Thinker’s Library Sdn.

Bhd.

Zakaria Bahari. (2012, April). Dekolonisasi pendidikan dalam displin ekonomi Islam. Paper

presented at Seminar Antarabangsa Dekolonisasi Pendidikan, Medan, Indonesia.

Zubair Hasan. (2005). Treatment of consumption in Islamic economics: An appraisal. JKAU:

Islamic Economics, 18(2), 293-46.