25
AL-HIKMAH Jilid 10 ISSN 1985-6822 2018M No. 1 1439 H NILAI AGAMA ISLAM DALAM KESEDARAN BERAGAMA KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DARAT KAMPUNG PENIMBAWAN TUARAN, SABAH ..3-15 Qurratu Ain Rapihi, Zaizul Ab. Rahman PENGARUH VLOG DAKWAH TERHADAP KOGNITIF DAN AFEKTIF REMAJA DI PUTRAJAYA 16-33 Muhamad Faisal Ashaari, Noor Hafizah Jujaji TRAIT PERSONALITI PENDAKWAH MUSLIM: SATU SOROTAN LITERATUR 34-54 Izzaty Ulya Munirah Abd Aziz, Zainab Ismail KONSEP HISBAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM 55-78 Abdul Qahhar Ibrahim, Abdul Ghafar Don, Muhamad Faisal Asha’ari HUBUNGAN INSENTIF KEIMANAN DAN AMALAN PENGAJARAN: KAJIAN TERHADAP GURU TAHFIZ SWASTA DI NEGERI PERAK 79-94 Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, Abd Hadi Borham, Wahyu Hidayat Abdullah, Muhammad Akramin Kamarul Zaman KELANGSUNGAN SYARIAT ISLAM MENERUSI PERUNDANGAN MALAYSIA 95-118 Mohd Mustaffa Jusoh @Yusoff, Mohd Musa Sarip, Wan Abdul Fattah Wan Ismai DAKWAH MELALUI MEDIA BARU DI MALAYSIA: PELUANG ATAU CABARAN? .119-128 Aini Maznina A. Manaf MODEL PENGUKURAN APLIKASI MUDAH ALIH PANDUAN SOLAT ANDROID (MAPS) ...129-147 Siti Zuraida Abdul Manaf, Norazah Nordin, Helmi Norman, Ahmad Syukri Mohamad Zaid, Analisa Hamdan PERLAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH FIQH ... 148-162 Mohd Aderi Che Noh, Normurni Mohamad, Adibah Hasanah Abd Halim, Absha Atiah Abu Bakar, Hasnan Kassan MENDEPANI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MELALUI ILMU PERBANDINGAN AGAMA: TINJAUAN AWAL 163-175 Aemy Elyani Mat Zain, Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin, Nazneen Ismail, Maryam Habibah Kamis CHRISTIAN NEO-ORTHODOXY APPROACH TO RECONSTRUCTION OF RELIGIOUS THOUGHT ON SELECTED THEOLOGICAL ISSUES: AN ISLAMIC ANALYSIS ...176-187 Adibah Abdul Rahim ISLAMOPHOBIA IN THE WEST MEASURING AND EXPLAINING INDIVIDUAL ATTITUDES by MARC HELBLING ... 188-189 Badlihisham Mohd Nasir, Abdul Ghafar Don

AL-HIKMAHjournalarticle.ukm.my/13528/1/259-Article Text-1169-2-10-20190105.pdf · The results showed that hisbah are formed based on an understanding of the elements al-amr bi al-ma

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

AL-HIKMAH

Jilid 10 ISSN 1985-6822 2018M

No. 1 1439 H

• NILAI AGAMA ISLAM DALAM KESEDARAN BERAGAMA KALANGAN

MASYARAKAT BAJAU DARAT KAMPUNG PENIMBAWAN TUARAN, SABAH

…..3-15

Qurratu Ain Rapihi, Zaizul Ab. Rahman

• PENGARUH VLOG DAKWAH TERHADAP KOGNITIF DAN AFEKTIF REMAJA DI

PUTRAJAYA …16-33

Muhamad Faisal Ashaari, Noor Hafizah Jujaji

• TRAIT PERSONALITI PENDAKWAH MUSLIM: SATU SOROTAN LITERATUR …34-54

Izzaty Ulya Munirah Abd Aziz, Zainab Ismail

• KONSEP HISBAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL

ISLAM …55-78

Abdul Qahhar Ibrahim, Abdul Ghafar Don, Muhamad Faisal Asha’ari

• HUBUNGAN INSENTIF KEIMANAN DAN AMALAN PENGAJARAN: KAJIAN TERHADAP GURU TAHFIZ SWASTA DI NEGERI PERAK …79-94

Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, Abd Hadi Borham, Wahyu Hidayat Abdullah, Muhammad

Akramin Kamarul Zaman

• KELANGSUNGAN SYARIAT ISLAM MENERUSI PERUNDANGAN MALAYSIA …95-118

Mohd Mustaffa Jusoh @Yusoff, Mohd Musa Sarip, Wan Abdul Fattah Wan Ismai

• DAKWAH MELALUI MEDIA BARU DI MALAYSIA: PELUANG ATAU CABARAN?

….119-128

Aini Maznina A. Manaf

• MODEL PENGUKURAN APLIKASI MUDAH ALIH PANDUAN SOLAT ANDROID (MAPS)

...129-147

Siti Zuraida Abdul Manaf, Norazah Nordin, Helmi Norman, Ahmad Syukri Mohamad Zaid, Analisa

Hamdan

• PERLAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH FIQH ... 148-162

Mohd Aderi Che Noh, Normurni Mohamad, Adibah Hasanah Abd Halim, Absha Atiah Abu Bakar, Hasnan Kassan

• MENDEPANI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MELALUI ILMU

PERBANDINGAN AGAMA: TINJAUAN AWAL …163-175

Aemy Elyani Mat Zain, Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin, Nazneen Ismail, Maryam Habibah

Kamis

• CHRISTIAN NEO-ORTHODOXY APPROACH TO RECONSTRUCTION OF RELIGIOUS

THOUGHT ON SELECTED THEOLOGICAL ISSUES: AN ISLAMIC ANALYSIS ...176-187

Adibah Abdul Rahim

• ISLAMOPHOBIA IN THE WEST MEASURING AND EXPLAINING INDIVIDUAL

ATTITUDES by MARC HELBLING ... 188-189

Badlihisham Mohd Nasir, Abdul Ghafar Don

Al-Hikmah 10(1) 2018: 55-78

Pelaksanaan hisbah merupakan satu amalan pengawasan dalam pengurusan Islam

yang terkesan dengan konsep amar maaruf nahi munkar dan pelaksanaannya telah

bermula sejak zaman pemerintahan Islam yang pertama. Secara ringkasnya skop

hisbah adalah begitu luas mencakupi aspek agama, politik, sosial dan ekonomi.

Objektif penulisan ini adalah bertujuan untuk mengkaji konsep hisbah dan

kepentingannya dalam pengurusan hal ehwal Islam. Penulisan ini telah

menggunakan metode analisis kandungan terhadap dokumen tertentu seperti

enakmen, kertas kerja, jurnal, dan buku yang berkaitan. Hasil kajian mendapati

bahawa konsep hisbah terbentuk berasaskan kefahaman terhadap elemen amar

maaruf nahi munkar yang merupakan nadi asas kepada pelaksanaan hisbah dan

pengurusan Islam. Fungsi hisbah juga amat penting bagi membentuk dan membina

pengurusan hal ehwal Islam yang berdaya maju secara dalaman dan luaran sesuai

dengan perkembangan semasa. Oleh itu, kajian dan penyelidikan yang berterusan

wajar dilakukan bagi proses pemantapan pelaksanaan hisbah dalam pengurusan hal

ehwal Islam pada masa akan datang iaitu dari sudut struktur organisasi, masalah dan

cabaran.

Kata Kunci: Konsep Hisbah, Amar maaruf nahi munkar, Pengurusan hal ehwal

Islam.

Implementation of hisba is a practice in the management oversight that impressed

with the concept of Islam al-amr bi al-ma ᶜruf and al-nahyi ᶜan al-munkar and its

implementation has been started since the first days of Islam. In summary scope is

so vast hisbah concept covering aspects of religious, political, social and economic.

The objective of this paper is to study the hisbah concept and its importance in

56 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

managing Islamic affairs. The writing is already using content analysis methods

such as the enactment of a specific document, papers, journals, and books related.

The results showed that hisbah are formed based on an understanding of the

elements al-amr bi al-ma ᶜruf and al-nahyi ᶜan al-munkar, which is the basis for the

implementation and management of hisbah. Hisbah function is also very important

to establish and build management of Islamic affairs viable internally and externally

in accordance with current developments. Thus, studies and ongoing research

should be done to the process of strengthening the implementation of hisbah concept

in the management of Islamic affairs in the future, namely in terms of organizational

structure, problems and challenges.

Keywords: concept of hisbah, al-amr bi al-ma ᶜruf and al-nahyi ᶜan al-munkar, the

management of Islamic affairs.

Pengurusan Islam atau pengurusan hal ehwal Islam yang mantap adalah

suatu bentuk pengurusan yang memenuhi kriteria sebagai sebuah

pengurusan Islam yang sempurna melalui penerapan nilai-nilai dan elemen

tertentu yang amat berkait rapat dengan pelaksanaan pengurusan hal ehwal

Islam yang mapan dan profesional khususnya dalam menghadapi zaman

yang serba canggih pada masa kini. Salah satu elemen asas yang perlu ada

dalam sesebuah organisasi yang mengamalkan sistem pengurusan Islam

adalah elemen hisbah yang berasaskan kepada kefahaman dan hasil

implementasi teori amar maaruf nahi munkar yang membawa maksud

mengajak atau menyuruh kepada perkara kebaikan dan mencegah perkara

yang membawa kepada kemungkaran. Aspek hisbah dilihat sebagai satu

unsur yang amat penting dan relevan dalam memastikan sesuatu amalan

pengurusan Islam dalam sesebuah organisasi itu berjalan pada asas yang

benar dan bersesuaian kehendak ajaran Islam yang sebenar. Ini amat berbeza

dengan apa yang wujud dan difahami melalui teori pengurusan konvensional

barat yang semata-mata lebih tertumpu dan mementingkan kepada aspek

material dan kuantiti sahaja. Ia amat berbeza dengan amalan pengurusan

Islam yang menerapkan keseimbangan antara unsur dalaman dan luaran

(zahir dan batin) bagi mencapai al-falah iaitu kebahagian dan kejayaan yang

hakiki di dunia dan akhirat. Artikel ini bermatlamat untuk menghuraikan

konsep hisbah dan kepentingannya dalam pengurusan hal ehwal Islam

(PHEI).

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 57

Pada bahagian ini penulis akan menghuraikan berhubung konsep hisbah dari

segi penggunaan bahasa dan Istilah. Tujuannya adalah untuk membentuk

satu pemahaman yang jelas terhadap erti sebenar hisbah dalam kehidupan

manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah Taala

berdasarkan al-Quran dan Sunnah terutamanya dalam usaha menerapkan

dan mengaplikasikannya dalam aspek pengurusan Islam.

Hisbah Dari Segi Bahasa

Hisbah berasal dari kata dasarnya iaitu hasaba ya Hisbah berasal daripada

lafaz حسب (hasaba) yang membawa kepada beberapa makna, antaranya

ialah menghitung, mengira, menimbang ataupun menilai. Sementara

perkataan احتسب (Ihtasab) yang berasal daripada akar umbi kata yang sama

bermaksud mengharapkan pembalasan pada hari akhirat dengan melakukan

perbuatan yang mulia disisi Allah Taala. Pengertian pengertian tersebut juga

bersesuaian dengan apa yang dinyatakan dalam kamus al-Mucjam al-Wasīt

bahawa hisbah yang berasal dari akar kata (hasaba) membawa erti seperti

mengira, memberi kadar dan menghitung. Manakala di dalam kamus al-

Munjid (1973) menyebut bahawa perkataan hisbah itu terbentuk dari

perkataan hasaba yang bermaksud membilang atau mengira, manakala lafaz

hisbah secara bahasanya bererti ganjaran dan pahala melaluinya lahir istilah

muhtasib yang membawa maksud penguatkuasa yang dilantik di bawah

hakim bertujuan untuk memantau timbangan-timbangan dan seumpamanya.

Secara umumnya lafaz hisbah itu berasal daripada lafaz hasab bagi kata

perbuatan yang bermaksud mengira, menghitung, membilang dan menilai

yang akhirnya melahirkan satu lafaz lain yang berkaitan iaitu hisbah yang

menjadi asas kepada pelaksanaan amar maaruf nahi munkar.

Hisbah Dari Segi Istilah

Terdapat pelbagai pentakrifan dari segi istilah oleh para ilmuan Islam

berkenaan hisbah antaranya ialah takrifan hisbah oleh al-Mawardi (2006),

Syauqi Abu Khalil (2010), Abdul Karim Zaidan (2011) iaitu perintah untuk

melakukan perkara makruf apabila ia ditinggalkan dan mencegah perkara

munkar apabila ianya dilakukan. Selain itu al-Ghazali (1980) mentakrifkan

hisbah sebagai satu istilah atau ibarat yang mencakupi urusan amar maaruf

nahi munkar. Manakala Usamah Abdul Sami’ (2011) mentakrifkan hisbah

58 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

dengan mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran atas tujuan

islah (perbaikan) di antara manusia sebagaimana yang telah diperintahkan

oleh Allah Taala sesuai dengan syariat Islam bagi mencapai keredhaanNya.

Manakala Mardzelah Makhsin (2008) mendefinisikan hisbah sebagai sistem

pengawasan dalam pengurusan Islam dan ia wujud sejak zaman Nabi

Muhammad s.a.w. yang mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam

pemerintahan Islam. Pengertian hisbah berdasarkan kamus al-Mu’jam al-

Wasit (1972: 193)membawa maksud kedudukan atau jawatan yang terdapat

dalam kerajaan Islam berdasarkan lantikan pemerintah untuk menyelia atau

mengawasi urursan-urusan umum yang membabitkan kepada pengawasan

harga barangan dan adab dalam masyarakat. Secara ringkasnya pengertian

hisbah ini boleh dimaksudkan dengan apa-apa tindakan yang berada dalam

ruang lingkup konsep amar maaruf nahi munkar dalam usaha menggapai

keredhaan Allah Taala sebagai Tuhan sekalian alam berasaskan syariat

Islam yang merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas bagi

pelaksanaan hisbah di muka bumi ini. Oleh itu Fadhl Ilahi telah merumuskan

mengapa para ulama Islam meletakkan setiap tindakan amar maaruf nahi

munkar itu denganpenggunaan istilah hisbah atau tindakan hisbah menurut

kefahaman para sarjana Islam berhubung konsep hisbah dan hubungkaitnya

dengan teori pelaksanaan amar maaruf nahi munkar antaranya ialah:

1. Penggunaan perkataan hisbah itu berasal daripada lafaz al-ihtisab dan al-

hisbah yang membawa erti kepada pemahaman akan tuntutan ganjaran, oleh

itu penggunaan lafaz hisbah bagi menggambarkan usaha amar maaruf nahi

munkar itu difahami melalui perbuatan hisbah yang dilakukan oleh

seseorang itu adalah tidak mengharapkan apa-apa selain pahala dan ganjaran

daripada Allah Taala.

2. Pada masa yang sama lafaz al-ihtisab dan al-hisbah juga turut difahami

melalui erti atau makna penginkaran (al-inkar) iaitu dinamakan sesuatu

perbuatan itu hisbah adalah berasaskan penginkaran terhadap meninggalkan

perkara yang makruf dan memlaksanakan perkara kemunkaran.

3. Makna al-hisbah juga membawa maksud tadbir urus yang membawa

maksud setiap urus tadbir yang dijalankan oleh seseorang itu seharusnya

bersesuaian dengan kehendak syariat Ilahi sesuai dengan kedudukannya

sebagai hamba bagi Allah Taala.

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 59

Pada asasnya terdapat dua dalil asas terhadap usaha pelaksanaan hisbah oleh

umat Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka khususnya terhadap

pembentukan pengurusan hal ehwal Islam berkesan yang amat

mementingkan kepada amalan amar maaruf nahi munkar dalam struktur

organisasi secara luaran mahupun dalaman.

1. Al-Quran

Terdapat banyak dalil berkaitan kewajipan melaksanakan hisbah

berdasarkan kepada kefahaman konsep amar maaruf nahi munkar.

Pelaksanaannya adalah meliputi setiap aspek dalam kehidupan manusia. Ini

kerana syariah Islam yang diwarisi sejak dari zaman junjungan besar Nabi

Muhammad s.a.w. merupakan satu peraturan dan panduan lengkap untuk

seluruh umat manusia bagi mencapai al-falah sebagai matlamat hidup

seorang yang beriman kepada Allah Taala dan hari akhirat sebagai tempat

pengadilan serta pembalasan. Antara nas al-Quran yang menjadi rujukan

asas kepada usaha pelaksanaan hisbah adalah sebagaimana firman Allah

Taala dalam surah al-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,

setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka

menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat

kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,

serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi

rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha

Bijaksana.

Perintah melaksanakan amar makruf dan nahi munkar juga boleh difahami

berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 114 yang

bermaksud:

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh

berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala

perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera

pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka (yang

demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

60 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

Begitu juga terdapat firman Allah Taala dalam surah Ali Imran juga pada

ayat 104 yang menyentuh berhubung pelaksanaan amar maaruf nahi munkar

(hisbah) dalam kehidupan di dunia ini sebagai bekalan untuk hari kemudian

agar dapat tergolong dalam golongan mereka yang mendapat kejayaan:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru

(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan

menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang

daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang

bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Ayat al-Quran yang menjadi dalil dan asas kepada peri pentingnya usaha

melaksanakan hisbah itu dijalankan serta dititikberatkan dalam segenap

sudut kehidupan manusia jelas menunjukkan betapa pentingnya perintah

amar maaruf nahi munkar itu dihayati secara teorinya dan diamalkan secara

praktikalnya dalam kehidupan muslim di dunia ini. Ianya penting dalam

memastikan setiap tindakan yang diambil adalah tidak bertentangan dengan

perintah Allah Taala dan ajaran Islam yang sebenar, firman Allah Taala

dalam surah al-Taubah ayat 105 yang bermaksud:

Dan katakanlah (wahai Muhammad): beramalah kamu (akan Segala

Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang

beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan

dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang

ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa

yang kamu telah kerjakan.

2. Sunnah

Amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. juga turut menjadi dalil asas dan

utama kepada pelaksanaan hisbah pada masa kini. Terdapat riwayat yang

jelas menyatakan tindakan amar maaruf nahi munkar (hisbah) yang

dilakukan oleh baginda s.a.w. semasa hayat baginda. Secara tidak langsung

ianya memberikan satu alasan yang kukuh terhadap kepentingan

pelaksanaan hisbah dalam pengurusan hal ehwal Islam melalui perbuatan

nabi s.a.w. sebagai sumber ikutan umat Islam. Bahkan al-Sunnah merupakan

sumber kedua dalam pengurusan Islam yang merujuk kepada hadis-hadis

peninggalan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi akhir

zaman kepada umat manusia dan juga merupakan pembawa rahmat kepada

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 61

seluruh alam sebagaimana firman Allah Taala dalam surah al-Anbiya’ ayat

107 yang bermaksud:

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),

melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Jelasnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan ikutan yang wajar dikuti

dan diteladani oleh seluruh umat Islam bagi mencapai keredhaan Allah

Taala dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terdapat beberapa riwayat yang

jelas menunjukkan bahawa nabi s.a.w. telah melaksanakan hisbah ketika

hayat baginda s.a.w. ini bersesuaian dengan perintah nabi s.a.w. supaya

melaksanakan amar maaruf nahi munkar kepada umatnya sebagaimana

sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

Barang siapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran, maka

hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu

maka dengan lidahnya, jika tidak mampu juga maka dengan hatinya

dan demikian itu adalah selemah-lemah iman (Riwayat Muslim).

Baginda s.a.w. pernah melarang perbuatan menipu dalam jual beli dan juga

perbuatan duduk di jalanan sehingga mengganggu orang lain dalam sesuatu

urusan. Hamid Muhammad Abu Talib (1982: 21) Di samping itu baginda

s.a.w. juga melantik seorang muhtasib (sahib al-suq) iaitu Said bin Said bin

al-Ash untuk menjalankan hisbah di pasar raya Kota Mekah selepas

peristiwa pembukaan Mekah (al-fath). Pelaksanaan hisbah juga turut

diteruskan oleh para khulafa’ al-rasyidin dalam usaha mengamalkan sunnah

Nabi Muhammad s.a.w. dan merealisasikan perintah amar maaruf nahi

munkar yang menjadi nadi dan juga elemen asas kepada pelaksanaan hisbah

yang menjadi asas kepada pengurusan Islam.

Terdapat beberapa sumber dalam Islam yang menjadi asas kepada

pelaksanaan hisbah seperti al-Quran, sunnah, contoh pengurusan Islam para

sahabat dan pemerintah Islam terdahulu serta hasil karya para ilmuan Islam

berkenaan hisbah.

62 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

1. Al-Quran

Al- Quran merupakan sumber utama kepada umat Islam yang menjadi

rujukan asas dalam setiap aspek kehidupan manusia. Ia merupakan kitab

wahyu yang terakhir dan lengkap diturunkan kepada umat manusia kepada

Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul terakhir. Oleh itu kedudukan al-Quran

sebagai sumber asas kepada pelaksanaan hisbah dalam setiap sudut atau

ruang lingkup seorang mukmin itu tidak dapat dinafikan terutamanya dalam

proses pelaksanaan pengurusan Islam yang mantap dan berkesan.

2. Sunnah

Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan dan ikutan oleh setiap umat Islam yang

ingin melaksanakan ajaran Islam dengan panduan yang sebenar sesuai

dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah Taala. Kepentingan dan

keberadaan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan masyarakat

Islam adalah wajar untuk difahami dan dihayati. Ini kerana baginda s.a.w.

merupakan ikutan yang baik (uswatun hasanah) untuk dituruti sesuai

dengan firman Allah Taala dalam surah al- Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh

ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)

Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati

Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Begitu juga dalam firman Allah Taala dalam surah al-Nisa’ ayat 80

yang membawa maksud:

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah

taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka

(janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami

tidak mengutus mu untuk menjadi pengawal (yang memelihara

mereka dari melakukan kesalahan).

Pelaksanaan hisbah itu jelas telah dilakukan oleh junjungan besar Nabi

Muhammad s.a.w. ketika hidup baginda dalam pelbagai riwayat hadis. Oleh

kerana ianya merupakan satu amalan warisan nabi s.a.w. maka ia juga turut

diamalkan dan diteruskan serta diperkembangkan lagi sesuai dengan faktor

perkembangan semasa oleh para khalifah r.a yang empat selepas kewafatan

nabi s.a.w. seterusnya tetap dilaksanakan oleh pemerintah Islam yang

terkemudian berasaskan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan kesedaran

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 63

terhadap kepentingannya dalam membentuk kesejahteraan bersama

merangkumi aspek urusan agama, politik, ekonomi dan sosial.

3. Amalan khulafa’ al-rasyidin

Amalan pengurusan Islam yang menjadi asas kepada pengurusan hal ehwal

Islam pada masa kini adalah merujuk kepada pelaksanaan pengurusan hal

ehwal Islam ketika zaman para khulafa’ al-rasyidin yang menjadi sandaran

dan ikutan oleh umat Islam yang terkemudian dan sentiasa dikaji serta

dipelajari sehingga hari ini. Jelasnya antara khalifah empat yang dilihat

berperanan besar dalam perkembangan pengurusan hal ehwal Islam pada

masa kegemilangan Islam tersebut adalah khalifah Islam yang kedua iaitu

Saidina Umar al-Khattab r.a. dilihat sebagai tokoh utama terhadap

perkembangan pengurusan Islam pada masa lalu melalui penambahbaikan

dan pengubahsuaian terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam

yang sedia ada melalui penubuhan beberapa jabatan dan jawatan baru yang

dilihat menjadi faktor kepada perkembangan pesat pengurusan Islam yang

berwibawa dan dijadikan rujukan sehingga kini.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Anuar Puteh (2001: 92)

menjelaskan bahawa pengubahsuaian tersebut dilakukan bagi melicinkan

lagi pengurusan dan pentadbiran negara sesuai dengan perkembangan

kekuasaan negara Islam dan pertambahan umat Islam serta masalah dan

kemaslahatan negara. Namun begitu, dasar yang digariskan itu tetap tidak

lari daripada menegakkan keadilan, kekuasaan dan pemerintahan mengikut

syariah Islamiah. Saidina Umar r.a. tetap mengekalkan konsep syura sebagai

asas kepada pentadbiran dan pengurusan negara. Beliau telah mewujudkan

beberapa jabatan khusus bagi melicinkan lagi usaha pembangunan dan

pentadbiran pemerintahan Islam pada ketika itu antaranya adalah

mewujudkan jawatan dan jabatan baharu seperti Ketua Perbendaharaan

(Sāhib al-Mal), Ketua Polis (Sāhib al-Syurtah), Setiausaha Jabatan,

Baitulmal, Diwān al-Jund, Jabatan Wakaf dan Sāhib al-Suq yang

kemudiannya dikembangkan lagi oleh pemerintah selepasnya yang turut

dikenali melalui gelaran al-muhtasib. Di samping itu Umar al-Khattab r.a.

juga turut memperkenalkan kalendar Islam berasaskan kepada penghijrahan

umat Islam. Malah Usamah Abdul Sami’ (2011) menyebut bahawa peranan

dan pensyariatan hisbah serta kewajipannya telah dilaksanakan oleh para

sahabat r.a dalam usaha menjalankan perintah amar maaruf nahi munkar.

pelaksanaan hisbah telah Oleh itu sewajarnya sejarah pengamalan

pengurusan hal ehwal Islam pada zaman kegemilangan Islam ketika era

pemerintahan khulafa’ al-rasyidin terus dihayati dan dijadikan sumber asas

64 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

dalam usaha memantapkan lagi pelaksanaan pengurusan Islam pada masa

kini terutamanya dari segi pelaksanaan hisbah dalam pengurusan hal ehwal

Islam.

4. Amalan kerajaan Islam terdahulu

Sejarah telah membuktikan akan kecemerlangan pemerintahan Islam

terdahulu, bermula dari zaman pemerintahan Bani Umayyah, Bani

Abbasiyah, kerajaan Islam Andalusia, kerajaan Mamluk, kerajaan

Ayyubiyah, empayar Turki Uthmaniah, kerajaan Islam Moghul, Kesultanan

Melaka, Demak dan selainnya. Antara warisan yang ditinggalkan oleh

kerajaan-kerajaan Islam terdahulu adalah amalan pengurusan hal ehwal

Islam yang menjadi teras kepada pelaksanaan pengurusan Islam pada masa

kini terutamanya dari sudut pelaksanaan hisbah yang dilihat berperanan

dalam usaha menerapkan pelaksanaan konsep amar makruf nahi munkar

yang menyeluruh merangkumi aspek agama, politik, ekonomi dan sosial

untuk memelihara kemaslahatan ummah. Walau bagaimana pun perubahan

sentiasa berlaku terhadap kaedah pelaksanaan hisbah bagi sesebuah kerajaan

dan ianya amat berkait rapat dengan peranan dan kuasa pemerintah Islam

pada ketika itu.

Anwar Ahmad Qadri (1980) menjelaskan bahawa kerajaan

Abbasiyah telah mewujudkan satu institusi khusus yang melaksanakan tugas

amar maaruf nahi munkar dan tugas hisbah tersebut dipertanggungjawabkan

terhadap pegawai penguatkuasa kerajaan yang digelar sebagai muhtasib.

Bidang kuasa muhtasib adalah merangkumi perkara yang membabitkan hak-

hak Allah Taala, hak-hak manusia dan yang terakhir adalah berkaitan hak

secara bersama antara Allah Taala dan manusia. Muhtasib juga boleh

bertindak memberikan hukuman sekiranya di dapati seseorang (muhtasab

alaih) itu telah melakukan kesalahan sesuai dengan peruntukan undang-

undang.

Menurut Abdul Hasib Ridhwan (1990) pelaksanaan hisbah dilihat

mula-mula berkembang pada zaman empayar Abbasiyah melalui Khalifah

Abu Jaafar al-Mansur iaitu melalui perlantikan Abu Zakaria Yahya sebagai

pegawai hisbah di bandar dan pasar-pasar Baghdad pada masa itu. Hisbah

juga turut dilaksanakan oleh kerajaan Fathimiyyah di mana pegawai yang

dilantik adalah dari kalangan mereka yang mempunyai sifat adil, wara dan

berilmu. Pegawai muhtasib yang dilantik akan diberikan gaji sebanyak tiga

puluh dinar bagi setiap bulan, tugas hisbah yang dilakukan adalah

merangkumi bidang pendidikan, mengawasi timbangan barangan di pasar-

pasar, memantau perlakuan kaum wanita dari melakukan perbuatan tabarruj

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 65

(berhias secara berlebihan) dan berkumpul di persisiran sungai Nil di Mesir,

muhtasib juga turut menegah jual beli barangan muzik yang boleh

melalaikan dan penguatkuasa (muhtasib) juga berperanan dalam memantau

serta mengawasi perilaku masyarakat agar ianya sesuai dengan adab-adab

awam. Jelasnya pelaksanaan hisbah berdasarkan sejarah pemerintahan Islam

terdahulu amat penting untuk sentiasa dikaji dan dihayati untuk

memantapkan usaha hisbah pada masa kini sesuai dengan peredaran zaman

khususnya dalam aspek pengurusan hal ehwal Islam.

5. Hasil karya sarjana Islam

Terdapat banyak karya ilmuan Islam yang membicarakan berkaitan hisbah

dan pelaksanaannya samada pada masa lampau atau pada masa kini. Karya

atau penulisan tersebut amat penting untuk dipelajari dan didalami dalam

usaha memantapkan lagi usaha pelaksanaan hisbah dan ilmu pengurusan

Islam pada masa kini. Penyelidikan berterusan juga amat penting untuk

dijalankan terhadap karya-karya tersebut agar dapat menggali dan

memperolehi buah fikiran dan maklumat penting bagi membentuk

pelaksanaan hisbah yang cemerlang dan berkesan. Auni Abdullah (2000)

telah membahagikan susunan karya-karya hisbah dalam khazanah

persuratan Islam kepada beberapa bahagian antaranya ialah karya-karya

khusus mengenai hisbah, yang kedua karya-karya fiqh dan pemikiran politik

Islam dan yang ketiga karya-karya yang berbentuk ensiklopedia pengukur

pencapaian sosio-ekonomi, sains dan teknologi. Jelasnya terdapat beberapa

karya terdahulu yang menjadi rujukan asas serta merupakan karya

fundamental kepada penulisan konsep dan pelaksanaan hisbah pada masa

kini seperti karya al-Mawardi (1058 Masihi) yang bertajuk Ahkām al-

Sultaniah dalam bab terakhir berhubung hisbah, karya al-Ghazali (1111

Masihi) iaitu Ihya Ulumuddin di mana beliau membicarakan hisbah dalam

satu bab yang khusus, begitu juga dengan karya al-Syairazi (1193 Masihi)

yang bertajuk Nihāyah al-Rutbah fi Talab al-Hisbah, karya Ibn Taimiyah

yang bertajuk al-Hisbah fi al-Islām (1328 Masihi), karya Ibn Ukhuwwah

iaitu Macalim al-Qurbah fi Ahkam al-Hisbah (1329 Masihi) dan hasil

penulisan Ibn Bassam berkaitan hisbah iaitu Nihāyah al-Rutbah fi Talab al-

Hisbah (1440 Masihi).

66 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

Matlamat hisbah adalah selari dengan matlamat syariah yang juga difahami

dengan maqasid syariah yang berfungsi untuk memelihara akal, nyawa,

agama, keturunan (maruah) dan harta. Tujuan pelaksanaan hisbah juga

adalah berpaksi kepada matlamat asas pengurusan Islam atau pengurusan

hal ehwal Islam iaitu untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat di

samping mengejar keredhaan Allah Taala. Tauhid menjadi asas kepada

pengurusan Islam yang merupakan salah satu perbezaan yang jelas

berbanding pengurusan konvensional yang lebih menumpukan kepada

aspek material dan fizikal semata-mata. Ringkasnya para fuqaha

menjelaskan bahawa matlamat asas pelaksanaan hisbah adalah untuk

menguatkuasakan perintah amar maaruf nahi munkar itu sendiri (Usamah

Abdul Sami’: 2011). Pelaksanaannya meliputi seluruh aspek dalam

kehidupan umat manusia. Keberadaan fungsi ketauhidan merupakan salah

satu elemen penting dalam pelaksanaan pengurusan Islam yang berkesan,

ini kerana melalui peranan ketauhidan maka akan timbulnya elemen ihsan

yang menjadi asas kepada gerak kerja yang cemerlang. Mardzelah Makhsin

(2008) telah merangkumkan beberapa matlamat khusus hisbah di mana

ianya amat berkait rapat dengan menjaga kepentingan umat manusia dan

kesejahteraannya di dunia ini. Berikut adalah matlamat khusus yang menjadi

asas kepada pelaksanaan hisbah:

1. Pelaksanaan hisbah adalah bertujuan mewujudkan institusi masyarakat

yang berakhlak berasaskan norma-norma Islami yang merujuk kepada

ajaran al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Maka penubuhan

badan hisbah di kalangan masyarakat adalah bertujuan untuk memastikan

masyarakat dapat mematuhi dan mengamalkan etika moral Islam dalam

segenap aspek kehidupan.

Amalan hisbah juga amat penting bagi mewujudkan pentadbiran

dan politik yang stabil serta harmoni. Matlamat khusus hisbah dari aspek

politik dan pentadbiran adalah untuk mengawasi dan membasmi segala salah

laku yang berlaku dalam sistem pentadbiran yang membabitkan pegawai-

pegawai kerajaan dan pemerintah bagi memelihara kepentingan dan

kesejahteraan masyarakat serta mengukuhkan fungsi pentadbiran kerajaan

agar dapat membentuk sebuah kerajaan yang baik dan mendapat keredhaan

Allah Taala.

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 67

2. Pelaksanaan hisbah amat berkait rapat dengan amalan ekonomi yang sihat

dan sejalan dengan konsep muamalah Islam. Sejarah hisbah juga turut

menunjukkan bahawa institusi hisbah berkembang dari jawatan kuasa

pemantau pasar (sahib al-suq) ketika zaman baginda s.a.w. dan seterusnya

menjadi sebuah institusi yang berkuasa dalam setiap pemerintahan Islam

bagi memastikan fungsi amar maaruf nahi munkar dapat dizahirkan. Di

samping hisbah juga berfungsi untuk melahirkan amalan ekonomi yang

positif tanpa unsur-unsur yang merosakkan seperti tipu daya, riba dan

selainnya.

3. Hisbah juga berperanan untuk membentuk suasana sosial yang menjamin

keharmonian bersama sesuai dengan kehendak syariah. Aspek sosial yang

dilihat berperanan dalam mewujudkan suasana sosial yang harmoni dan

stabil di dalam masyarakat dan negara adalah dari sudut pendidikan,

perubatan, penghasilan produk, kemudahan awam dan keselamatan.

Jelasnya pelaksanaan hisbah tidak hanya terhad kepada ekonomi dan politik

semata-mata malah ianya merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk

menjaga dan memelihara kepentingan sosial dalam struktur masyarakat

yang sedia ada.

Pelaksanaan hisbah terbahagi kepada dua pembahagian utama yang

membabitkan pengawasan dalam yang disebut sebagai muhasabat al-nafs

dan pengawasan luaran yang membabitkan pelbagai pihak seperti

masyarakat dan kerajaan berasaskan kepada skopnya yang amat luas

merangkumi agama, politik, sosial dan ekonomi dalam sesebuah negara.

Hisbah Secara Dalaman

Hisbah secara dalaman ini merupakan interpretasi amar maaruf dan nahi

munkar dalam setiap jiwa manusia yang terbabit dalam pengurusan Islam.

di samping itu ia juga merupakan unsur dalaman bagi sesebuah organisasi

yang melaksanakan pengurusan hal ehwal Islam. melalui hisbah secara

dalaman secara tidak langsung akan melahirkan tenaga kerja atau sumber

manusia yang hebat dan berkesan dalam usaha mencapai matlamat sesebuah

organisasi. Manakala hisbah secara dalaman bagi sesebuah organisasi Islam

membabitkan perancangan dan penyusunan serta penerapan nilai-nilai Islam

melalui kefahaman bersama terhadap peri pentingnya amalan hisbah dalam

68 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

setiap organisasi Islam salah satu bentuk pengamalan hisbah dalam

organisasi tersebut boleh dilihat melalui penubuhan jawatan kuasa atau

bahagian khusus yang menjadi pengawal atau bertindak sebagai muhtasib

dalam memastikan setiap gerak kerja dan skop tugasan berjaya dipenuhi

dengan berasaskan pemahaman dan penerapan bahawa setiap tugas yang

dipertanggungjawabkan itu merupakan amanah dan pada masa yang sama

menjadi ibadah sekiranya dijalankan dengan benar dan berintegriti

berdasarkan kefahaman yang jelas terhadap aspek akauntabiliti dalam

sebuah organisasi dan juga dalam setiap jiwa anggota organisasi Islam

tersebut.

Abu Mazaya dan Abu Izzat (2015) menjelaskan bahawa terdapat

empat peringkat asas dalam pelaksanaan hisbah (pengawasan) salah satunya

adalah menyentuh aspek pengawasan diri sendiri yang bersifat dalaman (al-

raqabah al-zatiah) ianya membabitkan kecenderungan dan kemampuan

seseorang untuk mengawal dan mendisilinkan diri dari terjebak dengan

perlakuan yang bertentangan dengan etika Islam berasaskan kepada

kefahaman dan keimanannya sendiri bersandar kepada perintah pelaksanaan

amar maaruf nahi munkar yang secara khususnya dapat difahami melalui

konsep muraqabah al-nafs. Auni Abdullah (t.th: 139) turut menjelaskan

bahawa amalan-amalan pengawasan (hisbah) berpandukan prinsip hisbah

ini ditujukan kepada individu. Tetapi pengawasan ini lebih bersifat dalaman

dan ia lebih banyak bergantung kepada tahap kesedaran agama dan

kesediaan seseorang untuk mencari keredhaan Ilahi. Pengawasan diri sendiri

ini sering dikenali dengan panggilan muhasabat al-nafs dalam tradisi ilmu

akhlak dan tradisi kerohanian Islam (tasawuf). Tetapi ia juga ada disebutkan

dengan panggilan-panggilan al-muhasabat al-zatiah dan al-raqabah al-zatiah

yang membawa maksud yang lebih kurang sama. Di zaman akhir-akhir ini

ada yang lebih berminat memanggilnya al-naqd al-zati (self-criticism).

Pengawalan dan pengawasan adalah asas kepada mewujudkan

pengurusan Islam yang cemerlang dan mapan. Ianya juga berkait rapat

dengan peranan untuk menunaikan amanah yang diberikan terutama dalam

sesebuah organisasi Islam yang melaksanakan pengurusan hal ehwal Islam

firman Allah Taala dalam surah al-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala

jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan

apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah

menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah

dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya

kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi

sentiasa Melihat.

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 69

Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002: 224) menyatakan pengawalan terhadap diri

sendiri ini dapat mengelakkan seseorang individu Islam daripada melakukan

penyelewengan dan sebaliknya menjadikannya bertanggungjawab terhadap

hukum syarak sepanjang ia menjalankan tugas-tugas pengurusan dan

pentadbirannya. Inilah matlamat yang ingin dicapai dan diharapkan dalam

agama Islam sesuai dengan tujuan pelaksanaan hisbah itu sendiri.

Hisbah Secara Luaran

Hisbah secara luaran itu amat berkait rapat dengan skop tugas atau bidang

kuasa sesebuah organisasi Islam dalam melaksanakan pengurusan Islam.

Abu Mazaya dan Abu Izzat (2015) menyatakan bahawa pelaksanaan hisbah

secara luaran adalah berasaskan kepada beberapa peringkat pengawasan

bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan. Pertama pengawasan Ilahi yang

berkait rapat dengan sifat kebesaran Allah Taala yang Maha Mendengar,

Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Kedua pengawasan oleh masyarakat

terhadap pihak pemerintah mencakupi hak-hak tertentu seperti hak

kebebasan bersuara. Ketiga pengawasan oleh pemerintah sebagai satu

mekanisme kerajaan bagi mengawal dan memelihara rakyat sesuai dengan

perintah agama untuk melaksanakan amar maaruf nahi munkar.

Jelasnya pelaksanaan hisbah ini mempunyai skopnya yang amat

luas seperti menjalankan pengawasan di pasar-pasar dan juga dalam segenap

lapangan masyarakat antaranya dalam hal ehwal perubatan, pendidikan,

pengilangan dan penghasilan produk. Di samping itu ia juga turut

berperanan dalam pemantauan harga barangan jualan dan timbangan bagi

menjamin perkembangan ekonomi yang sihat dalam masyarakat.

Pelaksanaan hisbah juga membabitkan pengawasan akhlak yang menyentuh

persoalan etika dalam sosial kemasyarakatan bagi memelihara kesejahteraan

awam seperti perlakuan tidak senonoh, meminum arak dan pergaulan antara

lelaki dan perempuan. Pengawasan juga turut dijalankan dalam bidang

pembinaan bangunan dan menguatkuasakan undang-undang di jalan-jalan.

Bahkan pelaksanaan hisbah juga meliputi pelbagai lapangan yang berbeza

sehingga ia juga dilihat berkait rapat dengan usaha dakwah ke arah kebaikan

dalam masyarakat (Syauqi Abu Khalil 2010)

Oleh itu, bagi merealisasikan usaha dan tanggungjawab tersebut

pihak kerajaan perlu mewujudkan sebuah institusi khusus untuk

melaksanakan hisbah. Sepertimana di Malaysia pelaksanaan hisbah dalam

sudut pengurusan hal ehwal Islam (PHEI)adalah berada di bawah kuasa

negeri dan sultan atau raja sebagai ketua agama Islam negeri. Melalui

70 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

penubuhan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam

Negeri (JAIN) sebagai sebuah organisasi Islam menurut konteks pengurusan

Islam berfungsi dalam pelaksanaan hisbah yang dijalankan berasaskan

kepada konsep hisbah yang bermatlamat untuk melaksanakan prinsip amar

maaruf nahi munkar di negeri masing-masing, salah satunya adalah dengan

mewujudkan bahagian penguatkuasaan dan melantik Pegawai Penguatkuasa

Agama (PPA) di setiap negeri masing-masing yang bertindak sebagai

pelaksana hisbah (muhtasib). Secara ringkasnya pihak agama yang

mempunyai kuasa PHEI berperanan untuk melaksanakan hisbah sesuai

dengan peruntukan undang-undang pentadbiran agama Islam negeri dan

penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah negeri. PPA diberikan kuasa dan

tanggungjawab menjalankan tugas amar maaruf nahi munkar berdasarkan

skop tugas dan bidangkuasa yang telah ditentukan merujuk kepada enakmen

pentadbiran agama Islam negeri. Bahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) dan juga badan-badan kerajaan negeri dan pusat turut sama

bekerjasama dalam usaha melaksanakan hisbah menurut konteks undang-

undang syariah negeri.

Hisbah merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan

pengurusan Islam yang kukuh dan berkembang. Mustafa Daud (2000: 29)

menjelaskan Islam sangat mementingkan soal-soal pengurusan. Pengurusan

yang baik ialah dengan memenuhi beberapa kriteria seperti falsafah, ciri dan

profesionalisme. Kriteria tersebut dianggap sebahagian daripada pengurusan

Islam. Ini kerana pengurusan Islam bermatlamatkan al-falah iaitu kejayaan

di dunia dan akhirat. Pengurusan Islam terkandung di dalamnya beberapa

proses pengurusan yang tersendiri meliputi aspek niat, perancangan,

pelaksanaan, perorganisasian, pengarahan, pengawalan dan penilaian.

Adapun aspek pengawalan dan pengawasan itu daripada beberapa asas yang

penting iaitu al-ihsan iaitu kesedaran terhadap pemerhatian Allah Taala,

kedua amalan amar maaruf nahi munkar, ketiga pembudayaan usaha

peningkatan prestasi yang berterusan dan yang terakhir adalah berdoa

kepada Allah Taala untuk memperolehi kebaikan (Akademi Pengurusan

YPEIM, 2005). Oleh itu fungsi hisbah amat jelas sekiranya dihubungkan

dengan usaha untuk mencapai matlamat dan objektif sesebuah organisasi

yang melaksanakan PHEI dalam setiap struktur organisasi dan masyarakat.

Iaitu merangkumi usaha perancangan, penstrukturan, pelaksanaan dan

pengawalan. Penulis membahaskan pelaksanaan hisbah dalam pengurusan

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 71

hal ehwal Islam mengikut konteks amalannya di Malaysia. Jelasnya urusan

hal ehwal Islam di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri

iaitu berada di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan atau

Raja bagi setiap negeri dan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Malaysia. Ini

secara jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, berhubung kuasa-

kuasa berkenaan dengan agama itu diletakkan di bawah kuasa Negeri.

Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah

memperuntukkan:

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan

dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan

keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum

Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak

berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin,

nafkah, pengangkatan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah

bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah

khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan perbadanan

orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi,

amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi

keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan

Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau

mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam,

pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang

yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali

berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai

Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah

Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas

orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan

mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi

tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan

kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan,

mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan

orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai

hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

Razaleigh Muhamat@Kawangit (2005: 12) menjelaskan bahawa

pengurusan dalam Islam kadang-kadang juga disebut sebagai pengurusan

hal ehwal Islam atau kadang-kadang juga disebut sebagai pentadbiran hal

ehwal Islam merujuk kepada sistem pentadbiran awam di Malaysia. Ini

kerana status undang-undang negara meletakkan bahawa urusan hal ehwal

Islam itu adalah urusan yang melibatkan pengorganisasian yang dikawal

72 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

oleh sesebuah negeri. Oleh itu kewujudan organisasi Islam secara tidak

langsung akan melahirkan satu sistem pengurusan yang dipanggil

pengurusan hal ehwal Islam. Malah beliau juga berpendapat bahawa

pengurusan di dalam Islam secara rekodnya tidak mempunyai satu kerangka

(framework) yang tetap. Ini bermakna, kerangka itu boleh dicipta

bergantung kepada keperluan semasa dan mengikut perkembangan keadaan

dan zaman.

Pelaksanaan hisbah dalam konteks PHEI negeri tampak jelas adalah

melalui penubuhan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama

Islam Negeri (JAIN). Manakala DYMM Sultan bagi negeri bertindak

sebagai Ketua Agama Islam berperanan dalam memelihara kedudukan

agama Islam dan masyarakatnya. Ruang lingkup pelaksanaan hisbah PHEI

di Malaysia secara umumnya adalah berasaskan penguatkuasaan enakmen

kesalahan jenayah syariah negeri dan enakmen pentadbiran undang-undang

agama Islam negeri. Melalui perlantikan Pegawai Penguatkuasaan Agama

(PPA) sebagai muhtasib oleh MAIN melalui perkenan DYMM Sultan atau

Raja bagi setiap negeri jelas menonjolkan peranan badan berkuasa agama

tersebut dalam menguatkuasakan hisbah dalam PHEI negeri. Manakala

JAIN pula dilihat sebagai badan agama yang merupakan urus setia atau

badan pelaksana dasar yang telah ditetapkan oleh MAIN sebagai sebuah

badan eksekutif yang mengurus tadbir PHEI negeri. Oleh itu, setiap negeri

mempunyai dasar pengurusan hal ehwal Islamnya yang tersendiri, di sini

dibawakan salah satu contoh dasar PHEI di negeri Selangor yang berada di

bawah kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu:

MAIS berkewajipan untuk menggalakkan, mendorong, membantu

dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial

masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan hukum

syarak (Subseksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri Selangor) Pindaan 2008).

Secara umumnya dapat difahami bahawa fungsi MAIS di samping

berperanan menasihati DYMM Sultan dari sudut hal ehwal Islam, MAIS

juga dilihat memainkan peranan terhadap membangunkan ekonomi dan

memelihara kesejahteraan sosial masyarakat Islam di Selangor. JAIS

sebagai badan pelaksana dasar MAIS telah menyusun strategi pelaksanaan

hisbah yang digerakkan dengan bantuan setiap Pejabat Agama Islam Daerah

(PAID) bagi setiap daerah di negeri Selangor melalui penubuhan Bahagian

Pengurusan Penguatkuasaan (BPP) dan bahagian-bahagian lain yang

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 73

berkaitan merujuk kepada bidang kuasa undang-undang pentadbiran agama

Islam negeri yang sedia ada.

Jelasnya Azrin Ibrahim (2014: 93) menjelaskan bahawa bahagian

penguatkuasaan di jabatan agama Islam amat berkait rapat dengan

pelaksanaan hisbah dari aspek sosial dan kemasyarakatan. Di samping itu

beliau juga turut menyatakan bahawa fungsi penguatkuasaan tersebut

merupakan tunjang kepada penubuhan jabatan agama Islam di seluruh

negara, bahkan ianya selari dengan fungsi dan matlamat hisbah itu sendiri.

Malah menurut Muhammad Yusof Khalid (1998: 113) dalam konteks

kenegaraan sekarang pihak kerajaan telah melaksanakan banyak tugas-tugas

muhtasib seperti badan yang mengawal mutu barangan, badan yang

mengawal harga dan timbangan, badan yang merampas penjaja haram dan

mesin video yang beroperasi secara haram, badan yang menahan pelumba

haram, badan pencegahan rasuah, badan penguatkuasa agama Islam dan

sebagainya.

Secara ringkas pelaksanaan hisbah itu sememangnya berkait rapat

dengan pengurusan hal ehwal Islam sesuai dengan fungsi dan matlamat

pengurusan Islam iaitu untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat (al-

falah) serta mendapat keredhaan Allah Taala melalui pelaksanaan tugas

pengawasan (hisbah) yang bersandarkan kepada perintah amar maaruf dan

nahi munkar. Namun begitu pelaksanaannya adalah berbeza mengikut

tempat, suasana dan masa. Malah pemerintah dan pihak berkuasa dilihat

berperanan besar dalam meluaskan lagi skop tugas hisbah tersebut atau

sebaliknya terutamanya dari sudut pengurusan hal ehwal Islam. Walau

bagaimana pun pelaksanaan hisbah tersebut wajar untuk terus dilaksanakan

sesuai dengan bidang kuasa yang sedia ada dalam usaha memenuhi suruhan

agama Islam dari sudut pelaksanaan amar maaruf nahi munkar dalam

seluruh aspek kehidupan.

Hisbah amat penting bagi memastikan setiap tindakan atau gerak kerja

perjalanan pengurusan hal ehwal Islam yang mapan dan kukuh. Oleh itu

Ahmad Shahbari Salamon (1986) menjelaskan berhubung konsep

pengurusan Islam terhadap manusia adalah amat berkait rapat sekali dengan

tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sebagaimana yang

dinyatakan dalam al-Quran sendiri iaitu dari sudut pengurusan dan

pentadbiran yang berasaskan kepada etika moral yang benar untuk mencapai

74 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

keadilan dan kebahagiaan. Ini kerana pelaksanaan hisbah jelas merangkumi

aspek lahiriah dan batiniah samada dari sudut tenaga kerja mahupun

organisasi. Ianya juga turut menjadi tonggak kepada pengurusan hal ehwal

Islam yang berdaya maju dan terkehadapan. Oleh itu di sini dinyatakan

beberapa kepentingan amalan hisbah dalam pengurusan hal ehwal Islam:

1. Mewujudkan sistem pengurusan hal ehwal Islam yang mantap dan efisien.

Pengurusan hal ehwal Islam akan menjadi kukuh secara dalaman dan luaran

melalui pelaksanaan hisbah yang merangkumi elemen dalaman dan luaran.

Ini kerana salah satu fungsi hisbah adalah untuk memelihara masyarakat dan

organisasi yang melaksanakan pengurusan Islam berada dalam terkawal dan

tidak bertindak melampaui batas. Organisasi yang menjalankan hisbah akan

terus berkembang sebagai sebuah organisasi yang maju dan terkehadapan

selama mana ianya menepati ajaran Islam yang sebenar.

2. Mewujudkan masyarakat yang patuh terhadap undang-undang.

Pelaksanaan hisbah dari aspek pengurusan hal ehwal Islam secara tidak

langsung dapat membentuk struktur masyarakat yang cemerlang dan patuh

kepada peraturan dan undang-undang negara. Malah pelaksanaan hisbah

juga turut mementingkan bantuan orang ramai dalam usaha menjalankan

tugas amar maaruf dan nahi munkar yang tidak hanya terhad penguatkuasa

yang dilantik pihak kerajaan semata-mata. Masyarakat yang patuh kepada

undang-undang melalui penguatkuasaan hisbah seterusnya akan

mewujudkan bentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera dari pelbagai

aspek kehidupan. Justeru itu melalui sebuah masyarakat yang cemerlang

maka akan lahirlah sebuah negara yang gemilang dan dihormati.

3. Mewujudkan suasana yang sejahtera dan harmoni dalam masyarakat.

Pelaksanaan hisbah juga berkepentingan dalam usaha mewujudkan suasana

masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Ini kerana pelaksanaan hisbah

melalui pengurusan hal ehwal Islam tidak hanya terhenti kepada amalan di

dunia semata-mata, bahkan ia juga amat menitik beratkan balasan di akhirat

kelak. Oleh itu fungsi pengawasan Islam adalah lebih bersifat menyeluruh

berbanding dengan falsafah pengawasan yang non Islamik yang lebih

tertumpu kepada bentuk pengawasan lahiriah tanpa menekankan unsur-

unsur pengawasan secara batiniah yang difahami melalui konsep muhasabat

al-nafs.

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 75

4. Membanteras dan mencegah amalan-amalan yang bertentangan dengan

prinsip ajaran Islam.

Pelaksanaan hisbah melalui pengurusan hal ehwal Islam dilihat amat penting

bagi membasmi dan mengawal jenis-jenis amalan yang dilihat bertentangan

dengan prinsip ajaran Islam seterusnya boleh menimbulkan masalah dan

kerosakan (mafsadat) dalam masyarakat khususnya pada aspek agama. Ini

kerana secara jelasnya fungsi dan matlamat pelaksanaan hisbah adalah amat

berkait rapat dengan tujuan agama Islam itu sendiri yang difahami melalui

konsep maqasid syariah yang bermatlamat untuk menjaga dan memelihara

agama, akal, nyawa, keturunan (maruah) dan harta.

5. Menjalankan dakwah melalui prinsip amar maaruf nahi munkar.

Pelaksanaan hisbah dalam pengurusan hal ehwal Islam bukanlah semata-

mata hanya untuk memberikan hukuman atau mencari kesalahan akan tetapi

salah satu tujuan pelaksanaan hisbah juga adalah bermatlamat untuk

menjalankan dakwah dan mendidik masyarakat supaya sentiasa berpegang

dan mematuhi ajaran agama Islam yang berteraskan kepada al-Quran, al-

Sunnah dan juga para ulama Islam yang merupakan pewaris nabi.

6. Memperkasakan institusi sosial, ekonomi dan politik.

Fungsi hisbah dalam pengurusan Islam tidak hanya terhad kepada beberapa

aspek sahaja, akan tetapi ianya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia

samada politik, ekonomi, agama dan sosial. Jelasnya pelaksanaan dan

kewujudan hisbah dalam pengurusan hal ehwal Islam amat penting dalam

usaha memperkasakan lagi institusi agama, sosial, ekonomi dan politik.

Melalui pemerkasaan dalam segenap sudut maka akan wujudnya masyarakat

dan negara yang sejahtera dan harmoni.

Hisbah merupakan warisan amalan pengurusan Islam yang berteraskan

kepada perintah Allah Taala dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad

SAW. Pelaksanaan hisbah adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak-

kehendak syariah Islamiah yang difahami berdasarkan teori maqasid

76 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

syariah, malah matlamatnya juga turut seiringan dengan matlamat

pengurusan Islam. Pelaksanaannya merangkumi aspek dalaman dan juga

luaran, di mana ia amat mementingkan peranan muhasabah al-nafs dalam

setiap diri dalam masa yang sama hisbah secara luaran juga turut

dititikberatkan menurut konteks pengurusan hal ehwal Islam. Jelasnya

pelaksanaan hisbah dalam pengurusan hal ehwal Islam adalah begitu penting

bagi melahirkan masyarakat dan kerajaan yang stabil dan harmoni. Bahkan

peranan hisbah juga turut meliputi dalam pelbagai aspek kehidupan iaitu dari

segi agama, politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya dalam usaha

memantapkan lagi peranan dan pelaksanaan hisbah pada masa kini

khususnya bagi memperkasakan lagi peranan hisbah pengurusan hal ehwal

Islam maka kajian dan penyelidikan yang berterusan wajar dilaksanakan

supaya dapat mewujudkan masyarakat dan negara yang cemerlang dan

gemilang pada masa akan datang.

Abdul Hasib Ridhwan. 1990. Dirāsāt fi al-hisbah min nahīyatain: al-

tarikhiyyah wa al-fiqhiyyah. Kaherah: al-Matbaah al-Islamiyyah al-

Haditsah.

Abdul Karim Zaydan. 2010. Usul al-dacwah. Beirut: Muassasah al-Risalah

Nasyirun.

Abdul Karim Zaidan. 2011. Nizām al-qadha’fi al-syariah al-islamiyyah.

Beirut: Muassasah Risalah Nashirun

Abu Mazaya dan Abu Izzat. 2015. Fiqh jenayah islam. Batu Caves: al-

Hidayah Publications.

Ahmad Ibrahim Abu Sin. Terj. Abdul Rashid Ngah & Jusoh Kadir. 2002.

Pengurusan dalam islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP).

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Anuar Puteh. 2001. Kepimpinan dan

pengurusan islam. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM.

Ahmad Shahbari Salamon. 1986. Islamic concept of management.

Islamiyyat (7) 67-72.

Akademi Pengurusan YPEIM. 2005. Pengurusan dalam Islam: menghayati

prinsip dan nilai qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan

YPEIM Sdn. Bhd.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 1980. Ihya Ulum Al-Din, Jil 2. Beirut:

Dar Al-Rasyad Al-Hadithah

Al-Mawardi. 2006. al-Ahkām al-sultaniyah. Kaherah: Dar al-Hadis.

Al-Hikmah 10(1) 2018 | 77

Anon. 1973. al-Munjid. Beirut: Dar al-Masyriq.

Anwar Ahmad Qadri. 1980. Justice in historical islam. Lahore: Sh.

Muhammad Ashraf.

Auni Abdullah. 2000. Hisbah dan pentadbiran negara. Kuala Lumpur:

IKDAS Sdn. Bhd.

Auni Abdullah. t.th. Pengurusan islam: potensi dan cabaran. Kuala

Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.

Azrin Ibrahim. 2014. Amalan hisbah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP).

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Pindaan 2008.

Hamid Muhammad Abu Talib. 1982. al-Tanẓim al-qadhā’ī al-islamī. Misr:

al-Matbaah al-Saadah.

Ibrahim Anis et.al. 1972. al-Mucjam al-wasīt. Kaherah: t.p.

Mardzelah Makhsin. 2008. Hisbah: sistem pengawasan dan etika

pengurusan Islam. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Muhammad Yusuf Khalid. 1998. Hisbah dan peranannya dalam pengurusan

pembangunan Islam. Dlm. Abdul Ghafar Hj. Don & Shamsul Bahri

Andi Galigo (pnyt.). Dakwah menjana masyarakat madani. hlm.

110-117. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam UKM.

Mustafa Daud. 2000. Pengurusan Islam: falsafah, ciri dan profesionalisme.

Dlm. Abdul Ghafar Don et.al (pnyt.). Dakwah dan pengurusan

Islam di Malaysia: konsep dan pelaksanaan. hlm. 29-36. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 2010

Razaleigh Muhamat@Kawangit. 2005. Pengurusan hal ehwal Islam di

pusat Islam IPT. Bangi: Pusat Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM).

Shauqi Abu Khalil. 2010. al-Hadharah al-carabiyyah al-islamiyyah. Beirut:

Dar al-Fikr al-Muaashir.

Usamah Abdul Sami’. 2011. al-Hisbah fī al-islam wa dauruha fī himāyati

al-mustahlik. Misr: Dar al-Kutub al-Qanuniah.

78 | Konsep Hisbah Dan Kepentingannya dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

*Abdul Qahhar Ibrahim

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi, 43600 Selangor D.E. Malaysia

Email: [email protected]