View
1.407
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
[Windows Movie Maker] Bab 4
1
Chapter 8
3.0 Digital Audio
Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakan
modulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio
antaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog
(DAC), penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen transmisi. Manfaat utama yang
diperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dan
dapatan semula.
Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications)
untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah:
Narasi/Penceritaan – ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi
kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan.
Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi
penting.
Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan,
angin, dan sebagainya.
Antara kaedah untuk menyediakan digital audio adalah dengan merakam dengan
menggunakan mikrofon yang dihubungkan kepada komputer dengan bantuan perisian
tertentu. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk merakam suara ialah Audacity dan
Sound Forge.
Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untuk
memanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melalui
program ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi, termasuk Pemodulatan Kod
Denyut (Pulse Code Modulation -PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCM
format 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini.
Audacity telah bermula pada musim gugur tahun 1999 oleh Dominic Mazzoni semasa beliau
adalah graduan pelajar di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh, PA, Amerika Syarikat.
Beliau telah bekerja dalam satu projek penyelidikan dengan penasihat beliau, Profesor
Roger Dannenberg, dan mereka memerlukan alat yang membolehkan mereka
menggambarkan algoritma analisis audio. Dari masa ke masa, program ini telah
berkembang menjadi editor audio umum, melalui bantuan pengaturcara dalam komuniti
perisian sumber terbuka.
Bab 4 [Windows Movie Maker]
2
Audacity adalah percuma dan kod sumber boleh didapati di bawah GNU Public Licences.
Audacity adalah satu perisaian cross-platform - ia berfungsi pada Windows (dari 98 hingga
7), Mac OS X, dan banyak platform Unix, termasuk Linux.
3.1 Perisian Audacity
Sebelum perisian Audacity boleh digunakan, anda perlulah melakukan proses pemasangan
(installation) program tersebut ke dalam komputer anda. Untuk mendapatkan perisian ini
secara percuma, anda perlu ke laman sesawang (web) http://audacity.sourceforge.net
dan seterusnya memuat turun (download) (i) Audacity 1.3.14 installer, (ii) LADSPA plug-ins
0.4.15 installer, (iii) LAME MP3 encoder, dan (iv) FFmpeg import/export library.
3.1.1 Memulakan Perisian Audacity
1. Dwi-klik pada shortcut ikon Audacity di desktop komputer anda
2.
Rajah 3.1.1a
atau,
2. Klik Start (pada Windows Taskbar) pilih All Programs pilih Audacity 1.3 Beta
(Unicode)
[Windows Movie Maker] Bab 4
3
Chapter 8
Rajah 3.1.1b
3.1.2 Paparan Perisian Audacity
Sekiranya pemasangan perisian Audacity dilakukan dengan betul ke dalam komputer anda,
pelancaran perisian program Audacity akan dimuatkan seperti Rajah 3.1.2a (klik ok) dan
seterusnya paparan seperti Rajah 3.1.2b diperolehi.
Bab 4 [Windows Movie Maker]
4
Rajah 3.1.2a Paparan perisian Audacity dilancarkan.
Rajah 3.1.2b Paparan utama perisian Audacity
[Windows Movie Maker] Bab 4
5
Chapter 8
3.1.3 Menu dan Toolbar Audacity
Jadual 3.1.3a berikut adalah nama bagi Menu atau ToolBar yang terdapat pada perisian
Audacity.
Perkara Nama
Menu Bar
Audacity
Transport
ToolBar
Audacity Tools
ToolBar
Audacity Meter
ToolBar
Audacity Mixer
ToolBar
Audacity Edit
ToolBar
Audacity
Transcription
ToolBar
Audacity Device
ToolBar
Audacity
Selection
ToolBar
Jadual 3.1.3a
Bab 4 [Windows Movie Maker]
6
Tugasan 1: Lengkapkan penerangan bagi setiap fungsi butang ikon pada kesemua
ToolBar yang ada pada perisian Audacity
Contoh:
Butang Ikon Fungsi
Play Button
Tekan butang play untuk mendengar audio dalam projek
anda. (Press the play button to listen to the audio in your
project.)
Jadual 3.1.3b
3.2 Menghasilkan Audio Narasi atau Penceritaan
Antara fungsi perisian Audacity ialah merakam narasi/penceritaan dengan mudah oleh para
guru untuk digunakan sebagai sumber penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Langkah-
langkah merakam audio (narasi/penceritaan) dengan menggunakan perisian Audacity
adalah seperti berikut:
1. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka
audio komputer anda
2. Mulakan perisian Audacity anda
3. Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum
4. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman
5. Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi (untuk kes ini
narasi/penceritaan oleh anda).
6. Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity
anda seperti pada Rajah 3.2a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format
mono.
[Windows Movie Maker] Bab 4
7
Chapter 8
Rajah 3.2a
7. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman
8. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakaman
Tugasan 2: Rakamkan narasi/penceritaan yang melibatkan satu peristiwa kemalangan
jalanraya di lebuhraya PLUS.
3.3 Mengimpot Fail Audio
Antara keupayaan perisian Audacity ialah mengimpot pelbagai format fail audio untuk
dilakukan proses editing. Langkah-langkah mengimpot fail audio ke dalam perisian Audacity
adalah seperti berikut:
1. Mulakan perisian Audacity
2. Klik menu File Import Audio (Rajah 3.3a)
Bab 4 [Windows Movie Maker]
8
Rajah 3.3a
3. Pilih lokasi fail audio yang hendak diimpot ke dalam Audacity (Rajah 3.3b)
Rajah 3.3b
4. Klik butang Open (proses impot fail audio dilaksanakan - Rajah 3.3c)
[Windows Movie Maker] Bab 4
9
Chapter 8
Rajah 3.3c
5. Setelah fail audio berjaya dimasukkan (diimpot), paparan Audacity adalah seperti dalam
Rajah 3.3d.
R
Rajah 3.3d Paparan perisian Audacity setelah dimuatkan
fail audio dalam format .MP3 atau WAV
Bab 4 [Windows Movie Maker]
10
Tugasan 3: Anda dikehendaki megimpot fail audio (nyanyian lagu) yang mempunyai
vokal. Setelah proses impot fail audio itu selesai, proseskan audio tersebut
supaya hilang vokal penyanyinya. Hasil akhir anda ialah audio yang hanya
mempunyai musiknya sahaja. (Panduan: gunakan menu Effect pada Menu Bar.)
3.4 Menghasilkan Audio Kesan Khas (Api Yang Marak Membakar)
Sediakan dua (2) helai kertas saiz A4. Kedua-dua kertas ini kita akan gunakan untuk
menghasilkan bunyi api yang sedang marak membakar.
Langkah-langkah merakam audio (api yang marak membakar) dengan menggunakan
perisian Audacity adalah seperti berikut:
1. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka
audio komputer anda
2. Mulakan perisian Audacity anda
3. Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum
4. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman
5. Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi anda (untuk kes
ini, ditangan kanan anda, goyangkan kertas A4 yang pertama dan setelah beberapa
saat ramaskan kertas A4 yang kedua tanpa memberhentikan goyangan kertas pertama
tadi).
6. Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity
anda seperti pada Rajah 3.4a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format
stereo.
[Windows Movie Maker] Bab 4
11
Chapter 8
Rajah 3.4a
7. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman
8. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakaman audio api
yang sedang marak membakar itu.
3.5 Petua
Petua 1:
Langkah-langkah untuk menyimpan projek Audacity:
1. Klik pada menu File Save Project As
2. Klik OK pada dialog box yang dipaparkan
3. Pilih lokasi simpanan anda
4. Namakan fail dengan nama yang sesuai (taipkan nama fail anda)
5. Klik Save.
Petua 2:
Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .WAV:
Bab 4 [Windows Movie Maker]
12
1. Klik pada menu File Export… pilih Save As Type:
2. Pilih format fail .WAV
2. Pilih lokasi simpanan
3. Namakan fail WAV dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda
4. Klik Save.
Petua 3:
Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .MP3:
(Perisian LAME MP3 encoder perlu dipasang (install) ke dalam komputer anda sebelum
operasi ini dapat dilaksanakan.)
1. Klik pada menu File Export… pilih Save As Type:
2. Pilih format fail .MP3 Files
2. Pilih lokasi simpanan
3. Namakan fail MP3 dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda
4. Klik Save.
Petua 4:
Antara jenis pengubahsuaian yang boleh dilakukan ke atas sesuau audio yang dimasukkan
atau dirakamkan ke dalam perisian Audacity ialah:
a) Menyalin (Copy)
b) Mencantas (Cut)
c) Memanipulasi Kesan (Effects)
Langkah-langkah untuk mengubah suai audio dengan menggunakan Audacity:
1. Highlight gelombang audio pada perisian Audacity anda. Caranya dengan meletakkan
kursor dan klik tetikus (mouse) anda dan heretkan (click and drag your mouse) pada
bahagian yang hendak diubahsuai (seperti Rajah 3.5a)
[Windows Movie Maker] Bab 4
13
Chapter 8
Rajah 3.5a
2. Klik pada menu Edit untuk memilih Cut atau Copy.
3. Klik pada menu Effect dan pilih kesan (effect) yang hendak dimasukkan.
Tugasan 4: Hasilkan audio dalam format .MP3 yang melibatkan anda mendeklamasikan
sajak dengan muzik latar yang bersesuaian. (Cadangan: Anda boleh
menggunakan muzik latar instrumental OST (Original Sound Track) Selamat
Pagi Cinta).
Recommended