View
243
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
Preview Majalah Anis November 2009
Citation preview
pedoman wanita solehah
NOVEMBER 2009 • ZULKAEDAH / ZULHIJJAH 1430H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #06-06, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: wsds@pacific.net.sg
ww
w.g
ale
riilmu.c
om
.my
Menjengah Dapur Jemaah Haji Di Tanah Suci
Sharifah Khasif menggapai haji
pada usia muda
“Berwasiatlah kepada waris
dengan ada saksi” ~Dato’ Haji Md. Daud
Che Ngah~
Berkorban untukkejayaan keluarga
Andainya diuji selepas balik haji
Haji MudaHaji Mudaharapan & cabaran harapan & cabaran yang ditinggalkan!yang ditinggalkan!
Eksklusif HajiHalaman
Tip & Pedoman50
PENGHIAS KULIT: SHARIFAH KHASIF PENYELARAS FOTOGRAFI: HAJAH JALILAH ABDULLAH FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSENAN SOLEKAN: COMEL FADILAH (ARTIS STUDIO) 016-3197500 TUDUNG & PAKAIAN: BUTIK ZAL JANNAH, 30-G, BLOK C, BISTARI DE’ KOTA, JALAN TEKNOLOGI 3/9, PJU 5, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR. TEL: 03-61485799/ FAKS: 03-61406809 WWW.PEARLISLAM.COM
NOVEMBER 2009SEPINTAS LALU
RencahRencah01 Catatan Editor
06 Jendela Mak Uda – Menyahut Panggilan Kaabah!
10 Eksklusif Haji – Tujuan Haji Dengan Hati
18 Sketsa – Tidurlah Sebantal, Dan Mimpi Pun Serupa! - Yang Diraih Hanyalah Takwa
20 Kembara Andalusia – Kaherah Penuh Sejarah - Menjengah Bandar Seribu Menara.
24 Tip Haji - Persiapan Di Arafah
30 Kemudi Hati - Sisi Lain Di Sebalik Haji...
34 Tetamu Anis – Sharifah Khasif - Idam Haji Pada Usia Muda
38 Gaya Kini – Gaya Sopan - Busana Timur Tengah
PENGHIAS KULIT
42 Lensa – Salam Arafah
46 Tip Haji - PeliHara Solat Walau Di Mana Jua
50 Eksklusif Haji – Hayati Falsafah Haji
58 Tabir Silam – Utusan Quraisy Ke Habsyah
60 Eksklusif Haji – Beri Syafaat Pada Keluarga
62 Fokus Haji – Berkorban Untuk Kejayaan Keluarga
68 Bicara Abu Hassan – Menghadapi Arafah
70 Tip Haji - Wuduk Ketika Haji
74 Imbas Kembali - Majlis Minum Petang Alumni Al-Durra
81 Warta Sekilas
M
Cabaran Cabaran Haji MudaHaji MudaRisiko Tinggalkan
Anak-anak?
14-17
0808
4 :: anis :: N O V E M B E R 2 0 0 9
ika ibadah haji adalah proses, apakah produknya? Apakah
produk yang dapat disaksikan daripada ibadah yang agung ini? Umumnya, apabila disebut sahaja haji, spontan terbayang di minda para hujjat yang baru pulang dari Tanah Suci seseorang dengan title pak haji dan mak hajah. Seorang lelaki tua berkopiah atau berserban, mungkin juga igal. Mereka kelihatan sedikit warak memikul gelaran haji yang dikerjakannya. Tidak banyak yang dapat dibayangkan selain daripada itu!
Sekiranya itu sahaja yang mampu digambarkan, alangkah kecilnya
persepsi umum terhadap ibadah haji. Alangkah kerdilnya pengajaran yang terhimpun melalui acara ibadah yang sangat hebat ini. Ia tentu tidak cukup untuk membayangkan betapa agungnya ibadah ini apabila melihat kepada produk-produk haji.
Ikon Haji
Kita tidak nampak Nabi Ibrahim, Nabi Ismail serta Siti Hajar dengan wajah mereka yang hebat penuh wibawa. Begitu juga Rasulullah dan para sahabat dengan sejarah mereka yang harum semerbak. Merekalah
ikon haji yang sepatutnya tercetak dalam keperibadian hujjat pada saban tahun. Mereka juga sepatutnya menjadi penanda aras kepada keberkesanan ibadah haji:
Nabi Ibrahim dengan wajah perjuangan yang sasa. Beliau walaupun seorang diri tetapi tidak gentar berdepan dengan sebuah kerajaan kufur Namrud. Tidak goyah mengemukakan bukti, menangkis hujah. Tidak sedikitpun gentar walaupun terpaksa menerima hukuman dibakar hidup-hidup. Keyakinan dan kesabaran adalah nadi perjuangannya apabila dia melangkah dengan tenang keluar
Menjiwai Perjuangan Dari Ikonik Haji
OLEH: ZUL RAMLI M. RAZALIOLEH: ZUL RAMLI M. RAZALIKIFFAH MOTIVATION & TRAINING SDN. BHD.KIFFAH MOTIVATION & TRAINING SDN. BHD.(zulramli.blogspot.com)(zulramli.blogspot.com)
FIKIR ZIKIR
EKSKLUSIF HAJI
Tujuan mengerjakan umrah dan haji ialah untuk
‘persaksikan manfaat dan kebaikan’. Oleh itu, kita perlu melihat perjalanan haji dengan hati. Jangan sekadar melihat perjalanan haji dengan mata, akal dan apatah lagi melihatnya dengan nafsu. Manfaat dan kebaikan yang tersirat mungkin kita boleh suratkannya dalam beberapa keadaan iaitu:
SEBELUM KE TANAH SUCISesungguhnya ibadah haji dapat
memberi kebaikan pada diri kita. Sebagai contoh:
Apabila kita tahu tahun ini kita akan pergi ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji, maka secara spontan, diri dan perasaan kita terdorong untuk dekat kepada Allah SWT.
Kita akan mula rajin berulang-alik ke masjid dan surau. Sama ada untuk mendirikan solat berjemaah, untuk mendengar kuliah-kuliah serta bersilaturahim.
Kita akan terangsang untuk mengaji dan menuntut ilmu terutamanya ilmu yang ada kaitan
dengan ibadah haji. Ini antara kebaikan yang kita
perolehi sebelum berangkat ke Tanah Suci. Apa yang dinyatakan ini hanya sebahagian sahaja. Apa pun ia bergantung kepada setiap individu yang ingin mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci. Andai ada 27,000 sehingga 37,000 orang akan berangkat ke Tanah Suci, maka sudah pasti akan ada sebanyak itu juga bentuk kebaikan yang akan dirasai serta diperolehi.
SEMASA DI TANAH SUCIApabila sudah berada di Tanah
Suci Makkah dan Madinah, pasti suasana dan semangatnya sudah
10 :: anis :: N O V E M B E R 2 0 0 9
Tujuan Haji Lihat Dengan Hati
OLEH: USTAZ HAJI GHAZALI IBRAHIM (PEMBIMBING HAJI & PENULIS BUKU KEMBARA HAJI DI TANAH SUCI)
62 :: anis :: N O V E M B E R 2 0 0 9
Memiliki keluarga yang berjaya merupakan impian utama
setiap pasangan suami isteri apabila mendirikan rumah tangga. Malah ia menjadi antara ‘legasi’ yang ingin ditinggalkan oleh manusia selepas kematiannya. Fitrah manusia yang murni pasti selesa dan bersetuju dengan kenyataan ini. Adalah pelik lagi janggal, jika ada manusia berkahwin tetapi tidak menginginkan sebuah keluarga yang berjaya.
Memiliki keluarga yang berjaya bukan suatu perkara yang mustahil. Peluang menjadikannya satu kenyataan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Walaupun demikian tidak semua mereka yang berumah tangga berhasil membentuk keluarga yang berjaya. Punca kegagalan ini banyak disebabkan krisis nilai dalam cita-cita berkeluarga pasangan suami isteri. Masing-masing tenggelam punca untuk menentukan nilai terhadap sesuatu perbuatan atau tingkah laku, manakah yang baik untuk dilakukan dan manakah yang buruk untuk dijauhi. Salah dalam penilaian boleh membawa kepada kesilapan dalam pilihan untuk bertindak.
Krisis nilai turut melanda umat
Islam hari ini. Mereka turut bingung dengan perselisihan yang banyak tentang ukuran kejayaan sesebuah keluarga. Jawapan yang tepat selamanya tidak akan dapat ditemui jika akal dan budaya hidup manusia dijadikan rangka rujukan. Seringkali terjadi manusia menderita dan kecewa dalam hidupnya apabila kejayaan hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik, harta benda dan kedudukan.
Nilai SebenarBagi orang beriman, nilai terhadap
sesuatu perkara atau hal itu dirujuk kepada hukum yang ditentukan oleh Allah SWT. Sikap mereka diperjelaskan Allah dalam firman-Nya: “Sesungguhnya pendirian orang-orang yang beriman kepada Allah, apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya bagi mengambil hukum bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan mereka, kata-kata mereka hanyalah ‘kami dengar
FOKUS UTAMA
Ukuran Kejayaan
Keluarga
OLEH : ROSLAN KASSIM
108 :: anis :: N O V E M B E R 2 0 0 9
“Ustaz tidak pernah bergaduh dengan
isteri?” tanya sahabat saya.“Bergaduh yang macam
mana?” saya menoleh kepadanya. Perjalanan ke lokasi program masih jauh. Masih banyak masa untuk berbual dan bertukar kisah. Kalau boleh, biarlah kisah yang boleh mencelikkan mata.
“Bergaduh. Bertengkar atau salah faham. Tak semestinya sampai baling-baling senduk dan tudung periuk,” jelas beliau.
“Tak ingat kata P. Ramlee?” saya bertanya kepadanya pula.
“Kata-kata yang mana tu, ustaz?” soal beliau. Matanya masih tekun mengawal perjalanan kereta.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri!” saya memetik lagu P. Ramlee yang dimaksudkan.
“Ooo, adegan dalam kandang kuda itu ya?” katanya sambil ketawa. Teringat kepada kisah Tiga Abdul.
“Ya. Kenangan di kandang kuda,” saya mengiyakan telahannya.
“Maknanya ustaz pernahlah bergaduh dengan isteri?” beliau
meminta kepastian.“Tentulah. Cuma tidak sampai
tidur di kandang kuda. Berselisih faham, bermasam muka, merajuk atau mengamuk, semua itu asam garam kehidupan berumah tangga. Sampai masanya nanti anta (kamu) akan menempuhnya, insya-Allah,” saya tersenyum kepadanya.
Adakalanya saya berasa terkejut dengan soalan-soalan yang diajukan kepada kami. Masakan saya dan isteri terlepas peluang untuk bergaduh dan berselisih faham dalam kehidupan kami. Pergaduhan itu saya namakan sebagai peluang. Ruang yang diberikan oleh Allah sebagai peluang untuk suami isteri
belajar meningkatkan diri. Bukanlah bermaksud sengaja mencari gaduh. Tetapi setiap kali berlakunya perselisihan faham, ia pasti berakhir dengan satu pelajaran baru buat suami dan isteri jika mereka berjaya mempositifkannya.
Alangkan rumah tangga Rasulullah SAW sendiri menempuh fasa-fasa sedemikian rupa, apatah lagi kita yang serba kekurangan ini? Malah, Rasulullah SAW juga pernah mentalakkan isteri baginda iaitu Hafsah binti Umar al-Khattab, dan kemudian rujuk semula. Ia catatan sejarah untuk mengajar Muslim menguruskan realiti, bukan berfantasi.
OLEH: ABU SAIF www.saifulislam.com
BEKAL JALANAN
Kenangan Kenangan TerhalalTerhalal
PERGADUHAN ITU SAYA NAMAKAN SEBAGAI PELUANG. RUANG YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SEBAGAI PELUANG UNTUK SUAMI ISTERI BELAJAR MENINGKATKAN DIRI.
Kepak Ayam Panggang Istimewa TaHaBahan-bahan:6-8 kepak ayam – dicuci dan dibersihkan1 peket (25gm) Perencah Pracampuran Rendang Ayam TaHa1 sudu besar minyak zaitun1 sudu besar mentega
Cara penyediaan:1. Perapkan kepak ayam dengan
semua bahan-bahan di atas selama dua hingga tiga jam (boleh diperap dengan lebih lama jika suka).
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180-200 Celsius. Griskan dulang pembakar dengan mentega dan susun semua kepak ayam tersebut. Renjiskan sedikit minyak zaitun.
3. Bakar kepak ayam tersebut selama 10-15 minit. Kemudian boleh diangkat dan dihidangkan.
Tip: Keistimewaan diperap dengan minyak
zaitun dan mentega menjadikan ayam panggang berbau wangi dan garing.
Hidangan ini sesuai bagi yang tidak gemar makan makanan bersantan. Boleh diubah suai untuk diperap seekor ayam untuk dijadikan ayam golek. Hanya perlu menambah beberapa peket Perencah Pracampuran Rendang Ayam TaHa mengikut saiz ayam.
PENYELARAS: HAJAH JALILAH HJ. ABDULLAH FOTO: ANIS SUHAILI ROSSENAN RESIPI SUMBANGAN: PN. LELA ABD. AZIZ, PENGURUS PEMASARAN DAN JUALAN TH GLOBAL SERVICES SDN. BHD., TINGKAT 17, BANGUNAN TABUNG HAJI, 201, JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR. TEL: 03-2161 1700. web: www.taha.com.my TERIMA KASIH: 1. TUAN HJ. MOHAMED IZAM MOHAMED YUSOF, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TH GLOBAL SERVICES SDN. BHD. 2. PUAN LINDA AZIZ, PERUNDING PERHUBUNGAN AWAM DAN MEDIA BAGI PIHAK TH GLOBAL SERVICES SDN. BHD. TEL: 019-3936088
Hidangan Dari TaHa Global
Mudah Cuba Enak Rasa
Salam Aidiladha. Musim cuti kembali lagi. Kemeriahan suasana di rumah dengan anak-anak yang bercuti panjang boleh diisi masa terluang dengan mengajar mereka menyediakan juadah ringkas dan mudah tapi lazat serta berkhasiat bersama Perencah Pracampuran TaHa. Selamat mencuba.
100 :: anis :: N O V E M B E R 2 0 0 9
38 :: anis :: N O V E M B E R 2 0 0 9
GAYA KINIOLEH: NORHASHIMAH ABD RAHMAN FOTOGRAFI: NAZIR SUFARI 012-6552007 SOLEKAN: COMEL FADILAH 016-3197500 PAKAIAN: BEAUTIFUL ABAYA, R-161, LEVEL 1ST FLOOR, PLAZA IDAMAN, MEDAN IDAMAN, KM8, JALAN GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR (TERIMA KASIH PN HALIAH ABDUL HAMID 012-2385144/ 03-40224144) Busana Timur TengahBusana Timur Tengah
Gaya SopanGaya SopanRona Hitam kian diminati. Jubah hitam berasal dari Timur Tengah ini boleh didapati dengan pelbagai potongan, corak serta hiasan yang cukup unik. Bagi anda yang ingin mencuba, Beautiful Abaya menampilkan kelainannya. Sesuai dipakai semua golongan. Tidak kira tua atau muda pasti anggun dengan koleksi jubah hitam.
Jika mahu tampil lain dari yang lain, cubalah jubah kaftan ala kelawar ini. Dihias menarik dengan tatahan batu swarovski sepanjang tepi kaftan. Andai mahu bergaya ringkas cubalah jubah satin silk bersulam sequin dengan potongan kembang di hujung lengan.
90 :: anis :: N O V E M B E R 2 0 0 9
SIHAT ANGGUN
SIHAT“Ibadat Haji merupakan
satu Ibadat Perbuatan”- Berjalan kaki ke mana sahaja untuk menunaikan ibadah atau urusan rasmi semasa berada di Tanah Suci.
IBADAT DALAM MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAHTawaf Berjalan lebih kurang 500 m hingga 1 kmSaei Berjalan lebih kurang 4.9 kmSembahyang Bergantung kedudukan daripada masjid 1–5 kmMelontar Berjalan lebih kurang 7 hingga 10 km setiap hari selama 4 hari berturut-turut
PERBEZAAN KEADAAN DI TANAH SUCI• Iklim dan cuaca• Tempat penginapan• Bekalan Air• Kenderaan• Jumlah jemaah yang ramai
PERUBAHAN CUACAPurata suhu: Siang 30ºC,
Malam 18°C. Di Madinah cuaca sejuk: 3 - 14ºC. Berdebu dan kering
TEMPAT PENGINAPAN Bangunan tinggi Bilik penginapan
berkongsi ikut ukuran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi
Lif sentiasa penuh Perlu sabar untuk
menunggu lif atau tandas
BEKALAN AIR Terhad Air minum mudah
diperolehi Tempat wuduk dan
tandas awam terdapat disekeliling Masjidil Haram di Mekah dan di Madinah
BILANGAN MANUSIAMencecah lebih dari 2
juta orang. Ibadah akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan
TUJUAN PALING UTAMA1. Melancarkan Perjalanan
Ibadah Haji2. HAJI MABRUR
FOTO: KOLEKSI TABUNG HAJI
Masalah Kesihatan Masalah Kesihatan Jemaah Haji di Jemaah Haji di Tanah SuciTanah Suci
Recommended