16
PROGRAM PEMESINAN INDUSTRI TAHAP 2 KOD MODUL MPI 301 TAJUK MODUL MACHINE DRAWING Lukisan Mesin SEMESTER 3 STANDARD KANDUNGAN 2. ASSEMBLING DRAWING Lukisan Pemasangan STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Determine common geometric symbols and definitions 2.2 Merge part drawing 2.3 Draw assembly drawing NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 01 Drp : 14 KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN, PAHANG. KERTAS KERJA

Kertas kerja lukisan pemasangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas kerja lukisan pemasangan

PROGRAM PEMESINAN INDUSTRI

TAHAP 2

KOD MODUL MPI 301

TAJUK MODULMACHINE DRAWINGLukisan Mesin

SEMESTER 3

STANDARD KANDUNGAN 2. ASSEMBLING DRAWINGLukisan Pemasangan

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Determine common geometric symbols and definitions

2.2 Merge part drawing

2.3 Draw assembly drawing

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 01 Drp : 14

KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN, PAHANG.

KERTAS KERJA

Page 2: Kertas kerja lukisan pemasangan

TEMPAT : Bengkel PID

Code No. : MPI301-K2-KK1 Muka : 02 drp. 14

TAJUK : LUKISAN PEMASANGAN

TUJUAN : Kertas kerja ini bertujuan untuk membolehkan pelajar melaksanakan kerja-kerja berkaitan lukisan-lukisan pemasangan lengkap dan terbuka yang dapat membantu pelajar menyediakan lukisan-lukisan pemasangan.

Pelajar-pelajar mesti boleh;

1. Mengenalpasti, mentafsir dan melukis pandangan keratan lukisan pemasangan lengkap bagi komponen-komponen kejenteraan dalam unjuran Sudut Pertama atau Ketiga.

2. Mengenalpasti, mentafsir dan melukis lukisan-lukisan pemasangan terbuka dalam pandangan isometri.

3. Mengenalpasti, mentafsir dan menyediakan dimensi-dimensi mengikut BS308 dan kotak senarai bahagian bagi komponen pemasangan

LUKISAN, DATA DAN JADUAL :

ARAHAN UMUM : 1. Gunakan kertas lukisan dan peralatan yang sesuai.2. Semua ukuran dalam milimeter (mm).3. Semua lukisan mesti mempunyai blok tajuk.4. Tunjukkan simbol unjuran yang digunakan.5. Mendimensi dan menyediakan kotak senarai bahagian

ALAT, KELENGKAPAN & BAHAN :

1. Kertas lukisan Saiz A3 2. Peralatan lukisan yang sesuai.3. Meja / Papan Lukisan4. Alat-alat tulis.5. Kalkulator6. Jadual-jadual atau carta spesifikasi alatan

NO KOD / CODE NOMPI301-K2-KK1 Muka : 03 Drp : 14

Page 3: Kertas kerja lukisan pemasangan

Kertas A3

Rajah 1

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

1. Sediakan kertas lukisan bersaiz A3 dan Blok Tajuk.

a) Pastikan semua peralatan lukisan bersih sebelum memulakan lukisan. Bersihkan dan lap papan / meja lukisan dan semua peralatan yang akan digunakan supaya lukisan yang dihasilkan kemas dan bersih.

b) Letakkan kertas lukisan (saiz A3) di atas papan lukisan dan lekatkan dengan pita pelekat atau klip pin.

c) Buat blok tajuk pada kertas lukisan mengikut format yang telah ditetapkan.

d) Lengkapkan maklumat pada blok tajuk.

NO KOD / CODE NOMPI301-K2-KK1 Muka : 04 Drp : 14

Page 4: Kertas kerja lukisan pemasangan

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

2. Melukis keratan pemasangan lengkap ’Jig’ (Rajah 1) dalam unjuran ortografik .

(No. Lukisan: MPI301/K2/01)

a) Rajah 1 menunjukkan lakaran bagi sebuah ’Jig’ dalam pandangan isometri siap untuk dipasang.

b) Bahagian-bahagian komponen ’Jig’ terdiri dari (1) Base, (2) Yoke, (3) Grub Screw, (4) Jaw dan (5) Screw.

c) Dengan skala penuh, lukiskan pemasangan lengkap dalam keadaan ’Jig’ terpasang satu selinder berukuran 120 mm panjang dan Ø 20 mm terletak di antara bahagian 1 dan 4 dan di tunjukkan 10 mm terkeluar dari bahagian kanan. Lukiskan dalam unjuran Sudut Pertama atau Ketiga;

i) keratan pemasangan pandangan hadapan melalui satah keratan A-A.

ii) pandangan sisi pemasangan ’Jig’iii) pandangan pelan pemasangan ’Jig’

d) Pada bahagian kotak tajuk, sediakan satu kotak senarai bahagian, bahan dan kuantiti. (lihat contoh pada Kertas Penerangan berkaitan Lukisan Pemasangan)

e) Berikan bahan yang sesuai bagi setiap bahagian komponen ’Jig’.

f) Sertakan nombor rujukan belon pada setiap bahagian dalam lukisan anda.

Page 5: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 05 Drp : 14

Kertas A3

Rajah 2

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

3. Sediakan kertas lukisan bersaiz A3 dan Blok Tajuk.

a) Pastikan semua peralatan lukisan bersih sebelum memulakan lukisan. Bersihkan dan lap papan / meja lukisan dan semua peralatan yang akan digunakan supaya lukisan yang dihasilkan kemas dan bersih.

b) Letakkan kertas lukisan di atas papan lukisan dan lekatkan dengan pita pelekat atau klip pin.

c) Buat blok tajuk pada kertas lukisan mengikut format yang telah ditetapkan.

d) Lengkapkan maklumat pada blok tajuk.

Page 6: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 06 Drp : 14

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

4. Melukis keratan pemasangan lengkap ’Jek Skru’ dalam unjuran ortografik bagi komponen dalam Rajah 2.

(No. Lukisan: MPI301/K2/02)

a) Rajah 2 menunjukkan perincian bagi alat ’Jek Skru’ dilukis dalam unjuran Sudut Ketiga

b) Bahagian-bahagian komponen ’Jek Skru’ terdiri dari (1) Tapak, (2) Andas, (3) Skru Pemutar, (4) Pengunci dan (5) Lengan.

c) Pasangkan dengan lengkap ’Jek Skru’ tersebut dengan kedudukan paras bahagian atas andas (bahagian 2) setinggi 140 mm dari dasar tapak ’Jek Skru’ dan lukiskan dengan menggunakan skala yang sesuai dalam unjuran Sudut Ketiga;

i) keratan pemasangan pandangan hadapan pada satah keratan A-A.

ii) pandangan sisi pemasangan dilihat dari kanan pandangan hadapan, dan

iii) pandangan pelan, semua butiran terlindung tidak perlu ditunjukkan

d) Pada bahagian kotak tajuk, sediakan satu kotak senarai bahagian, bahan dan kuantiti. (lihat contoh pada Kertas Penerangan berkaitan Lukisan Pemasangan)

e) Berikan bahan yang sesuai bagi setiap bahagian komponen ’Jek Skru’.

f) Sertakan nombor rujukan belon pada setiap bahagian dalam lukisan anda.

Page 7: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 07 Drp : 14

Kertas A3

Rajah 3

Page 8: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 08 Drp : 14

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

5. Sediakan kertas lukisan bersaiz A3 dan Blok Tajuk.

6. Melukis keratan pemasangan lengkap bagi perincian ’Roler Kabel’ dalam unjuran ortografik pada Rajah 3.

(No. Lukisan: MPI301/K2/03)

a) Pastikan semua peralatan lukisan bersih sebelum memulakan lukisan. Bersihkan dan lap papan / meja lukisan dan semua peralatan yang akan digunakan supaya lukisan yang dihasilkan kemas dan bersih.

b) Letakkan kertas lukisan di atas papan lukisan dan lekatkan dengan pita pelekat atau klip pin.

c) Buat blok tajuk pada kertas lukisan mengikut format yang telah ditetapkan

d) Lengkapkan tulisan pada blok tajuk.

a) Rajah 3 menunjukkan perincian bagi komponen ’Roler Kabel’ .

b) Bahagian-bahagian komponen ’Roler Kabel’ terdiri dari (1) Tiang Sepit Udang, (2) Sepit Udang, (3) Roler, (4) Gandar , (5) Skru M12 dan (6) Tudung Gandar.

c) Lukiskan dalam skala yang sesuai, pandangan-pandangan berikut bagi roler yang terpasang pada tiangnya dalam unjuran Sudut Pertama atau Ketiga ;

i) keratan pandangan hadapan pemasangan pada satah A-A

ii) pandangan sisi pemasangan yang dilihat dari arah anak panah B

d) Pada bahagian kotak tajuk, sediakan satu kotak senarai bahagian, bahan dan kuantiti. (lihat contoh pada Kertas Penerangan berkaitan Lukisan Pemasangan)

e) Berikan bahan yang sesuai bagi setiap bahagian komponen ’Roler Kabel’.

f) Sertakan nombor rujukan belon pada setiap bahagian dalam lukisan anda.

Page 9: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 09 Drp : 14

Kertas A3

Rajah 4

Page 10: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 10 Drp : 14

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

7. Sediakan kertas lukisan bersaiz A3 dan Blok Tajuk.

8. Melukis keratan pemasangan lengkap bagi komponen ’Alas Bungkah Plummer’ dalam Rajah 4 dalam unjuran ortografik

(No. Lukisan: MPI301/K2/04)

a) Pastikan semua peralatan lukisan bersih sebelum memulakan lukisan. Bersihkan dan lap papan / meja lukisan dan semua peralatan yang akan digunakan supaya lukisan yang dihasilkan kemas dan bersih.

b) Letakkan kertas lukisan di atas papan lukisan dan lekatkan dengan pita pelekat atau klip pin.

c) Buat blok tajuk pada kertas lukisan mengikut format yang telah ditetapkan.

d) Lengkapkan maklumat pada blok tajuk.

a) Rajah 4 menunjukkan perincian bagi komponen ’Alas Bungkah Plummer’ dalam pandangan isometri.

b) Bahagian-bahagian komponen ’Alas Bungkah Plummer’ terdiri dari (1) Tapak, (2) Penutup, (3) Tembaga, (4) Bolt Puting , (5) Sesendal (tidak ditunjukkan) dan (6) Nat. (tdak ditunjukkan)

c) Lukiskan kepada skala penuh dalam unjuran Sudut Pertama pandangan-pandangan berikut bagi alas yang terpasang;

i) keratan pandangan hadapan pemasangan sebagaimana dilihat mengikut arah anak anah X; satah keratan hendaklah pugak dan melalui A-A.

ii) pandangan sisi pemasangan yang dilihat dari arah kiri pandangan (a).

iii) pandangan pelan (di bawah pandangan (a)).

iv) Butiran terlindung tidak perlu ditunjukkan

d) Penutup itu ditetapkan mengikut kedudukannya pada bol puting dengan menggunakan nat kepala heksagon dan mempunyai sesendal biasa tebal 2 mm di bawahnya

e) Walaupun lubang berulir untuk minyak pelicin di tunjukkan pada penutup, butiran lanjut lubang itu tidak ditunjukkan dan terpulanglah kepada kebijaksanaan anda sendiri. Butiran lubang ini adalah dikehendaki seperti juga butiran bagi lubang pasak puting pada tapak

Page 11: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 11 Drp : 14

Kertas A1

Rajah 5(rujuk Lampiran 1)

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

9. Sediakan kertas lukisan bersaiz A3 dan Blok Tajuk.

10.Melukis perincian Ragum Mesin dalam unjuran ortografik dan pemasangan terbuka bagi komponen dalam Rajah 5.

(No. Lukisan: MPI301/K2/05)

a) Pastikan semua peralatan lukisan bersih sebelum memulakan lukisan. Bersihkan dan lap papan / meja lukisan dan semua peralatan yang akan digunakan supaya lukisan yang dihasilkan kemas dan bersih.

b) Letakkan kertas lukisan di atas papan lukisan dan lekatkan dengan pita pelekat atau klip pin.

c) Buat blok tajuk pada kertas lukisan mengikut format yang telah ditetapkan.

d) Lengkapkan maklumat pada blok tajuk.

a) Rajah 5 menunjukkan butiran bagi sebuah Ragum Mesin dan panduan kepada pemasangannya.

b) Bahagian-bahagian komponen Ragum Mesin terdiri dari (1) Tapak, (2) Rahang Tetap, (3) Rahang Bergerak, (4) Bungkah ,(5) Plat Hujung dan (6) Skru.

Page 12: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 12 Drp : 14

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

c) Lukiskan perincian keenam-enam bahagian dalam pandangan ortografik Sudut Pertama atau Ketiga dengan skala penuh lengkap dengan dimensi .

d) Dengan skala penuh, lukiskan pemasangan terbuka (terhurai) dalam pandangan isometri bagi setiap komponen Ragum Mesin.

e) Kedudukan bahagian-bahagian komponen hendaklah berada pada satah pemasangan nya.

f) Pada bahagian kotak tajuk, sediakan satu kotak senarai bahagian, bahan dan kuantiti. (lihat contoh pada Kertas Penerangan berkaitan Lukisan Pemasangan)

g) Berikan bahan yang sesuai bagi setiap bahagian komponen Ragum Mesin

h) Sertakan nombor rujukan belon pada setiap bahagian dalam lukisan anda.

Page 13: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 13 Drp : 14

Soalan:

a. Nyatakan dua jenis lukisan pemasangan ?

b. Nyatakan item selain komponen yang dilukis dalam lukisan pemasangan ?

c. Apakah kegunaan nombor rujukan belon dalam lukian pemasangan ?

d. Pandangan unjuran apakah yang paling sesuai untuk pemasangan lengkap ?

Page 14: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 Muka : 14 Drp : 14

SENARAI SEMAK KERJA

BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK TERIMA

CATATAN

A. PROSES KERJA

1. Kaedah penggunaan alat lukisan

2. Prosedur kerja

3. Perancangan kerja / tempoh masa

B. HASIL KERJA

1. Mengikut piawaian (jenis garisan)

2. Ketepatan ukuran / unjuran / dimensi

3. Kekemasan kerja

C. SIKAP

1. Pengurusan diri

2. Pengurusan peralatan / bahan lukisan

3. Menepati masa

D. KESELAMATAN KERJA

1. Kaedah kerja yang betul serta menitikberatkankeselamatan kerja

2. Personel dan rakan kerja

3. Hasil kerja

(Tandatangan & Nama Calon) (Tandatangan & Nama PP)

Tarikh Tarikh

(No. Lukisan: MPI301/K2/01)

Page 15: Kertas kerja lukisan pemasangan

NO KOD / CODE NO MPI301-K2-KK1 SEMESTER : 1

NAMA PELAJAR NO. KP:

SKEMA PEMARKAHAN 1. Skala Markah:

3 – mengikut dan melebihi kriteria ditetapkan2 – mengikut kriteria ditetapkan1 – mengikut sebahagian daripada kriteria yang ditetapkan0 – tidak mengikut kriteria ditetapkan

2. Tandakan √ di ruang markah yang disediakan

BIL PERKARA YANG DINILAI

SKALA MARKAH PEMBERAT

(1 – 3)MARKAH

DIPEROLEH

PERATUS MARKAH

DIPEROLEH0 1 2 3

1. Proses kerja - 40%• Membuat perancangan kerja• Menyediakan alat-alat dan

perkakasan lukisan• Mengikut prosedur / langkah kerja

melukis yang betul.• Kaedah / penggunaan peralatan

lukisan yang betul dan sesuai.• Memastikan hasil kerja mengikut

tugasan yang diberikan.

11

3

2

3

/30X 40

JUMLAH 10 %

2. Hasil kerja – 50%

1. Skala Penuh2.3.4.5.6.7.8.9.10. kekemasan

3333333333

/90 X 50

JUMLAH 30 %3. Sikap – 5%

• Persediaan diri• Pengurusan peralatan• Kekemasan kawasan kerja• Ketepatan masa

1111

/12 X 5

JUMLAH 4 %4. Keselamatan – 5%

• Personel dan rakan kerja• Alat lukisan• Hasil kerja / kertas jawapan

111

/9 X 5

JUMLAH 3 %

JUMLAH BESAR %

Page 16: Kertas kerja lukisan pemasangan

Lampiran 2

Rajah 6