7
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 92 MISKONSEPSI DALAM KALANGAN PELAJAR PADA TOPIK CAHAYA DAN UPAYA MENGATASINYA (STUDENTS’ MISCONCEPTION IN THE TOPIC OF LIGHT AND SOLVING EFFORTS) 1 Maria Abdullah, 2 Rian Vebrianto 1 Ministry of Education, Brunei Darussalam, 2 Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Abstrak Penggunaan strategi pengajaran berkait rapat dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Kajian ini dijalankan keatas sebuah Sekolah Rendah di Brunei dan seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan sampel jenis bertujuan. Seramai 10 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah miskonsepi yang di hadapi oleh pelajar di mata pelajaran sains khususnya pada tajuk cahaya dan upaya mengatasinya. Dalam kajian ini, guru terlibat dalam banyak aktiviti yang dibuat untuk membantu pelajar untuk belajar secara inkuiri. Dimana guru menyediakan pelajarnya dengan alatan yang tersedia dan strategi perubahan konsep seperti teknik menyoal, yang memerlukan pelajar-pelajar untuk membina penerangan (tugasan) dan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas terhadap pencapaian dan pemahaman pelajar sebelum dengan sesudah kajian dijalankan. Kata kunci Inkuiri, Miskonsepsi, Konsep Cahaya Abstract The use of teaching strategy is closely related to the students’ achievements in a course. This study is being held in a Brunei elementary school in and for about 20 students participated in. The writer has used intended tuype of sample. 10 female students and 10 male students were involved. This paper is written to observe a misconception problem which is faced by students in science course especially to the topic og light and solving efforts. Here, teachers were involved a lot in the activities to help students by inquiry. Where, teachers provide their students with utensils, tools and concept changing strategy like testing technique that requires students to organise assignments and deep thinking. The result of this observation has show that there is a difference before and after this study held about result and conceptual knowledge of students. Keywords Inquiry, Misconception, Concept of Light Pengenalan Kementerian Pendidikan telah menunjukkan komitmen dalam kepentingan dan pembangunan mata pelajaran sains di peringkat rendah atas di sekolah sejak 1982. Ini terbukti bila Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum telah memasukkan mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran wajib untuk peringkat

JURNAL SAIN 3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JURNAL SAIN 3

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

92

MISKONSEPSI DALAM KALANGAN PELAJAR PADA TOPIK CAHAYA DAN UPAYA MENGATASINYA

(STUDENTS’ MISCONCEPTION IN THE TOPIC OF LIGHT AND SOLVING EFFORTS)

1Maria Abdullah, 2Rian Vebrianto1Ministry of Education, Brunei Darussalam,

2Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Abstrak

Penggunaan strategi pengajaran berkait rapat dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Kajian ini dijalankan keatas sebuah Sekolah Rendah di Brunei dan seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan sampel jenis bertujuan. Seramai 10 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah miskonsepi yang di hadapi oleh pelajar di mata pelajaran sains khususnya pada tajuk cahaya dan upaya mengatasinya. Dalam kajian ini, guru terlibat dalam banyak aktiviti yang dibuat untuk membantu pelajar untuk belajar secara inkuiri. Dimana guru menyediakan pelajarnya dengan alatan yang tersedia dan strategi perubahan konsep seperti teknik menyoal, yang memerlukan pelajar-pelajar untuk membina penerangan (tugasan) dan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas terhadap pencapaian dan pemahaman pelajar sebelum dengan sesudah kajian dijalankan.

Kata kunci Inkuiri, Miskonsepsi, Konsep Cahaya

Abstract

The use of teaching strategy is closely related to the students’ achievements in a course. This study is being held in a Brunei elementary school in and for about 20 students participated in. The writer has used intended tuype of sample. 10 female students and 10 male students were involved. This paper is written to observe a misconception problem which is faced by students in science course especially to the topic og light and solving efforts. Here, teachers were involved a lot in the activities to help students by inquiry. Where, teachers provide their students with utensils, tools and concept changing strategy like testing technique that requires students to organise assignments and deep thinking. The result of this observation has show that there is a difference before and after this study held about result and conceptual knowledge of students.

Keywords Inquiry, Misconception, Concept of Light

Pengenalan

Kementerian Pendidikan telah menunjukkan komitmen dalam kepentingan dan pembangunan mata pelajaran sains di peringkat rendah atas di sekolah sejak 1982. Ini terbukti bila Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum telah memasukkan mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran wajib untuk peringkat

Page 2: JURNAL SAIN 3

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

93

rendah atas sekolah rendah pada tahun 1982, pembangunan pemisahan isi pelajaran sains rendah atas sekolah rendah yang diimplementasi pada tahun 1990 dan juga pada tahun 2003 iaitu implementasi “Inkuiri Sains” di peringkat Sekolah Rendah.

Sukatan Pelajaran Baru bagi mata pelajaran Sains Sekolah Rendah di Brunei telah mula diperkenalkan pada tahun 2003. Dan perubahan tersebut dibuat kerana didapati proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan adalah sangat bergantung pada keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.

Sehubungan dengan itu guru telah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu dan teknik pengajaran yang bersesuaian dan terkini yang berupaya meningkatkan sikap dan motivasi pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan sekaligus meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Abdul Halim (2009) menyatakan bahawa guru bukan saja mempunyai peranan yang dominan sebagai penyampai pengetahuan di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga sebagai pemudahcara dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Justeru itu, di dalam sukatan pelajaran Baru tersebut, proses pembelajaran bagi mata pelajaran Sains lebih ditekankan dengan menggunakan Kaedah Inkuiri. Kaedah Inkuiri memerlukan seorang guru memberi tumpuan kepada penguasaan isi kandungan sains, ciri-ciri pelajar sains seperti sikap, bekerjasama, rasa ingin tahu, berfikiran terbuka, penerapan kemahiran saintifik pelajar dan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif, dan di samping penguasaan pedagogi sains.

Bukti juga telah dilaporkan oleh Lindberg (2005) yang menyatakan bahawa kaedah Inkuiri berkait rapat dengan pengajaran yang berkesan dan juga membolehkan pelajar memahami proses saintifik dan pengetahuan perbendaharaan kata sains. Proses pembelajaran kaedah Inkuiri lebih menitiberatkan kepada pembangunan komunikasi melalui pertanyaan, conceptualising, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir.

Namun begitu, didapati guru-guru Sains masih mengamalkan pengajaran berpusatkan kepada guru dengan penglibatan pelajar yang sangat terbatas dan terhad. Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran kurang digunakan dan diamalkan oleh guru dalam sesi-sesi pengajaran mereka. Pelajar-pelajar dalam bilik darjah hanya mendengar yang pasif tanpa melakukan apa-apa aktiviti pembelajaran. Suasana pembelajaran bilik darjah tidak menyediakan ruang untuk pelajar-pelajar menguji, menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar.

Hasil Laporan Badan Petugas Sumber Manusia, Dasar dan Pelan HRD Negara Brunei Darussalam (Laporan Tahun Kementerian Pendidikan, 2000 hingga 2008) menyatakan bahawa pendidikan pada masa ini belum dapat memberikan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi lepasan sekolah sebagai persediaan dalam dunia pekerjaan, terutama sekali untuk menghadapai arus globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi) di Abad ke 21 dan juga laporan itu menyatakan keputusan Peperiksaan Penilaian Rendah Bawah (PSR) bagi mata pelajaran adalah menurun dan amat mendukacita dan ini memberi kesan terhadap kadar enrolmen bagi mata pelajaran Sains Tulen di peringkat menengah serta pencapaian yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran Sains di Peringkat menengah.

Ramai kajian di luar dan di dalam negara telah dijalankan berhubung miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran (Meyer & Debra, 1993; Tema, 1989; Nor Liza, 2005). Kanak-kanak telah didapati membentuk konsepsi awal mengenai fenomena biasa berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling. Mereka mempunyai idea

Page 3: JURNAL SAIN 3

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

94

sendiri untuk menerangkan fenomena harian. Idea-idea itu telah diperolehi tanpa melalui pembelajaran formal. Setengah daripada konsepsi awal itu didapati bercanggah dengan penerangan yang diberikan oleh ahli (Nor Liza, 2005). Miskonsepsi ini harus dibendung dengan pengukuhan konsepsi awal kanak-kanak agar ianya tidak bercanggahan dengan teori dan fakta sains. Kajian tempatan telah menunjukkan kewujudan salah kosepsi dalam beberapa topik di peringkat sekolah menengah, maktab dan universiti sukar untuk diubah (Lee et al. 1992; Khalijah, Subahan & Khyasudeen, 1991).

Konsep cahaya dan ciri-cirinya bagi pelajar adalah fokus kajian di beberapa buah Negara dengan anggaran umur pelajar-pelajar di antara sembilan ke dua puluh tahun (Fetherstonhaugh and Treagust, 1992). Secara biasanya, kebanyakan kajian-kajian menggunakan temuduga dan kaji selidik untuk mendapatkan maklumat pelajar, membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar tidak menggunakan konsep bersistematik dan banyak konsep tidak dapat diterima pelajar secara saintifiknya walaupun pelajar telah atau belum menerima konsep ini terlalu sukar ditukar dengan arahan biasa. Selain dari itu, pelajar-pelajar mungkin memerlukan arahan dalam bidang Sains untuk mencapai keputusan yang baik dalam Ujian mata pelajaran Sains.

Sehubungan dengan ini adalah didapati bahawa kaedah pengajaran Sains perlu sesuaikan dengan keperluan pelajar dan untuk mereka lebih memahami fenomena dan konsep abstrak yang telah mereka pelajari. Inilah adalah di antara satu sebab kenapa pengkaji-pengkaji berfikir satu konsep tidak boleh di sampaikan secara berkesan dan difahami oleh pelajar tanpa perubahan metodologi atau kaedah pembelajaran.

Tujuan Kajian

Pada amnya kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah miskonsepi yang di hadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya pada tajuk cahaya dan upaya mengatasinya.

Metodologi

Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Rendah di Brunei dan seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan sampel jenis bertujuan. Seramai 10 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian ini. Sampel yang dipilih terdiri dari pelbagai tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi.

Instrumen KajianInstrumen kajian ini mengandungi tiga komponen terdiri dari Ujian Pra, aktiviti intervensi dan ujian Pasca. Ujian Pra dan Ujian Pasca di bentuk mengenai topik cahaya. Dan setelah itu pelajar-pelajar tersebut akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti berhubung dengan topik cahaya.

IntervensiKajian ini menggunakan pelbagai strategi terutama strategi inkuiri dengan melakukan eksperimen, menggunakan fenomena alam yang melibatkan teori pembelajaran kognitivisme piaget dan teori konstruktivisme vygostky untuk memudahkan pengkaji membantu pelajar dengan membuat modul dan lembaran aktiviti untuk mengatasi miskonsepsi yang terjadi pada pelajar melalui imej.

Page 4: JURNAL SAIN 3

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

95

Dapatan Dan Perbincangan Kajian

Perbezaan pencapaian Ujian Pra dan Pasca

Berikut adalah keputusan Ujian pra dan pasca pelajar selepas menjalani intervesi yang telah menggunakan kaedah inkuiri. Dalam dapatan ini disenaraikan perbezaan keputusan ujian pra dan pasca untuk nilai min pada Jadual 1, di bawah ini.

Jadual 1 Perbezaan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian N Min

Pra 20 3.75

Pasca 20 7.15

Dari Jadual 1 di atas, didapati bahawa terdapat perbezaan min antara ujian Pra dan ujian Pasca. Skor Min bagi Ujian Pra ialah 3.75 (N=20). Manakala Skor Min bagi ujian Pasca ialah 7.15 (N=20). Adapun, terdapat perbezaan Min 3.4 di antara ujian Pra dan ujian Pasca pelajar-pelajar dalam topik cahaya. Dengan ini ia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian Pra dan Ujian Pasca bagi pelajar-pelajar tersebut dan miskonsepsi pemahaman konsep yang tersebut sebelumnya (preconceived notions) dan selepas diberikan intervensi. Hal ini dapat dikatakan bahawa terjadi kesan yang positif jika dilihat dari nilai min pelajar sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk melihat secara spesifik terhadap pelajar berdasarkan hasil intervensi yang diberikan dapat dilihat seperti pada Jadual 2 berkaitan dengan keputusan seluruh pelajar tahun 5 dalam ujian pra dan pasca.

Jadual 2 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Pelajar-pelajar tahun 5

Pelajar Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan Score

A 5 8 3

B 0 5 5

C 4 8 4

D 5 9 4

E 6 10 4

F 2 6 4

G 0 5 5

H 1 6 5

I 3 6 3

J 2 5 3

K 6 7 1

Page 5: JURNAL SAIN 3

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

96

sambung...

L 8 10 2

M 4 6 2

N 8 10 2

O 7 9 2

P 1 7 6

Q 4 7 3

R 1 6 5

S 5 7 2

T 3 6 3

Jadual 2 di atas, menunjukkan keputusan keseluruhan pelajar-pelajar dalam ujian Pra dan Ujian Pasca topik cahaya. Hasil analisis adalah didapati kebanyakan pelajar-pelajar telah membuat peningkatan dalam Ujian Pasca mereka. Pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi (Pelajar K, L, N dan H) telah menunjukkan peringkatan sebanyak 10% di dalam ujian Pasca. Manakala pelajar yang berpencapaian sederhana (Pelajar A, D, E, M dan S) telah menunjukkan peningkatan sebanyak 30% dalam ujian Pasca mereka. Pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah (Pelajar B, C, F, G, H, I, J, P, Q, R dan T) menunjukkan peningkatan dalam ujian Pasca sebanyak 52.70%. Ini menujukkan bahawa miskonsepsi awal pelajar-pelajar dalam topik cahaya dapat diperbaiki dengan mendedahkan mereka kepada intervenis yang berunsurkan aktiviti-aktiviti.

Fetherstonhaugh dan Treagust (1992) telah menjalankan satu kajian terhadap pelajar-pelajar Tahun 8 di sekolah bandar dan negeri untuk membandingkan dan memeriksa jika ada persamaan dalam konsep cahaya dan ciri-cirinya di antara kumpulan berdasarkan intervensi pengajaran. Dari keputusannya, kaedah pengajaran telah dikatakan berjaya dan ramai pelajar-pelajar dapat membentuk jawapan saintifik yang boleh diterima dalam ujian yang diberikan selepas arahan yang mereka terima pada ujian permulaan.

Keputusan ujian Pasca kedua (delay post-test) tetap sama dengan ujian permulaan. Keputusan dari ujian kedua menunjukkan satu perbezaan, pelajar-pelajar telah menukar konsep mereka yang dipelajari sejak tiga tahun dahulu dan hasil kajian ini juga melihatkan kaedah pengajaran mempunyai kesan dan mempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar untuk jangka masa yang panjang. Kaedah pengajaran yang diterangkan oleh Treagust et. al. (2002) nampaknya berjaya dalam mengubah pemikiran pelajar dalam banyak keadaan dan ini termasuklah pemikiran tentang cahaya dan ciri-cirinya. Hasilnya boleh dibandingkan dengan perubahan konsep pengajaran yang diterangkan oleh Anderson dan Smith (dinyatakan dalam Fetherstonhaugh dan Treagust, 1992) dengan pelajar-pelajar Tahun 5.

Dapatan ini sama dengan dapatan yang telah dibuat oleh Brandon (2008) dalam kajian mereka telah menunjukkan akiviti sains berdasarkan teknik pertanyaan dan pencarian dalam lembaran pengkodan mempunyai pengaruh positif terhadap pembentukan kognitif pelajar-pelajar, sikap berani mengambil risiko, bekerjasama dengan rakan, pencapaian sains, proses kemahiran sains, pemahaman dan perubahan konsep terhadap pengetahuan sains secara keseluruhan berbanding dengan pelajar

Page 6: JURNAL SAIN 3

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

97

yang menggunakan pendekatan tradisi (konvensional). Dengan erti kata lain, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan pendekatan inkuiri telah meningkat sikapnya terhadap sains dan sekolah. Roth (2006) dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar-pelajar menunjukkan proses kemahiran tahap yang tinggi melalui pengalaman seperti pendekatan baru di bilik sains yang memberikan pelajar-pelajar kebebasan untuk melakukan percubaan yang betul dalam konteks yang tulen. Mereka menemui bahawa pelajar-pelajar belajar untuk mengenalpasti dan menyatakan sesuatu dengan logik, memahami dan mengubah serta menganalisis maklumat, merancang dan membuat percubaan eksperimentasi dan membuat andaian formulanya. Kajian yang mereka lakukan berdasarkan pelajar-pelajar dari tiga kelas di Canada Tengah dan ia menunjukkan bahawa kaedah Inkuiri boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Menurut Piaget (1964), kanak-kanak tidak dapat menerima pengetahuan secara pasif tetapi secara penemuan dan membentuk pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti. Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan alam sekitar psikologi dan fizikal, mereka akan mula membentuk struktur pemikiran yang dapat menolong mereka mengatur dan menyusun pengalaman mereka dan interaksi masa depan mereka secara terus. Prinsip asas pendidikan adalah memberi peluang pelajar-pelajar dalam penglibatan aktiviti-aktiviti kognitif dan manipulatif dengan guru-guru. Alatan-alatan yang digunakan dalam pembelajaran boleh menolong untuk mencipta struktur-struktur mental mereka dan mengenal dunia sekeliling mereka.

Scruggs dan Mastropieri (2002) dalam kajian mereka menekankan kepada kesan-kesan pendekatan pembelajaran berpandukan buku, pendekatan pertanyaan dan pencarian bagi mata pelajaran Sains di dalam kelas pendidikan khas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang berkeperluan khas mendapat markah yang tinggi bila mereka diajar dengan melakukan aktiviti atau kaedah Inkuiri, pencarian dan alatan-alatan. Oleh yang demikian, apabila pelajar diajar dengan kaedah mengikut pengalaman dan tidak secara terus, mereka akan belajar lebih banyak, ingat lebih banyak dan berasa gembira apabila mempelajari Sains jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah tradisional. Selain dari itu, mereka mendapati pelajar-pelajar menggemari aktiviti sains secara mencuba dari melakukan aktiviti membaca buku teks bagi yang telah mengalami kedua-dua kaedah tersebut. Secara keseluruhannya telah nyata bahawa pendekatan secara mencuba dan melakukan aktiviti dengan sendirinya memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan khas.

Kesimpulan

Kajian ini telah berjaya mencungkil maklumat-maklumat berkaitan dengan pelajar terhadap mata pelajaran sains. Diharapkan maklumat dari pendekatan ini membolehkan pelajar memperoleh konsep cahaya dengan mudah. Pelajar harus sedar bahawa mereka mempunyai pendekatan yang sesuai untuk memudahkan mereka menjelaskan konsep satu persatu mengikut kaedah yang telah ditunjukkan. Oleh itu, pelajar juga harus berubah menjadi aktif dalam pelbagai aktiviti perbincangan kelas yang dijalankan agar memperoleh keseronokkan dalam pembelajaran. Justeru, latihan eksperimen dan aktiviti-aktiviti serta tugasan yang diberi perlu dilakukan dan sentiasa berinteraksi dengan guru agar dapat membantu dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu lebih bijak mencari peluang untuk bersikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran melalui tugasan yang diberi.

Page 7: JURNAL SAIN 3

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

98

Rujukan

Abdul Halim (2009). Pembinaan Ujian Diagnostik Dan Modul Pembelajaran Kendiri Mekanik Kuantum Ke arah Mengatasi Miskonsepsi. Tesis. UKM.

Brandon, P.R., Taum A.K.H, Young D.B., Pottenger F.M. (2008).The development and validation of The Inquiry Science Observation Coding Sheet.Evaluation and Program Planning. 31 (2008) 247– 258.

Fetherstonhaugh, T. & Treagust, D. F. (1992). Students’ understanding of light and its properties: Teaching to engender conceptual change. Science Education, 76, 653-672.

Khalijah Mohd Salleh, T. Subahan Mohd Meerah & Khyasudeen Abdul Majid (1990). Study and assesment of students nations of motion. Malaysian Context ASPEN-APTEA Regional Workshop on Conceptual Structures and Conceptual Learning.

Lee, M.N.N. Nurulazam, A., Zain, M. & Sulaiman, S. (1992). Misconceptions in selected topics in physics among Malaysian Pupils. Journal of Science and Mathematics Education in Southeast Asia. 15(1): 55-62.

Lindberg. S.I. (2005). Consequences of electoral systems in Africa: a Preliminary inquiry. Electoral studies 24 (2005) 41-64.

Meyer & Debra, K. (1993). Recognizing ang changing students misconceptions: An intructional perspective. Science Journal. 200: 270-278.

Nor Liza (2005). Pengetahuan konseptual dalam topik pecahan di kalangan guru-guru pelatih Maktab Perguruan. Projek. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Piaget, J. (1964). Development and learning. In T. Ripple & V. Rockcastle (Eds.), Piaget rediscovered (pp. 7-20).

Roth. L. M. (2006). “Because I’m Worth It: Understanding Inequality in a Variable Pay System”. Sociological Inquiry 76, 1 (February): 116-139.

Scruggs, T. W. & Mastropieri, M. A. (2002). On babies and bathwater: Addressing the problems of identification of learning disabilities. Learning Disability Quarterly. 25 (2), 155-168.

Tema, B.O. (1989). Rural and urban African pupils’ alternative conceptions of “animals”. Journal of Biological Education, 23(3): 199-207.

Treagust, D. F., Chittleborough, G. And Mamiala, T. L. (2002). Students’ understanding of the role of scientific models in learning science. Int. J. Sci. Educ., 2002, Vol. 24, No. 4, 357–368.