5
SME 3023 Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences (Skillful Problem Solving) NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI NO. MATRIK : D20081032225 SEMESTER : 1 (2011/2012) NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Zul

  • Upload
    haieri

  • View
    309

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Zul

SME 3023Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences

(Skillful Problem Solving)

NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI

NO. MATRIK : D20081032225

SEMESTER : 1 (2011/2012)

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Apakah masalah guru dan mengapakah masalah itu berlaku?

Page 2: Zul

Standard Pengajaran Professional.

Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif atau jalan

penyelesaian walaupun sesusah mana sekalipun masalah yang dihadapi untuk memastikan

kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yang bermula dari

pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuk sektor

pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21 yang dipenuhi cabaran dan

saingan kuat diantara mereka. Namun begitu, dalam guru ingin mencapai hasrat mereka untuk

mendidik anak bangsa, mereka mempunyai masalah di dalam aspek mencapai standard

pengajaran professional, iaitu akar tunjang bagi merealisasikan impian setiap guru iaitu

membuatkan anak didik mereka berjaya.

Permasalahan yang timbul dari kalangan guru bagi mencapai standard pengajaran yang

professional ialah, guru gagal mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yang

berbeza. Masalah kegagalan guru mencapai standard ini ialah, kebanyakkan sekolah tidak

menyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai contoh guru pada zaman sekarang ini memerlukan

kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membantu mereka mengajar

pelajaran mereka dengan mudah dan juga menjimatkan masa. Sekaligus pendidikan melalui

teknologi maklumat Malaysia adalah tercapai dan mengurangkan masalah pelajar ‘buta IT’.

Selain daripada masalah kemudahan ICT, guru juga turut mempunyai masalah dalam kemudahan

prasarana di sekolah.

Masalah lain yang timbul juga ialah kurangnya penglibatan ibu bapa atau penjaga pelajar

dalam melibatkan diri dengan aktiviti sekolah kerana sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak-

anak mereka. Sebagai contoh satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu hari

pelaporan rekod pelajar. Ibu bapa atau penjaga pelajar gagal menghadirkan diri, implikasinya

ialah kekangan yang dihadapi guru dalam menyampaikan rekod pelajaran pelajar, permasalahan

disiplin pelajar dan lain-lain lagi sehubungan itu menjadi impak besar kepada guru bagi

mencapai standard pengajaran yang professional.

Selain itu, masalah yang timbul dari guru juga ialah tidak dapat mencapai standard

pengajaran yang professional dari aspek guru tidak menguasai isi kandungan pelajaran dan

kurang berpengatahuan. Kekangan ini berlakunya kerana ramai mahasiswa-mahasiswi pada

Page 3: Zul

masa kini menganggur selepas sahaja mereka menamatkan pelajaran mereka di universiti samada

mereka ini bergraduat izajah pendidikan atapun izajah sahaja. Oleh itu, ramai diantara mereka

memohon menjadi guru setelah sekian lama menganggur dan dari sebab itulah ramai guru tidak

menguasai pelajaran mereka bukan sahaja isi kandungan pelajar malah kurangnya kemahiran-

kemahiran lain seperti pedagogi, psikologi, falsafah pendidikan dan lain-lain lagi yang berkaitan

dengan profesion perguruan.

Masalah lain yang timbul ialah guru kurang mempunyai pengetahuan yang luas bagi

mengaitkan pengajaran mereka dengan aplikasi seharian ataupun sejarah. Masalah ini berlaku

kebanyakkan daripada guru yang bukan dari kursus pendidikan. Mereka ini tidak didedahkan

dengan sejarah mahupun aplikasi digunakan dalam kehidupan seharian dalam sesuatu subjek.

Seperti contoh subjek matematik, bagi guru yang bergraduat izajah pendidikan matematik,

mereka akan didedahkan dengan sejarah matematik dan juga aplikasi untuk setiap apa yang

mereka berlajar iaitu dengan mengambil subjek khas yang diwajibkan oleh pihak universiti

seperti contoh ‘History of Mathematics’ dan juga ‘Application of Statistic’. Untuk mencapai

standard pengajaran yang professional adalah tipis sekiranya ramai guru dihasilkan daripada

mahasiswa-mahasiswi yang bukan dari kursus pengajian pendidikan.

MASALAH : GURU GAGAL MENCAPAI STANDARD PENGAJARAN

PROFESSIONAL

Langkah 1 : Pihak sekolah hendaklah menyediakan persekitaran yang kondusif dan juga mengajurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan komuniti berhampiran sekolah.

Page 4: Zul

Kelebihan Kelemahan Dapat mengeratkan hubungan diantara

ibu bapa atau penjaga pelajar dengan pihak sekolah terutama guru.

Mengurangkan masalah ponteng dan juga sosial pelajar.

Fungsi PIBG terlaksana dan aktif. Keselesaan proses pembelajaran pelajar

terjamin. Menggalakkan kehadiran pelajar ke

sekolah.

Memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak.

Kerahan sumber tenaga manusia yang banyak.

Kelebihan Kelemahan Pengajaran guru lebih teratur dan

mudah difahami oleh pelajar. Guru lebih selesa mengajar subjek

mereka dengan penuh keyakinan. Penjelasan konsep oleh guru lebih

terperinci dan guru boleh mengaitkan pelajaran dengan aplikasi dalam kehidupan.

Guru mahir dengan subjek mereka sendiri.

Guru boleh meyakinkan pelajar dengan kemahiran yang ada.

Peruntukkan wang yang banyak. Proses melaksanakan cadangan yang

memakan masa yang lama.

Langkah 1 Langkah 2

Langkah 2 : Pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia membuat penetapan guru mengajar subjek mereka sendiri dan menyediakan kursus memantapkan isi kandungan pengajaran guru.

Page 5: Zul

Pihak sekolah hendaklah menyediakan persekitaran yang kondusif dan juga mengajurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan komuniti berhampiran sekolah.

Pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia membuat penetapan guru mengajar subjek mereka sendiri dan menyediakan kursus memantapkan isi kandungan pengajaran guru.

Langkah penyelesaian yang terbaik ialah Kerajaan Malaysia, terutama Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa guru hanya boleh mengajar subjek major dan minor mereka sendiri sahaja.

Ibu bapa atau penjaga pelajar hendaklah memberi komitmen yang positif dengan pihak sekolah.

Pihak sekolah terutama guru, perlulah berusaha keras bagi mencapai setiap standard pengajaran professional.

Penyelesaian yang terbaik.