Ulasan Jurnal

  • Upload
    borhan

  • View
    247

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Ulasan Jurnal The Moral Status of Non-Human Beings And Their Ecosystems oleh Michel Dion, Faculty, Ethics and Philosoply, University of Sherbrooke, 2500 Blvd University Sherbrooke, Qubeec JIK 2RI, Canada. Ulasan oleh Mohd Borhan bin Ashaari. Pengenalan dan Konsep. Jurnal yang bertajuk The Moral Status of Non-Human Beings And Their Ecosystems yang disediakan oleh Michel Dion membincangkan tentang etika alam sekitar. Etika alam sekitar yang cuba dipertengahkan oleh penulis ialah mencari dasar nilai dalam sifat semula jadi makluk. Jadi penulis cuba untuk mencari dasar nilai dengan mengaturkan penyelesaian bagi mententukan spesies dalam ruang yang betul. Konsep alam sekitar fizikal ialah etika yang digunakan untuk memberitahu nilai intrinsik dalam sifat semula jadi makhluk (Regan, 1981 ; Lee, 1996). Di sini penulis menegaskan bahawa manusia perlu ada kebolehan mengenal pasti yang mana spesies yang bernilai intrinsik atau apa yang patut ada dalam dirinya, jadi manusia boleh mengalakan kepada perhatian daripada spesies mereka sendiri. Seterusnya konsep 2 ialah spesies yang mana memegang hak dan kepentingan, spesies yang mana hanya memegang kepentingan, berhubung biotik dan fizikal alam sekitar sahaja, semua spesies ini menpunyai nilai intrinsik tetapi terdapat dalam pelbagai darjah (Rolston, 1981; Regan, 1983; Weston, 1985; Katz, 1987; Stone, 1987). Dari pernyataan ini penulis telah menyatakan bahawa timbul pertikaian dalam menentukan soal kepentingan (interests) dalam pelbagai bahagian ekosistem, bila musthil mengatasi masalah ini, penulis lebih suka memerhatikan sesuatu kejayaan dengan melihat spesies yang mana mempunyai moral yang tinggi dalam qualities atau potentialities ( contoh, kesedaran diri dan amalan yang rasional). Walaupun semua spesies menpunyai nilai yang intrinsik, namun tidak semua spesies mempunyai nilai yang sama. Dengan ini terdapat pelbagai tahap dalam nilai intrinsik, bergantung atas moral qualities yang banyak di miliki daripada spesies (Taylor, 1984, 1996). Oleh itu, manusia tidak boleh mengabaikan hak haiwan dalam memenuhi kepentingan manusia sehingga terjadinya keperluan manusia yang penting melawan hak haiwan.

Bagi konsep ketiga ialah setiap nilai alam sekitar yang wujud dari tindak balas antara dua proses iaitu proses secara rundingan (culture) dan proses secara bukan rundingan (natureI) (Rolston ;1988, 1994). Proses secara rundingan (culture) ialah berkaitan dengan tindakan manusia, manakala bagi proses secara bukan rundingan (naturel) ialah berkaitan dengan spesies selain manusia dan ekosistem. Manakala penulis mendapati terdapat banyak nilai intrinsik dari pelbagai spesies, namun penulis hanya melihat dari dua penting sudut iaitu yang petama ialah melihat dari segi sifat asas spesies itu, dan yang kedua pula ialah melihat dari segi persamaan akaun peranan dari spesies dalam ekosistem sendiri. Sudut pertama iaitu melihat dari segi asas spesies itu mendapati terdapat tujuh unsur yang mempunyai nilai yang sama dalam interspecific equation. Berdasarkan peryataan ini penulis telah merumuskan tujuh unsur tersebut iaitu: 1) Kehidupan : tempat tinggal mahkluk, dapat disamakan dengan bukan tempat tinggal mahkluk, sukakan batu, sungai dan gunung-ganang. 2) Lebih atau kurang peka terhadap kesakitan atau kegembiraan. 3) Lebih atau kurang keinsafan dalam diri. 4) Lebih atau kurang rasional, termasuk kecekapan untuk abstraksi, berlajar, dan antisipasi, ingatan, penilaian, dan pratikal rasional. 5) Lebih atau kurang rumit bahasa dan sistem komunikasi. 6) Lebih atau kurang analogous emosi dan perasaan (lihat yang mana boleh dibandingkan dengan pengalaman manusia). 7) Tingkah laku yang mana kelihatan lebih atau kurang kenyataan nilai analogous (lihat yang mana boleh dibandingkan dengan pengalaman manusia). Dari sudut kedua pula iaitu dari segi persamaan akaun peranan dari spesies dalam ekosistem sendiri ialah berbandingan antara spesies misalnya spesies A memiliki nilai intrinsik yang rendah berbanding spesies B. Namun, spesies A lebih melindungi yang lain maka manusia tidak seharusnya menganggu analisis dan menerima salah satu sikap anthropocentric.

Permasalah Kajian Walaubagaimanapun hanya terdapat sedikit contoh holistic untuk di lihat kembali dalam pelbagai keadaan atau pengalaman mahkluk supaya dapat dijadikan sebagai ukuran dari pada pengalaman sifat semula jadi makluk itu. Dalam mengenal pasti nilai intrinsik daripada spesies-spesies tetap, penulis menyatakan bahawa sukar untuk mengelak atau berselindung dari athropocentrism. Dalam ciri ekonomi, rekreasi dan nilai estetik yang di lihat pada spesies, penulis menyatakan bahawa manusia perlu atau di kehendaki membuat pengkajian mengenai minat keperluan dan keinginan. Hal ini adalah cult of the human self, berubah bentuk kewujudan kepada bukan manusia (non-human) kedalam manusia dengan cara sempurna diri. Bagi penulis pengkhususan perspektif dan perspektif individu perlu berada dalam satu tindakan bersama. Namun begitu, ciri yang kurang dalam nilai intrinsik pada mental dan fizikal seseorang individu. Jadi penulis menyarankan bahawa kanak-kanak perlu dibantu atau mental dibelakang dewasa bersama chimpanzee dalam perkembangan tahap yang sama. Dalam jurnal ini penulis telah membahagikan kepada empat permasalahan kajian yang dibincangkan iaitu, The Right and Interests of Higher Animals, The Interests of Lower Animals and the Basic Needs of Plants and Insects, The Moral Considerability of Ekosistem, dan Towards a Biophilic Being. Dalam The Right and Interests of Higher Animal, penulis membincangkan tentang kesedaran diri yang perlu untuk merasakan tenang atau tidak menyenangkan bagi pengalaman seperti wujud pengalaman yang ada di lihat seperti tidak wujud keinsafan dalam diri mereka. Kesedaran diri ini perlu untuk mengenali kecendurungan spesies seperti pengkhususan pemengang hak. Misalnya melihat bintang seperti monyet, gozila, ikan lumba-lumba, gajah, kucing, anjing dan sebagainya, semua ini mempunyai kesedaran diri, kemampuan untuk memahami pengkhususan peranan, kemampuan untuk memahami apa itu pertimbangan seperti baik atau buruk, dan kemahuan untuk bebas. Hal ini semua dapat dilihat terutama tentang serigala dari sifat keberanian, sangat terharu, sabar, bertangungjawab, mengorbankan diri untuk anak-anak, mempunyai keakraban komunikasi. Tetapi cuma manusia sahaja mempunyai kesedaran tentang kepupusan spesies daripada kerosakan alam sekitar. Oleh itu penulis cuba membincangkan permasalahan ini melalui

pendekatan biocentric kerana setiap spesies mempunyai keperluan pertalian dalam alam sekitar. Dalam pendekatan biocentric penulis mencadangankan supaya menganggap kanakkanak dan haiwan mempunyai halangan mental pada tahap perkembangan yang sama. Selain itu, prinsip individu/organisma (tumpuan pada ciri individu) di guna pakai dengan mengalakan experimen ke atas bintang dan manusia untuk melihat tahap IQ antara binatang dan manusia tetapi tempat tinggal juga perlu di ambil kira kerana memberi penekanan atau pengaruh ke atas IQ itu sendiri. Bagi The interests of Lower Animal and the Basic Needs of Plants and Insects pula membincangkan mengenai kewujudan tidak sedar (non-conscious) yang perlu dijaga. Biarpun kewujudan tidak sedar ini tidak mempunyai pengkhususan pemengang yang benar tetapi masih mempunyai intrinsik. Oleh itu penulis menyatakan bahawa bukan hanya manusia sahaja di anggap yang paling murni kerana haiwan bawah (lower animal) dan tanaman atau tumbuhan masih mempunyai nilai intrinsik, biarpun haiwan bawah tidak mempunyai kesedaran diri atau kepekaan. Selain itu, haiwan bawahan juga meliputi tahap nilai intrinsik yang rendah daripada tahap pencapaian haiwan tinggi (termasuklah manusia). Hal ini bergantung kepada kemampuan perasaan gembira atau sakit, untuk melihat lebih nilai intrinsik haiwan bawahan berbanding tumbuhan atau serangga. Penulis menyatakan bahawa perlu membuat pertimbangan daripada sistem komunikasi yang ditunjukkan untuk melihat nilai intrinsik dengan lebih dalam lagi dan menentukan yang mana bukan nilai intrinsik bagi haiwan rendah tetapi dalam kes tumbuhan, pokok-pokok dan serangga (contoh ; lebah dan semut) pula tidak mempunyai kepekaan dan terpaksa bergantung kepada kepentingan biological juga daripada kepentingan spesies. Untuk The Moral Considerability of Ecosystem, penulis cuba mempertengahkan kepentingan ekosistem tanpa adanya hak atau kepentingan bagi haiwan tinggi atau haiwan rendah. Walaubagaimanpun, penulis menyatakan bahwa ekosistem adalah peringkat paling rendah tetapi masih ada nilai intrinsik yang murni, maka manusia perlulah melindungi ekosistem itu. Oleh itu, penulis cuba menimbulkan satu konsep moral ekosistem yang mengandungi biotic community (spesies yang tinggal bersama dalam kawasan geografi) dan fizikal alam sekitar (batu, tanah, gunung, hutan, laut, tasik, dan sungai). Dalam biotic

community penulis menerangkan bahawa terdapat keperluan, sejak perubahan haiwan tinggi ( kewujudan pengaruh hak dan kepentingan) dan haiwan bawahan ( kewujudan pengaruh kepentingan). Manakala bagi fizikal alam sekitar pula ialah pertimbangan yang merujuk pandangan pendapat etika kerana pengaruh yang dalam ke atas kestabilan, harmoni, kesewajaran dan keperbagaian agama dalam biotical community itu sendiri. Dengan ini konsep moral ekosistem yang mengandung biotical community dan fizikal alam sekitar tidak dapat dipisahkan dalam menentukan nilai intrinsik yang ada pada haiwan tinggi dan haiwan rendah dalam dunia ini. Manakala yang terakhir iaitu Toward a Biophilic Being pula membincangkan mengenai kewujudan manusia dilihat memahami lelaki atau perempuan merupakan sejak kehendak manusia yang komponen tidak penting dalam self-accomplishment di alam semesta ini. Hal ini penting untuk mengandaikan prinsip seperti deep ecology, relativiti memainkan berperanan kewujudan manusia di bumi ini dan lagi biasanya bersifat univesal. Banyak ekosistem dapat terus hidup dengan mudah jika kewujudan manusia tidak hidup di kawasan itu. Dengan kata lain, kewujudan manusia tidak perlu bersifat univesal. Oleh itu penulis menegaskan bahawa manusia perlulah menghormati semua benda yang bersifat univesal. Selain itu, penulis menyarankan manusia mengeluarkan idea untuk menuju persaudaraan dalam segalanya kerana sudah lapuk menafsir dengan kata-kata sahaja. Hal ini turut diikuti seperti cara baru kewujudan dalam dunia ini sehingga manusia tinggal dalam penyatuan alam semesta bersama-sama berdasarkan semua unsur iaitu tahap kasih sayang yang paling tinggi untuk diikuti oleh semua spesies, sejak semua kewujudan turut dari mutlak yang sama. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tindakan buruk dari kewujudan manusia boleh menyebabkan akibat buruk kepada alam semesta.

Kelemahan dan Cadangan.

Jurnal yang bertemakan status moral bukan kewujudan manusia dan kepunyaan mereka dalam ekosistem yang dihasilkan ini merupakan pandangan pendukung Hak Asasi Haiwan yang merupakan satu aliran falsafah alam sekitar yang mana muncul akibat reaksi daripada aliran pemikiran Etika Alam Sekitar yang bersifat anthroposentrik atau Human Chauvinism, iaitu meletakan faktor kemanusian sebagai matlamat utama dalam sebarang perkiraan yang diambil terhadap alam sekitar. Dari segi kelemahan dalam jurnal ini ialah penulis tidak mengambil pandangan tokoh lain misalnya tidak meletakan pendapat Louis P. Pojman untuk menyokong jurnal yang dihasilkan ini. Di mana menurut Louis P. Pojman terdapat dua aliran pemikiran yang berkaitan dengan pandangan Hak Asasi Haiwan iaitu Utilitarianism (Utilitarianisme) dan Deontological Animal Right (Hak Asasi Haiwan Deontoligikal).1 Utilitarianisme menyatakan bahawa semua kehidupan tidak boleh dihalang untuk mendapatkan kepuasan dengan memenuhi kehendak sendiri manakala bagi Hak Asasi Haiwan Deontoligikal pula menyatakan bahawa semua kehidupan mempunyai kehendak yang sama. Oleh itu, menurut aliran pemikir ini bahawa pencapaian kehendak setiap kehidupan adalah berlandaskan nilai intrinsik yang sama. Kelemahan lain yang dapat dilihat dalam jurnal ini ialah penulis tidak mempunyai kesinambungan teori dan amalan yang mana manusia yang sebenar dalam alam sekitar menurut George Mivart ialah keberadaan manusia tidak hanya kesedaran, melainkan kesedaran dari kesedaran sendiri, tidak hanya berkerja atas dasar menyimpulkan (inferensi), melainkan kemanpuan untuk menganalisis proses menyimpulkan makhluk manusia tidak hanya bertindak atas dasar baik atau buruk melainkan memiliki pengertian mengenai idea-idea kebaikan dan kewajipan moral.2 Di sini berlaku pertikaian teori yang dimaksudkan penulis dengan George Mivart berdasarkan pandangan fungsi manusia kerana menurut penulis iaitu cult of the human self, berubah bentuk kewujudan kepada bukan manusia (non-human) kedalam manusia dengan cara sempurna diri tetapi menurut George1

Louis P. Pojman, Animal Right, dalam Louis P. Pojman (ed.), Environmental Ethics Readings in Theory and Application (Boston: Jones and Bartlett Publishers, 1994), m.s 25 2 Parsudi Suparlan (1996). Manusia, Kebudayaan, dan Lingkunganya. Jakarta : PT RAJAGRAFINDO PERSADA, hlm 43.

tadi telah menunjukkan dalam diri manusia tidak ada yang lebih besar kecuali pikirannya. Hal ini jelas telah menunjukkan bahawa jurnal yang dihasilkan masih mempunyai kelemahan kerana penulis tidak menerangkan secara jelas mengenai berubahan yang dimaksudkan oleh penulis adakah disebabkan fikiranya atau kemahuan manusia itu yang sanggup membuat pertimbangan seperti haiwan dalam mencari kesempurnaan hidup. Selain itu, kelemahan yang dapat dikesan ialah penulis tidak memberi kesan yang jelas terhadap perbuatan manusia ke atas alam sekitar. Di sini kesan yang jelas dapat dilihat melalui krisis alam sekitar yang berlaku pada masa kini berpunca daripada ketidakseimbangan sosial yang disebabkan kewujudan hierarki di kalangan masyarakat, seterusnya mewujudkan pula persaingan yang saling mengatasi di antara satu golongan dengan golongan yang lain. Dengan ini penulis perlulah mengkaji skop manusia itu nilai pandangan tersendiri dengan tidak tertumpu kepada nilai intrinsik bukan manusia tanpa melihat pendekatan lain seperti Ekososialisme iaitu aliran yang banyak dipengaruhi oleh doktrin sosial Marxism yang diperkenalkan oleh Murray Bookchin yang mencadangkan penyelesaian terhadap krisis alam sekitar hanya dapat dicapai dengan menghapuskan struktur masyarakat yang demikian dengan kembali semula kepada struktur masyarakat semulajadi (natural sociesty).3 Oleh itu, manusia tidak bolehlah dikategorikan sebagai haiwan yang sama taraf dengan bintang lain kerana manusia mempunyai struktur yang tersendiri dan mempunyai kelebihan fikiran dalam menilai sesuatu perbuatan. Dengan ini penulis dicadangkan mengambil satu pendekatan yang lebih jelas dalam menyokong jurnal yang dihasilkan ini iaitu pendekatan Ekologi Dalam kerana saling hubungan di antara seluruh komponen alam tabii yangn mana telah menolak sama sekali pandangan alam yang memisahkan atau membezakan manusia dengan alam tabii. Hal ini kerana menurut aliran pemikiran Ekologi Dalam, nilai intrinsik alam tabii inilah yang selayaknya dijadikan sebagai asas kepada pembinaan Etika Alam Sekitar.4

3

David Pepper, Eco-socialism from Deep Ecology to Social Justice ( London: Routledge, 1993), m.s. 31

4

G. Sessions, Introductions Deep Ecology, dalam M. E. Zimmerman (ed.), Environmental Philosophy from Animal Right to Radical Ecology (New Jersey: Prentice Hall, 1993), m.s. 161 - 162

Oleh itu, penulis dicadangkan menerima pandangan Bill Devall dan George Sessions dalam mengemukakan lapan perkara yang menjadi prinsip asas kepada aliran pemikiran Ekologi Dalam iaitu kehidupan yang baik bagi semua yang hidup di atas bumi ini adalah disebabkan oleh kewujudan nilai intrinsik masing-masing (nilai intrinsik ini tidak bergantung kepada apa yang dianggap penting oleh manusia semata-mata), keperbagaian dan kekayaan rupabentuk kehidupan di atas bumi mempunyai peranan penting bagi menjelmakan nilai-nilai intrinsik ini, manusia tidak ada hak untuk mengurangkan kepelbagaian dan kekayaan rupa bentuk kehidupan melainkan hanya untuk keperluan mereka yang sangat perlu, perkembangan kehidupan dan kebudayaan yang baik bagi manusia sebenarnya menuntut pengurangan pertumbuhan populasi. Demikian juga dengan perkembangan hidupan yang selain daripada manusia turut menuntut pengurangan yang sama, manusia telah menganggu dunia kehidupan yang lain secara melampau dan gangguan itu semakin bertambah buruk, semua polisi yang berkaitan dengan ekonomi, teknologi, dan ideologi perlulah dirombak semula ke arah membina keadaan yang lebih baik berbanding dengan keadaan yang ada pada masa kini, perubahan ideologi mestilah ke arah mengutamakan kualiti kehidupan yang lebih baik daripada sekadar untuk meningkatkan taraf pencapaian kehidupan yang tinggi, dan sesiapa yang setuju dengan prinsip yang dikemukakan sebelum ini mempunyai tanggungjawab secara langsung atau tidak langsung untuk merealisasikan perubahan yang dituntut.5

Kesimpulan. Dengan ini jurnal yang dihasilkan sukar ditemui kelemahan cuma penulis tidak menyentuh secara menyeluruh tentang pandangan tokoh-tokoh lain dalam memperkuatkan jurnal yang dihasilkan. Namun penjelasan yang dilakukan oleh penulis amatlah jelas kerana telah membahagikan kepada 3 bahagian yang besar yang dibincangkan secara teliti. Oleh itu,5

B. Devall dan G. Sessions, Deep Ecology, dalam D. Van De Veer dan C. Pierce (ed.), The Environmental Ethics and Policy Book (California: Wadsworth Publishing Company, 1994),

jurnal ini lebih bersifat non-anthroposentrik iaitu menolak pemikiran Etika Alam sekitar yang bersifat anthroposentrik atau Human Chauvinism iaitu menolak faktor manusia sebagai matlamat utama di dalam sebarang pengiraan yang diambil terhadap alam sekitar. Dengan ini penulis perlulah mengambil satu pendekatan yang tegas dalam menentukan nilai intrinsik ini dalam setiap makhluk. Selain itu, penulis perlulah melihat kembali peranan manusia sebagai pentadbir alam semula jadi dalam menentukan hak yang sama perlu ada kepada haiwan dan manusia. Oleh itu, penulis perlulah memperbaiki jurnal ini supaya penegasakn manusia ini terletak dalam golongan haiwan atau satu golongan yang tersendiri.

BIBLIOGRAFI Louis P. Pojman, Animal Right, dalam Louis P. Pojman (ed.),(1994) Environmental Ethics Readings in Theory and Application. Boston: Jones and Bartlett Publishers.

Parsudi Suparlan (1996). Manusia, Kebudayaan, dan Lingkunganya. Jakarta : PT RAJAGRAFINDO PERSADA David Pepper,(1993) Eco-socialism from Deep Ecology to Social Justice. London: Routledge, G. Sessions, Introductions Deep Ecology, dalam M. E. Zimmerman (ed.), (1993) Environmental Philosophy from Animal Right to Radical Ecology. New Jersey: Prentice Hall. B. Devall dan G. Sessions, Deep Ecology, dalam D. Van De Veer dan C. Pierce (ed.), (1994 ) The Environmental Ethics and Policy Book . California: Wadsworth Publishing Company.