Tun Salleh Abas

Embed Size (px)

Citation preview

KRISIS ANTARA BADAN EKSEKUTIF DAN BADAN KEHAKIMAN

Menurut Tun Salleh Abas (1989), menyatakan hubungan antara badan kehakiman dan kerajaan menjadi tegang, apabila berjalannya beberapa peristiwa penting seperti berikut Seorang wartawan asing John Berthelson yang berkhidmat dengan Akhbar Wall Street Journal berpusat di Hong Kong tetapi memegang permit kerja di Malaysia. Permit kerjanya dibatalkan oleh kerajaan. Kes ini dibawa ke mahkamah tinggi kemudian mahkamah agung memutuskan pembatalan kerajaan itu tidak sah. Keputusan ini membangkitkan kemarahan Perdana Menteri seperti laporan majalah TIME pada 24 November 1986. Laporan wawancara PM dengan majalah TIME pada 24 November 1986, telah di bawa ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Encik Lim Kit Siang ketua pembangkang. Hakim Datuk Harun Hashim yang mendengar menolak pengaduan itu tetapi membuat satu komentar bahawa " Mahathir Dilemma...."

Petronas membantu "BMF" yang kerugian $2.6 bilion dengan membeli saham bank itu. Encik K.C Chia pelanggan Bank Bumiputera mendakwa kerajaan dan Petronas dalam Mahkamah Tinggi atas alasan Petronas menyalahgunakuasa wang Petronas. Semasa kes ini berjalan, kerajaan mengusul di Parlimen untuk meminda, melulus dan menguatkuasa Akta Petronas pada tarikh sebelum kes ini supaya Petronas boleh membeli saham Bank Bumiputra. Akhirnya K.C Chia kalah dalam perbicaraan tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Agung daripada membayar perbelanjaan mahkamah.

Encik Lim Kit Siang mendakwa kerajaan kerana menswastakan Projek Lebuhraya Utara Selatan supaya perjanjian dibatalkan. Mahkamah Agung menolak dakwaan Lim Kit Siang. Tahun 1986, seorang pengarah bank ditahan di bawah ISA dan isu penahan ini di bawah ke Mahkamah dan Mahkamah Agung memutuskan penahanan itu tidak sah.

Tahun 1987 pelbagai kenyataan bercorak perkauman dibuat oleh tokoh-tokoh politik, suasana ketenteraman menjadi bahaya. Dengan itu kerajaan membuat tangkapan beramai-ramai di bawah ISA. Sebahagian tahanan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan kebebasan. Mahkamah Agung berdasarkan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, telah menolak dakwaan dan memutuskan tangkapan adalah sah. Dalam pada itu, Karpal Singh membuat dakwaan berasingan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan penahan Karpal Singh tidak sah dengan alasan salahguna kuasa dan membebaskannya tetapi dia ditangkap semula sebaik sahaja dibebaskan.

PEMECATAN TUN SALLEH ABAS

PENGENALAN Dilahirkan di Kampung Raja, Besut,Terengganu pada 25 Ogos 1929 Bekas Ketua Hakim Negara yang dipecat dan mendapat ulasan meluas di akhbar-akhbar tempatan dan luar negeri Isu pemecatan ini boleh ditakrifkan: satu kes yang dianggap sebagai pertikaian di antara pihak Eksekutif dengan pihak Kehakiman", (Tun Hussein Onn, buku Kebebasan Kehakiman)

KRONOLOGI PEMECATAN TUN SALLEH ABAS Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984.

1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula.

Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk mempertahan kebebasan badan kehakiman. Beliau telah menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh kesemua 20 orang hakim Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur,yang mana antara lain memutuskan untuk menghantar sekeping surat kepada Agung untuk menyatakan kekesalan para hakim terhadap ucapan mengkritik dibuat oleh Perdana Menteri berkaitan badan kehakiman dalam majalah Time.

Antara petikan kritikan Mahathir adalah, Badan kehakiman berkata, ' Walaupun kamu meluluskan undang-undang dengan menimbangkan sesuatu, kami berfikir bahawa fikiran kamu adalah salah, dam kami hendak memberikan tafsiran sendiri.' Kalau kita tidak bersetuju, Mahkamahmahkamah akan berkata, 'Kami akan mentafsirkan pertentangan pendapat kamu.' Kalau kami [kerajaan dan mengikut, kami akan hilang kuasa perundangan." Mahathir juga mengecam "kambing hitam [hakim]... yang hendak... kebebasan yang keterlaluan," dan menuduh mereka kerana bermuka-muka.

Dua bulan kemudian,Tun Salleh telah digantung jawatan dan Hakim Besar Malaya ketika itu Tan Sri Abdul Hamid Omar telah dilantik memangku jawatan Ketua Hakim Negara. Tun Salleh kemudiannya dituduh dihadapan satu tribunal khas dengan tuduhan salahlaku.Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi mempertikaikan keesahan tribunal tersebut di bawah perlembagaan persekutuan. Beliau juga menuntut agar tribunal digantung. Malangnya, tuntutantuntutan tersebut ditolak.

Tun Salleh dituduh dihadapan satu tribunal dengan lima tuduhan salahlaku. Tuduhan salah laku tersebut adalah seperti berikut: Tuduhan pertama ke atas Tun Salleh Abbas ialah tentang ucapannya pada 1 Ogos 1987 di Universiti Malaya. Ketua Hakim Negara itu telah dikatakan membuat beberapa pernyataan mengkritik kerajaan. Tun Salleh Abbas dituduh bersikap prejudis dan "bias" menentang kerajaan. Kenyatan-kenyataan Salleh Abbas itu bagi kerajaan dianggap sebagai tidak sesuai dengan kedudukan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara.

Tuduhan kedua: Kerajaan beranggapan ucapan Ketua Hakim Negara pada 12 Januari 1988 sebagai mengandung beberapa kenyataan yang memburukkan kerajaan dan ini dituduh boleh mengurangkan keyakinan umum terhadap Kerjaan. Tun Salleh Abbas telah dianggap menuduh Kerajaan menghakis kebebasan kehakiman, dan menyatakan kerjaan mengabaikan peranan kehakiman. Tuduhan ketiga: Berhubung tindakan Ketua Hakim Negara yang mengeluarkan satu perintah menangguhkan satu perbicaraan tanpa menetapkan satu tarikh lain untuk mendengar kes itu.

Tuduhan keempat: Berhubung satu surat bertarikh Mac 1987 kepada Raja-raja Melayu. Tuduhan itu mendakwa surat itu ditulis bagi pihak Ketua Hakim Negara dan semua hakimhakim di Malaysia. Dalam tuduhan kerajaan itu, disebut bahawa Yang di Pertuan Agong telah menafsirkan bahawa surat itu mendesak Rajaraja Melayu supaya bertindak ke atas perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Dan ini menurut Agong menjejaskan "hubungan baik antara Raja-raja Melayu dengan kerajaan". Agong ketika itu ialah Sultan Mahmod Iskandar (Sultan Johor).

Tuduhan kelima: Berhubung satu kejadian selepas penggantungan Tun Salleh Abbas dari jawatannya. Salleh Abbas dituduh kerana memberi satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BBC) pada 29 Mei 1988 yang telah dilaporkan oleh akhbar Straits Times Singapura. Dalam wawancara itu Tun Salleh Abbas telah dituduh memburukburukkan kerajaan.

Tun Salleh Abas telah dipecat secara rasminya pada 8 Ogos 1988. Pemecatan luar aturan Tun Salleh Abas ini menyebabkan Badan Peguam Malaysia enggan mengiktiraf Ketua Hakim Negara yang baru. Majlis Peguam Malaysia membuat kesimpulan bahawa sekiranya kelima-lima tuduhan ke atas Tun Salleh Abbas itu benar, kesemuanya itu tidak boleh menjadi asas untuk menyatakan bahawa Tun Salleh Abbas telah melakukan salah laku sebagai seorang Ketua Hakim Negara.

Beliau tidak sewajarnya dipecat daripada jawatannya. Demikian pandangan mereka berdasarkan standard antarabangsa. Undangundang Antarabangsa yang terkandung di dalam Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas kebebasan kehakiman melindungi kebebasan bersuara bagi hakimhakim selagi ianya selari dengan martabat seorang hakim.

Kesan pemecatan Ketua Hakim Negara ini memperlihatkan kepada kita bahawa jawatan seorang Ketua Hakim yang terjamin oleh Perlembagaan Malaysia telah tercalar. Di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukanperuntukan yang dikira dapat mewujud dan memelihara kebebasan kehakiman. Ini mencakup soal-soal yang berhubung dengan saraan dan syarat-syarat perkhidmatan para hakim. (Abdul Aziz Bari, 2008).

Gaji para hakim juga tidak seperti kakitangan awam yang lain kerana gaji-gaji mereka ditentukan oleh Parlimen dan diberi terus dari Kumpulan Wang Yang Disatukan. Ini menunjukkan bahawa hakim-hakim mempunyai kedudukan yang tinggi di negara kita bagi menjamin kebebasannya. Kesan kepada pemecatan ini menunjukkan bahawa keberkesanan perlindungan yang disediakan oleh perlembagaan akhirnya terbukti tidak kebal sepenuhnya. Oleh itu, doktrin pengasingan kuasa berlaku hanya pada teorinya tetapi praktikalnya tidak diamalkan sepenuhnya.