48
SINOPSIS TUHFAT AL-NAFIS BAHAGIAN 1 1: RAJA RAJA MELAYU PERTAMA DAN SILSILAH MELAYU Bermula dengan watak Raja Seri Teri Buana yang berasal dari Pasai, kemudian pergi ke Bukit Siguntang, dan berhijrah lagi ke Palembang, dan seterusnya ke Bentan, namun akhirnya menetap di Temasik(Singapura) Menceritakan juga menegani asal usul nama Singapura yang pada awalnya Temasik, ianya bermula dengan kejadian Raja Seri Teri Buana yang menebas hutan di Temasik dan telah berjumpa dengan seekor singa yang sekelip mata hilang dalam pandangan, dan akhirnya Raja memutuskan untuk menamakan Temasik sebagai Singapura Seterusnya mengisahkan menegani Deman Lebar Daun yang telah bersama-sama Raja Seri Teri Buana dari Palembang ke Singapura. Baginda merupakan bapa mertua Raja dan Raja di Palembang Selain itu, menceritakan mengenai Wan Seri Beni yang menjadi ibu angkat kepada Raja dan merupakan Raja Perempuan di Bentan. Baginda juga turut mengikut bersama Raja ke Singapura Seterusnya, menceritakan mengenai kemangkatan Deman Daun Lebar dan Wan Seri Beni yang ditanam di Bukit Singapura. Selepas 2 tahun kematian mereka Raja Seri Beni turut mangkat dan ditanam di tempat yang sama. Raja Seri Teri Buana memiliki 2 orang putera iaitu Seri Pikrama Wira dan Raja Kecik Muda, Seri Pikrama Wira telah menjadi ketua kerajaan dan Raja Kecik Muda menjadi menteri dengan memakai gelaran Tun Permatah Muka Berjajar  Anak kepada Seri Pikrama Wira iaitu Raja Muda telah mewarisi keraja an dan memakai gelaran Seri Ratna Wikrama, pada masa ini anak kepada Raja Kecik Muda menjadi bendahara dan wujudnya Badang yang menjadi orang kanan Raja Selepas Raja Muda mangkat, kerajaannya telah digantikan oleh anaknya Damiya yang telah memakai gelaran Paduka Seri Maharaja, pada masa ini Singapura telah diserang oleh ikan todak kerana dikatakan ianya adalah bala kerana raja telah membunuh ulama’ Tuan Zainul Khatib. Selepas Damiya Raja mangkat, baginda telah digantikan dengan anaknya Raja Iskandar Syah, pada masa ini Singapura telah dikalahkan oleh Majapahit. Kekalahan

Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sinopsis Kepada Karya Agung Tuhfat al-Nafis

Citation preview

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    1/48

    SINOPSIS TUHFAT AL-NAFIS

    BAHAGIAN 1

    1: RAJA RAJA MELAYU PERTAMA DAN SILSILAH MELAYU

    Bermula dengan watak Raja Seri Teri Buana yang berasal dari Pasai, kemudian pergi

    ke Bukit Siguntang, dan berhijrah lagi ke Palembang, dan seterusnya ke Bentan,

    namun akhirnya menetap di Temasik(Singapura)

    Menceritakan juga menegani asal usul nama Singapura yang pada awalnya Temasik,

    ianya bermula dengan kejadian Raja Seri Teri Buana yang menebas hutan di Temasik

    dan telah berjumpa dengan seekor singa yang sekelip mata hilang dalam pandangan,

    dan akhirnya Raja memutuskan untuk menamakan Temasik sebagai Singapura

    Seterusnya mengisahkan menegani Deman Lebar Daun yang telah bersama-sama

    Raja Seri Teri Buana dari Palembang ke Singapura. Baginda merupakan bapa mertua

    Raja dan Raja di Palembang

    Selain itu, menceritakan mengenai Wan Seri Beni yang menjadi ibu angkat kepada

    Raja dan merupakan Raja Perempuan di Bentan. Baginda juga turut mengikut bersama

    Raja ke Singapura

    Seterusnya, menceritakan mengenai kemangkatan Deman Daun Lebar dan Wan Seri

    Beni yang ditanam di Bukit Singapura. Selepas 2 tahun kematian mereka Raja SeriBeni turut mangkat dan ditanam di tempat yang sama.

    Raja Seri Teri Buana memiliki 2 orang putera iaitu Seri Pikrama Wira dan Raja Kecik

    Muda, Seri Pikrama Wira telah menjadi ketua kerajaan dan Raja Kecik Muda menjadi

    menteri dengan memakai gelaran Tun Permatah Muka Berjajar

    Anak kepada Seri Pikrama Wira iaitu Raja Muda telah mewarisi kerajaan dan memakai

    gelaran Seri Ratna Wikrama, pada masa ini anak kepada Raja Kecik Muda menjadi

    bendahara dan wujudnya Badang yang menjadi orang kanan Raja

    Selepas Raja Muda mangkat, kerajaannya telah digantikan oleh anaknya Damiya yangtelah memakai gelaran Paduka Seri Maharaja, pada masa ini Singapura telah diserang

    oleh ikan todak kerana dikatakan ianya adalah bala kerana raja telah membunuh ulama

    Tuan Zainul Khatib.

    Selepas Damiya Raja mangkat, baginda telah digantikan dengan anaknya Raja

    Iskandar Syah, pada masa ini Singapura telah dikalahkan oleh Majapahit. Kekalahan

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    2/48

    Singapura adalah dibantu oleh bendaharanya(Sang Rajuna Tapa) yang telah berlaku

    khianat bekerjasama dengan Majapahit. Sang Rajuna Tapa berlaku khianat kerana

    disebabkan Raja yang membunuh gundiknya(anak Sang Rajuna Tapa) tanpa usul

    periksa kerana difitnah bermukah dengan seorang lelaki.

    Raja Iskandar Syah telah membawa diri hingga ke Melaka, manakala Sang Rajuna tapatelah bersembunyi di dalam belubur beras bersama keluarganya dan akhirnya jatuh ke

    dalam parit dan bertukar menjadi batu.

    Raja Iskandar Syah telah membuka negeri di Melaka,dan selepas kemangkatannya

    baginda telah diganti dengan puteranya iaitu Raja Besar Muda. Raja Besar Muda telah

    membuat menteri dan bentara yang berempat.

    Selepas Raja Besar Muda mangkat, baginda telah digantikan dengan Raja Tengah, dan

    selepas Raja Tengah mangkat, diganti pula dengan Raja Kecil Besar. Raja Kecil Besar

    merupakan pemerintah yang adil dan saksama dan merupakan raja yang pertamamemeluk agama islam. Baginda telah bermimpi berjumpa nabi dan telah didatangi oleh

    Shekh Makhdum yang telah mengajarnya mengenai agama islam, maka baginda telah

    menukar nama sebagai Sultan Muhammad Shah. Baginda telah menetapkan adat-adat

    Melayu iaitu kuning yang tertentu kepada raja, melarang membuat rumah

    berperangin(pentas, astaka) dan tiang beralas tidak terletak di tanah dan rumah

    berperbalaian dan mempunyai pelantaian. Selain itu, turut melarang membuat perahu

    bertingkap dan berpengadapan dan melarang pemakaian gelang kaki emas. Baginda

    telah memerintah Melaka selama 67 tahun.

    Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, baginda digantikan dengan puteranyaRaja Ibrahim yang memakai gelaran Sultan Abu Syahid Syah, walaubagaimanapun

    Raja Ibrahim telah terbunuh bersama-sama Raja Rekan, maka pemerintahannya telah

    diganti oleh adiknya Raja Kasim. Raja Kasim telah menggunakan gelaran Sultan

    Muzaffir Syah, baginda telah membuat undang-undang melayu dan telah memerintah

    dengan adil. Selepas baginda mangkat, diganti pula dengan Raja Abdullah yang

    menggunakan gelaran Sultan Mansur Syah.

    Semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah, bendaharanya adalah Paduka Raja,

    baginda telah menghantar beberapa bingkisan dan hadiah perkiriman kepada Raja

    Goa, dan dibalas oleh Raja Goa dengan memberikan seorang anak raja di negeri kecilyang bernama Dahing Mempawah yang kemudiannya digelar sebagai Laksamana

    Hang Tuan. Sultan juga telah berkahwin dengan anak Ratu Majapahit.

    Selepas kemangkatan Sultan Mansur Syah, baginda telah digantikan dengan anaknya

    Sultan Alauddin Riayat Syah. Sultan Alauddin merupakan seorang sultan yang

    berwibawa kerana baginda suka mengawali Negara sendiri dan juga merupakan

    seorang yang adil, benci kepada orang yang jahat serta memelihara harta benda orang.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    3/48

    Selepas kemangkatan Sultan Alauddin, baginda digantikan pula dengan puteranya Raja

    Mahmud/ Sultan Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan baginda terdapat peristiwa

    baginda membunuh saudaranya sendiri (Raja Zainal) kerana cemburu akan Raja Zainal

    yang mempunyai paras yang baik, mengambil tunangan Raja Pahang iaitu Tun Teja,

    dan peminangan Puteri Gunung Ledang. Seterusnya, Sultan Mahmud ini suka bermain-

    main muda dengan isteri para menterinya dan pada suatu hari baginda telah tertangkap

    dengan menterinya Tun Biajit dan Tun Biajit sampai sanggup menderhaka kepadanya,

    lalu dia menawarkan gundiknya kepada Tun Biajit maka Tun Biajit pun menceraikan

    isterinya.

    Peristiwa yang lain semasa pemerintahan Sultan Mahmud adalah membunuh

    bendaharanya iaitu Bendahara Seri Maharaja dan Tun Ali, dan seterusnya mengahwini

    Tun Fatimah(anak Bendahara dan isteri Tun Ali) dan dikatakan ianya berpunca

    daripada fitnah Raja Mandeliar dan si Kitul. Pada zaman inilah Melaka diserang

    Feringgi dan baginda turun takhta dan digantikan dengan anaknya Raja Ahmad(Sultan

    Ahmad Syah) dan Sultan Mahmud membawa diri ke Batu Hampar.

    Selepas Feringgi menyerang, Sultan telah melarikan diri ke Muar lalu ke Penarikan dan

    kemudiannya singgah di Pahang dan akhirnya pergi ke Johor dan membuat kerajaan di

    situ. Seterusnya Sultan Mahmud turut membunuh anaknya sendiri(Sultan Ahmad)

    dengan memberi racun kerana Sultan Ahmad mempunyai perangai yang teruk. Maka

    dari Johor, Sultan telah berpindah ke Bentan dan diserang oleh Feringgi maka

    melarikan diri ke Kampar dan akhirnya mangkat di situ.

    Sultan Mahmud telah diganti dengan anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda

    telah keluar dari Kampar, kemudiannya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. SultanAlauddin telah berkahwin dengan puteri Sultan Pahang(Sultan Mansur Syah) iaitu Raja

    Kesuma Dewi ketika berada di Pahang dan telah dibekalkan dengan segala

    kelengkapan untuk kembali ke Johor. Selepas Sultan Alauddin mangkat, diganti pula

    anaknya yang memakai gelaran Sultan Muzaffir Syah.

    Sultan Muzaffir Syah menjadi raja ketika berusia 19, baginda mempunyai adab yang

    baik dengan orang tua dan selalu meminta pandangan mereka dalam setiap urusan

    baginda. Baginda telah membuat kubu di Selayut dan selepas kemangkatan baginda

    diganti pula dengan anaknya yang bergelar Sultan Abdul Jalil Syah.

    Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah, Feringgi telah datang menyerang

    Seluyut dan Feringgi telah kalah dalam serangan tersebut dan kembali semula ke

    Melaka. Seterusnya,Sultan telah berpindah dari Seluyut ke Hulu Sungai Damar dan ke

    Batu Sawar. Anak-anak Sultan Abdul Jalil adalah Raja Hasan(menjadi raja di Siak),

    Raja Husin(menjadi raja di Kelantan), Raja Mahmud(menjadi raja di Kampar).

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    4/48

    Seterusnya, putera gahara baginda pula adalah Raja Mansur dan Raja Abdullah yang

    menetap bersama baginda di Johor.

    Selepas Sultan Abdul Jalil mangkat, diganti dengan Raja Mansur yang menggunakan

    gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Mansur tidak menghiraukan kerajaan dan

    asyik dengan permainan sehingga menyebabkan Raja Abdullah dan Bendaharamenjadi pemangku dan menguruskan kerajaan. Selepas kemangkatan Raja Mansur,

    takhta telah diganti oleh Raja Abdullah yang memakai gelaran Sultan Hemat Syah.

    Semasa kerajaan di bawah pemerintahan Raja Abdullah, Raja Aceh telah datang

    menyerang Johor, dan Johor telah kalah. Maka Raja Abdullah berundur ke Lingga dank

    ke Tembalan dan telah mangkat di Pulau Tembelan. Setelah kemangkatan Raja

    Abdullah, kerajaan baginda telah digantikan dengan Sultan Abdul Jalil dan saudaranya

    menajdi Yang Dipertuan Muda. Baginda telah menetap di Pahang dan menitahkan

    Laksamana menyediakan kelengkapan untuk merompak Feringgi dan membuat negeri

    di Riau. Pada masa ini juga, Johor telah dikalahkan oleh Jambi. Seterusnya, MarhumMuda telah mangkat di Pahang dan kemudian pula Sultan Abdul Jalil pula mangkat.

    Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil pemerintahan diganti oleh anak Marhum Muda

    yang bernama Raja Ibrahim(Sultan Ibrahim), dibantu oleh bendahara Tun Pikrama Tun

    Habib yang menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Sultan Ibrahim telah

    berpindah ke Riau dan dapat mengalahkan Jambi dan Siak. Selepas kemangkatan

    Sultan Mahmud kerajaan diganti pula dengan anakanda baginda iaitu Sultan Mahmud

    Syah, Sultan Mahmud kemudiannya telah berpindah dari Riau dan menetap di Johor.

    Seterusnya, pada zaman ini ada juga menceritakan mengenai kematian DatukBendahara Tun Pikrama Tun Habib/ Bendahara Seri Maharaja yang mangkat pada

    Hijrat seribu seratus Sembilan tahun pada tahun dal sanat 1109 pada 7 haribulan

    Muharam. Jawatan bendahara telah digantikan dengan anaknya yang menjadi

    bendahara Johor.

    Selepas kemangkatan Sultan Mahmud kerana terbunuh di Kota Tinggi berpunca

    dengan seulas buah nangka, maka kerajaan baginda telah digantikan dengan

    bendahara yang akhirnya menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Pada waktu

    Sultan Abdul Jalil menaiki takhta, anaknya yang bernama Raja Sulaiman lahir.

    Sultan Abdul Jalil(bendahara) mempunyai beberapa anak gahara dan baginda telah

    menjadikan anak-anaknya sebagai bendahara, Temenggung, Raja Muda dan Indera

    Bongsu. Manakala Raja Sulaiman pula baginda ingin menjadikan sebagai pengantinya.

    Jumlah adik beradik Raja Sulaiman adalah seramai 16 orang, namun hanya beberapa

    nama sahaja disebut iaitu Raja Sulaiman, Tengku Tengah, Tengku Kamariah dan

    Tengku Mandak. Raja Sulaiman telah diangkat menjadi Raja Bugis,Tengku Tengah

    telah menjadi isteri kepada Opu Dahing Parani dan dikurniakan anak iaitu Raja

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    5/48

    Maimunah, Tengku Kamariah telah berkahwin dengan Raja Kecik dan dikurniakan anak

    iaitu Raja Mahmud(Raja Buang), Tengku Mandak pula telah berkahwin dengan Opu

    Dahing Cellak dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Tengku Putih dan Tengku Hitam

    Raja Sulaiman merupakan Raja Johor, menggunakan gelaran Sultan Sulaiman Badrul

    Alam Syah, baginda mempunyai anak iaitu Raja Abdul Rahman, serta 16 lagi anakyang lain bersama isterinya Encik Nusamah iaitu 2 lelaki dan 14 perempuan, baginda

    juga turut mempunyai seorang anak di Baruh yang bernama Raja Abdul Jalil iaitu anak

    gahara bersama Encik Puan Perak. Anak-anaknya yang lain adalah Raja Othman, Raja

    Ismail, Raja Ahmad dan ayahanda Tengku Panglima Besar, selain itu, anak

    perempuannya pula adalah Raja Bulang.

    Seterusnya, menceritakan mengenai perkahwinan antara Sultan Abdul Jalil dengan

    Tengku Putih dan mendapat anak iaitu Sultan Mahmud. Sultan Mahmud pula

    dikurniakan 2 orang lelaki iaitu Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman. Tengku Long

    telah dirajakan oleh orang Inggeris di Singapura dan menggunakan gelaran SultanHusin Syah manakala Tengku Abdul Rahman(Tengku Jumaat) bergelar Sultan Abdul

    Rahman Marhum Bukit Cengkih di Lingga. Sultan Abdul Rahman dikurniakan anak iaitu

    pewarisnya Sultan Muhammad Shah.

    Selain itu, Sultan Abdul Rahman turut mempunyai anak yang lain selain daripada

    Sultan Muhammad iaitu Sultan Sulaiman, Raja Daud dan yang perempuan Tengku

    Tengah, Tengku Kecik, Tengku Andak dan Tengku Hitam.

    Sultan Muhammad yakni pewaris takhta dikurniakan pula anak iaitu Sultan Mahmud

    dan Tengku Dalam yakni anak baginda bersama Raja Trengganu(Tengku Teh). Selainitu, baginda turut mempunyai anak yang lain iaitu Tengku Said, Tengku Andut, Tengku

    Ibrahim, Tengku Hamidah, Tengku Safiah, Tengku Mariam dan Tengku Sulaiman.

    Kerajaan Sultan Muhammad telah diwarisi oleh Sultan Mahmud, walaubagaimanapun,

    semasa pemerintahan Sultan Mahmud, baginda telah diturunkan dari kerajaannya oleh

    Holanda dan digantikan dengan bapa saudaranya Tengku Sulaiman yang memakai

    gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.

    Seterusnya, terdapat juga mengenai anak-anak Sultan Husin iaitu Tengku Besar,

    Tengku Ali, Tengku Jaafar dan 2 orang anak perempuan yang tidak disebut namanya.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    6/48

    BAB 2: RAJA-RAJA SIAK DAN SILSILAH MEREKA

    Bermula dengan kisah Raja Kecil yang menggunakan gelaran Pagar Ruyung Yang

    Dipertuan Raja Kecik. Asal usul Raja Kecik menurut sejarah Siak adalah merupakananak marhum yang mangkat dijulang yakni Sultan Mahmud bersama gundiknya anak

    Laksamana(Encik Pong). Semasa Sultan Mahmud mangkat, orang ramai bergaduh

    mengenai anak yang dikandung oleh Encik Pong, lalu untuk langkah keselamatan Encik

    Pong telah dilarikan oleh Panglima Bebas ke Pagar Ruyung.

    Encik Pong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan telah dijadikan anak

    angkat oleh Puteri Janilan(pemerintah Pagar Ruyung). Setelah anak tersebut besar,

    Puteri Janilan telah menggelarnya Buyung dan melepaskannya belayar ke Palembang,

    Johor, Bangka Kota, Siantan, Ratu Bahara, Siak, Melaka dan di beberapa tempat yang

    lain. Selepas pulang daripada pengembaraannya, Buyung telah diberi gelaran RajaBeralih dan selepas menjalani upacara untuk membuktikan dia sememangnya anak

    kepada Sultan Mahmud, dan baginda tidak terkena apa-apa tulah maka Yamtuan Sakti

    telah mengurniakannya pedang kebesaran(Sapu Rejab) dan cap mohor untuk

    mengesahkannya sebagai anak Sultan Mahmud dan menggelarnya sebagai Raja

    Kecik.

    Raja Kecik telah membuka kerajaan di Siak dan telah berkahwin dengan Dipati Batu

    Kucing dan mendapat seorang anak lelaki iaitu Raja Alam/ Raja Rabiul Alam. Selain itu,

    Raja Kecik turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Tengku Mahmud/Raja Buang hasil

    perkahwinannya dengan Tengku Kamariah. Raja Alam telah menjadi Raja Mudamanakala Tengku Mahmud menjadi Yang Dipertuan Besar.

    Tengku Mahmud telah menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah dan telah

    berkahwin dengan anak Dahing Mentekkuh dan dikurniakan 2 orang putera iaitu Raja

    Ismail dan Raja Daud. Selain itu, baginda turut mempunyai anak-anak yang lain iaitu

    Raja Abdullah, Raja Abdul Rahman, Raja Musa, Raja Kamat, Raja Baki, Raja Husin,

    Raja Yusuf, Raja Muhammad, Raja Busu, Raja Hasan, Raja Taib, Raja Yasin dan anak-

    anak perempuan pula adalah Tengku Ambung, Tengku Salihah, Tengku Cakera,

    Tengku Hitam, Tengku Fatimah

    Raja Alam pula telah berkahwin dengan anak Raja Bugis(Opu Dahing Parani) iaitu

    Dahing Khadijah dan dikurniakan anak iaitu Tengku Badariah, Tengku Hawa, Tengku

    Sukma, Tengku Emas Ayu, Raja Muhammad dan Raja Akil.

    Seterusnya mengenai pemerintahan di Siak iaitu bermula dengan Raja Kecik

    kemudiannya Tengku Mahmud diikuti Raja Ismail, seterusnya Raja Alam kemudian

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    7/48

    kembali kepada Raja Ismail dan diikuti dengan anak Raja Ismail yakni Raja Yahya dan

    akhirnya kepada Saiyid Ali dan keturunanya.

    BAB 3: SILSILAH BUGIS

    Bermula dengan seorang Raja Perempuan(Sitti Malangkalik) di negeri Luwuk yang

    menjadi raja dalam kerajaan di Selangi kemudiannya berkahwin dengan Raja Bugis di

    negeri Luwuk dan dikurniakan anak iaitu Datu Palinggik, Patotok, Betara Guru, Betara

    Lattuk, Paduka Sawerigading dan La Galigo.

    Seterusnya menceritakan mengenai legasi La Gilago iaitu bermula dengan anaknya

    Paduka Saung ri Warik dan berakhir dengan La Maddusilat yang akhirnya menjadi titik

    permulaan cerita. Raja La Maddusilat merupakan Raja Bugis yang pertama memasukiagama Islam dan telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Pajung(ketua kerajaan di Luwuk),

    Opu Dahing Biasa(menjadi orang besar di Bugis dan Tanah Jawa) dan Opu

    Tendriburang Dahing Rilaga yang telah mengembara ke sebelah tanah Barat Bugis.

    Selanjutnya menceritakan perihal anak-anak Opu Tendriburang Dahing Rilaga iaitu Opu

    Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing Marewah, Opu Dahing Cellak, dan

    Opu Dahing Kemasi. Opu Dahing Parani dan adik beradiknya telah menjadi parajurit

    Agung Jayang Seteru Johan Pahlawan dari sebelah barat Tanah Bugis hingga tanah

    Johor

    Seterusnya, Opu Dahing Menambun telah menjadi raja di Mempawah dan bergelar

    Pangeran Mas Seri Negara. Opu Dahing Marewah pula telah menjadi Yang Dipertuan

    Muda di Riau dan telah menggunakan gelaran Kelana Jaya Putera, baginda telah

    mengalahkan Raja Kecik dan melantik Raja Sulaiman menjadi raja Johor. Opu Dahing

    Cellak pula telah menjadi Yang Dipertuan Muda Kedua di Riau dan akhir sekali Opu

    Dahing Kemasi telah menggunakan gelaran Pangeran Mangkabumi dan memerinta

    kerajaan di Sambas setelah mengahwini Raden Tengah(adik Sultan Sambas), hasil

    perkahwinannya dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu Emas Sani, Emas Saja, Dahing

    Utih dan Dahing Bukak.

    Opu Dahing Parani telah berkahwin dengan anak orang Bugis dan mendapat 2 orang

    anak iaitu Dahing Kembuja dan Dahing Khadijah. Dahing Kembuja telah menjadi Yang

    Dipertuan Muda Ketiga dalam negeri Riau manakala Dahing Khadijah telah menjadi

    isteri kepada Raja Alam(anak Raja Kecik). Selain itu, Dahing Parani turut berkahwin

    dengan adik Sultan Sulaiman iaitu Tengku Tengah dan mendapat seorang anak iaitu

    Raja Maimunah.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    8/48

    Opu Dahing Menambun telah berkahwin dengan Puteri Kesumba dan mendapat 10

    orang anak iaitu Gusti Jameril,Gusti Jamadin, Gusti Jalderi, Gusti Jamal, Gusti Sina,

    Ratu Suria Kesukma, Utin Dewaman, Utin Candera Sari, Utin Candera Midi dan Utin

    Nawang

    Opu Dahing Marewah pula telah berkahwin dengan Tun Encik Ayu(janda mangkatdijulang) dan dikurniakan 3 orang anak iaitu La Mampak Unuk, Raja Said, dan Raja

    Fatimah

    Opu Dahing Cellak pula telah berkahwin dengan Tengku Mandak(anak Sultan Abdul

    Jalil) mendapat 2 orang anak iaitu Tengku Putih dan Tengku Hitam. Anak baginda yang

    lain adalah Raja Haji, Raja Lumu, Raja Aminah, dan Raja Halimah

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    9/48

    BAHAGIAN 2

    BAB1: KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD

    Mengisahkan mengenai kemangkatan Sultan Mahmud yang mangkat dijulang akibat

    dibunuh oleh Megat Seri Rama. Sultan terbunuh ketika berada di atas julang dalamperjalanan untuk mengerjakan solat jumaat. Megat Seri Rama turut terbunuh gara-gara

    terkena lontaran keris raja. Sultan mangkat pada Hijrat Sanat 111 pada hari jumaat

    bulan safar.

    Kerajaan telah diganti dengan bendahara(anak Bendahara Tun Habib ) yang memakai

    gelaran Sultan Abdul Jalil. Ketika Sultan Abdul Jalil menaiki takhta anakanda baginda

    Raja Sulaiman dilahirkan. Pada masa tersebut juga encik Pong melahirkan seorang

    bayi lelaki(Raja Kecik) di Pagar Ruyung. Sultan Abdul Jalil telah memerintah Johor

    selama 19 tahun.

    BAB 2: BUGIS DI LAWUK

    Mengisahkan mengenai keturunan Raja Bugis di Luwuk yang bermula dengan Raja La

    Maddusilat yang kemudiannya dikurniakan 3 orang putera iaitu Pajung, Opu

    Tendriburang Dahing Rilaga dan Opu Dahing Biasa.

    Seterusnya menceritakan mengenai Opu Tendriburang Dahing Rilaga yang dikurniakan

    5 orang putera iaitu Opu Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing

    Marewah. Opu Dahing Cellak dan Opu Dahing Kemasi. Seterusnya menceritakanmengenai pengembaraan Dahing Parani ke To Pammana dan telah berkahwin dengan

    Raja Perempuan di situ iaitu Datu To Pammana dan mendapat seorang puteri iaitu

    Datu ri Watu.

    Seterusnya, mengisahkan mengenai Dahing Parani yang telah membunuh anak raja

    Bugis kerana telah bermain muda denga isteri Arung Boneh. Dahing Parani telah

    dibawa ayahnya ke Siantan dan telah dinikahkan dengan anak Nakhoda Alang. Selain

    itu, menceritakan mengenai kemenangan Opu Tendriburang Dahing Rilaga

    mengalahkan ayam sabungan Raja Culan dan mendapat kapal yang dipertaruhkan.

    Selain itu juga, turut menceritakan mengenai kelahiran anak Dahing Parani iaitu DahingKambuja

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    10/48

    BAB 3: RAJA KECIK

    Mengisahkan mengenai zuriat Sultan Mahmud mangkat dijulang bersama Encik Pong.

    Anak tersebut telah dibuat anak angkat oleh Puteri Janilan(pemerintah di Pagar

    Ruyung) dantelah diberi gelaran Raja Beralih setelah memasuki alam dewasa.

    Seterusnya, Yamtuan Sakti telah mengurniakan pedang kebesaran dan cap mohoryang dapat memerintah anak Minangkabau di Persisiran Laut dan diberi gelaran Raja

    Kecik. Seterusnya, Raja Keckl telah menyerang Johor dan dapat menguasai Johor dan

    telah bertunang dengan puteri Sultan Abdul Jalil iaitu Tengku Tengah namun telah

    mengahwini adik Tengku Tengah yakni Tengku Kamariah kerana lebih cantik.

    BAB 4: BUGIS DI JOHOR

    Mengisahkan mengenai 5 beradik Opu Bugis yang telah pergi ke Langat dan

    menyediakan kelengkapan untuk membantu Raja Abdul Jalil yang diserang oleh Raja

    Kecik namun terlewat. Seterusnya mengenai Tengku Tengah yang telah mengahwini

    Opu Dahing Parani demi mengembalikan maruah keluarga mereka. Selain itu,

    mengisahkan mengenai Opu Dahing Parani yang telah pergi ke Siantan untuk

    menyediakan kelengkapan perang untuk menyerang Raja Kecik.

    BAB 5: BUGIS DI MATAN

    Mengisahkan mengenai Sultan Muhammad Zainul Din yakni anak kepada SultanMuhammad Safiul Din yang berkerajaan di sebelah Matan. Kerajaan Matan yg berada

    dalam pemerintahan Sultan Muhammad Zainul Din telah dirampas oleh Pangeran

    Agung(bapa saudara baginda).

    Seterusnya, Sultan Zainul Din telah membawa diri bersama keluarga ke Banjar dan

    meminta bantuan Raja Banjar untuk merampas kembali kerajaannya. Sultan Banjar

    telah membantu dengan menurunkan Panglima Pantas bersama tenteranya.

    Walaubagaimanapun, Panglima Pantas telah terkorban dalam serangan untuk

    merampas kerajaan tersebut, setelah melihat Panglima Pantas terkorban para tentera

    di bawah pimpinannya telah melarikan diri dan meninggalkan Sultan Muhammad ZainulDin tekepung. Sultan Muhammad Zainul Din telah menguncikan dirinya dalam sebuah

    masjid untuk menyelamatkan diri.

    Sultan Muhammad Zainul Din telah mengutus surat kepada 5 beradik Opu untuk

    meminta bantuan. Adik beradik Opu cuba membantu dengan berbincang dengan cara

    yang baik dengan Pangeran Agung namun telah ditolak. Sultan Zainul Din telah

    mengahwinkan puterinya dengan Opu Dahing Menambun dan seterusnya meminta

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    11/48

    bantuan adik beradik Opu untuk menyerang Pangeran Agung. Adik beradik Opu telah

    menyerang Pangeran Agung namun dihalang oleh Dahing Matekkuh dan Haji Hafiz,

    namun halangan tersebut tidak menjadi kudis kerana mereka tidak berani untuk

    berlawan dengan adik beradik Opu.

    Seterusnya, Pangeran Agung telah ditangkap dan dikurung di dalam satu kota kecilbersama 30 orang perempuan dan kerajaan Matan telah kembali semula kepada Sultan

    Muhammad Zainul Din.

    BAB 6: KEMANGKATAN SULTAN ABDUL JALIL

    Mengisahkan mengenai kerjaan Johor yang terbahagi kepada dua pihak iaitu

    sebahagian berpihak kepada Sultan Abdul Jalil dan sebahagian lagi kepada RajaKecik. Seterusnya, penyebaran fitnah yang berleluasa sehingga mempengaruhi Tengku

    Tengah, lalu membenci Raja Kecik, Tengku Tengah pula mempengaruhi Tengku

    Kamariah untuk membenci Raja Kecik, lalu menyebabkan Tengku Kamariah keluar dari

    istana Raja Kecik dan tinggal bersama Tengku Tengah.

    Raja Kecik telah meminta isterinya supaya kembali namun dihalang oleh Tengku

    Mandak dan telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga Raja Kecik

    menyerang Sultan Abdul Jalil. Kubu yang dibuat Sultan Abdul Jalil di Seluyut telah

    dapat ditawan oleh Raja Kecik dan menyebabkan Sultan Abdul Jalil berundur ke

    Terengganu dan selepas 3 tahun membuka negeri di Kuala Pahang.

    Seterusnya menceritakan mengenai Raja Kecik berpindah kerajaan dari Johor ke Riau

    kerana menganggap Johor Tanah yang malang. Setelah Raja Kecik mengetahui Sultan

    Abdul Jalil membuka negeri di Kuala Pahang, baginda telah menitahkan Laksaman

    Nakhoda Alam untuk menjemput Sultan Abdul Jalil datang ke Riau dan sekiranya

    ditolak akan berlaku perang.

    Pada awalnya, Sultan Abdul Jalil menolak dan telah menyebabkan berlakunya

    peperangan dan Kuala Pahang telah kalah. Laksamana tidak mengapa-apakan Sultan

    Abdul Jalil dan keluarganya malah memujuk Sultan untuk datang ke Riau, dan akhirnyaSultan bersetuju. Dalam perjalanan untuk ke Riau, Laksaman Nakhoda Alam telah

    menerima surat daripada Raja Kecik melalui Emas Raden supaya membunuh Sultan

    Abdul Jalil, walaupun kandungan surat tersebut bertentangan dengan arahan yang

    diterima pada awalnya, namun laksaman turut mengikutinya sebab surat tersebut

    disahkan oleh Raja Kecik. Sultan Abdul Jalil telah mangkat dalam serangan tersebut.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    12/48

    Raja Sulaiman telah menyimpan dendam di atas kematian bapanya, lalu baginda

    menghantar surat kepada adik beradik Opu untuk menyerang Raja Kecik. Adik beradik

    Opu bersemangat untuk memulakan serangan dan Kelana Jaya Putera telah

    bersumpah untuk menawan Riau dan diserahkan kepada Raja Sulaiman. Angkatan

    perang itu diketuai oleh Opu Dahing Parani dan diikuti oleh Opu Kelana Jaya Putera,

    Opu Dahing Cellak selaku panglima besar, dan Opu Dahing Menambun dan Opu

    Dahing Kemasi masing-masing menjadi panglima perang kanan dan panglima perang

    kiri.

    Peperangan tersebut telah dimenangi oleh adik beradik Opu dan Riau dapat ditawan,

    Raja Kecik telah berundur ke Lingga. Seterusnya, Opu Kelana Jaya Putera telah

    mengembara ke Selangor untuk menguatkan lagi ketenteraan mereka. Pada masa

    yang sama Raja Kecik telah kembali semula ke Riau dan mengalahkan tentera Bugis

    yang tinggal dan membaiki semula kepercayaan rakyat Riau serta mengukuhkan

    kembali kubu pertahanannya.

    BAB 7: BUGIS DI SELANGOR

    Mengisahkan mengenai Opu Kelana Jaya Putera bersama saudaranya yang berada

    dalam Selangor untuk menguatkan ketenteraan mereka. Selain itu menceritakan

    mengenai orang-orang Bugis yang telah memasang belat untuk menangkap ikan diKuala Linggi dan mendatangkan kemarahan kepada Penghulu Linggi. Maka Penghulu

    Linggi bersama suruhannya telah merosakkan belat orang Bugis dan menghantarnya

    kepada adik beradik Opu. Adik beradik Opu merasa sangat marah dengan tindakan

    Penghulu Linggi itu lalu menyerang Linggi.

    Selepas mengetahui bahawa dia tidak mampu berlawan dengan adik beradik Opu,

    maka Penghulu Linggi telah meminta bantuan pemerintahnya yakni Raja Kecik. Maka

    Raja Kecik telah mempersiapkan kelengkapan perangnya untuk menyelamatkan Linggi

    dan berlakulah peperangan antara mereka, namun Raja Kecik telah mengalami

    kekalahan yang teruk iaitu bukan sahaja kehilangan Linggi malah turut kehilangan Riaukerana strategi peperangan Opu Kelana Jaya Putera yang bijak.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    13/48

    BAB 8: PERTABALAN RAJA SULAIMAN

    Mengisahkan mengenai adik beradik Opu yang ingin melantik Raja Sulaiman menjadi

    raja Johor dan di semua daerah taklukannya, walaubagaimanapun Raja Sulaiman tidakdapat dilantik tanpa semberab dan pedang kerajaan yang berada dalam simpanan

    Raja Kecik. Maka, Kelana Jaya Putera telah bertolak ke Siak untuk mengambil alat

    kebesaran tersebut dengan Raja Kecik.

    Raja Kecik tidak mahu menyerahkan alat kebesaran itu kepada Kelana Jaya Putera

    sehingga menyebabkan berlakunya peperangan di antara Bugis dengan MInangkabau.

    Dalam peperangan tersebut Raja Kecik telah kalah dan menyerahkan semula alat

    kebesaran tersebut kepada Kelana Jaya Putera.

    Setelah mendapat alat kebesaran itu, Raja Sulaiman telah dilantik menjadi ketua

    kerajaan menggantikan Sultan Abdul Jalil dan memakai gelaran Sultan Sulaiman Badrul

    Alam Syah. Selepas selesai urusan penabalan, Raja Sulaiman ingin melantik salah

    seorang daripada 5 beradik Opu untuk menjadi Yang Dipertuan Muda untuk

    memerintah kerajaan Johor, Riau, Pahang dan segala daerah taklukan. Pada awalnya,

    adik beradik Opu menolak, namun demi menjaga air muka Raja Sulaiaman, Opu

    Kelana Jaya Putera telah sanggup mengambil jawatan tersebut.

    Seterusnya, mengisahkan mengenai Opu Dahing Cellak yang dikahwinkan dengan adik

    Raja Sulaiman iaitu Tengku Mandak. Selain itu, Opu Kelana Jaya Putera telah

    mengambil Tun Encik Ayu menjadi isterinya.

    BAB 9: PERANG KEDAH YANG PERTAMA

    Mengisahkan mengenai pelayaran Opu Dahing Parani bersama 2 saudaranya iaitu Opu

    Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasi ke Selangor. Tiba di Selangor, Opu Dahing

    Parani telah berkahwin dengan anak Yang Dipertuan Selangor dan dikurniakan seorang

    anak perempuan.

    Pada masa tersebut, Raja Kedah telah mengutus surat kepada Opu Dahing Parani

    untuk meminta bantuan mengambil alih kerajaan Kedah daripada saudaranya yang

    lebih muda. Opu Dahing Parani bersama saudaranya telah bersetuju untuk membantu

    dan Raja Kedah telah berjanji untuk memberi 15 bahara ringgit sebagai balasan.

    Adik beradik Opu telah berperang dengan Kedah dan telah dapat mengalahkan Raja

    Muda Kedah, maka Yang Dipertuan Kedah(Raja Kedah) telah memberi 3 bahara ringgit

    kepada adik beradik Opu dan meminta hutang yang selebihnya.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    14/48

    Seterusnya, Opu Dahing Parani telah mengahwini saudara Raja Kedah dan mendapat

    seorang anak perempuan. Opu Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasi telah

    meminta izin untuk kembali ke Matan dan pada masa yang sama untuk singgah di

    Sambas setelah menerima jemputan daripada Raja Adil(Raja Sambas)

    Raja Adil telah megahwinkan Opu Dahing Kemasi dengan adiknya Raden Tengah,maka Opu Dahing Kemasi telah digelar sebagai Pangeran Mangkabumi dan menjadi

    pemerintah kerajaan Sambas. Opu Dahing Menambun pula telah pulang ke Matan dan

    disambut oleh bapa mertuanya Sultan Muhammad Zainul Din dan digelar sebagai

    Pangeran Emas Seri Negara dan isterinya Puteri Kesumba digelar Ratu Agung

    Sunuhan dan memerintah negeri Mempawah.

    BAB 10:PERANG KEDAH YANG KEDUA

    Mengisahkan mengenai Raja Muda Kedah yang kalah dalam peperangan dengan adik

    beradik Opu, maka Raja Muda telah meminta bantuan Raja Kecik. Raja Kecik telah

    memberikan bantuan kepada Raja Muda dan mengahwini adik Raja Muda.

    Setelah Raja Kedah mengetahui Raja Muda Kedah mendapat bantuan daripada Raja

    Kecik, maka baginda telah memintan bantuan adik beradik Opu di Riau. Yang

    Dipertuan Muda Riau(Opu Kelana Jaya Putera) dan saudaranya telah pergi ke Riauuntuk mendamaikan Raja Kedah dan Raja Muda Kedah dan mengajak Raja Kecik

    untuk bermuafakat bersama. Walaubagaimanapun, Raja Kecik hanya mencari jalan

    untuk bergaduh sehingga menyebabkan berlakunya peperangan besar.

    Dalam peperangan besar tersebut, Opu Dahing Parani telah terkorban dan banyak

    nyawa antara kedua-dua pihak terkorban. Adik beradik Opu yang lain telah mengamuk

    dan menyerang habis-habisan Raja Kecik dan menyebabkan Raja Kecik tewas dan

    berundur ke Siak. Setelah Raja Kecik berundur, maka upacara pengebumian Opu

    Dahing Parani dilaksanakan. Pada sanat 1137, Raja Kecik telah datang menyerang

    Riau dan menyebabkan berlakunya peperangan berterusan maka Orang-Orang Besartelah mencadangkan supaya kedua-dua pihak berdamai, maka mereka telah berdamai

    dan Raja Kecik telah kembali ke Siak.

    Pada Hijrat Sanat 1138, Sultan Khalifah Allah Muhammad Syah telah pergi ke Kampar

    dan membuat surat supaya Raja di Pagar Ruyung( Raja Kecik) dan Raja Johor

    bersumpah setia iaitu : barangsiapa anak Minangkabau yang berada dalam

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    15/48

    pemerintahan Johor hendaklah mengikut pemerintah Johor, jika tidak diikut akan

    dimakan sumpah besi kawi tidak selamat sampai anak cucu.

    Pada 1139, Raja Kecik telah melanggar sumpah dan menyerang Riau, namun Raja

    Kecik telah dapat dikalahkan oleh Yang Dipertuan Muda. Pada masa yang sama Tun

    Zainul Abidin telah dirajakan di Trengganu oleh Raja Tua di atas suruhan RajaSulaiman dan Yang Dipertuan Muda.

    BAB 11 BUGIS DI MEMPAWAH

    Opu Dahing Kelola berlayar ke Riau tetapi botnya dipukul angin dan ribut lalu berhenti

    di Mempawah. Apabila sampai di Mempawah, baginda mengadap Pangeran Seri Emas

    Negara iaitu Opu Dahing Manmbun. Lebih kurang sebulan di Mempawah, beliau

    memohon untuk belayar ke Betawi dan meminta anak saudaranya iaitu Gusti Jameril

    untuk di bawa bersamanya. Setelah sampai di Betawi, beliau membawa Gusti Jameril

    berjumpa dengan Jeneral Imhuf. Kemudian, Gusti Jameril berlayar ke hulu Mempawah.

    Beliau dibawa berjumpa dengan Pangeran Dipati. Pangeran Dipati senang dengan

    kehadiran Gusti Jameril lalu disuruhnya Gusti Jameril bermalam disana selama 2

    malam.

    BAB 12 PEPERANGAN DI MEMPAWAH

    Apabila Raja Landak mendengar Raja Pinang Sekayuk berperang dengan Raja

    Bukit di Mempawah, baginda segera pergi ke Mempawah bersama-sama Raden

    Othman melalui jalan darat. Setelah itu, mereka mendapat khabar daripada pihak

    Sebukit yang mengatakan Yang Dipertuan Riau sudah datang dengan 7 buah penjajab.

    Ratu bagus dan Pangeran Emas Seri Negara menyambut kedatangan mereka. Apabila

    Ratu Bagus sampai ke rumah Tuan Imam Sebukit, baginda menyuruh Tuan Iman

    memaklumkan kepada Pangeran Emas untuk berkahwin dengan anak baginda yang

    bernama Utin Demawan. Setelah mendapat kata putus, Ratu Bagus berkahwinlah

    dengan Utin Demawan. Selepas itu, mereka pergi untuk menyerang Pinang Sekayuk.

    Raden Jaga mengarahkan orang-orangya menahan serangan daripada pihak Sebukit.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    16/48

    Orang-orang Pinang Sekayuk melarikan diri. Kira-kira dua hari bugis menyerang,

    mereka berperang dengan orang-orang melayu.

    BAB 13

    KEKACAUAN DI RIAU

    Pada 10 Zulhijjjah, Raja Tua Dahing Memampuk mangkat. Hal ini menyebabkan

    Yang Dipertuan Muda berdukacita kerana Raja Tua Dahing Memampuk merupakan

    orang harapannya. Setahun kemudian, Sultan Sulaiman berangkat ke Siantan

    manakala Yang Dipertuan Muda berangkat ke Selangor seterusnya ke Riau. Setelah

    Raja Kecik dari Riau bersama Dahing Matekkuh, beliau memohon isterinya kembali

    iaitu Raja Tengah tapi tidak dibenarkan oleh Raja Tua. Raja Kecik menjadi marah lalu

    berpakat dengan Dahing Matekkuh untuk menyerang Riau. Setelah siap segala

    kelengkapan perang, mereka keluar dari Siak. Apabila Yang Dipertuan Muda

    mendengar khabar tersebut, beliau pun balik ke Riau lalu mengatur alatan perang.

    Kekecohan bertambah dengan kedatangan Raja Alam ke Riau. Berlakulah peperangan

    lalu Raja Alam berundur ke Sungai Tarum dan membuat kubu. Yang Dipertuan Muda

    menyiapkan penjajab ke Sungai Tarum dan menyerang kubu Raja Alam. Raja Alam

    tewas lalu berundur ke Sungai Sebadam.

    BAB 14 PERANG SAUDARA DI SIAK

    kisah bermula dengan Raja Alam, Dahing Matekuh serta Raja Emas yang kalah

    daripada serangan Riau dan mengalami kerugian. Setelah Raja Kecik mengetahui hal

    itu, baginda berputus asa untuk menyerang Riau. Raja Kecik menyerahkan jawatannya

    kepada Raja Alam untuk memerintah negeri Siak. Separuh daripada orang Siak

    menyokong Raja Alam manakala separuh lagi menyokong Tengku Mahmud. Terjadilahperang antara kedua belah pihak. Kedua-dua anak raja tersebut membuat kubu di

    tempat yang berlainan. Raja Alam di Kota Tuan Besar manakala Tengku Mahmud di

    Kota Besar. Raja Alam merasakan dirinya yang paling layak kerana lebih tua manakala

    menurut Tengku Mahmud, dia yang paling layak kerana merupakan anak gahara. Berita

    ini disampaikan kepada Raja Kecik. Raja Kecik mengambil keputusan untuk memilih

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    17/48

    siapa yang menang. Raja Alam akhirnya mengundur diri membawa diri ke Batu Bahara

    utnuk mencari kuasa. Kerajaan Siak diperintah oleh Sultan Mahmud. Tidak lama

    kemudian, Raja Alam menyerang Siak. Sultan Mahmud tewas lalu berundur ke Pulau

    Lawan. Baginda mengembara untuk mencari kuasa.

    BAB 15 PERBALAHAN ANTARA PERAK DAN SELANGOR

    Ketika dalam perjalanan ke Selangor, berlaku perselisihan antara Yang

    Dipertuan Muda dengan Raja Perak. Oleh kerana Raja Perak berkeras tidak ingin

    mengikuti kata-katanya, Yang Dipertuan Muda marah lalu menyerang Perak. Raja

    Perak membuat kubu tetapi tetap diserang oleh pihak Bugis. Setelah Perak kalah, Yang

    Dipertuan Muda membuat perjanjian dengan Sultan Selangor. Yang Dipertuan Selangor

    menyuruh Yang Dipertuan Muda pulang ke Riau. Pada masa ini, Riau menjadi negeri

    yang makmur dengan hasil tanaman. Tidak lama kemudian, Yang Dipertuan Muda

    gering lalu mangkat. Sultan Sulaiman melantik Dahing Kambuja menjadi Yang

    Dipertuan Muda.

    BAB 16 PEPERANGAN DI SIANTAN

    Apabila Sultan Sulaiman mendengar khabar mengenai Siantan, baginda

    bermesyuarat dengan Raja Kecik Trengganu serta orang-orangnya untuk menyerang

    Raja Alam. Apabila mereka tiba di Siantan, berlakulah peperangan dengan Raja Alam.

    Raja Alam mengarahkan panglima-panglimanya supaya melawan dengan bersungguh-

    sungguh. Sultan Sulaiman dan Raja Kecik Trengganu tewas. Kemudian pihak Selangor

    iaitu La Kanna mengadap Yang Dipertuan Muda. Setelah itu, Yang Dipertuan Muda

    berangkat ke Siantan bersama-sama Tunku Raja Muhammad untuk mendapatkan

    Sultan Sulaiman. Apabila tiba, baginda bermesyuarat dengan Yang Dipertuan Muda.Ketika itu, datanglah angkatan-angkatan dari Siak. Setibanya mereka, mereka

    mengadap Sultan Sulaiman dan disoal oleh Yang Dipertuan Muda mengenai tujuan

    mereka. Setelah selesai mesyuarat tersebut, Yang Dipertuan Muda menyuruh pihak

    Bugis menyerang kubu Terampak itu. Dalam peperangan ini, Raja Alam tewas kerana

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    18/48

    ramai panglima-panglimanya telah mati. Setelah Raja Alam berundur Yang Dipertuan

    Muda memohon untuk pulang ke Riau.

    BAB 17 PERMUSUSHAN TERHADAP BUGIS DI RIAU

    Setelah Sultan Sulaiman menyerang Riau, hubungannya dengan pihak Bugis

    bertambah rapat. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak

    sebelah melayu. Raja Kecik menyebarkan fitnah mengatakan Bugis hendak mengamuk

    dan membakar rumah. Yang Dipertuan Muda menjalankan penyiasatan tentang fitnah

    tersebut bagaimana cerita itu tersebar dan siapa yang yang menyebarkan tetapi tidak

    ada seorang pun mengaku. Selepas 10 hari, datang pula fitnah yang mengatakan orang

    Bugis hendak menceroboh rumah Tun Wangsa. Terjadilalh huru hara pada malam itu.

    keesokannya, Yang Dipertuan Muda pergi ke balairung seri untuk mengadap baginda.

    Setelah itu, tahulah bahawa pihak melayu sengaja mendatangkan fitnah. Yang

    Dipertuan Muda mengambil keputusan untuk keluar dari Riau. Tinggal Raja Haji di

    Riau. Setelah itu, datang pula kekacauan daripada Raja Kecik mengenai kedatangan

    sebuah kapal holanda ke Riau. Raja Haji menjadi marah lalu menyiapkan penjajabnya.

    Raja Abdul Jalil memanggil Raja Kecik, Bendahara dan pihak melayu supaya berdamai

    dan memohon Raja Muda balik ke Riau. Ketika dalam perjalanan untuk menjemput

    Raja Muda, Raja Kecik mengajak Raja Haji singgah di Melaka terlebih dahulu. Baginda

    ingin berjumpa dengan Gabernur Melaka dan memberitahu Sultan Sulaiman ingin

    membuang Bugis dari Riau kerana Bugis merampas kerajaan Johor.

    BAB 18 PEPERANGAN DENGAN BELANDA DI MELAKA

    Kisahnya bermula dengan perkataan Raja Alam di negeri Matan. Selepas

    beberapa lama di negeri tersebut, Raja Alam memohon kepada Sultan Matan bahawa

    beliau ingin berlayar balik ke barat. Setelah itu, Sultan Matan membekalkan barang-

    barang yang patut kepada adat istiadat raja-raja yang berlayar. Maka Raja Alam pun

    berlayar dari Matan lalu masuk ke Batu Bahara dan menetap di Batu Bahara. Apabila

    Raja Alam mendengar Yang Dipertuan Muda berbincang dengan Penghulu Rembau,

    Raja Alam pun pergilah ke Rembau untuk bertanya khabar Yang Dipertuan Muda yang

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    19/48

    pernah dijumpai di Siantan. Yang Dipertuan Muda memberitahu bahawa beliau telah

    difitnah oleh Raja Kecik Trengganu. Disebabkan itu, Riau, Melaka dan Linggi menjadi

    huru hara.

    Usai bertanya khabar Raja Alam balik ke Batu Bahara dan mengumpulkan orang

    bawahannya dengan tujuan membantu Yang Dipertuan Muda. Yang Dipertuan Muda

    berbincang dengan semua penghulu Rembau dan membuat perjanjian dengan pihak

    Bugis di Linggi. Selepas 15 hari berikutnya, Melaka diserang. Kemudian, Yang

    dipertuan Muda membuat kubu di Kelebang, kubu tersebut merupakan tempatnya untuk

    bersemayam. Setelah beberapa lama, orang suruhan dari Rembau memberitahu

    bahawa anak kepada Raja Muda iaitu Raja Linggi mangkat. Setelah mendengar khabar

    tersebut, Yang Dipertuan Muda berangkat ke Rembau dan mewakilkan kepada Raja

    Said dan Raja Alam untuk menghadapi perang itu.

    BAB 19 RAJA HAJI PULANG KE RIAU

    Kisah bermula dengan Yang Dipertuan Muda di Selangor. Apabila selesai

    daripada menikahkan Raja Haji dengan puteranya iaitu Raja Perak, beliau pun kembali

    ke Pedas bersama-sama Raja Selangor dan orang-orangnya. Setelah itu, mereka pun

    berangkat ke Melaka. Gebernur menyuruh mereka tinggal di sebuah rumah di

    Tengkera dan mereka diraikan dengan meriah dan dijamukan makanan serta minuman.

    Mereka mula berbicara mengenai pedamaian dan permuafakatan antara syarikat

    Holanda dengan Yang Dipertuan Muda seta pihak Bugis. Setelah itu, Yang Dipertuan

    Muda pulang ke Pedas. Raja Haji dan Yang dipertuan Muda berpakat untuk pergi ke

    Riau untuk pergi membincangkan perjanjian antara Bugis dengan Melayu.

    Dalam perjalanan ke Riau, Raja Haji berselisih dgn Raja di Baruh. Apabila Raja

    Haji sampai di Riau, terjadinya huru hara kerana menyangka Raja Haji datang untuk

    menyerang Riau. Raja-raja serta panglima Melayu ingin menembak Raja Haji tapi tidak

    hiraukan olehnya. Raja Haji ditanya oleh baginda ketika beliau menghadap baginda

    mengenai tujuannya datang ke situ. Apabila mendengar sembah paduka itu, baginda

    menyuruh orang-orangnya menjemput paduka anakda Raja di Baruh supaya balik ke

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    20/48

    Riau dengan segera. Mereka memaklumkan kepada Raja di Baruh bahawa baginda

    menyuruhnya ke Riau memandangkan Raja Haji telah pun berada di Riau. Setelah

    mendengar titah itu, Raja di Baruh menyuruh supaya memaklumkan kepada Raja

    Selangor untuk bersama-samanya pergi ke Riau. Keesokannya, Sultan Sulaiman

    bertitah kepada raja-raja tersebut supaya memanggil Raja Muda di Linggi. Raja di

    Baruh meminta untuk ke Selangor terlebih dahulu bersama Raja Selangor. Selepas

    beberapa harinya di Selangor, Raja di Baruh gering. Raja Selangor memanggil dukun-

    dukun untuk mengubati Raja di Baruh.

    BAB 20 KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN

    Kisah bermula dengan Sultan Sulaiman di Riau. Kata sahibul hikayat, baginda

    gering setelah anak baginda, Raja di Baruh berlayar ke Linggi. setelah beberapa hari

    gering, baginda meninggal dunia. Dato Bendahara menguruskan jenazah baginda dan

    bersedekah kepada fakir miskin. Usai dimakamkan, Dato Bendahara mengarah orang

    suruhannya untuk memberitahu Raja di Baruh dan Yang Dipertuan Muda. Setelah Raja

    di Baruh mengetahui hal itu, beliau gering lalu dalam beberapa hari beliau mangkat.

    Yang Dipertuan Muda membawa jenazah tersebut berlayar ke Riau dan jenazah

    tersebut di makamkan bersebelahan dengan ayahanda Marhum Sultan Sulaiman.

    Seterusnya Riau diperintah oleh Yang Dipertuan Muda dan baginda telah berjaya

    memajukan Riau. Yang Dipertuan membuat istana di Pengkalan Rama yang

    diperintahkan oleh Raja Haji.

    BAB 21 BELANDA MENUNTUT GANTI RUGI PERANG

    Setelah mendengar bahawa negeri Riau sudah makmur, Gebernur Melaka

    mengarahkan kapal perangnya untuk meminta hutang daripada Sultan Sulaiman.

    Apabila tiba di Riau, beliau menunggu Sultan Ahmad yang masih muda untuk

    melangsaikan hutang. Dengan takdir Allah, Sultan Ahmad gering lalu mangkat

    beberapa hari kemudian. Usai menguruskan jenazah Sultan Ahmad, Yang Dipertuan

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    21/48

    Muda bermesyuarat dengan Bendahara, pihak melayu dan pihak Bugis mengenai

    pengganti Sultan Ahmad. Pihak melayu memilih saudara-saudara Sultan Ahmad yang

    berada di Baruh iaitu Tengku Abdul Kadir dan Tengku Othman manakala pihak Bugis

    memilih anak gahara iaitu Raja Mahmud dan Tengku Putih. Berlaku lah perbalahan lalu

    Yang Dipertuan Muda memilih untuk mengadak perjumpaan pada keesokan harinya.

    Akhirnya Raja Mahmud dipilih dan dipersetujui semua.

    BAB 22 KEGIATAN RAJA ALAM DI SIAK

    Setelah Raja Alam mendengar khabar tentang kemangkatan Raja Mahmud,

    baginda pergi ke Melaka untuk berjumpa dengan Gebernur Melaka. Mereka mendapat

    perintah daripada Betawi bahawa negeri Siak harus diberi pengajaran dan sesiapa

    yang ingin memerintah negeri Siak, mereka akan tolong. Setelah memastikan

    kelengkapan perang sedia, mereka bersedia menyerang Siak. Kedua pihak

    berperangan, banyak kelengkapan Siak rosak sampaikan benteng-benteng untuk

    melindungi negeri Siak habis dicabut oleh pihak lawan. Raja Ismail lari ke kubunya.

    Malangya kubunya turut diserang. Maka Raja Ismail serta mengikutnya lari ke Riau.

    Setelah Siak tewas, Raja Alam menjadi Yang Dipertuan Besar Siak. Raja Ismail

    berlayar ke Trengganu dan berpakat dengan Yang Dipertuan Trengganu untuk

    menyerang Riau.

    BAB 23 ANCAMAN SIAK-TRENGGANU TERHADAP RIAU

    Yang Dipertuan Muda mendapat khabar tentang kepakatan Yang Dipertuan

    Trengganu dengan Raja Ismail hendak menyerang Riau. Maka Yang Dipertuan Muda

    berkata bahawa pihak melayu dengki dan akan Bugis. Setelah itu, Yang Dipertuan

    Muda mengarahkan sebuah kakap ke Selangor untuk memberitahu Raja Sekangor dan

    sebuah lagi kakap ke Indera Giri untuk memberitahu Raja Engku Kelana. Apabila Yang

    Dipertuan Muda tiba ke istananya, baginda menyuruh putera-puteranya pihak melayu

    berkumpul di Pulau Bayan. Pihak melayu mengirimkan surat kepada Raja Ismail agar

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    22/48

    baginda tidak menyerang Riau pada masa ini kerana mereka semua dikumpulkan oleh

    Raja Muda di satu tempat. Setelah menerima khabar itu, Raja Ismail resah. Raja Ismail

    tetap ke Riau bersama saudaranya iaitu Raja Abdullah. Apabila Yang Dipertuan Muda

    mengetahui tentang kedatangan Raja Ismail, baginda mengarahkan puteranya, Raja

    Andut dan Raja Abdul Samad untuk menyerang Raja Ismail. Perahu Raja Abdulllah

    telah dikepung oleh pihak Bugis. Apabila Raja Abdullah terlepas, pihak Bugis naik ke

    perahu tersebut dan berlawan denga panglima Tala dan kadim iaitu panglima Raja

    Abdullah. Kedua-duanya ditangkap oleh pihak Bugis. Setelah Raja Ismail kalah,

    baginda lari balik ke Siak dan merayau ke sana ke mari untuk mencari kekuatan.

    BAB 24

    SENARAI PEPERANGAN BUGIS-MINANGKABAU DAN PERTABALAN

    RAJA SELANGOR YANG PERTAMA

    Perang pertama

    Ketika opu-opu lima beradik mengambil Riau daripada tangan Raja Kecik, lalu

    menyerahkan Riau kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

    Perang kedua

    Ketika Raja Kecik kalah dalam peperangan di Riau lalau lari ke Lingga dan diikuti oeh

    pihak Bugis lau berperang. Setelah itu Raja Kecik tewas dan balik ke Riau. Ketika itu,

    kesemua opu-opu tersebut telah berada di Selangor.

    Perang ketiga

    Perang Linggi ketika Raja Kecik membantu Penghulu Linggi berperang dengan pihak

    opu-opu tersebut. Maka Raja Kecik pun tewas dan pergi ke Siak. Baginda membuat

    negeri di Buantan dan menetap disitu.

    Perang keempat

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    23/48

    Perang berlaku ketika opu-opu tersebut menyerang negeri Siak sebab kerajaan yang

    diperintahkan oleh Sultan Sulaiman diambil oleh Raja Kecik. Dalam peperangan

    tersebut, Raja Kecik kalah. Maka kerajaan Johor dipulangkan kepada Sultan Sulaiman.

    Perang kelima

    Perang yang berlaku di negeri Kedah antara pihak Kedah dengan Raja Kecik. Perang

    yang berlaku ini bukan kali yang pertama. Dalam perang yang kedua, Raja Kecik tewas.

    Ketika perang ini berlaku, Opu Dahing Perani mangkat lalu Raja Kecik balik ke Siak.

    Perang keenam

    Raja Kecik menyerang Siak. Perang ini tidak lama kerana tidak lama kemudian, mereka

    berdamai.

    Perang ketujuh

    Raja Kecik menyerang Riau lalu berkubu Raja Kecik berkubu di Pulau Bayan.

    Perang kelapan

    Raja Kecik menyerang Riau dan berlabuh Penyengat. Raja Kecik kalah lalu lari sampai

    ke Ungaran.

    Perang kesembilan

    Raja Kecik menyuruh Raja Alam dan Dahing Makettuh menyerang Riau. Setelah kalah,

    Raja Kecik berundur ke Siak.

    Perang kesepuluh

    Perang antara Raja Ismail dengan Yang Dipertuan Muda Dahing Kambuja di

    Singapura.

    Kata Sahibul Hikayat, Raja Haji Kelana pergi ke Selangor untuk meminang anak Yang

    Dipertuan Muda Dahing Kambuja iaitu Raja Penuh kepada anakya, Raja Ali. Tidak

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    24/48

    beberapa barada di Selangor, Raja Haji berangkat ke Riau bersama Raja Selangor.

    Pada suatu hari, Raja Selangor pergi ke Pangkor. Apabila Yang Dipertuan Perak

    mengetahui hal tersebut, baginda mempersilakan baginda masuk ke Perak. Setelah

    berbincang, Yang Dipertuan Perak melantik Raja Selangor itu sebagai raja di Selangor.

    Bab 25 PERISTIWA DI KEDAH DAN TRENGGANU

    Yang Dipertuan Kedah mempunyai seorang anak lelaki bernama Raja Abdullah.

    Baginda ingin meminang anak Yang Dipertuan Selangor iaitu Tengku Besar kepada

    Raja Abdullah. Lebih 3 bulan berkahwin, Raja Abdullah meminta kebenaran untuk

    pulang ke Kedah. Setelah mendapat kebenaran, baginda berangkat ke Kedah. Raja

    Abdullah berjanji akan pulang dalam masa 3 bulan. Malangya tiada khabar berita

    mengenai Raja Abdullah dalam tempoh 3 bulan tersebut.

    Setelah Orang Kaya Dewa Perkasa mengetahui tentang pelayaran Raja Ismail

    ke Siantan, baginda bersiap-siap untuk membuat kubu kerana baginda berfikir bahawa

    Raja Ismail datang untuk berperang. Setelah Raja Ismail mendapat harta yang banyak

    di Siantan, baginda berlayar ke Trengganu dan menetap di seuah rumah yang di beri

    oleh Raja Trengganu. Kemudian, Raja Ismail meminang anak Yang Dipertuan

    Trengganu. Majlis perkahwinan mereka dilakukan dengan penuh adat istiadat.

    BAB 26 -BELANDA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN RIAU

    Setelah kehilangan Raja Haji Al-marhum maka berlakulah perebutan pangkat

    dan harta yang ingin mengantikan arwah beliau sebagai Yang dipertuan muda

    Riau.akhirnya Raja Ali telah dilantik menjadi yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana Raja

    Ali seorang yang lebih tua dari semua anak Raja Haji itu.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    25/48

    Selepas tiga bulan berlalu maka angkatan tentera Melaka datang menyerang

    negeri Riau. Dalam suasana Riau huru-hara akibat perbalahan antara suku-suku bugis

    dan suku-suku melayu yang tiada kesudahan lalu keluarlah Raja Ali dari Riau dan

    diikuti oleh suku-suku bugis keluar dari Riau ke negeri Mempawah serta ke Sukadana.

    Setelah Yang Dipertuan Muda Raja Ali dari Riau maka Raja Tua dan suku-suku

    Melayu telah merampas istana YDP Muda Raja Ali itu serta harta yang ada dalam

    istana. Maka ramai yang mendapat harta serta Raja Tua mendapat harta yang haram

    yang kuasa. Sultan Mahmud tidak berkata apa-apa kerana terlalu uzur dan tua untuk

    berlawan bertambah pula kaum bugis sudah semakin bertaburan.

    Apabila tiba angkatan Holanda dari Melaka iaitu raja laut yang bernama Piter

    Jakud Pemberam, maka raja tua pun memberikan khbar iaitu suku-suku melayu tidak

    campur tangan dgn raja haji dan segala suku bugis sudah habis keluar dari Raiu.

    Sekarang di Riau Raja tua yang menguasai dan mengawal kerana raja mahmmud

    sudah tua dan uzur. Setelah raja laut dengar akan cerita itu, raja laut tersenyum dan

    menyuruh berbuat perjanjian berbaik-baik serta boleh meninggalkan seorang wakil di

    Riau bagi menolong Tuan Sultan. Maka terbentuklah perjanjian dala kapal perang

    bernama Utrik.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    26/48

    BAB 27 - BELANDA MENGEPUNG SELANGOR

    Yang Dipertuan Selangor berada di Pahang berbincang dgn Datuk Bendahara

    serta orang-orang besar negeri pahang untuk menyerang Selangor. Yang Dipertuan

    Selangor dengan orang Pahang bertolak malan dan bersembunyi di rumah Punggawa

    Pematang. Maka bertitah lah Yang dipertuan Selangor untuk menyerang bukit itu.

    Pada malan keesokan hari berperang lah mereka di bukit tersebut secara

    mengejut. Maka Holanda yg berada di kubu bukit itu mempertahankan diri dan menutup

    pintu kota maka pada siang yang tuan Selangor pun berundur pematang. Pada malan

    itu Holanda sempat melarikan diri dgn kapal balik ke Melaka. Selangor jatuh ke tangan

    Yang Dipertuan Selangor semula.

    Apabila Piter Jakud Pemberam dapat tahu, beliau membawa dua buat kapal

    perang ke Kuala Selangor kira-kira sebelas bulan, bila sampai di Selangor Piter Jakud

    ingin berdamai dan membuat surat janji ada kira-kira dua puluh fasal. Akan tetapi Yang

    Dipertuan Selangor cuma dapat terima dua tiga fasal sahaja. Oleh kerana tiada

    penyelesaian maka Holanda berperanglah dengan Selangor.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    27/48

    BAB 28 -KEMANGKATAN RAJA HAJI

    Setelah Sultan Ibrahim dan adinda baginda Yang Dipertuan muda Raja Nala

    mendengar berita tentang ayahnya iaitu Raja Haji berperang dengan Holanda di Riau

    jadi berbincanglah mereka dengan pembesar-pembesar di Selangor untuk menyertai

    ayandanya menyerang melaka bersama-sama. baginda telah singgah ke Rembau dan

    seterusnya ke Pedas untuk merancang membuat kubu di Batang Tiga. Maka datanglah

    Holanda dari melaka berperang di kubu itu seterusnya tewaslah angkatan dari Melaka

    dan berundur balik ke Melaka.

    Apabila gabenor Melaka memhantar surat ke Piter Jakud Pemberam maka

    berlayarlah raja laut itu ke Melaka dengan kapal-kapalnya. Kerana keinginan Raja Haji

    ingin memdapatkan Melaka kembali telah menyerang sebelah barat Melaka maka

    tewaslah kubu orang Holanda Melaka di sebelah barat. Seterusnya raja haji telah

    menyerang dari timur Melaka pula. dalam peperangan itu Punggawa telah

    mengarahkan mara dan merampas meriam. Hasilnya mereka dapat menawan lapisan

    kubu Melaka.

    Maka orang Holanda Melaka tewas lalu berundur masuk ke negeri Melaka dantelah dikepung oleh Raja Haji. Selama setahun berperang maka Holanda Melaka

    semakin lemah tetapi datanglah batuan dari betawi iaitu dari Raja laut. Maka tewaslah

    angkatan Raja Haji serta kemangkatan beliau kerana berperang dengan Piter Jakud.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    28/48

    BAB 29 - KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD

    Semasa Sultan Mahmud berada di negeri Lingga dan Yang Dipertuan Muda

    Jaafar negeri Riau. Maka datanglah seorang Lebai dari golongan Minangkabau ke

    negeri lingga yang bernama Lebai Tamat. Lebai Tamat Mengaku dirinya adalah orang

    alim dalam mengajar ilmu agama kepada orang lingga akan tetapi ilmu yg diajar itu

    adalah ilmu sesak. Kebanyak orang yang menuruti lebai adalah kebanyakkan dari

    golongan bugis.

    Oleh kerana itu,datanglah pengawai-pengawai Lingga memberitahu kepada

    Yang Dipertuan Muda Sultan Mahmud maka Lebai dan murid telah diarahkan segera

    bertaubat. Tetapi lebai dan anak murid-muridnya melarikan ke Lambung. Seterusnya

    lebai tamat mengaku pula dirinya Yang Dipertuan Muda Al-Marhumraja. Apabila orang-

    orang Lampung bercaya jadi semakin ramailah pengikutnya.

    Semasa Yg Diperbuat Muda kelaur dari Lingga ke Riau. Datanglah lebai tamat

    dgn pengikut-pengkut ke Lingga dan mempegaruhi Raja Idris. Apabila Sultan Mahmud

    mengetahui akan hal itu. maka Sultan Mahmud mengarahkanlah semua rakyat

    membunuh Lebai Tamat dan pengikutnya. Tetapi Lebai Tamat disembunyikan olehRaja Idris dan dilepaskan di Indera Giri. Apabila Sultan Mahmud mendapat tahu lebai

    masih hidup maka semakin marahlah beliau. Maka sultan Mahmud mengirim surat

    kepada Raja Jaafar lalu marahlah baginda akan lebai selepas membaca surat tersebut.

    Baginda telah menghantar paduka anakanda raja Ismail ke Indera Giri. Dengan

    kebijaksanaan beliau akhirnya Lebai tamat diserahkan kepada Raja jaafar lalu dibunuh

    dan kepalanya dihantar kepada Sultan Mahmud. Setelah berapa lama Sultan Mahmud

    memerintah. Akhirnya sultan Mahmud Mangkat.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    29/48

    BAB 30 -PERCUBAAN BERDAMAI DENGAN BELANDA

    Sultan Mahmud di dalam negeri Terengganu berbincang dengan Yang Dipertuan

    Terengganu lalu baginda meminta berbaik-baik antara baginda Kompeni Holanda.

    Setujulah Yang dipertuan Terengganu dalam perbincangan itu dan meyuruh Sultan

    Mahmud berlayar ke Pahang menantikan berita dari Pahang sahaja.

    Yang Dipertuan Terengganu menyuruh seorang bernama Encik Ismail dan

    seorang lagi Wan Kobat iaitu Seri Setia, berlayarlah mereka bertemu Piter Jakud

    Pemberam di negeri Riau. Setelah Piter jakud memdengar surat dari Yang Dipertuan

    Terengganu itu maka beliau ketawa dan mengangguk kepalanya lalu berkata. Terlebih

    baik kita percayakan bugis yang melawan kita berperang ini daripada kita percaya

    kepada Raja Terengganu yg tiada melawan kita berperang. Dibalasnya surat dari yang

    dipertuan Terengganu itu dengan ayat-ayat kasar.

    Setelah yang dipertuan Terengganu mendapat tahu akan hal itu maka niat

    mereka telah terhapus dan baginda melupakan akan niat tersebut. Raja Mahmud yangg

    menunggu berita itu di Pahang telah kembali ke lingga dan memajukan negeri lingga

    kerana tiada tanda-tanda niatnya akan Berjaya.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    30/48

    BAB 31 - PERDAMAIAN DI ANTARA BUGIS DAN MELAYU.

    Yang Dipertuan Raja Ali balik ke Riau di Tanjung Ungkat. Pada masa itu Riau di

    ptakbir oleh Engku Muda. Setelah orang-orang bugis memdapat tahu yang RajaAali

    sudah kembali. Orangg bugis- bugis telah berjumpa dengan yang DiPertuan Muda lalu

    berlakulah selisih faham antara rakyat Riau iaitu org melayu dan bugis.

    Lalu berlakulah perang antara kedua pemerintah Riau tersebut, setelah lama

    berperang Engku muda akhirnya tewas kepada raja ali maka Engku muda pun

    berundur ke Bulang untuk merancang serang balas. Kematian Raja Husin iaitu anak

    kepada Sultan Mahmud Rajayang tidak disegajakan dalam perang kedua pihak telah

    menyebabkan Sultan Mahmud Raja campurtangan untuk mendamaikan antara dua

    pihak.

    Ahkirnya Sulan Mahmud Raja telah merancang untuk bertemukan Raja Ali

    dengan Engku Muda dan menasihati meraka. Rancangan telah berjaya menyatukan

    antara Raja ali dengan Engku Muda.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    31/48

    BAB 32 -PERISTIWA DI SIAK

    Setelah Saiyid Ali mendengar yang Dipertuan Muhammad Ali mangkat. Cepat-

    cepat beliau menyiap kelengkapan perang iaitu kira-kira dua puluh buah kapal di Bukit

    Batu. Berita tentang kelengkapan perang yang disediakan oleh Saiyi Ali ini telah sampai

    ke siak Maka Yang Dipertuan Besar siak bimbanglah dan menyuruh pegawainya

    memeriksa di Bukit Batu.

    Tidak berapa lama muncul pula berita yang Saiyid Ali telah ulang alik dengan

    kelengkapan perang di kawasan Siak. Disebabkan itu Yang Dipertuan Besar telah

    menyuruh membuat kubu tetapi dimarahi dan dihalang oleh Yng dipertuan Muda siak

    kerana beliau tidak bertindak terburu-buru tanpa usul periksa..

    Saiyid Ali hendak berperang dgn Kampar kerana Kampar tidak mengikut

    perjanjian yang ditetapkan. oleh itu, Saiyid Ali telah memujuk Yang Dipertuan Muda

    Siak berkerjarsama. Akan tetapi Yang Dipertuan Muda tidak mahu campurtangan

    dalam hal ini. Yang Dipertuan Muda Siak telah mengirimkan surat kepada Kampar

    tentang niat Saiyid Ali. Maka berperanglah meraka tanpa Yang Dipertuan Muda Siak

    campurtanggan..

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    32/48

    BAB 33 -PERISTIWA DI TERENGGANU, KALIMANTAN DAN SIAK

    Pada Hijrat sanat 1206 selepas perang Linggi dan Riau reda Raja Mahmud telah

    bertolak ke Terengganu untuk berbincang dengan Yang Dipertuan Muda Terengganu

    untuk membaiki hubungan negeri Johor dengan bersama Kompeni Holanda. Maka

    Yang Dipertuan Muda Terengganu sanggup membaiki hubungan baginda itu dengan

    Kompeni Holanda itu akan tetapi perlu diutuskan ke Melaka. setelah baginda megetahui

    hal itu maka baginda duduk lah berdiam dalam Terengganu.

    Raja Ali yang ke Mempawah telah menjadi raja di Mempawah. Di Mempawah

    disambut baik oleh Panembahan Adi Wijaya dengan makan minun, bergurau senja

    kemudian dinikah dengan anak saudaranya yangg bernama Utin Selamah. Selepas

    diijat Kabulkan Raja Ali telah pun berpindah ke Sukadana. Maka Sukadana dijadikan

    negeri dengan membina kota dan istana maka ramailah yg berdagang masuk ke negeri

    tersebut. Yang Dipertuan Muda Raji Ali akhirnya dapat hasil-hasil ganti harta yg

    dibinasa di dalam negeri Riau itu.

    Yang Dipertuan Muda Muhammad Ali yg berada di negeri Siak telah menjadi

    Yang Dipertuan Siak pada masa itu dan anak saudara bernama Raja Yahya Iaitu YangDipertuan Muda. Saiyid Ali Adalah menantu Yang Dipertaun Muhammad ali. Saiyid Ali

    telah bersiap dengan Kelangkapan kira-kira tiga puluh buah kapal telah berperang dan

    menawan negeri-negeri kecil-kecil. Maka sampai di Kuala Singgora lalu diseranglah

    oleh Saiyid ali merampas harta benda dan melarikan diri ke Terengganu kemudian

    kembali ke siak. Raja singgora telah menghantar hulubalang untuk menetang mereka

    tetapi sudah terlambat.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    33/48

    BAB 34 -PERMUSUHAN MELAYU- BUGIS BERTERUSAN

    Yang Dipertuan Muda Raja Ali duduk di negeri Sukudana. Beliau telah difitnah

    oleh orang-orang yang dengki terhadap negari Sukudana yang aman dan sentosa itu.

    oleh sebb itu maka Holanda dan Sultan Pontianak berperanglah dengan Yang dipertua

    Raja Ali di negeri Sukudana. Setelah berapa lama berperang akhirnya tewas juga Raja

    Ali kerana berperang dengan dua pihak dan dua bangsa.

    Berundurlah Raja Ali ke Lawar lalu berlayar ke Tambelan seterusnya ke Siantan.

    Raja Ali menetap di Siantan dengan bantuan orang di sana, Raja Ali membuka

    perniagaan secara la kadar. Setelah berapa lama, Raja Ali telah berlayar ke Selangor

    untuk berjumpa saudara-mara beliau. Yang Dipertuan Selangor telah berjumpa Raja Ali

    dan menasihati baginda supaya ke Melaka untuk berjumpa gabenor Melaka bagi

    memperbaiki hubungan antara bugis-bugis dan juga Kompeni Holanda. Holanda

    menerima permohonan Raja Ali dan disambut baik oleh Holanda.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    34/48

    BAB 35 -PERPINDAHAN DARI RIAU KE LINGGA

    Setelah beberapa bulan Sultan Mahmud berada di negeri Riau bersama sama

    orang holanda. Sultan Mahmud dan Raja Indera Bungsu sudah tidak tahan dengan

    cara fetur yang mengunakan kekerasan dan juga sindiran kepada Raja maka Raja

    meminta bantuan Raja Tempasuk untuk menyerang Holanda.

    Raja Tempasuk telah mengarahkan tiga anakmya iaitu Raja Tembak, Raja

    Alam, Raja Muda serta Raja ismail menjadi panglima besar dalam perlayaran kira-kira

    30 buah ke Riau untuk menolong Sultan Mahmud.

    Apabila sampai di belakang Riau maka Raja Indera Bungsu memberitahu

    kepada fetur Holanda yang lanun mahu menyerang. Tidak sempat orang Holanda

    menyiapkan kelengkapan perang maka diseranglah oleh anak Raja Tempasuk.

    Berperanglah mereka dalam perang tersebut Riau tidak memberikan bantuan kepada

    Orang Holanda jadi ramai tentera yang mati lalu mereka berundur balik ke Melaka.

    setelah mendapat berita tentang kejayaan itu Raja Mahmud meynyambut anak Raja

    Tempasuk memjamu di istana beliau dan berbaik-baik. Akhirnya Raja Mahmud

    mengambil keputusan untuk berpindah ke Lingga kerana belaiu tahu Holanda pastiakan kembali membawakan angkatan perang yang lebih besar.

    Setelah Piter Jakud sampai di Riau beliau melihat suku-suku melayu sudah

    tiada seorang pun di Riau yang tinggal hanyalah orang kuli-kuli cina sahaja.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    35/48

    BAB 36 -RAJA HAJI MELAWAT PONTIANAK

    Pangeran Syarif Abdul Rahman Bin Saiyid Al-Syyarif Husin Al-Kadri. Beliau

    adalah anak kepada orang matan, beliau mendapat gelaran Pangeran itu di negeri

    Banjar selepas beristerikan anak saudara Sultan Banjar yang bernama Ratu Syahar

    Banun. Bermulanya cerita ini apabila Pengeran Syarif Abdul Rahman pergi ke negeri

    Sanggau untuk melakukan perniagaan di sana. Tetapi ditahan oleh Panembahan

    Sanggau dan tidak membenarkannya berniaga. Apabila Pangeran Syarif Abdul

    Rahman berkeras hendak berniaga juga maka jadi la perbalahan antara dua pihak

    bertambah buruk lagi apabila perahu-perahu Syarif Abdul Rahman ditembak. Maka

    terjadilah peperangan antara mereka .

    Selama tujuh hari berperang akhirnya tewaslah Pangeran Syarif Abdul Rahman

    lalu beliau berundur balik ke Pontianak. Selama lapan bulan beliau ada disana, belaiu

    telah memyiapkan perahu besar seterusnya berlayarlah beliau ke Riau untuk meminta

    bantuan. Apabila Raja Haji mendengar Khabar dari Pontianak maka bersiaplah ia

    dengan kelengkapan perang dan berlayar samapai ke Muntuk. Setelah Sultan

    Palembang mendengar yang Raja Haji di Muntuk. Beliau berasa sangat risau kalau-

    kalau Raja Haji masuk ke Palembang, maka berbincanglah Raja Palembang dengan

    menteri-menterinya. Raja Palembang pun menyuruh seorang menteri memeriksa Raja

    Haji, maka jawad Raja Haji Kita ini hendak perhi ke Mempawah ziarah ke makan Tuan

    Besar Mempawah serta hendak ke Pontianak seteah Raja Palembang dapat tahu akan

    itu. Belaiu member kerangka wang serta harta kepada Raja Haji. kita kirim salam

    takzim kepada saudara kita Sultan Palembang itu dan kita menerima kasih kepadanya

    yang amat banyak tiadalah kita masuk masuk ke dalam Palembang lagi, kerana kita

    hendak segera berlayar sekadar singgah mengambil air dan kayu jua di Muntuk ini,janganlah saudara kita berkecil-kecil hati akan kita maka tersenyumlah Raja

    Palembang.

    Apabila Raja Haji tiba di Mempawah disambutlah oleh Pangeran Adi Wijaya, iaitu

    Guti Jameril putera paduka ayahanda baginda Opu Dahing. Setelah melawat makan

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    36/48

    Tuan Besar Mempawah dan dijamukan makan. Raja Haji terus ke Pontianak untuk

    berjumpa dengna Pangeran Syarif Abdul Rahman. Setelah tbanya disana Raja Haji

    disambut baik Oleh Pangeran di istana dengan joget jawa dan jambi. Tidak berapa

    lama Pangera memceritakan tentang pergaduhan pengeran dgn Panembahan

    Sanggau itu. Setelah memdengar cerita itu berkata lah Raja Haji Apalah lagi kita

    panjang-panjangkan lagi marilah kita langgar semula.

    Maka berlayarlah Raja Haji dan Pangeran Syarif Abdul Rahman ke Sengkadau.

    Berperangalah mereka pada dua puluh enam haribulan Muharram sanat 1192 di kubu

    sanngau dan tewaslah negeri Sanggau pada sebelas haribulan safar sanat 1192.

    Setelah berperang Raja Haji telah melantik Pangeran Syarif Abdul Rahman sebagai

    Raja di Pontianak.

    BAB 37 -RAJA HAJI MENJADI YAMTUAN MUDA RIAU

    Setelah kemangkatan paduka ayahanda Yang Dipertuan Muda Dahing Kambuja

    iaitu Marhum Janggut di dalam negeri Riau, maka Sultan Mahmud menunggu

    kepulangan Raja Haji dari Pontianak. Datanglah surat dari Pahang mengatakan Raja

    Haji berada di negeri Pahang dan telah dilantik oleh datuk Bendahara. Baginda

    berangkatlah ke Pahang, di Pahang yang Dipertuan Muda Raja Haji dan Bendahara

    menyambut kedatangan baginda. Tidak berapa lama hari kemudian Sultan Mahmud

    dan Yang Dipertuan Muda Raja Haji kembali ke Riau dan beliau membuat istan di

    Pulau Malam Dewa dengan kota-kota yang indah serta istananya diperbuat oleh emas

    dan perak seperti talam dan ceper dibuat dari china.

    Pada zaman pemerintahan Yang Dipertuan muda Raja Haji ini ramai rakyat dari

    negeri lain menetap di Riau disebabkan kemakmurannya . banyak orang Riau kaya-

    kaya serta baginda mendapat banyak hasil cukai-cukai, segala alat perang ,cukup ubat

    peluru, panglimanya tiga puluh turun dan tiga puluh di darat. Oleh keran aman dan

    makmur ramai pendagang-pendagang dari luar singgah di Riau.Tetapi dalam

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    37/48

    kemakmuran yang dicapai wujudnya suku-suku Melayu ini tidak bersyukur sehingga

    menaruh dendam di hati terhadap raja-raja bugis, telah melakukan beberapa cara untuk

    mencari nama Yang Dipertuan Muda serta bugis-bugis mendapat nama yang buruk.

    Akhirnya keluarlah Raja Indera Bungsu bersama adik beradik ke Terengganu

    disebabkan kecil hati akan raja-raja bugis kononnya. Katanya kaya seorang, mewah

    seorang di Terengganu berlaku la fitnah daripada Yang dipertuan Besar Terengganu

    dengan Raja Indera Bunbgsu dan Bendahara Pahang. Tiap tahun berkirimkan surat

    kepada Holanda ke Melaka dan ke Betawi akhir sekali kepada Inggeris.

    BAB 38 -RAJA HAJI MENYERANG KEDAH

    Terdapat Raja Haji Engku Kelana Pangeran Suta Wijaya di sebuah negeri

    Inderra Giri. Tidak berapa lama kemudian bertolak baginda ke Selangor untuk berjumpa

    Paduka Kekanda Sultan Salihul Din Selangor. Maka berbincanglah antara hulubalang-

    hulubalang tua raja kedah. Dalam perbincangan itu tersebutlah sejarah dan perjanjian

    Selangor-Kedah. patut menerima dan menuntut perjanjian perjanjian opu -opu

    terdahulu. Apabila kerajaan kedah makmur disebabkan perjanjian opu-opu yang

    dilanggar oleh kedah sendiri hendaklah diganti. Selain itu, terdapat perjanjian lain, iaitu

    lima belas bahara wang. Kedah sudah membayar tiga bahara selebihnya iaitu dua

    bahara kedah tidak disempurnakan beberapa tahun. Selepas perbincangan Maka

    Engku Kelana berangkat, Raja Haji, adinda Raja Said dan Suliwatang berlayar ke

    kedah. Sebelum sampai di Kedah Engku Kelana ingin singgah di Perak maka Yang

    Dipertuan Perak menyambut kedatangan Engku Kelana dengan makan dan minum.

    Yang DIpertuan Selangor telah meminta izin Yang Dipertuan Perak untuk menetap

    beberapa hari di Perak keran beliau memerintahkan Kelana Raja Haji dan kekanda

    Raja Sais belayar ke kedah dahulu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    38/48

    Setelah sampai di pangkor, Raja Haji menemukan seorang lelaki iaitu Raja

    Jaafar, yang digelar Raja Laut dan Raja telah mengambilnya sebagai anak kapal. Raja

    haji bertolak ke Kedah dengan membawa kelengkapan perang dan enam buah kapal.

    Apabila Yang Dipertuan Kedah mendapat berita tentang Raja Haji, maka Yang

    Dipertuan kedah telah membina kubu di Batangau serta dgn kelengkapan perang

    seperti merian dan hulubalang di kubu itu. Setelah Raja Haji Melihat kubu di batangau,

    beliau senyum sambil berkata Hendak bergaduh rupa-rupa orang Kedah ini.

    Seterusnya Raja Haji menyuruh Suliwatang bertemu dgn Raja Kedah sambil

    Menyatakan surat-surat perjanjian orang tua-tua dahulu. Maka Suliwatang pun

    berjumpa Raja kedah dan menyerahkan surat-surat tersebut. Setelah dibaca oleh Raja

    Kedah maka berkatalah Raja Kedah kepada suliwatang Ini surat perjanjian orang tua -

    tua dahulu dan yang berjanji dan yang menerima janji tiada lagi, Bendahara,

    Temengung saya sediri mengangkat saya menjadi Raja. Saya kirim salam sahaja

    kepada Raja Haji, janganlah dipanjangkan lagi perkara ini maka suliwatang pun

    memaklumkan kepada Raja Haji. Setelah mendengar Raja Haji berasa marah dan

    berkata ;berperanglah kita, hari esok melanggar kubu di Batangau di hulu. Setelah

    berapa lama berperang dilaut, akhirnya berjayalah tentera Raja Haji naik ke darat.

    Maka berperang lah sampai ke dalam istana Raja Kedah. Apabila Raja Kedah dapat

    melihat kekalahan raja kedah berundur.

    Setelah Yang Dipertuan Selangor mendapat tahu berita dari Kedah. Baginda

    terus berangkat ke kedah, setibanya di kedah baginda berjumpa dengan paduka

    adinda-adinda itu maka berbincanglah mereka dgn anak-anak Raja Kedah serta orang

    tuanya. Akhirnya Yang Dipertuan Kedah balik ke negerinya semula, maka diberikan

    semula Kedah kepadanya serta membuat perjanjian sabagai saudara.

    BAB 39 -SULTAN MAHMUD MENYERAHKAN PULAU PENYENGAT KEPADA BUGIS

    Sultan Mahmud telah mengarahkan Punggawa Bakak menebas dan mencuci

    kawasan Pulau Penyegat oleh kerana Punggawa Bakak sudah begitu lama tinggal di

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    39/48

    situ. Pulau Penyegat pernah menjadi kubu perang semasa Raiu dikepung oleh

    Holanda. Setelah kawasan itu dibersihkan, maka beliau telah mendirikan istana dan

    kota di situ.

    Sultan Mahmud telah memindahkan Raja Hamidah iaitu isterinya Engku Puteri

    berketurunan bugis ke pualu penyegat bersama rakyat-rakyat yang setia dengan Raja

    Hamidah. Kebanyakkan Rakyat yang mengikuti beliau adalah berketuruan bugis.

    Sultan Mahmud menyerah Pulau Peyengat juga dengan alasan supaya Raja

    Hamidah tidak menganggu hasil-hasil Riau. Oleh kerana. Raja Hamidah mempunyai

    kuasa juga. Maka Raja Hamidah memerintahlah negeri penyegat tanpa campuri hasil-

    hasil Riau dan lingga.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    40/48

    BAB 40 -BELANDA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN RIAU

    Setelah kehilangan Raja Haji Al-marhum maka berlakulah perebutan pangkat

    dan harta yang ingin mengantikan arwah beliau sebagai Yang dipertuan muda

    Riau.akhirnya Raja Ali telah dilantik menjadi yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana Raja

    Ali seorang yang lebih tua dari semua anak Raja Haji itu.

    Selepas tiga bulan berlalu maka angkatan tentera Melaka datang menyerang

    negeri Riau. Dalam suasana Riau huru-hara akibat perbalahan antara suku-suku bugis

    dan suku-suku melayu yang tiada kesudahan lalu keluarlah Raja Ali dari Riau dan

    diikuti oleh suku-suku bugis keluar dari Riau ke negeri Mempawah serta ke Sukadana.

    Setelah Yang Dipertuan Muda Raja Ali dari Riau maka Raja Tua dan suku-suku

    Melayu telah merampas istana YDP Muda Raja Ali itu serta harta yang ada dalam

    istana. Maka ramai yang mendapat harta serta Raja Tua mendapat harta yang haram

    yang kuasa. Sultan Mahmud tidak berkata apa-apa kerana terlalu uzur dan tua untuk

    berlawan bertambah pula kaum bugis sudah semakin bertaburan.

    Apabila tiba angkatan Holanda dari Melaka iaitu raja laut yang bernama Piter

    Jakud Pemberam, maka raja tua pun memberikan khbar iaitu suku-suku melayu tidak

    campur tangan dgn raja haji dan segala suku bugis sudah habis keluar dari Raiu.

    Sekarang di Riau Raja tua yang menguasai dan mengawal kerana raja mahmmud

    sudah tua dan uzur. Setelah raja laut dengar akan cerita itu, raja laut tersenyum dan

    menyuruh berbuat perjanjian berbaik-baik serta boleh meninggalkan seorang wakil di

    Riau bagi menolong Tuan Sultan. Maka terbentuklah perjanjian dala kapal perang

    bernama Utrik.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    41/48

    BAB 41BELANDA MENETAP DI TANJUNG PINANG

    Raja Melaka berlayar dan singgah di Riau lalu berjumpa dengan Syahbandar.

    Setelah itu, beliau berlayar pula ke Pontianak untuk berjumpa dengan Sultan Pontianak

    tetapi niatnya dimatikan kerana banyak kapal perang Holanda yang berlabuh. Maka,

    beliau berlayar pula ke Lingga dan berjumpa dengan baginda Sultan Abdul Rahman

    untuk menyatakan kapal Holanda ingin menakluki Riau dan Lingga.

    Tetapi, Sultan Abdul Rahman menenangkan beliau supaya tidak perlu kerana

    segala adat istiadat Riau telah diserahkan kepada Yang Dipertuan Muda. Oleh itu,

    beliau berlayar balik ke Riau dan berbincang dengan Yang Dipertuan Muda Raja

    Jaafar. Yang Dipertuan Muda mengadakan musyawarah beramai-ramai dan membuat

    persiapan untuk melawan angkatan Holanda. Seterusnya, seorang Holanda iaitu Adrian

    Kok, sahabat Yang Dipertuan Muda berjumpa dengan baginda untuk meyakinkan

    baginda bahawa kerajaan Holanda tidak akan menakluki Riau.

    BAB 42TENGKU HUSIN MENJADI SULTAN SINGAPURA

    Raja Melaka beranggapan Holanda tidak mengambil Riau melalui peperangan

    tetapi melalui persahabatan. Oleh itu, beliau berjumpa dengan Yang Dipertuan Muda

    untuk membincangkan hal sedemikian. Beliau pun berlayar untuk berjumpa Tengku

    Long dan Datuk Temenggung, beliau menghadiahkan sebentuk cincin di jarinya kepada

    Yang Dipertuan Muda. Di Singapura, beliau berjumpa dengan Temenggung Abdul

    Rahman dan ingin menjadikan Tengku Along sebagai raja dengan cadangan beliau dan

    Tuan Rafflis. Dengan bantuan Raja Ambung, Tengku Long dibawa ke Singapura dan

    ditabalkan sebagai raja.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    42/48

    BAB 43ROMBONGAN RIAU KE BETAWI

    Setelah bermusyawarah, Engku Saiyid Zainul Kudsi dan Raja Ahmad menjadi

    utusan ke Betawi. Mereka memberikan bungkusan emas kepada Gabenor Jeneral

    Pendir Kapila. Mereka juga turut dibawa ke Jaga Monyet. Selama 3 bulan di Betawi,

    ramai orang yang sakit dan mati kerana terkena penyakit yang berjangkit di Betawi

    termasuklah anak-anak Raja Ahmad dan gundik-gundiknya. Tidak lama selepas itu,

    anak Raja Ahmad iaitu Raja Muhammad meninggal di Lingga.

    BAB 44 PERTABALAN SULTAN ABDUL RAHMAN SEBAGAI SULTAN RIAU-

    LINGGA

    Setelah sembuh daripada sakit mata, Engku Saiyid pergi ke Riau. Manakala,

    Raja Ahmad diutus sekali lagi ke Betawi dan kedatangannya disambut baik oleh

    Gabenor Jeneral. Ketika berkemas hendak pulang, Raja Ahmad jatuh sakit. Yang

    Dipertuan Muda bersetuju dengan Residen Riau untuk berangkat ke Terengganu untuk

    mengambil Sultan Abdul Rahman.

    BAB 45RAJA AHMAD MENGERJAKAN HAJI

    Setelah sembuh daripada penyakit, Raja Ahmad berikhtiar untuk mengerjakan

    haji. Oleh itu, Yang Dipertuan Muda menasihati Raja Ahmad supaya mencari wang

    terlebih dahulu ke Tanah Jawa. Maka, Raja Ahmad pun pergi berlayar ke Tanah Jawa

    bersama anaknya Raja Ali, Raja Muhammad, Saiyid Abdullah dan kawan-kawannya.

    Di Semarang, Raja Ahmad menandatangani surat yang berkaitan hal ehwal

    dengan Residen. Maka, tidak lama selepas itu, mereka berlayarlah ke Timur. Di Timur,

    Raja Ahmad dimuliakan oleh ketua Holanda dan puak-puaknya. Di Pulau Pinang, Saiyid

    Hasyim menjual timah-timah hak milik Raja Ahmad, lalu menyerahkan wang tersebut

    kepada Raja Ahmad. Setelah itu, mereka pun menyewa kapal Turki untuk berlayar ke

    Jeddah. Raja Ahmad dibawa naik ke Mekah dan dipakaikannya dengan pakaian ihram.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    43/48

    Beliau juga pergi ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW dan

    sahabat-sahabat. Setelah tiba bulan haji, Raja Ahmad melakukan haji, umrah dan

    wukuf di Arafah.

    BAB 46PEPERANGAN DI KEPULAUAN KARIMUN

    Setelah bermusyawarah, Engku Saiyid disuruh mendirikan bendera di Pulau

    Karimun. Wak Puas dan orangnya diminta menjaga bendera tersebut. Akan tetapi,

    setelah peninggalan Engku Saiyid, Wak Puas telah dihalau oleh Saiyid Akil dan dia

    telah menebang serta menjatuhkan bendera tersebut. Apabila sampai ke pengetahuan

    Yang Dipertuan Muda, ia menimbulkan kemarahan baginda. Oleh itu, tidak lama

    selepas itu, Residen Riau dan Yang Dipertuan Muda bersiap-siap dengan kelengkapan

    perang.

    BAB 47KEMANGKATAN DUA ORANG YAMTUAN MUDA

    Yang Dipertuan Muda berlayar ke Lingga dalam keadaan sakit semata-mata

    untuk urusan pernikahan Raja Abdullah dengan Aishah. Akan tetapi, keadaan kesihatan

    Yang Dipertuan Muda semakin hari semakin bertambah rumit. Setelah akad nikah Raja

    Abdullah, Yang Dipertuan Muda semakin nazak. Oleh itu, berkumpullah putera-

    puteranya, Sultan Abdul Rahman Syah dan Tengku Besar. Maka, setelah itu

    mangkatlah Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar itu. Oleh itu, Raja Abdul Rahman yang

    menggantikan al-marhum Raja Jaafar itu. Setelah Tengku Besar berangkat ke Riau,

    Sultan Abdul Rahman pula yang jatuh sakit. Tidak lama selepas itu, Sultan Abdul

    Rahman pula yang meninggal dunia.

    BAB 48LANUN-LANUN

    Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman telah melawan dan menderhaka

    kepada baginda Sultan Muhammad Syah. Pada ketika itu, Raja Merkung dan Raja

    Merasan merupakan perompak yang sangat berkuasa dan kuat. Setelah kemangkatan

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    44/48

    Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar, puteranya iaitu Raja Abdul Rahman yang menjadi

    Yang Dipertuan Muda pada masa itu disuruh menyerang Bakung. Peperangan bermula

    apabila Raja Merkung melanggar Inuk, yang merupakan satu tempat berhampiran

    dengan Retih serta telah merompak dengan menggunakan kelengkapan meriam. Raja

    Merkung juga telah menawan dan merampas banyak perahu-perahu. Contohnya, Raja

    Merkung telah merampas perahu dan barang-barang hak milik Encik Ali dan Ahmad di

    Selat Dasi serta Encik Bakak di Selat Pintu.

    Setelah tergugat dan murka dengan kata-kata Raja Merkung, baginda Yang

    Dipertuan Muda menyediakan kelengkapan angkatan. Maka, baginda menyuruh

    angkatan-angkatan itu melanggar Inuk tersebut. Yang Dipertuan Muda Raja Ali Marhum

    Pulau Bayan yang mengetuai angkatan tersebut. Setelah mendengar berita tersebut,

    Raja Merkung dan Raja Merasan mempersiapkan kubu-kubu, meriam dan perahu-

    perahu. Panglima Tengkuk terbunuh kerana menderhaka kepada raja. Raja Merkung

    juga terbunuh manakala Raja Merasan dan Raja Saaban diserahkan kepada Residen

    Riau dan dibuang ke Betawi.

    BAB 49MASALAH LANUN YANG BERTERUSAN

    Yang Dipertuan Tua, Tengku Mansur dan Yang Dipertuan Besar, Tengku Umar

    telah diletakkan dalam satu negeri. Puak-puak daripada kedua-dua belah pihak

    mengalami masalah dan menyebabkan Yang Dipertuan Tua dan Yang Dipertuan Besar

    berperang. Dalam peperangan tersebut, Yang Dipertuan Besar telah kalah dan

    melarikan diri ke Besut dan lari pula ke Kemaman. Di Kemaman, baginda merompak

    peniaga-peniaga yang mencari rezeki di Terengganu.

    Sultan Muhammad Syah pula berangkat ke Pahang dan disambut baik olehDatuk Bendahara. Yang Dipertuan Besar pergi menghadap Sultan tersebut dan mereka

    bermesyuarat untuk mendamaikan Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertuan Tua.

    Akan tetapi, Yang Dipertuan Tua enggan berdamai. Maka, sultan dan Datuk Bendahara

    balik ke Lingga untuk mentabalkan Tengku Mahmud sebagai raja. Setelah

    bermesyuarat, Haji Ibrahim disuruh untuk berlayar ke Betawi untuk menghapuskan

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    45/48

    kegiatan merompak. Oleh itu, Residen Riau mengaturkan cara untuk menghapuskan

    perompak-perompak dan memberi kebaikan kepada Sultan Muhammad, Yang

    Dipertuan Muda, rakyat-rakyatdan kerajaan Lingga dan Riau. Raja Ali Kelana iaitu adik

    kepada Yang Dipertuan Muda, disuruh memeriksa laut-laut dan kegiatan rompakan

    serta menghapuskannya. Masalah lanun dapat diselesaikan dengan perjanjian yang

    dibuat oleh Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman.

    BAB 50PEPERANGAN DENGAN INDERA GIRI

    Residen Riau dan Yang Dipertuan Muda bermesyuarat kerana Holanda ingin

    menduduki Indera Giri. Perjanjian telah dibuat antara kerajaan Holanda dengan Raja

    Melayu bahawa Holanda akan menduduki Indera Giri. Bab ini mengisahkan Sultan

    Mahmud yang hendak ke Singapura tetapi dinasihati oleh Raja Ali supaya janganlah

    pergi hanya mahu bersuka ria semata-mata.

    BAB 51KEGIATAN-KEGIATAN SULTAN MAHMUD

    Di Lingga, banyak perselisihan faham yang berlaku antara Sultan Mahmud

    dengan Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman. Banyak juga fitnah-fitnah yang

    timbul dan keluar daripada mulut orang-orang Sultan Mahmud. Tidak lama selepas itu,

    Yang Dipertuan Muda mengajak Sultan Mahmud untuk bersatu semula dan bersumpah

    setia dengan Raja Bugis dan Raja Melayu.

    Setelah itu, Sultan Mahmud datang ke Riau dan meminta Yang Dipertuan Muda

    membelikannya sebuah kapal. Oleh itu, Yang Dipertuan Muda pun membelikannya

    sebuah kapal. Tidak lama selepas itu, Yang Dipertuan Muda jatuh sakit, makamangkatlah baginda. Sultan Mahmud pun berlayarlah ke Singapura setelah

    mencadangkan tiga orang wakil untuk menggantikan Yang Dipertuan Muda. Tindakan

    Sultan Mahmud ini tidak disegani oleh Residen Riau. Sultan Mahmud juga melantik

    Raja Ali untuk menjadi Yang Dipertuan Muda Riau.

  • 5/20/2018 Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis

    46/48

    BAB 52ZAMAN GEMILANG YAMTUAN MUDA RAJA ALI

    Semasa pemerintahan baginda, Yang Dipertuan Muda Raja Ali banyak

    mengadakan perkara-perkara yang menaikkan nama kerajaannya dan agama yang

    teguh. Baginda turut menegakkan agama Islam dengan mengadakan solat Jumaat dan

    memerintahkan kaum wanita supaya memakai tudung, serta membina masjid yang

    tidak jadi dilaksanakan pada pemerintahan Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman

    al-marhum kerana mangkat.

    Selain itu, jambatan juga yang diperbuat daripada batu dan separuh lagi

    diperbuat daripada kayu turut dibina sebagai laluan kepada semua hamba Allah. Pada

    pemerintahan baginda juga, ramai ulama-ulama yang datang dan semua pegawai

    negeri disuruh menuntut ilmu agama dan mengaji kitab-kitab serta mempelajari dan

    membaiki bacaan al-Quran. Selain itu, baginda juga melarang kegiatan berjudi dan

    menyabung ayam. Jika masih ada orang-orang jahat d