13
37 Economic and Technology Management Review. Vol. 1 No. 1 (June) 2006: 37– 49 *Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur E-mel: [email protected] Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia (The consumers’ preference for durian in Malaysia) Rozhan Abu Dardak* Kata penunjuk: durian, ciri-ciri, trend, teknologi Abstrak Kajian kecenderungan makan durian yang melibatkan 1,098 responden telah dijalankan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kajian ini bertujuan mendapat maklumat pengguna terhadap ciri-ciri durian yang digemari dan meninjau prospek industri durian negara. Hasil kajian ini mendapati 96% responden makan durian. Penemuan ini menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 3% terhadap kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia dalam tempoh 11 tahun (1993 –2004). Dalam tempoh tersebut, terdapat pengurangan bilangan buah yang dibeli dan kekerapan pembelian durian sebanyak lebih kurang 30%. Kumpulan utama penduduk yang makan durian ialah mereka yang berumur antara 21 hingga 50 tahun. Tumpuan utama tempat pembelian durian adalah di pasar terbuka seperti pasar malam dan gerai tepi jalan. Varieti durian yang menjadi pilihan utama responden dewasa melebihi 21 tahun ialah durian kampung, manakala responden remaja di bawah umur 20 tahun menyukai durian kampung dan durian klon. Ciri-ciri buah yang disukai oleh pembeli ialah bersaiz sederhana dan besar, berbentuk bulat bujur dan panjang, berwarna hijau tua kekuningan dan berbau kuat. Pembeli juga lebih gemar buah yang mempunyai isi yang tebal, berwarna kuning keemasan atau kuning tembaga, serta berasa lemak manis. Manakala bagi responden yang tidak makan durian pula, mereka terdiri daripada remaja berumur di bawah 20 tahun atau mereka yang berusia melebihi 50 tahun. Faktor utama yang mendorong mereka tidak makan durian ialah bau yang kuat dan kemerosotan kesihatan, khususnya diabetes. Selain itu, faktor ibu bapa memainkan peranan utama yang boleh mendorong remaja makan durian. Untuk mengatasi pasaran domestik yang tepu, Malaysia perlu mengeksploitasi pasaran global termasuk di negara maju yang mempunyai ramai penduduk berketurunan Asia. Pembangunan teknologi lepas tuai dan penyimpanan secara berterusan adalah penting bagi memastikan matlamat ini dicapai. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati industri durian masih mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan dan menyumbang kepada ekonomi negara. Pendahuluan Industri buah-buahan tropika sudah lama wujud dan berkembang di Malaysia. Berikutan dengan promosi dan galakan yang telah diberi oleh kerajaan, jumlah keluasan tanaman buah- buahan telah meningkat daripada 117,000 hektar dalam tahun 1980, kepada 168,000 hektar dalam tahun 1990 dan hampir kepada 300,000 hektar dalam tahun 2000 (Anon. 2003). Keluasan tanaman buah-buahan ini meningkat pada kadar 7% hingga 9% setahun dalam jangka masa tersebut. Industri buah- buahan telah diberikan tumpuan untuk memenuhi permintaan dalam negara,

The Consumers’ Preference for Durian in Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

A study on consumers’ preference involving 1,098 respondents was conducted in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. This study analysed the characteristic of durian preferred and the potential outlook of the durian industry. The results of this study revealed that the consumption of durian among Malaysians comprised 96% of the total respondents. However, this study also showed that durian consumption among Malaysians has marginally declined by about 3% for the past 11 years (1993–2004). During that period, the fruits purchased and the frequency of purchasing were reduced by nearly 30%. The main consumers of durian are adults between 21 and 50 years old. The consumers preferred to purchase durian from the open space outlets such as night markets and road-side stalls as compared to supermarkets. For respondents over 21 years old, they preferred durian kampung more than clonal durian. While the respondents below 20 years old, they preferred the durian kampung as well as the clonal durian. The main characteristics of durian preferred by consumers are medium to large, egg-shaped, dark green with yellowish skin and have a strong and sweet smell. The consumers also preferred thick flesh with golden or yellowish in colour and sweet in taste. Respondents that did not consume durian were mainly those below 20 or adults above 50 years of age. The main reasons for not consuming durian were its bad odour or for health reasons, especially diabetes. In addition, the parents’ consumption behaviour also influences the consumption of durian among teenagers. To overcome the saturated demand from the domestic market, Malaysia needs to aggressively explore export markets, including to distanced developed countries with high Asian ethnic population. Hence, continuous improvement in postharvest and storage technologies might be the key to ensure successful diversification of export markets for Malaysian durian. The durian industry has the potential to develop further in Malaysia and contributes towards the Malaysian economy.

Citation preview

  • 37

    Rozhan Abu DardakEconomic and Technology Management Review. Vol. 1 No. 1 (June) 2006: 3749

    *Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774Kuala LumpurE-mel: [email protected]

    Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia(The consumers preference for durian in Malaysia)

    Rozhan Abu Dardak*

    Kata penunjuk: durian, ciri-ciri, trend, teknologi

    AbstrakKajian kecenderungan makan durian yang melibatkan 1,098 responden telahdijalankan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kajian ini bertujuanmendapat maklumat pengguna terhadap ciri-ciri durian yang digemari dan meninjauprospek industri durian negara. Hasil kajian ini mendapati 96% responden makandurian. Penemuan ini menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 3% terhadapkecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia dalam tempoh 11 tahun(19932004). Dalam tempoh tersebut, terdapat pengurangan bilangan buah yangdibeli dan kekerapan pembelian durian sebanyak lebih kurang 30%. Kumpulanutama penduduk yang makan durian ialah mereka yang berumur antara 21 hingga50 tahun. Tumpuan utama tempat pembelian durian adalah di pasar terbuka sepertipasar malam dan gerai tepi jalan. Varieti durian yang menjadi pilihan utama respondendewasa melebihi 21 tahun ialah durian kampung, manakala responden remaja dibawah umur 20 tahun menyukai durian kampung dan durian klon. Ciri-ciri buahyang disukai oleh pembeli ialah bersaiz sederhana dan besar, berbentuk bulat bujurdan panjang, berwarna hijau tua kekuningan dan berbau kuat. Pembeli juga lebihgemar buah yang mempunyai isi yang tebal, berwarna kuning keemasan atau kuningtembaga, serta berasa lemak manis. Manakala bagi responden yang tidak makandurian pula, mereka terdiri daripada remaja berumur di bawah 20 tahun atau merekayang berusia melebihi 50 tahun. Faktor utama yang mendorong mereka tidak makandurian ialah bau yang kuat dan kemerosotan kesihatan, khususnya diabetes. Selainitu, faktor ibu bapa memainkan peranan utama yang boleh mendorong remajamakan durian. Untuk mengatasi pasaran domestik yang tepu, Malaysia perlumengeksploitasi pasaran global termasuk di negara maju yang mempunyai ramaipenduduk berketurunan Asia. Pembangunan teknologi lepas tuai dan penyimpanansecara berterusan adalah penting bagi memastikan matlamat ini dicapai. Secarakeseluruhannya, kajian ini mendapati industri durian masih mempunyai potensiyang baik untuk dibangunkan dan menyumbang kepada ekonomi negara.

    PendahuluanIndustri buah-buahan tropika sudah lamawujud dan berkembang di Malaysia. Berikutandengan promosi dan galakan yang telah diberioleh kerajaan, jumlah keluasan tanaman buah-buahan telah meningkat daripada 117,000hektar dalam tahun 1980, kepada 168,000

    hektar dalam tahun 1990 dan hampir kepada300,000 hektar dalam tahun 2000 (Anon.2003). Keluasan tanaman buah-buahan inimeningkat pada kadar 7% hingga 9% setahundalam jangka masa tersebut. Industri buah-buahan telah diberikan tumpuan untukmemenuhi permintaan dalam negara,

  • 38

    Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia

    mengganti import dan meningkatkan eksport(Anon. 1999).

    Sejajar dengan peningkatan keluasantanaman, sumbangan industri ini kepadaekonomi negara turut meningkat. Eksportbuah-buahan meningkat daripada RM432.6juta dalam tahun 1998 kepada RM482.8 jutadalam tahun 2004 (Anon. 2005b). Selain itu,buah-buahan yang diproses juga menghasilkannilai ditambah berjumlah lebih RM775 juta(2005), dan dijangka terus meningkat kepadalebih RM1,042 juta dalam tahun 2010 (Anon.1998).

    Dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga(DPN3), sebanyak 15 jenis buah-buahandiberikan tumpuan untuk dibangunkan, dandurian merupakan salah satu daripada buah-buahan tersebut. Mengikut statistik, durianmerupakan tanaman buah-buahan yang utama.Kawasan yang ditanam pokok durian telahmeningkat daripada 56,889 hektar (1990)kepada 110,082 hektar (1998) dan kepada118,946 hektar dalam tahun 2001 (Anon.2002). Secara puratanya keluasan tanamandurian telah meningkat lebih 9% setahun dalamtempoh 10 tahun. Keluasan tanaman durianini ditunjukkan dalam Rajah 1.

    Peningkatan pengeluaran durian didapatitidak seimbang dengan permintaan ataupenggunaan dalam negara, keranapenggunaannya masih rendah berbanding

    dengan pengeluaran. Perkara ini disebabkanoleh penggunaan per kapita yang stabil dalamtempoh 10 tahun (4.814 kg/orang setahundalam tahun 1991, meningkat sedikit kepada4.82 kg/orang setahun dalam tahun 2003).Adalah dijangka penggunaan per kapita durianmenurun kepada 4.26 kg/orang setahun dalamtahun 2010. Kuantiti dan nilai eksport durianjuga menunjukkan penurunan yang ketarauntuk tempoh 19912003. Sebanyak 36,784tan durian bernilai RM54.95 juta telahdieksport pada tahun 1991, menurun kepada33,871 tan bernilai RM26.40 juta pada tahun1996 dan 26,586 tan bernilai RM21.77 jutadalam tahun 2004 (Anon. 2005c).

    Kesan daripada lebihan penawaran duriandi pasaran menyebabkan lambakan buahdurian, harga turun ke aras yang rendah danmenjadikan industri ini tidak lagi menarikuntuk dimajukan. Analisis berkaitan denganindustri ini dibuat berasaskan perspektifpermintaan pengguna, dan dipadankan denganpenawaran di pasaran. Hasil daripada analisisini akan digunakan untuk menentukan prospekmasa hadapan industri durian negara.

    Kertas ini bertujuan membincangkanpermintaan dan penggunaan durian di kalanganpenduduk Malaysia, faktor-faktor yangmempengaruhi permintaan, ciri-ciri durianyang digemari dan potensi industri durianMalaysia.

    0

    50,000

    100,000

    150,000

    200,000

    250,000

    300,000

    1990 1992 1994 1996 1998 2001Tahun

    Pengeluaran (000 t)Keluasan (000 ha)

    Rajah 1. Keluasan dan pengeluaran tanaman durian di Semenanjung Malaysia, 19902001(Sumber: Anon. 2005a)

  • 39

    Rozhan Abu Dardak

    Kaedah kajianKajian telah dijalankan di seluruh Malaysiameliputi enam zon iaitu Selatan, Tengah,Utara, Timur Semenanjung dan Sarawak sertaSabah. Dua jenis data telah digunakan bagimenganalisis trend permintaan dan makandurian di kalangan penduduk Malaysia. Dataperingkat pertama diperoleh melalui temu bualbersemuka menggunakan soal selidikberstruktur. Responden terdiri daripadapengunjung-pengunjung kompleks membelibelah, stesen bas, pesta keramaian dan pejabatkerajaan. Seramai 1,098 orang responden telahditemu bual untuk kajian ini. Sementara dataperingkat kedua yang merupakan data statistikdan maklumat hasil penulisan terdahuludiperoleh daripada agensi-agensi kerajaan.Pecahan bilangan responden yang menyertaikajian ini adalah seperti dalam Jadual 1.

    Penemuan kajianDaripada 1,098 responden yang dikajisejumlah 802 orang atau 72.4% kaum Melayu,184 orang (17.6%) Cina, 34 orang (3.3%) Indiadan 78 orang (6.7%) terdiri daripada kaumyang lain. Responden berusia antara 2130tahun adalah yang teramai, meliputi 31.3%,diikuti oleh responden berusia 3140 tahun(26.4%). Responden berusia melebihi 51 tahunadalah yang tersedikit iaitu seramai 94 orangatau 8.6%. Daripada keseluruhan respondentersebut, lebih daripada separuh (66.0%)responden yang dikaji merupakan daripadagolongan pekerja, 14% suri rumah tangga dan6% tidak bekerja atau pesara. Hampirkeseluruhan daripada responden mendapatpendidikan sekurang-kurangnya di peringkatsekolah rendah, dan hampir separuh mendapat

    pendidikan di peringkat kolej dan universiti.Golongan pelajar pula berjumlah 153 orangatau 14.0%.

    Pemilikan pokok durianPenemuan kajian menunjukkan lebih kurang55% daripada responden memiliki ataumempunyai keluarga yang menanam pokokdurian. Ini menggambarkan bahawa masihramai penduduk Malaysia yang mempunyaipokok durian. Purata pemilikan pokok durianadalah antara 3 hingga 10 pokok. Kurang 15%daripada responden mempunyai lebih daripada50 pokok dianggap sebagai pengusahakomersial. Penemuan ini menunjukkan ramaipengguna durian memperoleh durian daripadatanaman durian milik mereka sendiri.

    Pada keseluruhannya, pokok durian yangdimiliki oleh keluarga yang menetap dikampung berbeza dari tempat tinggalresponden. Daripada kajian ini, didapati ramaidaripada penduduk Malaysia (63%) masihbalik ke kampung masing-masing untuk makandurian. Hal ini menunjukkan bahawa durianmerupakan antara penghubung yang baik untukmeningkatkan hubungan institusi kekeluargaandi Malaysia.

    Pembelian buah durianKajian ini menunjukkan lebih 60% daripadaresponden membeli buah durian. Tumpuanutama pembelian durian adalah di pasar malam(25%), di gerai-gerai tepi jalan (24%) dandi pasar-pasar tani (16%). Kecenderunganpengguna membeli buah durian dari pasar rayaadalah masih rendah (7%). Padakeseluruhannya, tumpuan pembeli adalahkepada penjual di tempat terbuka. Tumpuankepada pasar terbuka disebabkan oleh persepsiharga yang lebih murah berbanding denganharga durian di pasar-pasar raya. Secara puratadurian yang dibeli dari pasar terbuka berhargaantara RM1.50 hingga RM3.50 sekilogram,manakala di pasar raya berharga antaraRM2.50 hingga RM5.00.

    Secara purata, setiap kali pembelian,pengguna membeli antara 46 biji durian.Kebanyakan pengguna membeli durian antara46 kali semusim (36%). Tidak ramai (21%)

    Jadual 1. Jumlah responden mengikut zon/wilayah dan jantina

    Zon Lelaki Wanita Jumlah

    Utara 87 78 165Tengah 124 145 269Selatan 74 113 187Timur 97 68 165Sabah 104 53 157Sarawak 69 86 155

    Jumlah 555 543 1,098

  • 40

    Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia

    pengguna yang membeli lebih daripada 10 kalisemusim. Sistem penjualan durian secaralonggok merupakan satu daripada faktor yangmenentukan bilangan buah yang dibeli.Di kebanyakan tempat jualan, buah duriandijual dalam bilangan dua hingga 10 bijiselonggok.

    Penemuan ini berbeza dengan penemuanSyed Abdillah dll. (1993) yang mendapatipengguna membeli secara purata 8 biji bagisetiap pembelian dengan purata 7 kalisemusim. Boleh dirumuskan bahawa secaraamnya, penggunaan durian telah menurunsejak 10 tahun kebelakangan ini.

    Harga durianFaktor harga merupakan salah satu faktor yangterpenting dalam menentukan keputusanpembelian pengguna dan pasaran sesuatuproduk. Hasil kajian ini mendapati padakeseluruhannya pengguna membeli durianyang berharga lebih daripada RM1.00sekilogram. Kecenderungan ini disebabkanoleh andaian bahawa durian yang berhargaterlalu murah, kualitinya juga rendah. Adalahdidapati lebih ramai (37%) pengguna membelidurian yang berharga sederhana murah iaituantara RM1.00RM3.00 sekilogram. Terdapatramai juga pembeli (26%) yang bersediamembeli pada harga melebihi RM5.00/kg danini menunjukkan pengguna memberi perhatiankepada kualiti durian dan tidak kepada harga.Mereka bersedia membeli dengan harga yangtinggi asalkan kualitinya baik.

    Berasaskan purata harga duriandi pasaran, tumpuan pengguna adalah kepadadurian berharga sederhana murah yangbiasanya dikaitkan dengan durian kampung.Hasil kajian ini juga menunjukkan tiadaperbezaan yang ketara dengan kajian yangdijalankan dalam tahun 1993. Pada kajiantersebut harga yang sanggup dibeli olehpengguna adalah dalam julat antara RM2.00hingga RM5.99. Berasaskan perbandingan ini,secara umumnya pengguna memberipenekanan yang lebih kepada harga berbandingdengan kualiti. Kajian ini juga mengesahkanbahawa harga durian di pasaran adalah stabilsejak 10 tahun dahulu.

    Satu penemuan yang menarik bagi zontengah (Selangor dan Wilayah PesekutuanKuala Lumpur) ialah kesediaan penggunauntuk membeli durian pada harga yang lebihtinggi. Hasil penemuan kajian ini mendapatilebih 40% daripada responden dari zon inisanggup membeli durian yang berharga lebihRM5.00 sekilogram. Sebaliknya, respondendari zon yang lain kebanyakannya (56%)membeli durian yang berharga antara RM2.00hingga RM3.99 sekilogram. Penemuan iniselari dengan hipotesis bahawa lebih tinggitahap pendidikan dan tahap pendapatanpembeli, lebih mahal harga durian yangsanggup dibeli.

    Kajian juga menunjukkan bahawakumpulan pembeli lelaki mendominasipembelian durian. Secara purata, kumpulanpembeli lelaki yang mempunyai niat untukmembeli buah durian sanggup membelanjakanantara RM50 hingga RM70 daripada RM100wang yang dimilikinya untuk membeli buahdurian. Sebaliknya, pembeli wanita yangmempunyai RM100 hanya sanggupmembelanjakan antara RM40 hingga RM50.Daripada penemuan ini, kumpulan sasaran bagipemasaran durian ialah kaum lelaki.

    Kecenderungan membeli durianberbanding dengan buah-buahan lain jugamasih menunjukkan perbezaan yang ketara.Kajian ini menunjukkan lebih 60% daripadapengguna lebih cenderung membeli buahdurian berbanding dengan buah-buahan lain.Secara purata pengguna yang mempunyaiRM100 bersedia membelanjakan kurangRM20 untuk membeli buah-buahan yang lain.Hal ini membuktikan durian masih mempunyaipotensi yang tinggi untuk dimajukan dan masihmempunyai nilai pasaran di kalanganpenduduk tempatan.

    Golongan berpendapatan sederhana iaituantara RM1,000RM3,000 merupakan yangpaling banyak dan kerap membeli buah durian.Walau bagaimanapun, keupayaan membelitertumpu kepada buah-buah yang berhargasederhana. Perkara ini dapat disimpulkanbahawa tumpuan kumpulan pembeli ini ialahdurian kampung yang secara puratanya dijualpada harga kurang daripada RM3 sekilogram.

  • 41

    Rozhan Abu Dardak

    Pemilihan jenis durianHampir separuh (49%) daripada respondenmasih menggemari buah durian kampung,berbanding dengan durian klon (11%);manakala 40% menggemari kedua-duanya.Mengikut pecahan umur pula, respondenberusia melebihi 30 tahun menggemari duriankampung (58%) dan (13%) durian klon,manakala responden remaja (di bawah20 tahun) menggemari kedua-duanya.

    Hasil kajian ini menunjukkan kesetiaanresponden dewasa kepada durian kampungmasih tebal, sedangkan responden remaja tidakmemberi perhatian yang khusus kepada satu-satu jenis durian yang dimakan. Satu daripadafaktor pemilihan durian ini ialah dari segibaunya. Kebanyakan responden yangmenggemari durian tertarik kepada durian yangmempunyai bau yang sedap dan manis danciri ini dimiliki oleh kebanyakan duriankampung.

    Pilihan pembelianMARDI telah menghasilkan banyak teknologipengendalian lepas tuai bagi buah durian. Satudaripada teknologi yang dihasilkan ialahteknologi pemprosesan minimum. Teknologiini merupakan satu proses pembungkusan ulasbuah durian yang telah dikopek dan disimpandi dalam bekas polistiren. MARDI juga telahmenghasilkan teknologi penyimpanan ulasdurian secara sejuk beku. Melalui teknologiini ulas buah durian dibungkus di dalampolistiren dan disejukbekukan pada suhu dibawah 20 C dan kemudiannya disimpan didalam peti sejuk beku (freezer). Teknologi inimembolehkan pengguna membeli ulas buahdurian yang telah dibekukan dan dimakan padamasa yang disukainya. Teknologi ini telahdibangunkan sejak tahun 2000 dan telah digunapakai oleh penjual-penjual durian di pasar raya.

    Hasil kajian ini menunjukkan hampir90% responden telah melihat buah durian yangdijual di dalam bekas polistiren. Hal inimenunjukkan bahawa teknologi pemprosesandurian telah disedari kewujudannya olehkonsumer di Malaysia. Walau bagaimanapun,kecenderungan untuk membeli buah durianyang diproses minimum masih berbelah bagi.

    Hampir 94% lebih gemar membeli buah segarberbanding dengan buah diproses minimum.

    Begitu juga dengan penerimaan penggunaterhadap buah durian yang telahdisejukbekukan. Hasil kajian ini menunjukkankebanyakan responden masih tidak gemarmenikmati durian yang telah disejukbekukan,iaitu 67% daripada mereka tidak pernahmencuba atau membelinya. Keadaan inimungkin dipengaruhi oleh tawaran buah duriansegar yang banyak di pasaran dan merekaboleh mendapatkannya pada bila-bila masa.

    Kajian ini membuktikan bahawateknologi-teknologi MARDI sememangnyatelah diketahui umum. Malangnya kesedaranuntuk menggunakannya masih rendah danmemerlukan promosi yang berterusan untukmeningkatkan penerimaannya di kalanganmasyarakat.

    Kecenderungan makan durianSecara umumnya, semua penduduk Malaysiamakan durian. Durian merupakan buah yangpaling digemari, sehinggakan buah tersebutmenerima jolokan Raja buah. Hasil kajianini mendapati lebih kurang 96% daripadaresponden makan durian. Kajian ini, walaubagaimanapun, menunjukkan terdapatpengurangan dari segi kecenderungan makandurian, jika dibandingkan dengan kajian yangsama dalam tahun 1993. Dalam satu kajianpenggunaan dan kegemaran penguna terhadapdurian yang dijalankan oleh Syed Abdillahdll. (1993), sebanyak 98% daripada respondenmakan durian. Berasaskan hasil kedua-duakajian ini, didapati trend permintaan durianmenurun dalam jangka masa 10 tahun, iaitusebanyak 3%. Walaupun kecil, trendpenurunan permintaan boleh memberiimplikasi negatif kepada industri durian dalamjangka masa yang panjang. Sekiranya trendini berterusan untuk jangka masa 10 tahunyang akan datang, potensi permintaan duriannegara akan terjejas dan ini secara langsungakan memberi kesan negatif kepada industridurian negara.

    Kajian ini juga telah mengukur persepsiresponden berhubung dengan perubahankecenderungan makan durian pada masa ini

  • 42

    Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia

    berbanding dengan tahun lalu. Kajian inimendapati kecenderungan mereka yang makandurian tidak menunjukkan perubahan yangketara. Hasil keputusan kajian yang dijalankanmenunjukkan 32% daripada merekamempunyai kecenderungan yang meningkatdan 29% menurun. Sebanyak 39% respondenpula merasakan bahawa kecenderungan makandurian adalah tidak berubah. Berasaskanpenemuan ini bolehlah disimpulkan bahawapada keseluruhannya persepsi penggunaterhadap durian adalah masih baik, tetapitanda-tanda awal permintaan penggunatempatan telah nampak merosot.

    Pecahan mengikut kumpulan umurmenunjukkan pengguna yang berumur antara21 hingga 50 tahun merupakan penggemarutama buah durian. Hasil kajian ini mendapati32% daripada mereka mempunyaikecenderungan yang meningkat, manakala40% pula tidak berubah. Sebaliknya, kumpulanpengguna berumur melebihi 51 tahun telahmula meninggalkan kenikmatan makan durian.Daripada seramai 308 orang responden yangdikaji, hanya 21% daripada merekamempunyai kecenderungan yang meningkat,34% menurun, manakala 32% tidak berubah.

    Kumpulan remaja berumur kurangdaripada 20 tahun juga merupakan kumpulanpengguna yang kurang makan durian. Dalamsemusim, jumlah kekerapan dan bilangan ulasdurian yang dimakan adalah kurangberbanding dengan pengguna dewasa melebihi21 tahun. Secara purata, bagi kumpulan ini,kekerapan makan durian dalam semusim ialahantara 34 kali dan jumlah ulas yang dimakanialah antara 46 ulas bagi sekali makan.Sebaliknya bagi pengguna dewasa, merekamakan antara 78 kali semusim dengan purata10 ulas bagi sekali makan.

    Adalah diperhatikan bahawa trendkecenderungan makan durian yangberkurangan di kalangan mereka juga agaktinggi (26%) berbanding dengan yangmeningkat (37%) dan yang tidak berubah(36%). Antara faktor penurunankecenderungan makan durian di kalanganremaja adalah berkait dengan faktor pembelibuah durian. Pembeli utama buah durian adalah

    kaum bapa, diikuti oleh ibu dan adik beradik.Apabila kaum bapa kurang membeli durian,keinginan untuk makan durian di kalanganremaja turut berkurangan. Kesan pembeliandurian oleh ibu bapa mendorong ahli keluargayang lain turut makan durian. Faktor inibertepatan dengan hasil kajian yangmenunjukkan bahawa lebih 80% daripadapengguna makan durian kerana dipengaruhioleh bapa dan ibu.

    Ciri-ciri durianPada umumnya, ciri buah durian sukardibezakan. Pembeli sukar membezakan antaradurian klon dengan durian kampung. Inidisebabkan kedua-dua jenis durian inimempunyai ciri fizikal yang hampir serupa.Walau bagaimanapun, kajian ini mendapatilebih separuh (58%) responden mengenali dandapat membezakan durian klon dengan duriankampung. Kemahiran membezakan durian inidimiliki oleh responden yang berusia melebihi40 tahun, manakala responden remaja secaraumumnya tidak dapat membezakan kedua-duavarieti durian tersebut. Hasil penemuan inijuga menunjukkan tahap pengetahuanmengenai durian mempunyai korelasi positifterhadap umur, kerana semakin meningkattahap usia responden, semakin tinggikemahiran mengenali durian yang dibeli.Penemuan ini memberi implikasi negatifkepada pengetahuan masyarakat berhubungdengan durian di pasaran. Ia menunjukkantahap pengetahuan berhubung dengan durianadalah rendah di kalangan remaja.

    Hasil kajian ini menunjukkan persamaanantara ciri-ciri durian yang digemari olehpengguna pada masa lalu dengan penggunamasa ini. Ciri-ciri utama durian yang dipiliholeh pembeli adalah berasaskan ciri fizikalbuah seperti saiz, warna kulit, warna isi danrasa isi. Secara amnya, pengguna lebihmenggemari buah berbentuk bulat bujur danbujur panjang; bersaiz sederhana atau besar;berwarna hijau tua kekuningan. Selain itu, ciribuah berduri besar, bertangkai besar danmudah dikopek juga menjadi pilihanpengguna. Hanya terdapat satu ciri yangberbeza pilihan, iaitu pengguna dahulu lebih

  • 43

    Rozhan Abu Dardak

    cenderung isi durian berbiji kesip dan kecil,berbanding pengguna sekarang yang memilihbuah durian berbiji besar dan penuh. Sesuaidengan ciri keutamaannya, hampir keseluruhanresponden menggemari durian yang berbaukuat.

    Bagi ciri dalaman pula, pengguna lebihmenggemari isi yang berwarna kuningkeemasan dan kuning tembaga, tekstur isi pejalhalus, berasa lemak manis serta berisi tebal.Mereka juga menggemari isi durian yangtimbul dan jelas dan berisi penuh. Kebanyakanpengguna berketurunan Cina menggemaridurian bercirikan manis pahit. Ujian persepsipengguna menunjukkan ciri-ciri fizikaldalaman dan luaran buah durian mempunyaikaitan yang rapat dengan kecenderunganpemilihan buah durian. Pembeli memberitumpuan utama kepada ciri luaran buah durianseperti bersaiz sederhana besar, diikuti denganberduri besar, mempunyai bau yang lemakmanis dan berwarna hijau kekuningan. Bagiciri dalaman pula, pembeli memberi tumpuanutama kepada warna isi kekuningan, pejal danbesar. Maklumat ciri durian yang digemarioleh responden adalah seperti di Lampiran 2.

    Cara makanBuah durian digemari kerana kelazatannya.Hampir keseluruhan (98%) responden lebihsuka makan durian segar. Pada masa yangsama, hanya 48% responden suka makandurian yang sudah diproses seperti dijadikanlempuk, sebagai perisa dan bahan membuatkuih-muih. Kebanyakan responden tidakberapa gemar makan durian bersama makananlain seperti pulut dan buah-buahan lain.

    Hasil penemuan ini meningkatkan lagicabaran kepada MARDI dan industri keciluntuk membangunkan produk berasaskandurian yang boleh dijual dengan nilaiditambah. Hal ini menyempitkan lagi ruangpasaran buah durian kerana pengguna lebihgemarkan durian segar, berbanding dengandurian yang diproses.

    Pengguna tidak makan durianDaripada jumlah 1,098 reponden, 4% daripadamereka tidak makan durian. Peratusan mereka

    yang tidak makan durian meningkat sebanyak2% berbanding dengan kajian pada tahun 1993(Syed Abdillah dll. 1993). Hampir 40%daripada responden yang tidak makan durianmerupakan responden remaja yang berumurkurang daripada 20 tahun dan selebihnya ialahresponden berusia melebihi 50 tahun.Walaupun peratusan mereka yang tidak makandurian ini kecil, peratusan ini tetap memberikesan yang ketara kepada industri durian diMalaysia. Berasaskan penduduk Malaysiayang berusia kurang daripada 20 tahunberjumlah melebihi 7.6 juta orang atau 44%(2005), adalah dianggarkan seramai 342,000orang tidak makan durian. Memandangkanpasaran durian domestik yang kecil, jumlahini memberi kesan yang ketara kepadapemasaran durian di dalam negara. Denganmengambil kira purata bilangan buah yangdibeli oleh pemakan durian sebanyak 1530biji bagi setahun, pasaran durian negarakehilangan lebih kurang 7.5 juta biji pasarandurian setahun.

    Bagi responden remaja, kajian inimendapati hampir 70% daripada mereka tidakmakan durian sejak kecil. Sementara bagiresponden melebihi 50 tahun, 58% berhentimakan durian apabila mengetahui mempunyaimasalah kesihatan, khususnya diabetes; 23%tidak berminat lagi makan durian dan 19%pula disebabkan oleh faktor-faktor lain.

    Responden yang tidak makan durianmemberi sebab bau dan kesihatan sebagaifaktor utama. Selain itu, faktor tabiatpemakanan di rumah iaitu ketua keluarga tidakmembeli/makan durian juga menyumbangkepada responden yang tidak makan durian.

    Semasa kajian ini dijalankan, respondentelah ditanya sama ada mereka akan mengubahkecenderungan makan durian, daripada tidakmakan kepada makan durian. Hasil penemuankajian ini mendapati bahawa pengubahan ciri-ciri yang digemari oleh pengguna tetap tidakakan mempengaruhi pengguna yang tidakmakan durian. Misalnya, jika ada teknologiyang dapat mengurangkan bau durian pun,tidak akan mengubah pendirian merekabertukar kepada menggemari makan durian.Daripada penemuan ini bolehlah disimpulkan

  • 44

    Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia

    bahawa mereka yang tidak makan durianadalah kumpulan yang sukar diubahkecenderungannya.

    Jangkaan trend penggunaan duriandi MalaysiaTrend penggunaan durian pada masa akandatang adalah dipengaruhi oleh penggunaremaja pada masa ini. Kumpulan pendudukyang berumur kurang daripada 20 tahun padamasa ini merupakan 44% daripada keseluruhanpenduduk Malaysia. Bilangan penduduk iniakan menjadi ketua keluarga dalam tempoh10 tahun dari sekarang. Berasaskan persepsikecenderungan makan durian di kalanganpenduduk dalam kumpulan ini pada masa kiniyang berjumlah 26.3 juta dan pertambahanpenduduk pada kadar 2.5% kadar penggunaandurian dijangka meningkat selaras denganpertambahan penduduk. Berasaskan andaiankadar kecenderungan penggunaan durianadalah sama bagi tempoh 10 tahun akandatang, dijangka bilangan penduduk yangmempunyai kecenderungan makan durian yangstabil dan meningkat akan bertambah daripada13.64 juta orang kepada 17.36 juta orang.Manakala bilangan pengguna yang akanberkurangan kadar kecenderungan makandurian hanya meningkat daripada 6.36 jutakepada 7.37 juta orang. Jangkaan pertambahanpengguna durian adalah ditunjukkan dalamLampiran 3.

    Walaupun jangkaan penggunaan durianper kapita dijangka menurun daripada4.82 kg/orang setahun pada 2003 kepada4.26 kg/orang setahun (2010), jumlahpenggunaan durian akan meningkat daripada146,000 tan dalam tahun 2003 kepada lebih210,000 tan dalam tahun 2010. Untukmeningkatkan lagi potensi durian, programkesedaran kebaikan durian, pembungkusan danpembangunan produk nilai ditambah perluditingkatkan dari sekarang. Tumpuanpemasaran dan promosi perlu ditujukan kepadakumpulan pengguna berumur di bawah20 tahun. Melalui program kesedaran yangberterusan pada masa ini dijangka akanmeningkatkan lagi permintaan durian pada

    masa hadapan dan turut memajukan industridurian ini.

    CadanganBerasaskan penemuan kajian ini beberapacadangan bagi memastikan kemajuan komoditidurian dikemukakan.

    Pengeluaran berasaskan permintaanBerasaskan keluasan tanaman durian yang adasekarang, pengeluaran durian dijangka kekalpada 370,000 tan setahun bagi tempoh 2005hingga 2010. Walau bagaimanapun,penggunaan durian dijangka hanya meningkatdaripada 172,010 tan dalam tahun 2005 kepada207,833 tan dalam tahun 2010 (FAMA 2005).Perkara ini menyebabkan berlakunya lebihanpenawaran dan mengakibatkan harga pasaranyang tidak menentu. Dalam RancanganMalaysia ke-8, kerajaan telah membuatkeputusan untuk tidak menggalakkanpenanaman baru durian. Langkah kawalan inibertujuan mengimbangi penawaran durian dipasaran dengan jumlah permintaan. Langkahpengawalan penanaman pokok durian baru initelah dapat menstabilkan pengeluaran buahdurian, tetapi masih lagi tinggi berbandingdengan permintaan.

    Selain kawalan penanaman pokok durianbaru, kawalan pengeluaran buah durian jugaboleh dilaksanakan. Penjarangan buah bolehdilakukan di peringakt awal musim untukmenghasilkan buah-buahan berkualiti padakuantiti yang mencukupi. Kaedah ini telahdiamalkan di negara-negara pengeluar utamabuah-buahan dan didapati sangat berkesan bagimemastikan penawaran buah sentiasaseimbang dengan permintaan.

    Penanaman pokok durian klonPenanaman pokok durian klon telah lamadilaksanakan. Walau bagaimanapun,kewujudan pokok-pokok durian kampungmasih lagi tinggi. Hal ini memberi kesannegatif kepada pengeluaran dan pemasarandurian keseluruhannya. Berasaskan penemuankajian ini, kumpulan pembeli remaja didapatitidak begitu mengambil kira antara duriankampung dengan durian klon. Keadaan ini

  • 45

    Rozhan Abu Dardak

    membolehkan penggantian durian kampungdengan durian klon dilakukan denganberkesan. Kerajaan seharusnya mengambilkesempatan ini menggantikan durian kampungini dengan durian klon terpilih.

    Untuk tujuan itu, langkah-langkah perludiambil untuk memastikan hanya klon tertentusahaja ditanam dan bahan tanaman tulen yangberkualiti sahaja dibekalkan kepada petani.Melalui cara ini kerajaan boleh menetapkanjumlah pokok durian yang sesuai ditanamuntuk dimakan segar dan untuk tujuanpemprosesan. Tumpuan kepada satu-satu klondurian juga membolehkan pengurusanteknologi dilaksanakan seperti teknologipengeluaran, penuaian, teknologi lepas tuaidan pembungkusan, serta pemasaran ke dalamdan luar negara.

    Memperluas pasaranPada masa ini tumpuan pasaran eksport durianMalaysia hanyalah ke Singapura. Penguranganimport durian oleh Singapura memberi kesannegatif kepada keseluruhan pasaran duriantempatan. Malaysia tidak seharusnyabergantung kepada pasaran domestik yangsempit dan pasaran tradisi sahaja. Berbandingdengan Thailand yang mengeksport durian kenegara di luar ASEAN, Malaysia perlumeneroka pasaran baru. Malaysia bolehmenggunakan destinasi pasaran durianThailand sebagai fokus pasaran baru. Musimbuah durian di Thailand yang berbezamembolehkan Malaysia memasarkan duriandi tempat yang sama. Durian Thailanddipasarkan dengan banyak pada bulan Januarihingga Mei, sementara musim utama duriandi Malaysia adalah di antara Mei hingga Ogos(FAMA 1987). Perbezaan musim ini tidakmewujudkan persaingan, malahan kedua-duanegara boleh saling berkongsi maklumatpasaran.

    Pada umumnya, pasaran durian ke negaraEropah, Amerika Syarikat dan Asia Baratadalah bagi memenuhi permintaan masyarakatAsia yang tinggal di sana. Dengan perluasandunia tanpa sempadan, bilangan pendudukAsia di negara-negara tersebut dijangka terusmeningkat. Malaysia boleh mengambil

    peluang ini dengan meningkatkan eksport buahdurian sejuk beku ke pasaran terpilih. Pasaraneksport durian sejuk beku masih luasmemandangkan Thailand hanya memasarkankurang 1,000 tan (7% daripada keseluruhanpasaran eksport durian) durian sejuk beku kepasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

    KesimpulanSecara umumnya, trend kecenderungan makanatau permintaan durian di kalangan pendudukMalaysia dalam jangka masa 10 tahun (19932004) menurun. Walaupun perubahan inidianggap kecil dan masih tidak kritikal, iaperlu dibendung untuk mengelakkan kesanjangka panjang kepada industri durian.

    Durian kampung masih menjadi pilihanutama pengguna. Namun begitu masih adapeluang untuk memajukan industri durian klonkerana golongan remaja yang mewakili lebih44% penduduk Malaysia mempunyaikecenderungan kepada durian klon. Sasaranpengguna yang boleh mempengaruhipembangunan industri durian pada masahadapan ialah remaja berumur kurang daripda20 tahun. Mereka yang akan berkeluarga akanmempengaruhi ahli keluarga masing-masinguntuk makan durian.

    Teknologi yang berkaitan dengan durianyang dihasilkan oleh MARDI seperti teknologipemprosesan buah secara minimum danteknologi sejuk beku telah tersebar denganmeluas di kalangan konsumer di Malaysia.Cabaran utama kepada program pemindahanteknologi ialah meningkatkan kesedaranpengguna tentang teknologi tersebut.

    Dengan ketepuan pasaran domestik yangmungkin akan hanya berkembang denganpertambahan penduduk sahaja, adalah pentingbagi Malaysia untuk menerokai pasaraneksport seperti di China, Taiwan dan juganegara-negara maju yang mempunyaigolongan etnik Asia yang tinggi. Sejajardengan ini, teknologi terperinci yangberkemampuan untuk membawa durian kepasaran eksport yang lebih jauh perlu dijanadan dibaiki supaya teknologi tersebut lebihkompetetif dari segi kos dan kualiti.

  • 46

    Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia

    RujukanAnon. (1998). Third National Agricultural Policy

    (19982010). Kuala Lumpur: KementerianPertanian Malaysia

    (1999). Malaysian Agricultural Directory andIndex 1999/2000. Kuala Lumpur: AgriquestSdn. Bhd.

    (2002). Buku Perangkaan Pertanian 2000. KualaLumpur: Kementerian Pertanian Malaysia

    (2003). Statistik pertanian 1993. Kuala Lumpur:Jabatan Pertanian Malaysia

    (2005a). Malaysian Agricultural Directory andIndex 2003/2004. Kuala Lumpur: AgriquestSdn. Bhd.

    (2005b). Population Distribution and BasicDemographic Characteristics. Kuala Lumpur:Department of Statistic Malaysia

    (2005c). Yearly Report. Reporting CountriesExport Statistics. http://www.gtis.com/gta/login.cfm

    FAMA (1987). Buah-buahan bermusim di Malaysia.Kuala Lumpur: Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan

    (2005). Analisis Industri Durian. Kuala Lumpur:Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

    Syed Abdillah, S.A., Mohd. Yunus, J. dan Raziah,M.L. (1993). Kajian keratan rentas kegemaranmakan durian segar di kalangan pengguna.Makalah sesekala bil. 5: 3. Kuala Lumpur:MARDI

    AbstractA study on consumers preference involving 1,098 respondents was conducted inPeninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. This study analysed the characteristic ofdurian preferred and the potential outlook of the durian industry. The results of thisstudy revealed that the consumption of durian among Malaysians comprised 96% ofthe total respondents. However, this study also showed that durian consumptionamong Malaysians has marginally declined by about 3% for the past 11 years(19932004). During that period, the fruits purchased and the frequency of purchasingwere reduced by nearly 30%. The main consumers of durian are adults between 21and 50 years old. The consumers preferred to purchase durian from the open spaceoutlets such as night markets and road-side stalls as compared to supermarkets. Forrespondents over 21 years old, they preferred durian kampung more than clonaldurian. While the respondents below 20 years old, they preferred the durian kampungas well as the clonal durian. The main characteristics of durian preferred by consumersare medium to large, egg-shaped, dark green with yellowish skin and have a strongand sweet smell. The consumers also preferred thick flesh with golden or yellowishin colour and sweet in taste. Respondents that did not consume durian were mainlythose below 20 or adults above 50 years of age. The main reasons for not consumingdurian were its bad odour or for health reasons, especially diabetes. In addition, theparents consumption behaviour also influences the consumption of durian amongteenagers. To overcome the saturated demand from the domestic market, Malaysianeeds to aggressively explore export markets, including to distanced developedcountries with high Asian ethnic population. Hence, continuous improvement inpostharvest and storage technologies might be the key to ensure successfuldiversification of export markets for Malaysian durian. The durian industry has thepotential to develop further in Malaysia and contributes towards the Malaysianeconomy.

  • 47

    Rozhan Abu Dardak

    Lampiran 1. Latar belakang dan profil responden

    Latar belakang/profil Bil. Peratus

    Umur < 20 tahun 148 13.52130 tahun 344 31.33140 tahun 288 26.24150 tahun 224 20.4> 51 tahun 94 8.6

    Bangsa Melayu 802 72.4Cina 184 17.6India 34 3.3Bangsa-bangsa lain 78 6.7

    Pekerjaan Makan gaji 723 66.0Bekerja sendiri 165 15.0Pelajar 153 14.0Lain-lain (pesara, suri rumah) 56 5.0

    Pendidikan Sekolah rendah 61 5.6Sekolah menengah 525 48.0Universiti 507 46.4

    Pendapatan < RM500 89 8.2RM500RM1,000 294 27.1RM1,001RM3,000 471 43.4RM3,001RM5,000 163 15.0> RM5,000 69 6.4

    Keluarga memiliki 591 53.9pokok durian

  • 48

    Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia

    Lampiran 2. Ciri-ciri buah durian yang menjadi kegemaran pengguna

    Ciri-ciri Sifat Pengguna (%)

    Bentuk buah Bulat bujur 39.6Bujur panjang 30.4Bulat 30.0Jantung 26.6

    Saiz buah Besar 35.5Sederhana 42.5kecil 14.8

    Warna kulit Hijau tua 32.3Hijau tua kekuningan 42.1Hijau muda kekuningan 26.9

    Duri Besar tumpul 43.9Besar tajam 32.9Kecil tumpul 19.6Kecil tajam 24.4

    Pengopekan buah Senang 89.5Tangkai Besar dan pendek 49.4

    Besar dan panjang 27.6Kecil dan pendek 14.2Kecil dan panjang 16.5

    Warna Isi Kuning emas 75.5Kuning tembaga 53.9Kuning pucat 10.5Putih susu 16.5

    Tekstur isi Pejal halus 65.2Lembik halus 34.0Lembik berserabut 12.0Pejal berserabut 14.7

    Rasa isi Lemak manis 69.0Lemak manis sedikit pahit 39.7Manis 38.8Manis sedikit pahit 23.4

    Aroma Sangat harum 56.3Sederhana harum 32.0Kurang harum 10.3

    Bentuk pangsa Timbul dan jelas 61.6Kurang jelas 15.0

    Bentuk isi Kesip 38.7Penuh 59.9

  • 49

    Rozhan Abu Dardak

    Lampiran 3. Kecenderungan penggunaan durian pada tahun 2005 dan jangkaannya pada tahun2015 di Malaysia

    Kecenderungan penggunaan Jangkaan penggunaandurian pada tahun 2005 durian pada tahun 2015

    Umur pengguna Persepsi Bil. Bil. Jangkaan Jangkaankecenderungan penduduk pengguna penduduk penggunamakan durian (juta) (juta) (juta) (juta)

    Meningkat1019 tahun 26.4% 5.864 2.1755 8.431 3.12792029 tahun 27.8% 5.138 1.6280 5.867 1.85983039 tahun 26.6% 4.154 1.4414 5.138 1.78294049 tahun 34.2% 3.721 0.9637 4.154 1.07595059 tahun 33.0% 3.192 1.0757 3.721 1.2540

    Jumlah 22.069 7.2843 27.311 9.1005

    Tidak berubah1019 tahun 26.4% 5.864 1.5006 8.431 2.22582029 tahun 27.8% 5.138 1.4284 5.867 1.63103039 tahun 26.6% 4.154 1.1050 5.138 1.75774049 tahun 34.2% 3.721 1.2726 4.154 1.42075059 tahun 33.0% 3.192 1.0534 3.721 1.2279

    Jumlah 22.069 6.3600 27.311 8.2631

    Berkurangan1019 tahun 26.4% 5.864 1.5481 8.431 2.22582029 tahun 27.8% 5.138 1.4284 5.867 1.63103039 tahun 26.6% 4.154 1.1050 5.138 1.36674049 tahun 34.2% 3.721 1.2279 4.154 1.42075059 tahun 33.0% 3.192 1.0534 3.721 1.2279

    Jumlah 22.069 6.3628 27.311 7.8721