teori pedagogi 2 ^^

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori peribadi

Citation preview

KHATIJAH BINTI DJUNAIDI 901001-14-5446 PISMP SAINS/PJ/BI

KHATIJAH BINTI DJUNAIDI 901001-14-5446 PISMP SAINS/PJ/BIPraktikum 2Semester 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PERLIS

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI :

Wake Up

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI :

Berdasarkan refleksi jurnal dan pemerhatian saya terhadap P&P yang dilaksanakan Sekolah Kebangsaan Pendang, saya telah menghasilkan satu teori iaitu teori Wake Up. Teori ini diaplikasikan berdasarkan pemerhatian saya terhadap peningkatan tahap penguasaan dan penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dilakukan apabila saya mengambil perhatian murid sebelum melakukan aktiviti dalam setiap fasa pdp.Teori ini diaplikasikan oleh saya kepada tiga kelas yang diajar iaitu Tahun 3 Bestari, 3 Harapan dan 2 Bestari. Langkah pertama yang diambil ialah dengan merancang pelbagai cara untuk mengambil perhatian murid semula selepas melakukan sesuatu aktiviti. Pelbagai cara boleh digunakan seperti mengarahkan semua murid berdiri dan duduk beberapa kali agar murid fokus kepada arahan guru dan bersedia untuk mendengar arahan yang setersunya. Selain itu, saya juga menggunakan teknik respon dengan mengucapkan perkataan hye atau hello. Apabila guru mengucapkan perkataan hye, murid perlu menjawab dengan mengucapkan perkataan hello dan sebaliknya. Teknik ini diulang sehingga semua murid dapat memberi respon yang betul. Teori ini menekankan penglibatan murid secara maksimum dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, murid perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Guru menggunakan teori wake up agar murid kembali fokus kepada aktiviti yang bakal dilakukan. Guru perlu memastikan murid kembali ke tempat masing-masing, tidak melakukan perkaran lain, serta memberi perhatian yang sepenuhnya kepada arahan yang bakal dikemukakan oleh guru. Guru juga boleh mengenal pasti murid yang kurang bermotivasi dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan sebelumnya. Selain itu, murid berpeluang merehatkan diri sebentar dengan melakukan senaman-senaman ringkas dengan bimbingan guru. Sepanjang tempoh pelaksanaan, saya dapati sikap murid-murid saya sedikit sebanyak telah berubah. Murid lebih bermotivasi dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Saya juga berasa lebih mudah untuk memberikan arahan dan mengendalikan aktiviti yang berikutnya. Hal ini kerana murid lebih memahami kehendak setiap aktiviti dan melakukannya dengan cara yang betul. Tahap penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari juga semakin meningkat. Masalah disiplin seperti membuat bising dan melakukan perkara-perkara lain semakin berkurang. Murid semakin komited dalam mengikuti pdp yang dilaksanakan.Melalui pelaksanaan teori ini, saya berpendapat murid perlu untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk mengikuti pembelajaran. Guru boleh melakukan pelbagai cara untuk menarik semula perhatian murid yang semakin kurang memberi komitmen kepada aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, guru dapat mengawal murid dengan lebih mudah. Murid masih membuat bising semasa aktiviti dijalankan tetapi mampu melakukan aktiviti tersebut secara individu atau berkumpulan berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru. Guru hanya membuat pemerhatian dan bertindak sebagai fasilitator semasa aktiviti dilaksanakan. Justeru, saya berharap agar sedikit sebanyak teori ini dapat menyumbangkan pembaharuan terhadap perkembangan pelaksanaan P&P yang akan dilaksanakan. Saya akan mengaplikasikan teori ini untuk praktikum yang akan datang dan akan sentiasa membuat penambahbaikkan agar objektif pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dan P&P menjadi lebih bermakna.