Teknik Lari Pecut 400meter

Embed Size (px)

Citation preview

Teknik Lari Pecut 400meter

Oleh : Nabil Fikri nadhri Sobri Muzammil Hussain dan Sesiapa yang terlibat

Sejarah lari pecut 400METER Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam olahraga yang pernah dicatatkan. Antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 , acara stade adalah antara acara yang awal dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter

..sambungan Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki , pertandingan pertama untuk wanita hanya 1921 di Monte Carlo acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama :47.8 saat ,dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 :43.86 saat Marlene Mathews dari Australia catat masa 57.0 saat namun diperbaharui Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974

Teknik Mula Lari Pecut Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk pertandingan masa kini, GAYA DEKAM digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan. Gamba starter block

Gaya dekam(crouch start) Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru.

gamba

Fasa-Fasa Dan Teknik-Teknik Lari Pecut1) Fasa larian a) Fasa pecutan b) Fasalaju maksimum dan pengekalan kelajuan c) Fasa larian di selekoh 2) Fasa penamat

KEDUDUKAN TANGAN: Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula. KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER: KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI: Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. LUTUT Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam

gamba

Penamat larian Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang

Gamba penamat +video

Pemegang rekod dunia 400meter