20
STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN POLIS Chua Bee Seok ABSTRACT The present study aims to examine the differences in occupational stress, job satisfaction and mental health problem between polices and government civil service servants. The differences according to the individual officer s rank (high rank police officer, middle rank police officer and lower rank police officer) were also observed. This study also attempted to examine the effect of sources of stress on job satisfactions and mental health problem. Data were collectedfrom JJ 3 police officers and J 22 government civil service servants in Kota Kinabalu, Sabah. The Occupational Stress Indicator (OSJ) was adopted to investigate the source of stress, job satisfaction and mental health problem among the subjects. The result showed that: i) The polices expressed higher sources of job- related stress, particularly in terms of factors intrinsic to the job', 'the managerial role', the homework interface' than the government civil service servants. ii) The police experienced more job satisfaction in 'achievement / value servants. iii) Lower rank offICers experienced higher stress in 'career and achievement' than high rank police offICers. ivY High rank police officers and middle rank police officers experienced more job satisfaction in 'achievement/value and growth', 'organizational processed' and 'personal relationship' than lower rank police officers. v) Mental health problem is significantly predicted by stressor associated with 'the managerial role '. PENGENALAN Dalam proses penglobalisasian negara terpaksa mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan dalam struktur ekonomi dan sosial. Dalam proses perubahan, kemajuan dan pembangunan, e1emen-elemen negatif turnt merebak dalam masyarakat kita. Kegiatan seperti pengedaran dadah, jenayah kekerasan, jenayah harta benda, dan jenayah perdagangan menggunakan peralatan yang Iebih canggih kian menular ke dalam rnasyarakat dengan cara yang sukar dikesan. Di samping itu. kini juga te1ah dibuktikan wujudnya golongan penjenayah profesional, berpendidikan berstatus sosiaI, dan berpangkat besar yang turnt terlibat dalam jenayah. Semua fenomena ini telah menghambat pasukan polis dan secara lang sung juga telah meningkatkan stres pekerjaan di kalangan ahli dalam pasukan ini.

STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN POLIS

Chua Bee Seok

ABSTRACT

The present study aims to examine the differences in occupational stress, job satisfaction and mental health problem between polices and government civil service servants. The differences according to the individual officer s rank (high rank police officer, middle rank police officer and lower rank police officer) were also observed. This study also attempted to examine the effect of sources of stress on job satisfactions and mental health problem. Data were collected from J J 3 police officers and J 22 government civil service servants in Kota Kinabalu, Sabah. The Occupational Stress Indicator (OSJ) was adopted to investigate the source of stress, job satisfaction and mental health problem among the subjects. The result showed that: i) The polices expressed higher sources of job- related stress, particularly in terms of factors intrinsic to the job', 'the managerial role', the homework interface' than the government civil service servants. ii) The police experienced more job satisfaction in 'achievement / value servants. iii) Lower rank offICers experienced higher stress in 'career and achievement' than high rank police offICers. ivY High rank police officers and middle rank police officers experienced more job satisfaction in 'achievement/value and growth', 'organizational processed' and 'personal relationship' than lower rank police officers. v) Mental health problem is significantly predicted by stressor associated with 'the managerial role '.

PENGENALAN

Dalam proses penglobalisasian negara terpaksa mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan dalam struktur ekonomi dan sosial. Dalam proses perubahan, kemajuan dan pembangunan, e1emen-elemen negatif turnt merebak dalam masyarakat kita. Kegiatan seperti pengedaran dadah, jenayah kekerasan, jenayah harta benda, dan jenayah perdagangan menggunakan peralatan yang Iebih canggih kian menular ke dalam rnasyarakat dengan cara yang sukar dikesan. Di samping itu. kini juga te1ah dibuktikan wujudnya golongan penjenayah profesional, berpendidikan tingg~ berstatus sosiaI, dan berpangkat besar yang turnt terlibat dalam jenayah. Semua fenomena ini telah menghambat pasukan polis dan secara lang sung juga telah meningkatkan stres pekerjaan di kalangan ahli dalam pasukan ini.

Page 2: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Chua Bee Seok

Kerjaya sebagai polis dikatakan secara tabiinya sering menimbulkan stres kerana ia sering meletakkan si petugas dalam keadaan yang terdedah kepada bahaya dan ancaman. Namun, menurut Beehr (1981) dan Gaines dan Jermier (1983), dalam situasi sebenar sumber stres kerja polis mungkin berpunca dari peristiwa-peristiwa biasa seperti kekecewaan dengan sistem mahkamah, polisi pentadbiran dan amalan polis, perubahan syifkerja, dan kekurangan peluang kemajuan dalam organisasi polis. Untuk mengenal pasti sejauh mana polis mengalami stres pekerjaan, tahap kesejahteraan polis perlu dibandingkan dengan tahap kesejahleraan kwnpulan pekerja atau komuniti lain.

Dalam satu kajian perbandingan profil stres pekerjaan dan kepuasan ketja antara polis dengan pengurus sektor swasta, Kirkcaldy dan Cooper (1992) mendapati wujud beberapa perbezaan antara dua kumpulan subjek itu. Mereka melaporkan bahawa ~gawai senior polis Berlin merasakan ia menerirna kurang kawalan personal ke alas ~rsekitarannya berbanding pengurus industri Jerman. Keputusan kajian itu juga enunjukkan impak negatif daripada pengaruh kepuasan kerja ke atas prestasi ketja bih kuat bagi polis berbanding pengurus industri. Polis juga melaporkan rasa kurang :lamat terhadap kerja dan prospek kerjaya mereka. Dalam kajian itu, Kirkclady dan ooper (1992) juga melaporkan polis berpangkat tinggi (penolong ketua konstabel dan etua superintenden) lebih cenderung mempunyai tingkah laku jenis A berbanding engurus pertengahan dan atasan industri (setaraf dengan superintenden). Keputusan ajian juga menunjukkan pengurus industri mempunyai kawalan yang lebih tinggi ke tas stres intra-organisasi dan proses pengurusan berbanding polis.

Sementara itu, Brown dan Campbell (1994) melaporkan terdapal perbezaan ola dalam pendedahan kepada stres dan pengalaman stres di kalangan staf penyeliaan. )apatan kajian Brown dan Campbell menunjukkan tugas-tugas operasi polis lrurang lemberi kesan ke atas para pegawai peringkat alasan tetapi stres organisasi dan engurusan banyak memberi kesan negatifke atas slafsenior.

Dalam satu kajian perbandingan stres pekerjaan antara kumpulan polis dengan opulasi umum di New South Wales, Australia, O'Brien dan Reznik (1988) serta Vesterink (1990) mendapati kumpulan polis mengalami gangguan psikologikal dan izikal yang lebih tinggi berbanding dengan populasi umum New South Wales.

Disebabkan terdapat perbezaan dalam fungsi, persekitaran kerja dan struktur Irganisasi anlara polis dengan populasi umum, maka dijangkakan terdapat juga erbezaan profil stres pekerjaan dan kepuasan kerja di antara polis dengan populasi mum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan di antara polis

dengan kakitangan perkhidrnatan awam dalam profil stres pekerjaan, kepuasan ketja dan masalah kesihatan mental.

Dapatan kajian Brown dan Campbell (1994) memperlihalkan bahawa pemeringkatan jawatan merupakan pembolehubah pencelah penting dalam hubungan di antara stres pekerjaan dengan ketegangan di kalangan polis. Dalam kajian ini pengkaji

2

Page 3: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Sires Pekerjaan, Kepuasan Kelja dan MasaJah KesihaJan Mental

ingin melihat sarna ada terdapat perbezaan profil stres pekeIjaan, kepuasan keIja dan rnasalah kesihatan mental bagi tiga kumpulan iaitu pegawai polis peringkat atasan (terdiri daripada pegawai kanan polis sehingga inspektor percubaan), pegawai polis peringkat pertengahan (terdiri daripada sub-inspektor sehingga saIjan) dan pegawai polis peringkat bawahan (terdiri daripada koperal sehingga konstabe1 tambahan) yang saling berbeza status pekeIjaan mereka.

Akhir sekali, kajian inijuga bertujuan untuk mengkaji pengaruh sumber stres pekeIjaan ke atas kepuasan keIja dan rnasalah kesihatan mental di kalangan polis. Dapatan ini nanti boleh dijadikan garis panduan dalam merangka strategi pencegahan dan pengurusan stres di kalangan polis mengikut status pekerja.

METODOLOGI

SUbjek dan Tempat Kajian

Subjek kajian terdiri daripada 113 orang polis dan 122 orang kakitangan perkhidrnatan awam yang dipilih secara rawak daripada Polis Diraja Malaysia Kontingen Negeri Sabah dan sebuah jabatan perkhidrnatan awam yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Subjek kajian ini dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut status pekeIjaan iaitu pegawai atasan, pertengahan dan bawahan.

AlatKajian

Dalam kajian ini, subjek diminta me1engkapkan alat kajian Occupational Stress Indicator (OSI) versi Melayu (diterjemah oleh Mohammad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok, & Sapora Sipon, 2000). OSI merupakan satu alat kajian mengkaji stres pekerjaan dengan mendedahkan silang rujukan antara empat eIemen: Sumber-sumber stres pekerjaan, individu yang mengalami stres,strategidaya tindak yang digunakan, dan kesan stres pekerjaan (rna salah kesihatan mental dan kepuasan kerja). Item-item yang mengukur atau mewakili setiap skala OSI merupakan item berbentuk skala pemeringkatan Likert (enam mata). Dalam kajian ini, hanya skala sumber-sumber stres pekerjaan, skala kepuasan keIja dan skala masalah kesihatan mental digunakan.

Skala sumber stres pekerjaan mengandungi 61 item dan dibahagikan kepada enam sub skala iaitu faktor intrinsik dalam pekerjaan; peranan dalam pengurusan; hubungan dengan orang lain; kejayaan dan pencapaian; struktur dan iklim organisasi serta halangan-halangan kerja/rumah. Subjek kajian dikehendaki mengenal pasti sarna

3

Page 4: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

ada sesuatu item itu merupakan suatu sumber stres bagi dirinya dengan memberi skor pada skala pemeringkatan enam mata iaitu dari satu sumber stres yang sang at jew (6) ke sangat je1as bukan satu sumber stres (1). Semakin tinggi skor yang diperolehi dalam sesuatu sub skala itu semakin tinggi stres yang dirasai wbat sumber stres berkenaan. Ukuran bagi stres pekerjaan keseluruhan adalahjumlah skor daripada semua sub skala stres pekerjaan itu.

Skala lepuasan kerja mengandungi 22 item dan dibabagikan kepada lima sub skala iaitu kepuasan terbadap pencapaian, nilai dan perkembangan, kepuasan terhadap kerja itu sendiri, kepuasan terhadap reb bentuk dan struktur organisasi, kepuasan terbadap proses pengurusan serta kepuasan terbadap hubungan personal. Dalam skala ini subjek juga dikehendaki memberi skor pada skala pemeringkatan eoam mata iaitu dari amat sangat puas bali (6) hingga amat sang at tidak puas hali (1). Skor tinggi yang diperolehi dalam sesuatu sub skala itu menunjukkan individu berkenaan mempunyai kepuasan yang tinggi bagi sub skala berkenaan. Kepuasan kerja secara keseluruhan adalahjumlah skor bagi kelima-lima sub skala kepuasan kerja.

Skala masalah kesihatan mental mengandungi 18 item yang mengukur kekerapan berlakunya simptom stres dari segi kognitif. Bahagian ini juga menggunakan skala pemeringkatan enam mata. Bagi sub skala masalah kesibatan mental, skor (6) menunjukkan keadaan negatif dan skor (1) menunjukkan keadaan positif.

Alat kajian Occupational Stress Indicator (OSI) telah diterjemahkan ke dalam versi Melayu oleh Mohanunad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok dan Sapora Sipon (2000) mengikut prosedur back translation yang dicadangkan oleh Brislin (1973). MenurutAnastasi dan Urbina (1997), tahap kebolehpercayaan yang tinggi adalah pekali kebolehpercayaannya berlingkar antara 80 hingga 90. Hasil penilaian kebolehpercayaan menunjullan skala OSI mempunyai tahap kebolehpercayaan yang agak tinggi dan boleh diterirna. Pekali skala dan sub skala OSI berlingkar antara 0.579 hingga 0.961. Hasil anal isis kebolehpercayaan OSI ditunjullan dalam Jaduall.

Analisis Data

Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik subjek kajian. Ujian-t digunakan untuk membandingkan min skor stres pekerjaan, kepuasan kerja dan masalah kesihatan mental antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam. Metod Anova sehala digunakan untuk membandingkan min skor stres pekerjaan, kepuasan kerja dan masalah kesibatan mental antara tiga kumpulan pegawai polis iaitu pegawai polis atasan, pegawai polis pertengahan dan pegawai polis bawahan. Di samping itu, metod regresi pelbagai digunakan untuk mengkaji pengaruh sumber-sumber stres ke atas

kepuasan kerja dan rnasalah kesihatan mental di kalangan polis.

4

Page 5: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

SIres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaIah Kesihatan Menttd

Jaduall: PekaliAlpha Bagi Skala dan Sub Skala Stres Pekerjaan, Kepuasan Ketja dan Masalah Kesihatan Mental Occupational Stress Indicator (OSI)

Skala & Sub Skala OSI Stres Pekerjaan Faktor intrinsik ket;ja Peranan pengurusan Hubungan dengan orang lain Kerjaya dan pencapaian Struktur dan iklirn organisasi Halangan kerja/rumah

Kepuasan Kerja Kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkernbangan Kepuasan terhadap kerja itu sendiri Kepuasan terhadap reka bentuk dan struktur organisasi Kepuasan terhadap proses-proses organisasi Kepuasan terhadap hubungan personal

Kesihatan Mental

KEPUTUSAN

Alpha 0.961 0.779 0.823 0.815 0.789 0.812 0.846

0.939

0.830 0.717

0.809 0.749

0579

0.605

Daripada 113 orang subjek polis, 98 orang atau 86.7 peratus terdiri daripada kakitangan lelaki dan hanya 14 orang atau 12.4 peratus terdiri daripada kakitangan perempuan. Taburan seperti ini dapat dijangkakan bagi kerjaya polis yang biasanya didorninasi oleh kaurn lelaki. Terdapat seorang subjek yang tidak rnernberi maklumat berkenaan jantinanya. Sementara itu, daripada 122 orang subjek dari jabatan perkhidrnatan awam, 57 orang atau 46.7 peratus terdiri daripada kakitangan lelaki, dan 63 orang atau 51.7 peratus terdiri daripada kakitangan perernpuan dan terdapat dua orang subjek yang tidak rnemberi maklumat tentangjantina mereka. Taburanjantina bagi subjekdarijabatan perkhidmatan awam agak seirnbang.

Dalarn kajian ini, umur dibahagikan kepada dua kategori iaitu umur antara 21 tahun hingga 35 tahun dan antara 35 tahun ke atas. Profit rnenunjukkan rarnai di antara subjek polis berada dalarn lingkungan urnur 35 ke atas iaitu seramai 67 orang (59.3 peratus) manakala seramai 41 orang (36.3 peratus) berurnur antara 21 tahun hingga 35 tabun. Terdapat lima orang subjek yang tidak mernberi maklumat tentang umur rnereka.

5

Page 6: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Chull Bu Seo!

Begitu juga bagi subjek dari labatan PerkhidmatanAwam, ramai di antara subjek berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas iaitu seramai 75 orang atau 61.5 peratus manakala seramai 42 orang atau 34.4 peratus terdiri daripada pekerja yang dalam linglrungan umur antara 21 tahun bingga 35 tabun. Terdapat riga orang subjek yang

tidak memberi maklumat tentang umur mereka.

Jadual2:Profil Subjek Kajian: Sampel Polis (N "" 113 orang) dan Sampel dari labatan

Pembolehubah Polis labatan Perkhidmatan Awam

Frekuensi Frekuensi Peratus Peratus

Jantina

Lelaki 98 86.7 57 46.7

Perempuan 14 12.4 63 51.7

Umur

21-36 tahun 41 34.4 42 36.3

37 - 55 dan ke atas 67 63.1 n 59.3

Missing value 5 2.5 3 4.4

Status Pekerjaan

Pengurusan atasan 37 20.5 25 32.7

Pengurusan

Pekerja bawahan 39 40.2 49 34.5

Pertengahan 37 39.3 48 32.7

Pengalaman Kerja

5 tahun ke bawah II 23.8 29 9.7

5 hingga 10 tahun 20 23.8 29 17.7

10 tabun ke atas 82 52.5 64 72.6

6

Page 7: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Sires Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaJah KesihaJan Mental

Subjek telah dibahagikan kepada tiga kategori mengikut status kerja iaitu pekerja pengurusan atasan, pekerja pengurusan pertengahan dan pekerja peringkat bawahan. Taburan subjek polis bagi ketiga-tiga status pekerjaan ini adalah agak sarna rata iaitu seramai 37 orang atau 32.7 peratus anggota polis terdiri dari kumpulan pengurusan atasan. seramai 37 orang atau 32.7 peratus anggota polis dari pengurusan pertengahan dan seramai 39 orang atau 34.5 peratus anggota polis daripada peringkat bawahan. Profil jabatan perkhidmatan awam menunjukkan subjek yang mempunyai status pengurusan atasan terdiri daripada 25 orang atau 20.5 peratus. PekeIja berstatus pengurusan pertengahan terdiri daripada 48 orang atau 39.3 peratus dan pekerja peringkat bawahan pula terdiri daripada 49 orang atau 40.2 peratus.

Subjekjuga dibahagikan kepada tiga kategori mengikut pengalaman kerja masing-masing iaitu pekeIja mempunyai pengalaman keIja lima tahun ke bawah, lima hingga 10 tahun dan 10 tahun ke atas. Profil polis pula menunjukkan terdapat seramai 82 orang atau 72.6 peratus polis yang telah mempunyai pengalaman keIja 10 tahun ke atas. Seramai 20 orang atau 17.7 peratus polis mempunyai pengalaman kerja antara lima hingga 10 tahun dan hanya terdapat seramai 11 orang atau 9.7 peratus polis yang mempunyai pengalaman keIja kurang daripada lima tahun. Profil menunjukkan seramai 64 orang at au 52.5 peratus subjek dari jabatan perkhidmatan awam yang mempunyai pengalaman kerja 10 tabun ke atas manakala seramai 36 orang atau 29.5 peratus subjek mempunyai pen gala man keIja kurang daripada lima tahun dan seramai 22 orang atau 18 peratus subjek mempunyai pengalaman kerja antara lima bingga 10 tahun.

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam Sumber Stres) Antara Polis dan Kakitangan Perkhidmatan Awam

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min skor stres pekerjaan keseluruhan dan enam sumber stres antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam. Keputusan anal isis ditunjukkan dalam Jadual3.

Merujuk Jadual 3, hasil analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam dalam stres pekerjaan keseluruhan (t = -2.45, k < .05) dan sumber stres 'faktor intrinsik dalam kerja' (t = -3.74, k < .05), 'peranan dalam pengurusan' (t = -2.39, k < .05) 'hubungan dengan orang lain' (t = -2.12, k < .05), 'struktur & iklim organisasi' (t = -2.24, k < .05), dan 'halangan kerjalrumah' (t = -3.32, k < .05).

7

Page 8: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Chull Bee Seok

Jadual3: Keputusan Ujian-t bagi Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam Sumber Stres) Mengikut Organisasi

Pembolehubah Terikat Pembolehubah Bebas N Min S.P

Stres Pekerjaaa Polis 99 220.14 41.31 -2.45-Keseluruban Kakitangan Awam 106 204.70 48.47

Faktor intrinsi" Polis 111 34.58 6.63 -3.74-dalam lcerja KakitanganAwam 117 31.11 7.34

Peranan da/am Polis 108 39.56 8.07 -2.39-pengurusan Kakitangan Awam 117 36.76 9.53

Hubungan dgn Polis 109 34.80 7.85 -2.12-orang/ain Kakitangan Awam 119 32.56 8.08

Kerjaya& III 32.47 7.10 -0.49-pencapaian Polis 117 31.97 8.04

Kakitangan Awam Struktur& III 41.82 8.05 -2.24-iklim organisasi Polis 116 39.25 9.17

Kakitangan Awam Halangan 109 37.78 9.30 -3.32-lcerjalrumah Polis 118 33.40 10.56

Kakitangan Awam -k<.05

Keputusan rnenunjukkan polis mengalami stres pekerjaan keseluruhan (min = 220.14, S.P =41.31), sumberstres 'faktorintrinsikdalam kerja' (min = 34.58, S.P= 6.63), 'peranan dalam pengurusan' (min"" 39.56, S.P = 8.07), 'hubungan dengan orang lain' (min = 34.80, S.P = 7.85), 'struktur& iklim organisasi' (min =41.82, S.P = 8.05), dan 'halangan kerjalnunah' (min = 37.78, S.P = 9.30) yang lebih tinggi berbanding kakitangan perkhidmatan awam. Min skor dan sisihan piawai stres pekerjaan keseluruhan dan sumber stres bagi subjek kakitangan perkhidmatan awam adalah (min = 204.70, S.P = 48.47) bagi stres pekerja keseluruhan, (min = 31.11, S.P =7.34) bagi sumberstres faktor intrinsikdalamkerja(min =36.76, S.P =9,53) bagi 'peranandalam pengurusan', (min = 32.56, S.P = 8.08) bagi 'hubungan dengan orang lain', (min = 39.25, S.P = 9.17) bagi 'struktur & iklim organisasi' dan (min = 33.40, S.P = 10.56) bagi 'halangan kerjalnunah'.

8

Page 9: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

SIres Pekerjaan~ Kepuasan Ketja dan MaSlllah Kesihatan MentIIJ

Perbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Polis dan Kakitangan Perkhidmatan Awam

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min skor kepuasan ketja keseluruhan dan lima sub skalanya dan masalah kesihatan mental antara polis dan kakitangan perkhidrnatan awam. Keputusan analisis ditunjukkan dalam Jadual4.

Jadual4: Keputusan Ujian-t Bagi Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Mengikut Organisasi

Pembolehubah Terikat Pembolehubah Bebas N Min S.P

Kepuasan Pekerjaan Polis 109 104.27 13.53 -2.43* Keseluruhan KakitanganAwam 107 99.63 14.47

Kepuasan terhadap pencapaian, nilai Polis 112 27.93 4.08 -2.92* dan perkembangan KakitanganAwam 117 26.24 4.66

Kepuasan terhadap Polis 112 19.79 2.33 -2.79* kerja itu sendiri Kakitangan Awam 118 18.85 2.76

Kepuasan terhadap reka ben/uk dan Polis 111 23.21 3.66 -1.58 struktur organisasi KakitanganAwam 117 22.44 3.71

Kepuasanterhadap proses-proses Polis 112 18.68 3.07 -2.22* pengurusan Kakitangan Awam 118 17.78 3.07

Kepuasan terhadap Polis 113 14.63 2.01 -1.14 hubungan personal Kakitangan Awam 119 14.34 1.88

KESIHATAN MENTAL Polis 110 62.64 8.27 -1.69 Kakitangan Awam 118 60.75 8.59

*k<O.05

9

Page 10: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

ChUG Bee Seok

Merujuk ladual 4, basil analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signiflkan antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam dalam kepuasan kerja keseluruhan, (t = -2.43, k < .05) dan 'kepuasan terbadap pencapaian, nilai dan perkembCingan, (t = -2.92, k < .05), 'kepuas~ terhadap kerja itu sendiri' ,( t = -2.79, k < .05), 'kepuasan terhadap proses-proses pengurusan' ,( t ... -2.22, k < .05).

Keputusan menunjukkan polis melaporkan mempunyai kepuasan kerja keseluruban (min = 104.27, S.P = 13.53), dan 'kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkembangan' (min = 27.93, S.P = 4.08), 'kepuasan terhadap kerja itu sendiri' ( min = 19.79, S.P = 2.33), dan 'kepuasan terhadap proses-proses organisasi' (min = 18.68, S.P = 3.07) yang lebih tinggi berbanding kakitangan perkhidmatan awam. Min skor dan sisihan piawai kepuasan kerja keseluruhan dan sub skalanya bagi subjek kakitangan perkhidmatan awam adalah (min = 99.63, S.P .. 14.47) bagi kepuasan kerja keseluruhan, (min - 26.24, S.P - 2.76) bagi 'kepuasan terhadap kerja itu sendiri', dan (min = 17.78 S.P = 3.07) bagi 'kepuasan terhadap proses­proses pengurusan'. Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam dalam masalah

kesihatan mental (t = -1.69, k < .05).

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruban dan Enam Sumber Stres) Antara Tiga Kumpulan Pegawai Polis

Ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan min skor stres pekerjaan keseluruhan dan enam sumber stres antara pegawai polis atasan, pegawai polis pertengahan dan pegawai polis bawahan. Keputusan analisis ditunjukkan dalam ladual5.

Merujuk ladual5, keputusan ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan di antara pegawai polis atasan, pertengahan dan bawahan dalam stres keseluruhan dan sub skalanya kecuali dalam sumber stres kerjaya dan pencapaian F(2.10I):Z 3.88, k < 0.05).

10

Page 11: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

SIres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaJah Kesihaliln Mental

Jadual5: KeputusanAnalisis Varians Bagi Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam Sumber Stres) Mengikut Status Pekerjaan

Pembolehubah Pembolehubah N Min S.P F Terikat Bebas AlP AlB PIB

Stres Pekerjaan Pegawai atasan 33 213.45 38.21 Keseluruhan Pegawai pertengahan 29 222.59 51.98 0.66 -

Pegawai bawahan 37 224.19 34.39

Faktor intrinsik Pegawai atasan 37 33.24 6.12 dalamkerja Pegawaipertengahan 35 35.46 7.82 1.16 -

Pegawai bawahan 39 35.05 5.88

Peranan dalam Pegawai atasan 36 37.97 8.15 pengurusan Pegawai pertengahan 35 40.00 9.25 1.17

Pegawai bawahan 38 39.56 6.84

Hubungan Pegawai atasan 36 33.81 6.92 dengan orang lain Pegawai pertengahan 37 35.89 9.06 0.62 -

Pegawai bawahan 38 34.74 7.57

Kerjayadan Pegawai atasan 36 29.86 7.52

pencapaian Pegawai pertengahan 36 33.35 7.43 3.88 .J Pegawai bawahan 39 34.08 5.71

Struktur dan Pegawai atasan 36 39.94 7.98 iklim organisasi Pegawai pertengahan 36 42.25 9.16 1.58

Pegawai bawahan 39 43.15 6.82

Halangan Pegawai atasan 36 35.89 9.73 kerjalrumah Pegawai pertengahan 34 38.82 10.27 1.12

Pegawai bawahan 39 38.62 7.87

11

Page 12: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Chilli Bee Seo"

Nota: A = pegawai polis atasan, P = pegawai polis pertengahan B = pegawai polis bawahan

AlP = pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis pertengahan

AlB = pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis bawahan

PIB = pasangan perbezaan di antara pegawai polis pertengahan dengan pegawai polis bawahan

..J pasangan yang berbeza secara signifikan

Analisis ujian pos-hoc antara kumpulan menggunakan prosedur Sche./fe menunjukkan perbezaan min skor sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' yang signifikan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis bawahan. Keputusan itu menunjukkan pegawai polis bawahan (min = 34.08, S.P = 5.71) merasai sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' yang lebih tinggi berbanding pegawai polis atasan, (min - 29.86, S.P -7.52). Keputusanjuga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signiflkan antara pegawai polis pertengahan dengan pegawai polis atasan dan bawahan dalam perkara ini.

Perbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Tiga Kumpulan Pegawal Polis

Ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan min skor kepuasan kerja Ieeseluruhan dan lima sub skalanya antara pegawai polis atasan, pegawai polis pertengahan dan pegawai polis bawahan. Keputusan anal isis ditunjukkan dalam Jadual6.

Merujuk Jadual6, keputusanANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara tiga kumpulan pegawai dalam kepuasan Ieerja Ieeseluruban, (F,Z.III) = 4.40, k < 0.05), 'kepuasan terhadap proses-proses pengurusan' (F (2.111) = 3.60, k < 0.05), 'kepuasan terhadap hubungan personal' (F (2.IIZ) = 4.46, Ie < 0.05).

Analisis ujian pos-hoc antara kumpulan menggunakan prosedur Sche./fe menunjukkan perbezaan min skor kepuasan kerja Ieeseluruhan yang signifikan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis bawahan, dan di antara pegawai polis pertengahan dengan pegawai polis bawahan. Keputusan itu menunjukkan pegawai polis atasan (min - 107.24, S.P = 12.30) dan pegawai polis pertengahan (min = 106.82, S.P = 12.53) mempunyai tahap kepuasan kerja keseluruhan yang lebih tinggi daripada pegawai polis bawahan (min ... 99.08, S.P = 14.32).

12

Page 13: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

SIres Pekerjlum, Kepu4San Kerja dan MasoJah Kesihattm Menflll

Jadual6: KeputusanAnalisis Varians Bagi Kepuasan Ketja (Kepuasan Ketja Keseluruhan dan Lima Sub Skalanya)danMasalahKesihatanMentalMengikutSlatusPeketjaan

Pembolehubah N Min S.P F Terikat AlP AlB PIB

Kepuasao Kerja Pegawai atasan 37 107.24 12.30 Keseluruhao Pegawaipertengahan 34 106.82 12.53 4.58* - " oJ

Pegawai bawahan 38 99.07 14.32

Kepuasan Pegawai atasan 37 28.70 3.46 terhadap Pegawai pertengahan 36 28.78 3.75 4.40* - oJ oJ pencapaian, nilai Pegawai bawahan 39 26.41 4.55 dan perkembangan

Kepuasan Pegawai atasan 37 20.30 1.90 terhadap kerja itu Pegawai pertengahan 36 40.00 2.18 3.00 sendiri Pegawai bawahan 39 19.08 2.70

Kepuasan terhadap Pegawai atasan 37 23.76 3.53 reka bentuk dan Pegawai pertengahan 36 23.72 3.23 2.32 struktur organisasi Pegawai bawahan 38 22.18 4.01

Kepuasan terhadap Pegawai atasan 37 19.30 3.19 proses-proses Pegawaipertengahan 36 19.17 2.91 3.59* - oJ oJ organisasi Pegawai bawahan 39 17.64 2.91

Kepuasan terhadap Pegawai atasan 37 15.20 1.63 hubungan personal Pegawai pertengahan 37 14.84 1.77 4.46* - oJ

Pegawai bawahan 39 13.90 2.36

Masalah Kesihatan Pegawai atasan 36 60.94 9.04 Mental Pcgawai pertengahan 35 63.26 9.06 1.14

Pegawai bawahan 39 63.64 6.57

13

Page 14: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Chull Bee Seok

Nota: A z Pegawai polis atasan, P ~ pegawai polis pertengahan B - Pegawai pol is bawahan

AlP z Pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis pertengahan

AlB '"' Pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis bawahan

PIB - Pasangan perbezaan di antara pegawai polis pertengahan dengan pegawai polis bawahan

.oJ pasangan yang berbeza secara signifikan

Pegawai polis atasan (min = 28.70, S.P = 3.46) dan pegawai polis pertengahan (min

= 28.78, S.P = 3.75) mempunyai tahap 'kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkembangan' yang lebih tinggi daripada pegawai polis bawahan (min = 26.41, S.P =4.55). Pegawai polis atasan (min = 19.30, S.P=3.l9) dan pegawai polis pertengahan (min'"' 19.17, S.P = 2.91) mempunyai tahap 'kepuasan terhadap proses-proses pengurusan' yang lebih tinggi berbanding pegawai polis bawahan (min = 17.64, S.P = 2.91). Selain itu, pegawai polis atasan (min = 15.20, S.P = 1.63) juga melaporkan mempunyai tahap 'kepuasan terhadap hubungan personal' yang lebih tinggi daripada pegawai polis bawahan (min = 13.90, S.P = 236).

Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara pegawai polis atasan, pegawai polis pertengahan dan pegawai polis bawahan dalam masalah kesihatan mental (F(2.I09) = 1.44, k < 0.05).

Pengaruh Sumber-sumber Stres Ke Alas Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihaun Menul

Bagi menguji pengaruh sumber-sumber stres pekerjaan (faktor intrinsik dalam kerja, peranan dalam pengurusan, hubungan dengan orang lain, ketjaya dan pencapaian, iklirn dan struktur organisasi, dan halangan keIjalrumah) ke atas kepuasan keIja dan masalah kesihatan mental keenam-enam pernbolehubah sumber stres itu dirnasukkan ke dalam satu model regresi dengan pembolehubah kepuasan ketja dan masalah kesihatan mental bertindak sebagai pernbolehubah terikat Hasil analisis regresi pelbagai ditunjukkan dalam Jadual7.

Merujuk ladual 7, basil analisis menunjukkan model ini hanya menerangkan sebanyak 3.00 peratus daripada varians dalam kepuasan keIja dan model ini menerangkan sebanyak 12.00 peratus daripada varians dalam masalah kesihatan mental.

Keputusan analisis menunjukkan tiada sumber stres pekeIjaan yang memberi sumbangan signifIkan ke atas kepuasan keIja keseluruhan. Keputusan menunjukkan hanya sumber stres 'peranan dalam pengurusan' memberi kesan positif yang signiflkan

ke atas rnasalah kesihatan mental.

14

Page 15: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

SIres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan Masalah KesihaJan Mental

Jadual7: Taburan Beta Piawai Bagi Menguji Hubungan Antara Sumber-sumber Stres Pekerjaan dengan Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihatan Mental

Sumber-sumber Stres

Pekerjaan

Faktor intrinsik dalamkerja

Peranan dalam

pengurusan

Hubungan dengan

orang lain

Kerjaya dan pencapaian

Iklim dan struktur

organisasi

Halangan

kerjalrumah

Malar

F

*k<.05

Kepuasan Kerja Masalah Kesihatan Mental

(Beta) (Beta)

~.12 ~.Ol

0.13 0.61*

0.17 ~.l9

~.l3 ~28

~.14 ~.11

0.Q7 0.12

108.55 55.75

0.03 0.12

0.44 2.(9

15

Page 16: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Chull Bee Seok

PERBINCANGAN

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam Sumber Stres) Antara Polis dan Kakitangan Perkhidmatan Awam

Dapatan kajian menunjukkan polis mengalami stres pekerjaan keseluruhan, sumber stres 'faktor intrinsik dalam kerja' (stres timbul akibat daripada keadaan temp at kerja yang tidak sesuai dan tidak selesa, jumlah waktu kerja yang panjang, kerja yang berisiko dan bahaya, teknologi baru, bebanan kerja yang terlalu banyak atau terIalu sedikit, menghadiri mesyuarat, membuat tugas-tugas pentadbiran, serta mengurus dan menyelia kerja orang lain), 'peranan dalam pengurusan' (stres timbul akibat daripada mengalami konflik peranan seperti terpaksa menjalankan peranan negatif misalnya memecat pekerja, dan peranan sebagai ketua, dan kekaburan peranan yang merujuk kepada pekerja kabur terhadap skop dan tanggungjawab dalam tugas yang diberikan kepadanya), 'hubungan dengan orang lain' (stres timbul kerana bermasalah dalam menjalin hubungan baik dengan rakan sekerja, pihak atasan atau orang bawah), 'struktur & iklim organisasi' (stres timbul akibat daripada kurang atau tidak terlibat dalam proses membuat keputusan, kurang rundingan at au komunikasi yang efektif dan sekatan ke atas tindakan, seperti anggaran perbelanjaan), dan 'halangan kerjal rumah' (stres timbul akibat daripada berlakunya pertindihan tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab di rumah) yang lebih tinggi di kalangan anggota polis berbanding dengan kakitangan perkhidmatan awam.

Dapatan kajian ini menolak pandangan stereotaip yang menyatakan kerja polis secara tabiinya adalah menekan atau menimbulkan stres kerana kerja itu adalah membahayakan. Sebaliknya, dapatan ka jian menyokong dakwaan Beehr (1981) dan Gaines dan Jermier (1983) bahawa dalam situasi sebenar stres yang dialami polis banyak berpunca daripada peristiwa-peristiwa biasa.

Bukti kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara sifat stres polis dengan pekerjaan lain. Brown dan Campbell (1990) telah mengenal pasti sumber stres utama bagi pasukan polis Inggeris. Sumber­sumber stres itu termasuklah lebih beban kerja, kekurangan staf, kurang sokongan dari staf senior dan kelemahan komunikasi dalam organisasi. Keputusan ini menunjukkan sumber stres yang dialami oleh polis adalah lebih kurang sarna dengan stres yang dialami oleh guru (Cox et 0/., 1988),jururawat (Hingley & Cooper, 1986) dan pengurusan (Davidson & Cooper, 1983).

16

Page 17: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Stres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaJah Kesihatan Mental

Pcrbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Polis dan Kakitangan Perkhidmatan Awam

Walaupun keputusan sebelum ini mendapati polis mengalami stres pekerjaan yang lebih tinggi berbanding kakitangan perkhidmatan awam, keputusan perbandingan kepuasan kerja antara dua kumpulan ini menunjukkan polis mempunyai kepuasan kerja keseluruhan, 'kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkembangan', 'kepuasan terhadap kerja itu sendiri', dan 'kepuasan terhadap proses-proses organisasi' yang lebih tinggi berbanding kakitangan perkhidmatan awam. Dapatan kajian ini menyokong dakwaan Brown dan Campbell (1994) bahawa walaupun keIja polis adalah menekan dan menimbulkan stres tetapi ini tidak bermakna pegawai polis akan mengalami distres psikologikal. Menurut mereka, ini adalah kerana dalam ideologi polis seseorang pegawai polis seharusnya merupakan seorang individu yang kuat dari segi emosi, seman gat dan boleh menangani perkara-perkara atau situasi yang menekan. Terdapat juga pandangan stereotaip bahawa polis merupakan satu pasukan yang mempunyai "superhuman coping skill" dan kemah iran itu menyebabkan polis adalah lebih kedap terhadap stres.

Satu lagi penjelasan ialah stres bagi polis mungkiIi hanya merupakan perkara biasa memandangkan tabii kerja polis memang menekan. Ditambah pula, setiap anggota polis harus menjalani latihan taban lasak yang amat menekan sebelum mereka layak menyandang tugas sebagai polis. Latihan itu boleh menjadikan polis lebih 'kedap' terhadap stres dan meningkatkan ambang stres bagi polis.

Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kesihatan mental antara pegawai polis dan kakitangan perkhidmatan awam, walaupun hasil kajian o 'Brien dan Reznik (1988) serta Westerink (1990) me1aporkan bahawa kumpulan polis mengalami gangguan psikologikal dan fizikal yang lebih tinggi berbanding dengan populasi umum New South Wales. Dapatan ini mengukuhkan lagi dakwaan Brown dan Campbell (1994) bahawa pegawai polis adalah individu yang kuat dari segi emosi dan semangat.

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam Sumber Stres) Antara Tiga Kumpulan Pegawai Polis

Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pegawai polis atasan, pertengahan dan bawahan dalam stres pekerjaan kecuali dalam sumber stres ~kerjaya dan pencapaian'. Pegawai polis peringkat bawahan melaporkan merasai sumber stres 'keIjaya dan pencapaian' (merujuk kepada tidak dinaikkan pangkat setaraf dengan kebolehan seseorang individu, atau kenaikan pangkat ke tahap di luar

17

Page 18: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Chua Bee Seok

kebolehan seseorang, rasa tidak selamat terhadap jawatan yang dipegang, halangan kepada pencapaian at au cita-cita dan sebagainya) yang lebih tinggi berbanding pegawai polis peringkat atasan. Dapatan ini juga menunjukkan pegawai polis peringkat bawahan serius dan bimbang terhadap kerjaya dan pencapaian mereka.

Pegawai polis di peringkat bawahan akan mengalami proses transisi kenaikan pangkat. Dalam proses kenaikan pangkat penilaian diberikan ke atas prestasi dan tingkah laku mereka. Penilaian ini akan menimbulkan stres kerana mereka bimbang tidak dinaikkan pangkat setaraf dengan kebolehannya atau dinaikkan pangkat ke tahap di luar kebolehannya. Keadaan ini mungkin juga akan menyebabkan mereka berasa tidak selamat terhadap jawatan yang dipegang dan bimbaog pencapaian atau cita-cita akan dihalang. Sementara itu, pegawai polis peringkat atasan kurang mengalami stres pekerjaan kerana mereka telah "mencapai apa yang mereka boleh capai". Dapatan kajian ini tidak menyokong laporan Brown dan Campbell (1994) bahawa tugas-tugas operasi polis kurang memberi kesan negatif ke atas pegawai peringkat atasan tetapi stres organisasi dan pengurusan banyak memberi kesan negatifke atas staf senior.

Perbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Tiga Kumpulan Pegawai Polis

Hasil kajian mendapati pegawai polis atasan dan pertengahan mempunyai tahap kepuasan kerja keseluruhan, 'kepuasan terhadap pencapaian, 'nilai dan perkembangan', 'kepuasan terbadap proses-proses pengurusan' dan 'kepuasan terhadap hubungan personal' yang lebih tinggi berbanding pegawai polis peringkat bawahan. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan min skor yang signiflkao antara pegawai polis atasan, pegawai polis pertengahan, dan pegawai polis bawahan dalam masalah kesihatan mental.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, pegawai polis peringkat atasan telah "mencapai apa yang mereka boleh capai" maka sudah tentu mereka mempunyai 'kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkembangan' yang lebih tinggi. Pegawai polis peringkat atasanjuga melaporkan mempunyai tahap 'kepuasan terhadap proses­proses pengurusan' dan 'kepuasan terhadap hubungan personal' yang lebih tinggi daripada pegawai polis peringkat bawahan. Ini mung kin boleh dijelaskan atas sebab pegawai-pegawai atasan inilah yang menentukan deskripsi tugas pekerja, menentukan sistem pentadbiran atau pengurusan organisasi dan memberi arahan. Dengan itu, sudah tentu mereka akan rasa puas hati terhadap proses-proses pengurusan organisasi dan tidak merasa ada masalah dalam menjalin hubungan baik dengan

pegawai-pegawai polis peringkat lebih rendah.

18

Page 19: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

Sires Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihatan Mentol

Pengaruh Sumber-sumber Stres Ke Atas Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihatan Mental

Kajian mendapati keenam-enam sumber stres (faktor intrinsik dalam kerja, peranan dalam pengurusan, hubungan dengan orang lain, kerjaya dan pencapaian, iklim dan struktur organisasi dan halangan kerja/rumah) tidak memberi kesan ke atas kepuasan kerja di kalangan polis. Dapatan kajian ini tidak konsisten dengan dapatan kajian yang menunjukkan terdapat hubungan antara stres pekerjaan dengan ketidakpuasan kerja (Brown, Cooper & Kirkcaldy, 1996; Cooper & Marshall, 1976; Wall, Clegg & Jackson, 1978).

Dapatan kajian menunjukkan sumber stres 'peranan dalam pengurusan' merupakan peramal signifikan kepada masalah kesihatan mental bagi polis. Polis yang menghadapi konflik peranan seperti terpaksa menjalankan peranan negatif (misalnya memecat pekerja) dan peranan sebagai ketua atau kabur terhadap skop dan tanggungjawab dalam tug as yang diberikan kepadanya cenderung mengalami masalah kesihatan mental dan keadaan sebaliknya.

KESIMPULAN

Akibat daripada masalah konsep dan metodologi dalam kajian stres polis (seperti penggunaan ukuran yang tidak sesuai, kurang kajian yang membandingkan stres pegawai polis dengan kumpulan pekerja lain dan kurang kerangka teoritikal berkenaan hubungan antara personal dan ciri-ciri pekerjaan polis) menyebabkan maklumat berkenaan sejauh mana kerja polis itu menekan dan apakah faktor­faktor yang menentukan kualiti hidup polis masih kurang. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu menjawab persoalan sejauh mana tahap kesejahteraan polis dibandingkan dengan tahap kesejahteraan kumpulan pekerja lain. Kajian ini mendapati polis mengalami stres pekerjaan yang lebih tinggi berbanding dengan kakitangan darijabatan perkhidmatan awam. Namun begitu, polis juga melaporkan mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi berbanding dengan kakitangan dari jabatan perkhidmatan awam. Dapatan kajian juga menunjukkan sumber stres dari segi peranan dalam pengurusan merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan mental bagi polis.

RUJUKAN

Anastasi, A & Urbina, S. 1997. Psychological Testing (7th ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Beehr, T. A 1981. The Beehr-Newman Model of Occupational Stress: Application to criminal .Justice Research PaperJXeSellledatTheFirstNatiooal Coofereoceon Burnout, Philadelj:hia.

19

Page 20: STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH … Pekerjaan... · Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan untuk me1aporkan ciri-ciri demografik

CIrUG Bu Seok

Brislin. R. w. 1973. Cross-cultural Research Methods. New York: John Wiley.

Brown, 1. M. & Campbell. E. A. 1990. Sources of Occupational Stress in the Police. Work and Stress, 4, 305·318.

Brown, J. M. & Campbell, E. A. 1994. Stress and Policing; Sources and Strategies. New York: John Wiley & Sons.

Brown, J. M., Cooper, C. L., & Kirkcaldy, B. 1996. Occupational Stress Among Senior Police Officers. British Journal of Psychology, 87( 1),31.21.

Cooper, C. L. & MarshalI, 1. 1976. Occupational Sources of Stress: A Review of the Literature Relating to Coronary Heart Disease and Mental IIl·Health.lournal of Occupational Psychology, 49, 11.28.

Cox, T., Boot, N., Cox, S. & Harrison, S. 1988. Stress in Schools: An Organizational Perspective, Work and Stress, 2, 353·363.

Davidson, M. J. & Cooper, C. L. 1983. Stress and the Women Manager. Oxford: Martin Robertson.

Gaines, 1., & lennier, 1. M. 1983. Emotional Exhaustion In a High Stress Organization. Academic of Management lournal, 26, 567·586.

Hingley, D. & Cooper, C. L. 1986. Stress and the Nurse Manager. Chichester: Wiley.

Kirkcaldy, B. D. & Cooper, C. L. 1992. Cross·Cultural Differences in 0crupati0naI Stress Among British and German Managerial Staff. Work and Stress, 6, 177·231.

Kirkcaldy, B. D. & Cooper, C. L. 1992. Managing the Stress of Change: Occupational Stress Among Senior Police Officers in Berlin. Stress Medicine, 8,219·231.

Wall. T. D., Oegg, C. w., & lackson, P. R. 1978. An Evaluation of the lob Characteristics Model. lournal of Occuptional Psychology,S 1, 183·196.