93

Click here to load reader

[SOALAN N LEVEL ] Tema: Mengatur Waktu fileteenagers can schedule their time effectively • Self Develop the habit of listing down tasks ... [Example] Sebagai contoh, tugas yang penting

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: [SOALAN N LEVEL ] Tema: Mengatur Waktu fileteenagers can schedule their time effectively • Self Develop the habit of listing down tasks ... [Example] Sebagai contoh, tugas yang penting

[SOALAN N LEVEL] Tema: Mengatur Waktu

Karangan Ekspositori 1

Sarankan cara-cara remaja dapat mengatur waktu dengan lebih berkesan. [Self]

Introduction

Define keyword

The Main

Developing how

teenagers can schedule

their time effectively

• Self

Develop the habit of

listing down tasks

• Self

Prioritize task

according to their

level of importance

and urgency

• Self

[Define keyword] Masa adalah emas. Seseorang yang

berjaya mengaturkan waktunya dengan lebih berkesan akan

menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Ini kerana dia dapat

memanfaatkan masa dengan lebih baik berbanding dengan

seseorang yang menghabiskan masanya dengan sia-sia akibat tidak

pandai mengatur waktu. Remaja tidak terkecuali dalam perkara ini.

Ini kerana kehidupan remaja hari ini sangat mencabar. Remaja

perlu bijak mengaturkan waktu dengan lebih berkesan supaya

segala tugasan sekolah dan rumah dapat mereka lakukan dengan

baik. Remaja yang berjaya dalam kegiatan akademik dan ko-

kurikular adalah remaja yang bijak mengatur waktu dengan lebih

berkesan.

[Claim] Remaja dapat mengatur waktu dengan lebih berkesan

sekiranya mereka ingat akan semua tugas yang perlu mereka

selesaikan. [Support] Manakan tidak. Kita mudah lupa apabila

dibelenggu dengan banyak tugasan. Jadual waktu yang dilakarkan

pasti tidak akan berkesan sekiranya tidak disertakan dengan semua

tugas akibat lupa. [Argument] Oleh itu, penting bagi remaja untuk

membina dalam diri mereka tabiat untuk menyenaraikan tugas-

tugas yang perlu mereka selesaikan agar tidak mudah lupa.

[Example] Contoh senarai tugas yang baik juga merangkumi tanggal

dan masa tugas-tugas tersebut harus diselesaikan.

[Claim] Senarai tugas-tugas yang perlu diselesaikan akan

menjadi lebih berguna jika remaja tahu manakah tugas yang perlu

mereka selesaikan dahulu. [Support] Sikap ghairah untuk

melakukan tugas yang senang dahulu dan membiarkan tugas berat

dilakukan kemudian boleh menimbulkan masalah jika remaja tidak

pandai mengatur tugas-tugas mereka mengikut kepentingan.

[Argument] Justeru, segala tugasan haruslah dilakukan mengikut

urutan yang mustahak dan memerlukan tindakan segera.

[Example] Sebagai contoh, tugas yang penting dan memerlukan

tindakan segera perlulah diberikan keutamaan. Ini diikuti dengan

tugas yang tidak mustahak tetapi memerlukan tindakan segera.

Kemudian tugas yang mustahak tetapi tidak memerlukan tindakan

segera. Akhir sekali tugas yang tidak mustahak dan tidak

memerlukan tindakan segera.

[Claim] Masa jika diisi dengan melakukan tugas sahaja boleh

memenatkan dan mudah menimbulkan rasa bosan pada diri