6
TAJUK : MIKRO IKLIM (IKLIM BANDAR) a) Ap ak ah ya ng di mak sudk an de ng an Ik li m Bandar [ 3 Ma rkah ] Konsep Iklim Bandar: Pada amnya iklim bandar didefinasikan sebagai fenomena cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami di sesuatu kawasan yang terbatas keluasannya iaitu di kawasan Bandar. Ciri-ciri iklim mikro ini meliputi suhu, hujan, kelembapan udara, corak tiupan angin dan lain-lain yang amat berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau dengan keadaan sebelum berlakunya pembandaran.  Kelaina n ciri-cir i iklim yang di alami di bandar ber banding deng an luar bandar adalah di sebabkan oleh pe ngaruh da n aktivit i manusia itu sendiri. Juster u tidak hairanlah jika ada pandangan yang mengatakan “Iklim bandar adalah iklim buatan manusia  ”.  b). Bagaimanakah Manusia Mempengaruhi Iklim Bandar [ 10 Markah ] Menurut Prof. Sham Sani dalam bukunya Iklim Mikro: Proses da n Aplik asi (1995), Beberapa kegiatan manusia dan pembandaran mempengaruhi iklim bandar secara langsung atau tidak langsung dengan cara-cara berikut: (1) Pembandaran mengubah sifat fizikal permukaan bumi seperti bangunan konkrit dan jalan  bertar yang menyerap dan menyimpan haba pendam matahari dan membebaskannya pada waktu malam. (2) Aktiviti manusia banyak mengeluarkan tenaga haba melalui metabolisme badan. (3) Melalui fungsinya bandar mengeluarkan banyak gas-gas pencemar/gas rumah hijau ke udara yang mampu memerangkap bahangan bumi – kesan rumah hijau. Khususnya aktiviti  perindu strian , pengangkutan, pem bakaran t erbuka dan lain-la in. Kegiatan manusia dan pengaruhnya ke atas iklim bandar boleh diringkaskan seperti jadual di bawah: 1

Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-atmosfera-pbs-11-mikro-iklim-iklim-bandar 1/6

TAJUK : MIKRO IKLIM (IKLIM BANDAR)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Iklim Bandar [ 3 Markah ]

Konsep Iklim Bandar:

• Pada amnya iklim bandar didefinasikan sebagai fenomena cuaca dan iklim mikro yang

terbentuk dan dialami di sesuatu kawasan yang terbatas keluasannya iaitu di kawasan

Bandar.

• Ciri-ciri iklim mikro ini meliputi suhu, hujan, kelembapan udara, corak tiupan angin

dan lain-lain yang amat berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau dengan keadaansebelum berlakunya pembandaran. 

• Kelainan ciri-ciri iklim yang dialami di bandar berbanding dengan luar bandar 

adalah disebabkan oleh pengaruh dan aktiviti manusia itu sendiri. Justeru tidak 

hairanlah jika ada pandangan yang mengatakan “Iklim bandar adalah iklim

buatan manusia ”. 

b). Bagaimanakah Manusia Mempengaruhi Iklim Bandar [ 10 Markah ]

Menurut Prof. Sham Sani dalam bukunya Iklim Mikro: Proses dan Aplikasi (1995),Beberapa kegiatan manusia dan pembandaran mempengaruhi iklim bandar secara langsung atau

tidak langsung dengan cara-cara berikut:

(1) Pembandaran mengubah sifat fizikal permukaan bumi seperti bangunan konkrit dan jalan

 bertar yang menyerap dan menyimpan haba pendam matahari dan membebaskannya pada waktu

malam.

(2) Aktiviti manusia banyak mengeluarkan tenaga haba melalui metabolisme badan.

(3) Melalui fungsinya bandar mengeluarkan banyak gas-gas pencemar/gas rumah hijau ke

udara yang mampu memerangkap bahangan bumi –  kesan rumah hijau. Khususnya aktiviti

 perindustrian, pengangkutan, pembakaran terbuka dan lain-lain.

Kegiatan manusia dan pengaruhnya ke atas iklim bandar boleh diringkaskan seperti jadual

di bawah:

1

Page 2: Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-atmosfera-pbs-11-mikro-iklim-iklim-bandar 2/6

Page 3: Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-atmosfera-pbs-11-mikro-iklim-iklim-bandar 3/6

memerangkap sinar lembayung matahari.

c) Jelaskan unsur-unsur iklim yang mengalami perubahan di bandar. [ 10 Markah ]

Di antara unsur-unsur iklim yang mengalami perubahan di bandar ialah :

1. Perubahan Suhu dan Fenomena Pulau Haba. Suhu adalah salah satu unsur 

utama yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia di bandar. Peningkatan terhadapsuhu di pusat bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di

 pinggir bandarnya menghasilkan satu fenomena yang dikenali sebagai  Pulau Haba.

Bangunan-bangunan konkrit, jalan-jalan berturap, medan letak kereta berbitumen

merupakan bahan-bahan yang menggalakkan proses pengaliran dan simpanan haba padasiang hari sebagai haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi

kehilangan haba di permukaan bumi. Pembebasan haba dari bumi ini sepatutnya terus

dilesapkan ke angkasa. Tetapi di bandar proses ini tidak berlaku. Sebaliknya haba bumiakan dihalang oleh bahan-bahan pencemar di udara yang kemudian memantulkan kembali

tenaga tersebut ke bumi. Kesannya tenaga haba terus berkitar pada ruang atmosfera bandar yang menyebabkan suhunya meningkat.

Graf 1: Fenomena Pulau Haba Bandar.

3

Page 4: Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-atmosfera-pbs-11-mikro-iklim-iklim-bandar 4/6

2. Perubahan Hujan: Fenomena Banjir Kilat dan Hujan Asid Dengan memiliki tenaga

haba yang banyak, kesan daripada pulau haba maka kadar sejatan dalam bandar adalah tinggi.

Ini mendorong terbentuknya awan yang akhirnya turun sebagai hujan perolakan yang sifatnyalebat dalam jangka masa yang singkat.. Selain daripada itu suhu yang tinggi di bandar akan

menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Ini mendorong angin yang lembab dari luar 

 bandar bertiup masuk ke dalam bandar yang boleh menurunkan hujan lebat. Beberapa

 penyelidikan mendapati kadar hujan lebih kerap turun di dalam bandar dalam bentuk yang lebat

tetapi singkat. Hujan ini dikenali sebagai hujan perolakan yang biasanya disertai dengan ribut

 petir 

Seterusnya lebih daripada 50% permukaan bumi di bandar telah ditutupi dengan bitumen,konkrit

dan aspalt. Keadaan sedemikian telah menghalang proses susupan (infiltrasi) air hujan ke dalam

tanah sebaliknya lebih cepat mengalir sebagai air larian permukaan. Jika sistem perparitannya

tidak cekap, ia tidak dapat menampung aliran air permukaan lalu mengalir-limpahkannya

menyebabkan wujudnya fenomena banjir kilat. Tempoh hayat sesuatu banjir kilat adalah begitu

cepat iaitu antara beberapa jam hingga satu hari sahaja. Kehilangan air yang cepat berlaku adalah

disebabkan oleh proses sejatan yang tinggi di bandar kesan pulau haba disamping luahan kedalam sistem saliran seperti sungai dan terus ke laut.

Selain daripada itu perubahan terhadap unsur hujan di dalam bandar juga melibatkan kualiti air 

hujan itu sendiri. Partikel-partikel debu,gas-gas seperti sulfur,karbon monoksida,metana,nitrogen

dan lain-lain yang dibebaskan dari kenderaan dan perindustrian pula bertindak sebagai nukleus

kondensasi untuk menarik wap-wap air ke arahnya membentuk manik-manik hujan yang

mengandungi asid seperti asid sulfurik dan juga asid nitrit. Jika proses kondensasi ini mencapai

ke tahap tepu, manik-manik hujan tersebut akan turun sebagai Hujan Asid. Hujan asid akan

melunturkan warna bangunan, kakisan kepada monumen-monumen bersejarah juga boleh

memudaratkan kesihatan manusia.

3. Perubahan Tiupan Angin : Fenomena Badai (Turbulens) Sifat  permukaan bandar dengan bangunan-bangunan pencakar langit, berbatu dan berkonkrit telah mempengaruhi ciri-ciri

tiupan angin lazim samada secara menegak atau mendatar yang sama sekali berbeza dengan

kawasan luar bandarnya. Pada siang hari halaju angin permukaan dalam bandar adalah lebih perlahan akibat halangan daripada struktur dan morfologi bandar yang terdiri daripada bangunan-

 bangunan. Manakala pada waktu malam pula, halaju angin lebih kuat kesan daripada bahangan

 pulau haba dan suhu yang tinggi yang mewujudkan satu kawasan tekanan rendah dalam bandar.

Kewujudan gradien tekanan membolehkan angin dari luar bandar bertiup masuk ke dalam bandar.

Akibat daripada gangguan struktur bangunan dan morfologi bandar yang berbatu maka profil

tegak tiupan angin juga berbeza dengan kawasan yang lapang. Tiupan angin yang biasanya

laminar (Laminar Flow) telah berubah kepada pusaran (Local Eddies). Heurtier (1974)

menamakan tiupan angin secara berpusar ini sebagai BADAI (gustiness). Kajian Heutier di Pusat

Bandar Paris mendapati kejadian badai adalah 3.6 kali lebih besar berbanding dengan kawasanluar bandarnya.

4

Page 5: Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-atmosfera-pbs-11-mikro-iklim-iklim-bandar 5/6

4. Perubahan Komposisi Udara: Pencemaran dan Jerebu. Aktiviti-aktiviti manusiadi bandar turut mengubah kualiti udara di bandar dengan menambahkan bahan-bahan

 pencemar dan partikel-partikel terampai (PM10) di dalam atmosfera bandar yang

menyebabkan udara bandar tercemar dan berjerebu. Kegiatan-kegiatan manusia inimelibatkan pembakaran bahan api fosil seperti perindustrian, penggunaan minyak 

 berplumbum dalam kenderaan, pembakaran sampah sarap secara terbuka dan lain-lain telah

meningkatkan kandungan asap, debu, karbon monoksida,karbon dioksida,hidrokarbon-hidrokarbon dan lain-lain.

Di dalam kedaan udara kering (Dry Air) partikel-partikel terampai seperti habuk, debu dan

asap akan terampai di udara dalam jangkamasa yang lama sehingga mewujudkan kejadianJEREBU (Haze) yang seolah-olah membentuk satu “Selimut debu dan asap” di dalam

 bandar. Selimut Jerebu ini boleh memberikan gangguan yang besar ke atas sinaran dan

serakan cahaya matahari khususnya serakan Mie disamping mengurangkan jarak 

 penglihatan, gangguan trafik dan menjejaskan kesihatan manusia.

d) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan iklim Bandar.[ 10 Markah ]

Tiga langkah yang boleh diambil iaitu :

1. LANGKAH PERUNDANGAN

•  Akta : Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai

 peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti : Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Udara Bersih) 1978 , Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan

Daripada Enjin Diesel) 1996),Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan

Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta dan kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain.•  Agensi Penguatkuasaan : Agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, JPJ, Pihak 

 berkuasa Tempatan (PBT) mestilah menjalankan rondaan dan pemantauan yang lebih

kerap untuk mengawal aktiviti perlepasan asap kenderaan dan kilang.

•  Hukuman : Seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara

dll mengikut lunas undang-undang yang ada.

2. LANGKAH PENGURUSAN STRATEGIK .

• Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan kenderaan

 biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. 

• Memasang sistem penapis di dalam serombong kilang supaya kadar perlepasan asap dan

gas-gas pencemar udara dapat dikurangkan.

• Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan Kloroflorokarbon

(CFC) seperti alat hawa dingin, peti sejuk, alat-alat semburan dan sebagainya yang

 jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhi kemasukan

 bahangan matahari ke bandar tanpa halangan. Sebaliknya menggunakan peralatanyang telah disahkan bersifat “Mesra alam” (Enviromental Friendly).

5

Page 6: Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 11 - Mikro Iklim (Iklim Bandar)

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-atmosfera-pbs-11-mikro-iklim-iklim-bandar 6/6

• Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik 

hidro, tenaga solar, biomass, tenaga angin dan sebagainya bagi menggantikan sumber 

tenaga fosil yang terbukti mencemarkan alam sekitar.

• Melarang aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menggalakkan aktiviti 3R.

• Mewujudkan kawasan hijau dalam Bandar atau program penghijauan bandar 

dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan,rezab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan

udara lembab disamping menyederhanakan suhu sekitar.

3. KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.

• Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours. Mengurangkan penggunaan

tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan

tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak gas pencemar udara.• Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga

kempen berkongsi kereta.

• Pendidikan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT.

Rusly Musa

6