27
DETAILED EIA STUDY Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan. Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-1 RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN Projek dicadangkan adalah Cadangan Insinerasi Sisa Klinikal di Dalam Loji Insinerator Modular Kualiti Alam (KAMI) Sedia Ada di Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan”. Kualiti Alam (KA) Sdn. Bhd (“Penggerak Projek”), anak syarikat UEM ENVIRONMENT, semasa ini mengendali pusat pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun 2007, KA telah membangunkan sebuah fasiliti pengurusan sisa yang baru, juga di dalam kawasan WMC yang dikenali sebagai Insinerator Modular Kualiti Alam (KAMI) atau Insinerator No. 4 (dikenali sebagai INC4). Loji insinerator jenis berputar berkapasiti nominal 10,000 tan sisa setahun dengan purata 13 MJ per kilogram sisa ini direkabentuk khas untuk merawat sisa berbahaya termasuk sisa klinikal. Oleh itu, kajian DEIA ini dijalankan sementelah KA akan memulakan perawatan sisa klinikal di loji KAMI yang sedia ada. 1.1 Penggerak Projek Kualiti Alam Sdn. Bhd adalah penggerak projek bagi DEIA ini. Alamat surat menyurat beserta dengan nombor telefon, nombor fax dan individu yang bertanggungjawab adalah seperti berikut: Alamat : Kualiti Alam Sdn Bhd Pusat Pengurusan Sisa Ladang Tanah Merah A3 Division 71960 Bukit Pelandok Negeri Sembilan Tel : 606 666 2000 Fax : 606 666 2130 Laman Web : www.kualitialam.com Individu untuk Dihubungi : En. Rosman Shaari (Pengurus Senior) Email : [email protected] Kajian DEIA ini telah dijalankan oleh AMR Environmental Sdn. Bhd., dengan penglibatan daripada pelbagai pakar yang khusus dalam bidang masing-masing. Butiran lengkap dan individu untuk dihubungi bagi kajian DEIA ini adalah seperti berikut: Alamat : AMR Environmental Sdn. Bhd. 29 & 29A, Jalan Pulai Perdana 11 Taman Sri Pulai Perdana 81110 Johor Bahru Johor Darul Takzim

RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

  • Upload
    others

  • View
    58

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-1

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENGENALAN

Projek dicadangkan adalah “Cadangan Insinerasi Sisa Klinikal di Dalam Loji Insinerator Modular Kualiti Alam

(KAMI) Sedia Ada di Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan”. Kualiti

Alam (KA) Sdn. Bhd (“Penggerak Projek”), anak syarikat UEM ENVIRONMENT, semasa ini mengendali pusat

pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit

Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun 2007, KA telah membangunkan sebuah fasiliti pengurusan sisa yang

baru, juga di dalam kawasan WMC yang dikenali sebagai Insinerator Modular Kualiti Alam (KAMI) atau

Insinerator No. 4 (dikenali sebagai INC4). Loji insinerator jenis berputar berkapasiti nominal 10,000 tan sisa

setahun dengan purata 13 MJ per kilogram sisa ini direkabentuk khas untuk merawat sisa berbahaya termasuk

sisa klinikal. Oleh itu, kajian DEIA ini dijalankan sementelah KA akan memulakan perawatan sisa klinikal di loji

KAMI yang sedia ada.

1.1 Penggerak Projek

Kualiti Alam Sdn. Bhd adalah penggerak projek bagi DEIA ini. Alamat surat menyurat beserta dengan nombor

telefon, nombor fax dan individu yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:

Alamat : Kualiti Alam Sdn Bhd

Pusat Pengurusan Sisa

Ladang Tanah Merah A3 Division

71960 Bukit Pelandok

Negeri Sembilan

Tel : 606 666 2000

Fax : 606 666 2130

Laman Web : www.kualitialam.com

Individu untuk Dihubungi : En. Rosman Shaari (Pengurus Senior)

Email : [email protected]

Kajian DEIA ini telah dijalankan oleh AMR Environmental Sdn. Bhd., dengan penglibatan daripada pelbagai

pakar yang khusus dalam bidang masing-masing. Butiran lengkap dan individu untuk dihubungi bagi kajian DEIA

ini adalah seperti berikut:

Alamat : AMR Environmental Sdn. Bhd.

29 & 29A, Jalan Pulai Perdana 11

Taman Sri Pulai Perdana

81110 Johor Bahru

Johor Darul Takzim

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-2

Tel : 607 520 8334

Fax : 607 520 8554

Laman Web : www.amr.com.my

Individu untuk Dihubungi : En. Ammar Mohd Rashid (Pengarah)

Email : [email protected]

1.2 Keperluan Perundangan

Kerajaan Malaysia melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dalam pengiktirafan tentang keperluan

untuk menerima pakai perundangan yang komprehensif dalam pengurusan alam sekitar. Walau

bagaimanapun, Akta ini mempunyai bidang kuasa yang sedikit terhadap aktiviti-aktiviti seperti operasi

perhutanan, pembersihan tanah dan pembangunan, pertanian dan perlombongan, di mana kesemuanya telah

menyumbang kepada pembinasaan alam sekitar. Sebagai natijah, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah

dipinda pada 1985, diwartakan pada 9 Januari 1986 dan akhirnya dilaksanakan pada 1 April 1988.

Pindaan ini mengkehendaki penyediaan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar untuk aktiviti yang ditetapkan

diikuti dengan penyerahan kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk kelulusan. Pindaan ini

mengandungi peruntukan yang termasuk langkah-langkah untuk menghalang, mengurang atau mengawal

impak buruk terhadap alam sekitar dalam rekabentuk, pembinaan dan peringkat pengoperasian bagi aktiviti-

aktiviti yang ditetapkan.

Pembinaan kemudahan rawatan terma sisa berbahaya adalah aktiviti yang dtentukan di bawah seksyen 18(a)(i)

daripada Jadual, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Alam Sekeliling), 1987

dirangka di bawah Seksyen 34A , menggariskan seperti berikut:-

18. RAWATAN SISA DAN PEMBUANGAN

(a) Sisa Toksik dan Berbahaya

(i) Pembinaan loji insinerasi

Justeru itu, satu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) perlu dijalankan untuk projek ini dan laporan EIA perlu

diserahkan dan diluluskan oleh Ketua Pengarah sebelum sebarang pembangunan dilakukan [Seksyen 34A, Akta

Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127), 1974]. Sehubungan ini keperluan EIA Terperinci sebelum memulakan

perawatan sisa klinikal di loji KAMI telah ditentukan dalam surat Jabatan Alam Sekitar. Bagi memenuhi syarat

JAS terhadap cadangan memasukkan aktiviti tambahan iaitu insinerasi sisa klinikal di loji KAMI yang sedia ada,

KA telah melantik AMR Environmental Sdn. Bhd., sebuah syarikat perunding alam sekitar yang berdaftar, untuk

menjalankan kajian EIA Terperinci.

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-3

1.3 Penyataan Keperluan

Ketika ini, KA mempunyai empat loji insinerator yang dipanggil sebagai INC1, INC2, INC3 dan INC4. Loji KAMI

atau INC 4 telah direkabentuk untuk merawat sisa berbahaya termasuk sisa klinikal yang diklasifikasikan

sebagai Sisa Buangan Terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005.

Dengan jangkaan penambahan bilangan hospital mahupun klinik kerajaan dan swasta, jumlah sisa klinikal juga

dijangkakan akan bertambah. Kadar pertambahan sisa klinikal yang dihasilkan dijangka akan melebihi 20%

setahun. Pada masa ini, terdapat tiga syarikat konsesi iaitu Faber Medi-Serve Sdn. Bhd., Pantai Medivest Sdn.

Bhd. dan Radicare (M) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab merawat dan melupuskan sisa klinikal terutamanya

untuk institusi-institusi kerajaan. Walaubagaimanapun, dengan jangkaan bertambahnya penghasilan sisa

klinikal, tindakan segera bagi menampung keperluan Negara dari segi rawatan dan pelupusan sisa amatlah

diperlukan.

Memandangkan situasi ini, KA telah mengambil inisiatif untuk menggunakan loji KAMI sedia ada untuk

merawat sisa klinikal yang telah disasarkan tetapi tidak terhad kepada penghasilan daripada institut perubatan

swasta sahaja.

Justifikasi bagi projek yang dicadangkan dapat dikategorikan kepada perspektif berikut:

i) Untuk menyediakan kualiti hidup yang lebih tinggi di kawasan bandar dan luar bandar;

ii) Untuk membantu perkhidmatan kesihatan swasta dengan menyediakan tempat untuk melupuskan

sisa klinikal;

iii) Untuk menyediakan ‘lonjakan kapasiti’ pemprosesan sisa klinikal yang dibekalkan oleh syarikat

konsesi sedia ada, semasa pemberhentian sementara loji.

2.0 HURAIAN PROJEK

Projek yang dicadangkan melibatkan insinerasi bagi sisa klinikal di loji insinerator sedia ada (loji KAMI), dengan

kapasiti nominal 10,000 tan sisa setahun atau 33 tan sehari. Loji insinerator tersebut kini beroperasi secara

penuh sejak ia dilancarkan pada September 2009. Sejak Julai 2011 sehingga kini, KA telah diberi peruntukan

istimewa daripada Kementerian Kesihatan bagi menginsinerasi sisa klinikal di loji KAMI. Peruntukan ini bagi

membantu menyelesaikan masalah ‘tunggakan’ sisa klinikal sementara yang dihadapi oleh negara pada masa

itu. Sehingga kini, lebih daripada 5000 tan sisa klinikal telah pun diinsinerasi.

2.1 Lokasi bagi Loji KAMI

Loji KAMI sedia ada terletak di pusat pengurusan sisa KA, iaitu di Ladang Tanah Merah, A3 Division, 71960 Bukit

Pelandok, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Kawasan kajian dalam lingkungan 5 km jejarian

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-4

dripada tapak projek dicadangkan merangkumi dua daerah – Port Dickson, merujuk kepada Mukim Jimah (Draf

Rancangan Tempatan Daerah Port Dickson 2006-2015) dan Seremban, merujuk kepada Mukim Labu (Draf

Rancangan Tempatan Daerah Seremban, 2006-2015). Koordinat GPS bagi tapak projek ialah latitud 20 39’

49.88” N dan longitud 1010 49’ 39.94” E. Nombor lot bagi tapak projek ini ialah Lot H.S (D) 204 87 P.T 3292.

2.2 Huraian Proses bagi Loji KAMI

Insinerasi adalah teknologi rawatan sisa yang melibatkan pembakaran material organik atau bahan. Insinerasi

atau lain-lain sistem rawatan sisa bersuhu tinggi dikenali sebagai “rawatan terma”. Insinerasi sisa menukar sisa

kepada abu dasar insinerator, gas cerobong, zarahan, dan haba. Gas cerobong dibersihkan dari bahan

pencemar sebelum dibebaskan ke atmosfera.

KA telah dilesenkan untuk mengumpul dan melupus semua jenis sisa terjadual yang terhasil daripada aktiviti

industri dan telah beroperasi melebihi satu dekad di WMC berhampiran Seremban, Negeri Sembilan.

Insinerator Modular Kualiti Alam atau KAMI yang ditauliahkan pada tahun 2009, merupakan loji insinerasi

terkini jenis putaran yang dibina di kawasan tersebut. Loji ini telah direka untuk merawat sebarang sisa

penghasilan industri termasuk sisa klinikal. Loji KAMI mempunyai kapasiti nominal iaitu 33 tan sehari dan

direkabentuk untuk beroperasi pada suhu 1000-1100oC pada kebuk pembakaran sekunder dengan masa

mastautin melebihi 2 saat. Tambahan lagi, loji ini berupaya untuk beroperasi pada 120% daripada beban terma

untuk keadaan melampau dengan kandungan purata klorida dan sulfur dalam sisa, masing-masing 1.5% and

0.5%.

Loji insinerasi di WMC dilengkapi dengan tanur berputar (rotary kiln), kebuk pembakaran sekunder, penyejuk

segera dan penukar haba udara ke udara untuk pengurangan atau pemulihan haba dan sistem pembersihan

gas cerobong yang menggunakan konsep sistem kering. Sistem pembersihan gas cerobong mengandungi siklon

berbilang dan dua unit penuras fabrik dipasang bersiri dengan sistem suntikan kapur dan karbon teraktif. Sisa

pepejal akan disuap melalui penyuap sesondol dan sisa cecair akan dialirkan melalui saluran paip terus ke

dalam tanur berputar dan kebuk pembakaran sekunder. Carta alir proses bagi loji KAMI sedia ada ditunjukkan

di Rajah E1.

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-5

Rajah E1: Carta Alir Proses bagi Loji KAMI Sedia Ada

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-6

2.2.1 Unit Operasi Loji KAMI

Loji KAMI direka dengan sistem kawalan pencemaran udara ‘kering’ pembersihan gas cerobong yang

mengandungi siklon berbilang dan dua unit penuras fabrik yang dipasang secara bersiri. Sistem ini mudah

dengan kos pengoperasian dan penyelenggaraan yang rendah. Unit operasi KAMI dihuraikan di bawah:

a) Sistem Suapan

KAMI dilengkapi dengan kubu sisa pepejal supaya boleh bercampur dengan berbagai kategori sisa pepejal

untuk mencapai kehomogenan yang lebih baik bagi ciri sisa sebelum disuap ke dalam tanur berputar. Kubu

pit adalah lima meter dalam yang diselaputi dengan membran HDPE di dasarnya. Sisa yang bercampur

akan disuap ke dalam corong tuang sebelum dibawa ke dalam tanur berputar dengan sistem suapan

sesondol. Sementara itu, sisa cecair daripada tangki simpanan cecair sedia ada dialirkan secara terus ke

dalam kebuk pembakaran sekunder.

Peruntukan yang sama juga turut disediakan bagi pengurusan sisa klinikal. Bekas sisa klinikal akan

diletakkan di dalam pengangkat sisa dan dibawa secara perlahan-lahan ke dalam corong tuang di mana

pintunya akan terbuka secara automatik dan sisa akan masuk ke dalam corong tuang sebelum disuap

sergap ke dalam tanur.

b) Tanur Berputar

Tanur berputar direkabentuk untuk suhu tinggi dalam julat 1000-1100oC dan dibina dengan bekas silinder

keluli yang menirus di kedua-dua hujung dan diselaputi dengan bata tahan suhu tinggi sebagai penebat

terma. Bahan sisa insinerasi yang menghasilkan slag lengai akan dikeluarkan dari dasar Kebuk Pembakaran

Sekunder melalui penghantar slag tertimbus. Tanur akan berputar dan runtuhan akan menyemarakkan

proses pembakaran. Sisa dan jumlah udara pembakaran yang tinggi disuntik ke dinding hadapan tanur

untuk memastikan terdapat lebihan udara sepanjang masa. Satu kipas penggalak angin (IDF) digunakan

untuk mengekalkan keadaan vakum dalam tanur untuk mengelakkan emisi fugitif gas beracun.

c) Kebuk Pembakaran Sekunder (SCC)

Produk meruap yang terhasil daripada proses pengurangan terma dalam tanur berputar akan memasuki

kebuk pembakaran sekunder (SCC) untuk pengoksidaan selanjutnya. SCC beroperasi pada suhu yang lebih

tinggi daripada tanur berputar. SCC direkabentuk untuk memastikan pembakaran lengkap bahan organik

di dalam gas cerobong pada suhu anggaran 1000-1100oC dengan masa mastautin melebihi 2 saat. Satu

lohong pelegaan kecemasan dipasang di atas SCC untuk melindungi loji daripada lebihan tekanan dan

sebagainya. Lohong pelegaan kecemasan disepadukan dengan sistem berkait. Kebuk itu akan diselaputi

dengan gabungan bahan penebat dan permukaan keras yang tahan panas.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-7

d) Penyejuk Segera (Quench)

Gas cerobong daripada proses pengoksidaan selalunya memerlukan penyejukan ke suhu tepu adiabatik

untuk membolehkan pemprosesan selanjutnya sebelum dikeluarkan ke atmosfera. Gas cerobong panas

dari SCC mempunyai suhu lazimnya dalam julat 1000 hingga 1100oC. Banyak sistem penyejukan segera gas

cerobong mencapai penyejukan adiabatik gas cerobong dengan menggunakan muncung penyembur

dalam saluran atau ruang kontaktor penyembur. Walau bagaimanapun adalah penting untuk menghasilkan

air sebagai titisan halus untuk memastikan semua air tersejat sebelum penyembur sampai ke dinding

tahan panas kerana jika tidak ia akan merosakkannya. Gas cerobong panas akan disejukkan pada kira-kira

280oC. Terdapat kefahaman lazim yang dioksin-furan terbentuk semasa penyejukan perlahan gas cerobong

yang mengandungi komponen organik dan klorin. Justeru itu, penurunan segera suhu dalam penyejuk

segera adalah pra-syarat untuk meminimumkan pembentukan dioksin-furan. Air sisa yang terhasil

daripada aktiviti pembersihan bekas dan juga air hasil proses daripada aktiviti WMC akan di guna semula

dalam menara penyejuk segera.

e) Unit Pra-pemanas Udara (Air Preheater)

Selepas proses penyejukan segera, gas cerobong disejukkan lagi ke anggaran 180oC dengan menggunakan

unit pra-pemanas udara. Udara panas yang terhasil daripada udara ambien yang melalui unit penukar haba

ini digunakan sebagai udara pembakaran bagi tanur berputar dan kebuk pembakaran sekunder.

f) Kawalan Pencemaran Udara (APC)

Sistem pembersihan gas cerobong diperlukan untuk membersih bahan pencemar yang dijana semasa

proses insinerasi. Bahan pencemar yang dikhuatiri ialah:

- Partikel

- HCl

- SO2

- NOX

- Komponen organik, TOC

- Dioksin dan furan

- Logam – Hg, As, Pb, Cd

Sistem pembersihan gas cerobong adalah berdasarkan kepada sistem kering yang terdiri daripada

peralatan di bawah:

Siklon berbilang yang bertindak sebagai pra-pembersih untuk menyingkir partikel besar.

Sistem suntikan kapur dan karbon teraktif yang di pasang untuk penuetralan gas berasid dan

penyingkiran logam, dioksin dan furan.

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-8

Dua unit penuras fabrik yang dipasang bersiri untuk menuras partikel. Sistem ini dilengkapi beg

penuras yang mengumpul debu dan timbunan kerak turas yang mengandungi abu terbang, zarah

karbon teraktif dan partikel kapur di permukaannya. Kerak penuras mengakibatkan tindakbalas kimia

susulan berlaku pada permukaannya. Debu yang bertindakbalas didenyutkan keluar daripada penuras

fabrik dan jatuh ke dalam corong tuang debu.

Kipas penggalak angin diletakkan selepas penuras fabrik sebelum cerobong untuk memastikan sistem

insinerasi beroperasi pada tekanan negatif yang kecil.

Cerobong.

Sistem pembersihan gas cerobong jenis kering merupakan sistem yang mudah dari segi pengoperasian dan

kurang kos pelaburan jika dibandingkan kepada gabungan sistem kering dan basah. Sistem kawalan

pencemaran jenis kering diikuti dengan penuras fabrik akan mencapai kecekapan penyingkiran setinggi

99.9%+ untuk bahan pencemar yang lazim wujud dalam gas cerobong. Dioksin dan furan disingkir daripada

aliran gas cerobong dengan penyerapan oleh karbon teraktif. Karbon teraktif akan selanjutnya menyerap

bahan pencemar yang lain seperti komponen organik, komponen logam seperti raksa dan lain-lain.

Sementara kapur pula digunakan untuk mengurangkan bahagian utama gas berasid. Kapur terhidrat juga

disuntik sebelum memasuki unit penuras fabrik kedua dengan sebahagiannya dikitar semula ke saluran

suntikan pertama. Gas cerobong yang bersih akan dilepaskan daripada sistem melalui cerobong.

g) Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEM) Gas Cerobong

Satu sistem pemantauan berterusan dipasang pada cerobong untuk memantau paras pelepasan secara

berterusan. Data yang direkodkan oleh penganalisis dihantar secara automatik ke bilik kawalan untuk

pemantauan dan kawalan. Parameter berikut akan dipantau: partikel, HCl, SO2, NOx, CO, O2, CO2,

kelembapan, suhu dan kadar alir udara cerobong.

h) Kawalan Proses dan Keselamatan

Kawalan proses dan keselamatan adalah amat penting untuk proses insinerasi dengan objektif utama

untuk melindungi manusia, alam sekitar dan peralatan. Loji KAMI telah direkabentuk dengan sistem

kawalan automatik untuk mengawal dan memantau operasi loji. Sistem penggera direkabentuk untuk

memaklumkan operator tentang situasi atau keadaan yang perlu perhatian segera. Sistem keselamatan

berkait akan terpicu atau berfungsi jika kawalan proses asas beroperasi melebihi spesifikasi rekabentuk, ini

akan melindungi peralatan, keselamatan pekerja dan alam sekitar. Satu contoh sistem berkait yang

dicadangkan ialah untuk memintas aliran penyuap sisa.

2.2.2 Prestasi Loji KAMI Sedia ada

Prestasi emisi loji KAMI telah diuji untuk mengenalpasti tahap emisi dan prestasi jaminan mengikut kepada

spesifikasi rekabentuk. Ujian pelepasan terkini (salah satu daripadanya terhadap insinerasi sisa klinikal) telah

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-9

dijalankan selama empat hari iaitu dari 4hb

hingga 6hb

April dan 28hb

Julai 2011. Kajian yang dijalankan

menunjukkan bahawa prestasi loji KAMI dari segi emisi, CE dan DRE adalah di paras yang tinggi berbanding

jangkaan jaminan, yang bermaksud bahawa insinerasi sisa klinikal tidak menunjukkan masalah dalam

mencapai tahap pelepasan piawai.

2.2.3 Pengurusan Sistem Sisa Klinikal di Loji KAMI

Pendekatan ‘cradle to grave’ yang telah diguna pakai di dalam pengurusan sistem sisa klinikal KA adalah selari

dengan keperluan Kementerian Kesihatan (MOH) Garis Panduan Pengurusan Sisa dan Piawaian 1992 dan Akta

Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005. Maklumat lengkap susunatur proses pengurusan sistem sisa

klinikal yang merangkumi sisa dan pengurusan air sisa, pengangkutan dan penstoran telah dihuraikan dengan

terperinci di dalam DEIA.

3.0 PILIHAN PROJEK DAN PILIHAN TAPAK

3.1 Pilihan 1 (Cadangan Insinerasi Sisa Klinikal menggunakan Insinerator KAMI sedia ada)

KA bercadang untuk mengguna pakai loji KAMI bagi tujuan rawatan sisa klinikal khususnya daripada institusi

perubatan sektor swasta dan membantu syarikat konsesi semasa dalam pengurusan sisa klinikal ‘tertunggak’

disebabkan oleh kegagalan loji dan semasa penyelenggaraan loji. Selain daripada kedudukannya yang strategik

dan berjauhan daripada kawasan penempatan, KA juga mempunyai tapak pelupusan selamat di mana abu atau

sisa pembakaran yang dihasilkan oleh proses insinerasi sisa klinikal akan dilupuskan di dalam tapak yang sama.

Fasiliti sedia ada di WMC mampu untuk menguruskan semua operasi pelupusan sisa klinikal daripada puncanya

iaitu hospital, pengangkutan, rawatan dan pelupusan akhir sisa abu ke tapak pelupusan selamat di dalam

kompleks yang sama.

3.2 Pilihan 2 (Pengenalan kepada Teknologi Baru bagi Rawatan Sisa Klinikal)

Insinerasi adalah teknologi terbaik yang dipilih di mana ianya telah terbukti sebagai kaedah terbaik dalam

pelupusan sisa klinikal dan tidaklah mudah untuk mengubah kepada teknologi pelupusan yang lain melainkan

ianya dibuktikan lebih baik. Selain itu, kerajaan telah melantik beberapa syarikat konsesi yang telah melabur

dan mengendalikan loji insinerasi.

3.3 Pilihan 3 (Pilihan “Tiada Projek”)

Syarikat konsesi sedia ada tidak mampu untuk menanggung pertambahan sisa klinikal yang terhasil di dalam

negara. Dengan peningkatan pembinaan hospital swasta pada masa kini, ianya boleh menyebabkan masalah

serius kepada alam sekitar dan kesihatan.

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-10

4.0 ALAM SEKITAR SEDIA ADA

4.1 Alam Sekitar Fizikal

Rantau ini umumnya adalah di bawah pengaruh sistem Monsun Asia. Monsun Barat daya adalah dari bulan Mei

hingga September dan Timur laut adalah dari November hingga Mac. Monsun Timur laut membawa hujan lebat

terutamanya negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sarawak barat, sementara Monsun Barat

daya biasanya membawa cuaca yang lebih kering. Waktu peralihan antara monsun dikenali sebagai waktu

antara monsun. Hujan tahunan purata yang direkodkan oleh stesen meteorologi KLIA Sepang dari 2000 hingga

2010 dianggarkan 2,053.1 mm sementara purata tahunan untuk bilangan hari hujan ialah 178 hari setahun.

4.2 Alam Sekitar Manusia

Tapak projek terletak dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Akibat daripada

pembangunan, kawasan di sekitar sedang cepat menjadi kawasan perbandaran dan industri di mana aktiviti

pembangunan industri, perdagangan dan perumahan telah dan sedang berlaku. Tapak projek terletak lebih

kurang 15 km daripada Sepang (Barat Laut), 15 km daripada Seremban (Timur) dan 21 km daripada Port

Dickson (Barat Daya). Ia terletak dalam jarak perjalanan 5 km memandu dari jalan utama yang menyambung

Sepang dan Port Dickson. Sementara jalan akses alternatif adalah lebih kurang 5 km dari jalan utama yang

menghubungkan Lukut, Labu dan Seremban. Kawasan kediaman yang terdekat terletak lebih kurang 3 km dari

fasiliti WMC.

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) membekal air bersih di kawasan Lukut dan tapak projek melalui paip

bawah tanah. Elektrik di kedua-dua kawasan kediaman dan tapak projek dibekalkan melalui rangkaian grid

nasional oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) adalah penyelia fasiliti

telekomunikasi kepada tapak projek melalui kabel bawah tanah. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah

dibentuk pada April 1994 untuk melaksanakan pengurusan perkhidmatan pembentungan negara. Dijangkakan

kawasan kediaman di sekitar tapak projek menggunakan tangki septik individu dan loji rawatan najis. Untuk

sisa pepejal di kawasan Lukut, MPPD telah melantik Southern Waste Management (SWM) untuk

menanganinya.

Kajian sosio-ekonomi menunjukkan respon yang pelbagai daripada responden terhadap cadangan projek dan

implikasinya terhadap kehidupan mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden

mempunyai pandangan negatif terhadap kesan daripada projek cadangan ini (40.8%). Oleh itu, dengan

informasi yang sesuai dan jelas, dijangkakan bahawa pandangan penduduk sekitar terhadap projek ini akan

menjadi lebih positif dan lebih diterima. Diskusi umum telah diadakan pada 28 Julai 2011 membincangkan

pelbagai isu dan keprihatian. Kesimpulannya, cadangan projek ini secara umumnya dialu-alukan and disokong

dengan syarat tiada komuniti mahupun alam sekitar menerima kesan yang buruk.

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-11

Daripada penilaian impak kesihatan, status kesihatan penduduk ditentukan melalui kajian persepsi kesihatan

dan ulasan data sekunder kesihatan dari Klinik Kesihatan Sendayan dan data kemasukan ke Hospital Tuanku

Jaafar, Seremban. Potensi impak kesihatan ditentukan melalui cara penilaian risiko kesihatan alam sekitar

(EHRA).

Sejumlah 358 isi rumah dipilih semasa kajian dari lapan kawasan kediaman yang terletak dalam lingkungan 5km

jejari dari tapak cadangan. Populasi sampel in mewakili 1169 orang dewasa dan 687 kanak-kanak. Kebanyakan

responden berbangsa Melayu (83.5%) dan pada julat umur 17-81 tahun. Kemudahan asas adalah baik dengan

lebih 90% mendapat kemudahan air bersih dan sistem kumbahan yang sempurna. Sejumlah 76.3% responden

mengaku mereka berada dalam keadaan sihat. Kebanyakan mereka (82.0%) mendapatkan rawatan perubatan

dari fasiliti kerajaan. Prevalens penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara seperti asma di kalangan

kanak-kanak adalah masing-masing 4.5% dan 3.0%. Prevalens penyakit lain yang penting seperti hipertensi,

diabetes, penyakit jantung dan strok di kalangan dewasa adalah masing-masing 7.1%, 3.3%, 1.9% dan 0.5%.

Kadar prevalens ini adalah lebih rendah dari laporan akhir Kesihatan Nasional dan Maklumat Tinjauan Morbiditi

(NHMIS III, 2006). Data hospital menunjukkan kadar kemasukan penyakit berkaitan pencemaran udara adalah

lebih rendah dari Fakta Kesihatan 2010.

Rajah E2 (peta guna tanah) menunjukkan guna tanah di sekitar WMC atau tapak loji insinerasi KAMI. Kawasan

pertanian di kawasan Tanah Merah dan Ladang Jemima (Ladang Jimah) menguasai lingkungan 5km

persekitaran. Jadual E1 menunjukkan guna tanah dalam lingkungan 5 km jejarian daripada WMC atau tapak loji

insinerasi KAMI sedia ada.

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-12

(Rujukan: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Port Dickson, 2007-2020)

Rajah E2: Guna Tanah dalam Lingkungan 5 km jejarian daripada Tapak Projek Dicadangkan

Penempatan

Komersial

Industri

Pertanian

Hutan

Infrastruktur dan Utiliti

Institusi

Kawasan Terbiar

Kawasan Terbuka

Jalan

Badan Air

Sempadan Daerah

Petunjuk

SKALA 1:41,400

Peta Kunci

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-13

Jadual E1: Aktiviti Guna Tanah Sedia Ada dalam 5 km Jejarian

Jarak (m) Utara Utara Timur Timur Selatan Timur Selatan Selatan Barat Barat Utara Barat

0-500 - Tanah kosong - Tanah kosong - Tanah kosong - Tanah kosong - Tanah kosong - Ladang kelapa sawit - Ladang kelapa sawit - Ladang kelapa sawit

501-1000 - Ladang kelapa sawit

- Tanah kosong

- Ladang kelapa sawit

- Tanah kosong

- Ladang kelapa sawit - Tanah kosong - Ladang kelapa sawit - Kuari - Ladang kelapa sawit - Ladang kelapa sawit

1001-2000 - Ladang kelapa sawit

- Tanah lapang

- Ladang kelapa sawit

- Tanah lapang

- Ladang kelapa sawit

- Tanah lapang

- Ladang kelapa sawit - Kuari

- Ladang kelapa sawit

- Kuari

- Ladang kelapa sawit

- Ladang kelapa sawit - Ladang kelapa sawit

2001-3000 - Ladang getah

- Tanah lapang

- Ladang kelapa sawit

- Tanah lapang (Pembangunan

Bandar Sri Sendayan)

- Kg Felda Sendayan

- Ladang kelapa sawit

- Tanah kosong

- Ladang getah

- Ladang kelapa sawit

- Kg. Jimah

- Kg. Jimah Lama

- Tanah kosong

- Ladang getah

- Ladang kelapa sawit

- Ladang Tanah Merah

- Ladang kelapa sawit

- Ladang Tanah Merah

- Ladang kelapa sawit

- Ladang Tanah

Merah

- Ladang kelapa sawit

3001-4000 - Taman Gadong Jaya

- Kg. Felda Sendayan

- Ladang kelapa sawit

- Ladang kelapa sawit

- Ladang getah

- Kg. Jimah

- Kg. Jimah Lama

- Ladang kelapa sawit

- Ladang getah

- Hills

- Ldg Tanah Merah

- Ladang kelapa sawit

- Ldg Tanah Merah

- Ladang kelapa sawit

- Ldg Tanah Merah

- Ladang kelapa sawit

- Taman Eka Matahari

- Tanah lapang

4001-5000 - Ladang kelapa sawit

- Tanah kosong

- Taman Gadong Jaya

- Kg Gadong Jaya - Ladang kelapa sawit

- Kg Jimah

- Ladang kelapa sawit

- Kg. Jimah Lama

- Ladang kelapa sawit

- Ladang Tanah Merah

- Ladang kelapa sawit

- Ladang Tanah Merah

- Ladang kelapa sawit

- Ladang Tanah

Merah

- Ladang kelapa sawit

- Ladang Tanah Merah

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-14

4.3 Kualiti Udara

Pemantauan kualiti udara ambien di kawasan tapak menunjukkan bahawa paras Jumlah Partikel Terapung

(TSP) diukur dalam julat 16.3 µg/m3 hingga 218.0 µg/m

3. Sementara itu, paras TSP di stesen luar WMC hanya

dalam lingkungan 19 µg/m3hingga 85 µg/m

3. Purata kepekatan parameter pencemar yang lain iaitu SO2, NO2,

HCl, As, Cd, Pb, Hg, dan dioxin-furan kebanyakannya tidak dikesan atau berada di paras yang sangat rendah.

Namun begitu, keputusan menunjukkan bahawa semua parameter yang diukur adalah di bawah syor Garis

Panduan Udara Persekitaran Malaysia.

4.4 Kualiti Paras Hingar

Paras hingar (Leq) pada waktu siang dan waktu malam adalah di bawah had yang disyorkan iaitu 65 dB(A) dan

55 dB(A) sepanjang pemantauan pada Mei 2009 sehingga Julai 2011, kecuali pada Disember 2009. Kebanyakan

sumber hingar berpunca daripada kenderaan trafik, dan mesin berat yang beroperasi pada waktu siang.

4.5 Kualiti Air Permukaan

Terdapat enam stesen pemantauan untuk kualiti air permukaan dan didapati pH sedikit berasid dengan nilai

dalam julat pH 6.64 hingga 6.73 dan masih dalam had. Suhu air, koduktor dan kekeruhan air adalah normal di

setiap pusat persampelan, setanding dengan Kelas IIA bagi Piawaian Kualiti Air Interim Negara (INWQS)

Malaysia.

Keputusan menunjukkan bahawa kepekatan oksigen terlarut (DO) di semua stesen pemantauan tidak berada di

dalam lingkungan had piawai. Nilai BOD dan COD berada di dalam lingkungan Kelas IIA kecuali stesen W5 dan

W8. Sementara itu, nilai TSS dan TDS semuanya berada di dalam paras Kelas IIA. Kepekatan logam berat

menunjukkan sedikit kepekatan Kadmium, Mangan, Besi dan Arsenik di sesetengah stesen.

Sebagai kesimpulan, kualiti air sungai sedia ada secara amnya masih di tahap Kelas IIA daripada Piawaian Kualiti

Air Interim Negara (INWQS) Malaysia., kecuali beberapa parameter yang dinyatakan.

5.0 PENILAIAN POTENSI IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG DISYORKAN BAGI

ALAM SEKITAR FIZIKAL

5.1 Impak Kualiti Udara

Empat kes utama iaitu KES 1, KES 2, KES 3 dan KES 4 yang merujuk kepada Senario Kes Normal dan Terburuk

digunakan bagi mendapatkan impak daripada cadangan menginsenirasi sisa klinikal di loji KAMI, juga impak

kumulatif daripada projek yang dicadangkan bersama tujuh sumber sedia ada iaitu INC1, INC2, INC3, ‘Oily

Sludge’, SDS, ‘KKI Thermal Oil Heater’ dan ‘KKI Sludge Dryer Facility’ turut diambil kira di dalam permodelan.

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-15

Ramalan kepekatan paras tanah bagi kesemua bahan pencemar yang dimodelkan dalam semua kes secara

amnya boleh diterima iaitu kurang daripada had yang ditentukan dalam garis panduan kualiti udara sekitar,

kecuali bagi HCl dan dioksin-furan, yang ditemui agak tinggi dalam KES 4 iaitu kes terburuk berbanding

kesemua kes yang lain.

Ramalan kepekatan bahan pencemar bagi senario normal (KES 1 dan KES 2) menunjukkan kepekatan kesemua

bahan pencemar adalah dalam had garis panduan yang ditetapkan dan lokasi bagi kepekatan aras tanah (GLC)

maksima berlaku dalam lingkungan jejarian 600 m daripada sumber, iaitu jauh daripada kawasan penempatan

berhampiran. Sementara itu, keputusan daripada ramalan kepekatan paras tanah bagi bahan pencemar bagi

senario terburuk (KES 3 dan KES 4) menunjukkan GLC bagi bahan - bahan pencemar masih dalam had garis

panduan kualiti udara sekitar iaitu kurang 10% daripada had kepekatan ditetapkan, kecuali bagi HCl yang

mencapai lebih kurang 35% daripada had garis panduan. Kesemua bahan pencemar dalam KES 4 adalah lebih

tinggi berbanding kes-kes lain berdasarkan fakta bahawa ia dianggap sebagai kes terburuk di mana kesemua

insinerator dan fasiliti lain terpaksa melalui situasi pelepasan kecemasan, dan tanpa Sistem Kawalan

Pencemaran Udara (APCS). Kepekatan maksima dalam KES 4 berlaku dalam lingkungan 400 m jejari daripada

WMC, namun tidak akan mendatangkan kebimbangan kepada penduduk, sekiranya ia benar-benar berlaku.

5.1.3 Langkah-langkah Pencegahan

Penggunaan sistem kawalan pencemaran udara yang merangkumi siklon berbilang, suntikan kapur dan karbon

teraktif, dua unit penuras fabrik, kipas penggalak angin serta cerobong memastikan gas terbebas daripada

cerobong ke udara sekitar akan kurang daripada had piawai ditetapkan. Selain itu, loji KAMI sedia ada

mempunyai sistem pemantauan pelepasan berterusan bagi memantau pelepasan gas cerobong yang keluar

daripada cerobong. Tambahan lagi, loji KAMI direkabentuk dengan sistem kawalan automatik bagi memantau

operasi loji.

5.2 Impak Kualiti Air Permukaan

KAMI mengatur strategi untuk menjadi fasiliti pelepasan sifar di mana penghasilan air sisa (daripada cucian

tong) akan diguna semula sebagai bahan penyejuk dalam proses penyejukan segera, yang sedang dipraktiskan.

Operasi loji ini hanya menghasilkan air sisa bila mana adanya aktiviti cucian tong. Namun begitu, anggaran

sebanyak 5,000 liter air sejam diperlukan bagi tujuan penyejukan segera dalam loji KAMI sedia ada. Maka,

tambahan jumlah air akan diserap daripada operasi lain di WMC, terutama dari kemudahan loji rawatan larut

resapan. WMC berharap untuk menjadi fasiliti pelepasan sifar di mana setiap titis air sisa akan digunakan

kembali sepenuhnya dalam operasi.

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-16

5.2.1 Langkah-langkah Pencegahan

Loji rawatan air sisa perlu diselenggara secara berkala dan diperiksa untuk meminimumkan potensi kegagalan

operasi. Bagi senario terburuk berlaku yang disebabkan kebocoran dan tumpahan air tercemar atau sisa

klinikal, pelan pengurusan sisa perlu diikuti. Para pekerja perlulah sentiasa bersedia bagi tindakbalas

kecemasan dan perlatan yang diperlukan perlu mudah didapati di semua lokasi.

5.3 Kualiti Paras Hingar

Secara ringkasnya, paras hingar bagi proses di loji operasi adalah kekal di dalam sempadan loji. Paras hingar di

sempadan loji (berdasarkan permodelan paras hingar) adalah dianggarkan berada di dalam paras dibenarkan

oleh JAS. Kesan-kesan bunyi ini disebabkan oleh operasi kemudahan rawatan terma bagi sisa klinikal serta

disebabkan oleh pengangkutan jalan raya.

5.3.1 Langkah-langkah Pencegahan

Impak paras hingar terhadap kawasan sekitar adalah sangat kecil tetapi beberapa langkah pengurangan paras

hingar perlu dilaksanakan untuk menampung bunyi bising dalam kawasan tapak projek. Dalam sesetengah

keadaan hingar yang tinggi, alat perlindungan keselamatan dan alat pelindung pendengaran mestilah

digunakan dengan baik untuk memastikan tahap hingar yang minimum.

6.0 PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG DISYORKAN BAGI

ALAM SEKITAR MANUSIA

6.1 Penggunaan Tanah

Kesan utama terhadap penggunaan tanah di tapak loji KA adalah daripada pembangunan tambahan yang

berhubung dengan projek dicadangkan. Ini kerana ia tidak melibatkan keperluan penggunaan tanah baharu

atau melibatkan sebarang pembangunan di kawasan sekitar untuk ditimbal. Luas kawasan perimeter tidak akan

berubah dengan mendadak, tiada perubahan dalam keserasian tapak dengan penggunaan tanah semasa dan

akan datang yang disebabkan oleh projek ini. Telah sedia maklum bahawa fasiliti tambahan turut menyumbang

kesan sekunder hasil daripada penambahan trafik serta pekerja, tetapi ia boleh dianggap terlalu kecil. Kesan

impak yang dijangka daripada projek cadangan ini dianggap terlalu kecil, menyebabkan tiada perubahan besar

terhadap corak penggunaan tanah sedia ada. Oleh itu, tiada langkah pencegahan diperlukan memandangkan

tiada impak besar dan juga tiada potensi impak tambahan.

6.2 Infrastruktur

Sesuatu projek itu akan dikenalpasti sebagai impak yang merbahaya terhadap infrastruktur jika ia:

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-17

a. menyebabkan penggunaan besar rangkaian jalan, air, elektrik, telekomunikasi, sistem perparitan dan

bahan buangan pepejal;

b. menggunakan air dan elekrik dalam keadaan membazir;

c. menyebabkan peningkatan yang mendadak terhadap air bersih, perawatan air dan kapasiti agihan;

d. memerlukan peningkatan dalam perawatan air sisa dan kemudahan agihan; atau

e. menyumbang kepada keperluan rawatan air sisa kumulatif melampaui kapasiti loji.

Bekalan utama air domestik bagi tapak projek adalah daripada SAINS. Disebabkan projek ini tidak menjana

banyak pekerjaan dan oleh itu tiada perubahan jumlah penduduk di kawasan sekitar, keperluan penggunaan air

harian domestik tidak begitu meningkat. Adalah dipercayai bahawa terdapat sedikit sahaja peningkatan dalam

penggunaan isipadu air semasa operasi projek cadangan. Oleh yang demikian, potensi impak adalah sangat

sedikit dan tiada langkah pencegahan diperlukan.

Kuasa elektrik akan dibekalkan kepada tapak projek oleh TNB. Memandangkan peningkatan jumlah penduduk

yang sedikit, peningkatan permintaan domestik terhadap kuasa elektrik juga adalah sedikit. Dengan ini, potensi

impak adalah sangat sedikit dan tidak begitu ketara dan tiada langkah pencegahan diperlukan.

Sistem perparitan bagi kawasan tapak projek dan kawasan sekitarnya adalah dalam keadaan terancang. Oleh

itu, tiada langkah pencegahan diperlukan.

Jika loji ditutup dan tidak beroperasi, utiliti dan penggunaan kuasa elektrik serta penghasilan sisa akan

berkurangan pada paras kestabilan pematuhan alam sekitar sedia ada, pengembalian dan infrastruktur stabiliti

yang seterusnya mengurangkan penggunaan dan penghasilan itu ke tahap sifar. Oleh kerana penggunaan air

akan berkurangan, sekurang-kurangnya dalam jangka masa singkat, penurunan dalam penggunaan kemudahan

ini boleh menjadi impak yang menguntungkan. Selain itu, tiada langkah pencegahan diperlukan

memandangkan tiada impak ketara dan impak sampingan.

6.3 Sosio-ekonomi

Sosio-ekonomi dibincangkan berdasarkan demografi, proses ekonomi, kesan trafik, peluang pekerjaan dan

perspektif kesan ekonomi. Pada peringkat operasi, kesan trafik dijangka sangat kurang. Sementara itu, peluang

pekerjaan akan lebih meningkat dan ia dianggap satu yang bermanfaat.

Pada peringkat akhir kerja, pengurangan aktiviti dan pekerjaan akan menyebabkan pengurangan trafik dan ini

memberi kesan yang lebih baik berbanding keadaan yang sedia ada. Tahap perkhidmatan bagi beberapa jalan

utama berhampiran tapak projek akan meningkat hasil daripada pengurangan trafik waktu puncak.

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-18

6.4 Penilaian Risiko Kesihatan Alam Sekitar (EHRA)

Penilaian impak kesihatan awam (HIA) dijalankan untuk insinerator KAMI di Bukit Nanas. HIA ini bertujuan

menentukan status sediada kesihatan penduduk tempatan dan menjangkakan potensi impak kesihatan dari

aktiviti cadangan loji tersebut.

Dalam menjangkakan impak kesihatan, Garis Panduan US EPA (2000-2005) ke atas Penilaian Risiko Kesihatan

(HRA) digunakan. Pencemar udara utama (PM10, SO2 and NO2) dibandingkan dengan Nilai Piawai Kebangsaan

Amerika Syarikat dan Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia yang disarankan. Kadar maksimum kepekatan paras

tanah pencemar udara utama untuk purata masa 24 jam didapati di bawah nilai rujukan kesihatan. Untuk

kesan bukan kanser hazard index (HI) yang ditentukan dari anggaran pendedahan dan unit faktor risiko (RfC)

khusus kepada bahan bukan karsinogen adalah kurang dari 1. Ini menunjukkan anggaran pencemar udara dari

cadangan dan loji sediada tidak akan menyebabkan kesan kesihatan akut dan kronik termasuk kepada

kumpulan yang sensitif di kawasan reseptor. Jangka hayat risiko kanser kurang dari satu per sejuta populasi

dari pengiraan pendedahan kepada kepekatan asas dan kepekatan yang meningkat dari cadangan projek

semasa senario emisi normal dan langkah kawalan pencegahan menunjukkan cadangan projek dijangkakan

tidak akan memberi risiko kanser yang signifikan kepada penduduk. Sekiranya belaku kegagalan pada langkah

kawalan, kiraan risiko kanser dari pendehahan kepada arsenik adalah 3.4 kes per sejuta penduduk. Di dalam

senario abnormal di mana semua langkah kawalan gagal, kiraan risiko kanser dari pendedahan kepada

kadmium and dioksin adalah masing-masing 5.3 dan 1.5 kes per sejuta penduduk. Walaubagaimanapun, risiko

jangkahayat kanser ini adalah di dalam risiko kanser 10-4

to 10-6

yang boleh diterima..

7.0 PENILAIAN RISIKO KUANTITATIF (QRA)

Bidang kerja bagi penilaian QRA dalam laporan DEIA ini merujuk kepada buangan terjadual sedia ada yang

dibawa masuk bagi tujuan pelupusan serta bahan api untuk proses pembakaran insinerator yang berada di

dalam kompleks bagi memusnahkan sisa klinikal dan juga buangan terjadual. Bahaya kemalangan yang utama

ialah daripada insiden kolam api yang berpotensi yang disebabkan oleh pencucuhan bahan api yang bocor

daripada lubang yang disebabkan oleh dinding tangki simpanan yang rosak. Daripada keputusan jangkaan

risiko, pusat pengurusan sisa KA tidak akan mengakibatkan risiko kematian melebihi 1x10-6

setahun (had risiko

dibenarkan) terhadap populasi luar kawasan, mahupun di dalam lingkungan kawasan pusat pengurusan sisa

tersebut. Tambahan lagi, tiada kawasan penempatan dan kawasan komersial dalam lingkungan diameter 500 m

daripada sempadan loji. Prosedur operasi yang selamat dan langkah pencegahan mestilah diguna pakai secara

tegas bagi mengurangkan lagi nilai risiko tersebut.

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-19

8.0 PELAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP) DAN PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP)

8.1 PELAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP)

Tujuan ERP ini adalah bagi memastikan yang sebarang bentuk kecemasan, yang mengganggu keadaan kerja

yang normal dan selamat dalam fasiliti, boleh diuruskan secara sistematik. Dari pengiraan, situasi paling

berbahaya, iaitu letupan awan wap merupakan kesan daripada pembakaran terbebas dari loji sedia ada tetapi

ia tidak akan sampai ke kawasan perumahan berdekatan. Langkah berjaga-jaga bagi situasi kecemasan ini

merujuk kepada:

Arah dan Kawalan

Komunikasi

Keselamatan Manusia

Perlindungan Harta Benda

Koordinasi dengan Organisasi Luar

Pemulihan dan Pemuliharaan

Pentadbiran dan Logistik

8.2 PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP)

Objektif utama bagi EMP adalah untuk menjaga alam sekitar di dalam dan sekeliling tapak projek KAMI, dan

memastikan kualiti kawasan alam sekitar diambil kira dan dipelihara. Komponen utama di dalam EMP adalah:

Keperluan-keperluan kontrak dan legislatif dan syarat-syarat yang perlu ditinjau dan dipatuhi;

Perangkaan pentadbiran (Unit Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar) yang

bertanggungjawab untuk pengurusan persekitaran, struktur organisasi yang jelas dan keperluan

tenaga manusia;

Program pemantauan untuk udara persekitaran, ukuran hingar atau pembuangan air sisa; dan

Tindakan yang diperlukan dan laporan susulan untuk tindakbalas kecemasan semasa

kemalangan atau operasi loji yang abnormal.

Aliran proses kerja bagi memantau prestasi alam sekitar dalam EMP ini adalah:

Pengurusan impak alam sekitar yang ketara & aktiviti berisiko;

Pemantauan pematuhan sah; dan

Pemantauan objektif, sasaran dan program.

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing

Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant, Ladang Tanah Merah,

A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-20

Secara ringkasnya, keseluruhan dasar terkini KA dalam menjaga tenaga kerja manusia dan alam sekitar akan

dikekalkan untuk diterima dan dilaksanakan walaupun dengan cadangan penambahan aktiviti insinerator bagi

sisa klinikal di loji KAMI.

9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Aktiviti utama yang berkaitan dengan projek cadangan dan potensi impaknya terhadap alam sekitar telah

dikaji, dan semua cadangan pengurangan potensi impak yang ketara telah diambilkira. Impak utama yang

dikenalpasti adalah emisi udara, kesihatan dan keselamatan. Di dalam laporan EIA ini, langkah pencegahan

telah diterangkan di dalam Bab 8 dan 9. Jika pelaksana projek mengikut langkah pencegahan yang disyorkan,

impak terhadap alam sekitar akan dapat dikurangkan dengan ketara.

Kesungguhan pelaksana projek untuk menjalankan laporan kajian EIA ini yang menimbang semua aspek-aspek

pendekatan penjagaan alam sekitar perlu dipuji dan diberi sokongan yang padu. Jadual E2 menunjukkan

ringkasan bagi isu-isu dan langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan oleh penggerak projek.

Page 21: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant,

Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-21

Jadual E2: Ringkasan tentang Isu-isu dan Langkah-langkah Pencegahan yang Dicadangkan oleh Penggerak Projek

Bil. Perkara Isu Langkah Pencegahan yang Dicadangkan Rujukan di Dalam

Laporan EIA

Komen

DOE

1.

Ku

alit

i Ud

ara

Berdasarkan penilaian kualiti udara, ramalan

kepekatan pencemaran maksima termasuk

paras latar belakang bagi senario normal,

kesemuanya berada di bawah garis panduan

yang dicadangkan. Oleh itu, potensi impak

dianggap adalah sangat sedikit.

Bagi senario kes terburuk (KES 4), ramalan

kepekatan bagi kebanyakan pencemar masih

mengikut garis panduan dicadangkan kecuali

bagi HCl dan dioxin-furan. Keseluruhannya,

kepekatan maksima bagi KES 4 adalah dalam

lingkungan 400 m jejarian daripada WMC, tidak

mungkin menimbulkan sebarang kebimbangan

di kalangan penduduk setempat, sekiranya

situasi ini benar-benar berlaku.

Sistem Rawatan Gas Cerobong akan digunakan

sebagai sistem kawalan pencemaran udara

(APCS) bagi memastikan pelepasan gas dari

cerobong ke udara persekitaran akan berada di

bawah piawai ditetapkan.

Sistem pemantauan pelepasan yang

digunapakai bagi mengesan dan mengawal

sebarang impak tidak diduga dari pelepasan

cerobong.

Loji KA telah direkabentuk dengan sistem

kawalan automatik bagi memantau operasi loji.

Bagi sebarang kecemasan atau situasi luar

biasa, suapan bagi sisa akan terhenti secara

automatik dan seterusnya akan mengurangkan

kepekatan pencemaran.

Bab 8:

Penilaian Impak Alam

Sekitar Dan Langkah-

Langkah Pengurangan

Yang Disyorkan Bagi

Alam Sekitar Fizikal

(muka surat 8-2 sehingga

muka surat 8-40)

Page 22: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant,

Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-22

Jadual E2: Ringkasan tentang Isu-isu dan Langkah-langkah Pencegahan yang Dicadangkan oleh Penggerak Projek (sambungan)

Bil. Perkara Isu Langkah Pencegahan yang Dicadangkan Rujukan di Dalam

Laporan EIA

Komen

DOE

1.

Ku

alit

i Ud

ara

Sebagai sebahagian daripada hasil pencemaran

udara, bau busuk boleh mengakibatkan reaksi

tidak menyenangkan sama ada dari segi tekanan

emosi seperti kerunsingan, ketidakselesaan,

perengsaan atau kemurungan sehinggalah

simptom fizikal, termasuk masalah deria, sakit

kepala, masalah pernafasan, rasa loya atau

muntah. Namun, bau dari loji KAMI yang

memproses sisa klinikal tidak akan memberi

kesan kepada komuniti kerana KA terletak di

lokasi yang jauh dari kawasan penempatan.

Maka, potensi impak dianggap sangat sedikit.

Tiada pencegahan diperlukan bagi impak bau.

2.

Ku

alit

i Air

Prinsip pelepasan sifar yang diaplikasikan di

WMC akan memberi impak positif yang besar

kepada alam sekitar, kerana tiada pelepasan air

sisa akan dialirkan ke dalam sungai.Oleh itu,

tiada potensi impak dijangka akan berlaku.

Loji rawatan air sisa perlu diselenggara dan

diperiksa secara berkala bagi meminimakan

potensi kegagalan operasi.

Page 23: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant,

Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-23

Jadual E2: Ringkasan tentang Isu-isu dan Langkah-langkah Pencegahan yang Dicadangkan oleh Penggerak Projek (sambungan)

Bil. Perkara Isu Langkah Pencegahan yang Dicadangkan Rujukan di Dalam

Laporan EIA

Komen

DOE

2.

Ku

alit

i Air

Sistem bagi rawatan perlu dipastikan untuk

meminimakan kebocoran air sisa ke dalam air

bawah tanah (seperti memastikan sambungan

paip dan tangki perlu kedap air).

Sistem saliran yang efisien bagi struktur larut

resapan dan perlindungan banjir perlu diperiksa

secara rutin.

Pelan pengurusan sisa perlu diikuti.

Kawasan yang tercemar perlu dibersihkan dan

dinyahjangkit sekiranya perlu.

Pekerja perlu sentiasa bersedia untuk tindakan

kecemasan.

Peralatan yang diperlukan perlu mudah didapati

di setiap tempat dan dalam jarak yang sesuai.

Prosedur bertulis perlu ada bagi setiap jenis

kecemasan yang berbeza.

Bab 8:

Penilaian Impak Alam

Sekitar Dan Langkah-

Langkah Pengurangan

Yang Disyorkan Bagi

Alam Sekitar Fizikal

(muka surat 8-40

sehingga muka surat 8-

41)

Page 24: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant,

Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-24

Jadual E2: Ringkasan tentang Isu-isu dan Langkah-langkah Pencegahan yang Dicadangkan oleh Penggerak Projek (sambungan)

Bil. Perkara Isu Langkah Pencegahan yang Dicadangkan Rujukan di Dalam

Laporan EIA

Komen

DOE

3.

Ku

alit

i Par

as H

inga

r

Berdasarkan penilaian impak hingar, adalah

dijangkakan tiada potensi impak berlaku terhadap

alam sekitar diantara sempadan loji ke mana-

mana penerima sensitif terdekat.

Paras hingar dari proses operasi loji adalah dalam

lingkungan sempadan loji sahaja. Paras hingar di

sempadan loji (berdasarkan permodelan paras

hingar) adalah dijangka dalam had dibenarkan

oleh DOE. Namun, sekiranya loji beroperasi 24

jam secara berterusan, paras hingar di lokasi

tertentu di sempadan loji berkemungkinan tidak

mematuhi paras hingar waktu malam.

Disebabkan tiada peningkatan yang penting bagi

perjalanan kenderaan pengangkutan dan kutipan,

maka adalah dijangka tiada impak hingar yang

penting terhasil daripada pengangkutan.

Bagi kawasan operasi hingar yang tinggi yang

paras hingarnya dijangka melebihi 85 dB(A),

adalah penting bagi pekerja-pekerja untuk

menggunakan PPE yang diperlukan seperti

pelindung telinga atau alat perlindungan

pendengaran. Alat perlindungan pendengaran

juga perlulah padan bagi memastikan

berlakunya pengurangan paras hingar.

Bab 8:

Penilaian Impak Alam

Sekitar Dan Langkah-

Langkah Pengurangan

Yang Disyorkan Bagi

Alam Sekitar Fizikal

(muka surat 8-42

sehingga muka surat 8-

52)

Page 25: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant,

Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-25

Jadual E2: Ringkasan tentang Isu-isu dan Langkah-langkah Pencegahan yang Dicadangkan oleh Penggerak Projek (sambungan)

Bil. Perkara Isu Langkah Pencegahan yang Dicadangkan Rujukan di Dalam

Laporan EIA

Komen

DOE

4.

Gu

na

Tan

ah

Potensi impak adalah sangat kecil Tiada pencegahan diperlukan Bab 9:

Penilaian Impak Alam

Sekitar Dan Langkah-

Langkah Pengurangan

Yang Disyorkan Bagi

Alam Sekitar Manusia

(muka surat 9-2 sehingga

muka surat 9-4)

5.

Infr

astr

ukt

ur

Potensi impak adalah sangat kecil Tiada pencegahan diperlukan Bab 9:

Penilaian Impak Alam

Sekitar Dan Langkah-

Langkah Pengurangan

Yang Disyorkan Bagi

Alam Sekitar Manusia

(muka surat 9-4 sehingga

muka surat 9-5)

Page 26: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant,

Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-26

Jadual E2: Ringkasan tentang Isu-isu dan Langkah-langkah Pencegahan yang Dicadangkan oleh Penggerak Projek (sambungan)

Bil. Perkara Isu Langkah Pencegahan yang Dicadangkan Rujukan di Dalam Laporan

EIA

Komen

DOE

6.

Sosi

o-E

kon

om

i

Potensi impak adalah sangat kecil Tiada pencegahan diperlukan Bab 9:

Penilaian Impak Alam

Sekitar Dan Langkah-

Langkah Pengurangan

Yang Disyorkan Bagi Alam

Sekitar Manusia

(muka surat 9-5 sehingga

muka surat 9-6)

7.

Pen

ilaia

n R

isik

o K

esih

atan

Ala

m

Seki

tar

Kesihatan komuniti tempatan tidak mungkin

terjejas disebabkan oleh udara tercemar yang

terhasil daripada operasi normal loji KAMI

disebabkan tiada risiko kanser hayat

diperhatikan semasa senario normal.

Bagi operasi tidak normal, loji akan

diberhentikan secara automatik dalam masa

60 minit bagi menghadkan pelepasan yang

tidak terkawal.

Bab 9:

Penilaian Impak Alam

Sekitar Dan Langkah-

Langkah Pengurangan

Yang Disyorkan Bagi Alam

Sekitar Manusia

(muka surat 9-6 sehingga

muka surat 9-18)

Page 27: RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN - doe.gov.my · pengurusan sisa (Waste Management Centre, WMC) di Ladang Tanah Merah A3 Division, 71960 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Pada tahun

DETAILED EIA STUDY

Proposed Incineration of Clinical Waste in the Existing Kualiti Alam Modularised Incinerator (KAMI) Plant,

Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Report No: AMR.KAMI.DEIA.2011 Ringkasan Eksekutif l RE-27

Jadual E2: Ringkasan tentang Isu-isu dan Langkah-langkah Pencegahan yang Dicadangkan oleh Penggerak Projek (sambungan)

Bil. Perkara Isu Langkah Pencegahan yang Dicadangkan Rujukan di Dalam Laporan

EIA

Komen

DOE

7.

Pen

ilaia

n R

isik

o

Kes

ihat

an A

lam

Sek

itar

Pendedahan semasa senario terburuk (KES 4)

adalah dijangka akan menghasilkan 7.5 kes risiko

kanser hayat bagi setiap sejuta populasi.

Namun, ia masih di dalam lingkungan yang

boleh diterima iaitu 1 kes kanser bagi setiap

100,000 populasi.

Bagi operasi tidak normal, loji akan

diberhentikan secara automatik dalam masa

60 minit bagi menghadkan pelepasan yang

tidak terkawal.