2
Resepi Chocolate cheese layer cake (Kek Coklat Lapis Cheese) (rizalia@http://www.myresipi.com/top/detail/8831 ) 7" x 10" square pan (ku buat separuh adunan, guna springform pan 8" yang tinggi 3") Bahan: Lapisan coklat: 1 1/2 cwn gula halus (ku kurangkan) 125g butter 2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram) 1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut) 3/4 cwn susu coklat (ku guna susu tepung + air masak) 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama) 1 sd teh esen vanilla Lapisan cheese: 375 g cream cheese (ku guna 190g) 100 g gula halus (ku guna 50g) 1/2 cwn tepung gandum (ku guna 1/4C) 2 biji telur (grade C juga ye (ku guna 1 gred C) 50ml air biasa (ku guna 25ml) Cara:

Resepi Chocolate Cheese Layer Cake

Embed Size (px)

DESCRIPTION

resepie

Citation preview

Page 1: Resepi Chocolate Cheese Layer Cake

Resepi Chocolate cheese layer cake (Kek Coklat Lapis Cheese)(rizalia@http://www.myresipi.com/top/detail/8831)

7" x 10" square pan (ku buat separuh adunan, guna springform pan 8" yang tinggi 3")

Bahan:

Lapisan coklat:

1 1/2 cwn gula halus (ku kurangkan)

125g butter

2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram)

1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut)

3/4 cwn susu coklat (ku guna susu tepung + air masak)

1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama)

1 sd teh esen vanilla

Lapisan cheese:

375 g cream cheese (ku guna 190g)

100 g gula halus (ku guna 50g)

1/2 cwn tepung gandum (ku guna 1/4C)

2 biji telur (grade C juga ye (ku guna 1 gred C)

50ml air biasa (ku guna 25ml)

Cara:

1.  Lapisan coklat: Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Masukkan telur

sebiji demi sebiji, pukul hingga betul-betul sebati. Masukkan pula campuran coklat (yang

dah siap bancuh dgn air panas tu). Masukkan pula susu coklat, diselang-selikan dengan

campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. Gaul rata.

2.  Ambik 2 sudu besar adunan kek dan masuk dlm piping bag (untuk buat corak2 atas

cheese).

3.  Sediakan loyang yang bersaiz 7 inci x 10 inci yg berbentuk segi empat tepat. Kalau

sape2 ade loyang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa keluar nanti.

Page 2: Resepi Chocolate Cheese Layer Cake

4.  Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu

selama 12 hingga 15 minit.

5.  Lapisan cheese: Sementara tunggu kek masak, pukul cream cheese dengan gula

sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata.

Akhir sekali masukkan air.

6.  Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke

atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. Corakkan kek ikut kreativiti

anda (paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan je).

7.  Bakar dengan cara bain-marie/water bath iaitu dengan meletakkan loyang tersebut

dalam loyang yang lebih besar dan diisi air panas setinggi hampir separuh loyang

kek (saya skip step ini sebab malas. Tekstur masih ok cuma mungkin a bit drier around

the edges of the cake). Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi

permukaan kek yg cantik (saya tak buat). Bakar pula selama 40 minit(saya kurangkan

suhu about 160C for 35-40min).

8.  Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven. Kalau buat malam, esok

pagi simpan speti sejuk, malam tu boleh le makan sebab rasa cheese lebih enak

disimpan (kek saya dah sejuk je terus simpan dalam peti sejuk, malam tu juga makan).