proposal sistem.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    1/10

    1.0 Pengenalan

    Di UTHM, pejabat- pejabat seperti pejabat, falkuti dan kolej kediaman akan menerima

    pelbagai jenis surat termasuklah surat berdaftar daripada luar. Surat-surat ini diuruskan

    dengan cara pengurusan tersendiri bergantung kepada pusat tanggunjawab berkenaan.

    Namun, apa jua cara yang digunakan, ianya mempunyai tujuan yang sama iaitu surat tersebut

    seharusnya diterima oleh penerima surat berkenaan.

    Begitu juga di Kolej Kediaman Perwira, staf pejabat akan menyimpan maklumat penerimaan

    surat berdaftar dengan merekod kedalam satu fail surat. Para pelajar yang ingin menuntut

    surat mereka di pejabat Kolej Kediaman Perwira haruslah memeriksa fail surat terlebih

    dahulu untuk mengetahui surat mereka telah sampai atau tidak. Seterusnya, pelajar perlu

    menunjukkan kad matrik mereka sebelum mengambil surat tersebut bagi tujuan keselamatan.

    Dengan menggunakan kaedah pengendalian rekod surat secara manual ini akan menimbulkan

    pelbagai masalah antaranya ialah pelajar sukar mengetahui status surat yang dikirimkan

    kepada mereka. Pelajar perlu berulang-alik ke pejabat bagi mengetahui surat mereka telah

    sampai ke pejabat ataupun tidak. Hal ini telah menyebabkan pembaziran masa para pelajar.

    Selain itu, masalah lambakan surat yang tidak di tuntut dan kehilangan surat juga akan

    berlaku.

    Setelah mengenalpasti masalah-masalah seperti yang telah dinyatakan, Sistem Penerimaan

    Surat Berdaftar akan dibangunkan. System ini merupakan satu sistem di atas talian (WebBase

    System). Ia boleh digunakan oleh pelajar dan juga staf. Staf pejabat perlu merekod semua

    maklumat surat berdaftar surat ke dalam satu pengkalan data. Setiap maklumat dapat dicari,

    ditambah, dikemaskini dan juga dihapuskan. Manakala untuk pelajar pula mereka hanya

    dapat memeriksa dan mencetak slip bukti pengambilan surat daripada sistem ini. Untuk

    langkah-langkah keselamatan, staf dan pelajar perlu memasukkan nama pengguna dan juga

    kata laluan yang betul sebelum dapat menggunakan sistem ini.

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    2/10

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    3/10

    3.0 Objektif

    Berikut adalah antara objektif pembangunan sistem ini adalah :

    1) Membangunkan sistem pengurusan penerimaan surat berdaftar.

    2) Merekod dan mengesan maklumat penerimaan keluar masuk surat berdaftar

    pelajar ke dalam satu pengkalan data.

    3) Mengkaji keberkesanan sistem.

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    4/10

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    5/10

    5.0 Kajian literatur

    5.1 Sistem Pengurusan Surat Secara Manual

    Seterusnya adalah sistem pengurusan surat yang masih dijalankan secara manual di

    beberapa kawasan seperti di Kolej Kediaman Perwira (KKP). KKP masih lagi

    menggunakan sistem manual dimana segala maklumat penerimaan surat ke KKP akan

    direkod ke dalam sebuah buku log.

    5.2 Sistem Pengurusan Surat-Menyurat Pejabat Daerah dan Tanah Jasin

    (PDJ)

    Pejabat Daerah dan Tanah Jasin juga telah menggunakan sistem pengurusan surat-

    menyurat sebagai satu alternatif bagi pengurusan surat-menyurat di sana. Sistem

    pengurusan surat-menyurat yang dijalankan di PDJ termasuklah proses menerima,

    mendaftar dan mengagih-agihkan surat ke bahagian-bahagian PDJ.

    Sistem ini bermula apabila setiausaha di pejabat menerima pelbagai jenis surat. Dari

    pelbagai jenis surat itu, setiausaha akan mendaftarkan surat yang diterima mengikut

    klasifikasi yang telah ditetapkan dalam sistem. Bagi surat rasmi, sulit dan rahsia,

    setiausaha akan menyerahkan kepada PDJ untuk direkod.

    Selain menyimpan surat-surat rasmi dan lain-lain, sistem ini juga menguruskan surat

    urusan pembayaran melalui cek atau wang pos mahupun resit bayaran.

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    6/10

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    7/10

    6.0 Metodologi

    Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem pengurusan surat berdaftar pelajar

    ialah metodologi air terjun (waterfall). Metodologi ini dipilih adalah kerana setiap aktiviti

    yang dilakukan untuk membagunkan sistem ini adalah mengikut urutan.

    6.1 Fasa Perancangan

    Fasa perancangan merupakan fasa terpenting dalam membagunkan Sistem

    Pengurusan Surat Berdaftar Pelajar. Dalam fasa ini, perancangan untuk

    membangunkan sistem ini akan lebih jelas. Kajian awal terhadap sistem ini juga

    dilakukan seperti mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan sistem dan

    membincangkan skop dan objektif sistem ini.

    6.2 Fasa Analisis

    Fasa analisis terhadap sistem adalah sangat penting bagi mengetahui keperluan sistem

    dan cara untuk menyelesaikan masalah yang sebelum ini yang dilalui oleh pejabat

    Kolej Kediaman Perwira. Sistem yang sedia ada akan dikaji dan dijadikan sebagai

    rujukan bagi memudahkan maklumat yang dikumpul dianalisis. Tujuan mengkaji

    sistem ini adalah untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat memenuhi

    keperluan dan kehendak pengguna.

    PERANCANGAN

    ANALISIS

    REKA BENTUK

    IMPLIMENTASI

    PENGUJIAN

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    8/10

    Data Flow Diagram (DFD) telah digunakan sebagai carta alir yang akan menunjukkan

    pengaliran data dalam sistem yang akan dibangunkan. DFD ini harus dibina terlebih

    dahulu supaya dapat mengetahui aliran data dalam sistem pengurusan penerimaan

    surat berdaftar yang akan dibangunkan. Selain itu, membina Entity relationship

    diagram (ERD) juga adalah bertujuan menunjukkan entiti dan attribut yang terlibat

    dalam penggunaaan sistem dan hubungan antara entiti dalam pangkalan data secara

    lebih terperinci.

    6.3 Fasa Reka Bentuk

    Dalam fasa reka bentuk, merekabentuk sistem pengurusan penerimaan surat berdaftar

    pelajar akan dijalankan. Selain itu, mengenalpasti bagaimana keperluan sistem untuk

    beroperasi seperti yang di kehendaki dan membina pangkalan data untuk kegunaan

    sistem ini adalah juga perlu dijalankan dan sistem ini akan beroperasi, dari segi

    perkakasan, perisian, dan infrastruktur rangkaian (antaramuka, email, laporan dan

    pangkalan data yang akan digunakan).

    6.4 Fasa Implemetasi

    Dalam fasa implementasi, sistem pengurusan surat berdaftar pelajar akan dibina dan

    diuji untuk memastikan sistem dapat berfungsi seperti mana yang dikehendaki. Fasa

    ini dijalankan untuk mengenalpasti bahawa sistem bebas daripada kesalahan.

    6.5 Fasa Pengujian

    Dalam fasa pengujian, sistem akan diuji secara keseluruhan apabila sistem

    pengurusan surat berdaftar pelajar selesai dibina. Pengujian ini dilakukan oleh staf

    perwira dan pelajar untuk memastikan sistem yang dibina memenuhi keperluan

    pengguna.

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    9/10

    7.0 Keputusan jangkaan

    Merujuk kepada objektif penyataan masalah, pembangunan sistem ini adalah bertujuan untuk

    menyimpan maklumat keluar masuk surat berdaftar pelajar dengan lebih sistematik dan

    teratur. Sistem ini dapat membantu staf untuk mengemaskini rekod dan menghapuskan rekod

    penghantaran dan penerimaan surat dengan lebih berkesan. Selain itu, pelajar boleh

    memeriksa status surat yang dikirim kepada mereka dan mencetak slip status surat untuk

    tujuan rujukan. Akhir sekali, sistem ini membantu mengesan bilangan surat yang belum

    dituntut oleh pelajar.

    8.0 Kepentingan projek

    Sistem penerimaan keluar masuk surat berdaftar pelajar yang akan dibangunkan ini boleh

    mengurangkan beban pihak pentadbir yang menggunakan cara manual untuk menyimpan

    rekod penerimaan surat berdaftar. Sistem ini penting untuk dibangunkan supaya maklumat-

    maklumat boleh disimpan dalam pangkalan data. Dengan itu, sistem ini boleh

    mempercepatkan proses keluar masuk surat berdaftar pelajar dengan lebih efektif dan efisyen.

    Selain itu, bagi pihak pelajar, mereka dapat memeriksa status surat berdaftar yang telah

    dikirimkan kepada mereka dengan segera. Tambahan pula, ini akan menjimatkan masa

    pelajar yang sebelum ini perlu berulang-alik ke pejabat. Sistem ini juga dapat memastikan

    surat-surat pelajar selamat disimpan. Akhir sekali pelajar boleh mencetak slip status surat

    bagi tujuan rujukan.

  • 8/14/2019 proposal sistem.docx

    10/10

    9.0 Carta Gantt