Upload
azlina-ahmad
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 Presentation11( interlok )
1/22
Unsur Eufemisme Dalam Novel InterlokEdisi Khas Sasterawan Negara: AnalisisSemiotik
JXGA 6108
ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU
Oleh:
Azlina binti Ahmad (JGA110029 )
Akademi Pengajian Melayu, UM.
Pensyarah:
Prof. Madya Nuwairi Hj. Khazaai
8/2/2019 Presentation11( interlok )
2/22
Latar Belakang Kajian
Tingkah laku dan bahasa tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya
mempunyai hubungan yang amat erat. Budi bahasa seringdikaitkan dengan tingkah laku, tabiat, budi pekerti, akhlak dan
sebagainya.
Dalam berbahasa dengan sopan, penggunaan unsur eufemismeiaitu menggunakan ungkapan-ungkapan yang halus untuk
menggantikan ungkapan yang dirasakan boleh menyinggung,
menghina atau tidak menyenangkan
orang yang mendengarnya harus
digunakan.
8/2/2019 Presentation11( interlok )
3/22
Latar Belakang Kajian
Eufemisme (ufmisme) bermaksud ungkapan yang lebih halus dan
manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar,
dan tidak menyenangkan (Kamus Istilah Kesusasteraan).
Gaya bahasa eufemisme ini didapati amat kerap digunakan dalam
kalangan masyarakat secara sedar atau tidak sedar dan tergolong
dalam bentuk kiasan halus yang menjadi pengenalan identitimasyarakat Melayu. Michael West ( 1969 : 298 ) melihat bahasa halus
sebagai sesuatu yang bersopan santun
ataupun having a nice mind.
8/2/2019 Presentation11( interlok )
4/22
Asmah Haji Omar ( 1988 ) pula berpendapat
bahawa bahasa halus ialah bahasa yang
digunakan dengan penuh sopan dan tertib walau
dalam keadaan apa-apa sekalipun.
Kajian ini dilakukan untuk meneliti sejauh manaunsur ini diguna pakai dalam novel Interlok, Edisi
Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Latar Belakang Kajian
8/2/2019 Presentation11( interlok )
5/22
Permasalahan KajianBerdasarkan kajian terdahulu yang dianalisis, didapati kajian
tentang unsur eufemisme ini masih kurang mendapat tempatdalam kalangan pengkaji bahasa terutama mengenai penggunaan
eufemisme dalam novel.
Bahasa yang digunakan juga hanyalah dalam aspek unsur gaya
bahasa yang merupakan salah satu aspek yang perlu ada dalam
sesebuah penulisan novel.
8/2/2019 Presentation11( interlok )
6/22
Kajian ini dilakukan kerana gaya bahasa eufemisme ini
didapati sering digunakan dalam bentuk kiasan yang telah
menjadi identiti masyarakat Melayu. Namun tidak banyak
kajian yang dibuat mengenainya.
Adapun kajian yang benar-benar menjurus kepada kajianunsur eufemisme itu hanyalah menganalisis dari segi
kekerapan unsur bahasa tersebut digunakan dalam novel.
Permasalahan Kajian
8/2/2019 Presentation11( interlok )
7/22
8/2/2019 Presentation11( interlok )
8/22
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan atau
dikenali sebagai tinjauan pustakaan untuk mengumpul data
novel.
Novel yang dipilih ialah
novel InterlokEdisi Khas Sasterawan Negara
Abdullah Hussain.
8/2/2019 Presentation11( interlok )
9/22
Novel ini dipilih kerana novel Interlokini merupakan satu
penghasilan daripada Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun
Merdeka yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (
DBP) pada tahun 1967.
Selain itu Novel Interlokjuga memenuhi lima ciri karya fiksyen
yang utama : imaginasi, realiti, kreativiti, intelektualiti dan nilai
estetik.
Lantaran itu novel ini bukanlah novel picisan tetapi merupakan
sebuah karya yang berat atau sastera
tinggi
8/2/2019 Presentation11( interlok )
10/22
Sorotan Kajian
Kajian terhadap unsur eufemisme pernah dijalankan oleh
Zuraidah Jantan ( 2009 ) yang membandingkan novel MerekaYang Tertewas yang dihasilkan oleh pengarang lama dan novel
Black Widowyang dihasilkan oleh pengarang baharu dengan
menggunakan pendekatan Gumperz ( 1984 ). Hasil kajian
mendapati masyarakat Melayu amat mementingkan kesopanan
bukan sahaja dalam perlakuan bahkan, dalam penggunaan dan
pemilihan bahasa. Kedua-dua novel
yang dikaji didapati juga telahj
mempengaruhi penggunaan bentuk
eufemisme bagi menyesuaikan hasilpenulisan mereka dengan kehidupan
sebenar masyarakat Melayu.
8/2/2019 Presentation11( interlok )
11/22
Pendekatan Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan semiotik model Charles
Sanders Pierce .
Pendekatan ini merupakan kajian mengenai pola perlakuan manusia
dalam komunikasi yang mengkategorikan objek berdasarkan 3
prinsip iaitu indeks, ikon dan simbol.
Pengkaji akan memberi fokus terhadap prinsip simbol sahaja.
Kajian ini akan memberi tumpuan
untuk mengetahui simbol-simbol yangada di dalam novel di mana, analisis
tersebut akan menghubungkan
dengan konsep nilai dalam karya .
8/2/2019 Presentation11( interlok )
12/22
Kewajaran Pemilihan Simbol
Perkataan simbol berasal daripada kata kerja Greek
( Symballein) dan kata nama (Symbolam) yang membawa
maksud tanda (sign)
Simbol adalah sesuatu yang konkrit yang menggambarkan
sesuatu yang abstrak.
Simbol mewakili perkara batiniah ( perasaan, fikiran) dan lahiriah
( objek, benda , tindakan )
8/2/2019 Presentation11( interlok )
13/22
Dapatan Kajian
8/2/2019 Presentation11( interlok )
14/22
1. Nilai Kasih Sayang
Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut
dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol senja
( semakin tua ) malam ( kematian ) kandil ( cahaya )Contoh :
Mak Limah sendiri mulai berasa
bahawa harinya juga telah senja,
tidak lama lagi malam akan datangmenyerkupnya. Sebelum malam
tiba, inginlah dia menyediakan kandil
yang akan menerangi hidup anaknya
pada kemudian hari.
( Interlok, 1996 :7)
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang sentiasa
memikirkan masa depan anaknya.
8/2/2019 Presentation11( interlok )
15/22
2. Nilai Keperihatinan
Mengambil sikap ambil berat terhadap ahli keluarga
Nilai keperihatinan seorang bapa terhadap anaknya.
Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut
dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol berbadan dua
( mengandung / hamil )Contoh :
Baik-baik . Jangan lama, orang yang
berbadan dua seperti kau itutak baik
berjalan senja-senja begini( Interlok, 1996 :285)
8/2/2019 Presentation11( interlok )
16/22
3. Nilai Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atauperlakuan tanpa mengabaikan kepentingan,
Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut
dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol harta tiada
( miskin)Contoh :
Aku ni sekarang ibarat daun yang
terlepas dari dahannya, tidak ada tempat
berpegang. Harta tiada bangsapun kurangpula.
( Interlok, 1996 :380)
Nilai kesederhanaan yang ada pada diri Seman
8/2/2019 Presentation11( interlok )
17/22
4. Nilai Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalammelakukan sesuatu perkara.
Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut
dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol ringan tulang
/ tidak berat tulang ( rajin) .Contoh :
Tetapi Maniam tidak pernah berat tulang
untuk memberikan pertolongan di mana
perlu. Dia menolong siapa sahaja.( Interlok, 1996 :276)
Nilai kerajinan yang ada pada diri Maniam
8/2/2019 Presentation11( interlok )
18/22
5. Nilai Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Malini sangat taat dan hormat kepada suaminya Maniam
Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut
dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol melayanimu
( tanggungjawab) .Contoh :
Kau suamiku. Bagaimana susah pun aku
mesti melayanimu dengan baik.
( Interlok, 1996 :276)
8/2/2019 Presentation11( interlok )
19/22
6. Nilai Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan
sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
Musa tekad meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan.
Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut
dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol orang berada
( kaya) .Contoh :
Dia terpaksa meninggalkan kampung
untuk mencari pekerjaan. Dia perlukan
wang untuk berkahwin dengan seoranggadis cintanya. Gadis itu anak orang
berada
( Interlok, 1996 :323)
8/2/2019 Presentation11( interlok )
20/22
KesimpulanBerdasarkan analisis yang dilakukan, jelaslah bahawamasyarakat Melayu amat mementingkan kesopanan bukan
sahaja dalam perlakuan bahkan, dalam penggunaan dan
pemilihan bahasa.
Kajian ini telah dapat meneliti aspek unsur eufemisme yang
digunakan dalam novel bagi menggantikan perkataan yang
kasar. Kajian ini juga telah memberi
penekanan terhadap penggunaan
simbol dalam frasa, memahamimaksud berdasarkan simbol yang
telah digunakan dan menganalisis
aspek nilai murni yang terdapat
dalam novel.
8/2/2019 Presentation11( interlok )
21/22
"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan.perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Wallahulam
Sekian. Terima kasih
8/2/2019 Presentation11( interlok )
22/22
Abdullah Hussain, ( 1996 ) Interlok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka
Fatimah Busu (2011), Salah Tanggapan Terhadap Interlok Dewan
Sastera,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ibrahim Ahmad ( 2007 ) Bahasa Halus Dalam Konteks Sosiolinguistik,
Dewan Siswa Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tengku Intan Marlina dan Mohamad
Shahidan, ( 2009 ) Semiotik Pierce,Kuala
Lumpur: Quest Ahead Sdn. Bhd.
Zuraidah Jantan,( 2009). Unsur Eufemisme
dalam Novel Melayu: Satu Manifestasi
Kesopanan Bahasa. Kuala Lumpur:
ASWARA
Bibliografi