9
PERSEDIAAN PROFESIONAL PERKHIDMATAN MAKLUMAT KE ARAH ERA IT oleh SYED SALIM AGHA* dan KAMARIAH ABDUL HAMID ** ABSTRACT This article briefly presents the development of IT, examines the present status of librarians/ information professionals and what may be the reasons for them not making an impact on the society. Suggestions given to improve the situation and to face the challenges of IT include improved quality of professional education and training, attitudinal change, change in organisation, work environment and the adaptation to the existing physical facilities. PERKEMBANGAN IT T telah berkembang dengan pesat dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Penggunaan teknologi komputer di jabatan-jabatan kerajaan dan di institusi-institusi pengajian tinggi; penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi di syarikat-syarikat penerbangan dan di bank-bank; dan penggunaan mikrokomputer di sekolah- sekolah dan di rumah-rumah membuktikan kesan IT terhadap masyarakat kian bertambah, IT merupakan suatu alat strategik yang tidak boleh diketepikan, dan Jika diketepikan kita akan ketinggalan. Dari itu, kita perlu mengetahui dan memahami IT supaya dapat menggunakannya dengan berkesan. Ketua Pustakawan, Universiti Pertanian Malaysia Pustakawan Tingkatan Tertinggi, Universiti Pertanian Malaysia Dalam dekad 90-an ini, beberapa isu maklumat yang memerlukan penyelesaian secara teknologi akan berlanjutan dan akan terus menimbulkan masalah kepada Pustakawan dan pakar maklumat. Di antara isu-isu yang ketara ialah : * kecanggihan keperluan maklumat pengguna perlu diberi penekanan; * IT akan menjadi sangat kompleks sebagai reaksi kepada keperluan pengguna yang semakin meninggi tahapnya; * keperluan untuk merekabentuk atau merekabentuk semula sistem maklumat dengan menggunakan teknologi baru akan menjadi satu kebiasaan; Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

PERSEDIAAN PROFESIONAL PERKHIDMATAN ......perhatian terhadap fail-fail berkaitan dengan pembawa maklumat, termasuk fail-fail maklumat elektronik. dan membentuk pertalian elektronik

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • PERSEDIAAN PROFESIONALPERKHIDMATAN MAKLUMAT

    KE ARAH ERA IT

    oleh

    SYED SALIM AGHA*dan

    KAMARIAH ABDUL HAMID **

    ABSTRACT

    This article briefly presents the development of IT, examines the present status of librarians/information professionals and what may be the reasons for them not making an impact onthe society. Suggestions given to improve the situation and to face the challenges of ITinclude improved quality of professional education and training, attitudinal change, changein organisation, work environment and the adaptation to the existing physical facilities.

    PERKEMBANGAN IT

    T telah berkembang dengan pesat dantelah menjadi sebahagian daripada

    kehidupan harian kita. Penggunaan teknologikomputer di jabatan-jabatan kerajaan dan diinstitusi-institusi pengajian tinggi; penggunaanteknologi komputer dan telekomunikasi disyarikat-syarikat penerbangan dan di bank-bank;dan penggunaan mikrokomputer di sekolah-sekolah dan di rumah-rumah membuktikankesan IT terhadap masyarakat kian bertambah,IT merupakan suatu alat strategik yang tidakboleh diketepikan, dan Jika diketepikan kita akanketinggalan. Dari itu, kita perlu mengetahui danmemahami IT supaya dapat menggunakannyadengan berkesan.

    Ketua Pustakawan, Universiti Pertanian Malaysia

    Pustakawan Tingkatan Tertinggi, Universiti Pertanian Malaysia

    Dalam dekad 90-an ini, beberapa isumaklumat yang memerlukan penyelesaian secarateknologi akan berlanjutan dan akan terusmenimbulkan masalah kepada Pustakawan danpakar maklumat. Di antara isu-isu yang ketaraialah :

    * kecanggihan keperluan maklumatpengguna perlu diberi penekanan;* IT akan menjadi sangat komplekssebagai reaksi kepada keperluan penggunayang semakin meninggi tahapnya;* keperluan untuk merekabentuk ataumerekabentuk semula sistem maklumatdengan menggunakan teknologi baru akanmenjadi satu kebiasaan;

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • * perhubungan di antara rangkaianmaklumat yang telahpun menerap ke dalamarena maklumat beberapa tahun lalu akanmenjadi salah satu daripada tugas utamaprofesional maklumat;* implikasi perundangan terhadap aktivitipertukaran maklumat di kalangan rangkaianakan memberi kesedaran kepadaPustakawan dan para saintis maklumat,pemilik karya kreatif, dan pengguna.

    Di antara kemajuan teknologi yang mungkinboleh mengurangkan masalah-masalah tersebutialah penggunaan optik fiber, perkembangan danpenggunaan rangkaian digital perkhidrnatanbersepadu (ISDN), hubungan rangkaian-ke-rangkaian, dan hubungan antara negara melaluisambungan digital optik fiber dan satelit.

    KEADAAN KINI PUSTAKAWAN/PROFESIONAL MAKLUMAT

    Pengwujudan pusat maklumat adalahuntuk memberi perkhidrnatan maklumat yangberkesan kepada penggunanya. Denganpendidikan dan latihan profesional yangdiperolehi, Pustakawan memainkan peranansebagai penyampai maklumat kepada penggunayang memerlukannya. Tetapi kebanyakan pusatmaklumat tidak mencapai Objektif masing-masing dan para Pustakawan tidak berapaberkesan dalam menyempurnakan fungsimereka. Masyarakat memberi kedudukankepada sesuatu profesion berasaskantanggapannya tentang faedah atau manfaat yangboleh didapati daripada profesion. berkenaan.Malangnya pustakawan kurang memberi kesankepada masyarakat dan oleh itu kepustakawanandiberi kedudukan yang rendah.

    Fakta-fakta berikut mungkin menyebabkankurangnya kesan pustakawan terhadapmasyarakat :

    * peranan yang terhad di kalanganPustakawan dalam pengendalian dan

    Pemprosesan maklumat;* pustakawan kurang sedar akan keperluanpengguna;* pustakawan kurang memberi perhatiantentang bagaimana maklumat digunakan;* Pustakawan kurang sedar akan perubahanpersekitaran dan arah masa hadapan;* penggunaan yang sangat terhad akan ITsebagai alat strategik;* masalah sikap

    PERKARA-PERKARA YANG MUNGKINMENYEBABKAN KEADAAN

    SEKARANG

    Perkara utama yang mungkinmenyebabkan keadaan sekarang ialahpendidikan profesional dengan cara lama dankurang berkaitan dengan keperluan semasa;kurikulum pendidikan profesional kurangmenyentuh tentang pengurusan dan penggunaanmaklumat, keperluan pengguna, dan penggunaanIT sebagai alat.

    Kurang pembacaan profesionalmerupakan seperkara lagi yang mungkinmenyebabkan keadaan kini. KebanyakanPustakawan kurang membaca untuk mengikutiperkembangan semasa dalam bidang pengurusanmaklumat.

    Perkara-perkara lain yang mungkinmenyebabkan keadaan sedemikian ialah:

    * peluang yang terhad untuk pendidikanlanjutan;* latihan dalam perkhidrnatan yang kurangsesuai, dengan kekurangan manual latihandan manual prosedur kerja;* suasana kerja yang kurang menyenangkanoleh sebab struktur hirarki yang curam/hampir tegak;* Penekanan terhadap kerja-kerja rutin,proses-proses dan produser-produserbirokkratik

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • * kurang menggunakan imaginasi danpeluang;* pembahagian tugas yang tidak sesuai danbukan profesional;* kurang dan pengawasan keperluanpengguna yang kurang berkesan;* kurang aktif dalam pembinaan pangkalandata tempatan;* penggunaan IT yang kurang berkesan.

    CADANGAN UNTUK MEMBAIKIKEADAAN

    Pendidikan dan latihan profesionalmemainkan peranan yang penting dalampenghasilan tenaga profesional dalampengurusan maklumat. Sikap profesional dancara para pustakawan melakukan kerja danaktiviti bergantung kepada mutu pendidikanprofesional yang diterima. Persoalan pokoknyamelibatkan kurikulum, mutu pengambilanpelajar, keberkesanan proses pemindahanpengetahuan, dan piawai yang ditetapkan diSekolah/Kajian Sains Perpustakaan danMaklumat.

    Pendidikan profesional hendaklahbertujuan bukan sahaja untuk menghasilkansiswazah yang berpengetahuan tetapi juga yangmempunyai kebolehan dalam membuatpenilaian, dan keterampilan analitikal dalambidang-bidang berikut:

    * persekitaran maklumat secara menyeluruhdan penghubungkaitan di dalamnya;* tabiat individu dalam pencarian danpenggunaan maklumat;* perancangan strategik jangka panjang(perancangan dilihat sebagai proses danbukan sebagai sesuatu hasil);* pemasaran;* ekonomi maklumat;* analisa masyarakat;* cara-cara penilaian;* analisa perangkaan;* cara-cara penyelidikan.

    Untuk memenuhi keperluan tersebut,Sekolah/Kajian Perpustakaan dan Maklumathendaklah menghasilkan siswazah yangberkemampuan seperti berikut:

    a. Mempunyai pengetahuan teknikalyang mantap, meliputi pengetahuan dalampemilihan dan penggunaan teknologi yangsesuai supaya dapat menyelesaikan masalahmaklumat, merekabentuk pangkalan data,dan prinsip-prinsip pengendalian maklumat.

    b. Memahami ciri-ciri pemindahanmaklumat, termasuk tabiat pencarianmaklumat pengguna dan aktiviti-aktivitiyang menghasilkan maklumat dalampelbagai disiplin.

    c. Keterampilan dalam mengenalpastidan menganalisa keperluan maklumatmasyarakat yang diberi khidmat, danbagaimana keperluan maklumat tersebutdapat dipenuhi melalui agensi-agensimaklumat yang kompleks.

    d. Keterampilan dalam menilaimaklumat untuk membuat keputusan yangperlu berasaskan kemahiran dalampengurusan maklumat dan bidang-bidangperkara tertentu.

    e. Memahami dan berkebolehanmenganalisa persoalan-persoalan dasarmaklumat, termasuk persoalan perundangan(hakcipta, kerahsiaan, kebebasanmendapatkan maklumat, penapisan, danliabiliti profesional) dan persoalan peraturandan struktur (telekomunikasi, urusanhakmilik, dan aliran data merentasisempadan)

    f. Memahami penghasilan, penge-luaran, maklumat, dan perubahan dalampengeluaran maklumat daripada berasaskancetakan kepada cara-cara lain dalampengeluaran dan penyebaran maklumat.

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Beberapa bidang yang berkaitan denganpengurusan maklumat yang seharusnyadimasukkan ke dalam kurikulum Sekolah/KajianSains Perpustakaan dan Maklumat adalah sepertiberikut:-

    * penentuan keperluan pengguna;* penghubungkaitan perkhidrnatan danpenghasilan pengeluaran dengankeperluan pengguna;* konsep maklumat;* pengurusan maklumat;* kajian terhadap penggunaan maklumat;* nilai dan potensi maklumat;* kefahaman terhadap teori dan prinsip-prinsip komunikasi teori sistem secara ampenyimpanan dan mendapat semulamaklumat pengurusan pangkalan data;* pengetahuan mengenai IT danpenggunaannya;* prinsip-prinsip menganalisa maklumatdan menyusun semula maklumat;* cara-cara penyelidikan;* keterampilan dalam perhubungansesama manusia.

    (Lampiran memberi contoh-contoh kurikulumpendidikan profesional yang bersesuaian dengankeperluan semasa, iaitu kurikulum bersepadu diInternational School of InformationManagement dan kurikulum program siswazahdalam pengajian maklumat di Simon BolivarUniversity of Venezuela).

    Latihan profesional merupakan satu lagiaspek penting dalam Pengwujudan profesionalmaklumat. Perbezaan harus dibuat di antarapendidikan dan latihan profesional maklumat.Sementara Sekolah/Kajian Sains Perpustakaandan Maklumat menumpukan perhatian terhadappendidikan, pusat maklumat di mana profesionalmaklumat bertugas adalah bertanggungjawabterhadap latihan. Jika perpustakaanmengharapkan siswazah yang terlatih, keadaanini tidak mungkin wujud; pengalaman adalahsesuatu yang menambah kepada pendidikan.

    g. Kemampuan dalam merekabentukpengajaran dan rancangan pendidikanlanjutan.

    h. Memahami teori komunikasi danpenggunaannya dalam menyusun semulamaklumat.

    Sekolah/Kajian Sains Perpustakaan danMaklumat dalam mempertahankan kurikulumyang ada mungkin menegaskan bahawabeberapa aspek komponen pengurusanmaklumat telahpun digabungkan dalam kursus-kursus yang disediakan. Tetapi penggabunganbeberapa konsep pengurusan maklumat di sanasini tidak akan memberi kesan bagi rnewujudkanprofesional maklumat.

    Bagi mereka yang telah lama terdedahkepada pengendalian maklumat secaraelektronik telah sedar bahawa apabilapenggunaan teknologi bagi memenuhipermintaan akses kepada fail-fail data elektroniksemakin meluas, perhatian hendaklah beralihdaripada teknologi pengendalian maklumatkepada kualiti dan kepentingan maklumat.Profesion kepustakawanan hendaklahmengambil perhatian terhadap perkara ini danmengambil langkah untuk mengkaji semulakurikulum program pendidikan profesionaldengan memberi penekanan terhadap maklumat.Kita seharusnya berpengetahuan dan mahirdengan ciri-ciri asas maklumat, mempunyaikefahaman terhadap maklumat, peka terhadappenukaran maklumat kepada pengetahuan barudan kesannya terhadap kehidupan seharian. Kitahendaklah juga berpengetahuan dalam persoalanrancangan dan dasar maklumat dari sudutteknologi, ekonomi, kebudayaan dan politik.Kegiatan kita yang meliputi Pemprosesanmaklumat dan menghasilkan pengeluaran danmemberi perkhidrnatan hendaklah mengambilkira perkembangan dalam pasaran dan keperluanyang ditetapkan oleh pengguna.

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Sekolah/Kajian boleh memberi sumbangan.tetapi pusat maklumat hendaklah terlibat secaralangsung dalam latihan dan perkembanganlanjutan kakitangan sama ada yang baru ataupunyang sedia ada dan telah berpengalaman. Latihanmeliputi latihan dalam perkhidrnatan dan jugamengadakan rancangan pendidikan lanjutanprofesional.

    Cadangan-cadangan lain untuk membantudalam Pengwujudan profesional maklumatadalah seperti berikut :-

    * sentiasa peka dan mengetahui akanperkembangan profesional melaluipembacaan;* pembacaan luas dalam pelbagai bidangsupaya peka terhadap perubahan dankeperluan semasa;* menjalankan penyelidikan dari masa kesemasa;* memahami IT dan mengikuti perkem-bangannya;* mempelajari dan menggunakan kete-rampilan IT;* berinteraksi dengan golongan profesionalyang lain;* berpengetahuan mengenai keterampilananalitik dan penyusunan semula maklumat.

    PERSEDIAAN LAIN YANG PERLUUNTUK MENGHADAPI CABARAN IT

    Perubahan sikap kakitangan terhadap IT

    Manusia menghadapi perubahan denganpelbagai reaksi. Lazimnya, kakitanganberpuashati dengan sistem yang sedia ada dankurang bersedia untuk mengubah sesuatu. Dariitu, sebarang perubahan yang perlu dilakukanhendaklah dirancang dengan teliti. Sikapterhadap perubahan hendaklah dibentuk secaraposit if.

    Komunikasi yang teratur kepadakakitangan dalam memperkenalkan keadaan

    yang baru amatlah penting. Pihak pengurusanyang merancang tidak seharusnya berdiam diri,tetapi hendaklah memberitahu semua pihakberkenaan dengan cara yang teratur, sepertipengumuman melalui surat pekeliling,perjumpaan ataupun mesyuarat.

    Beberapa demonstrasi mengenaipenggunaan IT dan sistem hendaklah diatursupaya semua pihak berkenaan dapatmenilainya. Apa yang penting ialah untukmenghubungkait dengan apa yang merekalakukan, dan cuba memberi penekanan terhadapkebaikan IT dan bagaimana ianya dapatmemperbaiki keadaan kerja. Dalam pemilihansesuatu sistem baru, perbincangan dengankakitangan dari pelbagai peringkat untukmendapatkan maklumbalas dari mereka adalahmustahak, kerana penglibatan mereka adalahperlu untuk memastikan kejayaan dalampelaksanaan sistem kelak.

    Di samping itu, kemudahan latihandalam penggunaan IT dalam semua kakitanganperlu dirancang dengan teliti, bukan sahaja daripihak penjual sistem tetapi juga oleh pihakperpustakaan sendiri yang boleh menghubung-kaitkan dengan sistem yang digunakan kini.

    Perubahan organisasi

    Penggunaan IT di pusat maklumat memerlukanperubahan dalam cara suatu kerja itu dijalankan,dan kakitangan perlu menyesuaikan diri dalamkeadaan yang baru. Pihak pengurusan perlumenyemak semula huraian kerja dan kaitannyadi antara satu sama lain.

    Perubahan yang berlaku memerlukanpenyemakan semula struktur organisasi, danpenyusunan semula mungkin diperlukanseterusnya. Bagi sesebuah perpustakaanakademik, penyusunan semula strukturorganisasi boleh berasaskan satu model konsepyang terdiri daripada 3 kornponen, iaitu :-

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • * pengendalian maklumat;* merekabentuk sistem akses;* menilai keperluan pengguna dan

    memberi perkhidrnatan.

    Komponen pertama menguruskankoleksi yang pelbagai dan mengendalikanmaklumat dalam berbagai format. Walaupunkebanyakan tertumpu kepada bahan bercetak, iajuga mengendalikan maklumat yang terdapatsecara dalam talian, di mikrofis, dan di CD-ROM. Komponen kedua menumpukanperhatian terhadap fail-fail berkaitan denganpembawa maklumat, termasuk fail-failmaklumat elektronik. dan membentuk pertalianelektronik di kalangan objek dan fail.Komponen ketiga akan berinteraksi denganpengguna, dan mempunyai pengguna maklumatsebagai tumpuan; misalnya, komponen ini akanmembina profit pengguna dan menggabung-kannya ke dalam sistem mendapat semulamaklumat. Kebanyakan daripada kakitanganprofesional maklumat akan ditempatkan dikomponen ini.

    Pada umumnya, kakitangan yang terlibatdalam pengendalian maklumat danmerekabentuk sistem akses akan dipusatkan,sementara mereka yang terlibat dalam memberidan menilai perkhidrnatan akan berselerak,berfungsi dalam 'kelompok perkhidrnatan', rapatdengan kumpulan pengguna masing-masing.Sistem maklumat yang peka terhadap keperluanpengguna ini akan menghasilkan perkhidrnatanyang lebih bermakna kerana ianya ditujukankhusus kepada kumpulan pengguna tertentu.

    Dengan perubahan struktur organisasi,cara penilaian prestasi perlu juga diubah.Komputer boleh digunakan untuk perangkaanpengurusan bagi pengawasan aktiviti organisasi.Nilai-nilai kualiti hendaklah diterapkan dikalangan kakitangan untuk memastikankesempurnaan data dalam sistem komputer, dankualiti hendaklah dikaitkan dengan penilaian

    prestasi. Semangat bekerja secara berkumpulandan tanggungjawab bersama hendaklah jugadipupuk di kalangan kakitangan.

    Perubahan Persekitaran Kerja

    Penggunaan IT di pusat maklumatmemerlukan berhadapan dengan kornputerdalam sesuatu jangakmasa yang agak lama.Untuk memastikan keselesaan tempat kerja dankesihatan kakitangan tidak terganggu, aspekergonomik hendaklah diambilkira dalampenyediaan alat-alat IT untuk kakitangan.Memberi masa untuk merehatkan mata seketikadalam tempoh penggunaan komputer jugadigalakkan.

    Dari segi peralatan IT yang perlu, adalahdicadangkan supaya setiap profesionalmaklumat diperuntukkan satu mikrokomputersebagai 'workstation' yang akan digunakan bagikeperluan kerja tempatan dan juga hubungankepada sistem jauh. Di peringkat tempatan,'workstation' tersebut akan dilengkapkandengan perisian-perisian untuk menyokong kerjaindividu seperti Pemprosesan perkataan,'spreadsheet", dan pengurusan pangkalan data."Workstation' berkenaan boleh dihubungkankepada sistem rangkaian CD-ROM, dan jugabertindak sebagai terminal kepada sistempengkomputeran perpustakaan. Dari'workstation' yang sama, hubungan boleh dibuatkepada rangkaian dalam kampus, dalam negeri,dan antarabangsa. Penggunaan 'workstation'membolehkan seseorang profesional mengaksesdata luar perpustakaan dan mengadakanpertukaran data di mana berkenaan, di sampingberhubung melalui mel elektronik dalam dan luarnegara.

    Dengan peruntukan mikrokomputer,profesional maklumat diberi kebebasan dalammenjalankan tugasnya, dan keadaan ini bolehmeninggikan dayacipta mereka. Kebebasanmungkin juga disalahgunakan, tetapi ini boleh

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • dikurangkan dengan sistem pengawasan yangbaik.

    Penggunaan IT memberi kepuasankepada kakitangan dan pengguna perpustakaan.Tetapi pergantungan yang keterlaluan kepada ITboleh membawa kekecewaan atau kehampaan.

    Penyesuaian Fizikal Secara Am

    Beberapa perkara harus diambilkiradalam menyesuaikan kemudahan fizikal yangsedia ada sebagai persediaan bagi penggunaanIT. Penggunaan ruang dalam bangunan perludikaji semula untuk menampung keperluanmenempatkan terminal-terminal untuk merujukkatalog dan sistem rangakian CD-ROM.Pengubahsuaian juga perlu dalam kedudukanfizikal kakitangan untuk memastikanpenggunaan IT yang berkesan. Saluran-salurantambahan dalam bangunan, mendatar danmenegak, adalah diperlukan bagi membolehkankabel-kabel dipasang untuk penggunaan IT.Pemasangan kabel tambahan di luar bangunanmungkin juga perlu bagi keperluan perhubunganluar.

    Satu perkara penting yang perlu dikajiialah beban tenaga elektrik yang diperlukan bagimenampung penggunaan IT. Di samping itu,satu penjana kuasa juga diperlukan untukmengambilalih apabila bekalan elektrik terputus.Penggunaan "UPS' bagi Tujuan yang sama juga

    merupakan satu keperluan, terutama bagi tujuanmengelak dari kehilangan data.

    Perhatian hendaklah diberi kepadapersediaan peralatan dan perabot yangdiperlukan. Kebajikan fizikal kakitangan bolehdiperbaiki Jika ruang kerja disusun sebegitu rupasupaya dapat meninggikan prestasi dankeselesaan. Sistem pejabat terbuka denganmengadakan pengadang biasanya digalakkansupaya dapat menggunakan ruang denganberkesan, dan kabel untuk penggunaan IT bolehdipasang dengan kemas.

    PENUTUP

    Arena maklumat tahun 90-an di manapusat maklumat beroperasi dijangka akanmengalami keadaan yang sentiasa berubah. Diantara ciri-ciri utama dekad ini ialah :

    * peranan komputer dan sistem tele-komunikasi yang saling bertukar-tukar;* kepentingan maklumat dalam ekonominegara akan bertambah;* perkembangan sistem rangkaian dikampus Universiti untuk perkongsianmaklumat;* peningkatan dalam penggunaan mikro-komputer yang akan bertambahkeupayaannya;* rangkaian komunikasi dalam negeri danantarabangsa.

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • RUJUKAN

    1. Are we educating or training? Journal of Academic Librarianship, 16(3) : 139 (July 1990).

    2. Boehm. Eric H. and Horton. Forest W. Jr. The ISIM distance-learning methodology and theIRM curriculum. Journal of Education and Information Science, 32 (1/2) : 26-37 (summer/Fall 1991).

    3. Kibirige, Harry M. Information communication highways in the 1990s : an analysis of theirpotential impact on library automation. Information Technology and Libraries, 10 (3) : 172-184 (September 1991).

    4. Syed Salim Agha. Reflections on information management as an integral core of informationstudies. Paper presented at the Seminar on Library and Information Science Education inMalaysia : Needs and Requirements, held at International Islamic University, April 1992.

    5. Woodsworth, Anne and Lester, June. Educational imperatives of the future research library : asymposium. Journal of Academic Lihrarianship, 17(4) : 204-215 (September 1991).

    6. Woodworm, Anne et al. The model research library : planning for the future. Journal ofAcademic Librarianship, 15 (3) : 132-138 (July 1989).

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Lampiran

    Integrated Curriculum of theInternational School of Information

    Management

    Graduate Programs in InformationStudies of the

    Simon Bolivar University of Venezuela

    Concentration IThe Management of Informatione.g. Records management, Managing theknowledge worker, Business value ofinformation technology, Strategic planning.

    Concentration IIOrganization of Informatione.g Database management systems, Officesystems, Planning information systems.

    Concentration IIIPolicy Issues in Information Managemente.g Managing for change, National andinternational information politics, Ethical issuesin the information age.

    Concentration IVInformation Technologye.g Selection and evaluation of computersystems, Strategic use of telecommunications,Small computers in business, Expert systems,Computer systems security.

    Preliminary CoursesInformation in its social contextInformation technologyAnalysis and design of Information

    System 1Information resources and theirorganisation

    Obligatory CoursesManagement theory and practiceManagement of Information servicesInformation managementAnalysis and design of Information

    System 11Information technology

    Elective Courses - Group 1Industrial information managementGovernment information management

    Elective Courses - Group 11Topics in the area of Management

    Topics in the area of InformationManagement

    Topics in the area of InformationStudies

    Information technology application

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 1994 – Perpustakaan Negara Malaysia