5
PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN KEDUA SDN. BHD. (PSA- JKSB) Tarikh: 23hb Julai 2011 Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang Dirasmikan Oleh: Y.Bhg YB Tan Sri Nor Mohamed Bin Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Major (R) Ir. Mohd. Ashari Alias explaining to Tan Sri Nor Mohamed Yakcop on the concept of cable stay bridge.

PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN · PDF file1.2 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR/PMR/SPM Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan

  • Upload
    vunga

  • View
    224

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN · PDF file1.2 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR/PMR/SPM Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan

PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN KEDUA SDN. BHD. (PSA-JKSB)

Tarikh: 23hb Julai 2011

Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang

Dirasmikan Oleh: Y.Bhg YB Tan Sri Nor Mohamed Bin Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Major (R) Ir. Mohd. Ashari Alias explaining to Tan Sri Nor Mohamed Yakcop on the concept of cable stay bridge.

Page 2: PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN · PDF file1.2 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR/PMR/SPM Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop with VIPs and Heads of the four schools (holding certificates).

KATA-KATA ALUAN OLEH PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita sama-sama menjayakan Program Sekolah Angkat Jambatan Kedua Sdn Bhd. Program ini adalah satu kerjasama pintar antara JKSB dan empat sekolah terlibat. Sumbangan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah tersebut dalm pelbagai dalam bentuk kewangan atau bahan sokongan serta peralatan dipercayai dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik sekolah-sekolah yang terlibat. Usaha murni ini amat dialu-alukan oleh Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Dalam program usahasama seperti ini bersama agensi dan syarikat lain, banyak faedah dan mafaat diperolehi oleh kedua-dua pihak sekolah dan syarikat secara timbal balik. Ini membuktikan bahawa permuafakatanyang dijalankan antara Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dengan agensi dan syarikat seumpama Jambatan Kedua Sdn Bhd ini sungguh membuahkan hasil dan memuaskan. Saya berharap Program Sekolah Angkat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. ini akan menjadi titik tolak kepada lebih banyak syarikat dan agensi untuk tampil ke hadapan dalam salah satu usaha membantu pencapaian akademik di negeri Pulau Pinang ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pelajaran Barat-Daya, Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan, SMK Pondok Upeh, SMK Taman Widuri, SK Seri Relau dan SK Seri Tasek dalam usaha menggembeleng tenaga sehingga menjadikan Program Sekolah Angkat ini satu realiti. Akhir sekali, bagi pihak Jabatan Negeri Pulau Pinang, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Jambatan Kedua Sdn. Bhd. atas inisiatif yang diambil sehingga terhasilnya Program Anak Angkat ini. Sekian. Terima Kasih. Wassalamualaikum Wrt. Wbh. (HJ. AHMAD TARMIZI BIN KAMARUDDIN)

Page 3: PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN · PDF file1.2 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR/PMR/SPM Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan

PENGENALAN PROGRAM Program Sekolah Angkat merupakan salah satu inisiatif Jambatan Kedua Sdn Bhd dalam menyokong seruan Kerajaan ke arah pembangunan modal insan secara berterusan. Program PSA-JKSB ini dirangka atas dasar rasa tanggungjawab sosial korporat serta keperihatinan JKSB terhadap masyarakat setempat di mana terletaknya projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang (JKPP). Program ini juga akan mewujudkan satu jaringan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan JKSB selain membantu sekolah dalam memperkasakan keupayaan bagi melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar – pelajar yang terpilih dan meningkatkan sahsiah diri pelajar – pelajar tersebut. Program ini dijangka dapat melahirkan kesedaran terhadap kepentingan pencapaian akademik yang baik dan berpotensi terutama yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah. JKSB telah diberikan mandat untuk menjadikan empat (4) buah sekolah berikut sebagai sekolah angkat: 1. Sek. Men. Keb. Taman Widuri, Sungai Jawi

2. Sek. Men. Keb. Pondok Upeh, Balik Pulau

3. Sek. Keb. Seri Tasik, Simpang Ampat

4. Sek. Keb. Sri Relau, Bayan Lepas

Page 4: PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN · PDF file1.2 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR/PMR/SPM Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan

Program-program yang bersesuaian telah dirancang untuk kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti bagi setiap sekolah yang terlibat. Namun demikian, kejayaan program-program yang dirancang ini hanya akan terhasil dengan kerjasama erat daripada semua pihak terutamanya pelajar-pelajar sendiri, pihak ibu-bapa, guru-guru sekolah dan masyarakat setempat. OBJEKTIF Mewujudkan kesedaran ke arah pencapaian akademik cemerlang dan membantu dalam pembangunan modal insan golongan pelajar sekolah ke arah kecermelangan akademik dan pemantapan sahsiah. Berdasarkan kepada objektif utama yang digariskan di atas, berikut adalah perincian sasaran iaitu: 1. Meningkatkan prestasi akademik; 2. Membangunkan mereka dalam aspek sahsiah, emosi dan 3. sosial; 4. Meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri; 5. Membantu mereka mengenalpasti potensi serta bakat mereka; 6. Merangsang kemahuan dan keinginan yang tinggi untuk berjaya 7. di dalam akademik dan sukan.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG Program Jangka Pendek :-

No Nama Program Objektif Aktiviti

1.1 Majlis Berbuka Puasa & Ihya’ Ramadhan

Merealisasikan ibadat dalam kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa serta murid-murid dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq

1. Tahlil dan ceramah Ihya' Ramadhan 2. Berbuka Puasa 3. Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih Berjemaah 4. Sumbangan Aidilfitri (sek) Bacaan Al-Quran/Asma AL-Husna – Sepanjang Bulan Ramadhan (Pagi)

1.2 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR/PMR/SPM

Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan mereka, sekaligus berusaha mendapat keputusan yang cemerlang.

1. Proses membina matlamat dan menetapkan halatuju

2. Teknik yang terbaik serta pengurusan masa yang berkesan

3. Mempertingkatkan motivasi dalam diri peserta

4. Sumbangan Buku

(Program 1 hari)

1.3 Program Gotong Royong

Mengeratkan silaturahim dalam kalangan ibubapa penjaga dan warga JKSB di samping mengekalkan

1. Menaiktaraf surau 2. Menaiktaraf perpustakaan 3. Tanam pokok 4. Sudut bacaan – kaw. Sekolah

Page 5: PERASMIAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN · PDF file1.2 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR/PMR/SPM Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan

Program Jangka Panjang:-

kebersihan pada tahap yang baik.

5. Hari Alam Sekitar

1.4 Program Selepas UPSR/PMR/SPM

Menerap nilai-nilai positif dalam diri murid sebelum mereka pergi ke peringkat seterusnya, selain mengelakkan pembaziran waktu.

1. Lawatan sehari ke rumah orang tua

2. Asas belajar bahasa ketiga i.e. Mandarin

3. Lawatan Ke Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang

1.5 Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan

Mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar di setiap peringkat persekolahan.

1. Anugerah Semua A 2. Paling cemerlang dalam setiap

subjek 3. Anugerah Peningkatan Prestasi

No Nama Program Objektif Aktiviti

2.1 Program Anak/Adik Angkat (Mentor – Mentee

Memupuk budi perkerti dan akhlak yang lebih baik di alam persekolahan dan membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik serta menggalakkan pembentukan keperibadian yang sempurna.

1. Tuisyen 2. Program Skor A 3. Kaunseling 4. Program pemberian kelengkapan

sekolah 5. Career talk (SPM) 6. Kem Ibadat & Qiamullail 7. Sumbangan Raya 8. Anugerah peningkatan Akedemik