12

Click here to load reader

Penulisan ilmiah kumpulan 5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penulisan ilmiah kumpulan 5

1

SME 3023

TREND AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

GROUP B

PENULISAN ILMIAH:

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

LECTURER :

PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH

NAMA : NUR RAUDHAH BINTI ALIAS

NO. MATRIK :D20111048864

KUMPULAN : 5

MARKAH

Page 2: Penulisan ilmiah kumpulan 5

2

1.0 PENGENALAN

Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam pendidikan

literasi masakini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung kepada bahan yang

diambil daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk

membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kini teknologi telah

merubah teknik pengajaran guru di bilik darjah. Ini kerana pelajar hari ini bukan sahaja telah

banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi moden yang serba canggih malah banyak juga

yang begitu bergantung kepada teknologi moden tersebut dalam kehidupan harlan mereka.

Sebagai guru pendidikan literasi hari ini, kita amat beruntung kerana mendapat banyak peluang

dan pendedahan mengenai teknologi moden ini, berbanding suatu ketika dahulu kita hanya dapat

melihat penggunaan teknologi moden di dalam filem sains fiksyen semata-mata. Artikel ini akan

membincangkan sejauh manakah teknologi boleh digunakan dalam membantu mempercepatkan

dan meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu di sekolah

di negara kita.

Page 3: Penulisan ilmiah kumpulan 5

3

1.1 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Teknologi dalam pendidikan telah didefinisikan oleh pelbagai badan pendidikan dunia dalam

pelbagai perspektif serta konteks keperluan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Majlis Teknologi Pendidikan, United Kingdom mendefinisikan teknologi dalam

pendidikan sebagai suatu pembentukan, penerapan, dan penilaian sistem, teknik dan bantuan

untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat Kebangsaan Pembelajaran

Terancang, United Kingdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan

ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki

keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980). Suruhanjaya Teknologi

Pengajaran, USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara

yang sistematik untuk merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan

pembelajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran

manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia

untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).

Definisi pertama menegaskan teknologi dalam pendidikan adalah satu alat; definisi kedua

memberi penerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan definisi ketiga

mengatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu bentuk sains atau cara yang sistematik

dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, Sekalipun ketiga-tiganya memberi

penekanan yang berbeza, tetapi satu unsur yang tidak dapat ditinggalkan daripada semua definisi

tersebut adalah tujuan teknologi dalam Pendidikan untuk memperbaiki pencapaian dan

melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sesebuah bilik darjah. Penggunaan

teknologi dalam pendidikan digelar sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh

itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu alat, prinsip dan

pendekatan saintifik dalarn merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau

memperolehi matlarnat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata

pelajaran. Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu

seperti bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain

dalam membantu pendidik mencapai matlamatnya.

Page 4: Penulisan ilmiah kumpulan 5

4

2.0 LANGKAH KEARAH MENGAPLIKASIKAN TMK DALAM PENDIDIKAN

2.1 Sekolah Bestari

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memulakan langkah dalam mengaplikasikan TMK

dalam pendidikan. Ini terbukti apabila sesi pengajaran yang dahulunya menggunakan kaedah

pengajaran tradisional mula menunjukkan kemajuan dan seterusnya menggunakan teknologi

dalam pengajaran. Kementerian pada awalnya telah menubuhkan Sekolah Bestari dengan dana

yang basar. Sekolah Bestari ini dibina dengan lengkap kemudahan teknologi serta mempunyai

infrastruktur yang jauh lebih maju jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. Sekolah ini

dilengkapi dihubungkan melalui jaringan kawasan setempat (LAN), jaringan kuasa luas (WAN),

mempunyai kepelbagaian bahan, pengintegrasian pelajaran dan mengamalakan pembelejaran

yang luas dan kaya dengan sumber.

2.2 Pembestarian Sekolah

Namun Begitu apabila mendapati pembinaan Sekolah Besatari memerlukan kos yang tinggi,

dimana penubuhan sebuah sekolah bestari menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.8 juta,

KPM telah menukar kepada Pmebestarian Sekolah dimana penambahbaikkan infrastruktur dan

kelengkapan hanya memerlukan kos sebanyak RM 642,000. Pembestarian sekolah ialah setiap

sekolah di kemas kini dan dipertingkatkan keperluan untuk penggunaan teknologi. Guru- guru

dilatih dalam kemahiran TMK dan murid diharapkan dapat mengamalkan pembelajaran akses

kendiri, minat kendiri, dan menilai kendiri.

2.3 Program Komputer Dalam Pendidikan

Seterusnya, Kementerian telah mewujudkan Program Berkomputer dalam Pendidikan, dimana

objektifnya adalah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar & kualiti hasil kerja pelajar

melalui aplikasi teknologi maklumat. Selain itu, menyediakan peluang untuk pelajar mendalami

ilmu & kemahiran teknologi maklumat. Seterusnya, dapat mengurangkan masa yang diperlukan

untuk menjalankan aktiviti kurikulum dan dapat menyediakan sumber tenaga manusia yang

berkepakaran tinggi dalam bidang teknologi maklumat. Diwujudkan akhir 1996 & beroperasi

Page 5: Penulisan ilmiah kumpulan 5

5

awal 1997. Program ini pada awalnya membekalkan 20 buah komputer menggunakan sistem

networking dalaman & sebuah server melalui peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) kemudian mula dimasukkan kedalam kurikulum Tingkatan 1. KDP kemudiannya

dijadikan sebagai kelab dalam aktiviti ko-kurikulum pada semua tingkatan.

2.4 1BestariNet

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan

dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia

akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang

mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan

bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia

serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan

menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.

Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses

Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

.

2.5 EduWebTV

EduwebTV ialah saluran TV Pendidikan yang disiarkan melalui Internet yang diuruskan oleh

Bahagian Teknologi Pendidikan. EduwebTV bebas untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang

mempunyai talian internet. Pengguna boleh berdaftar sebagai guru atau ahli biasa. Mereka yang

berdaftar sebagai ahli (guru & ahli biasa) sahaja yang boleh mengakses playlist dan membuat

senarai pendek (shortlist) bahan yang diperlukan. Yuran tidak dikenakan kepada pengguna.

Selain itu, ia mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan.

2.6 Sistem Guru Online (SGO)

SGO ialah satu sistem online yang disediakan untuk guru dimana guru boeleh mencari pelbagai

keperluan yang boleh digunakan dalam pembelajaran. Sistem ini memiliki pelbagai dasar yang

boleh diteliti dan maklumat terkini dalam pendidikan

Page 6: Penulisan ilmiah kumpulan 5

6

3.0 ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN

TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

3.1 Isu Pertama : Bahan Pengajaran Menggunakan Teknologi Instruksional Dapat

Meningkatkan Pencapaian Pelajar

Terdapat dua bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi instruksional akan

diketengahkan di dalam penulisan ini. Setiap bahan atau koswer pengajaran dan pembelajaran ini

telah dibuktikan melalui kajian dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding kaedah

tradisional.

Bahan pertama dihasilkan oleh Habibah Hj. Lateh dan Arumugam Raman, yang

mengkaji koswer “Web-Based Map Reading In Geography”. Kajian ini telah dilaksanakan pada

Disember 2005. Tujuan utama kajian “Web-Based Map Reading In Geography” adalah untuk

mengkaji sama ada penggunaan peta interaktif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi

membaca peta, mentafsir peta dan memahami konsep geografi berbanding menggunakan peta

statik. Terdapat dua kumpulan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 telah dibentuk dalam

kajian ini, iaitu kumpulan eksperimen yang akan menggunakan kaedah peta interaktif dalam

mempelajari kemahiran peta manakala kumpulan kawalan pula akan menggunakan kaedah peta

statik. Peta Interaktif ini berupaya memfokuskan kawasan yang dikehendaki, mampu mengubah

hamparan peta secara topografi, tumbuh-tumbuhan, sempadan dan dapat mencetak peta.

Manakala peta statik hanya mampu memaparkan satu imej sahaja (Habibah dan Arumugam,

2005, pp. 404-407).

Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan kumpulan eksperimen yang menggunakan

peta interaktif menguasai dari segi latihan berbentuk animasi berbanding kumpulan kawalan

yang menggunakan peta statik dari segi kemahiran membaca peta dengan min 2.55 berbanding

kumpulan kawalan yang mendapat min 1.95 dan dari segi mentafsir peta, kumpulan eksperimen

mendapat min 7.77 berbanding kumpulan kawalan hanya mendapat min 6.35 (Habibah dan

Arumugam, 2005, p. 408).5

Bahan kedua dihasilkan oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong,

Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia

pada tahun 2006. Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 yang mengambil

Matematik S. Pengkaji cuba membuat perbandingan antara dua kaedah pengajaran dan

Page 7: Penulisan ilmiah kumpulan 5

7

pembelajaran. Kaedah pertama mempelajari Matematik S melalui “Goal Programming”

menggunakan multimedia interaktif (IMM). Kaedah kedua pula mempelajari matematik s

melalui “Goal Programming” melalui kaedah tradisional (Baharuddin Aris, Maizah Hura

Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp.

85-88).

Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan eksperimen

dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk belajar Matematik S

menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28 berbanding menggunakan buku teks

dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap belajar Matematik S menggunakan multimedia

interaktif lebih berkesan dengan min 3.73 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.33

sahaja (Baharuddin et al., 2006, pp. 89-94).

3.2 Isu Kedua : Tahap Pengetahuan Guru Dapat Meningkatkan Penggunaan

Teknologi Instruksional

Tahap pengetahuan guru sememangnya boleh mempengaruhi penggunaan teknologi instruksional.

Buktinya satu kajian kes telah dijalankan oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan

Hasrina Mustafa daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2006. Tujuan utama kajian ini bagi

mengkaji penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah

menengah yang melibatkan seramai 184 guru-guru di Pulau Pinang (Abdul Wahab, Kamaliah dan

Hasrina, 2006, pp. 203-204).

Dapatan daripada kajian ini mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara

pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.534

dan p = 0.001 (Abdul wahab et al., 2006, p. 218). Melalui keputusan ini dapatlah disimpulkan

bahawa semakin meningkat ilmu pengetahuan komputer guru, akan meningkatkan juga penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru.

Cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah bakal guru di universiti atau maktab mengambil

kursus berkaitan dengan komputer sebagai teras. Sebagai contoh animasi, multimedia,

pengaturcaraan permainan komputer dan sistem maklumat geografi (GIS). Selain itu, mengutamakan

kursus latihan perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan dengan teknologi instruksional.

Page 8: Penulisan ilmiah kumpulan 5

8

3.3 Isu Ketiga : Adakah guru bersikap positif dalam penggunaan teknologi instruksional?

Persoalan yang wujud bagi isu ini ialah sejauh manakah sikap positif guru dapat meningkatkan

penggunaan teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sebelum melihat

kepada jawapan, haruslah diteliti dahulu apakah masalah guru pada masa kini. Guru-guru di

Malaysia kurang kefahaman teknologi . Hal ini kerana, rata-rata guru di sekolah terdiri daripada

golong umur 40 tahun dan ke atas. Sebelum mereka menjadi guru, mereka kurang didedahkan

dengan penggunaan tekologi dan menjadi masalah apabila teknologi perlu digunakan

sebanyaknya di sekolah. Kedua, guru kurang mengaplikasi teknologi dalam pengajaran. Hal ini

kerana, guru mengatakan bahawa kekurangan masa dan kaedah pembelajaran tradisional lebih

mudah. Ketiga, walaupun terdapat juga guru yang menggunakan teknologi, tetapi kosware yang

digunakan hanyalah Power Point. Kerap kali digunakan dan tiada peningkatan dalam teknologi

lain.

Singapura, sebuah negara jiran terhampir dengan Malaysia, memiliki tahap Pencapaian

PISA kedua tertinggi di dunia. Walaupun Malaysia merupakan negara jiran terhampir dengan

Singapura, namun kita masih tidak boleh mengalahkan Singapura dalam system pendidikan

mereka yang teratur dan juga terkini. Guru-guru di Singaura sangat bersemangat dalam

menggunakan teknologi bagi sesi pengajaran mereka. Selain itu, mereka mempunyai kefahaman

teknologi yang tinggi. Blenden Learning atau pembelajaran Alam Maya diaplikasikan di dalam

kelas supaya proses pengajaran masih boleh siteruskan jika guru tidak dapat hadir ke dalam

kelas.

Cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah guru boleh bersama-sama berbincang dalam

penggunaan teknologi semasa pdp dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan masa dan

seterusnya mempertingkatkan kaedah pengajaran guru. Kedua, sekolah perlu memberi galakan

kepada guru untuk menggunakan teknologi semasa mengajar.

Page 9: Penulisan ilmiah kumpulan 5

9

3.4 Isu Keempat : Kelengkapan Kemudahan Komputer Di Sekolah Dapat

Meningkatkan Penggunaan Teknologi Instruksional

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan

Hasrina Mustafa ke atas 184 guru di Pulau Pinang juga mendapati faktor utama yang mendorong

guru tidak menggunakan komputer ialah disebabkan oleh faktor kemudahan yang tidak

mencukupi dengan mendapat peratus tertinggi sebanyak 28.6% berbanding faktor-faktor lain

(Abdul wahab et al., 2006, p. 215).

Hasil daripada maklumat ini maka dapatlah dirumuskan bahawa kemudahan teknologi

seperti makmal komputer, bilangan komputer, internet dan LCD yang ada di sekolah sangat

mempengaruhi aras penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru.

Oleh itu, cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah, guru perlu mempunyai peranan dan

rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan ini tanpa menunggu bantuan daripada

pihak lain. Manakala pihak sekolah pula boleh mendapatkan bantuan daripada pihak PIBG atau

pun membuat hari tertentu.

3.5 Isu Kelima : Sokongan Pentadbir Sekolah

Perbincangan seterusnya ialah untuk melihat pengaruh sokongan pentadbir sekolah dalam

meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail

Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa ke atas 184 guru di Pulau Pinang juga mendapati

terdapat perhubungan yang signifikan antara sokongan organisasi dan penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran, di mana nilai r = 0.463 dan p = 0.001. Melalui keputusan ini dapat

disimpulkan bahawa melalui sokongan positif daripada pihak pentadbir dapat meningkatkan

penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru-guru lain (Abdul wahab et al., 2006, p. 215).

Cadangan bagi penambahbaikkan isu ini ialah, pihak sekolah perlu mempunyai inisiatif

untuk mendapatkan bantuan bagi melengkapkan peralatan TMK. Contohnya, daripada pihak

PIBG atau membuat hari terbuka, hari kantin sekolah, jogathon. Kedua, mempunyai peranan dan

rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan misalnya membeli sendiri komputer riba

dan menggunakannya semasa PdP.

Page 10: Penulisan ilmiah kumpulan 5

10

3.6 Isu Keenam : Adakah Teknologi Instruksional digunakan sepenuhnya pada

masa depan

Bagi menjawab persoalan ini, satu lagi persoalan timbul iaitu bagaimana teknologi akan dapat

diaplikasikan sepenuhnya di sekolah jika masih terdapat masalah teknikal dan juga kekurangan

peralatan. Ini adalah isu besar yang membezakan kita dengan negara lain. Hal ini kerana,

kerajaan sepatutnya membuatkan semua sekolah sama sekolah bandar mahupun luar bandar dari

segi infrastruktur dan kelengkapan yang sepatutnya dimiliki oleh semua sekolah.Kemudian

barulah dilengkapi dengan peralatan teknologi supaya pendidikan dapat diaplikasikan dengan

penggunaan teknologi. Isu ini membantutkan misi kita dalam memliliki kelas Alaf 21. Jika kita

terus melengkapi sebuah sekolah yang sememangnya sudah lengkap, apakah nasib anak-anak

kita yang berada di luar bandar? Anak-anak yang masih lagi perlu ke sekolah dengan menaiki

bot dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa sistem pendidkan di Malaysia tidak sama taraf.

Page 11: Penulisan ilmiah kumpulan 5

11

4.0 KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK

4.2 Kesan Positif

4.2.1 Guru

keberkesanan hasil pembelajaran

mendapat perhatian murid

penyampaian pengajaran lebih mudah

penyampaian maklumat lebih pantas

dapat mempelbagaikan proses pdp

menambahkan pengetahuan mengenai tknologi

pengajaran lebih menarik

4.2.2 Murid

Pelajar akan didedahkan dengan teknologi

Pembelajaran lebih mudah

Tugas dapat dilaksanakan dengan cepat

memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang berbeza latar

belakang

Meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku ke

sekolah.

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan

4.3 Kesan Negatif

4.3.1 Guru

guru kurang memberikan latihan kepada pelajar

guru kurang memberikan latihan kepada pelajar

Guru kurang beri perhatian kepada pelajar yang lemah

4.3.2 Murid

para pelajar tidak kreatif

Masalah Plagiarisme

Bahaya jika mendapat maklumat yang salah

memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar.

Page 12: Penulisan ilmiah kumpulan 5

12

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH

Setiap pihak memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Kerajaan, sekolah dan

guru. Bagi pihak kerajaan, harus memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer dengan

memberikan kursus percuma kepada guru-guru. Memastikan setiap sekolah mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer. Selain itu, Pihak sekolah pula perlu mengadakan

program perkembangan staf. Seterusnya, berusaha menyediakan prasarana lengkap dan

penggunan optimum. Setiap guru perlu yakin ada kebaikan dan kepentingan penggunaan

teknologi maklumat. Guru haruslah berfikiran positif dalam mendidik murid-murid zaman

teknologi ini. Selain itu, untuk mengajar menggunakan teknologi, seorang guru itu haruslah

mempelajari serta diberi kemahiran yang mencukupi

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai pendidikan

berasaskan teknologi, semua pihak perlu memainkan peranan penting. Menggunakan teknologi

ataupun tidak sepatutnya tidak dijadikan isu utama untuk menjadi negara terbaik PISA dan

TIMMS. Ini dapat kita lihat di negara China, dimana mereka memiliki populasi paling ramai dan

masih dapat mengekalkan kedudukan pertama dunia dalam pendidikan. China bukanlah sebuah

negara yang mempunyai semua kawasan maju seperti Malaysia, walaupun dengan hanya

menggunakan kaedah pembelajaran Tradisional, mereka masih dapat mengekalkan kedudukan

mereka bertahun-tahun. Rakyat Malaysia seharusnya memiliki rasa ingin berubah dalam diri jika

kita mahu bersaing dengan mereka.