6
E-Proceeding of the 3 rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 771 PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK Syuhaida Idha Abd Rahim Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA [email protected] Mohd Asmadi Yakob (Dr) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA [email protected] Abd Shukor Mohd Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA [email protected] ABSTRAK Talaqqi merupakan pedagogi pendidikan yang unggul sejak zaman Rasulullah SAW. Ia diaplikasikan oleh para sahabat r.a, tabiin, tabi’ tabiin dan juga ulama-ulama kini. Kaedah ini digunakan bukan sekadar menyampaikan ilmu semata-mata kepada pelajar tetapi ianya merupakan kaedah mendidik insan mengenal Penciptanya. Ia adalah cara sunnah Rasulullah SAW yang diajarkan kepada kita sejak dulu lagi. Kaedah secara bertalaqqi ini bukan sahaja difahami secara teknikal sahaja bahkan pendidik dan pelajar perlu memahami erti disebalik maksud talaqqi ini. Kertas kerja ini membincangkan sistem pengajian islam secara bertalaqqi di pondok negeri Kedah dan mengenalpasti ciri-ciri asas yang digunakan di pondok sehingga melahirkan ramai ilmuan agama yang terkenal sehingga kini. Hasil kajian ini membolehkan penuntut ilmu memahami sistem pendidikan secara bertalaqqi yang digunakan di pondok dan mengetahui pondok-pondok yang terdapat di negeri Kedah. Kata Kunci: Pedagogi, Talaqqi, Pendidikan Islam, Pembelajaran, Pondok ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran murid. Perkataan pedagogi berasal daripada perkataan Greek, pedagogue yang bermaksud guru yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan (Noornajihan, 2012). Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2013), pedagogi bermaksud kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar merangkumi proses pengajaran yang optimum (Mak Moon Song, 2009). Manakala perkataan talaqqi pula berasal daripada bahasa arab daripada kalimah ‘laqia’ (لقي) yang membawa maksud berjumpa. Yang dimaksudkan berjumpa dalam perkataan ini ialah antara guru dan murid. Kaedahnya adalah dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara langsung atau mendengar guru menyampaikan ilmu-ilmu di mana-mana sahaja dengan syarat secara bersemuka tanpa perantaraan alat lain. Guru dan murid bersila bersama-sama atau duduk di

PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

  • Upload
    habao

  • View
    252

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

E-Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1),

9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 771

PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

Syuhaida Idha Abd Rahim Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Universiti Teknologi MARA [email protected]

Mohd Asmadi Yakob (Dr)

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA

[email protected]

Abd Shukor Mohd Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Universiti Teknologi MARA [email protected]

ABSTRAK

Talaqqi merupakan pedagogi pendidikan yang unggul sejak zaman Rasulullah SAW. Ia diaplikasikan

oleh para sahabat r.a, tabiin, tabi’ tabiin dan juga ulama-ulama kini. Kaedah ini digunakan bukan

sekadar menyampaikan ilmu semata-mata kepada pelajar tetapi ianya merupakan kaedah mendidik

insan mengenal Penciptanya. Ia adalah cara sunnah Rasulullah SAW yang diajarkan kepada kita

sejak dulu lagi. Kaedah secara bertalaqqi ini bukan sahaja difahami secara teknikal sahaja bahkan

pendidik dan pelajar perlu memahami erti disebalik maksud talaqqi ini. Kertas kerja ini

membincangkan sistem pengajian islam secara bertalaqqi di pondok negeri Kedah dan

mengenalpasti ciri-ciri asas yang digunakan di pondok sehingga melahirkan ramai ilmuan agama

yang terkenal sehingga kini. Hasil kajian ini membolehkan penuntut ilmu memahami sistem

pendidikan secara bertalaqqi yang digunakan di pondok dan mengetahui pondok-pondok yang

terdapat di negeri Kedah.

Kata Kunci: Pedagogi, Talaqqi, Pendidikan Islam, Pembelajaran, Pondok

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran murid. Perkataan pedagogi berasal daripada perkataan Greek, pedagogue yang bermaksud guru yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan (Noornajihan, 2012). Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2013), pedagogi bermaksud kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar merangkumi proses pengajaran yang optimum (Mak Moon Song, 2009). Manakala perkataan talaqqi pula berasal daripada bahasa arab daripada kalimah ‘laqia’ (لقي) yang membawa maksud berjumpa. Yang dimaksudkan berjumpa dalam perkataan ini ialah antara guru dan murid. Kaedahnya adalah dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara langsung atau mendengar guru menyampaikan ilmu-ilmu di mana-mana sahaja dengan syarat secara bersemuka tanpa perantaraan alat lain. Guru dan murid bersila bersama-sama atau duduk di

Page 2: PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

E-Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1),

9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 772

atas kerusi atau guru duduk di atas kerusi manakala murid bersila mengadap guru samada membawa kitab ataupun tidak. Dalam mempelajari al-Quran dan pengajaran tajweed, kaedah talaqqi ini digunakan dengan cara mendengar bacaan guru terlebih dahulu sebelum memperdengarkan semula bacaannya kepada guru (Norasikin et.al., 2005).

Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Falsafah Pendidikan Islam, 2011). Nabi Muhammad S.A.W. sebagai guru dan pendakwah kepada umatnya boleh menjadi contoh terbaik kepada seluruh guru, pendidik dan pendakwah masa kini dan masa akan datang. Sebagaimana baginda S.A.W. dijadikan contoh oleh seluruh umat Islam dalam aspek kehidupan beragama, begitu juga dalam konteks baginda sebagai guru kepada sahabat dan ahli keluarganya (Fathiyyah dan Asmawati, (2011). Seseungguhnya mempelajari isi kandungan Al-Quran akan menambahkan perbendaharaan baru, memperluas pandangan dan pengetahuan, meningkatkan perspektif baru dan perkara-perkara baru (Musliza dan Mokmin, 2014).

Dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW memberi teladan agar para sahabat dan seluruh umat Islam menitikberatkan ilmu dengan memberi fokus kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Baginda SAW menugaskan beberapa orang sahabat menjadi pengajar di beberapa buah daerah. Antaranya, Muaz bin Jabal ditugaskan mengajar di Yaman dan Ja`far bin Abi Talib mengajar di Habsyah.

Hadis-hadis Rasulullah SAW juga banyak menyentuh tentang kelebihan belajar atau menuntut ilmu seperti hadis yang bermaksud:

“Sesiapa yang keluar untuk mencari ilmu maka dia berada di jalan Allah sehingga dia kembali”.

Hadis yang lain pula menyebut yang bermaksud: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim”. Ab. Halim Tamuri merujuk guru yang menyampaikan ilmu sebagai guru yang berperanan sebagai muallim.

Muallim ialah satu istilah yang merujuk kepada konsep ta`lim yang disebut dalam surah al-Baqarah ayat 31, bermaksud:

“Dan Dia telah mengajarkan kepada Nabi Adam segala nama benda dan gunanya kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: Sebutkanlah kepada-Ku nama bendabenda itu jika kamu memang orang-orang yang benar”.

Konsep ta`lim dalam ayat di atas secara jelas menjurus kepada aspek mengajar dan pengajarnya pula merujuk kepada Allah S.W.T. Ini bermakna muallim merujuk kepada guru yang berperanan sebagai penyampai ilmu yang sahih kepada pelajar.

2. Sistem Pondok di Negeri Kedah

Menjelang kurun ke 19, pendidikan Islam di Malaysia telah melalui satu kemajuan menerusi peneganalan sistem pendidikan pondok. Rosnani Hashim (1996) dalam buku “Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan” (2005) percaya bahawa sistem pondok ini berasal daripada sistem pendidikan di Mekah walaupun ada yang berpendapat bahawa sistem ini berasal daripada Indonesia atau Pattani. Pandangan ini terbit setelah penelitian dibuat kepada sistem yang dijalankan di dalam pondok sebagai institusi penting waktu ini. Sukatan pelajaran yang digunakan dalam sistem pondok ini mempunyai persamaan dengan apa yang dilaksanakan Mekah.

Page 3: PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

E-Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1),

9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 773

Pondok ialah pusat pengajian agama melalui satu sistem pendidikan di kalangan orang-orang Melayu yang pernah wujud setelah mereka menerima agama Islam. Di Kedah, Islam menjadi agama rasmi dalam tahun 531 Hijrah bersamaan tahun 1136 Masihi. Syeikh Abdullah al Yamani mengajarkan dua kalimah syahadat kepada Raja Kedah, Phra Ong Maha Wangsa atau Raja Derbar Raja dan menukarkan nama baginda menjadi Sultan Muzaffar Syah. Agama Islam diperkembangkan oleh guru-guru agama Islam yang dikenali sebagai makhdum, maulana, syeikh atau lebai di segenap pelosok negeri. Orang Kedah masih menggambarkan zaman awal perkembangan agama ini sebagai zaman "dum makdum" maksudnya zaman yang ramai dengan makhdum - iaitu pendakwah dari Iran. Zaman dum 'makdum' maksudnya zaman yang amat lama berlalu (Ismail Salleh, 2015).

Di Kedah, sistem pendidikan pondok juga menjadi pusat pelbagai aktiviti untuk orang-orang Melayu di Kedah. Di Pondok, penuntut ilmu bukan sahaja diajar pelajaran agama semata-mata tetapi juga kemahiran menulis, membaca dan sebagainya dalam Bahasa Melayu. Tidak hairanlah penuntut-penuntut di pondok juga mempunyai skill membaca syair, menterjemah kitab-kitab turath dan juga kepandaian menulis surat. Selepas selesai membaca kitab, kegiatan bercucuk tanam, menanam padi, berniaga dan bertukang juga digalakkan oleh penuntut ilmu.

Pondok-pondok di Kedah menerima pelajar dari pelbagai negeri seperti Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Malah Tuan Guru juga menerima pelajar dari luar negera seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Pondok dibuka kepada semua pelajar lelaki dan wanita, tua dan muda dan tiada had umur ditetapkan. Menurut Tuan Guru Ridoudin, Mudir Maahad Raudhatul Ulum, Kulim Bandar Baru, Kedah Darulaman, sistem secara talaqqi yang diamalkan di pondok mengambil masa yang agak lama kerana guru akan membaca kitab daripada kulit depan sehinggalah ke kulit belakang. Ini bermaksud guru mestilah mahir dalam semua bidang yang diajar kepada murid seperti bab taharah sehingga bab jenayah dalam kitab feqah dan guru mestilah membaca kitab dari baris ke baris sehingga pelajar memahaminya. Selaian daripada itu, semua matapelajaran diajar di pondok termasuk ilmu usuluddin, fekah, tasawuf, nahu dan saraf, al-Quran dan tafsir, hadis dan sirah, dan matiq. Dan pelajar boleh memilih untuk mendalami mana-mana disiplin ilmu tersebut. Ia mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing.

3. Pondok-pondok di Kedah

Di antara pondok-pondok lama yang terdapat di negeri Kedah adalah:

1. Madrasah Ar-Rahmaniah, Bedong (Haji Ismail bin Che Abu).

2. Madrasah Pokok Sena, Pokok Sena (Tuan Hussain Kedah).

3. Pondok Pak Chu Him, Gajah Mati, Pendang (Pak Chu Him).

4. Madrasah Sa’adtud-Darain (Haji Ahmad Tampong).

5. Pondok Tuan Guru Haji Wan Ishak, Kampung Malau, Kubang Pasu (dikatakan pusat pengajian Islam bersistem pondok paling tua di Kedah).

Di antara pondok yang masih ada di Kedah dan telah diubahsuai mengikut keselesaan pelajar dengan

kemudahan infrastruktur yang baik.

1. Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ), Pendang. (Tuan Guru Haji

Abdullah bin Haji Abdul Rahman (Tuan Guru Haji Abd Rahim).

Page 4: PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

E-Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1),

9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 774

2. Pondok Ahmadiah, Padang Terap. (Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Mohd Nor (Tuan Guru Pak

Teh Mat).

3. Tahzib al-Nufus, Parit Panjang, Baling. (Tuan Guru Haji Abd Wahab bin Haji Mat Hassan

(Tuan Guru Awang Lanai).

4. Maahad Raudhatul Ulum, Kulim Bandar Baru. (Tuan Guru Ahmad Ridoudin Abd Wahab).

Pondok-pondok tersebut telah disediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, pondok

yang seragam, tempat aktiviti riadah dan pelbagai lagi.

4. Kriteria Asas Pendidikan di Pondok

Terdapat beberapa kriteria-kriteria asas dalam sistem pendidikan di pondok sehingga dapat melahirkan ramai ilmuan agama yang terkenal. Di antara kriterianya ialah mengamalkan sistem pondok sepenuhnya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pondok kini yang telah dilengkapi dengan sistem yang unik seperti silibus yang teratur, carta organisasi, ahli jawatankuasa pondok dan sebagainya. Pengajian dan pembacaan kitab seperti kitab-kitab turath bermula daripada kulit ke kulit. Ini bermaksud Tuan Guru akan memulakan pembacaan sesuatu kitab daripad kulit depan yang dimulai dengan tajuk dan seterusnya diikuti dengan muka surat berikutnya. Tiada langkauan atau skip dibuat oleh Tuan Guru apabila membaca kitab-kitab ini. Tuan Guru akan membaca baris dan baris sehingga pelajar memahaminya dan akan diulang sekiranya pelajar tidak faham.

Pengijazahan sanad juga dilakukan selepas tamat sebuah kitab dibaca dan pelajar telah menguasai

ilmu yang dipelajari. Sesetengah pusat pengajian pondok sangat menitik beratkan pengijazahan

sanad oleh Tuan Guru kepada pelajar yang sudah tamat pengajian sesebuah kitab.

Ini berdasarkan kata-kata Abdullah bin Al Mubarak dalam sebuah kitab ‘al-Mawahib al-Ilahiyyah fil

Asanid al-‘aliah’ yang bermaksud:

“Sanad setengah itu daripada agama. Kalau tidak ada sanad maka akan berkata orang yang hendak

berkata itu apa-apa yang dia hendak kata”. (Hadis Muslim).

Ini bermaksud jika seorang itu hendak bercakap, beliau mestilah merujuk kepada seorang Ulama

atau Tuan Guru terlebih dahulu. Jika tidak ada sanad daripada gurunya maka dia akan bercakap

mengikut hawa nafsunya sahaja tanpa merujuk kepada nas al-Quran dan al-Hadis.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu

kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu

kerjakan” (as-Saff: 2-3).

Maksud ayat Al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa seseorang pengajar atau guru itu perlulah

melakukan setiap kata-kata yang dilontarkan daripada mulutnya. Ini kerana Allah SWT membenci

apabila manusia itu berkata tetapi dia tidak melakukannya. Oleh yang demikian, tugas sebagai

pendidik amatlah berat dan meruapakan amanah daripada Allah SWt yang paling besar.

Disamping itu, pendidikan di pondok sangat menitikberatkan akhlak, sikap mujahadah dan berdikari.

Ini kerana kebanyakan pondok yang terdapat di kedah, Tuan Guru tinggal berdekatan dengan

Page 5: PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

E-Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1),

9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 775

pondok. Oleh itu hubungan yang sangat erat terjalin di antara Tuan Guru dan pelajar. Setengah

daripada mereka memanggil dengan gelaran seperti Baba untuk Tuan Guru dan Mama untuk isteri

kepada Tuan Guru. Segala aktiviti harian dapat dipantau oleh Tuan Guru.

Guru-guru yang mengajar di pondok tidak menerima gaji dan elaun tetap bahkan merekalah yang

menginfakkan sebahagian wang mereka untuk pendidikan di Pondok. Mereka mengajar dengan

ikhlas dan penuh ketekunan.

5. Kesimpulan dan Cadangan

Hasil kajian ini membolehkan pelajar mengetahui sistem pendidikan Islam secara bertalaqqi di

pondok negeri Kedah dan mengenalpasti ciri-ciri asas yang digunakan di pondok sehingga

melahirkan ramai ilmuan agama yang terkenal sehingga kini. Hasil kajian ini membolehkan penuntut

ilmu memahami sistem pendidikan secara bertalaqqi yang digunakan di pondok dan mengetahui

pondok-pondok yang terdapat di negeri Kedah.

Hasil kajian ini juga berpotensi sebagai rujukan bermanfaat mengenai kriteria-kriteria asas kepada

penuntut ilmu, tenaga pengajar dan juga kepada institusi pendidikan tentang kepentingan menuntut

ilmu dengan menggunakan sistem talaqqi ini. Ia juga boleh dijadikan role model kepada pondok-

pondok pengajian di negeri yang lain mengenai sistem terbaik dalam pengajian Islam melalui kaedah

talaqqi ini.

Penghargaan

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemelihara dan Pentadbir sekalian alam, yang Maha Pengasih dan

Maha Penyayang. Kajian ini tidak mungkin tercapai tanpa sumbangan dan sokongan daripada banyak

pihak. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan dan pentadbiran di

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak

Alam dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Tidak lupa juga kepada semua responden yang terdiri daripada Tuan Guru Ahmad Ridoudin Abd

Wahab, Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman (Tuan Guru Haji Abd Rahim), Tuan Guru Haji

Ahmad bin Haji Mohd Nor (Tuan Guru Pak Teh Mat), Tuan Guru Haji Abd Wahab bin Haji Mat Hassan

(Tuan Guru Awang Lanai), dan Ustazah Sofiah binti Bakar (Mak Long Piah). Penghargaan seterusnya

kepada Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyokong

dan memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini dengan menggunakan Dana Pembudayaan

Penyelidikan (RAGS) 2012. No rujukan penaja: RAGS/2012/UITM/SSI03/3) dan Kod Projek 600-

RMI/RAGS 5/3 (177/2012).

Page 6: PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK

E-Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1),

9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 776

Rujukan

Al-Quran

Al-Hadis

Ab. Halim T., (2007). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam Membangunkan Masyarakat Islam Hadhari dalam Fathiyyah Mohd Fakhruddin dan Asamawati Suhid, Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Membentuk Generasi Unggul, World Congress for Islamic History and Civilization. H 67-68.

Al-Fatani, Ahmad Fathy. (2002). Ulama Besar dari Patani. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azmil H., Ab. Halim T., (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pemebelajaran Tahfiz al-Quran di

Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2). P 1-10.

Husin, S. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS.

Ismail S., dipetik pada 10 Disember 2014, daripada

http://www.mykedah2.com/10heritage/110_3.html.

Kamus Dewan. (2013) edisi keempat. Kuala Lumpur: DBP.

Nor Musliza, M., Basri, M. (2014). Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tradisional dan Moden:

Satu Kajian Awal. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014. 9-10 Jun 2014. P.

827-834.

Noornajihan J. & Ab. Halim T. (2012). Pedagogi Rasulullah SAW dalam Pengajaran. Prosiding

Persidangan Pendidikan Islam 2012 anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam Zon Tengah

bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban. Pada 3-6 Julai 2012.

Napisah K.I & Farid M.Z. (2011). Sumbangan Tuan Husain Kedah terhadap Perkembangan Islam di

Kedah. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN)) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara

anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia. Pada 25-26 November 2011.

Nor Adha A.H. (2013). Muaddib sebagai Pelentur. Buletin al-Hijrah. vol: 6/13, 15 Jun 2013. h.1.

Mak Moon Song. (2009). Penagajaran dan Pembelajaran. Perak: Multimedia Sdn Bhd. Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (Editor: Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz).

(2012). Martabat Ilmu dan Ulama. Selangor: PSN Publications Sdn. Bhd. Yusof, Ab. Aziz (2013). Pengurusan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.