Pbs - Nilai Warna

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Pbs - Nilai Warna

    1/2

    INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Unsur Seni : War

    Instrumen B1D1

    Objektif Kognitif : i. Membezakan antara warna-warna neutral.

    Objektif Afektif : i. Menyatakan kepentingan warna neutral pada hasil karya seni, objek alam dan objek buatan manus

    ii. Mengenalpasti kepentingan warna neutral dari aspek kaitan dengan alam, suasana,

    perasaan dan tema bersesuaian menggunakan warna neutral.

    1. Nilai Warna :- Merupakan perubahan warna hasil campuran warna-warna gelap dan cerah.

    - Perubahan ini memberikan kesan emosi dan suasana berbeza pada karya bergantung

    kepada campuran warna tertentu.

    - Nilai warna : ton warna, warna neutral, warna kroma.

    - Warna Neutral :

    Warna neutral tidak tergolong dalam roda warna.

    Berguna untuk menurunkan dan mengubah kuasa

    warna lain.

    Warna bebas yang tidak dapat dipengaruhi oleh

    warna lain atau dihasilkan dengan campuran warna

    lain.

    Warna neutral : hitam, putih dan kelabu.

    Warna neutral selalu digunakan bagi menghasilkan

    warna kroma.

    Warna yang dicampurkan dengan warna putih secara berlebihan akan menghasilkan

    warna pastel (lembut & pucat). Warna ini sesuai digunakan untuk menggambarkan

    keadaan lembut dan manis, perasaan suka dan seronok, suasana sunyi dan tenang.

    Warna neutral juga dikaitkan dengan warna tanah atau bumi, iaitu warna perang

    (coklat). Warna coklat turut dikenali sebagai warna sepia. Warna ini sesuai bagi

    menggambarkan suasana berkaitan kenangan atau peristiwa lampau.

    Nota ringkas

    Warna putih ke hitam

    Warna pastel

    Warna sepia

    Warna sepia

    Warna pastel

  • 7/31/2019 Pbs - Nilai Warna

    2/2

    INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Unsur Seni : War

    Instrumen B1D1

    Objektif Kognitif : i. Membezakan antara warna-warna ton/kroma.

    Objektif Afektif : i. Menyatakan kepentingan ton warna dan warna kroma pada hasil karya seni, objek alam dan objek

    buatan manusia.

    ii. Mengenalpasti kepentingan warna ton dan kroma dari aspek kaitan dengan alam, suasana,

    perasaan dan tema bersesuaian menggunakan ton warna dan warna kroma.

    - Ton Warna :

    Kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna.

    Hasil campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar yang tertentu

    Warna lebih terang bila dicampur warna putih dan

    menjadi gelap apabila dicampur warna hitam.

    Digunakan bagi mencipta bayang objek sehingga terhasil

    ruang dan bentuk.

    Boleh juga mencipta ruang bagi sesuatu permukaan ataupemandangan dan menimbulkan suasana berbeza mengikut ton.

    Ton warna gelap mencipta suasana kelam dan suram manakala

    ton warna terang mencipta suasana ceria dan gembira.

    Warna yang terhasil daripada gabungan ton warna ini

    juga dikenali sebagai warna monokrom (sewarna).

    - Warna Kroma :

    Merujuk kepada nilai ukuran kuasa warna.

    Dihasilkan dengan mencampurkan warna tersebut

    dengan penggenapnya(bertentangan dalam roda warna) pada nisbah tertentu. .

    Kuasa warna kroma dibahagikan kepada 3 peringkat : cerah, sederhana, pudar.

    Digunakan dalam catan untuk menggambarkan kesan yang pudar, dan menimbulkan

    suasana perasaan rindu, sunyi, sedih, dan nostalgia.

    Nota ringkas

    + =

    Warna bertindak Warna kroma pelbagai nilai

    Ton warna bertambah cerah

    Ton warna bertambah gelap

    +

    +hitam

    putih

    Ton warna

    Warna monokrom

    Warna kroma