PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    1/10

    b) Pencemaran dan Kepupusan Sumber Marin

    1. Lautan dan zon persisiran pantai merupakan ekosistem seimbang dan sensitif yangsentiasa terancam oleh aktiviti manusia khususnya akibat pencemaran. Aktiviti ini

    menyebabkan jumlah hasil tangkapan laut menurun dan di sesetengah tempat telahmengalami kepupusan. Perairan pantai sekitar 220 km dari daratan mempunyai lebihdaripada separuh jumlah keseluruhan produktiviti biologi lautan dan membekalkan hampirkeseluruhan jumlah penangkapan ikan dunia. Kehidupan laut di sepanjang zon persisiranpantai boleh dibahagikan kepada empat ekosistem iaitu: payau(salt marsh),bakau(mangrove), muara(estuarine) dan terumbu karang (coral reef). Produktiviti biologimuara dan terumbu karang adalah 15 kali ganda lebih tinggi daripada lautan lepas,sementara di ekosistem payau dan bakau adalah sekitar 20 kali ganda lebih tinggi.

    2. Kepupusan spesies marin akibat pencemaran, penangkapan ikan yang keterlaluandan perubahan cuaca melampau secara berterusan bakal memberi kesan kepada dunia.

    Dijangka kesemua bekalan ikan komersial dan spesies makanan laut akan habis menjelangtahun 2048. Analisis geografi, eksperimen dan data perikanan berhubung spesies ikan dilaut dan ekosistem, para penyelidik mendapati, ketika bekalan makanan utama semakinmenekan, kepupusan kehidupan marin boleh mengganggu biodiversiti secara global.Laporan tersebut didedahkan oleh penulis Live Science, Sara Goudarzi, yang dipetikdaripada jurnal Science isu November 2008.

    Punca Pencemaran dan Kepupusan Sumber Marin

    1. Pada umumnya pencemaran dan kepupusan sumber marin boleh dinyatakan sepertiberikut:

    Efluen toksid dari industri yang menyalirkannya ke laut. Penbuangan domestik dari isi rumah. Kegiatan pertanian yang membuang sisa racun makhluk perosak dan baja kimia. . Penebangan hutan bakau bagi kegunaan bahan bakar dan struktur bangunan serta

    pengubahan ekosistem kepada kawasan industri marinkultur . Pembangunan sektor pelancongan yang membuang sisa kumbahan ke laut. Tumpahan minyak dari industri perkapalan Penggunaan teknik penangkapan ikan yang memusnahkan spesis tangkapan

    berlebihan.

    2. Pembuangan domestik seperti sampah plastik, sisa industri dan minyak dikenalpastisebagai angkara utama manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat danhidupan marin. Meskipun dalam kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar inimampu membantutkan kebolehan hidupan marin untuk membiak dan membesar.Peningkatan drastik pencemaran laut berasaskan plastik sejak tahun 1940-an kinimerupakan isu yang begitu meruncing. Setiap tahun puluhan ribu hidupan marin terkorbanatau cacat akibat plastik. Malah ada kajian mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupanmati terperangkap atau tercekik.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    2/10

    3. Di mata hidupan marin termasuk burung laut, penyu dan ikan paus, ampaian plastikkelihatan seperti makanan yang akhirnya membunuh hidupan itu akibat tercekik dankeracunan. Selain itu, jaring, tali-tali pancing dan mata-mata kail berangkai yangtersangkut dan sengaja ditinggalkan kaki-kaki pancing juga banyak membunuh hidupanmarin. Sekurang-kurangnya dianggarkan 77 tan metrik sampah berasaskan plastik dibuang

    setiap tahun oleh industri perkapalan dan tentera laut. Manakala industri perikanankomersial pula telah meninggalkan 135 juta kilogram peralatan memancing berasaskanplastik dan membuang 24 juta kilogram lagi sampah plastik ke laut. Ini bermakna laut telahdijadikan tong pembuangan sampah sekiranya diambil kira dengan sampah dari sumber-sumber lain termasuk darat. Sedangkan isunya, bahan plastik amat sukar terbiodegradasidan mungkin kekal di dalam persekitaran laut sehingga 450 tahun. Hakikat bahawa toksiksukar terurai ekoran jangka hayat yang panjang selain melalui jaringan makananmenyebabkan toksik ini terkumpul dan meracuni hidupan marin terutama haiwanbercengkerang. Lihat gambar foto di sebelah yang menunjukkan sisa domestik plastik yangdibuang ke laut yang menyebabkan pencemaran sumber marin.

    Gambar Foto : Sisa Domestik Plastik yangmenjadi punca pencemaran sumber marin

    4. Di Malaysia, pencemaran sisa industri yang mengalir ke laut terutama di negeri-negeri perindustrian Pulau Pinang, Selangor dan Johor menjadi ancaman utama masa kini.Ini kerana pencemaran itu boleh menjejaskan hidupan marin dan seterusnya sumbermakanan dan ekonomi nelayan tradisional. Sebagai contoh, kerang tempatan mengandungikandungan logam berat plumbum dan lain-lain toksik yang tinggi sehingga dijadikan keskajian institut pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara. Malah mungkin ramai yangmasih ingat, tidak lama dahulu terdapat negara luar yang pernah menghalang pengimportan

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    3/10

    kerang dari negara kita. Akibat lain, penternak kerang Sungai Juru, Pulau Pinang, yangmerupakan pengeluar utama kerang negara, pernah dilaporkan kerugian sehingga separuhhasil kerang akibat mati, bantut atau cacat ekoran kualiti air laut di negeri itu yang terlaluburuk.

    5. Kemusnahan sumber marin yang paling besar ialah akibat tumpahan minyak.Tumpahan minyak paling buruk dalam sejarah adalah kapal tangki minyak Exxon Valdezpada 1989 yang pecah dan menumpahkan lebih 35,000 tan minyak mentah di perairanPrince Wiilian Sound di Alaska. Minyak bukan saja telah meliputi lebih 2,300 kilometerpersegi permukaan laut malah dalam masa tiga hari, 50 peratus daripada minyak itumendak di persisiran pantai. Ini menyebabkan kematian ratusan ribu hidupan marintermasuk 13 peratus daripada populasi anjing laut, 28 peratus daripada populasi memeranglaut dan sehingga 645,000 ekor burung laut. Malah, hakikat bahawa minyak berskala besartumpah ke dalam salah satu ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telahmenyebabkan kegemparan di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.

    Apatah lagi, kajian selepas 15 tahun menunjukkan penyembuhan semula kawasan terjejasmasih terlalu perlahan. Ini tidak berbaloi dengan kos besar AS $3 bilion yang telahdibelanjakan untuk membersihkan tumpahan tersebut. Ini menunjukkan tiada cara atauteknologi pembersihan serta pemuliharaan pasca tumpahan minyak berskala besar yangefektif. Tragedi ini adalah bukti nyata bahawa tumpahan minyak berskala besar amatmembinasakan.

    6. Selain itu, Teluk Parsi pula merupakan laut yang paling kerap tercemar. Salah satudaripada puluhan pelantar minyak yang musnah dibedil semasa Perang Iran-Iraq misalnya,telah menumpahkan sebanyak 172 tan metrik minyak mentah setiap hari selama hampirtiga bulan. Malapetaka tumpahan minyak terbesar dalam sejarah dunia pula berlaku hanya

    beberapa tahun kemudian iaitu semasa Perang Teluk 1991. Kali ini 800,000 tan metrikminyak mentah tertumpah sehingga menyebabkan sepanjang 570 kilometer persisiranpantai Arab Saudi dan dasar laut diliputi minyak. Tumpahan minyak memberi kesankepada alam sekitar kerana ia mencemarkan pantai, hidupuan laut dan darat, serta kesihatanmanusia. Disamping itu, kesan kepada ekonomi pula meliputi pengurangan hasil tangkapanikan semasa kejadian berlaku dan musim-musim seterusnya kerana sumber makanan ikanterjejas disamping menjejaskan sektor pelancongan.

    Tumpahan Minyak Global : Punca Utama Pencemaran Sumber Marin.

    1. Keseluruhan pengeluaran minyak telah meningkat dari 500 juta tan pada tahun1950 kepada 2,500 juta tan pada pertengahn tahun 1990an (Picot and Gill, 1996).Peningkatan pengeluaran pula diikuti oleh kejadian tumpahan minyak. Diketahui umumtempat simpanan minyak yang utama di dunia ialah di Timur Tengah, dan kebanyakanaliran pengangkutan juga bermula dari Negara-negara di Timur Tengah. Tumpahanminyak, sama ada kecil atau besar, telah meningkat dengan peningkatan jumlahpengangkutan minyak oleh kapal tangki. Kapal tangki itu pula kebanyakannya telah usangdan kapal-kapal baru pula dibina dengan saiz yang lebih besar. Dilaporkan kargo minyakmerupakan separuh dari keseluruhan kargo laut pada masa kini (Picot and Gill, 1996).

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    4/10

    2. Sejak tahun 1960an terdapat lebih kurang dua puluh kejadian tumpahan minyakyang melibatkan lebih dari 70 juta tong minyak mentah (Burger, 1997). Tumpahan besartelah terjadi di persisiran pantai Mexico, Timur Tengah, Afrika Selatan, dan di Alaska, danjuga di saluran paip di Usink, Russia. Tumpahan minyak terbesar yang direkodkan ialahsemasa perang teluk pada tahun 1991, apabila 36.5 juta tong minyak mentah dengan segaja

    ditumpahkan ke Laut Parsi untuk tujuan taktik peperangan semasa Iraq berperang denganAmerika Syarikat. Tumpahan kedua terbesar ialah dari telaga Ixtox-1 di Mexico,melibatkan tumpahan 3.5 juta tong minyak mentah.

    3. Sebenarnya terdapat 15 kejadian tumpahan minyak yang besar telah direkodkan. Diantara tumpahan minyak yang besar yang telah dilaporkan ialah tumpahan minyak semasaperang teluk, bencana di telaga carigali Ixtoc 1, tumpahan kapal tangki Atlantic Empress,Amaco Cadiz, Amaco Haven dan Exxon Valdez.

    a) Tumpahan minyak semasa perang telukTumpahan minyak semasa Perang Teluk pada

    tahun 1991 di anggap tumpahan paling buruk dalam sejarah. Ia menyebabkan kerosakanteruk kepada hidupan liar di Teluk Parsi, terutamanya di pantai Kuwait dan Iraq.Dianggarkan tumpahan melibatkan 36.5 juta tong minyak mentah, meliputi kawasan seluas40 batu dan ketebalan 4 inci. Punca tumpahan: Pada 23 Januari 1991, tentera Iraq dengansengaja telah menumpahkan minyak tersebut ke laut untuk menghalang kemasukan tenteraAmerika melalui laut. Pihak Iraq pula mengatakan tumpahan terjadi akibat daripengeboman tentera Amerika terhadap dua kapal tangki Iraq. Punca tumpahan lain ialahdari kerosakan pusat pemprosesan minyak Mina Al Ahmadi di Kuwait, kapal tangkiberhampiran Pulau Bubiyan, dan terminal Mina Al Bakr di Iraq.

    b) Tumpahan minyak di Telaga carigali Ixtoc I . Telaga minyak Ixtoc I merupakan satu

    kawasan carigali minyak di Teluk Mexiko, lebih kurang 600 km dari Texas. Syarikatcarigali yang terlibat ialah Pemex (Petroleos Mexicanos) yang menggali sehingga 2 batukedalaman penggalian. Pada bulan 3 Jun 1979, berlaku kesilapan semasa kerja-kerjapenggalian dan menyebabkan satu letupan besar di kawasan penggalian. Pada 23 Mac 1980barulah kebocoran dapat dikawal dan dan telaga yang bocor dapat ditutup. Setiap hariselama 8 bulan dianggarkan 10 ribu ke 30 ribu tong minyak sehari tumpah ke laut di TelukMexiko. Aliran arus pula membawa tumpahan tersebut ke pesisiran pantai Texas. Kawasanpenternakan kura-kura di Kemp Ridley telah terjejas teruk dan kura-kura tersebut telahterpaksa dipindahkan ke kawasan lain.

    c) Tumpahan dari kapal tangki Atlantic Empress . Kapal tangki Atlantic Empress miliknegara Greek. Pada 19 Julai 1979 kapal tersebut berlanggar dengan kapal Aegean Captain,berhampiran Negara Trinidad dan Tobago. Berlaku tumpahan minyak sebanyak 2.1 jutatong. Semasa ditunda pada 2 Ogos 1979, berlaku tumpahan lagi sebanyak 2 juta tongminyak mentah berhampiran Barbados.

    d) Tumpahan dari kapal tangki Amoco Cadiz. Kapal tangki Amoco Cadiz telah terbelahdua pada 16 Mac 1978, kesan dari perlanggaran dengan batu. Kejadian berlaku di Brittany,Perancis ketika dalam perjalanan penghantaran minyak dari Teluk Parsi ke Rotterdam,

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    5/10

    Holland. Semasa kejadian kapal tersebut membawa sejumlah 1.6 juta tong minyak mentah.Usaha-usaha untuk memindahkan minyak dari kapal Amico Cadiz ke kapal lain telahdibuat sebelum kapal tersebut tenggelam, tetapi usaha itu gagal kerana keadaan cuaca yangburuk. Malapetaka tersebut telah menyebabkan berlaku tumpahan minyak sepanjang 45batu di pesisiran pantai Perancis. Tiupan angin yang kuat dari arah Barat pada bulan April

    telah menyebabkan tumpahan tersebut merebak seluas 100 batu di pesisiran pantaiPerancis. Minyak telah meliputi pantai sehingga mencapai ketebalan 20 inci. Kawasanpelancongan di Plougasnou telah terjejas akibat dari kejadian tersebut.

    e) Tumpahan kapal tangki Amoco Haven . Pada 11 April 1991, kapal Amaco Havenyang membawa 1 juta tong minyak yang dimiliki oleh Troodos Shipping telah meletup danterbakar di pantai Genoa, Itali. Lima orang telah terbunuh, termasuk kaptan kapal PetrosGrigorakikis. Tumpahan minyak telah mencemarkan kawasan pantai seluas 20 km diGenoa dan Selatan Perancis.

    f) Kebakaran kapal tangki Exxon Valdez. Pada tengah malam bulan Mac 1989 kapaltangki Exxon Valdez telah melanggar Bligh Reef di Prince William Sound, Alaska.Kesannya, berlaku tumpahan minyak sebanyak 0.26juta tong minyak mentah. Malapetakaini adalah malapetaka terbesar dalam tumpahan minyak di Amerika Syarikat. Kejadian jugatelah menguji kemampuan institusi yang terlibat di peringkat tempatan dan kebangsaanuntuk bertindakbalas terhadap bencana sedemikian. Banyak faktor telah dikenalpastimencabar usaha-usaha pembersihan selepas kejadian berlaku. Kawasan yang terpencilmenyebabkan Cuma helikopter dan bot sahaja yang dapat pergi ke kawasan berkenaan.

    Kesan Tumpahan Minyak Ke Atas Sumber Marin.

    1. Kesan jangka pendek dari tumpahan minyak termasuklah kemalangan jiwa semasakemalangan berlaku, atau mereka yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan, dangangguan kesihatan kerana bau tumpahan minyak atau memakan ikan atau hidupan lautlain yang telah tercemar. Walau bagaimanapun terdapat juga kesan sampingan yang tketara seperti kehilangan dan ganggunan terhadap perikanan komersial dan rekreasi, danpenggunaan lain terhadap air yang tercemar. Terdapat juga kesan ekonomi dan aestheticserta tekanan psikologi dan sosial terhadap penduduk yang tinggal di kawasan yangtercemar.

    2. Kesan kepada alam sekitar dari tumpahan minyak adalah berbeza-beza, bergantungkepada jenis dan jumlah tumpahan. Kebiasaannya produk petroleum yang telah diprosesseperti petrol dan diesel lebih mudah bercampur dengan lapisan permukaan air dan lebihtoksid kepada hidupan marin, tetapi lebih mudah terpelowap dan tidak kekal lama dalampersekitaran berlakunya tumpahan. Sebaliknya minyak mentah, walau pun tidak begitutoksid bebanding minyak yang telah diproses, akan tinggal lebih lama di permukaan air danboleh terdampar di pesisiran pantai lebih lama. Sebagai contoh, tumpahan minyak dari kesExxon Valdez dan Peperangan Teluk (Peperangan di Iraq), masih kekal di pesisiran pantaiwalau pun setelah beberapa tahun berlakunya tumpahan tersebut. Sebaliknya tumpahanpetrol di Shetland Island pada tahun 1993 dan tumpahan di Milford Haven pada tahun 1996

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    6/10

    tidak lagi meningggalkan kesan kepada alam sekitar, walau pun kedua-dua tumpahantersebut lebih dua kali ganda besarnya dari tumpahan minyak mentah Exxon Valdez.Disebabkan minyak lebih rigan dari air dan tidak mudah lupus, ia boleh berada dipermukaan air dalam tempoh yang lama. Namun begitu disebabkan minyak juga bolehterbakar, tumpahan minyak boleh boleh mengakibatkan kebakaran di laut.

    3. Selain itu akibat tumpahan minyak juga memberikan impak negatif ke atasekosistem marin. Antaranya ialah:

    a) Habitat dan kepelbagaian spesis hidupan marin

    Pencemaran akibat tumpahan minyak juga boleh membunuh ikan, mikroorganisma,tumbuhan laut dan hidupan air yang lain. Minyak yang terdampar ke dasar laut pula akan

    merosakkan terumbu karang dan segala hidupan yang bergantung kepada terumbu karanguntuk hidup dan mendapatkan makanan. Maksudnya rangkaian sistem pemakanan bolehterjejas akibat tumpahan minyak. Tumpahan minyak yang terkena kawasan batu-batuan dilaut pula boleh merosakkan lumut yang hidup di atas batu dan merosakkan lagi sistemekologi. Kebiasaannya pihak berkuasa akan melarang sebarang tangkapan ikan di kawasantercemar setelah berlakunya pencemaran. Selain dari ikan, hidupan marin yang lain sepertiudang, sotong, kerang dan ketam akan turut terjejas.

    b) Kesan ke Atas Burung laut

    Apabila terkena minyak, burung tidak akan dapat terbang untuk mencari makanan dan

    melarikan dir dari pemangsa. Jika termakan minyak pula, akan merosakkan buah pinggang,mengganggu fungsi paru-paru, ketaksbilan metabolisma dan seterusnya bolehmenyebabkan kematian. Kebanyakan burung yang terkena tumpahan minyak akan matijika tidak dibantu dengan membuat pembersihan dan pemindahan ke tempat lain. Insidentumpahan minyak Amaco Cadiz misalnya telah menyebabkan kematian hampir 20,000ekor burung dan 9,000 tan tiram. Nelayan yang menangkap ikan di kawasan tersebut pulamenghadapi masalah penyakit kulit.

    Beberapa kajian yang telah dibuat mendapati burung yang terjejas adalah disebabkan olehkesan pencemaran secara langsung seperti memasuki kawasan marin yang tercemar, danbukannya disebabkan oleh rantaian makanan. Walaupun telah dibersihkan, kajian oleh

    British Trust for Orthinology terhadap kesan tumpahan kapal tangki minyak Sea Empressmendapati kebiasaaanya burung yang telah termakan minyak hanya boleh bertahan selamatujuh hari sebelum mati. Ada di antara burung yang suka berhijrah tidak akan datanglangsung ke kawasan yang telah tercemar.

    4. Kesan tumpahan minyak ke atas persekitaran manusia pula meliputi:

    a) Menjejaskan sumber pendapatan nelayan.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    7/10

    Kesan ekonomi akibat pencemaran marin ke atas nelayan adalah amat ketara. Kemusnahanhidupan laut seperti ikan, kerang, sotong, ketam dan udang menjejaskan pendapatan kepadanelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti penangkapan ikan. Selain daripadakepupusan pelbagai spesis ikan, tumpahan minyak juga merosakkan peralatan nelayanseperti jaring dan bubu akibat ketulan-ketulan minyak terlekat di jaring nelayan. Bot-bot

    kecil juga tersangkut dalam ketulan-ketulan minyak tersebut. Ini memerlukan kos yangtinggi untuk membaikpulihnya dan amat membebankan kaum nelayan. Tangkapan lautyang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti penyakit kolera,hepatitis dan gastroenteritis.

    b) Kesan Ke atas Industri Pelancongan.

    Dari segi pelancongan pula, pencemaran marin boleh menjejaskan kedatangan pelancungterutamanya di kawasan pulau dan pantai. Pencemaran minyak memberi kesan kepada nilaikeindahan alam dengan beberapa cara. Minyak boleh kelihatan di pantai dan laut danmengujudkan bau yang tidak selesa kepada pengunjung. Kawasan terumbu karang seperti

    di Pulau Payar boleh terjejas teruk dengan pencemaran minyak. Apabila ini berlakuhidupan ikan yang mencari makanan di kawasan batu karang tersebut juga akan terjejas.Kajian-kajian penialaian nilai Alam Sekitar seperti Contingent Valuation Model (CVM)dan Travel Cost Method (TCM) boleh dilakukan untuk melihat kesan pencemaran sebelumdan selepas berlakunya pencemaran. Kesan nilai keindahan alam ini pula berkait dengankesan ekonomi iaitu menjejaskan industri pelancongan. Apabila kedatangan pelancongmerosot maka sektor perhotelan, pengangkutan, restoran, pemandu pelancong danperuncitan serta IKS akan terjejas teruk.

    Langkah-Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Marin.

    1. Langkah Perundangan

    a). Kerajaan telah mengemukakan beberapa undang-undang bagi mengawal ancamanpencemaran . Satu daripadanya ialah penggubalan Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974. Aktaini memberi asas undang-undang untuk menyelaras kesemua aktiviti berkaitan dengankualiti alam sekitar di Malaysia. Seksyen 27 dalam Akta ini adalah mengenai pencemaranminyak dan bahan yang bercampur menyak ke dalam perairan Malaysia. Sehingga tahun2000, kerajaan Malaysia telah menyaman lebih daripada 10 buah kapal tangki minyakyang telah mencemar Selat Melaka. Selain dari itu, laporan kesan terhadap alam sekitarakibat daripada aktiviti yang dirancang mesti dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar.Ini adalah mengikut Seksyen 34(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) dan Undang-

    Undang Malaysia Akta A636 (Pindaan) 1985 yang masing-masing berkuat kuasa pada 9Januari 1986. Peraturan untuk Kumbahan dan Eluen-Efluen Perindustrian 1970 telahdigubal untuk melarang pembuangan/pelepasan sisa(efluen) tertentu seperti cecair /pelarutberbahaya, tar,buangan binatang, jirim-jirim pepejal, sampah,hampas,atauhabuk gergaji kelaut.

    b) Perundangan antarabangsa untuk mengawal pencemaran marin juga digubal antaralain seperti Law of the Sea ,MARPOL dan London Dumping Convention. Ini adalah untuk

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    8/10

    menentukan kualiti persekitaran laut terkawal.Aktiviti kawalan pencemaran melibatkansektor swasta, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,Jabatan Alam Sekitarbertanggungjawab sebagai penyelaras bagi aktiviti kawalan berkenaan. Selain itu kitasemua juga terlibat dan memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan lautan danpersisiran pantai dijaga dan dilindungi dengan sempurna.

    Langkah pencegahan meliputi tindakan perundangan seperti mengenakan denda/kompaun,menyitar premis, menggantung lesen operasi bagi mana-mana individu atau syarikat yangmencemar dan memusnahkan sumber-sumber marin. Namun persoalannya, sejauhmanakah keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan pelbagai peraturan dan undang-undang bagi mencapai objektif sebenar memulihara semula laut? Adakah Jabatan AlamSekitar, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Taman Laut, Jabatan Kastam,Pelancongan Malaysia, Majlis-Majlis Perbandaran, Polis Marin dan lain-lain bekerjasamamengurus dan mengekalkan keaslian laut secara tegas dan lestari. Mampukah pegawai-pegawai jabatan dari peringkat pucuk hingga peringkat akar umbi melaksanakan tugas yang

    diamanahkan untuk melindungi dan mencari jalan mendapatkan cara eksploitasi lautterbaik demi kepentingan manusia sejagat di masa akan datang? Peranan yangdimaksudkan termasuk menyekat penuaian hasil laut melampau, menghalang nelayandaripada menggunakan peralatan menangkap ikan yang dilarang atau diharamkan,menyekat penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing, menghalang para pelawatterutama penyelam skuba yang mencuri dan merosakkan ekosistem terumbu karang ataumengganggu kehidupan semula jadi.

    2. Langkah Pengurusan

    a) Di negara ini, langkah mewujudkan Taman Laut Malaysia sebagai kawasan

    perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta Perikanan 1985 dilihat sebagai permulaan yangbaik bagi usaha pemuliharaan laut. Setakat ini sebanyak 40 pulau-pulau yang paling kayadengan biodiversiti laut telah diwartakan sebagai Taman Laut dan beberapa lagi dalamkajian.Di antara taman-taman maritim yang telah diwartakan sebagai kawasanperlindungan seperti Taman Laut Pulau Payar, Taman Laut Pulau Tioman, Taman LautPulau Redang dan sebagainya. Peraturan-peraturan tertentu dikenakan untuk melindungisegala sumber hidupan laut terutamanya terumbu karang di kawasan berkenaan.Pengambilan spesis-spesis tertentu tanpa kebenaran pihak berkuasa akan dikenakantindakan yang berat seperti kompaun dan penjara.

    b). Mengawal dan membersihkan tumpahan minyak di laut daripada merebak dengancepat. Tumpahan minyak boleh berlaku melalui perlanggaran kapal-kapal tangki ataupembuangan enap cemar kapal-kapal tangki berkenaan. Justeru itu ia mestilah dibersihkanserta merta sebelum ia disebarkan ke tempat yang lebih jauh oleh arus dan ombak.Penggunaan teknik kepungan masih lagi dianggap berkesan untuk mengawal tumpahanminyak dari terus merebak ke permukaan laut. Setelah dikepung, ketulan-ketulan minyaktersebut perlu disedut dengan segera ke kapal tangki yang lain.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    9/10

    c). Membina tukun-tukun tiruan di laut sebagai kawasan pembiakan dan habitat pelbagaijenis hidupan laut. Tukun tiruan diberbuat daripada tayar-tayar yang diletakkan di lautsebagai kawasan pembiakan ikan. Pembinaan tukun-tukun tiruan penting untukmenambahkan kawasan habitat ikan dan kawasan perlindungan ikan apabila habitatsemulajadinya dicemari.

    d). Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sumber-sumber marin. Meliputikajian tahap pencemaran dan langkah-langkah kawalannya, usaha penetasan danperlindungan penyu belimbing dan lain-lain lagi. Usaha ini dilakukan secara bersepaduoleh UPM, Jabatan Perikanan dan juga Kerajaan Negeri. Sebagai contoh usaha projekpenetasan dan pemeliharaan penyu belimbing telah dilakukan secara bersama antarakerajaan negeri Terengganu dengan UPM.

    e). Menyediakan tapak pelupusan sisa atau loji rawatan sisa yang khusus sebelum sisaindustri (efluen), sisa kumbahan, sisa domestik di buang atau disalirkan ke laut atau tidak

    menjadikan laut sebagai tempat pembuangan dan penyaliran sisa radioaktif. Hanya sisayang telah dirawat sahaja yang dibenarkan di buang atau disalirkan ke laut.

    f). Kawalan perairan negara. Mengetatkan aktiviti rondaan, mengambil tindakan yangcepat dan tegas terhadap aktiviti yang mencemarkan perairan negara termasuk jugakawalan aktiviti perikanan, pencerobohan nelayan asing dan sebagainya dengan kerjasamapolis marin, jabatan laut, jabatan perikanan dll.

    g). Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa untuk mengawal selia perairanseperti kerjasama dengan negara jiran, kerjasama dengan agensi luar negara sepertiSEFDEC, JICA, Green Peace dll.

    3. Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar.

    a) Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang khusus berkaitan denganmenyelamatkan sumber-sumber marin daripada ancaman kepupusan amat perlu ditekankankepada masyarakat umum khususnya yang berkaitan dengan pengguna laut. Misalnyakempen Save Our Sea yang dianjurkan oleh PBB bermula 1998 perlu diperhebatkan.Cogankata Lautan kita, masa depan kita perlu ditanam kepada setiap generasi melaluipendidikan formal di sekolah khususnya menerusi matapelajaran geografi dan sains agarlahir generasi yang menghargai kepentingan sumber marin kepada manusia.

    b) Salah satu ciri unik samudra raya ialah sifat rentas-benuanya. Sejajar dengan ini,pengurusan lautan luas menuntut komitmen, penglibatan dan kerjasama semua pihak yangberkepentingan di dalam sektor maritim bagi mengekalkan kelestarian samudra dalam padakita meraih manafaat dari sumber dan persekitarannya. Pendekatan bersepadu dalammenguruskan pembangunan sektor ini memerlukan sokongan dan jalinan rapat di kalanganpelbagai agensi kerajaan, pengamal industri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), komunitiakademik dan saintifik serta masyarakat awam bagi memenuhi tanggungjawab masing-masing terhadap memelihara integriti persekitaran maritim. Pendekatan sebegini penting

  • 8/2/2019 PBS 4 - Pencemaran Sumber Marin

    10/10

    bagi menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam memenuhi tuntutan pelbagai perundanganantarabangsa mengenai maritim dan alam sekitar yang telah diratifikasikannya.