PBS 2 - Imbangan Air

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    1/12

    TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

    TAJUK: IMBANGAN AIR

    A. KONSEP IMBANGAN AIR1. Konsep Imbangan Air: Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosferaoleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Jumlah air yangditerima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun dan salji adalah samabanyaknya dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejat-peluhan,sejatan, yang mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan di dalam tanah sebagaistoran. Secara formula, imbangan air adalah seperti berikut:

    P = ET + dST + S dimana;

    P = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan.ET = Jumlah air yang hilang melalui proses sejat peluhan.dST = Air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah.S = Air yang berlebihan atau storan (simpanan) air.

    2. Justeru itu pada asasnya imbangan air atau imbangan hidrologi ini adalah jumlah airyang diterima di satu-satu kawasan (INPUT) adalah sama banyaknya dengan yang disimpan(STORAN) dan yang dikeluarkan dari kawasan tersebut (OUTPUT). Imbangan air bolehdibahagikan kepada imbangan positif (lebihan air) dan imbangan negatif (kurangan air).

    b) PROSES PROSES YANG TERLIBAT DALAM IMBANGAN AIR

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    2/12

    1. Kerpasan ( hujan, salji, hujan batu ). Merupakan input utama dalam menentukanimbangan air. Sebagai input kerpasan bertindak membekalkan air ke dalam sistem hidrologi.Sumber input air ini datang daripada hujan, salji,embun dan sebagainya

    2. Pepeluhan (Transpirasi) iaitu jumlah lembapan yang tersejat daripada unsurbiologikal seperti tumbuhan , manusia dan haiwan. Pepeluhan adalah proses out put dalam

    imbangan air. Pepeluhan manusia dan haiwan berlaku menerusi liang roma akibat prosesmetabolisme manakala pepeluhan tumbuhan berlaku menerusi liang stoma daun semasatumbuhan menjalankan proses fofosintesis.

    3. Sejatan dan sejat peluhan. Sejatan ialah air yang tersejat daripada permukaan sepertilaut,sungai dan tasik. Manakala sejatpeluhan ialah air yang tersejat dari lembapan tanih. Ia amatdipengaruhi oleh bekalan tenaga matahari yang cukup untuk menukarkan cecair kepada wap-wapair yang akhirnya tersejat ke atmosfera. Proses sejatan juga adalah output dalam imbanganhidrologi.

    4. Larian air permukaan termasuk di dalam alur (sungai, gully dan rill). Ini ialah prosesperantaraan antara input dengan output air. Semua larian air akan berakhir di kawasan takunganseperti di laut, tasik,kolam dan sebagainya yang menjadi storan permukaan. Seterusnya air daristoran permukaan ini akan mengalami pula proses sejatan.

    5. Susupan dan Simpanan air bawah tanah (Storan air). Di dalam imbangan hidrologi, iajuga melibatkan proses storan. Air hujan yang turun akan disusupkan ke dalam tanah menerusiliang-liang pore dan bertakung di atas lapisan yang tidak telap air di dalam tanah. Air yangtersimpan di dalam tanah ini dipanggil sebagai akuifer. Seterusnya air di dalam sistem akuiferakan mengalir sebagai aliran bawah tanah menuju ke sungai, tasik dan laut.

    ii) FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI VARIASI IMBANGAN AIR

    a) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air [ 10 M ]

    1. FAKTOR KETINGGIAN DAN ASPEK

    Kawasan muka bumi yang lebih tinggi mempunyai simpanan air yang rendahberbanding dengan kawasan rendah. Ini disebabkan oleh kadar susupan yang berbeza.Kawasan lembah lebih banyak menakung dan menyimpan air seperti kawasan paya,tanah lembab, tasik, lembangan sungai dll Aspek pula dikaitkan dengan lokasi cerunsamada mengadap atau membelakangi sinaran matahari. Cerun yang mengadap mataharimengalami kadar sejatan yang lebih tinggi. Oleh sebab itu ia mengalami kurangan airberbanding dengan cerun yang terlindung daripada sinaran matahari. Cerun ini lebihlembab dan banyak menyimpan air.

    2. KERPASAN KHUSUSNYA HUJAN

    Kerpasan khususnya hujan akan mempengaruhi input air. Hujan Mempengaruhiimbangan hidrologi melalui;

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    3/12

    i) Purata taburannya sepanjang tahun Kawasan iklim khatulistiwa mengalamitaburan hujan yang tinggi sepanjang tahun. Input airnya tinggi berbanding dengankawasan gurun panas.

    ii) Regim hujan dan bentuk hujan mengikut masa. Hujan lebat dalam jangkamasa singkat mempengaruhi proses larian air permukaan. Manakala hujan renyai dalamjangka masa lama mempengaruhi kapasiti storan air tanih.Input air kepada imbangan hidrologi juga disumbangkan oleh bentuk-bentuk kerpasanyang lain seperti embun, salji, hujan batu, dan sebagainya.

    3. FAKTOR TUMBUHAN LITUPAN

    Tumbuhan litupan mempengaruhi imbangan air Melalui :

    a) Nilai sejat peluhan daripada kanopi pokok seperti saiz, kelebaran dan kelebatandaun. Ini mempengaruhi out put air ke atmosfera.

    b) Perlapisan tumbuhan yang mempengaruhi proses pintasan oleh daun, ranting,dahan dan batang yang akhirnya mempengaruhi proses susupan dan storan airtanih.

    c) Sistem akar yang menyerap dan menyimpan air dalam tumbuhan.

    4. FAKTOR GEOLOGI ATAU BATUAN

    Geologi pula mempengaruhi imbangan air melalui:

    a) Sifat keporosannya yang membenarkan proses susupan air ke dalam tanih.Keporosan batuan amat bergantung kepada peratus liang pore yang dimiliki oleh

    sesuatu jenis batuan.

    b) Sifat ketelapan/ketidaktelapan batuan yang mempengaruhi kapasiti storan airdalam sistem akuifer. Batuan yang menakung air mempengaruhi nilai air dalamtanah.

    5. FAKTOR TINDAKAN MANUSIA

    Manusia pula mempengaruhi imbangan air dengan cara:

    a) Aktiviti penyahutanan yang menyebabkan sejat peluhan berkurangan dan jugastoran air dalam tanah merosot. Kehilangan kawasan tadahan.

    b) Penurapan muka bumi dengan tar dan konkrit yang menyebabkan kehilanganstoran air dalam tanah kerana tertutupnya liang-liang pore tanah.

    c) Aktiviti penebusgunaan kawasan tanah lembab seperti kawasan paya, tasik,lembah sungai dll yang menyebabkan kehilangan storan air permukaan.

    c) Imbangan air Negatif dan Fenomena Kemarau.

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    4/12

    1. Imbangan air negatif boleh ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh

    sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan melebihi daripadakerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan air negatif yangdialami oleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya Fenomena Kemarau. Kemarau bolehdidefinasikan sebagai keadaan dimanajumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang

    turun untuk satu tempoh yang lama atu panjang.

    Faktor-faktor berlakunya Imbangan air negatif dan fenomena Kemarau:Kajian kes di Malaysia.

    Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keadaan kemarau atau kekurangan air di sesuatutempat khususnya di Malaysia. Faktor-faktor ini boleh ditinjau dalam konteks faktor semulajadidan juga tindakan manusia. Antaranya ialah:

    Faktor Semulajadi:

    1. Fenomena cuaca luar biasa seperti El-Nino. El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhu

    lautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yangselama ini membawa hujan yang lebat di Semenanjung Malaysia. Hujan telah turun di lautan danbukannya di kawasan yang sepatutnya iaitu di daratan. Akibatnya kemarau yang berpanjanganmelanda Malaysia seperti yang berlaku pada tahun 1997. Suhu yang panas menyebabkan udaramenjadi lebih kering (dry air), lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses transpirasitumbuhan berkurangan sekaligus mengurangkan peratus kelembapan udara dan kebarangkalianuntuk turunnya hujan adalah amat tipis sekali. Hal ini akan menyebabkan simpanan air dikawasan tadahan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air atau menyebabkankrisis air.

    2. Perubahan cuaca mengikut musim. Selain daripada fenomena luar biasa seperti El-Nino yang berlaku antara 3 hingga 5 tahun sekali, fenomena kemarau di Malaysia jugadisebabkan oleh perubahan cuaca secara semulajadi dan normal seperti perubahan suhu, hujan

    dan angin mengikut musim. Di Malaysia pada musim monson timur laut kawasan negeri-negeripantai barat semenanjung mengalami kekurangan hujan akibat halangan banjaran Titiwangsa.Begitu juga keadaan sebaliknya berlaku pada musim monson barat daya negeri-negeri pantaitimur pula akan mengalami pengurangan hujan. Jika pengurangan hujan berpanjangan fenomenakemarau boleh terjadi di negeri-negeri yang berkenaan mengikut musim monson tersebut. Selainitu faktor angin juga boleh mempengaruhi kemarau. Halaju angin kering yang kuat akanmembawa awan ke tempat yang lain lantas kawasan yang sepatutnya turun hujan akanmenghadapi fenomena kurangan air.

    Faktor Tindakan Manusia:

    3. Aktiviti penyahutanan oleh manusia. Fenomena penyahutanan akan menyebabkankekurangan bekalan air yang ketara dialami oleh sungai, tasik, kolam dan empangan. Hutansebenarnya berfungsi sebagai zon penampan. Zon penampan ini amat penting dan sensitif keranaia bertindak sebagai tempat penyelamat, menakung dan menyimpan air bawah tanah untukdibekalkan secara tetap kepada sungai menerusi edaran air bawah tanah. Hutan-hutan dikawasan ini berfungsi untuk memintas dan menyusupkan air hujan ke dalam tanah lalu disimpandi dalam sistem akuifer. Sistem akuifer juga bertindak sebagai konduit untuk membolehkan airmengalir menuju ke sungai,tasik,kolam dan empangan yang ada dalam kawasan tadahan tersebut.Justeru apabila penyahutanan khususnya pembalakan dijalankan di dalam zon penampan ini ia

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    5/12

    akan memusnahkan sistem akuifernya sekaligus menggangu kapasiti storan air bawah tanah danakhirnya menyebabkan kawasan berkenaan menjadi kering kontang.

    Selain daripada itu pokok-pokok di dalam kawasan tadahan ini juga menjalankan prosestranspirasi membebaskan wap-wap air ke udara, menjamin kelembapan udara berterusan bagimembentuk awan guna untuk menurunkan hujan di kawasan tadahan tersebut. Apabila pokok-

    pokok ini ditebang maka kelembapan udara kan berkurangan, persekitaran menjadi kering (dryair), sejatan akan meningkat dan sebaliknya hujan pula akan berkurangan.

    4. Pembandaran. K adar pembandaran yang terlalu pesat juga telah menjana kepadaimbangan air negatif (fenomena kemarau). Kajian kes boleh dibuat di Lembah Kelang. Dalam halini Lembah Kelang sebagai satu Lembangan Saliran sudah tidak berfungsi lagi.Pembangunan pesat metropolis Kuala Lumpur telah menukarkan hutan semulajadi kepada hutanbatu, muka bumi telah diturap dengan aspalt dan bitumen. Ini menyebabkan kadar susupan airberkurangan seterusnya simpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit.Kesannya input air kepada sungai-sungai seperti Sungai Gombak,Sungai Kelang serta tasik-tasikdi sekitarnya semakin susut. Selain itu keadaan pulau haba di Lembah Kelang menjadi fenomenaberkala untuk menghasilkan udara kering (dry air). Peratus kelembapan udara menjadi rendah,gumpalan awan tebal untuk menurunkan hujan tidak terbentuk yang sekaligus menyebabkaninput air dalam persamaan hidrologi semakin berkurangan.

    Kesan Fenomena Kemarau Terhadap Persekitaran Fizikal dan Manusia.

    Kesan Kemarau Terhadap Alam Sekitar Fizikal.

    1. Kemarau menyebabkan persekitaran menjadi panas dan udara kering (dry air).Persekitaran sebegini memudahkan berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi. Sebagaicontoh dalam tempoh kemarau El-Nino pada tahun 1997 telah menyebabkan kebakaran hutanyang berleluasa di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Kebakaran hutan telah menyebabkanimpak negatif kepada alam sekitar fizikal dengan cara:

    a) Memusnahkan habitat flora dan fauna, memusnahkan rantaian makanan,kepelbagaian biologi dan sepsis hidupan liar yang hidup di dalam hutan.

    b) Menggalakkan pembentukan jerebu kerana udara sekitar adalah kering.

    2. Selain itu kemarau juga akan menjejaskan ekosistem akuatikseperti paya, tasik dankolam. Komponen saliran permukaan ini akan kekeringan air yang kelak menjejaskan habitat dansumber makanan bagi ikan, udang, memerang, buaya dan sebagainya. Jika kemarau berpanjangankawasan tanah bencah (wet land) seperti paya akan musnah kerana tumbuhannya akan mati.

    3. Di kawasan Tropika kering seperti pinggir gurun, fenomena kemarau yang berpanjangantelah menyebabkan fenomena penggurunan (Desertification) berlaku. Kawasan gurun semakinbertambah luas melampaui kawasan pinggirnya yang selama ini mungkin dilitupi hutansemulajadi. Ini kerana kemarau akan menyebabkan tumbuhan pinggir gurun akan mati dan jugatindakan angin akan bertindak dengan cepat untuk menghakis, mengangkut dan memendapkandebu-debu gurun ke kawasan pinggirnya. Satu contoh gurun yang mengalami fenomenapenggurunan yang hebat ialah gurun Sahel di Afrika.

    4. Dalam konteks hidrologi fenomena kemarau akan menjejaskan sumber-sumber airkepada tasik, kolam, sungai dan juga lembapan tanih. Oleh sebab itu ia boleh memberikan kesan

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    6/12

    terhadap proses sejat-peluhan. Apabila takungan semulajadi kekeringan air maka proses sejatanakan terhenti. Kesannya kelembapan udara akan terus merosot dan kebarangkalian untukturunnya hujan juga amat tipis. Dalam jangkamasa panjang ini akan menjejaskan pula bekalan airkepada manusia sehingga boleh menimbulkan krisis bekalan air.

    Kesan Kemarau Terhadap Alam Sekitar Manusia.

    1. Kemarau akan menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pertanian makananseperti padi. Apabila bekalan air tidak mencukupi pokok-pokok padi akan mati dan ini pastinyaakan menyebabkan hasil pengeluaran tanaman tersebut merosot. Di sesetengah negara yangdiancam kemarau yang berpanjangan seperti Somalia, Ethopia dan Chad didapati bahawa hasilpengeluaran pertanian amat sedikit untuk menampung keperluan makanan penduduk. Justeru itumasalah kelaparan dan kebuluran di Negara-negara berkenaan meningkat Di kawasan Tropikadan Khatulistiwa pula fenomena kemarau tidaklah sampai ke tahap menyebabkan masalahkebuluran secara berleluasa tetapi fenomena ini tetap menjejaskan pengeluaran hasil pertanian.Sebagai contoh pada masa kemarau El-Nino 1997, petani-petani di Kelantan dan Kedah amatteruk terjejas apabila hasil padi sawahnya merosot dengan mendadak.

    2. Kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan krisis air kepada pendudukterutamanya di kawasan berpenduduk padat seperti bandar-bandar besar. Apabila jumlah airsungai dan tasik berkurangan maka sumber air kepada empangan juga akan berkurangan. Parasair di empangan akan merosot dengan ketara dan ini akan menjejaskan bekalan air kepadapenduduk. Bekalan air terpaksa dicatu dan air yang dibekalkan juga mungkin tidak berkualiti.Sekiranya ini berlaku masalah penyakit berjangkit pula akan terjadi seperti penyakit taun.

    Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kekuranganbekalan air di sesuatu kawasan: Kajian Kes Malaysia.Di antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

    1. Memajukan sumber air bawah tanah. Penggunaan air bawah tanah amat mudah danmurah. Kawasan yang sudah dikenalpasti hanya perlu digerudi dan dipamkan keluar airnya untukdisalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum diagehkan kepada penduduk melalui sistemperpaipan JBA yang sudah sedia ada. Proses penggerudian akan menggunakan campuranbertonit dan air yang digerakkan oleh engin. Campuran bertonit ini berfungsi untuk mengangkutkeluar tanah yang telah dikorek disamping menstabilkan dinding telaga yang dibina, seterusnyaair dipamkan keluar oleh mesen pengepam. Kos pembinaannya jauh lebih murah berbandingdengan kos pembinaan empangan yang bernilai jutaan ringgit. Setiap perigi yang digerudi dandigali lengkap dengan sistem salirannya hanya melibatkan kira-kira RM: 30,000 sahaja dan iadapat membekalkan air kepada 60,000 hingga 100,000 pengguna. Manakala mesen gerudi itupula berharga RM: 2 juta dan ia boleh menggali telaga tanpa had.

    2. Melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan tiruan di kawasantadahan. Di Selangor usaha ini dilakukan oleh Puncak Niaga (M) Sdn.Bhd dengan kerjasama

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    7/12

    Jabatan Kaji Cuaca. Dengan menggunakan pesawat Dornier Skyvan larutan garam (SilverIodide) disemburkan ke atas awan Kumulusnimbus yang terletak pada ketinggian 800 - 6,000meter. Larutan garam tersebut berfungsi sebagai Nukleus Kondensasi untuk menarik wap-wapair di dalam awan berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik-bintik air akhirnyamencapai ke tahap tepu dan hujan akan turun. Sebagai contoh setiap kali pembenihan awandilakukan sebanyak 50 Kg garam kapur yang dilarutkan ke dalam 1000 liter air digunakan dan

    disembur ke atas awan dengan menggunakan Mesen Pengesan Kadar Aliran (Flow RateIndicator) yang mampu menentukan kadar semburan samada perlahan atau kuat. Proses semburanmengambil masa kira-kira 15 minit. Selepas satu jam, titisan hujan akan turun. Tetapi langkahini amat mahal dan ianya membabitkan kos kira-kira RM: 50,000 setiap kali usaha pembenihandilakukan.

    3. Langkah membina laluan air atau terowong air untuk memindahkan air antaralembangan. Teknologi ini pernah digunakan kira-kira 30 tahun yang lalu apabila pada tahun1970-an terowong air yang pertama dibina menghubungkan Empangan Pedu dan EmpanganMuda di Kedah yang dikenali sebagai Terowong Saiong. Terowong ini dibina kerana kapasititakungan air di Empangan Pedu lebih besar daripada Empangan Muda. Luas kawasan empanganyang boleh menakung air di Empangan Pedu ialah 40 kilometer persegi sedangkan luas takunganair di empangan muda hanya 16 kilometer persegi sahaja. Bagaimanapun sumber air di EmpanganMuda lebih banyak kerana kawasan tadahannya lebih luas meliputi 480 Km persegi berbandingdengan Empangan Pedu cuma 105 Km persegi sahaja. Dengan pembinaan terowong Saiong iniair di empangan Muda yang banyak dapat mengalir ke Empangan Pedu apabila mencapai parastertentu. Dalam kes lembah Kelang, konsep yang sama boleh digunakan untuk mengalirkan airdari Sungai Benus Pahang ke Empangan Kelang Gates melalui kawasan Janda Baik. SungaiBenus yang terletak di Bentong dipilih kerana kedudukannya berdekatan dengan Selangor selaindaripada memiliki kawasan tadahan yang luas. Sungai Benus dijangka mampu membekalkantambahan air kira-kira 68 juta liter sehari kepada penduduk Lembah Kelang jikalau ia di salirkanke Empangan Kelang Gates melalui konsep terowong air tadi. Namun begitu langkah ini diperingkat cadangan sahaja. Ia memerlukan kajian EIA yang teliti untuk melaksanakannya keranaia akan merentasi kawasan yang berbukit bukau disamping ia akan menelan kos yang tinggi.

    4. Langkah memproses air dari sumber-sumber tasik atau kolam tinggalanperlombongan bijih timah yang berselerak di Lembah Kelang. Dengan menggunakan teknologidari Perancis alat ULTRA-SOURCE akan digunakan untuk memproses air dari tasik yang akandipam,dirawat dan disalirkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA yang sedia ada.Alat ini berupaya memproses 440,000 liter air sehari bagi menampung keperluan antara 400 -1000 keluarga. Projek ini pula diusahakan oleh Transwater Corperation Bhd dengan kerjasamaPuncak Niaga dan juga JBA Selangor. Dengan menggunakan alat ini kapasiti air bersih kekawasan yang bermasalah akan ditingkatkan . Pihak kerajaan bersedia untuk menyediakan 10 lojiUltra-Source bagi menampung keperluan air kepada kira-kira 7000 keluarga di Lembah Kelang.

    5. Seterusnya sistem pengurusan dan pengagehan air mestilah diperkemaskan.Program penggantian paip-paip lama haruslah dipercepatkan agar pembaziran air akibatkebocoran paip tidak dibiarkan begitu sahaja. Sistem kawal-selia dan pemantauan daripada pihakJBA terutamanya JBAS haruslah cepat dan pantas dengan pegawai dan pekerjanya disematkansikap prihatin dan bertanggungjawab. Di pihak pengguna pula haruslah lebih bertanggungjawabmenghargai air,tidak membazir dan berhemat. Malah pihak kerajaan negeri juga harus pekakepada alam sekitar agar tidak terlalu mengejar pembangunan semata-mata sehingga terlupatentang kelestarian alam sekitar yang amat penting dalam menjamin bekalan air yang tetap danberterusan sepanjang masa.

    Imbangan air Positif dan Fenomena Banjir.

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    8/12

    1. Imbangan air positif bermaksud Jumlah kerpasan melebihi sejatan. Dalamtempoh yang panjang apabila jumlah kerpasan khususnya hujan yang turun ke bumi melebihidaripada kadar sejatan air ke atmosfera, maka ia boleh menyebabkan fenomena banjir. Banjirboleh ditakrifkan sebagai satu keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihidaya tampung sesebuah saluran seperti sungai, tasik dan laut lalu mengalir limpahkan ke

    kawasan sekitar khususnya di kawasan tanah rendah. Limpahan air ini berlaku dalam tempohtertentu dan bersifat sementara.

    Kesan-kesan imbangan air positif.

    1. Air bertakung di kawasan lekukan atau permukaan apabila hujan berlebihanturun dan tidak seimbang dengan proses sejatan. Ini akan meningkatkan simpanan airpermukaan seperti di tasik, kolam, paya, sungai dan sebagainya dan seterusnya menjaminkeberterusan bekalan air.

    2. Fenomena banjir. Apabila sistem saliran di permukaan tidak lagi dapatmenampung curahan hujan yang berlebihan ia akan menyebabkan limpahan air keluar melalui

    tebing-tebing sungai, tasik,kolam dan sebagainya. Lebihan air ini akan mengalir dan melimpahikawasan-kawaan tanah rendah.

    3. Kelembapan bandingan sentiasa tinggi. Apabila kerpasan melebihi sejatanbermakna kandungan wap-wap air dalam udara adalah tinggi. Hal ini dikenali sebagai udaralembab (wet Air). Udara yang lembab akan menyebabkan persekitaran menjadi lebih sejuk.

    Jenis-Jenis banjir.

    Berdasarkan kepada lokasi kejadian, banjir boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranyaialah:

    1. Banjir sungai. Banjir ini berlaku apabila isipadu air sungai adalah lebih besar daripadakemampun alur-alur unsungai untuk menampungnya lalu mengalir-limpah melebihi tebingnyadan membanjiri di kawasan tanah rendah sebelum tiba di laut. Banjir jenis ini lazimnyadisebabkan oleh dua unsure yang utama iaitu curahan hujan yang turun dengan sangat lebatdalam tempoh masa tertentu dan juga pencairan salji yang giat dalam tempoh masa yang singkat.Antara contohnya ialah yang berlaku di beberapa hilir delta sungai Hwang Ho, Yang Tze, Gangesdan juga Mississippi. Rekod banjir besar di dunia telah berlaku di beberapa batang sungai yangutama. Misalnya banjir sungai Hwang Ho yang dikenali sebagai banjir kuning di China. Ahligeografi barat menggelarkan sungai Hwang Ho sebagai kesedihan China kerana sejak berabad-abad lamanya bencana banjir sungai ini mengorbankan lebih banyak manusia berbanding dengansungai-sungai lain di dunia ini. Sebagai contoh banjir Sungai Hwang Ho pada tahun 1887 telahmengorbankan hamper 2 juta manusia dan pada tahun 1931 pula telah mengorbankan hamper 4juta manusia. Punca utama banjir di sungai Hwang Ho adalah pemendapan lanar di delta deltanya. Berjuta-juta tan metrik selut dan Lumpur kuning membanjiri kuala dan muaranya yang

    menyebabkan aliran air sungai tersebut melimpahi tebing lalu membanjiri kawasan sekitar.

    2. Banjir laut. Ia berpunca daripada gelombang ombak yang besar atau tsunami yangmenyebabkan kenaikan aras laut secara mendadak. Tsunami terjadi akibat gerakan tektonik didasar laut seperti gempa bumi dan gelinciran di lembangan lautan. Selain itu banjir laut jugaboleh berpunca daripada air pasang besar yang berlaku sekiranya kekudukan matahari bulan danbumi adalah selari. Banjir ini akan menyebabkan air laut akan melimpahi kawasan hilir sungai,muara dan delta-deltanya serta tanah pamah di pinggir pantai. Satu contoh banjir laut yangdashyat ialah yang berlaku di Belanda pada tahun 1953 apabila gelombang rebut dan pasang

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    9/12

    besar air laut telah memusnahkan benteng benteng pantai lalu merempuh masuk ke kawasandaratan. Banjir ini telah memusnahkan 1,800 jiwa disamping merosakkkan kawasan pertanian,petempatan da harta benda.

    3. Banjir tasik. Iaitu banjir yang berlaku apabila paras air dalam tasik meningkat naikmelebihi daya tampung tasik-tasik tersebut. Kenaikan paras air tasik mungkin disebabkan oleh

    kejadian hujan lebat berterusan dan juga pencairtan salji secara besar-besaran. Contohnya sepertiyang pernh berlaku di daerah Tasik England pada tahun 1938.

    4. Banjir kilat. Banjir ini berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh yang singkatmungkin beberapa jam sahaja. Ia berlaku di kawasan yang kecil seperti kawasan bandar besardan mengambil masa yang singkat sahaja untuk hilang. Fenomena ini terjadi kerana dayatampung sistem saliran di bandar seperti sungai, parit,longkang tidak dapat menerima isipadularian air permukaan yang begitu tinggi ekoran daripada hujan lebat. Larian air permukaan yangtinggi di Bandar berlaku kerana permukaan bumi di Bandar telah dilitupi oleh bitumen(tar),aspalt, konkrit dan sebagainya yang menghalang proses susupan air ke dalam tanah. Air hujanhanya boleh mengalir di permukaan sahaja dan jika isipadunya tidak dapat ditampung oleh systemsaliran Bandar yang ada maka ia akan mengalir-limpah membanjiri kawasan-kawasan rendah dalam Bandartersebut. Di Malaysia banjir kilat sering terjadi di Bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown

    dan sebagainya.

    Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Banjir.

    Fenomena banjir pada umumnya di sebabkan oleh dua factor fizikal yang utama iaitu hujan lebatberterusan dan juga pencairan salji secara besar-besaran.

    1. Hujan. Hujan yang lebat boleh membekalkan air yang berlebihan sehingga tidak dapatditampung oleh sIstem saliran di permukaan bumi. Kesannya akan meningkatkan paras air dipermukaan bumi sehingga wujudnya banjir. Pengaruh hujan terhadap kejadian banjir inibergantunglah kepada cirri-ciri hujan seperti jenisnya, jumlahnya,intensitI atau kelebatannya,kemusimannya, jangka masa turun dan juga taburan litupannya samada kecil atau besar. Pada

    amnya terdapat dua keadaan hujan yang boleh menyebabkan banjir. Pertama, hujan yang sangatlebat pada masa yang singkat samada hujan rIbut perolakan atau perenggan dan ke dua hujantahunan atau musim yang lebat dalam masa yang lebih panjang seperti musim monson timur lautyang setiap tahun melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

    2. Hujan maksimun yang berlaku pada musim monson timur laut merupakan penyebabutama berlakunya fenomena banjir di kawasan Asia monsoon. Negara-negara seperti India,Bangladesh, China, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia adalah termasuk dalam kategori banjirini. Tiupan angin monsoon timur laut yang merentasi laut China Selatan telah membawa banyakkelembapan udara dari laut berkenaan dan melepaskannya sebagai hujan lebat di daratan negara-negara berkenaan apabila angin timur laut memasuki Negara tersebut. Dalam kes SemenanjungMalaysia, angin monson timur laut membawa hujan yang sangat lebat di negeri-negeri sepertiKelantan, Terengganu dan Pahang sehingga musim ini dinamakan sdbagai musim tengkujuh.Purata hujan yang dicatatkan adalah melebihi 3000 mm.

    3. Pencairan salji. Pencairan salji secara besar-besaran juga boleh menyebabkanberlakunya bencana banjir. Pengaruh ini bergantung kepada beberapa keadaan tertentu sepertijumlah salji yang turun dan kadar pencairannya. Sungguhpun salji dapat menangguhkanfenomena banjir melalui pembekuan tetapi pencairannya secara besar-besaran akanmenggalakkan pula kejadian banjir terutamanya pada musim panas.Di Amerika Syarikat dan Kanada, pada musim panas dan bunga biasanya angin yang bertiupadalah anginapanas seperti angin Chinuk dan Fohn. Angin panas ini akan mencairkan padang-

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    10/12

    padang salji dengan giat lalu menambahkan isipadu air sungai dengan ketara. Kesannya banjirbesar sering terjadi di hilir sungai seperti di lembah sungai Mississippi.

    4. Selain itu kejadian banjir juga dipengaruhi oleh saiz kawasan lembangan saliran ataulegeh. Kawasan legeh yang kecil (berukuran kurang daripada 25 km persegi) mempunyaikebarangkalian yang tinggi untuk berlakunya banjir apabila huan lebat turun walaupun dalam

    jangka mas yang singkat. Ini kerana alur-alur sungai yang ada adalah kecil dan tidak mampuuntuk menampung kuantiti air yang banyak dalam tempoh masa tertentu.

    5. Kegiatan manusia juga turut mempengaruhi fenomena banjir. Antara kegiatan utamayang memberikan kesan kepada banjir ialah aktiviti penyahutanan terutama sekali di kawasantadahan air. Apabila hutan dimusnahkan maka permukaan bumi kehilangan daya tampung untukmelarut-resapkan atau menyusupkan air ke dalam tanah. Kesannya air hujan lebih cepat mengalirdi permukaan sebagai larian air permukaan menuju ke sungai sungai dan membanjiri sungai.Akibat kadar hakisan cerun yang tinggi di kawasan hutan tergondol maka pemendapan kelodakdan Lumpur berlaku dengan giat di dalam sungai-sungai berkenaan. Dasar sungai menjadisemakin cetek dan impaknya menggalakkan lagi fenomena banjir. Selain itu proses pembandarandi badar besar juga menggalakkan fenomena banjir yang dinamakan sebagai banjir kilat.

    Langkah-Langkah Mengurangkan Resiko Banjir.

    1. Membina empangan-empangan yang besar bagi menakung dan menyimpan air yangberlebihan daripada curahan hujan lebat serta pencairan salji yang giat. Sistem empangansebenarnya boleh mengawal banjir selain daripada memberikan faedah-faedah lain sepertimembekalkan air kepada kawasan pertanian, menjana kuasa elektrik hidro membekalkan airkepada penduduk dan sebagainya. Satu contoh empangan yang besar yang bertujuan mengawalbanjir di Sungai Nil ialah empangan Aswan di Mesir. Di China pula kerajaannya telah membinaprojek empangan raksasa dengan mempunyai laluan-laluan air yang khusus yang dikenali sebagaiXiaolangdi Multipurpose Dam Project. Projek empangan tersebut mempunyai 10 laluan utama,9 lorong banjir dan kelodak dan juga 6 lorong janakuasa bawah tanah. Prijek raksasa ini mungkinboleh mengurangkan resiko banjir sungai Hwang Ho di China.

    2. Memperluas dan memperdalamkan alur-alur sungai. Kaedah ini bertujuan untukmempercepatkan lagi proses pengaliran air keluar ke laut. Rancangan ini juga melibatkan kerja-kerja meluruskan alur sungai, memotong liku-liku sungai dan memperbanyakkan laluan air keluar ke laut. Namun begitu kaedah ini juga tidak semestinya berkesan dan boleh meningkatkanpula kesan-kesan sampingan yang lain. Paras air sebenarnya lebih cepat meningkat dalam alur-alur yang lurus. Halaju arus sungai di dalam alur yang lurus juga bertambah tinggi yang akanmeningkatkan pula kadar hakisan tebing sungai dan menggalakkan pula kejadian runtuhan tebingsungai.

    3. Membina tetambak atau benteng di sepanjang tebing sungai . Tetambak dan bentengboleh dibuat dengan pelbagai kaedah seperti benteng konkrit, kaedah groin dan gabion dan yangpaling mudah sekali ialah meletakkan guni-guni pasir di sepanjang tebing sungai yang sering kali

    dilanda banjir itu. Kaedah ini amat popular dilakukan oleh penduduk Negara China pada setiapkali banjir sungai Hwang Ho melanda mereka. Di Belanda pembinaan daik atau benteng yangkukuh untuk mengurangkan resiko banjir laut telah dilakukan sejak abad ke 13 dan 14 lagisetelah kerajaan mereka menyedari bahawa kedudukan Negara Belanda adalah rendah dan amatmudah dimasuki oleh air laut.

    4. Mengawal aktiviti penyahutanan khususnya pembalakan di kawasan tadahan air.Kawasan tadahan haruslah dikekalkan sebagai storan air utama di sesebuah Negara. Aktivitipembalakan diharamkan sama sekali di kawasan ini dan penguatkuasaan undang-undang yang

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    11/12

    ketat haruslah dikenakan kepada pembalak-pembalak haram. Selain itu aktiviti penurapan mukabumi di kawasan bandar juga mestilah dikurangkan. Di kawasan badar harus diperbanyakkan zonberumput serta menanam pokok-pokok peneduh yang mampu bertindak untuk menangguhkan airhujan daripada terus memasuki sistem parit dan longkang dalam bandar.

    6. Langkah-langkah persediaan, pencegahan dan kawalan dilakukan daripada awal

    secara sistematik, bersepadu dan saintifik. Oleh sebab itu penyelidikan dan pembangunan(R&D) mestilah sentiasa dilakukan untuk meramal banjir yang akan melanda, lokasinya, kapasitidan resikonya dan lain-lain aspek klimatologi gunaan bagi tujuan mengelakkan bencana banjirtanpa persediaan berlaku. Data dan dapatan daripada penyelidikan ini amat penting untukmembuat perancangan dan melaksanakan program pencegahan banjir, pengairan dan lain-lainpenggunaan sumber air.

    Soalan Latihan:

    Soalan 1

    a) Bezakan konsep imbangan air positifdengan imbangan air negatif.. [6 Markah]

    a) Huraikan proses-proses yang terlibat dalam menentukan imbangan air.[10 Markah]

    b) Jelaskan kesan-kesan ketidakseimbangan air negatif terhadap alam sekitar fizikaldan manusia [10 Markah]

    Soalan 2:

    a) Nyatakan tiga ciri fizikal bagi sesebuah kawasan yang mengalami imbangan air negatif .[3 Markah]

    b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air negatif. [10 Markah]

    c) Jelaskan bagaimana impak imbangan air negatif boleh dikurangkan?

    [ 10 Markah]

    Soalan 3:

    a) Takrifkan konsep kemarau. [5 Markah]

    b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemarau di sesuatu kawasan.[10 Markah]

    c) Terangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

    [10 Markah]

    Soalan 4:

    a) Huraikan kepelbagaian jenis banjir. [6 Markah]

    b) Jelaskan sebab-sebab berlakunya banjir di sesebuah Negara. [8 Markah]

    c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan resiko banjir disesebuah Negara. [11 Markah]

  • 8/2/2019 PBS 2 - Imbangan Air

    12/12