26

PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge
Page 2: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

PAPER PROCEEDINGS INTERNATIONAL CONFERENCE OF

ISLAMIC FUNDAMENTAL ON INTEGRATION OF AQLI AND NAQLI

(ICON) 2018

DIVERSITY OF SUNNAH WITHIN A WEALTH OF KNOWLEDGE

17 Mac 2018/ 29 Jamadil Akhir 1439h Institut Agama Islam Negeri, Sumatera Barat,

Indonesia

Edited by :

Dr. Nurulwahidah Fauzi

Rita Nursuhaila Ridzuan

Hosted By :

Faculty Of Quranic And Sunnah Studides

University Sains Islam Malaysia

In Collaboration With :

Institut Agama Islam Negeri,

Sumatera Barat, Indonesia

Page 3: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE OF ISLAMIC FUNDAMENTAL ON INTEGRATION OF AQLI AND NAQLI (ICON) 2018

DIVERSITY OF SUNNAH WITHIN A WEALTH OF KNOWLEDGE

First published in 2018 by Penerbit USIM Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Email : [email protected]/[email protected] Website : www.penerbit.usim.edu.my Phone : +606-798 8226/6749

Copyright © Universiti Sains Islam Malaysia

All rights reserved. No part of this publication may be reproduces, stored in a retrieval system, or transmitted in any form, or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publisher.

Perpustakaan Negara Malaysia Data pengkatalog-dalam-penerbitan ISBN : 978-967-440-446-8

PROOFREADERS Dr Ahmad Izzuddin Abu Bakar Dr Syed Mohammad Chaedar Dr Shumsudin Yabi Puan Norullisza Khosim Cik Norhasnira Ibrahim Cik Nur Faizzati Nawawi

DESIGNER & LAYOUT Cik Rita Nursuhaila Ridzuan

Page 4: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | i

LIST OF CONTENT

List of Content ii

Full Paper (Malay Language)

1. Kajian Terhadap Keabsahan Hadis-Hadis Bekam Dan Kepentingannya

Terhadap Ilmu Aqli dan Naqli

Dr Amiruddin Mohd Sobali & Dr Samer Najeh Abdullah Samarah

1

2. Kepentingan Perkataan Dalam Pemahaman Hadith: Kajian Terhadap

Perkataan Ro’a (رأى) Dalam Sahih Bukhari

Dr Norzulaili Mohd Ghazali, Norfarhana, Dr Hishomuddin Ahmad, Ikmal Hafiz bin

Jamal, Dr Robiatul Adawiyah Mohd.

13

3. Pemberian Tanda Baca Pada Rasm Mushaf Uthmani : Sejarah dan

Perkembangannya

Dr Hj Abdul Qadir Umar Usman Al-Hamidy, Dr Syed Mohammad Chaedar Syed

Abdurrahman, Prof. Madya Mohd. Fauzi Mohd. Amin

22

4. Konsep Hadıth Mutawatır Menurut Ulamak Hadıth- Kajıan

Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin, Dr Abdul Qadir Umar Usman Al-Hamidy

Dr Mohamed Akhiruddin b Ibrahim.

36

5. Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Kursus Ulum Hadith Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dan Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dr Shumsudin Yabi, Syulhanif Binti Kadri, Dr A.Irwan Santeri Doll Kawaid,

Norhasnira Ibrahim

49

6. Solat Dan Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli Dalam Kitab Tazkirah Al-

Ghaflah Fi Asrar Solah Karangan Syeikh Abdullah Sarah Al-Jarumi.

Dr Abdulloh Salaeh, Prof Madya Dr Adnan Mohamed Yusoff, Norhasnira Binti

Ibrahim, Prof. Madya Dr Mohd Fauzi Mohd Amin, Norullisza Binti Khosim, Dr

Mesbahul Hoque, Aidi bin Hamdi al-Fathani

64

Page 5: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | ii

7. Perbandingan Kaedah Pelaksanaan Pampasan ke atas Mangsa

Kemalangan Jalan Raya Menurut Undang-undang Malaysia dan

Perundangan Islam

Siti Aisyah Samudin & Dr Siti Zubaidah Ismail

75

8. Masjıd Mesra Kanak-Kanak Dan Orang Kelaınan Upaya (Oku): Kajıan

Tınjauan Dı Beberapa Masjıd Terpılıh Dı Malaysıa

Dr Syed Najihuddin Syed Hassan & Nur Izzafadhila Mohd Nadzari

96

9. Kesalahan Tatabahasa Bahasa Jerman: Kajian Kes Dalam Kalangan

Pelajar Bahasa Jerman Di UITM Cawangan Pulau Pinang

Raja Rosila Raja Berahim, Dr Che Haslina Abdullah, Habibah Ayob, Mahanim Omar

109

10. Sindrom Kecelaruan Kebimbangan: Mekanisme Menanganinya Melalui

Psikoterapi Islam

Dr Che Haslina Abdullah, Raja Rosila Raja Berahim, Habibah Ayub, Halipah Hamzah

133

11. Rawatan Penyakit Menurut Pandangan Al-Quran Dan Sunnah:

Islamisasi Amalan Perubatan Moden

Habibah Binti Ayob, Dr Che Haslina Abdullah, Raja Rosila Raja Berahim

146

12. Karakter Manusıa Berdasarkan Kalımah “Samac” Dan Sınonımnya

Dalam Surah Al-Baqarah

Dr Robiatul Adawiyah Mohd, Dr Norzulaili Mohd Ghazali, Dr Hishomudin Ahmad,

Norwahida Mohamed

163

13. Menangani Sakit Akibat Gangguan Jin yang Merosakkan Aqidah,

Fizikal, Minda, Emosi dan Hubungan Sosial

Prof. Dr Supyan Hussin

171

14. Faktor Penghalang Orang Asli Memeluk Agama Islam: Kajian Dalam

Aspek Hukum Halal Dan Haram

Dr Zohdi Amin MZM, Prof. Madya Dr Adnan Mohamed Yusoff, Dr Mohamed

Akhiruddin Ibrahim, Yasmin Hanani Mohd. Safian, Mohd Nasir Abdul Majid,

Muhammad Yusuf Khalid, Mohd Azhar Ibrahim Residi, Wan Azura Wan Ahmad, Mohd

Syakir Arifin

189

15. Hujah Saintifik Al-Quran Ke Atas Golongan Ateis Dan Agnostik

Mohd Shamsul Hakim bin Abd Samad, Norhasnira binti Ibrahim, Dr Zainora binti

Daud, Faszly Bin Rahim

206

16. Kerukunan Dalam Perspektif Alquran 217

Page 6: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | iii

Arsyad Abrar

17. Konstribusi Hadis Dalam Membangun Kedamaian Antar Komunitas

Beda Agama

Prof. Dr. A.Rahman Ritonga

234

18. Berobat Dengan Benda Haram Dalam Perspektif Islam

Endri Yenti, M.Ag.

254

19. Membedah Kitab Al-Arba’una Al-Buldaniyyah Karya Muhammad

Yasin Al-Fadani

Yulia Rahmi

264

20. One Day One Hadis Upaya Untuk Menghidupkan Hadis Melalui Media

Sosial

Rahmi Syahriza

281

21 Manhaj Ibnu Atsir Al-Jazari dalam Kitab Jamiul Ushul Fi Ahadis Rasul

Ilham Mustafa, S.Th.I., M.A

301

Full Paper (English)

21. The Effectiveness of Almoneera Teaching Software for Qur’anic

Recitation Based On Tajweed By Adding (Al-Sokun) To The Body Of

Arabic Alphabets In A New A Student-Centred Multimedia

Instructional Design

Prof. Dr Ismail Abdullah & Tariq Hassan Ahmed Mssraty

312

22. Patriarchal Interpretation Of Hadith: Debate And Analysis

Nur Saadah Khair

329

23. An Integration Of Aqli And Naqli Knowledge Mentioning Of Haywan

Al Fasiq From Al-Quran And Ahadith

Dr Nurulwahidah Fauzi

343

24. The Application Of The Principle Of Muhasabah İn Clinical

Assessment Of Dental Student

Dr Norlela Yacob & Wan Mohamad Nasir Wan Othman

374

25. A Preliminary Study on Health Benefits of Milk in The Holy Quran,

Sunnah And Malay Medical Manuscripts

Dr Muhammad Widus Sempo & Dr Nurulwahidah Binti Fauzi

383

Page 7: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | iv

Full Paper (Arabic)

مفهوم التصوف عند اإلمام أيب حامد الغزايل: دراسة حتليلية .26مر، يوسلينا بنت حممد، د. عبد هللا صاحلد.مصباح احلق صَوْدُري، د. حممد زهدي ، د. عبد القادر ع

400

CoRT 1 تفسري احلديث النبوي بربانمج مهارة التفكري .27 د. احلاج خباري بن خمتار

417

تكامل العقل والنقل، رؤية شرعية .28بيين ر الدكتور عدانن بن حممد عبدهلل آل شلش والدكتور أمحد عزالدين الرتجنانوي والدكتور حممد إبراهيم الش

صقر

440

اآلاثر الواردة عن عمر بن اخلطاب يف الراب وتطبيقاهتا على املعامالت التجارية املعاصرة .29 الدكتور كبري غوجي

458

حقوق الطفل غري الشرعي بني اإلسالم والقانون الوضعي .30بسام مصباح األغرب الدكتور سامر انجح مسارة, الدكتور كبري غوجي, الدكتور أمري الدين حممد, األستاذ

472

أمهية حفظ القرآن ىف تنمية املهارة املعرفية .31احلامدي عثمان عمر القادر عبد الدكتور و حيىي آل الرمحن عبد السيد حيدر حممد السيد الدكتور

484

التكامل بني القرآن والسنة .32 األستاذ الدكتور مصطفى خليف أبو زيد

505

33. ( القرآنية اآلايت جتاه والتنكري التعريف يف دراسة ) القرآن يف اخلمر Muhamad Rezi

532

Page 8: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 171

MENANGANI SAKIT AKIBAT GANGGUAN JIN YANG MEROSAKKAN

AQIDAH, FIZIKAL, MINDA, EMOSI DAN HUBUNGAN SOSIAL

Supyan Hussin

Institut Alam dan Tamadun Melayu,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi Selangor, Malaysia. Tel: 0192615418 E-Mail: [email protected]

Abstrak

Semua manusia tertakluk kepada sakit tanpa mengira usia kerana manusia itu tidak sempurna

dan tidak kekal. Salah satu dari lima punca sakit ialah gangguan jin kerana jin sudah

bersumpah pada Allah untuk merosakkan aqidah manusia, membawa kepada sakit fizikal,

merosakkan dan mengawal minda manusia, menjadikan emosi manusia tidak stabil dan

akhirnya merosakkan hubungan baik sesama manusia. Terdapat tujuh jenis jin yang

disandarkan kepada Al-Quran dan Hadis serta dikukuhkan dengan pengalaman dan

pengetahuan penulis sendiri. Konsep NUR dan NAR boleh dijadikan asas perbincangan untuk

memahami gangguan jin dan cara tanganinya. NUR boleh dikukuhkan, manakala NAR boleh

dilemahkan walaupun tidak boleh dihapuskan sepenuhnya. Dengan cara begini, setiap Muslim

boleh mencegah diri dari gangguan jin dan merawat diri sendiri atau orang lain yang terkena

gangguan jin.

Kata Kunci: Perubatan Islam, Perubatan Islam Komplementari, pengubatan, rawatan, jin, ruqyah

Pengenalan

Sakit adalah sunnatullah atau tabiee dalam kehidupan manusia. Manusia tertakluk kepada

lemah, hancur, rosak binasa dan mati sebagaimana setiap kejadian yang dalam dunia ini. Para

Nabi dan Rasul yang dimuliakan oleh Allah juga juga sakit dan mati. Ada lima punca yang

membawa kepada sakit: degeneratif atau kerosakan fisiologi dan biologi) akibat faktor usia,

objek fizikal luar yang kita sentuh atau langgar, umpamanya kita menyentuh benda tajam atau

kita melanggar tiang lampu; objek fizikal yang datang atau melanggari kita, umpamanya batu

yang mengenai kepala kita atau kita melanggari kereta orang dengan kuat; sumber

persekitaran seperti air, angin, haba, habuk, dan cuaca; dan gangguan jin melalui sihir atau

ilmu hitam.

Page 9: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 172

Apabila manusia sakit, maka tindakbalasnya ialah mencari ubat atau penawar. Usaha mencari

ubat dan rawatan kepada sakit adalah satu tuntutan iman. Ia mesti dilakukan untuk tujuan

kesejahteraan dalam hidup. Perubatan alopati di klinik atau hospital adalah tergolong dalam

perubatan Islam kerana khidmat perubatan yang diberikan membawa kepada kebaikan,

kesihatan dan kesejahteraan hidup yang dituntut oleh Islam melainkan kaedah dan bahan

rawatan yang digunakan tidak patuh syariah. Perawat Muslim di hospital dan pesakit Muslim

mestilah berpegang kepada pada aqidah bahawa kuasa penyembuhan adalah milik mutlak

Allah, dan bukan manusia dan bukan ubat. Perawat dan ubat adalah termasuk dalam kelompok

usaha.

Empat punca penyakit selain daripada gangguan jin, yang disebutkan di atas, boleh

diatasi dengan rawatan alopati atau rawatan perubatan di hospital dan klinik. Tetapi rawatan

alopati tidak mampu menangani semua penyakit, termasuk penyakit yang disebabkan oleh

gangguan jin. Lazimnya pihak hospital akan menamakan kategori pesakit yang tidak diketahui

punca penyakitnya atau tiada lagi rawatan alopati yang boleh diberikan kepada pesakit sebagai

idiopatik

1. Ditahap ini, pesakit diminta untuk merujuk kepada pakar sakit mental atau psikitris

dan ada juga doktor yang mencadangkan kepada pesakit supaya merujuk kepada khidmat

perubatan lain dari alopati. Khidmat perubatan lain ini terdiri daripada perubatan alternatif,

perubatan komplementari, dan pengubatan tradisional. Banyak pihak merujuk kepada khidmat

perubatan komplementari sebagai Perubatan Komplementari Islam (PKI) iaitu salah satu

cabang dalam perubatan Islam. Maksud komplementari ialah “melengkapkan” rawatan yang

sudah diterima sebelum ini dan bukan bermaksud bersaing dengan rawatan yang sedang atau

sudah diterima. 2

1 Supyan Hussin, Nor Azian Abdul Rahman & Mustafa Kamal Mokhtar. (2016). Epistemologi, ontology,

Metodologi dan birokrasi perubatan dan pengubatan dari perspsektif kearifan tempatan: satu kajian awal.

Proceedings of 6th International Conference on Local Knowledge (ICLK) 27-28 Julai 2016, 308-312. 2 Supyan Hussin & Nur Azian Abdul Rahman.(2016). Konsep, definisi dan skop perubatan dan pengubatan.

(2016). Kertas dibentangkan di Simposium Perubatan Islam: Ke arah perubatan Islam yang profesional dan

kontemporari. UKM. 26-27 April 2016. Anjuran Kumpulan Penyelidik LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03.

Page 10: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 173

Sakit Akibat Gangguan Jin

Umat Islam wajib percaya kepada alam ghaib dan wujudnya makhluk ghaib seperti malaikat

dan jin sepertimana yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Berdasarkan kepada Al-

Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., terdapat pelbagai kes gangguan jin ke atas manusia

Muslim khususnya dan boleh merosakkan aqidah, fizikal, minda, emosi dan hubungan social

pesakit.

Tujuan jin melakukan kejahatan ini adalah kerana sumpah jin kepada Allah untuk merosakkan

dan menyesatkan aqidah manusia yang beriman. Firman Allah:

Allah berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu, kerana kamu tidak sepatutnya

menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-

orang yang hina. Iblis menjawab: Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.

Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh.” Iblis menjawab:

Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-

halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari

muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan

mendapati kebanyakan mereka bersyukur3.

Dan sesiapa yang tidak memperdulikan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah)

Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan

menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya4.

Jin juga bersedia memberi khidmat kepada manusia untuk merosakkan hubungan sosial dan

memporakperanda keluarga dan masyarakat khususnya dari kalangan orang beriman. Firman

Allah: Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta

perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka

dosa dan kesalahan5 .

3 Al-Quran Al A’raf 13-17. 4 Al-Quran Al Maidah: 11. 5 Al-Quran Al Jin: 6

Page 11: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 174

Jin dikaitkan dengan kejadiannya yang berasal dari api, dan api dikaitkan dengan neraka.

Sikap dan perbuatan marah yang ada pada manusia dikaitkan dengan pengaruh syaitan dan

syaitan adalah dari api. Dalam ertikata lain, jin, syaitan, perkara mungkar, dosa, gelap (keliru,

sesat), hitam, dan neraka adalah berada dalam kategori yang negatif kerana semuanya itu

berkaitan antara satu sama lain yang boleh dinamakan sebagai NAR.6 Manusia yang beriman

kepada Allah perlu keluar dari NAR atau “kegelapan” dan menuju ke dalam NUR atau

“cahaya”. Dalam Al-Qur'an terdapat kalimah “Minadh Dhulumaati Ilan Nuur” disebutkan”

sebanyak tujuh kali: QS. Al-Baqarah : 257, QS. Al-Maidah : 16, QS. Ibrahim : 1, QS. Ibrahim

: 15, QS. Al-Ahzab : 43, QS. Al-Hadid : 9, dan QS. Ath-Thalaq : 11. Muslim yang berusaha

menambah NUR dalam diri akan dibantu oleh Allah untuk keluar dari “dzulumat” atau

kegelapan (kekeliruan, kesesatan)

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia

mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)7.

Jin adalah makluk Allah dan ciptaan Allah. Sepertimana manusia, ia mempunyai alamnya

sendiri. Firman Allah, “Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk

beribadah kepadaKu”8.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang

berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum

(Adam) dari api yang sangat panas 9.

6 Supyan Hussin, Nur Azian Ab Rahman & Mostafa Kamal Mokhtar. (2017). Konseptual NUR dan NAR

dalam rawatan komplementari Islam ke atas penyakit gangguan Jin di Nusantara. Prosidiang di International

Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia Princess of Naradhiwas University,

Narathiwat, Thailand. April 11, 2017 – April 12, 2017. 7 Al-Quran Al-Baqarah 2:257 8 Al-Quran Adz-Dzariyat 51:56 9 Al-Quran Al Hijr: 26-27

Page 12: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 175

Jin boleh dibahagi kepada dua bahagian: malaikat dan iblis. Malaikat dijadikan daripada

spektrum sebelah kanan bercahaya putih, manakala jin dijadikan dari spektrum sebelah kiri

iaitu berwarna hitam dari hujung lidah api. Kita percaya jin dijadikan dari plasma atau haba

dari api yang berwarna gelap atau hitam, iaitu pada sebelah kiri spektrum warna, dan ia boleh

dilihat dalam warna merah gelap atau infrared, manakala malaikat dibuat dari warna cahaya

putih yang boleh dilihat dalam cahaya ultraviolet pada sebelah kanan spektrum warna. Api

adalah satu manifestasi haba dan suhu. Api boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi haba hanya

boleh dirasai. Haba dan suhu boleh diukur menggunakan alat ukur dan boleh diterjemahkan

dalam bentuk kuantiti.

Setiap lapisan api ada bahang dan bahang api disebut sebagai haba. Haba bergerak

melalui gelombang dan mempunyai kekuatan atau energy sendiri. Di dalam haba, terdapat

sumber plasma atau gas ion (ionized gas). Setiap tahap haba ada warna berbeza. Haba paling

panas ialah pada api berwarna merah. Haba paling rendah atau kecil ialah pada api berwarna

hitam. Di sinilah duduknya haba awal yang mengandungi sumber plasma atau gas ion yang

menjadi sumber kejadian jin. Apabila gas ion ini mendapat cukup oksigen, ia akan membesar

dengan haba yang lebih kuat dan bertukar warna.

Kita memahami bahawa jin yang dibuat daripada “api” atau “smokeless fire” yang

disebutkan dalam Al-Quran, tetapi kita membuat hipotesis iaitu erti plasma atau “ionized

gas”. Plasma boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyerupai benda lain termasuk objek,

makluk lain seperti binatang, virus, bakteria, mahupun manusia sendiri. Plasma atau Ionized

gas yang mempunyai haba boleh menyerap masuk dalam tubuh manusia. Haba boleh diserap

dan menyerap dalam badan manusia dan hampir apa sahaja. Hipotesis ini akan mengaitkan

antara haba panas pada jin yang berada dalam diri manusia ketika manusia marah, tidak

tenteram, bergaduh, bertengkar, mengutuk orang lain dan semua perbuatan yang disusuli

dengan sifat-sifat mazmumah. Itulah aset Iblis.

Iblis adalah satu kumpulan etnik jin selain daripada syaitan. Dalam kalangan Iblis ada

“syaitan”. Ketua Iblis bernama Azazil digelar “syaitan” terkutuk apabila ia sombong dan degil

kerana menolak perintah Allah supaya sujud kepada Allah sebagai penghormatan kepada

Page 13: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 176

Allah di atas penciptaan manusia bernama Adam untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.

Ketua Iblis telah berjanji dan bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan manusia dari semua

sudut setelah Ketua Iblis dihalau keluar dari syurga. Ini bermakna Ketua Iblis sudah berazam

untuk merosakkan manusia, memporak-perandakan rumahtangga dan masyarakat dan

kehidupan manusia seluruhnya. Ini janji dan sumpah Ketua Iblis iaiatu Azazil kepada Allah.

Ketua Iblis mempunyai bala tenteranya yang terdiri daripada iblis dan syaitan dengan bilangan

yang besar. Makhluk jin seperti manusia juga boleh beranak pinak dan mati. Yang tidak mati

ialah Ketua Iblis yang dilewatkan waktu matinya sehingga hari kiamat.

Allah berfirman: Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku

menyuruhmu? Menjawab iblis: Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api

sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.

Allah berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya

menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-

orang yang hina. Iblis menjawab: Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.

Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh.” Iblis

menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan

(menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi

mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau

tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

Allah berfirman: Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir.

Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan

mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.

Dan Allah berfirman: Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta

makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu

berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim.

Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada

keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak

Page 14: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 177

melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi

malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga) 10.

Bagaimana pun, Allah menyatakan ada juga jin soleh dan jin kafir: “Dan sesungguhnya di

antara kami ada orang orang yang soleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian

halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.” 11

Jenis Jin dan Cara Tanganinya

Dalam berbelas kajian kes yang diteliti oleh penulis dan juga pengamal PKI,

melibatkan penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus atau jin, terdapat

tujuh jenis tugas jin yang dboleh dirumuskan.

1. Jin menggoda, menghasut

2. Jin mengikut

3. Jin menumpang

4. Jin bermukim

5. Jin paksa-rela

6. Jin upahan

7. Jin perjanjian, saka

Jin no. 1 adalah jin paling ramai; tugasnya menggoda, melalaikan, menghasut manusia

samada beriman atau tidak beriman. Ia menghasut manusia supaya menipu, bergaduh,

bercakap kotor, membuat kotor, membunuh orang, dan membuat apa sahaja kerja jahat dan

mungkar. Ia mengganggu rumahtangga sehingga berlaku perceraian. Ia menggoda manusia

supaya berzina. Ia melalaikan orang yang sedang solat atau orang yang mahu mendekati

Tuhan. Jin nombor 1 ini gembira bila manusia tidak solat, tidak buat amar maaruf, bercerai

10 Al-Quran Al-‘Araf : 12-20 11 Al-Quran Al Jin: 11

Page 15: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 178

berai, bergaduh, dan lalai. Cara tangani jin ini ialah dengan menguatkan NUR, aura, inner

strength atau electromagnetic field dalam diri dengan amalan-amalan yang digariskan Al-

Quran dan Sunnah selain daripada mengamalkan bacaan doa “Aku berlindung kepada Allah

dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.”

Dalil menunjukkan jin No 1 ini melakukan perbuatan menghasut, menggoda:

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada

Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka

bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah

membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal

kebajikan sahaja.” 12

“Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat

mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (syaitan) berkata,”Tuhanmu hanya melarang

kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak

menjadi orang yang kekal(dalam syurga)”13

“Setelah Syaitan merosakkan (hubungan) antara aku dan saudara-saudaraku” 14“Dan

katakanlah, Ya Tuhanku…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan-

syaitan” 15

Rasulullah bersabda, “Iblis membangun istananya di atas air, kemudian dari sana ia

mengirimkan (menyebar) pasukannya. Kemudian sang Iblis memanggil salah satu dari

pasukan yang paling pandai membuat onar atau paling berbahaya untuk melaporkan

tugas yang dikerjakannya. Saya telah melakukan ini…dan itu….kata salah satu pasukan

itu, namun sang Iblis menjawabnya: “kamu belum berbuat apa-apa!” Kemudian datang

lagi salah satu pasukan yang lain. “Aku tidak akan membiarkan dia sampai aku dapat

12 Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim 13 Al-Quran al-A’raf: 20 14 Al-Quran Yusuf: 100 15 Al-Quran al-Mukminun: 97

Page 16: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 179

memisahkan dia dengan isterinya, bagus! puji Iblis kepada pasukan yang berhasil

merusak keharmonisan suami isteri tersebut.” 16

Firman Allah SWT maksudnya:” … dan (syaitan) itu mengatakan, ‘Aku pasti akan

mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka,

dan akan ku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka…” 17

Firman Allah SWT maksudnya: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-

Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya

Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya

yang tidak renggang daripadanya.18

Jin no. 2 mengikut manusia ke tempat kediaman manusia. Lazimnya dia mengikut bayi-bayi

kecil ke rumah tanpa disedari oleh ibubapa anak kecil. Ia menggangu bayi hingga bayi

menangis ketakutan, biasanya waktu selepas matahari jatuh atau waktu maghrib, pada waktu

malam, dan pada waktu sebelum matahari naik. Ada kala mata bayi terbeliak, merenung pada

satu-satu tempat. Jin no. 2 juga mengikut orang dewasa ke dalam rumah. Ia akan makan, tidor,

mandi, berehat bersama kita. Cara tangani Jin no. 2 ini ialah dengan membaca

Bismillahirahmanirrrahim atau memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah seperti

dinasihatkan oleh Nabi. Ketika itu Jin no. 2 tidak akan masuk ke dalam rumah. Malah elok

juga amalkan doa “Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta

pengikut-pengikut dan anak-anaknya” dalam aktiviti harian kita.

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu

‘alaihi wasallam ada bersabda: Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke

rumahnya maka hendaklah dia berdoa: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ssebaik-baik

tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan

nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian

hendaklah sesseorang itu memberi salam ke atas keluarganaya.” 19

16 Hadis Riwayat Muslim 17 Al-Quran an-Nissa’: 118-119 18 Al-Quran AzZukhruf: Ayat 36. 19 Hadis Riwayat Abu Daud

Page 17: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 180

Jin no. 3 ialah jin yang merayau atau berjalan ke sana ke mari lalu singgah dan menumpang

di rumah atau bangunan kosong atau yang ditinggalkan lama atau paling tidak rumah atau

bangunan yang ditinggalkan lebih tiga hari. Apabila ia masuk menumpang, ia akan

berkampung bersama suku sakatnya. Cara tangani jin no. 3 ini ialah membaca

Bismillahirahmanirrrahim atau beri salam sebelum masuk ke dalam rumah, mengebas tempat

tidor dengan kain sebanyak 3 kali, dan melakukan solat serta membaca ayat-ayat Al-Quran

secara konsisten di dalam rumah. Adalah wajar juga amalkan doa “Aku berlindung kepada

Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya” dalam

aktiviti harian kita.

Nabi s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Bila seseorang masuk rumahnya, lalu menyebut

nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya):

Tidak ada penginapan bagi kamu dan tidak ada makanan malam bagi kamu. Jika

seseorang itu masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah, maka syaitan berkata

(kepada kumpulannya): Kamu mendapat penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut

nama Allah ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu akan

mendapat penginapan dan makanan untuk malam.” 20

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang kalian pergi ke katil

tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam

sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia

berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu

pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau

biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang

soleh.” 21

Jin no. 4 adalah jin yang sudah bermukim di sesuatu tempat, samada di hutan, belukar,

kawasan ladang, sungai, laut, bukit, gunung dan bilik air (jamban). Mereka mempunyai

keluarga dan komuniti mereka sendiri. Apabila tempat mereka dikotori, diceroboh atau

diganggu, maka jin yang bermukim ini akan bertindak mempertahan tempat mereka dan

20 Hadis Riwayat Shahih Muslim 21 Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Page 18: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 181

menyerang penceroboh dari kalangan manusia. Ia menyerang mereka yang mengotori

kawasan jin bermukim. Ia mengganggu pemaju dalam pembinaan rumah/bangunan,

mematikan enjin mesin yang digunakan pemaju di kawasan pembinaan, dan ia menyebabkan

kemalangan berlaku di tempat pembinaan. Ia mengganggu penghuni rumah/bangunan baru

setelah rumah/bangunan itu siap dan memporak perandakan penghuni dan keluarganya. Cara

tangani jin no. 4 ialah dengan meNURkan rumah/bangunan baru pada permulaan masuk

menghuni rumah/bangunan tersebut dan secara berterusan meNURkannya.

Nabi Muhammad s.a.w. menyebut tentang jin yang bermukim ini dalam sebuah

hadis: Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke

sana ke mari (di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala

golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah. 22

Dari Sa’id Al-Khudri dikatakan Rasulullah SAW bersabda, “Di dalam rumah terdapat

penghuni-penghuni (jin) maka jika kamu melihat sesuatu (yang aneh) maka usirlah ia

3 kali, kalau ia pergi maka biarkanlah, tapi jika ia membandel (tidak mau pergi) maka

bunuhlah, sebab ia pasti jin kafir,” 23

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada satu rumah orang muslim pun kecuali di atap

rumahnya terdapat jin muslim. Apabila ia menghidangkan makanan pagi, mereka (jin)

pun ikut makan pagi bersama mereka. Apabila makan sore dihidangkan, mereka (jin)

juga ikut makan sore bersama orang-orang muslim. Hanya saja, Allah menjaga dan

menghalangi orang-orang muslim itu dari gangguan jin-jin tersebut” 24

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jamban-jamban (WC) itu dihuni oleh jin” 25

Dari Abdullah bin Sarjas, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seseorang di antara

kalian kencing di lubang”, mereka bertanya kepada Qatadah, “Mengapa tidak boleh

22 Hadits Riwayat al-Hakim 23 Hadis Riwayat Muslim 24 Hadis Riwayat Abu Bakar dalam Kitab Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Atsqolani 25 Hadis Riwayat Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad

Page 19: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 182

kencing di lubang?” Qatadah menjawab, “Rasulullah SAW mengatakan karena lubang

itu adalah tempat tinggalnya golongan jin.” 26

Rasulullah bersabda, Janganlah kalian menjadi orang yang pertama kali masuk ke

pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar dari pasar, karena pasar itu

merupakan tempat berseterunya para syaithan. Dan di pasarlah syaithan menancapkan

benderanya27”

Jin no. 5 iaitu jin paksa-rela memasuki tubuh badan orang lain secara seru atau paksa. jin

paksa ialah jin yang masuk ke dalam tubuh manusia secara sesat atau terpaksa untuk mencari

“rumah baru” atau tuan baru. Ia boleh “melompat” masuk ke dalam tubuh yang lemah NUR

dan menguasai diri tuan barunya. Biasanya ia berlaku dalam suasana jin terdesak atau mencari

tempat bersarang apabila terlibat dalam sesuatu peristiwa sesak atau terperangkap. Jika jin ini

jin kafir, maka tuan baru sukar untuk solat atau membaca Al-Quran selepas ia masuk ke dalam

tubuh badannya. Kalau jin itu jin Islam, ia menjadi sebaliknya iaitu tidak mengganggu orang

itu solat atau dekati Al-Quran tetapi tuan baru akan dikuasai oleh jin ini. Jin ini boleh menjadi

khadam kepada pemilik baru ini. Manakala jin rela ialah jin yang hadir atau datang dalam diri

penyeru apabila ia dipanggil atau diseru.

Penyeru boleh memanggil jin ini untuk masuk berjalan di dalam alam jin dan berkomunikasi

dengan jin yang lain. Jika ia digunakan untuk pertahanan ini, penyeru ini akan “menurun”

dalam keadaan tidak sedar diri yang sebenar. Jin ini biasanya digunakan untuk mencantikkan

diri dan melindungi diri penyeru. Orang yang menggunakan susuk untuk mencantikkan wajah

dan menarik perhatian orang lain, serta orang yang menggunakan susuk untuk mejadi kebal

juga termasuk dalam kategori menyeru jin untuk memenuhi hasrat mereka ini. Manakala cara

tangani jin no. 5 ialah pertama tinggalkan amalan seru jin masuk dalam tubuh badan atau

berhenti seru jin menjadi khadam kita. Kemudian bertaubat dengan bersungguh. Bagi mereka

yang dimasuki tubuh badannya oleh jin secara paksa, hendaklah mendapatkan rawatan dari

perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman tanpa melakukan perkara-perkara syirik

26 Hadis Riwayat Nasai dan Ahmad 27 Hadis Riwayat Muslim

Page 20: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 183

serta cas bayaran yang tidak masuk akal. Seterusnya perlu kukuhkan NUR dalam tubuh

badannya.

Jin masuk melalui mulut seperti digambarkan dalam hadis. Abu Said berkata: Rasulullah

s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada

mulutnya (tutuplah), karena setan akan masuk bersama dengan orang yang menguap

(yang mulutnya tidak ditutup)”. 28

Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai

bersin dan membenci menguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-

hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya harus mendoakannya. Adapun menguap

datangnya dari setan, karenanya tahanlah sedapat mungkin. Apabila ia menguap terus

keluar suara “haaa”, maka setan akan tertawa” 29

Jin masuk melalui kuku. Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu.

Sesungguhnya setan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang. 30

Jin masuk melalui hidung. Bahwa Nabi s.a.w.. bersabda: Apabila salah seorang di

antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istintsar)

tiga kali, karena setan itu menginap di batang hidungnya. 31

Jin memasuki telinga. Abdullah berkata, “Disebutkan di sisi Nabi bahwa ada seorang

laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan shalat (malam). Lalu beliau

bersabda, ‘Setan telah kencing di telinganya 32

Jin no. 6 iaitu Jin upahan merupakan jin yang paling kerap menjadi sumber kepada amalan

sihir yang menyiksa dan membinasakan orang yang dibenci. Jin no. 6 ini dipuja oleh perawat

(bomoh) dan berlaku dalam semua etnik tanpa mengira agama. Jin diupah oleh bomoh untuk

melakukan sesuatu perkara “luarbiasa” serta jahat sepertimana yang dimahukan oleh pengadu

yang sanggup membayar apa sahaja bagi menyusahkan atau memusnhakan orang

28 Hadis Riwayat Muslim 29 Hadis Riwayat Bukhari 30 Hadis Riwayat Ahmad 31 Hadis Riwayat Muslim 32 Hadis Riwayat Muslim

Page 21: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 184

dimusuhinya. Jin akan menyatakan apa bentuk “pengeras” bagi melaksanakan tugas jahat itu.

Terdapat berpuluh cara atau kaedah untuk menggunakan jin upahan ini untuk menyerang

manusia sasaran, dari jauh atau dari dekat, melalui objek, makanan, air, pakaian, angin, udara,

minyak, patung dan 1001 satu macam cara. Orang yang terkena sihir lazimnya akan bermimpi

pelbagai yang pelik dan terlihat kelibat serta tanda-tanda fizikal mewakili kehadiran jin. Cara

tangani Jin no. 6 ialah mesti kukuhkan NUR dalam tubuh badan dan jiwa disamping

mendapatkan khidmat rawatan dari perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman tanpa

melakukan perkara-perkara syirik serta cas bayaran yang tidak masuk akal.

Firmah Allah: “Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia

meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah

bagi mereka dosa dan kesalahan.” 33

Firman Allah: “(aku berlindung) dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita dan

dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul 34

Jin no. 7 ialah jin saka yang diambil dan dipelihara oleh diri sendiri. Cara mendapatkan jin

saka ini boleh berlaku dengan “mengambilnya” di tempat tertentu, diambil dari bomoh, dan

diambil oleh orang lain yang ada jin saka. Lazimnya pemilik mendapat khimat ji ini melalui

“persetujuan” warisan (MOU – memorandum of understanding) atau melalui mimpi atau

dalam sedar apabila pemilik jin saka memberikan “perjanjiannya” kepada orang seterusnya

ketika ia sakit atau dalam nazak. Jin saka ini tidak mengganggu orang lain dan pada dasarnya

menjaga pemiliknya, tetapi ia boleh menyerang orang lain jika tuannya atau hak milik tuannya

diganggu. Jin no. 7 ini juga boleh bertempur dengan Jin no. 3, 4, 5 atau 6 jika Jin no. 7 merasa

terganggu atau terancam dengan hadirnya Jin no. 3, 4, 5 atau 6 dalam “kawasannya”.

Cara tangani Jin no. 7 ialah perlu dapatkan khidmat rawatan dari perawat yang banyak NUR

dan banyak pengalaman bagi mengeluarkan jin saka tanpa melakukan perkara-perkara syirik

serta cas bayaran yang tidak masuk akal; selepas itu, orang ini hendaklah bertaubat dan

berhenti mengulang dosa dan maksiat ini. Kemudian susuli amalan kukuhkan NUR dalam diri

33 Al-Quran Al Jin: 6 34 Al-Quran Al-Falaq: 3-4

Page 22: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 185

Firmah Allah: “Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia

meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah

bagi mereka dosa dan kesalahan.” 35

Daripada tujuh jenis jin ini, jin no. 6 adalah yang paling bahaya kerana ia diupah menyerang

mangsa secara berterusan sehingga mangsa sakit dan boleh sampai ke tahap mati. Jin yang

kedua bahaya ialah jin no. 7 iaitu saka, walaupun ia tidak menyerang orang lain, ia kekal lama

dalam diri tuannya, dan menyusahkan diri tuan pemilik jin ketika hampir mati.

Kesemua jin ini pada umumnya akan berusaha merosakkan pegangan aqidah pesakit, ahli

keluarga pesakit, dan perawat itu sendiri samada berlaku kesakitan atau tidak pada jasad

pesakit. Sakit fizikal ini boleh mebawa kepada tahap tekanan (stress) yang tinggi sehingga

menjadi emosi pesakit tidak stabil, dan seterusnya menjadi murung dan dinggap sebagai sakit

mental. Susulan dari itu hubungan sosial antara pesakit dan orang sekelilingnya juga akan

terencat.

Nur dan Nar

Sebagai pencegahan gangguan jin dan perawatan ke atas manusia akibat gangguan jin, selain

dari penjagaan makanan dan kesihatan, manusia beriman perlu menambah dan mengukuhkan

NUR dalam diri masing-masing bagi menghalang NAR daripada menguasai diri. Apakah itu

NUR? NUR adalah nilai baik, positif, dan suci yang antaranya disebut sebagai petunjuk

(taufik), hidayah, cahaya, putih, pahala, ikhlas, jujur, dedikasi, tunduk kepada Allah, bersih,

taqwa, baik hati, mujahadah, hati lapang, merendah diri (tawadhu’), ehsan, berhati-hati

(wara’), positif, maaruf, syukur, rahmat, barokah, redha, suka membantu orang, dan pemurah.

NUR akan bertambah apabila kita melakukan perkara yang maaruf dan memiliki banyak sifat-

sifat mahmudah. Selain dari itu NUR terbit dengan sebab amalan solat, doa, zikir, puasa, haji,

sedeqah, amar maaruf nahi mungkar, banyak membaca Al-Quran, banyak berisitighfar dana

pa saja yang membawa diir kita supaya dekat pada Allah.

Apabila banyak NUR dalam diri, maka NAR akan berkurangan dan NAR menjadi lemah

dalam diri. NUR boleh melemahkan dan memadam NAR. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

35 Al-Quran Al Jin: 6

Page 23: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 186

“Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya

sebuah titik hitam (NAR). Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat

(NUR), hatinya dibersihkan. 36

Dengan banyaknya NAR dalam diri sesorang itu boleh membuka ruang kepada jin atau syaitan

untuk bermukim dalam diri kita dan membuka ruang untuk mudah disihir dan diserang oleh

jin samada yang diupah atau tidak diupah oleh manusia. Jin dan syaitan adalah NAR. Apa itu

NAR? NAR ialah nilai buruk antaranya disebutkan sebagai gelap, sesat, dosa, khianat, hitam,

riya’, malas, sombong, takabbur, kotor, durhaka, lemah, sombong, ‘ujub, tidak peduli,

maksiat, negatif, tidak bersyukur, tidak redha, hati gelisah selalu, dengki, tamak, mungkar,

haloba, dan hasad. Apabila banyak NAR dalam diri, maka diri akan lebih dekat dan mudah

terdedah kepada gangguan syaitan atau sifat syaitan. Banyak NAR dalam diri bermakna kualiti

diri manusia beriman akan merosot. Banyak NAR dalam diri bermakna lebih mudah sesorang

Muslim itu terkena gangguan atau pengaruh jin dan syaitan termasuk sihir kerana jin berkait

rapat juga dengan NAR. Bagi menghalangi dan melemahkan NAR seterusnya menghapuskan

NAR dari dalam diri manusia beriman, maka menambah dan mengukuhkan diri dengan NUR

adalah suatu yang dituntut oleh Allah dan Rasul.

Sekiranya tahap NUR manusia beriman itu lemah yang membawa kepada sakit, pesakit boleh

mendapatkan rawatan PKI dari individu Muslim lain atau perawat yang diyakini memiliki

“banyak NUR” atau yang memiliki saiz electromagnetic field yang besar dan kuat. Sekiranya

perawat berkenaan menggunakan ayat-ayat Quran dan doa-doa pilihan untuk merawat pesakit

yang diganggu jin, maka NUR yang lahir dari bacaannya akan melemahkan NAR yang ada

pada pesakit. Apa pun jika pesakit sendiri boleh membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa

pilihan dengan nyaring untuk merawat sendiri, maka ia adalah lebih berkesan dengan syarat

pesakit meninggalkan perbuatan yang membawa kepada dosa di samping banyak melakukan

amalan yang menambah NUR dalam dirinya.

36 Hadis Riwayat At Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban

Page 24: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 187

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, sakit yang disebabkan oleh gangguan jin adalah suatu yang benar boleh

berlaku kerana beriman dengan perkara ghaib adalah sebahagian daripada tuntutan iman

dalam Islam sebagaimana yang digariskan dalam Rukun Iman. Tetapi kita tidak boleh beriman

dengan kuasa makhluk halus kononnya lebih kuat atau lebih hebat dari kuasa Allah SWT

kerana Allah adalah Pencipta kepada makhluk halus. Makhluk halus seperti jin tidak boleh

mengatasi kuasa Allah, tidak boleh mengalahkan ayat-ayat Al-Quran, tidak boleh mengatasi

manusia yang mempunyai kekuatan NUR, aura atau electromagnetic field diri yang besar dan

kuat. Gangguan jin boleh merosakkan aqidah, fizikal, minda, emosi dan hubungan sosial

pesakit itu sendiri.

Oleh itu, setiap Muslim yang menambah kekuatan NUR dalam diri secara berterusan

akan dapat tangani gangguan jin atau keserabutan NAR dalam diri pesakit. Menggunakan

kuasa makhluk halus, bergantung harapannya kepadanya, dan percaya makhluk menjadi

pelindung dan penyelamat manusia adalah fikiran dan perbuatan syirik, Maka bertaubatlah

kepada Allah dan tinggalkanlah semua angkara dan maksiat bersama jin ini kerana ia

menambah NAR dalam diri, menjauhkan diri dari Allah dan mendekatkan diri dengan jin.

Rawatan PKI yang diberikan tidak memadai kalau pesakit sendiri tidak berusaha ke arah

memantapkan NUR dalam dirinya bagi mengurangkan atau menghapuskan NAR dalam

dirinya. Lebih dekat diri pesakit pada Allah, lebih kuat pergantungannya pada Allah melalui

proses pemantapan NUR dalam dirinya, lebih tinggi potensi pesakit akan dikurnia

kesembuhan dan kesihatan oleh Allah.

Penghargaan: Sebahagian kandungan penulisan ini adalah hasil rumusan kajian

LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03 yang dijalankan sejak 2012-2017

Page 25: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge

International Conference Of Islamic Fundamental On Integration Of Aqli And Naqli (Icon) 2018 | 188

Rujukan

Al-Quran dan Terjemahan. http://www.surah.my/

Supyan Hussin & NorAzian Abdul Rahman. Konsep, definisi dan skop perubatan dan

pengubatan. (2016). Kertas dibentangkan di Simposium Perubatan Islam: Ke arah

perubatan Islam yang profesional dan kontemporari. UKM. 26-27 April 2016. Anjuran

Kumpulan Penyelidik LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03.

Supyan Hussin, Nor Azian Abdul Rahman & Mustafa Kamal Mokhtar. (2016). Epistemologi,

ontology, Metodologi dan birokrasi perubatan dan pengubatan dari perspsektif kearifan

tempatan: satu kajian awal. Proceedings of 6th International Conference on Local

Knowledge (ICLK) 27-28 Julai 2016. Hal 308-312.

Supyan Hussin, Nur Azian Ab Rahman & Mostafa Kamal Mokhtar. (2017). Konseptual NUR

dan NAR dalam rawatan komplementari Islam ke atas penyakit gangguan Jin di

Nusantara. Prosidiang di International Conference on Islam, Development and Social

Harmony in Southeast Asia Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, Thailand.

April 11, 2017 – April 12, 2017.

Page 26: PAPER PROCEEDINGS · paper proceedings international conference of islamic fundamental on integration of aqli and naqli (icon) 2018 diversity of sunnah within a wealth of knowledge