3
Kosmo/ • StLAbA 1 MEI 2018 OM8C > Lihat muka 22,23 & 24

OM8C Kosmo/ • StLAbA 1 MEI 2018 - ijn.com.my · Tidak berapa lama kemudian, pintu dewan pembedahan itu ditolak dan ... hipertensi, kolesterol tinggi, merokok dan genetik. Dalam

Embed Size (px)

Citation preview

Kosmo/ • StLAbA 1 MEI 2018 OM8C

> Lihat muka 22,23 & 24

Headline Ucapan terima kasih beri kepuasan luar biasaMediaTitle KosmoDate 01 May 2018 Color Full ColorSection Kosmo 2 Circulation 197,202Page No 21TO23 Readership 875,000Language Malay ArticleSize 2340 cm²Journalist FARID AHMAD TARMIJI AdValue RM 60,726Frequency Daily PR Value RM 182,178

KOSMO! SELASA1 MEI 2018

MENYELAMIHIDUPANDA Oleh FARID AHMAD TARMIJI Foto ABDUL NAZIR MOHAMED

RENCANA UTAMA

UN merupakan sebuah institusi yang komited memberi perkhidmatan terkini dalam perubatan kardiovaskular dan torasik.

Sebagai salah seorang pakar bedah jantung yang berkemahiran di Institut Jantung Negara, Dr. Jeffrey Jeswant Dillon mempunyai rekod cemerlang dalam bidang yang diceburinya.

JIKA ada waktu teriuang Jeffrey gemar melakukan aktiviti berbasikal.

SUASANA dalam dewan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi itu begitu tenang. Suhu sekitar 19 darjah Celsius itu

terasa hingga ke tulang. Dari suatu sudut kelihatan dua orang

doktor dan seorang jururawat sedang berbual antara satu sama lain.

Di hadapan mereka terdapat seorang pesakit yang sudah 'ditidurkan' dengan ubat bius. Tidak berapa lama kemudian, pintu dewan pembedahan itu ditolak dan

kelibat seorang lelaki lengkap berpakaian berwarna biru dan berkaca mata masuk ke bilik tersebut.

Lelaki tersebut ialah Datuk Seri Dr. Jeffrey Jeswant Dillon. Beliau

merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik di IJN.

Beliau akan mengetuai satu misi pembedahan pintasan jantung tersebut.

Sebaik jururawat menyarungkan sarung tangan berwarna putih, Jeffrey memulakan pembedahan tersebut

sambil dibantu oleh tiga orang pembantu di sisinya.

"Pembedahan pintasan jantung dilakukan bagi memulihkan pengaliran darah ke bahagian jantung kerana saluran darah koronari tersumbat.

"Jika pembedahan ini tidak dilakukan, ia boleh menyebabkan

KEBIASAANNYA pada hari Jumaat dan Isnin, Jeffrey klinik di IJN untuk bertemu dan memberi rundingan jantung.

risiko serangan jantung dan risiko kematian," katanya yang mesra dengan panggilan Jeffrey.

Saluran darah koronari tersumbat ini boleh diakibatkan oleh penyakit diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi, merokok dan genetik.

Dalam tempoh lebih dua dekad berkhidmat bersama IJN, beliau telah menyelamatkan banyak nyawa yang berisiko mati akibat penyakit jantung.

Jeffrey, 50-an memulakan rutin hariannya di IJN seawal pukul 7.30 pagi.

Setelah sampai di tempat kerjanya beliau akan pergi ke wad untuk berjumpa dan memantau keadaan pesakitnya.

"Selalunya pada hari Isnin dan Jumaat saya akan berada di klinik untuk berjumpa pesakit. Ketika di klinik saya akan mengadakan rundingan dengan pesakit bagi menerangkan solusi

akan berada di kepada pesakit

berhubung masalah mereka.

Dalam seminggu, tiga hari diperuntukkan untuk kerja-kerja pembedahan. Kebiasaannya beliau akan melakukan dua atau tiga pembedahan sehari.

Memahami Lelaki kelahiran Bukit

Mertajam, Pulau Pinang. Jeffrey akan pulang ke rumah sekitar pukul 8 malam selepas beliau memastikan pesakit-pesakitnya berada dalam keadaan stabil. Kepada kebanyakan orang, hujung minggu adalah masa untuk bersantai bersama

keluarga, sebaliknya ada masa-masanya Jeffrey perlu menyempurnakan misinya menyelamatkan jantung pesakit.

Sebagai pakar bedah beliau sentiasa berada dalam mod siap sedia jika berlaku kes-kes kecemasan. Bahkan pernah berlaku, dia perlu masuk ke dewan bedah walaupun sudah pulang ke rumah. Walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai pakar pembedahan jantung, beliau bersyukur keluarganya amat memahami tanggungjawabnya.

"Isteri saya juga seorang doktor, jadi dia amat memahami tugas saya," katanya. Secara purata, dalam tempoh setahun beliau melakukan lebih 40Q pembedahan jantung.

Meskipun kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua jabatan sejak empat tahun lalu, Jeffrey masih

Headline Ucapan terima kasih beri kepuasan luar biasaMediaTitle KosmoDate 01 May 2018 Color Full ColorSection Kosmo 2 Circulation 197,202Page No 21TO23 Readership 875,000Language Malay ArticleSize 2340 cm²Journalist FARID AHMAD TARMIJI AdValue RM 60,726Frequency Daily PR Value RM 182,178

melakukan pembedahan dalam jumlah yang sama.

Sebagai pakar bedah jantung beliau perlu sentiasa melakukan pembedahan agar kemahirannya sentiasa dikemas kini dan berada pada tahap terbaik. "Pembedahan jantung berbeza dengan pembedahan am lain. Jika pembedahan gagal, pesakit ^ mungkin terus meninggal dunia," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

RENCANA UTAMA

GAMBAR menunjukkan keadaan saluran darah koronari yang tersumbat.

Terimakasih Sepanjang menjadi pakar

bedah jantung, banyak pengalaman pahit manis yang dilaluinya. Menerima ucapan terima kasih daripada pesakit adalah pengalaman manis buat dirinya.

"Ucapan terima kasih itu mempunyai kuasa dan gelombang yang cukup luar biasa. Saya rasa puas dan gembira dengan apa yang saya lakukan," katanya.

Meskipun seorang yang pakar, sebagai manusia biasa Jeffrey mengakui beliau pernah kecundang.

Secara am, pembedahan jantung selamat dilakukan, namun ada juga kes-kes yang gagal dan pesakit meninggal dunia. Bagi Jeffrey, ia sesuatu yang pahit untuk ditelan. "Solusi terbaik ketika berdepan dengan situasi sedemikian ialah berdamai dengan hati dan yakinlah bahawa kita telah berusaha sehabis baik serta berserah kepada tuhan," jelasnya yang gemar berbasikal.

Jeffrey memanjatkan syukur kerana siapa beliau pada hari ini ialah berkat doa restu daripada kedua-dua ibu bapanya. Selepas tamat persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1980-an beliau mendapat biasiswa ASEAN untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Singapura.

Bagaimanapun, kedua-dua ibu bapanya mahu beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

"Ibu saya seorang jururawat, manakala ayah pula pentadbir hospital. Jadi mereka mahu saya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan," jelasnya yang pernah bercita-cita mahu menjadi pemain bola sepak profesional.

Jeffrey seorang yang kuat bersukan ketika bangku sekolah. Beliau pernah mewakili pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Malaysia untuk peringkat bawah umur. Sebaik tamat pengajian di UKM, beliau kemudiannya ditugaskan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada awal tahun 1990-an, Jeffrey ke Kuala Lumpur bagi meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dalam bidang pembedahan am.

Beliau memilih untuk mendalami bidang pembedahan am kerana lebih gemar melakukan kerja secara amali dan praktikal. Beliau turut belajar dalam bidang pembedahan am di Royal College of Surgeons of Edinburgh di Scotland. Selepas lulus peperiksaan beliau ditauliahkan sebagai pakar pembedahan am.

Jeffrey mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan IJN pada tahun 1994. Pada masa itu juga beliau berhasrat untuk menjadi seorang pakar bedah plastik. Selepas mendapat tawaran daripada IJN beliau mengasah kemahirannya untuk pembedahan kardiotorasik di IJN.

Jeffrey buat julung-julung kalinya diberi kepercayaan melakukan

ANTARA aiatan yang digunakan untuk pembedahan pintasan jantung.

pembedahan jantung pada tahun 1995. Pesakit tersebut menghidap masalah jantung berlubang.

"Perasaan saya ketika itu cukup mendebarkan. Syukur, pembedahan yang mengambil masa dua jam itu berjaya," jelasnya yang melanjutkan pengajian dalam bidang pembedahan jantung di Mayo Clinic, Rochester, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1997 hingga 1998.

Anugerah Di AS, beliau dianugerahkan Advance

Fellowship in Cardiothoracic Surgery. Beliau kemudiannya pulang ke tanah air untuk meneruskan khidmat sebagai pakar perunding pembedahan jantung di IJN.

Beliau juga berjaya mempelopori beberapa teknik pembedahan yang terkini di Malaysia dan Asia Pasifik.

Beliau juga gemar dengan bidang penyelidikan dan akademik. Beberapa hasil kajian dan rencana beliau telah diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal di Amerika Syarikat dan Eropah. Kerjaya sebagai seorang pakar pembedahan jantung walaupun sangat sibuk dan mencabar, ia memberi kepuasan pada diri.

"Mungkin inilah takdir saya untuk membantu pesakit-pesakit jantung yang serius. Jika tidak, mungkin saya menjadi seorang pakar bedah plastik, jurutera ataupun pemain bola," ujarnya.

Dr. Jeffrey •Dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang •Mendapat pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam •Melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran diUKM •Meneruskan pengajian masters dalam bidang pembedahan am di Royal College of Surgeons of Edinburgh di Scotland • M u l a berkhidmat dengan IJN pada tahun 1994

Headline Ucapan terima kasih beri kepuasan luar biasaMediaTitle KosmoDate 01 May 2018 Color Full ColorSection Kosmo 2 Circulation 197,202Page No 21TO23 Readership 875,000Language Malay ArticleSize 2340 cm²Journalist FARID AHMAD TARMIJI AdValue RM 60,726Frequency Daily PR Value RM 182,178