32
ZAINI ABDULAH (Nota Kulia h) 1 ZAINI ABDULLAH 137 Bangunan KDP UPSI [email protected]

Nota Kuliah Falsafah

  • Upload
    xiella

  • View
    2.128

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 1

ZAINI ABDULLAH

137 Bangunan KDP

UPSI

[email protected]

Page 2: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 2

TAJUK KULIAH 1

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Ke arah Pembangunan

Insan & Negara

Pendidikan dan Pembangunan.

Page 3: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 3

Objektif

Objektif tajuk ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami hubungkait di antara pendidikan dan pembangunan insan dan negara.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:

1. Mendefinisikan pendidikan dan pembangunan

2. Menjelaskan pendidikan dan pembangunan sebagai dua pembolehubah.

3. Menghubungkait di antara pendidikan dan pembangunan insan dan negara.

Page 4: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 4

Persoalan

Mengapakah anda hendak menjadi guru?

Untuk menjadi guru, apakah ilmu yang mesti anda kuasai?

Page 5: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 5

Pedagogi Kandungan mata pelajaran Konten-pedagogi Pelajar Konteks pendidikan di Malaysia Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia Kurikulum

Menurut Shulman, L.S. (1986) Guru yang profesional mestilah menguasai 7 jenis pengetahuan:

Kursus ini akan membincangkan 3 jenis pengetahuan yang akhir.

Page 6: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 6

Pengetahuan Konteks Pendidikan di Malaysia

• Sejarah sistem pendidikan di Malaysia

• Matlamat pendidikan di Malaysia

• Struktur pendidikan di Malaysia

• Pengaruh perubahan ekonomi terhadap sistem dan corak pendidikan

• Pengaruh budaya setempat terhadap sekolah

Page 7: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 7

Pengetahuan Tentang Tujuan Dan Falsafah Pendidikan

Malaysia

• Tujuan pendidikan

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):

i. Asas pembinaan FPK.

ii. Bentuk dan prinsip pendidikan

iii. Proses & pelaksanaan pendidikan

iv. Kesan akhir pendidikan.

Page 8: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 8

Pengetahuan Kurikulum

• Konsep & pengertian kurikulum

• Reka bentuk kurikulum

• Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum

Page 9: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 9

KONSEP & PENGERTIAN

Page 10: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 10

Pendidikan = Education

Education = Latin: e’ex + ducereduc (keluar) (memimpin)

Pendidikan = Didikan vs latihan (educere) (educare)

Pendidikan ialah penyerapan pengetahuan dalam bentuk teori dan dan melakukan latihan dalam bentuk

praktis bagi membentuk peribadi, watak dan mencungkil bakat yang terpendam.

Konsep Pendidikan

Page 11: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 11

DIDIK (educere)

LATIH (educare)

Kebijaksanaan

Berterusan

Belajar u

ntu

k belajar

Belajar u

ntu

k keteramp

ilan

Kemahiran

Ada had

PENDIDIKAN(education)

Memimpin Melatih

Perbandingan

Page 12: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 12

Pengkonsepan Pendidikan

I. Instrumentalis: Pendidikan ……

1. cara untuk mencapai matlamat.

2. untuk mencapai sesuatu keperluan.

3. mesti bersesuaian dengan kehidupan manusia di dalam masyarakat.

4. untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi.

II. Bukan instrumentalis: Pendidikan ………….

1. mempunyai matlamat implisit

2. menjadi makhluk terdidik

3. satu kehidupan

Page 13: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 13

Formal

Cth: SK, SMK, MRSM,

IKM

Non Formal

Cth: Kursus masakan, jahitan,

ternakan

Informal

Cth: Adab, tutur kata, akhlak

PENDIDIKANJenis

Pendidikan

Page 14: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 14

Formal Informal Non formal

Reka bentuk Perkembangan ilmu & kemahiran, j/m lama

Bina kemahiran untuk kehidupan, j/m berterusan

Perkembangan kemahiran, j/m pendek

Pengajaran Guru terlatih, pedagogi.

Keluarga & masyarakat

Ahli yang pakar

Pembelajaran Seragam, berjadual, teks

- Berjadual

Institusi Rasmi: bangunan & kelas, sekolah,

Tidak rasmi: rumah, masyarakat

Rasmi & tidak rasmi: agensi kerajaan & swasta.

Kurikulum Rasmi, kebangsaan, berstruktur

Tidak rasmi Tidak rasmi

Penilaian Rasmi & kebangsaan - -

Pengiktirafan Perjawatan: sijil, Dip., Ijazah

- Sijil penyertaan

Organisasi Pra sekolah, sk. ren & men, IPT

- -

Page 15: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 15

Definisi Pendidikan

Idea Klasik Greek

Usaha manusia/kerajaan untuk membentuk generasi mendatang.

i. Sparta : Pendidikan satu usaha untuk membentuk rakyat yasng berani, berdisiplin, taat pemimpin dan cintakan tanah air.

ii. Athens : Pendidikan untuk membina kebijaksanaan dan keseimbangan jiwa bagi mengukuhkan demokrasi dan membentuk warganegara yang cintakan negara.

Page 16: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 16

1. Pendidikan ialah latihan.

“Pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi mencapai kecantikan kesempurnaan pekerti. Ia merupakan usaha untuk mempelajari sesuatu mengikut persekitaran yang sesuai dalam budaya masyarakat yang ada” Plato (427 S.M. – 347 S.M.)

2. Pendidikan ialah usaha

“Pendidikan ialah proses pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran.” Socrates (470 S.M. – 399 S.M.)

3. Pendidikan ialah sistem

“Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.” Aristotle (384 S.M. – 322 S.M.)

Page 17: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 17

4. Pendidikan ialah proses

“Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.”

(John Dewey)

5. Pendidikan ialah penambahan ilmu

“Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.” (Stuart Mill)

6. Pendidikan ialah mendidik

“Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi.” (Ducasse)

Page 18: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 18

Konsep & Pengertian Pendidikan Dalam Islam

Tarbiah (Mengasuh/ Memelihara/ membaiki)

Ta’dib (Mendidik/

membentuk adab & akhlak

Ta’lim (Pengajaran)

MAKHLUK

Page 19: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 19

Dalam Islam, tarbiah, ta’dib dan ta’lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik:

i. Berilmu

ii. Mempunyai kesedaran

iii.Menghayati

iv.Menginsafi

v. Beramal

“Hanya yang takut kepada Allah dari hamba-hamba-Nya ialah ulama” Surah Fatir:28)

Page 20: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 20

1. ‘Pendidikan sebagai membentuk tabiat dan sikap manusia dalam pelbagai aspek kehidupan (jasmani, rohani, akal, akhlak, sosial) supaya dapat mengabdi diri kepada Allah”. (Al-Jamali)

2. ‘Pendidikan sebagai latihan aqliah, jasmaniah dan rohaniah bagi melahirkan manusia berkebudayaan tinggi, berupaya melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang sempurna.” (khursid Ahmad)

3. Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan cara bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab & berbakti kepada Allah. (Hasan Langgulung)

Page 21: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 21

Apakah hakikat pendidikan?

1. Proses interaksi 2 pihak di antara pendidik dan orang yang dididik secara seimbang.

2. Usaha melengkapkan pengetahuan, pemikiran dan kemahiran orang yang dididik untuk menghadapi cabaran perubahan persekitaran.

3. Proses dan usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

4. Proses yang bertersan

5. Usaha menerapkan ilmu dan nilai bagi pembinaan warganegara yang cemerlang

Page 22: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 22

Apakah yang anda faham tentang konsep dan

pengertian pendidikan?

Apakah hubungkait di antara pendidikan dan pembangunan?

Fikirkan Sejenak…..

Page 23: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 23

Konsep Dan Pengertian Pembangunan

1. “ Pembangunan ialah memimpin objektif kerajaan-kerajaan. Pembangunan sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial dan politik”.

(Hulme D & Turner M., 1990)

2. “ Pembangunan ialah merealisasikan potensi personaliti manusia, gabungan dari tiga matlamat yang khusus. Pertama, jaminan keatas bekalan keperluan asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan. ketiga, pengurangan ketidakadilan ” ( Seers, 1977).

3. Menurut Kadt E. D. et al (1974) menerangkan pembangunan dari perspektif Leninism, “ Rejim Soviet ini cuba melihat perubahan total ke atas individu-individu kepada keperluan dalam dunia persaingan dunia industri (Pembangunan berkisar di atas landasan nilai-nilai materialisme secara kuantitatif ). Juga memandang serius ke atas kewujudan kelas sosial dan konflik sosial ”.

Page 24: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 24

4.“Pembangunan boleh difahami dari kebiasaan ekonomi, dan tidak dari perspektif politik, etika, ideologi atau kriteria yang lain. Pembangunan tidak hanya dilihat dari faktor-faktor ekonomi (tanah, buruh, modal dan pengusaha) tetapi lebih kepada perkembangan ekonomi ”. Berger G. ( 1992 )

5. “Satu proses di mana sesuatu perkara berpindah dari satu tingkat ke tingkat yang lain ”. Hyper Dictionary (WordNet Dictionary )

6. “Pembangunan adalah suatu proses membuka dan memperkembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan mendedahkan manusia kearah kemuncak ketuhanan supaya dia berkembang sepenuhnya secara beransur-ansur dan kearah yang lebih baik dalam konteks kehebatan alamiah ”. Kadir H. D, ( 1996 )

7. “Pembangunan (al-Tanmiyyah) bermaksud peningkatan, kebangkitan dan pertambahan dari semua aspek kehidupan kerana sifat kehidupan ini sentiasa berubah tidak berhenti-henti dan jika tiada peningkatan maka matilah ia.” Fathi Yakan (2002)

Page 25: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 25

8. ‘Pembangunan(al-Tanmiyah) bermaksud penyuburan dan pemurnian diri insan.’ ( Abduh ,1404H)

9. Konsep pembangunan berkiblatkan Islam adalah pembangunan yang berasaskan kepada kepada keesaan Allah, matlamat ialah keredahan Allah (mardatillah) dan kerangkanya mencakupi skala waktu panjang iaitu waktu kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat. Sepanjang skala itu, manusia mesti mencapai kebahagian (hasanah fid-dunia wa hasanah fil-akhirat). (Muhammad Syukri Saleh 2002)

10. Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan pembangunan (al-tanmiyah) dalam al-Quran seperti al-Tazkiyah(penyuburan), seperti tersebut dalam surah al-Syams: 9, Pembinaan (al-Bina’) seperti tersebut dalam surah al-Saf :4.

Dalam hubungan ini sasaran utama pembangunan adalah manusia itu sendiri (Nailul Murad Mohd.Nor & Hanapi Md. Noor 2002).

Page 26: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 26

Pembangunan Berteraskan Islam

ALLAH

WAHYU

Quran

Sunah

Pendidikan & Latihan:

Aqliah

Jasmaniah

Rohaniah

Insan bertaqwa

& khalifah

Allah

PEMBANGUNAN DUNIA & AKHIRAT

Page 27: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 27

NEGARA

INSANEkonomi

Sosial

Politik

Alam sekitar

Pelbagai sektor, pekerjaan, peningkatan pendapatan

Pendidikan, kemasyarakatan, teknologi, cara hidup, pengantara bangsaan

Penyertaan demokrasi, hubungan diplomatik,

kestabilan, keadilan, hak asasi, kebebasan

Keseimbangan eko, kebersihan,

Intelektual (IQ)

Rohani (SQ)

Jasmani (PQ)

Emosi (EQ)

Pembangunan Apa?

Agama & MoralKepercayaan kepada tuhan, ketaatan, berakhlak, pekerti

mulia

Page 28: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 28

PEMBANGUNAN

Intelek Emosi

Jasmani

Rohani

EKONOMI

SO

SIA

L PO

LITI

K

Page 29: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 29

Pengaruh Pendidikan Terhadap Pembangunan

Pendidikan Pembangunan

Pembolehubah bebas (IV)

Pembolehubah bersandar (DV)

Literasi

literasi fungsian, literasi budaya, literasi bahasa, literasi saintifik, literasi

maklumat, literasi moral

(multiliterasi)

Kesedaran, penerimaan maklumat, keupayaan memberi idea & kemahiran, penyertaan

Ekonomi, sosial, politik, alam

sekitar

Page 30: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 30

Pengaruh Pembangunan Terhadap Pendidikan

PendidikanPembangunan

Pembolehubah bebas (IV)

Pembolehubah bersandar (DV)

Politik, Ekonomi, sosial,

demokrasi, penyertaan, peruntukan kewangan, prasarana

formal, informal,

non formal

Page 31: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 31

Rumusani. Pendidikan mendidik + melatih manusia

ii. Pembangunan unsur manusia + elemen kenegaraan

iii. Pendidikan dan pembangunan membentuk dua pembolehubah yang berkaitan.

iv. Pendidikan boleh memberikan kesan secara langsung kepada pembangunan (insan dan negara) aspek literasi

v. Pembangunan menyediakan peruntukan dan kebolehdayaan untuk perkembangan pendidikan

Page 32: Nota Kuliah Falsafah

ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 32

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan?

3. Adakah pendidikan dan pembangunan merupakan dua pembolehubah yang saling berkaitan? Mengapa?

4. Bagaimanakah pendidikan memainkan peranan dalam pembangunan:

4.1 Insan

4.2 Negara

5. Berikan penilaian anda:

5.1 Pendidikan lebih mempengaruhi pembangunan

5.2 Pembangunan lebih mempengaruhi pendidikan

PERBINCANGAN