New Treatment& Skrip 150102011

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    1/22

    SKRIP DAN TREATMENT TELEMOVIE : PAUTAN KASIH

    SKRIP ASAL: JAMILAH HJ JAAFFAR

    1. Suasana di lapangan terbang Terminal 2 Kota Kinabalu, Lily sedang menyorong trolidengan 2 beg pakaian dan sebuah kotak tiba-tiba kotak terjatuh dekat perhentian teksi ,

    kebetulan seorang pemuda berpakaian kemas (Danny) lalu dan menolong Lily

    DIALOG:

    LILY: Oh dear. Em. (sedikit mengeluh kerana kotak terjatuh)

    DANNY: boleh saya bantu ?...

    2.Lily sambil tersenyum hanya mengganguk kepalanya.Kemudian Danny berseloroh serta

    bertanyakan sama ada Lily sudah ada kenderaan.

    DIALOG

    DANNY: wah berat kotak ini . kalau cik yang angkat saya risau nanti tangan cik tu sakit

    pula..da ada teksikah ?

    LILY : ada kat depan tu

    DANNY : O.k.. saya angkatkan beg dan kotak ni

    3.. aksi orang keberatan angkat kotak)Lily hanya mengangguk tidak sempat menjawab).

    Mereka berbual seketika Danny bertanya hala tuju Lily lalu bertanyakan no telefon

    Lily.Danny dengan gaya tergesa-gesa mengeluarkan hand phone.

    DIALOG

    DANNY: Allright dah settle. Cik nak ke mana ?

    ( menjawab sambil tersenyum)

    LILY:) Oh .. ke UMS terima kasih ya kerana bantu angkat beg saya

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    2/22

    DANNY : alah.. perkara kecil ja oh masih study kah? Tahun berapa ?

    Lily : Ya.. tahun akhir saya pergi dulu ya

    DANNY : nanti dulu (seolah-olah menahan) boleh I minta no telefon you ?

    LILY : (sambil mengangguk kepala dan memberikan no h.phone)

    DANNY: O.k da

    5. Lily bergegas masuk ke dalam teksi dan teksi pun beredar tanpa mengenalkan diri

    masing-masing. Danny masih berdiri dengan wajah tersenyum melihat teksi beredar dan

    berkata seorang diri

    DIALOG :

    DANNY: Bye jumpa lagi.

    LATAR : Dewan kuliah

    6. Lily berjalan di kawasan dewan Kuliah, pelajar sibuk lalu lalang di University Malaysia

    Sabah, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dia bertanya dalam hati(monolog) barulah

    menjawab panggilan telefon.

    DIALOG:

    LILY : em no siapa pula ni (monolog) Hello

    DANNY : hello masih ingat saya?

    LILY : ha . siapa ni?

    DANNY: Saya Danny

    LILY : Danny ? (wajah berkerut kehairanan) Danny yang mana ?

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    3/22

    7. Lily berhenti seketika untuk menjawab panggilan telefon. Lily melihat telefon bimbit

    dengan wajab berkerut kemudian berjalan perlahan sambil berbual di telefon bimbitnya.

    Dia merasa hairan kerana tidak mengenali suara si pemanggil setelah diingat oleh Danny

    barulah dia kenal dan menunjukkan reaksi positif terhadap pemanggil.

    DIALOG

    DANNY: oh ya saya lupa nak kenalkan diri semasa kita di lapangan terbang semalam.

    (wajah masih dalam kehairanan )

    LILY : ya lahsaya pun lupa nak Tanya.

    DANNY : saya lah orang yang bantu awak angkat beg dan kotak di lapangan terbang.ingat

    tak ?

    LILY : oh ya. Maaf encik Danny, saya terlupa la dan saya pun lupa ucap terima kasih pada

    encik Danny

    DANNY : tak pa its o.k

    LILY : ya encik Danny ada apa yang boleh saya bantu ?

    DANNY : Tak da la. Cuma saja nak Tanya khabar you.da selamat sampai ke UMS kah?

    LILY (dengan wajah tersenyum ) : da sampai daemm tapi.. saya rasa peliklah kenapa saya

    ringan hati bagi no telefon saya pada Encik Danny?

    DANNY : panggil ja Danny tak payah berencik-encik. Em.. saya pun hairan kenapa saya

    tergerak hati nak bertelefon dengan cik er..siapa nama you?

    LILY: oh, nama saya Lily Chia Pui Lee. Panggil Lily saja.

    DANNY: eh.. cantik nama tu.. macam nama bunga . saya suka nama you

    LILY : Ya ?..terima kasih

    DANNY : saya rasa legalah da tau nama you

    LILY ( tersenyum ) : Ya kah ? .

    DANNY : Ya memang lega tapi saya tak pernah minta no orang perempuan sebelum ni.

    LILY : Ya kah ? (sambil senyum sinis)

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    4/22

    DANNY: Ha itu yang pelik mungkin kita ada chemistrykot?...

    LILY : entahlah saya tak tau

    DANNY : Maaf saya pun rasa.. macam pelik juga .. baru sekali tegur terus minta no

    telefon you.

    LILY : sebenarnya saya tak pernah bagi no telefon pada orang yang saya tak kenal..

    DANNY : tapi saya ingin berkenalan awak sudikah?

    LILY : em tengok keadaan.maksud saya, biar saya fikir dulu. Kalau saya sudi , saya akan

    call.

    DANNY : O.K. tak pa you fikirlah dulu tapi cik Lily jangan risau saya ikhlas nak

    berkenalan. Bye..

    LILY : Bye.

    8. Lily mematikan telefon bimbit berhenti seketika dan seperti termenung jauh sambil mengetap

    bibir dengan wajah keliru

    9. Menunjukkan shot (i) aksi Lily dan Danny yang sering berhubung di telefon seperti

    sepasang kekasih.Lily bertelefon dalam bilik sambil baring atas kaltil.Danny pula dengan

    wajah ceria di pejabatnya.

    10. Liliy menjawab panggilan telefon semasa keluar dari pejabat Sekolah Pendidikan &

    Pembangunan Sosial UMS masa itulah Lily memaklumkan dia akan menjalani praktikum

    di SMK Matungong, Kudat).

    DIALOG :

    LILY : hello Danny

    DANNY : Ya hello

    LILY : Danny ada hal I nak bagi tahu you, saya tidak menganggukah?

    DANNY : tidaklah , ha cakaplah..

    LILY : I kena buat praktikum di SMK Matunggong, Kudat.. dekat kampung awak kan?..

    DANNY : em jauh tu sanggupkah nak mengajar budak kampung.

    LILY: I memang nak jadi cikgu tidak kira di mana sahaja dihantar , saya sedia berkhidmat.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    5/22

    DANNY : ya kah? You boleh tahan kah duduk dekat kampung ?

    LILY : Siapa kata tak boleh? Saya o.k lah

    DANNY: bila you lapor diri ?

    LILY : Minggu depan, I buat praktikum empat bulan kat sana?

    DANNY : You pergi dengan siapa?

    LILY : Ha.. itulah pasal I call you. Nak minta tolonglah ni.. sebab roommate I memang

    orang sana tapi dia balik esok I tak dapat ikut dia, ada hal nak urus lagi di sini. I

    pergi hari Isnin so boleh you temankan. Tapi I tahu you kerja kan?

    DANNY : Ha tahu pun orang ni kerja tapi sayang punya pasal tak apa I ambil cuti

    emergency.

    LILY: Ya ? (wajah riang) O.K. Saya tunggu dekat hostel jam 8.00 pagi .

    DANNY : Kena awal sikit , jauh tu . Nak tiga jam perjalanan. Jam 7.00 o.k

    LILY : O.k fine. (sambil mengetap bibir dengan wajah keliru)

    11. Di pejabat Danny meletakkan telefon lalu memanggil setiausaha beliau melalui intercommenyuruh membawa sekali borang cuti dia maklumkan akan bercuti pada hari isnin.

    DIALOG

    DANNY : Suzie boleh you masuk sekejab dan bawa sekali borang cuti , saya nak ambil cuti

    pada hari Isnin depan.

    12.Marcus memandu , Zarinah duduk di sebelah. Mereka dalam perjalanan balik ke Kota Belud.

    Marcus menghantar Zarinah balik ke kampung dan singgah sebentar di pekan Kota Belud untuk ke

    Tamu membeli sedikit barang untuk keluarga Zarinah.

    DIALOG:

    MARCUS : Inah, l nak tau ,bagaimana reaksi ibu bapa Inah bila tahu perhubungqan kita ni?

    mereka restukah kita kalau kita ada ikatan?

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    6/22

    ZARINAH : em sebenarnya Inah sudah ceritakan pada emak Inah , em.. dia macam O.k

    ja tapi bapa Inah, I belum pasti.

    MARCUS : Jadi macam mana? Dia tak marah kah kalau nampak anak dara dia ni ada

    boyfriend?

    ZARINAH : La apalah you ni macam bapa Inah tu kolot sangat.

    MARCUS : Ya .. lah nanti disimbah nya dengan air pili bomba.. pa macam ?

    ZARINAH : tidaklah dia O.k bahsebenarnya Inah lagi risau penerimaan keluarga you

    terhadap Inah.

    MARCUS : Inah jangan risau nanti pandailah saya bincang dengan nenek dan uncle Tonny.

    Abang Danny tiada masalah dia faham keadaan kita..tapi I gementar ni..

    ZARINAH : Pasal apa pula ? hai orang tentera laut pun tau juga takut kah?

    MARCUS : kan nak bertemu bakal bapa mertua, pegawai bomba pula tu. Sebelum pergi

    rumah you kita beli buah tangan untuk adik-adik you?

    ZARINAH : O.K tak da masalah.. nak beli kat mana?

    MARCUS : Kita singgahlah sekejap dekat tamu.

    ZARINAH : O.K ( mengangguk dan senyum)

    13. Marcus dan Zarinah berada di kawasan tamu membeli buah-buahan dan kueh mueh .kemudian mereka ke rumah Zarinahd di Kota Belud.

    14.Depan asrama pelajar UMS, Sabah.Lily menunggu siap dengan beg pakaian dan kotak.Tidak lama kemudian Danny muncul dengan keretanya. Sebelum bertolak ke Kudat,

    mereka berserapan di cafeteria asrama .

    15.Lily sampai di sekolah melapor diri kemudian keluar dari pejabat sekolah menuju ke tapakmeletak kereta dan masuk kereta. Semasa dalam kereta Danny bertanya kalau Lily sudi

    singgah di rumah neneknya.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    7/22

    DIALOG:

    DANNY : Nak terus ke rumah kawan you atau singgah dulu di rumah nenek I. boleh juga I

    kenalkan you pada nenek dan adik-adik I

    LILY : O.k juga cadangan awak tu. Tapi nenek you bolehkah menerima kedatangan

    saya?

    (NADA BERGURAU)

    DANNY : Jangan risaulah nenek dan adik beradik saya semua o.k ja..nanti I bagi tahu

    mereka I jumpa you tengah jalankesian tengok you dengan beg dan kotak tusebab tu

    bawa you pergi rumah nenek , nak tumpangkan pula

    LILY : He..jangan pandai-pandai nak buat cerita.. Saya takut nenek awak marah sebabsaya

    bukan orang sini

    DANNY : Ya..lah saya bagi tahu juga perempuan cantik ni buah hati sayapa macam

    setujukah?

    LILY : Ya lah (sambil menjeling manja)

    16.Di kaki lima rumah nenek Danny. Kelihatan nenek Danny yang sibuk memuat rantai manik

    perhaiasan adik-adik Danny tiada di rumah

    DIALOG ;

    DANNY : Nenek buat apa tu (..sambil bersalaman)

    NENEK : kamu pula Danny. Lama kamu tidak balik? Nenek rindu betul dengan kamu

    DANNY : saya sibuk, banyak kerja nak buat.

    NENEK : siapa ni Danny?

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    8/22

    DANNY : Ohya. Nek , ini Lily, kawan saya. Dia pelajar Universiti Malaysaia Sabah, dia

    datang ke sini buat Latihan mengajar, jadi saya tolong hantar.

    LILY : Apa Khabar nek?(sambil bersalaman)

    NENEK : Baik..kamu duduk dulu biar nenek buat air minuman.

    LILY : tidak apa nenek, jangan susah-susah kami dah minum tadi..

    NENEK : Tidak pa la

    DANNY: Er.. duduk lah sini sejuk sikit dekat kipas.

    LILY : mana ibu bapa awak ?

    DANNY : (diam terkenang flashback)

    17.Flasback- Zaman kanak-kanak Danny, ayahnya meninggal dunia masa umur 8 tahun (mayat

    terbujur kaku di ruang tamu). Ibunya menghilang diri sewaktu balik dari sekolah meninggalkan

    dua adiknya yang masih kecil sejak itu mereka dijaga oleh nenek.

    18.Nenek datang membawa air minuman untuk dihidangkan. Lily mengambil dulang hidangan

    dari tangan nenek Danny dan menghidangkan minuman untuk mereka.

    DIALOG :

    NENEK : kamu minumlah , nenek nak siapkan kerja nenek ni.

    LILY : nenek tidak minum sama?

    DANNY : nenek memang begitu asyik dengan kraftangan nya saja.minumlah nek..

    19.Nenek Danny mengambil anyaman manik dan meneruskan kerjanya,, Lily datang menghampiri

    dan membelek hasil kerja yang telah dibuat oleh nenek Danny. Lily berbual dan memjui kehalusan

    kerja nenk danny dan Danny juga akhirnya menghampiri dan duduk bersama neneknya.

    DIALOG :

    LILY : Cantik dan halus kerja tangan nenek, kraftangan suku kaum di sini hampir sama

    dengan suku kaum di Sarawak.

    NENEK : kamu orang Sarawak kah ?

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    9/22

    DANNY : (datang menghampiri ) Ya nek..Lily orang Cina Sarawak tapi dia fasih cakap

    melayu.

    NENEK : Kalau cina mana pandai cakap Rungus. Nenek suka kalau pandai cakap rungus

    LILY : saya cuba belajar dari kawan, mungkin suatu hari nanti saya boleh cakap rungus.

    NENEK : Ya kah ? ( tersenyum sinis).

    20. Nenek menyambung kerjnya kemudian dia menyuruh Danny dan Lily makan bila Lily

    mempelawa dia makan sekali nenek hanya tunduk tidak melayan pelawaan Lily, Danny memberi

    isyarat kepala agar mereka pergi ke ruang dapur dia tidak ambil peduli reaksi neneknya.

    NENEK : Kamu Sudah makan kah Danny? Kalau belum baik pergi makan, nenek ada goreng

    ikan masin dengan sambal bambangan.

    DANNY : eh.. sedap tu.. mari kita makan dulu lepas makan baru saya hantar you ke rumah

    kawan you.

    LILY : Ya boleh..er nenek tidak makan sama ?

    22. Di ruang tamu rumah nenek dan Uncle Tonny berbual tentang Danny yang membawa

    seorang gadis ke rumah mereka, danny muncul kemudian sambil mengemaskan pakaian seolah-

    olah baru selesai mandi.

    DIALOG :

    NENEK : siang tadi si Danny ada bawa seorang budak perempuan.

    TONY : wah.. ada makna tu mak, mungkin buah hati dia, siapa budak tu.

    NENEK : itulah mak tidak senang hati, budak cina , orang Sarawak pula tu..hai.. (mengeluh)

    TONY : Cina? macam tiada orang tempatan yang dia pilih?

    NENEK : Kau cakap baik-baik dengan dia mak kurang setuju pilihan dia, nanti pisang berbuah dua

    kali, ibu dia bukan orang sini tengoklah apa jadi?

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    10/22

    DANNY : (tiba-tiba muncul ) eh uncle Tony?

    TONY : Ah.. Danny kau apa khabar?

    DANNY : saya sihat ja.. uncle pa macam?

    UNCLE : Sihat juga

    NENEK: Kamu berbual lah Tony, mak dah mengantuk ni..

    TONY : Mak pergi berehatlah dulu. Saya dan Danny belum ngantuk lagi..

    DANNY : macam mana tempat kerja uncle? Banyak tempahan gong sekarang ni?

    TONY : tidaklah berapa sibuk, faham sajalah tempahan tidak menentu, uncle sekarang ni buat kerja

    sampingan juga, adalah tanam pisang di kebun datuk kau.

    DANNY : Banyak pokok pisang yang uncle tanam dan benih dapat dari mana pula ?

    TONY : Adalah seribu pohon, mula-mula dapat dari jabatan pertanian daerah ni, tapi sekarang benih

    pokok tu dah bertambah, beranak-ranak pula..

    DANNY : jadi, macam mana uncle nak jual? Ada pasaran kah di daerah kita ni?

    TONY : memanglah kalau harap jual di sini susah juga, tapi ada orang yang datang pajak pisang tu

    untuk di bawa ke Bandar.

    DANNY : Syukurlah uncle, ada juga pendapatan tambahan.

    TONY ; ya lah.. kita saja yang kena bekerja keras. Kalau harap makan gaji , berapa saja upah yang bos

    Uncle bagi tiada tempahan tiada lah upah.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    11/22

    DANNY : uncle dah larut malam ni, besok saya kena balik awal ke Kota Kinabalu, saya kerja petang

    esok.

    TONY : Danny, sebelum kau masuk tidur ada hal Uncle nak cakap ni.

    DANNY: Apa dia uncle ?

    TONY : beginilah Danny, uncle terus terang saja pada kau, nenek kau tu ada bagi tau, yang kau ada

    bawa budak perempuan jumpa nenek.

    DANNY : la budak apa pula dia tu dah jadi cikgu bukannya budak (tergelak)

    TONY : ala maksud uncle kawan perempuan kau lah..kata nenek orang luar, bukan orang kita. Dia

    tidak setuju kalau kau berkawan dengan orang luar macam tiada lagi gadis di Sabah ni yang kau pilih.

    DANNY : Uncle bagi saya orang mana pun asal usulnya sama sahaja, yang penting hati dan budi

    bahasa nya. Saya dah lama duduk di Bandar tapi entahlahsaya susah nak cakap, saya tidak pula

    terpikat dengan gadis di sini. Walau pun dia bangsa Cina tapi saya lihat dia tiada masalah dengan

    cara dan budaya kita.

    TONY ; Jadi kau mau juga berkawan dengan budak tu..

    DANNY : apa salahnya kalau saya berkawan, kalau ada jodoh kami, saya akan meminang dia.

    TONNY : Kau sudah pastikah, pilihan kau ni tepat? Nenek kau tu tidak mahu perkara sama berulang

    macam yang dialami oleh mendiang bapa kamu, tengoklah selepas saja bapa kamu meninggal, kamuadik beradik pula ditinggalkannya.

    DANNY : Uncle jangan ungkit kisah kedua orang tua saya, mesti ada sebab ibu kami tinggalkan

    kami, saya tidak percaya bagaimana seorang ibu boleh tinggalkan anak-anak nya kalau tidak ada

    tekanan dari pihak tertentu.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    12/22

    (NADA MARAH)

    TONY : maksud kau kami yang memberi tekanan kepada dia ?

    (KELIHATAN SERIUS)

    DANNY : Sudahlah uncle , saya tidak mau dikata anak yang biadap pula ..bagilah saya peluang

    menentukan corak kehidupan saya. Kalau ada , jodoh, saya akan berkahwin dengan Lily Chia Pui Lee

    22.Danny beredar ke bilik tidur meninggalkan bapa saudaranya di ruang tamu.

    23. Marcus dan Zarinah dalam kereta dalam perjalanan ke rumah nenek Marcus, mereka datinguntuk menziarahi nenek Marcus di samping untuk menyampaikan maksud untuk bertunang. Latar

    dan suasana di serambi rumah dan juga ruang tamu.

    DIALOG

    MARCUS : tak mau singgah ke pekan dulu nak makan atau minum?

    ZARINAH : Tak perlulah Inah masih kenyang, nantilah kalau dah lapar Inah bagi tau . Tadi pun

    sebelum bertolak Inah ada beli sedikit buah tangan untuk adik dan nenek mark, tak payah lahsinggah kat pekan lagi ,kita kan nak cepat .Cuma Letih la duduk lama dalam kereta ni.

    MARCUS : jadi Inah tidak sukalah balik kampung saya?

    ZARINAH : La.. siapa yang kata tidak suka? Inah Cuma letih la ..sebab lama duduk dalam kereta ni.

    Lain orang kata lain pula dia kata?

    MARCUS : Kenapa merajuk ?

    ZARINAH : tidaklah ( senyum)Kalau merajuk pun rugi ja.. mana ada orang nak pujuk?

    MARCUS : Tau pun ahkita da sampai,, tu pun nenek , dia memang selalu duduk di serambi tusambil buat kerja dia.

    MARCUS : pergilah tengok nanti.

    24.Marcus dan Zarinah keluar dari kereta, nenek merenung tajam menunjukkan reaksi marah bila

    melihat zarinah gadis keluar dari kereta, nenek beredar dari serambi tempat selalu dia

    menganyam perhiasan manik dan terus masuk ke rumah. Marcus yang mengejar neneknya mohon

    dan merayu agar neneknya sudi berkenalan dengan Zarinah.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    13/22

    DAILOG

    NENEK : eh.. si Marcus pula yang datang, entah siapa yang dia bawa tu( berkata seorang diri)

    MARCUS : Nek.

    25.Zarinah muncul di ruang tamu dan menyapa nenek serta bersalaman. Nenek membalas dengan

    senyuman nipis.

    DIALOG

    ZARINAH : nenek.., nenek apa khabar

    NENEK : emmm baik. duduklah . saya ke dapur dulu..

    ZARINAH : Maaf nek kalau kami menyusahkan nenek, Boleh saya tengok anyaman yang nenek buat

    tu?

    NENEK : pergilah..

    26.Zarinah bergerak ke serambi untuk melihat kerja tangan nenek Marcus.

    27.Marcus ke dapur cuba memujuk neneknya.

    DIALOG

    MARCUS : nenek.. saya datang ni nak bagi tau suatu perkara.

    NENEK : ya.. aku memang dapat agak .. lelaki mana boleh bawa anak orang sesuka hati, kau mau

    kahwinkan?

    MARCUS : err..(angguk) ya nek. Itu sebab saya minta tolong nenek dan uncle Tony tolong urus.

    NENEK : Aku dah tua.. mana boleh aku urus, kau minta Uncle kau urus..ingat senang kah mau kahwin

    dengan orang melayu. Kau bukan Islam bapa dia setuju kah?

    MARCUS : nenek maafkan saya nek saya sudah lama mau tukar agama.. Sejak di sekolah lagi saya

    minat dengan agama Islam. Saya Cuma minta nenek faham kehendak saya, saya sayang nenek,

    walaupun saya memeluk Islam kasih sayang saya pada nenek dan keluarga tidak berubah.

    NENEK : Marcus, nenek bukan menghalang tapi nenek takut kau berubah bila berkahwin dengan dia.

    MARCUS : percayalah nek.. Zarinah tu baik, ibu bapa dia pun bersedia menerima saya dan ahli

    keluarga kita.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    14/22

    NENEK: Marcus, susah tau kalau kahwin lain bangsa nikau ingat senang kah?

    MARCUS: Nek,orang kahwin campur ini sudah ramai di Sabah ni. Bukan jadi perkara baru.

    NENEK : Ya Cuma.. nenek takut, kau berubah kau tidak lagi dengan kami..

    MARCUS : Nek... saya tetap tidak berubah hanya kepercayaan agama saja kita berbeza tapi nenek

    dan uncle Tony serta adik beradik saya tetap darah daging saya,..nenek saya merayu restuilah saya

    dan Zarinah.

    (WAJAH SAYU DAN SEDIH)

    28. Nenek merenung tajam mata Marcus kemudian menangis teresak-esak).Marcus mencium

    tangan neneknya.

    DIALOG:

    NENEK : Marcus,, nenek sayang kan kamu ..kau buat la apa yang kau fikr baik untuk masa depan

    kau

    MARCUS : Terima kasih nek

    (SUASANA MERIAH DIRINGI MUZIK DAN PALUAN KOMPANG)

    29. Majlis pernikahan Marcus di rumah Zarinah, mereka mengambil gambar kenangan keua-dua

    keluarga bergambar di hadapan pelamin pengantin. (tanpa dialog Cuma diiringi muzik yang sesuai

    dan paluan kompang).

    30. Mengenai Lily yang bersalaman dengan Pengetua Sekolah menunjukkan dia dan rakannya telah

    tamat latihan mengajar, di luar pagar sekolah Danny datang menjemput (ada dialog semasa dalam

    kereta)

    DIALOG :

    DANNY : Tahniahlah dah tamat praktikum, lepas ni kena balik masuk kuliah semula?

    LILY : ya balik dari cuti sebulan kena kuliah satu semester, saya da tak sabar nak posting , macam

    seronok dah mengajar .

    DANNY : jadi hari ni awak nak balik terus ke kampus atau nak singgah dulu rumah nenek.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    15/22

    LILY : Saya fikir elok juga kalau singgah dulu rumah nenek awak, saya nak mengenali lebih rapat

    dengan keluarga awak. Saya pun boleh juga belajar masakan tradisional dari nenek.Apa macam awak

    setuju kah?

    DANNY : Saya tak da masalah, Cuma awak tu boleh kah tahan dengan suasana kampong?

    LILY : hai awak macam tidak yakin pula dengan saya ?

    31.Setelah Sampai di rumah nenek, Danny dan Lily bersalaman, danny memberitahu neneknya

    hasrat Lily, nenek dan ahli keluarga Danny hanya tersenyum gembira.

    DIALOG:

    NENEK ; Lily janganlah malu-malu, buatlah macam rumah sendiri kalau letih kamu masuk lah berehat

    nenek nak ke dapur mau sediakan makan malam .

    LILY : nek.. boleh Lily bantu nenek masak? Saya nak belajar masakan tradisi orang sini .

    NENEK : kalau kamu berminat , apa salahnya..nenek tunjukkan cara buat inava dan jeruk

    bambangan.

    (kedua-duanya bergerak ke dapur)

    32.Lily di bilik kampus, dapat panggilan telefon dari abangnya suruh dia balik, mereka bertengkar

    di telefon, Lily enggan balik kerana mau menyiapkan laporan praktikumnya. Abang Lily marah dan

    mengugut akan memberhentikan dia jika dia enggan balik.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    16/22

    DIALOG :

    LEONARD: Hello Lily . awak apa khabar?Kenapa lama tidak call papa. Mama sangat rindukan

    kamu..

    LILY: hello, Leo.. ha khabar baik ..sorry la bukan tak mau call, aku sibuk lah baru selesai praktikum

    aku kena buat laporan pula.

    LILY : mama apa khabar?

    LEONARD: mama macam dulu juga,.. itulah papa suruh kau balik ke kucing.

    LILY : tak bolehlah leo.. aku sibuk mau siapkan dulu laporan aku, nanti kalau dah siap aku baliklah

    sekejap.

    LEONARD : eh.. apa kena kau ni? Dulu sikit-sikit kau minta tambang mau balik . sekarang kau macam

    tidak ingat mama. Atau kau sudah tergila dengan lelaki di sana? Sampai mama dan papa pun kau dah

    lupa?

    LILY: janganlah cakap macam tu aku bukan lupa mama dan papa aku Cuma nak siapkan kerja dulu..

    LEORNARD : kau jangan cari pasal Lily. Kalau kau degil aku suruh papa berhentikan kau belajar,

    bukan ada untung sangat kau belajar. Orang nak jadi ahli perniagaan kau nak jadi cikgu, berapa

    sangat gaji kau tu nanti?

    LILY : Leonard , awak jangan pandang rendah dengan cita-cita aku. Kau tak boleh paksa aku buat apa

    yang kau mahu. Aku pun berhak memilih jalan hidup sendiri. Aku mau jadi cikgu kerana aku mau

    berbakti pada negara aku bukan mau jadi kaya raya macam kau.

    LEONARD: eh..kalau bukan papa dan aku yang bantu kau ingat kau boleh belajarkah tanpa duit? Kau

    memang anak derhaka..

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    17/22

    LILY : Leonard aku tau tanggungjawab aku tapi aku nak belajar dulu, aku nak tamatkan pengajian

    aku. Kau faham kah? O.k la Leonard aku bukan nak gaduh dengan engkau..nanti aku balik juga dan

    memang betul aku dah terpikat dengan pemuda tempatan di sini, kami akan berkahwin bila aku

    tamat pengajian.

    LEONARD ? apa..kau nak kahwin? Eh Lily.. Hello..hello

    33.Mengenai Lily balik ke kucing tapi kepulangannya menimbulkan pertengkaran antara dia ,

    bapa dan abangnya. Hanya ibunya yang dapat menerima kehadirannya. Setelah bertengkar dia

    dihalau oleh bapanya dia balik ke Kota Kinabalu

    DIALOG :

    34.Danny yang sedang duduk di meja makan bersama Lily kehairanan kerana Lily hanyaberdiam diri, dia bertanya apa yang yang menjadi punca kesedihan Lily.

    DANNY : Kenapa awak nampak sedih saja hari ni ?

    LILY : sayasaya bergaduh dengan p apa dan abang , mereka menghalang perhubungan kita Danny.

    Saya dah bagi tau mereka yang saya akan berkahwin dengan lelaki pilihan saya..

    DANNY : Lily awak sepatutunya bersabar dulu, biar saya yang datang berjumpa keluarga awak dan

    meminang awak.Saya malu nanti keluarga awak anggap saya tidak beradat.

    LILY : Danny , awak tidak kenal abang saya Leonard, dia sama sekali tidak akan bersetuju dan pasti

    mempengaruhi kedua ibu bapa saya, malahan saya jadi cikgu ni pun dia marah.Tak apa lah.. biarlah

    saya yang menentukan masa depan saya..bapa dan abang saya pun dah menghalau saya dari

    rumah, mereka tidak izinkan saya balik ke Kucing lagi.

    35.Latar suasana perkahwinan Danny da Lily mengikut adat tradisi suku Kaum rungus, mereka

    mulakan hidup sebagai suami isteri, Lily pergi mengajar dihantar oleh Danny sehingga

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    18/22

    36. suatu hari semasa berada di rumah, Lily menerima panggilan telefon dari bapanya.

    DIALOG ;

    MR LEE : Hello, Lily

    LILY : Hello papa? Papa apa khabar? Lily minta maaf papa.. Lily .. ..

    MR LEE : tidak apa lah Lily, kita lupa saja apa yang sudah berlaku.. mama Lily sekarang sakit kuat.. dia

    mau Lily balik , dia mau jumpa Lily sebelum dia..

    LILY : Pa..mama sakit kuat..(menangis teresak-esak). Lily akan balik..Lily akan jumpa mama..Lily akan

    balik pa.

    DANNY : Kenapa tu sayang?..kenapa dengan mama awak?

    LILY : Mama.mama sakit tenat.. mama mau saya balik.. bolehkah saya balik sekejap?

    DANNY : Sayang.. demi mama awak, balik lah, ini pun dah dekat cuti semester pertama.. awak balik

    la segera, awak jagalah mama awak .

    37. Lily dan Danny menziarahi mama Lily di hospital, Danny balik seorang setelah menziarahi ibu

    mertuaya. Kemudian Danny datang lagi menziarahi isteri dan ibunya di Kucing, bapa mertuanya

    menunjukkan sikap yang positif dan bersalaman dengan Danny.

    38. Suatu hari ibunya mula sembuh dari keadaan yang kritikal. Lily menyampaikan berita gembira

    tentang dirinnya yang telah berbadan dua.

    DIALOG

    LILY : mama, papa saya Ada hal nak sampaikan pada mama dan papa.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    19/22

    PN LEE : kenapa Lily? Kamu tidak sihatkah mama tengok wajah kamu pucat saja..

    MR LEE : ya ..wajah Lily tidak bermaya mungkin terlalu penat jaga mama kamu di hospital ni?

    LILY : tidak pa..bukan itu , sebenarnya Lily dah mengandung .. jadi Lily mau balik ke Sabah.

    MR LEE ; wah bagus lah tu tidak lama lagi bertambahlah ahli keluarga kita..

    PN LEE : mama pun tumpang gembira Lily, kamu balik lah ikut suami kau , memang tempat isteri di

    sisi suami

    LILY; Kalau mama setuju saya balik lusa ya ma.

    PN LEE : Ya Baliklah. mama percaya Danny akan menjaga kamu dengan baik, mama berdoa agar kau

    selamat melahirkan bayi tu.

    39. Lily memeluk ibunya, bapanya hanya tersenyum dan mengusap rambut lily dengan penuh

    kasih sayang.

    LILY : terima kasih mama.. memang Lily sangat mengharapkan restu

    dari mama dan papa. Lily pun selalu berdoa agar mama dan papa sentiasa sihat dan bahagia selalu..

    40.Lily melahirkan bayi dan berada di hospital, keluarga lily datang menziarah cucu mereka.

    Mereka berebut nak mendukung cucu, suasanapun tambah ceria dengan kehadiran Marcus dan

    zarinah yang juga sarat mengandung.Danny memperkenalkan mereka kepada bapa dan ibu

    mertua nya.

    DIALOG

    DANNY ;Terima kasih mama dan papa sudi melihat Lily dan anak kami.

    MR LEE : eh ini cucu pertama kami, mestilah kami datang

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    20/22

    PN LEE ; (terbatuk sedikit) apa khabar Lily, mama ada bawa herba untuk kau minum semasa dalam

    pantang, ingat ya kita orang cina masih amalkan minum ubat tradisional ini.

    (membetulkan tempat duduk, wajah berkerut menahan sakit tapi masih boleh senyum)

    LILY : terima kasih mama datang juga. Mama sihatkah dan Leonard kenapa tidak datang?

    PN LEE : ya lah macam mama ni susah nak cakap tapi mama mesti datang nak tengok cucu mama.

    Leonard mau datang tapi tidak ada yang nak urus bisnes papa kamu, dia kirim salam ,dia pun nak

    bertunang tak lama lagi.

    LILY : Bertunang? Dengan siapa ma?

    PN LEE : Dr Melisa, anak Uncle Sapok jiran kita masa di Miri, kamu ingatkah?

    LILY : Kak Melisa ,anak Uncle Sapok tu..saya masih ingat la mama .

    MR LEE : ya,, papa pun terkejut si Leonard rupa-rupanya sudah lama simpan rahsia tapi mereka

    terputus hubungan seketika sebab Melisa pergi sampung belajar, dialah Pakar bedah di hospital

    Kucing sekarang.

    LILY : EH.. Saya tidak sangka Leonard mau juga kahwin dengan gadis iban,.

    PN LEE : Dia kerja di Hospital Besar Kucing, bila kau balik dia pula baru ditukarkan dari hospital Miri.

    Mama pun tidak sangka dia suka dengan Dr Melisa.

    41. tiba-tiba pintu diketuk, Marcus dan isterinya muncul dengan wajah gembira membawa hadiah

    untuk anak saudara mereka yang baru lahir. Mereka dikenalkan dengan ibu bapa Li;y.

    DANNY ; Marcus, Zarinah, masuklah Pa , ini adik saya Marcus dan isterinya zarinah dan ,,Marcus

    Ini bapa dan ibu mertua saya.

    MARCUS : Apa khabar uncle, anty? (bersalaman)

    MR & PN LEE : Khabar baik..

    (sambil menghulurkan bayi pada Pn Lee)

    LILY : na mama tengoklah rupa dia macam siapa?

    PN LEE : macam kau pun ada tapi mata sepet sangat macam uncle Leonard dia..hidung macam

    Danny.

    (WAJAH CERIA )

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    21/22

    DANNY : tapi saya tengok lebih macam uncle Leonard dia la... Inilah anak tahun arnab mesti comel

    dan mata pun sepet (semua ketawa).

    TAMAT.

  • 8/3/2019 New Treatment& Skrip 150102011

    22/22