Model Pemprosesan Maklumat

Embed Size (px)

Citation preview

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berurutan, iaitu : kepekaan terhadap masalah yang ditimpul Pemerolehan dan penyusunan maklumat Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai Pengembangan konsep yang berkenaan

Model-model dalam kumpulan model ini membekalkan murid-murid kita dengan maklumat dan konsep Menegaskan tentang pembentukan konsep dan pengujian hipotesis Menjana pemikiran kreatif ataupun meningkatkan kebolehan intelek umum. Model pemprosesan maklumat berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat.

Model ini berpaksikan kajian Bruner, Goodnow dan Austin. Ia direkabentuk untuk meningkatkan kecekapan muridmurid kita mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep. Ia menunjukkan cara-cara persembahan maklumat berkesan bagi pelbagai jenis tajuk pada setiap tahap perkembangan. Ia menunjukkan cara penyampaian dan penjelasan konsep yang berkesan.

KAEDAH

Kaedah Inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka . Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan.

Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Contoh : Matapelajaran Sains Peringkat awal kajian saintifik ( murid-murid akan dibantu serta dibimbing untuk mengumpul dan menganalisis data, menyemak hipotesis dan teori ) Selepas kajian santifik ( murid-murid akan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang ditimpul)

KAEDAH

Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna untuk mempamerkan dan melaksanakan. Dalam konteks pengajaran ,ekspositori berkaitan dengan tindakan guru, membekalkan fakta, idea , dan maklumat penting yang lain kepada murid.

Tujuan pengajaran ekspositori adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran daripada orang yang tahu (misalnya guru dan buku teks) kepada mereka yang tidak tahu (murid). Kaedah ekspositori semata-mata menyampaikan isi pengajaran kepada muridmurid.

Ia tidak mengalakan mereka untuk memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Sebaliknya, mereka hanya pelajar apa yang sepatutnya dipelajari. Cth : guru akan mengajar murid-murid setiap kali masuk ke kelas.

STRENGTH ( KEKUATAN ) : Memudahkan pelajar mengetahui isi pelajaran yang seterusnya. Dalam pengajaran konsep, murid hanya belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaranyang lain. Prinsip dan idea dalam pembelajaran dipersembahkan kepada pelajar dan seterusnya difahami oleh mereka, bukan ditemui sendiri oleh murid.Hal ini dapat dijelaskan dalam pembelajaran ekspositori. Berdasarkan pembelajaran ekspositori,murid dijelaskan secara verbal dan murid akan faham apa yang dijelaskan oleh guru.

WEAKNESSES ( KELEMAHAN )Pelajar yang mempunyai masalah pemahaman dan kurang berminat dalampembelajaran akan sukar mengaplikasikan pembelajaran ekspositori. Penggunaan model ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru. Tahap kemampuan intelektual setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru perlu menarik perhatian murid ketika ingin memulakan proses pembelajaran. Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu.

OPPORTUNITIES ( PELUANG )Murid dapat memahami konteks konsep dan prinsip melalui model ekspositori. Murid dapat menetapkan matlamat untuk diri sendiri. Dapat memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif. Murid dapat melatih pemikiran mereka untuk mencari lebih banyak maklumat sendiri. Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik minat murid.

THREATS ( ANCAMAN )Oleh kerana model ini bergantung sepenuhnya kepada guru, hasil pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya guru gagal mengajar dengan baik. Murid hanya ingin mempelajari sesuatu sekiranya mendapat ganjaran daripada guru sahaja. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk mengelakkan murid merasa bosan. Peneguhan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan tahap dan potensi murid. Murid akan keliru dengan isi pelajaran apabila mereka tidak memahami apa yang guru sampaikan.