Minggu 1-Bidang Linguistik

Embed Size (px)

Citation preview

MINGGU 1 28/6/2010BIDANG LINGUISTIK Linguistik Am dan Linguistik Gunaan Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan Linguistik Kontekstual1

BIDANG LINGUISTIK1. LINGUISTIK AM 2. LINGUISTIK GUNAAN 3. LINGUISTIK SEJARAH 4. LINGUISTIK PERBANDINGAN 5. LINGUISTIK KONTEKSTUAL

2

LINGUISTIK AMy Disebut linguistik umum atau linguistik

teori y Istilah umum bagi cabang-cabang pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan kaedah. y Ilmu linguistik yang membuat kajian atau membicarakan bahasa secara umum.3

y Membicarakan teori-teori kajian bahasa, kaedah-kaedah,

pendekatan-pendekatan atau model-model yang digunakan dalam kajian bahasa. y Dalam linguistik am dihuraikan bagaimana kajian bahasa dilakukan mengikut teori, kaedah dan pendekatan tradisional, kajian bahasa mengikut aliran struktur, teori dan kaedah kajian bahasa mengikut aliran tranformasi generatif, relasional, fungsional dan seumpamanya. y Merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata, serta pengkajian grafemik, sejarawi, perbandingan dan dialek (linguistik teori)4

y Tumpuan kepada perkara-perkara umum dalam

bahasa secara universal. y Huraian bahasa secara umum dan universal ini mencakupi bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan seumpamanya secara umum. y Ahli bahasa dapat mengkaji dan menghurai segala bahasa yang dituturkan oleh manusia di dunia seperti bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Thai, bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Peranchis, bahasa Itali dan seumpamanya.5

LINGUISTIK GUNAAN / TERAPANy Linguistik terapan = applied linguistics (BI), angewandte

sprachwissenschaft (BJerman), linguistique appliquee (BPerancis) = linguistik Pendidikan (educational linguistics). y Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa, penulisan buku-buku teks, dalam leksikografi, penterjemahan, stilistik, patologi bahasa dan sebagainya. y Teori, pendekatan, kaedah dan hasil kajian linguistik sangat berguna untuk diterapkan ke dalam pengajaran bahasa sama ada pengajaran bahasa sebagai bahasa pertama ataupun bahasa kedua6

y Beberapa definisi linguistik terapan:

Penggunaan temuan ahli bahasa oleh guru bahasa. Kumpulan istilah untuk penerapan keahlian dalam linguistik yang dikaitkan dengan bidang praktis. Pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh penyelidik bahasa, dan menggunakan bahasa sebagai Komponen inti. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori bukan pencipta teori. Penerapan ilmu seperti linguistik pedagogi, leksikografi, psikolinguistik dan terjemahan

7

AHLI BAHASA DAN GURU BAHASAAhli Bahasay Tujuan: menghasilkan teori dan

Guru Bahasa Pelajar tuntas berbahasa

Pemerian bahasay Kaedah: formal dan mujarad y Sikap: bahasa seperangkat

Fungsional dan praktis Bahasa seperangkat ketrampilan

sistem

8

KESIMPULAN LINGUISTIK TERAPAN

y Penerapan linguistik dalam bidang yang bersifat praktis. y Linguistik terapan bukan teori, tetapi penerapan teori. y Tugas praktis dengan jalan pemusatan perhatian pada bahasa. y Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori yang dihasilkan oleh

ahli bahasa. y Memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks y Berkaitan dengan terjemahan dan perkamusan y Terdapat kaedah mengajar bahasa iaitu kaedah terjemahan tatabahasa. Bahasa diajar melalui bahasa asli pelajar. Latihan melalui hafalan rumus-rumus. Kaedah terus mengajar bahasa kedua.

9

SEJARAH LINGUISTIK TERAPANy Mula berkembang akhir abad ke-19 berasaskan andaian bahawa teori linguistik

dapat diterapkan dalam pelbagai bidang pengetahuan.y Di Eropah, linguistik terapan dipopularkan oleh Fries dan Robert Lado melalui

English Language Institute. Institut ini menerbitkan majalah language learning yang menyiarkan karya dalam bidang linguistik terapan.y Pada tahun 1969, telah diadakan kongres ahli linguistik terapan. Dalam kongres

ini, dibahaskan teks sastera, leksikografi, linguistik konstrastif dan sosiolinguistik.

10

RUANG LINGKUP LINGUISTIK TERAPANy Pengajaran bahasa y Bahasa dalam kehidupan bermasyarakat (Sosiolinguistik) y Bahasa dalam kaitannya dengan gejolak jiwa manusia (Psikolinguistik). y Penterjemahan y Leksikografi y Linguistik komputer y Neurolinguistik y Dialektologi (peta bahasa) y Perancangan bahasa.

11

HUBUNGAN LINGUISTIK TERAPAN DENGAN ILMU LAIN Teori Bahasa Teori Belajar Psikologi

Teori Belajar Bahasa Linguistik Am

Psikolinguistik

Pemerian Bahasa

Teori Penggunaan Sosiolinguistik Bahasa Linguistik Terapan

Pendidikan Bahasa Kedua12

HUBUNGAN LINGUISTIK TERAPAN DENGAN PENGAJARAN BAHASA LINGUISTIK AM TEORI BAHASA TEORI BELAJAR

PEMERIAN BAHASA

LINGUISTIK TERAPAN

PENDIDIKAN

PENGAJARAN BAHASA

13

BAHASA DALAM LINGUISTIK TERAPANy Linguistik terapan memandang bahasa sebagai objek praktis,

sedangkan linguistik memandang bahasa sebagai objek teoritis.y Linguistik terapan memandang bahasa sebagai objek yang

diajarkan, iaitu sebagai media, sedangkan linguistik memandang bahasa sebagai bahasa.y Linguistik terapan tidak menganalisis bahasa, iaitu tidak diperikan.

14

LINGUISTIK TERAPAN DAN GURU BAHASA GURU BAHASA Linguistik Terapan Teori Mana BAHAN Pengajaran Bahasa PELAJAR Tuntas Berbahasa

AHLI BAHASA

BAHASA

PEMERIAN BAHASA

Linguistik

Teori Mana

Analisis Bahasa

Pemerian Bahasa

15

LINGUISTIK DAN GURU BAHASAy Guru bahasa mesti menguasai linguistik jika ia ingin menjadi guru

yang baik.y Ia perlu menguasai linguistik jati dan linguistik terapan. y Ia juga mesti menguasai pedagogi bahasa. y Guru bahasa ialah ahli bahasa, pengkaji bahasa dan penulis bahan

pengajaran bahasa.

16

LINGUISTIK SEJARAH (HISTORIS)y Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu

bahasa itu daripada sudut sejarah y Menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa itu. y Mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dalam 1. sistem bunyi, 2. tatabahasa dan 3. kosa kata suatu bahasa17

y Misalnya mengkaji sejarah pertumbuhan dan

perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka sehingga ke hari ini atau mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu atau sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu dan seumpamanya. y Keutamaan disiplin ini: Sejarah Perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.18

KAJIAN LINGUISTIK SEJARAHy Bahasa Melayu dapat dikaji perkembangannya melalui

batu-batu bersurat, manuskrip lama y Kajian Abdul Samad Ahmad : tinggalan sejarah pada batu bersurat dan dokumen lama. Beliau mendapati bahas Melayu sudah mempunyai sistem tulisannya yang menggunakan huruf Palava dari India. y Penemuan di Batu Kapur Palembang dan Sungai TeresatTerengganu y Hashim Musa : kajian bahasaMelayu sejak kurun kelima belas19

LINGUISTIK PERBANDINGANy Mengkaji bahasa secara perbandingan, iaitu

20

dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. y Pendekatan dalam pengkajian bahasa yang melibatkan perbandingan antara bahasa-bahasa yang berkaitan dari segi fonologi, tatabahasa dan leksikal, atau perbandingan antara tempoh yang berlainan dalam perkembangan sejarah sesuatu bahasa

CIRI-CIRI LINGUISTIK PERBANDINGANy Kajian ini melihat ciri-ciri persamaan dan

perbezaan antara bahasa-bahasa daripada segi: 1. bunyi, 2. Perkataan 3. imbuhan, 4. ayat dan 5. makna

21

y Contoh: membandingkan ciri-ciri bahasa serumpun seperti

membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa, bahasa Tagalog, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa Murut dan lainlain. y Atau membandingkan bahasa Inggeris dengan bahasa-bahasa induk Jerman yang lain seperti bahasa Belanda, Peranchis dan Jerman. y Atau membandingkan struktur bahasa-bahasa yang bukan daripada satu rumpun seperti membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa dan ayat bahasa Inggeris. y Digunakan untuk membandingkan antara dialek. Contohnya: dialek Kedah dengan dialek Perak22

PENGKAJI LINGUISTIK PERBANDINGAN y Pengkaji seperti Asmah Hj Omar, R. Brandstetter, I. Dyen, R. Blust dan J. Collins mengkaji bahasa-bahasa Melayu, Jawa, Tagalog, Iban, Kadazan. y Kajian ini membuktikan bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa Eropah mempunyai persamaan23

LINGUISTIK KONTEKSTUALy Pengkajian bunyi, kata atau frasa yang mendahului

dan mengikuti butir linguistik tertentu dalam sesuatu ujaran atau teks. y Merupakan bidang aktiviti yang berfaedah dengan disiplin ilmu yang lain. Di mana teori utama pembelajaran linguistik melalui pembelajaran kendiri, kawasan disiplin yang merangkumi bagaimana bahasa berhubung dengan yang lain. Tetapi bergantung kepada situasi dunia.24

y Bidang-bidang yang terkandung dalam Linguistik

Kontekstual: sosiolinguistik, antropologi dan sains sosial. Rhetorik dan philosophy yang berkaitan dengan bahasa Psycholinguistic dan Neurolinguistik yang berkaitan sains perubatan dan bahasa.

25