Upload
vominh
View
213
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEJABAT PENGURUSAN DAN KREATIVITI PENYELlDIKAN RESEARCH CREATIVITY AND MANAGEMENT OFFICE
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
J
MEMORANDUM
Prof. Madya Mahamad Hakimi Ibrahim Pusat Pengajian Teknologi Industri
Laporan Akhlr ProJek Penyelidlkan USM Jangka Pendek
Penolong Pegawai T adbir
(!X,!!/ ~i: FPP 2005/024 [P2289]
ruarikk : 27 September 2007
TaJuk Projek: "Ambients Air Quality Monitoring In The state of Penang (2004)" No. Akaun : 304/PTEKIND/636020
Dengan segala hormatnya perkora di at as dirujuk.
Terlebih dahulu suka soya ucapkan terima kasih di atas laporan akhir untuk projek penyelidikan USM jangka pendek seperti tajuk di atas. Bersama-sama ini disampaikan komen penilaian doripada Dekan Penyelidikan Pelantar Kejuruteraan & Teknologi untuk perhatian tuan.
seterusnya walaupun projek ini telah selesai, Jabatan Bendahori telah dinasihatkan untuk menangguhkan penutupan akaun projek kepada 31 Oktober 2007. Tempoh ini diberi untuk membolehkan penjelasan semua urusan tuntutan dan bayoran yang telah dikomitkan di dalam tempoh projek. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan borangborang pesanan boru di dalam tempoh ini.
Selanjutnya silo ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut sekiranya berkaitan :
(i) semua penerbitan horus merakamkam penghargaan kepada geran penyelidikan jangka pendek dan tuan dipohon mengemukakan satu salinan ke pejabat RCMO; dan
(ii) pihak komi akan mengagihkan semula peralatan yang telah dibeli menggunakan peruntukan geran ini seandainya terdapat penyelidik lain yang memerlukan peralatan tersebut.
Harap maklum, projek ini dianggap telah selesai dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "'15ersatYlfj Dt penYlfjleat DUNa: K.omttmel'l- Kita"
~ '. ,~
~{
~\ ~~ 1.;.\ I
CHEME~MAIL It ~r ....................... ~~
'I 27 SEP 2CDl' {'
Pejabat Ke~ Pustakawan
---------J ..... CANSELORI 11800 U5M, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: (6)04-6533888 ext. 2725/3895/3178/3194/3989/3988; Fax: (6)04-6566466/ (6)04-656 8470 E-mail: [email protected]
s.k. Y. Bhg Dato' Profesor Muhammad Idiris Saleh Timbalan Naib Canselor [Penyelidikan & Inovasij
Profesor Zainal Arifin Mohd Ishak Dekan Penyelidikan Pelantar Kejuruteraan & Teknologi Unit Inovasi & Pembangunan Teknologi Kejuruteraan (EITD) Kampus Kejuruteraan USM
Profesor Rozman Hj. Din Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri
Prof. Madya Abd. Karim Alias Tim. Dekan (Peng. Siswazah & Penyelidikan) Pusat Pengajian Teknologi Industri
Hariy Pauzi Pegawai So ins Pelantar Kejuruteraan & Teknologi Unit Inovasi & Pembangunan Teknologi Kejuruteraan (EITD) Kampus Kejuruteraan USM
?t"f " ..........
~ ~%~-~ Puan Sofiah Hashim Ketua Pustakawan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 ] Disampaikan satu salin an
laporan akhir projek untuk simpanan Perpustakaan
Puan Ansuya alp Narhari Penolong Bendahari Unit Kumpulan Wang Penyelidikan Jabatan Bendahari ] Silo ambil tindakan menutup
akaun projek pada 31 Oktober 2007 dan silo kemukakan satu salinan kewangan terakhir ke pejabat (RCMO)
.,'
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PEJABAT PENGURUSAN & KREATIVITI PENYELIDIKAN RESEARCH CREA TlVITY AND MANAGEMENT OFFICE [RCMO]
LAPORAN AKHIR PROJEK PENYELlDIKAN JANGKA PENDEK FINAL REPORT OF SHORT TERM RESEARCH PROJECTS
1) Nama Ketua Penyelidik : Name of Research Leader:
Ketua Penyelidik PTJ Research Leader School/Centre
Assoc. Prof. Dr. Mahamad Hakimi Ibrahim School of Industrial Technology
2)
Nama Penyelidik Bersama (Jika berkaitan) : Name/s of Co-Researcher/s
(if applicable)
Penyelidik Bersama Co-Researcher
PTJ School/Centre
Ambient Air Quality Monitoring in the State of Penang (2004) Tajuk Projek: ............................................................................................ . Title of Project:
3) Abstrak untuk penyelidikan anda (Perlu disediakan di antara 100 - 200 perkataan di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini kemudiannya akan dimuatkan ke dalam Laporan Tahunan Bahagian Penyelidikan & Inovasi sebagai satu cara untuk menyampaikan dapatan projek tuan/puan kepada pihak Universiti & luar).
Abstract of Research (Must be prepared in 100 - 200 words in Bahasa Malaysia as well as in English. This abstract will later be included in the Annual Report of the Research and Innovation Section as a means of presenting the project findings of the researcher/s to the university and the outside community)
( Include in the technical report. Please refer the attachment.) :-' '-'-~"'" ~ '-'--'-~-" '-'" '-'- '-~~~' ~ ....... ~'--'-"-"'''' ... '-' '-~" ~ .................. '-' -' ~ .. -~.~: ...... '-" .. ~ .. ~ ...... -' '-'-'-" -'-" ... ~ .. '-"
2
4) Sila sediakan Laporan teknikal lengkap yang menerangkan keseluruhan projek ini. [Sila gunakan kertas berasingan] Kindly prepare a comprehensive technical report explaining the project (Prepare report separately as attachment)
Senaraikan Kata Kunci yang boleh menggambarkan penyelidikan and a : List a glosssary that explains or reflects your research:
Bahasa Malaysia PM10
Unsur logam-Iogam berat
Parameter-parameter lapisan permukaan atmosfera
Bahasa Inggeris - .PM1O
Heavy metals
Atmosferic surface layer parameters
5) Output Dan Faedah Projek Output and Benefits of Project
(a) * Penerbitan (termasuk laporan/kertas seminar) Publications (including reports/seminar papers) (Sila nyatakan jenis, tajuk, pengarang, tahun terbitan dan di mana telah diterbitldibentangkan). (Kindly state each type, title, author/editor, publication year and journal/s containing publication) Kepekatan Pm 10 Dalam Kualiti Udara Persekitaran di Universiti sains Malaysia, Pulau Pinang
by Siti Nurbaya, A. H., Mahamad Hakimi, I., Ruslan, R., Yusri, Y. & Rizol, M. A.
In Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin, Azahan Awang, Kadaruddin Aiyub and Muhammad Rizal Razman.
Pengurusan Persekitaran 2005: Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran 2005,
Universii Kebangsaan Malaysia, Bangi, 4-5 Julai 2005.
Publication year: 2005
Journal containing publication: Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
(b) Faedah-Faedah Lain Seperti Perkembangan Produk, Prospek Komersialisasi Dan Pendaftaran Paten atau impak kepada dasar dan masyakarat. Other benefits such as product development, product commercialisation/patent registration or impact on source and society Knowledge of air quality would give the ability to predict trends of air pollution episodes with weather
conditions, industrial activities, etc. Thus, this would provide a better understanding of the air pollution
problem that exists in Penang and contribute to devising emergency response plans or counter
measures to air pollution by governmental bodies.
* Sila berikan salinan * Kindly provide copies
3
(c) Latihan Gunatenaga Manusia Training in Human Resources
Siti Nurbaya Bt Abu Hassan i) Pelajar Siswazah : ..................................................................... .
Postgraduate students: (perincikan nama, ijazah dan status) (Provide names, degrees and status)
Degree: Bachelor of Technology (Honours) (Environment)
Status: Active (Masters in Environmental TechnOlogy)
Final Project Students of Environmental Technology (Final Year)
ilJ Pelajar Prasiswazah : ................................................................. . Undergraduate students: (Nyatakan bilangan) (Provide number)
No. of students: 3 persons
iii) Lain-Lain: ................................................................................ . Others:
6. ParaJatan Yang TaJah Dlball : Equipment that has been purchased: 1. Air Quality Data from ASMA (Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd)
2. Hi - Volume Sampler Filter
3. Reagents set:- a) Aluminium reagents set ECR Method (100 lesl)
b) OPO Total Chlorine reagent powder pillows, 10 ml (100/pk)
c) Chloride reagent set (50 lest)
d) FelTOus Iron reagent powder pillows, 25 ml (1001pk)
e) Phos Ver 3 powder pillows, 10 ml (1001pk)
f) Low Range Silica reagnt set, 10 ml sample (100 test)
g) Zinc reagent set (100 tesl)
-4. One unit of wooden anemometer tower with wooden ladder from ground floor to lop floor (6m heighl x
2m length x 2m width)
4
·'
KOMEN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN PUSAT PENGAJIAN Comments of the Research Committees of Schools/Centres
.. ~ ..... .,.. ....................................................................................................................... , ........ .
i:iclt~~~:hM-f,g~'1!'l.;"q,.~~.j..~.'::!Q . . ·k~~~(~I:t~K"'w~J'H!:1~:·~t..lt;':'~f!l.tcY··· ..... . .................. ...... ~ .. ~ ... ~ ....... ... /11 ....... ..................... ~ ............. ~/../ ............................... .
""------,r'L~.tL~~.--i8.1% .. J:e-!llt:'M.~.~d!!~It.~ler.f/l!{~~~ .. '-q.~~.~~,~~~ .. -- -----/~[I1J., ........................................................................................................................ .
PROFESOR ROZMAN Hl. OiN OEKAN
Att:7ll1J.l111:AT PENGAJIAN TEKNOLOGI lNDUSTRI . . ..... .\JN1V.EESIT.l. ~N.NS M~tGYSIA
T A DAT AN PEN~tlru'!:tJ..AU PINI'U"' • JAWATANKUASA PENYELlDIKAN PUSAT PENGAJIAN
Updated: 16MAC2006
Signature of Chairman [Research Committee of School/Centre]
5
(J r-/ Ol/O! ........................... TARIKH
Date
ABSTRACT
The purpose of air quality monitoring programme that was held at Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang is to evaluate the level of PMIO and heavy metals concentrations
-----in-its--ambient-air:-The-24--hours-non;;;stop-PMio---samples-were-collected-using-a-High
Volume Sampler (HVS) ECOTECH Model 0-HV2000-001 with glass fiber filters (20.3 x
25.4 cm) and were operated and calibrated at 1.13 m3 per minutes. The sampler was
placed on the roof top of a four-storey building of School of Industrial Technology (20
meters high). During sampling periods, all meteorological parameters been recorded
because they can affect the concentrations of PMIO and heavy metals in the air. PMIO
samples were analyzed using Spectrophotometer DRl2500 and Atomic Absorption
Spectroscopy (AAS) to determine heavy metals such as aluminum, bromine, chlorine,
ferum, phosphorus, lead and zinc. All the data have been processed using Elemental
Enrichment Factors (EF), SPSS and GIS techniques. Other than monitoring programme,
atmospheric surface layer parameters also been observed at ITT AR, Seberang Perai. This
study was performed to give more understandings in atmospheric surface layer structure
which can be use for air modeling and applications to other atmospheric sciences study.
ABSTRAK
Program pemonitoran kualiti udara yang dijalankan di Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang bertujuan untuk menilai paras kepekatan PMlO serta unsur logam-Iogam berat
dalam kualiti-udanrpersekitarannya: PersampelarrPMT6 dilakukarr-dengan menggunakan---· --_.
persampel udara isipadu tinggi (HVS) ECOTECH Model 0-HV2000-001 dengan kadar
aliran udara 1.13 m3 per minit yang beroperasi se1ama 24 jam seeara berterusan dan
dilengkapi kertas turas gentian kaea (20.3 x 25.4 em). Lokasi persampelan adalah di atas
bumbung bangunan empat tingkat (berketinggian 20 meter) Pusat Pengajian Teknologi
Industri. Sepanjang tempoh pesampelan, data-data meteorologi direkodkan kerana ia
merupakan faktor utama yang akan mempengaruhi kepekatan PMlO dan unsur logam-
logam berat tersebut di udara. Analisis yang dilakukan terhadap sampel-sampel PMlO
adalah menggunakan Spektrofotometer DRl2500 dan Spektrofotometer Penyerapan
Atom (AAS). Unsur logam-Iogam berat yang ditentukan adalah aluminium, bromin,
klorin, ferum, fosforus, plumbum dan zink. Data-data yang diperolehi diproses
menggunakan kaedah-kaedah Elemental Enrichment Factors (EF), SPSS dan GIS. Selain
pemonitoran, pemerhatian terhadap parameter-parameter lapisan permukaan atmosfera
juga dikaji yang bertempat di ITTAR, Seberang Perai. Kajian ini dilakukan untuk
memahami dengan lebih mendalam struktur lapisan permukaan atmosfera yang boleh
digunakan dalam permodelan udara dan aplikasi-aplikasi berkaitan kajian sains atmosfera
yang lain.
LAPORAN TEKNlKAL GERAN
PENGENALAN
--- - -- ----
Kepekatan zarahan terarnpai di udara terutarnanya berdiarneter sarna atau kurang
daripada 10IJm atau lebih dikenali sebagai PMlO sering dikaitkan sebagai paras seriusnya
pencemaran udara yang berlaku pada sesebuah kawasan. Pada amnya, kepekatan
pencemaran zarahan terarnpai atau PMlO ini dilaporkan dalarn unit IJg/m3, berat
kandungan zarahan terampai atau PMlO per meter isipadu udara yang disedut. Dengan
cara ini, tahap pencemaran udara untuk sesebuah kawasan itu dapat dibandingkan dengan
kawasan-kawasan yang lain.
Pencemaran zarahan terarnpai boleh menimbulkan kesan buruk terhadap cuaca,
kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan juga harta-benda. Kandungan zarahan
terampai yang tinggi terutarnanya zarahan-zarahan halus boleh menghadkan penglihatan
dan berbahaya terhadap kesihatan manusia. Bahan-bahan zarahan terarnpai ini terdiri
daripada debu, abu terbang, asap, jelaga dan sebagainya. Punca utarna zarahan ini adalah
daripada loji-Ioji stesen janakuasa, keIja-keIja pembinaan, asap-asap kenderaan serta
aktiviti-aktiviti perindustrian. Menurut Tan (1978), sumber pencemaran udara di
Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis utama: sumber pencemaran
udara tidak bergerak dan sumber pencemaran udara bergerak. Jadual 1 menunjukkan
sumber pencemaran udara di Semenanjung Malaysia pada tahun 1977.
Jadua11: Sumber Pencemaran Udara di Semenanjung Malaysia, 1977 (Tan, 1978).
Sumber Bilangan A. Tidak Bergerak
Stesenjanakuasa 13 Dandang 1550 Kilang simen 7 Kuari 341 Industri berasaskan kayu 1598 Kilang batu bata dan tanah liat 184 Kilang gelas/cermin 23 Kilang logarn 112
Kilang kimia Industri kelapa sawit Pusat pembersihan Kilang melebur bijih Kilang asbestos Kilang yang berkaitan dengan plumbum Kilang makanan-haiwan---Rumah asap getah Kilangpadi
B. Bergerak (kenderaan bermotor)
Petrol Disel
371 136 2 2 5 7
186 698 1258
1,434,657 136,205
Manakala Sham Sani et. al. (1982) telah membahagikan, sumber yang
menyebabkan berlakunya pencemaran udara kepada lima kumpulan utama:
I. Pengangkutan
2. Stesen janakuasa
3. Industri
4. Pembakaran kayu
5. Pembuangan sisa
Dari kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan, didapati bahawa zarahan
boleh sedut (biasanya zarah-zarah yang bersaiz kurang daripada 10 )lm) boleh memberi
kesan buruk kepada kesihatan manusia (National Research Council, 1979). Terbukti
bahawa zarahan halus yang mempunyai saiz zarah sarna atau kurang daripada 10 mikron
atau PM lO boleh masuk ke dalam paru-paru manusia melalui proses pemafasan. Kesan
buruk zarahan halus seperti PM lO ini terhadap kesihatan bukan sahaja dari sifat fizikal
saiz zarah itu samata-mata malahan juga dari segi unsur logam-Iogarn berat yang
terkandung di dalam zarahan tersebut seperti plumbum, arsenik, kadmium dan lain-lain.
Elemen-elemen tersebut memang sudah dikenali sebagai logarn toksik yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia.
Selain daripada itu, pemendapan zarahan terampai di atas bangunan pula boleh
mengotorkan pemandangan sesebuah bangunan. Ini akan menyebabkan bangunan itu
perlu kerap kali dicat semula dan secara langsung boleh meningkatkan kos
penyelenggaraan terhadap bangunan tersebut. Di Malaysia, zarahan terampai telah
mendapat perhatian yang serius apabila berlakunya fenomena jerebu pada tahun-tahun
1982, 1988, 1991, 1994 dan 1997 (Mohd Talib dan Rozali, 2000). Pertambahan bahan
pencemar di udara boleh menyebabkan masalah jerebu dan seterusnya mengurangkan
- - ---jarakpengiihatan.-Jerebu-yang terjadtpada-awal- Septemb-er 1997di-Ifuching-adalah -yang
paling buruk dalam sejarah. Ketika itu indeks pencemaran udaranya (IPU) mencecah 800.
PENYELIDlKAN DI USM
Untuk memperlihatkan paras zarahan terampai terutamanya PMlO di sekitar Pulau
Pinang, Universiti Sains Malaysia telah mewujudkan satu program pemonitoran kualiti
udaranya sendiri di Pus at Pengajian Teknologi Industri. Objektif utama program ini
adalah untuk menilai paras kepekatan PMlO yang tersebar di sekitar Pulau Pinang dan
mengkaji tentang keadaan pencemaran udara yang melibatkan unsur logam-logam berat
di udara. Sepanjang program pemonitoran kualiti udara ini dilakukan, sebanyak empat set
persampe1an te1ah dikumpulkan (jadual2).
Jadual2: Set dan tempoh persampelan yang telah dijalankan bagi program pemonitoran kualiti udara di PPTI, USM.
SET TE~OHPERS~ELAN
A 10 Mei 2005 - 16 Jun 2005 B 15 Ogos 2005 - 8 September 2005 C 13 Febuari 2006 - 22 Febuari 2006 D 1 Mac 2006 - 10 Mac 2006
Stesen pemonitoran kualiti udara ini berlokasi di atas bumbung bangunan empat
tingkat (berketinggian 20 meter) Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) di kampus
induk, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kampus induk, Universiti Sains
Malaysia (USM), Pulau Pinang ini merangkumi kawasan seluas 239.47 hektar dan
keadaan topografinya adalah berbukit-bukit. Jarak USM dari arah barat daya bandar
Geogetown adalah lebih kurang 9.7 km. Bandar ini merupakan bandar yang aktif dengan
aktiviti-aktiviti perdagangan dan komersial kerana ia adalah kawasan yang menjadi
tumpuan utama bagi komuniti masyarakat dari dalam dan Iuar Pulau Pinang. Jarak
kawasan kajian juga adalah 3 kIn daripada Zon Bebas Perindustrian, Bayan Lepas yang
terletak pada arah utara. Kedua-dua lokasi ini dilingkungi oleh pembangunan yang pesat
iaitu kawasan kilang dan perumahan selain mempunyai jaringan pengangkutan yang
sibuk sekitar jam 8 hingga 9 pagi dan 5 hingga 6 petang. Kedudukan kawasan-kawasan
iniserta 1Iktiviti .;.aktivitinyaberpatensi-rnenyum.banglGnrsejumla:lrbesar -PMTO -terhadap
stesen pemonitoran tersebut.
Seeara amnya, Pulau Pinang dipengaruhi oleh iklim khatulisiwa iaitu panas dan
lembab dan mengalami keadaan empat musim yang berbeza-beza, berlaku sepanjang
tahun iaitu monsun Timur Laut (Disember-Mae), monsun Peralihan (April-Mei) dan
(Oktober-November) dan monsun Barat Daya (lun-September). Min suhu harian di Pulau
Pinang adalah di antara 25°C hingga 32°C, sementara purata taburan hujan tahunannya
pula adalah 2888 mm. Ini memberikan kelembapan bandingan sebanyak 77%. Min
kelajuan angin untuk sepanjang tahun bagi kajian ini adalah 1.9 mls.
Persampelan
Persampel udara isipadu tinggi (High Volume Sampler-HVS) ECOTECR Model
O-HV2000-001 (gambar 1) yang dilengkapi kertas turas bergentian kaea (20.3 em x 25.4
em) digunakan untuk menyedut udara pada kadar 1.13 meter padu per minit se1ama 24
jam seeara berterusan. Zarahan terampai berdiameter kurang atau sama dengan 10/lm
yang terdapat dalam udara akan terperangkap pada kertas turas bergentian kaea tersebut.
Gambar 1: Persampel Udara Isipadu Tinggi (HVS) ECOTECH Model 0-HV2000-001
Kaedah persampelan PMIO yang dilakukan untuk kajian ini adalah dengan
mengeringkan kertas turas bergentian kaca terlebih dahulu selama satujam dalam ketuhar
jenama Venticell pada suhu lOSoC. Kemudian, kertas turas bergentian kaca itu akan
disejukkan selama satu jam pula di dalam balang pengontang dan ditimbang dengan
penimbang elektronik Sartorius Model BP 301S.
Jisim kertas tUfas bergentian kaca dicatatkan dan dipasangkan pada HVS. Selepas
24 jam, kertas tUfas bergentian kaca itu akan dikeringkan dalam ketuhar dan disejukkan
dalam balang pengontang. Kemudian ia ditimbang dengan penimbang elektronik dan
jisimnya dicatatkan. Jisim zarahan terampai PMIO ditentukan dengan mendapatkan
perbezaan berat kering kertas turas bergentian kaca sebelum dan selepas sedutan
dilakukan. Bagi mendapatkan kepekatan PMIO dalam unit Ilg/m3, rumus di bawah
digunakan:-
Kepekatan PMIO = jisim sampel (blg) Kadar aliran udara (m3/jam) x masa persampelan Gam)
Selain persampelan yang dilakukan sendiri bagi mendapatkan data-data kepekatan
PMIO, data-data sekunder daripada Alam Sekitar Malaysia (ASMA) iaitu melalui stesen
pemonitoran kualiti udaranya di Universiti Sains Malaysia juga diperolehi. Ini bagi
melakukan perbandingan untuk mengetahui adakah pola kepekatan PMIO akan
dipengaruhi oleh faktor perbezaan ketinggian lokasi persampelan. Data-data meteorologi
seperti suhu, kelembapan, tekanan, halaju angin dan arah angin juga direkodkan kerana ia
merupakan faktor utama yang akan mempengaruhi kepekatan PMIO tersebut. Data-data
sekunderbagr meteorologi juga diperolelrdaripada-Stesen Jabatan Kaji -Cuaea di
Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Analisis Sampel
Sampel PM lO yang telah dikumpul akan dianalisis bagi menentukan kepekatan
unsur logam-Iogam berat yang terkandung dalam sampel tersebut. Spektrofotometer
DRl2500 telah digunakan dalam kajian ini bagi menentukan kepekatan aluminium,
bromin, klorin, fosforus dan zink dalam larutan sampel yang telah disediakan. Kesemua
kaedah menganalisis kepekatan telah didapati daripada manual prosedur
Spektrofotometer DRl2500 (HACH Company, 2003). Manakala Spektrofotometer
Penyerapan Atom (AAS) yang beIjenama PERKIN ELMER AAnalyst 100 telah
digunakan bagi menentukan kepekatan plumbum pula.
Pemelarutan sampel
Kertas turas bergentian kaea dipotong dalam ukuran 1.9 em x 20.3 em dan
dihadam di dalam bikar 150 ml dengan 15 ml HN03 yang berkepekatan 3M. Pastikan
kesemua sampel telah dihadam. Sampel tersebut kemudian ditutup dengan menggunakan
sekeping eeper kaea dan dididihkan dengan perlahan-lahan diatas hot plate selama 30
minit di dalam kubuk wasap. Sampel tidak dibiarkan meruap hingga kering. Bikar
tersebut kemudian dibiarkan menyejuk pada suhu bilik. Ceper kaea dan bahagian dinding
bikar tersebut kemudiannya dibilas dengan air suling temyah-ion.
Larutan ekstraksi itu kemudiannya disiringkan ke dalam kelalang volumetri 100
ml dan 40 ml air suling temyah-ion ditambahkan ke dalam bikar tersebut dan ditutup
dengan eeper kaea lalu dibiarkan selama 30 minit. Ini bertujuan bagi memastikan bahawa
asid nitrik yang terperangkap di dalam kertas turas mempunyai eukup masa untuk
meresap ke dalam larutan pembilas. Kemudian, kandungan bikar itu disiringkan ke dalam
kelalang volumetri yang sama dan kertas turas serta bikar tadi dibilas dua kali dengan air
suling sehingga jumlah isipadu larutan menjadi 80 hingga 85 ml. Kelalang volumetri itu
ditutup dan digoncang dengan kuat dan kemudian dibiarkan selama lima minit atau
sehingga buih-buihnya hilang. Larutan tersebut akhimya dijadikan 100 ml. Larutan
sampelitu tidakbolehdituras dengan menggunakan-kertas -turas--bagimerrgelakkan
kehilangan unsur logam-Iogam melalui proses penurasan. Larutan tersebut sebaliknya
diempar pada 2000 rpm selama 30 minit bagi menyingkirkan sebarang pepejal yang
terampai.
Larutan Piawai Tentukuran
Suatu larutan piawai 20 ).tg/ml telah disediakan setiap hari daripada larutan stok
1000 ).tg/ml dengan mencairkan 2 mllarutan stok tersebut menjadi 100 ml dengan 0.45 M
RN03. Suatu siri piawai (0.5 - 5.0 ).tg/ml) disediakan daripada larutan piawai ini.
Analisis
Bagi menentukan kepekatan plumbum menggunakan Spektrofotometer
Penyerapan Atom (AAS), analisis dilakukan pada panjang gelombang 217.0 run
menggunakan lampu katod berongga. Larutan piawai disedutkan dan bacaan keserapan
diambil bagai setiap piawai. Kelok tentukuran kemudiannya disediakan daripada bacaan
ini. Larutan sampel disedutkan langsung ke dalam instrumen ini dan bacaan
keserapannya diambil. Sekiranya bacaan keserapan melampaui skala, maka 10 ml alikuot
larutan sampel itu dicairkan sewajarnya dengan 0.45 M RN03. Air suling juga dilalukan
ke dalam instrumen ini di antara penyedutan larutan sampel. Larutan blank dan piawai
disedutkan ke dalam instrumen ini beberapa kali bagi memastikan kejituan analisis
sampel.
Purata bacaan keserapan dihitung dan nilai keserapan akhir dikira dengan
menolakkan bacaan keserapan blank daripada keserapan sampel. Kepekatan plumbum
dalam ).tg/ml di dalam larutan sampel diperolehi melalui kelok tentukuran tersebut.
Pengiraan
Kepekatan plumbum di dalam zarahan boleh sedut telah delakukan dengan
menggunakan formula yang berikut:-
e =brg-Pb1ml x -WO mlttalur x -11 jalur/penuras) - B V
c
fJg Pb/ml
100 mVjalur
12 jalur/penuras
V =
B
kepekatan plumbum di dalam udara, fJglm3;
kepekatan plumbum di analisis;
jumlah isipadu larutan sampel yang dianalisis;
keluasan yang boleh digunakan ( 20 x 23 em) keluasan satu jalur (1.9 x 20 em)
jumlah isispadu udara yang disampel, m3
purata kepekatan Pb di dalam penuras blank, fJg
fJg Pb/ml x 100 mVjalur x 12 jalur/penuras
CarakeIja terperinei bagi penentuan plumbum di dalam zarahan terampai udara
boleh didapati di dalam United States Environmental Protection Agency (USEP A)
Quality Asurance Manual (Mohd Rashid bin Mohd Yusof dan Rahmalan bin Ahmad,
1991).
BASIL PENYELIDIKAN
Melalui persampelan udara yang telah dijalankan, data-data purata kepekatan
PMlO yang diperoleh sepanjang pemonitoran kualiti udara di PPTI, USM adalah seperti
jadua13dibawah.
ladual 3 : Purata kepekatan PMlO yang diperoleh sepanjang program pemonitoran kualiti udara di PPTI, USM.
SET TEMPOHPERS~ELAN PURATA KEPEKATAN A 10 Mei 2005 - 16 lun 2005 27.44 J.lg/mj
B 15 Ogos 2005 - 8 September 2005 64.52 llg/m3
C 13 Febuari 2006 - 22 Febuari 2006 87.59 J.lg/mj
D 1 Mac 2006 - 10 Mac 2006 97.94 J.lg/m3
Di dapati bahawa nilai-nilai ini masih lagi di bawah had maksimum yang telah
ditetapkan oleh labatan Alam Sekitar di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 iaitu 150 J.lg/m3 dalam
masa 24 jam. Manakala hanya sebanyak 11.79% daripada kepekatan harian PMlO yang
telah disampelkan di stesen pemonitoran kualiti udara ini pula didapati telah melebihi had
maksimum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Kebanyakan kepekatan
harian PMlO yang melebihi had maksimum adalah pada waktu tempoh persampelan Set
B. Ini kerana hasH pemonitoran tersebut telah dipengaruhi oleh jerebu yang melanda
Pulau Pinang sepanjang persampelan dijalankan. Ini menunjukkan bahawa ketika jerebu,
keadaan atmosfera mengandungi zarahan terampai boleh sedut atau PMlO yang tinggi dan
ini boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan penduduk yang tinggal di sekitar
Pulau Pinang se1ain menghadkan jarak penglihatan yang pastinya akan membahayakan
pemandu-pemandu khususnya.
Selain itu, zarahan terampai dalam udara dalam julat sama atau kurang daripada
10J.1m berpotensi berbahaya kepada kesihatan manusia bukan sekadar dari segi fizikalnya
malah dari segi komposisi kimianya yang mempunyai kesan toksik terhadap manusia dan
haiwan. Saiznya yang begitu halus sehingga boleh tersedut terns ke sistem pemafasan
manusia dan terkumpul dalam pam-pam berbanding dengan zarahan terampai udara yang
bersaiz lebih besar. Ini merupakan sebab penentuan unsur logam-Iogam berat dijalankan
ke atas PMIO (Rashid, 1991).
Melalui analisis penentuan kepekatan unsur logam-Iogam berat (aluminium,
bromin, klorin, ferum, fosforus, plumbum dan zink) yang telah dilakukan, didapati
bahawa kepekatan elemen-elemeninidipengaruhi oleh kedua-dua sumberdaripada
krustal (semulajadi) dan antropogenik. Ini dipastikan melalui penggunaan kaedah
Elemental Enrichment Factors (EF). Kaedah ini digunakan bagi mengklasifikasikan
unsur logam-Iogam berat ini kepada potensi atau kemungkinan punca-puncanya. Selain
itu, perubahan nilai-nilai kepekatan ini juga akan dilihat berdasarkan faktor meteorologi
dan masa, iaitu perbandingan yang dilakukan mengambil kira keadaan cuaca serta
tempoh masa persampelan yang berbeza.
Untuk peringkat kajian yang seterusnya, analisis statistik SPSS digunakan.
Kaedah yang telah digunakan adalah Coleration Coefficient dan Multiple Linear
Regression Analysis. Kaedah-kaedah ini merupakan kaedah statistik yang digunakan
bertujuan untuk menentukan samada terdapat pertalian hubungan di antara pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang wujud. Ia juga digunakan untuk menggambarkan keadaan
pertalian hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah tersebut samada berkeadaan
positif atau negatif dan bersifat linear atau tak-linear. Data-data yang diambil kira dalam
analisis ini adalah kepekatan unsur logam-logam berat, kepekatan PMIO dan faktor-faktor
meteorologi seperti suhu, kelembapan, arah angin dan kelajuan angin.
Seterusnya corak taburan unsur logam-logam berat ini akan divisualisasikan
menggunakan kaedah Geographic Information System (GIS) bagi mengenalpasti
kawasan-kawasan industri yang menjadi punca utama kehadiran elemen-elemen ini di
atmosfera sekitar Pulau Pinang. Kaedah ini menggunakan faktor meteorologi dan
geografi terutamanya arah angin yang berupaya menjadi petunjuk arah bagi menentukan
punca-punca elemen-elemen ini. Hasil GIS ini akan dibandingkan dengan kaedah
Elemental Enrichment Factors (EF) yang telah dilakukan sebelumnya. Ini bagi
menentukan bahawa jangkaan terhadap potensi punca-punca elemen-elemen ini adalah
seperti yang digambarkan melalui GIS atau tidak.
Fasa-fasa penyelidikan yang dinyatakan di atas masih lagi melalui proses-proses
akhir bersama tenaga-tenaga pakar di dalam bidang masing-masing. Oleh itu gambaran
sepenuhnya tidak dapat dinyatakan dengan lengkap di dalam laporan teknikal ini. Di
bawah merupakan gambarajah fasa-fasa penyelidikan yang dilakukan.
I Persampelan PMlO I
Analisis sampel PMlO bagi penentuan unsur logam-Iogam berat
I Pengkatalogan data-data
Elemental Enrichment Factors (EF)
Analisis statistik - SPSS
I GIS I
I
Aluminium Bromin Klorin Ferum
Fosforus Plumbum
Zink
Gambarajah 1: Fasa-fasa penyelidikan bagi projek ini.
PENYELIDlKAN YANG LAIN
Selain pemonitoran kualiti udara yang telah dilakukan di PPTI, USM, sebahagian
daripada peruntukan geran ini juga telah dibelanjakan ke atas pembinaan menara sebagai
tapak pemerbatian parameter-parameter lapisan permukaan atmosfera.
Satu menara yang diperbuat daripada kayu telah didirikan di tengah padang
kampus Institusi Teknologi Tunku Abdul Rahman (ITTAR), Seberang Perai dengan
kebenaran pengarah institut terse but seperti ditunjukkan dalam gambar 1. Menara
tersebut telah didirikan setinggi 10m dari permukaan bumi pada bulan Mei tahun 2006
dan akan dirobohkan pada bulan Mei tahun 2007.
Gambar 1: Penempatan anemometer dan sensor suhu dan kelembapan udara di atas suatu menara.
Menara tersebut telah didirikan untuk mengkaji parameter-parameter lapisan
permukaan atmosfera dengan menempatkan dua alat pemerhatian di atas menara tersebut
iaitu sebuah anemometer UVW Gill dan sebuah sensor suhu dan kelembapan relatif.
Parameter-parameter yang telah dikaji termasuk sisihan piawai perubahan halaju angin
tiga komponen u, v dan w yang selari dengan paksi x, y dan z masing-masing. Di
samping itu, parameter halaju geseran angin, panjang Monin-Obukhov dan pekali seretan
angin turnt dikaji.
Parameter-parameter ini telah dipilih untuk memahami dengan lebih mendalam
struktur lapisan permukaan atmosfera yang boleh digunakan dalam pemodelan
pencemaran udara dan aplikasi-aplikasi berkaitan dengankajian sains atmosfera yang
lain.
Keputusan pemerhatian dan ekperimen ini telah menjelaskan struktur dan ciri-ciri
lapisan permukaan atmosfera di kawasan perindustrian khatulistiwa yang belum peruah
diselidik di kawasan seperti tersebut. Salah satu daripada keputusan yang didapati
daripada eksperimen ini adalah sifat sisihan piawai perubahan halaju angin yang telah
dinormalkan dan keamatan kegeloraan angin dengan parameter kestabilan atmosfera.
Data perubahan halaju angin tiga komponen juga telah dianalisa menggunakan
kaedah transformasian Fourier cepat untuk mendapatkan saiz olakan angin mengufuk
dan menegak. Pekali-pekali penyerakan sigma Y dan sigma Z yang digunakan dalam
pemodelan pencemaran udara berasaskan Gaussian juga telah diperolehi.
RUMUSAN
Melalui penyelidikan dan pemonitoran kualiti udara persekitaran yang telah
dijalankan di ITTAR, Seberang Perai dan Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM,
data-data berkenaan keadaan kualiti udara sekitar Pulau Pinang termasuk zarahan
terampai, komposisi logam-Iogam berat serta parameter-parameter lapisan pemukaan
atmosfera untuk jangkamasa setahun dapat diperolehi dengan terperinci. Data-data yang
telah sedia ada ini membolehkan sebuah permulaan terhadap penyelidikan yang
seterusnya seperti kajian pencemaran udara untuk jangka masa panjang dan permodelan
pencemaran udara. Selain itu, stesen pemonitoran yang dibina bertujuan bagi mengkur
pelepasan atau emisi sebenar daripada industri-industri agar tidak melebihi had-had yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 dan penilaian terhadap
keberkesanan tahap-tahap kawalan oleh kerajaan boleh dilakukan.
RUJUKAN
Airborne Particulate. Comittee on Medical and Biological Effects of Environmental Pollutants. National Research Council, Universiti Park Press, Baltimore, MD, USA 1979.
Mohd Talib, L. & Razali, M.O. 2000. Kepekatan beberapa bahan pencemar udara dan kesannya kepada kesihatan manusia. Dalam Jamaluddin, M.J., Kamaruzzaman, S., Mohd Jail ani, M.N. dan Abdul Hadi, H.S (phyt.) Environmental Management 2000: Proceedings National Seminar on Environmental Management Issues and Challenges in Malaysia. Hlmn. 524-531.
Rashid, M. and A. Rahmalan (1991) Tren Pencemaran Plumbum di Atmosfera Kuala Lumpur 1988-1990, Simposium Kimia Analisis Kebangsaan Ke V, Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 21-23 Oktober.
Sham Sani, 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara, Pencetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Tan, M.L., 1978. Air Pollution in Malaysia: Problems, Prespectives and Conrol. Paper presented to the Symposium Crisis in the Malaysia Environment, Penang Consummers Association and Universiti Sains Malaysia, Penang, 16th-20th September, 1978.
KEPEKATAN PM10 DALAM KUALITI UDARA UNlVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
PERS
Siti Nurbaya, A.H.t, Mahamad Hakimi, 1.1, Ruslan, R.2, Yusri, y.l &
ITeknologi Persekitaran Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
E-mail: [email protected]
2Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang merupakan pemerhatian awal dan bertujuan untuk mengetahui pola kepekatan PMJO dalam kualiti udara persekitarannya. Persampelan PMJO dilakukan dengan menggunakan persampel udara isipadu tinggi (HVS) ECOTECH Model 0-HV2000-001 dengan kadar aliran udara 1.13 m3 per minit yang beroperasi selama 24 jam seeara berterusan dan dilengkapi kertas turas gentian kaea (20.3 x 25.4 em). Lokasi persampelan adalah di atas bumbung bangunan empat tingkat (berketinggian 20 meter) Pusat Pengajian Teknologi Industri. Sepanjang tempoh persampelan, data-data meteorologi direkodkan seperti arah angin dan keadaan euaea kerana ia merupakan laktor utama yang akan mempengaruhi kepekatan PMJO tersebut. Keputusan daripada kajian ini juga akan dibandingkan dengan data-data sekunder yang diperoleh daripada Alam Sekitar Malaysia (ASMA) untuk mengetahui adakah laktor perbezaan ketinggian lokasi persampelan akan mempengaruhi pola kepekatan PMJO• Dengan adanya data-data ini, nilai indeks peneemar udara (IPU) di sekitar USM juga boleh ditentukan. Keputusan kajian ini menunjukkan kepekatan PMJO
di kawasan kajian masih berada di bawah had maksimum yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar di dalam Akta Alam Sekeliling, 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 iaitu 150 pglm3 dalam masa 24 jam.
PENGENALAN
Universiti Sains Malaysia (USM) terkenal dengan kampusnya yang diwarnai oleh flora dan fauna mengasyikkan, sebagai taman ilmu yang membuahkan kekuatan untuk pembangunan negara dan bangsa tercinta. Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh pihak universiti untuk mewujudkan suasana sejahtera sebuah kampus universiti. Dengan berkonsepkan pembangunan universiti dalam taman yang berteraskan kepada usahausaha untuk merancang pembangunan sekitar kampus yang memberikan penekanan ke atas keseimbangan ekologi flora dan fauna, maka masalah pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara perlu diberi penekanan yang utama.
Kita perlu sedar betapa pentingnya pemeliharaan keseimbangan ekologi kerana ia mempunyai hubungan secara lang sung dengan impak yang akan diberikan kepada manusia dan persekitaran. Pembangunan pesat di sekitar USM yang membawa kepada pertambahan penduduk, kawasan kilang dan perumahan, pembinaan jalan raya dan penggunaan kenderaan bermotor oleh warga kampus yang bertambah boleh menyebabkan bahan-bahan pencemar udara di kawasan sekitar terus meningkat. Ini pastinya akan memberikan kesan kepada warga kampus yang menggunakan pelbagai kemudahan di universiti ini untuk berurusan seharian.
Kepesatan pembangunan yang tidak mengira kesan kepada alam sekitar telah menyebabkan keadaan yang tidak diingini berlaku pada masa sekarang khususnya pencemaran udara. U dara dikatakan tercemar apabila sesuatu bahan atau kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke udara sehingga ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan ataupun bahan-bahan lain (Sham, 1987). Punca utama terhadap peningkatan kandungan bahan-bahan pencemar di udara adalah disebabkan oleh aktivitiaktiviti manusia yang tidak terbatas.
Bahan pencemar udara dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu bahan pencemar primer dan bahan pencemar sekunder. Bahan pencemar primer adalah bahan pencemar yang dibebaskan terus ke atmosfera daripada punca yang diketahui sama ada daripada proses mekanikal ataupun proses kimia. Contoh bahan pencemar primer adalah seperti pembakaran tidak lengkap daripada industri pemprosesan dan industri enjin automobil yang menghasilkan karbon monoksida dan karbon dioksida. Manakala bahan pencemar sekunder pula adalah bahan pencemar yang terhasil daripada tindakbalas bahan pencemar primer. Tindakbalas ini melibatkan pelbagai kombinasi antara bahan pencemar udara termasuk bahan pencemar primer dan komponen semulajadi di atmosfera (Pfafflin & Ziegler, 1976).
Sejak kebelakangan ini, usaha-usaha pemonitoran dan pengukuran kepekatan zarahan terampai yang berdiameter sama atau kurang daripada lOJlm (PM10) telah meningkat kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan manusia terutamanya sistem pemafasan (Keary et. al., 1998). Zarahan terampai yang akan menembusi sistem respirasi manusia ditentukan oleh saiz zarahan dan komposisi zarahan. Berdasarkan rekod daripada Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, 90% daripada zarahan terampai di udara mempunyai diameter kurang daripada 10 Jlm. Ini membahayakan kesihatan kerana saiznya yang sangat kecil, mampu memasuki sistem pemafasan dan terenap di peparu. Seterusnya ia boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti bronkitis, asma, pneumonia dan sakit jantung (Talib, 2002).
Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, di dapati terdapat hubungan antara kepekatan PM10 dengan pelbagai penunjuk kesihatan seperti kemasukan ke hospital, kekerapan masalah respirasi, pengurangan keupayaan paru-paru dan lain-lain masalah kesihatan. Di Amerika Syarikat, kajian telah membuktikan bahawa pertambahan zarahan terampai di udara memberi kesan langsung terhadap peningkatan kes batuk yang berterusan, asma, bronkitis dan sakit dada pada kanak-kanak (Dockerty et. al., 1989).
Faktor-faktor meteorologi juga memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi kepekatan bahan pencemar udara yang masuk ke ruang atmosfera. Apabila bahan pencemar dibebaskan dari puncanya, nasib bahan pencemar yang seterusnya bergantung pada sifat semulajadi atmosfera terutamanya keupayaan untuk mencairkan dan menyebarkan bahan pencemar (Shaw & Munn, 1971). Jadi proses
pencampuran di atmosfera amat bergantung kepada keadaan cuaca seperti laju dan arah angin, suhu serta interaksinya dengan keadaan topografi tempatan.
Menurut labatan Alam Sekitar (lAS) (2000), penyumbang utama kepada pencemaran udara di Malaysia adalah daripada punca bergerak seperti kenderaan bermotor (81.6%), diikuti dengan punca tidak bergerak seperti stesen janakuasa (8.9%), aktiviti perindustrian yang melibatkan proses pembakaran (6.3%), perkilangan (2.0%) pembakaran sampah-sarap (0.9%) dan pembakaran sisa domestik (0.3%). Selain itu, satu kajian yang dilakukan di sekitar kawasan Kuala Lumpur-Petaling Jaya menunjukkan bahawa kenderaan bermotor dan pembangunan industri merupakan dua penyumbang pencemaran udara yang paling penting. Dua punca bahan pencemar tersebut dianggarkan menyumbang 99.3% kepada pencemaran udara (Sham, 1977).
Di Malaysia, zarahan terampai te1ah mendapat perhatian yang serius apabila berlakunya fenomena jerebu pada tahun-tahun 1982, 1988, 1991, 1994 dan 1997 (Mohd Talib dan Rozali, 2000). Pertambahan bahan pencemar di udara boleh menyebabkan masalahjerebu dan seterusnya mengurangkanjarak penglihatan. Jerebu yang terjadi pada awal September 1997 di Kuching adalah yang paling buruk dalam sejarah. Ketika itu indeks pencemaran udaranya (lPU) mencecah 800. Manakala JAS (2000) te1ah melaporkan bahawa di antara kawasan yang menunjukkan kualiti udara di paras yang tidak sihat ialah seperti di Prai dan Nilai.
Indeks pencemar udara (lPU) merangkumi bahan pencemar udara yang berpotensi menyebabkan kemudaratan kepada manusia apabila nilainya te1ah melebihi tahap keselamatan. IPU di Malaysia merangkumi karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (N02), sulfur dioksida (S02), ozon (03) dan PMlO•
Karbon monoksida berpunca daripada ekzos kenderaan dan pembakaran terbuka. Daripada sumber semulajadi, gas ini berpunca daripada pembakaran hutan dan tindakbalas fotokimia Bagi gas sulfur dioksida pula, kebanyakannya berpunca daripada pembakaran bahan api fosil. Manakala daripada sumber semulajadi, gas ini adalah berpunca daripada letusan gunung berapi dan hasil tindakbalas biogenik (Stem, 1984). Nitrogen dioksida pula berpunca daripada kenderaan bermotor dan pembakaran api fosil. Secara semulajadi, gas ini terhasil daripada proses biogenik dari tanah dan pancaran matahari (Pfafflin & Ziegler, 1976). Bagi ozon, gas ini terbentuk hasil daripada tindakbalas pancaran ultraungu. Kehadiran pelbagai hidrokarbon, oksida nitrogen dan kehadiran pancaran matahari menyebabkan tindakbalas rencam berlaku. Dalam tindakbalas ini, ozon berfungsi sebagai pengoksida fotokimia. PMlO pula merujuk kepada zarahan yang bersaiz kurang atau sama dengan 10 Ilm. Zarahan ini berpunca daripada pepejal seperti debu, asap, wasap dan abu terbang, manakala bagi cecair ia berpunca daripada kabus dan semburan (Zaini, 1997).
IPU telah dibina oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan lima status kualiti udara iaitu baik (0-50), sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan tahap genting (>300). Untuk menentukan IPU, pengiraan subindeks IPU bagi kelima-lima bahan pencemar perlulah dikira terlebih dahulu berdasarkan formula yang ditetapkan oleh JAS me1alui data-data kepekatan yang telah diambil daripada stesenstesen pemonitoran kualiti udara. Bagi menentukan nilai IPU, nilai subindeks IPU tertinggi adalah merupakan nilai IPU sekaligus status kualiti udara pada ketika itu juga boleh diketahui.
Selain itu, menurut Jabatan Kaji Cuaea Malaysia (1998), IPU ini akan mempengaruhi jarak penglihatan. Jarak penglihatan yang paling baik iaitu pada hari atmosfera terang adalah melebihi 10 000 meter dan yang paling tidak baik atau pada hari jerebu yang sangat tebal ialah 500 meter. Oleh itu, dapat dinyatakan di sini bahawa jarak penglihatan sangat berkait rapat dengan IPU. Semakin tinggi IPU, maka semakin kurang jarak penglihatan.
BAHAN DAN KAEDAH
Persampelan PMlO untuk kajian ini telah dijalankan bermula dari 10 hingga 25 Mei 2005 (16 hari) berlokasi di atas bumbung bangunan empat tingkat (berketinggian 20 meter) Pusat Pengajian Teknologi Industri di kampus induk, Unversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kampus induk, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini merangkumi kawasan seluas 239.4 hektar dan keadaan topografinya adalah berbukit-bukit. Jarak USM dari arah barat daya bandar Geogetown adalah lebih kurang 9.7 km. Bandar ini merupakan bandar yang aktif dengan aktiviti-aktiviti perdagangan kerana ia adalah kawasan yang menjadi tumpuan utama bagi komuniti masyarakat dari dalam dan luar Pulau Pinang. Jarak kawasan kajian juga adalah 3 km daripada Zon Bebas Perindustrian, Bayan Lepas yang terletak pada arah utara. Kedua-dua lokasi ini juga dilingkungi oleh pembangunan yang pesat iaitu kawasan kilang dan perumahan selain mempunyai jaringan pengangkutan yang sibuk sekitar jam 8 hingga 9 pagi dan 5 hingga 6 petang.
Seeara amnya, Pulau Pinang mempunyai iklim khatulistiwa iaitu panas dan lembap dan mengalami keadaan empat musim yang berbeza-beza, berlaku sepanjang tahun iaitu monsun Timur Laut (Disember-Mae), monsun Peralihan (April-Mei) dan (Oktober-November) dan monsun Barat Daya (lun-September). Min suhu harian di Pulau Pinang adalah di antara 25°C hingga 32°C, sementara purata taburan hujan tahunannya pula adalah 2888 mm. lni memberikan kelembapan bandingan sebanyak 77%. Min kelajuan angin untuk sepanjang tahun di pulau ini ialah 1.9 mls.
Persampel udara isipadu tinggi (High Volume Sampler-HVS) ECOTECH Model O-HV2000-001 yang dilengkapi kertas turas bergentian kaea (20.3 em x 25.4 em) digunakan untuk menyedut udara pada kadar 1.13 meter padu per minit selama 24 jam seeara berterusan. Zarahan terampai berdiameter kurang atau sama dengan 10J,1m yang terdapat dalam udara akan terperangkap pada kertas turas bergentian kaea tersebut. Kaedah persampelan PMlO yang dilakukan untuk kajian ini adalah dengan mengeringkan kertas turas bergentian kaea terlebih dahulu selama satu jam dalam ketuhar jenama Ventieell pada suhu 105°C. Kemudian, kertas turas bergentian kaea itu akan disejukkan selama satu jam pula di dalam balang pengontang dan ditimbang dengan penimbang elektronik Sartorius Model BP 301S.
Jisim kertas turas bergentian kaea dieatatkan dan dipasangkan pada alat persampelan udara isipadu tinggi (HVS). Selepas 24 jam, kertas turas bergentian kaea itu akan dikeringkan dalam ketuhar dan disejukkan dalam balang pengontang. Kemudian ia ditimbang dengan penimbang elektronik dan jisimnya dieatatkan. Jisim zarahan terampai PMlO ditentukan dengan mendapatkan perbezaan berat kering kertas turas bergentian
kaca sebelum dan selepas sedutan dilakukan. Bagi mendapatkan kepekatan PMlO dalam unit Jlg/m3
, rumus di bawah digunakan:-
Kepekatan PMlO = Jisim sampel (Ilg) Kadar aliran udara (m3/jam) x masa persampelan Gam)
Selain persampelan yang dilakukan sendiri bagi mendapatkan data-data kepekatan PMlO, data-data sekunder daripada Alam Sekitar Malaysia (ASMA) iaitu melalui stesen pemonitoran kualiti udaranya di Universiti Sains Malaysia juga diperolehi. Ini bagi melakukan perbandingan untuk mengetahui adakah pola kepekatan PMlO akan dipengaruhi oleh faktor perbezaan ketinggian lokasi persampelan. Melalui data-data sekunder ini juga, status dan nilai indeks pencemar udara (IPU) di sekitar kawasan kampus induk, Universiti Sains Malaysia (USM) boleh ditentukan.
Kepekatan PM lO
35
30
25
20
15
10
5
o
HASIL DAN PERBINCANGAN
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ n~ Oj~ .# ~ \cf~ '\~ qf~ Of~ ~~ ~~ n~ ~ .# ~
~ ~ ~v ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 0/ ~ ~ ~
Tarikh
Rajah 1 : Bacaan kepekatan PMlO yang dicatatkan di stesen pemonitoran PPTI (berketinggian 20 meter dari tanah), 10-25 Mei 2005
0 .... :iE Il. c cu -cu ~ CD Q, CD ~
50 45
40 35 30
25 20 15 10
5 0
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ n~ ~~ bt~ <rj~ ro~ A...~ 'l:f~ Of~ f:::f~ ~~ n~ P:f~ bt~ ~~
~ ~ ~v ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~v ~ ~ ~
Tarikh
Rajah 2 : Bacaan kepekatan PMlO yang dicatatkan di stesen pemonitoran ASMA di USM, 10-25 Mei 2005
Rajah 1 dan 2 menggarnbarkan perbezaan bacaan kepekatan PMIO daripada hasil kajian yang telah dilakukan sendiri dan yang direkodkan oleh pihak Alarn Sekitar Malaysia (ASMA). Perbezaan kedua-dua lokasi stesen pemonitoran kualiti udara ini telah memberikan profil ketinggian sebanyak 20 meter antara di permukaan tanah dan di atas bumbung empat tingkat, Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), USM. Faktor perbezaan ketinggian lokasi persampelan telah mempengaruhi pola kepekatan PMlO•
Ini boleh dikaitkan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rubino et. al. (1998), pertarnbahan ketinggian terhadap lokasi stesen pemonitoran kualiti udara akan menyebabkan bacaan terhadap kepakatan PMlO berkurangan iaitu kepekatan PMlO
berkadar songsang dengan ketinggian lokasi pemonitoran. Keadaan ini disebabkan oleh bahan-bahan zarahan yang boleh terenap atau dustfall lebih besar dan lebih berat berbanding dengan bahan-bahan zarahan terarnpai. Umumnya, bahan-bahan zarahan ini bersaiz kurang atau sarna dengan 10 /lm dan diringkaskan sebagai PMlO•
Biasanya PM10 atau bahan-bahan zarahan yang lebih besar daripada 10 /lm akan terenap sebaik sahaja keluar ke atmosfera seterusnya ke permukaan bumi dari sumbemya. Selain itu, pembebasan bahan-bahan pencemar ke udara persekitaran kawasan kajian kebanyakannya berlaku pada paras permukaan tanah berbanding di paras yang lebih tinggi. Bahan-bahan pencemar (antropogenik) ini dibebaskan daripada punca bergerak contohnya, oleh kesesakan lalulintas dan dari kenderaan bermotor.
Perbezaan terhadap bacaan-bacaan kepekatan PMlO antara kedua-dua stesen pemonitoran bukan sahaja disebabkan oleh perbezaan ketinggian lokasi, tetapi keadaan topografi kawasan dan faktor meteorologi juga boleh memainkan peranan yang sangat besar.
Hasil kajian di stesen pemonitoran PPTI mendapati bacaan kepekatan PMlO yang maksimum adalah dicatatkan pada 10 Mei 2005 iaitu sebanyak 31.50 ~g/m3 manakala kepekatan yang minimum pula adalah pada 17 Mei 2005 iaitu sebanyak 4.80 ~glm3 (Rajah 1). Menerusi data-data sekunder yang diperolehi daripada stesen pemonitoran ASMA di USM (Rajah 2) pula, mendapati bacaan kepekatan PMlO yang maksimum adalah sebanyak 47.54 ~g/m pada 12 Mei 2005. Bacaan kepekatan yang minimum pula adalah dicatatkan pada 25 Mei 2005 iaitu sebanyak 23 .17 ~glm3.
Bacaan kepekatan PMlO di stesen pemonitoran PPTI didapati adalah rendah disebabkan topografi di sekitar kawasan stesen pemonitoran yang berlatar be1akangkan pokok-pokok tinggi. Ini boleh menjadi penebat kepada zarahan yang berterbangan di atmosfera dan seterusnya mengurangkan kepekatan zarahan tersebut. Di stesen pemonitoran ASMA di USM pula, bacaan kepekatan PMlO adalah tinggi kerana stesen pemonitoran tersebut berdekatan dengan jalanraya utama iaitu lalan Yap Chor Ee yang menjadi penghubung kepada penduduk di sekitar Bukit Gambir. Stesen pemonitoran ini bukan sahaja terdedah kepada PMlO, tetapi bahan-bahan pencemar yang lain seperti hidrokarbon dan karbon monoksida yang teIjana daripada kenderaan-kenderaan bermotor dan kesesakan lalulintas yang kadangkala teIjadi di jalanraya tersebut.
Faktor meteorologi seperti laju angin, hujan dan suhu mempunyai hubungan yang rapat dengan pencemaran udara dan boleh mempengaruhi kepekatan PMlO di dalam udara persekitaran (Vesilind et. al., 1988). Angin yang bertiup akan membantu menyebarkan PMlO dengan lebih luas ke seluruh persekitaran. Halaju angin yang tinggi boleh mengurangkan kepekatan PMlO di sekitar kawasan kajian dan dapat dibuktikan menerusi bacaan-bacaan kepekatan yang diperolehi daripada stesen pemonitoran PPTI.
Menurut Painter (1974), kepekatan bahan pencemar adalah berkadar songsang dengan halaju angin. Angin yang laju akan menyebarkan bahan-bahan pencemar dengan lebih cepat. Penyebaran di dalam udara persekitaran ini akan mengurangkan kepekatan bahan-bahan pencemar tersebut. Se1ain itu, kepekatan bahan-bahan pencemar adalah tinggi pada waktu pagi kerana pergerakan udara pada waktu pagi yang lebih berat berbanding dengan udara pada waktu tengahari. Udara waktu pagi mengandungi banyak wap air dalam bentuk kabut dan kabus. Manakala udara waktu tengahari pula lebih ringan kerana udaranya yang panas dan ini akan menggalakkan percampuran bahan-bahan pencemar dan ia akan disebarkan terus me1alui peredaran atmosfera oleh angin (Chan Ngai Weng, 1995).
Hujan akan mempengaruhi kepekatan PMlO di atmosfera melalui 'proses pencucian'. Menurut Stem et. al. (1984), proses hujan boleh menyebabkan zarahan terampai menjadi nukleus untuk wap air dalam atmosfera serta akan bergabung sesama sendiri ataupun menjadi zarahan yang lebih besar sebelum termendap ke permukaan bumi. Keberkesanan 'proses pencucian' amat bergantung kepada saiz, komposisi kimia dan kepekatan bahan pencemar.
Suhu juga boleh mempengaruhi kepakatan PMlO di atmosfera. Berdasarkan datadata cuaca yang diperolehi daripada Pejabat Kaji Cuaca, Bayan Lepas, Pulau Pinang, julat suhu untuk jangkamasa 10-25 Mei 2005 adalah di antara 24 °c dan 35 °c. Oleh kerana keadaan cuaca di sekitar kawasan kajian (Pulau Pinang) dipengaruhi oleh Monsun Peralihan yang berlaku dari bulan Mac hingga bulan Mei, keadaan yang cerah hanya berlaku di sebelah pagi. Pada waktu lewat petang dan senja pula, kawasan kajian kerapkali mengalami ribut petir dan hujan panas. Ini menjadikan kawasan kajian
mempunyai kelembapan yang tinggi berbanding di kawasan tanah besar. Ini pastinya memberikan bacaan-bacaan kepekatan PMlO yang rendah di kedua-dua stesen pemonitoran.
100
90 1'1110 -Mei
• 11-Mei
80 o 12-Mei
:: 70 o 13-Mei
• 14-Mei ::a= 60 0. I'll 15-Mei r:: co 50 -co .:.::
• 16-Mei
o 17-Mei CI)
40 a. 1.18-Mei CI)
~ 30
1. 19-Mei
o20-Mei
20 11i121-Mei
10 • 22-Mei
• 23-Mei
0 • 24-Mei
2002 2003 2004 2005 • 25-Mei I Tahun
Rajah 3: Bacaan kepekatan PMlO untuk tempoh 10-25 Mei bagi tahun 2002 hingga2005
I I
Data harian untuk kepekatan PMlO dalam tempoh 10-25 Mei bagi tahun 2002 hingga 2005 digambarkan pada Rajah 3. Data harian kualiti udara yang direkodkan di stesen pemonitoran ASMA di USM ini menunjukkan bahawa telah berlaku penurunan terhadap kepekatan PMlO dalam udara persekitaran USM untuk tempoh tersebut.
60
0 50 .... :IE 0-
40 c .s cu
.lI:: 30 G)
c. G)
::.:: .s 20 e :3 0-
10
0
2002 2003 Tahun
2004 2005
II ASMA IIPPTI
Rajah 4: Bacaan purata kepekatan PMlO untuk tempoh 10-25 Mei bagi tahun 2002 hingga 2005
Purata penurunan kepekatan PMlO dalam jangkamasa lO-25 Mei setiap tahun bermula pada tahun 2002 hingga 2005 adalah ± 6.05 ~g/m3. Berdasarkan kepada Rajah 4, purata kepekatan PMlO bagi tahun 2002 adalah sebanyak 49.57 ~g/m3, tahun 2003 iaitu hanya 48.78 ~g/m3, tahun 2004 mempunyai purata kepekatan sebanyak 43.97 ~g/m3 manakala tahun 2005 pula adalah sebanyak 31.40 ~g/m3. Purata kepekatan PMlO yang direkodkan di stesen pemonitoran PPTI, bagi jangkamasa 10-25 Mei 2005 pula adalah sebanyak 11.90~g/m3. Purata kepekatan PMlO bagi kedua-dua lokasi stesen pemonitoran ini menunjukkan bahawa keadaan persekitaran USM masih lagi berada di bawah paras maksimum seperti yang disarankan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu 150 ~g/m3 dalam masa 24 jam.
Perubahan yang teIjadi terhadap pola kepekatan PMlO bagi tahun-tahun itu mungkin boleh dikaitkan dengan pembinaan desasiswa USM yang bam di sekitar kawasan stesen pemonitoran ASMA di USM bermula pada tahun 2002 dan berakhir pada tahun 2004. Daripada aktiviti pembinaan ini telah menyebabkan debu-debu tanah berterbangan ke stesen pemonitoran kualiti udara yang menyumbangkan kepada kepekatan PMlO yang tinggi. Ini bersesuaian dengan kajian yang telah dilakukan oleh Sham Sani et. al. (1991) bahawa kepekatan PMlO akan meningkat disebabkan oleh pengaruh-pengaruh tempatan seperti pembakaran terbuka, asap kenderaan dan juga daripada aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembukaan tanah bam bagi tujuan pembangunan yang pastinya akan menjana habuk dan partikel-partikel terampai.
Jika dilihat pada Rajah 4 di atas, perbezaan yang ketara terhadap penurunan kepekatan PMlO telah berlaku antara tahun 2004 dan 2005 iaitu sebanyak 12.56 ~g/m3. Ini teIjadi kerana pada tahun 2005 sudah tiada lagi aktiviti pembinaan berhampiran kawasan stesen pemonitoran ASMA di USM ini.
Indeks Pencemar Udara (IPU)
60
50 ~ 40 Q) "'C C 30 .-..!
20 z 10
0
~<:) ~t)., ~~ ~<o ~CO ~ t).,t)., ~ Tarikh
Rajah 5 : Nilai indeks bagi kelima-lima bahan pencemar udara (lPU), 10-25 Mei 2005 pada 12 tengahari
--co --N02
S02
Rajah 5 menunjukkan nilai indeks IPU untuk kelima-lima bahan pencemar yang didapati daripada data sekunder. Didapati hampir keseluruhan subindeks IPU bahan-bahan pencemar di stesen pemonitoran kualiti udara USM adalah di dalam status yang baik (0-50). Walau bagaimanapun, nilai subindeks IPU tertinggi yang telah direkodkan pada 12 tengahari adalah bahan pencemar PMlO iaitu 51 pada 13 Mei 2005. Oleh itu, IPU bagi kawasan kajian iaitu USM adalah berstatus sederhana (51-100) pada tarikh tersebut. IPU di kawasan kajian juga dipengaruhi oleh kehadiran bahan pencemar lain iaitu gas ozon (03) selain daripada PMlO. Pada 25 Mei 2005, nilai subindeks IPU tertinggi iaitu 56 telah direkodkan pada 12 tengahari bagi gas ini. Ia juga menunjukkan status kualiti udara adalah pada tahap sederhana untuk kawasan kajian. Ini menunjukkan kualiti udara di sekitar kampus induk USM dalam tempoh kajian ini adalah sangat memuaskan.
Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling, 2003 (DOE, 2004), secara amnya, kualiti udara adalah di antara baik dan sederhana sepanjang masa kecuali untuk beberapa hari yang tidak sihat te1ah direkodkan di sekitar Pulau Pinang dan Selangor. Status kualiti udara yang tidak sihat telah dicatatkan terutamanya di kawasan Seberang Perai disebabkan oleh bahan pencemar sulfur dioksida dan PMlO akibat aktiviti-aktiviti perindustrian yang intensif di kawasan tersebut. Walaupun demikian, bahan-bahan pencemar utama yang menjadikan nilai indeks pencemar udara pada tahap yang tinggi di sekitar Pulau Pinang adalah PMlO dan gas ozon (03).
KESIMPULAN
HasH kajian dan perbandingan yang dilakukan dengan data-data sekunder yang telah diperolehi dari pihak ASMA, menunjukkan bahawa pertambahan ketinggian lokasi stesen pemonitoran kualiti udara akan memberikan bacaan kepekatan PM10 yang rendah berbanding lokasi stesen pemonitoran yang terletak di atas permukaan tanah. Bacaanbacaan kepekatan PM10 di sekitar kampus induk, USM yang diperolehi melalui stesen pemonitoran PPTI mendapati ia masih lagi di bawah had maksimum yang disarankan oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia iaitu 150 /lg/m3 untuk tempoh 24 jam. Secara keseluruhannya, stesen pemonitoran kualiti udara yang terletak di USM merekodkan bahawa tahap kualiti udara adalah pada peringkat yang baik dan sederhana sepanjang masa. Keadaan ini dapat menjamin kualiti kesihatan yang sempurna kepada seluruh warga kampus induk USM selaras dengan matlamat USM dalam merealisasikan idea Kampus Sejahtera.
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menyediakan peruntukkan kewangan untuk kajian ini di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek USM (304IPTEKIND/636020).
RUJUKAN
Chan Ngai Weng. 1995. Asas !raji iklim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Department of Environment (DOE). 2000. Environmental Quality Report, 1999. Kuala
Lumpur: Ministry of Science, Technology and Environment. Department of Environment (DOE). 2004. Environmental Quality Report, 2003. Kuala
Lumpur: Ministry of Natural Resources and Environment. Dockerty, D.W. 1989. Personal exposure to respirable particles and sulfates. J. Air Pollut.
Control Assoc. 31 : 154-253 Jabatan Kaji Cuaca Malaysia. 1998. Haze condition at selected sites in Malaysia on 17
July 1998. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Keary, 1., Jennings, S.G. , O'connor, T.C., Mcmanus, B. & Lee, M. 1998. PM 10
Concentration Measurement in Dublin City. Environmental Monitoring and Assessment. Netherlands: Kluwer Academic Publishers. 52: 3-18.
Mohd Talib, L. & Razali, M.O. 2000. Kepekatan beberapa bahan pencemar udara dan kesannya kepada kesihatan manusia. Dalam Jamaluddin, M.J., Kamaruzzaman, S., Mohd Jailani, M.N. dan Abdul Hadi, H.S (phyt.) Environmental Management 2000: Proceedings National Seminar on Environmental Management Issues and Challenges in Malaysia. Hlmn. 524-531.
Painter, D.E. 1974. Air Pollution Technology. USA: Reston Publishing Company.
Pfafflin, J.R. & Ziegler, E.N. 1976. Encyclopedia of Environmental Science and Engineering. New York Golden & Breach Science Publisher.
Rubino, F.M., Floridia, L., Tavazzani, M., Fustinomi, S., Giampiccolo, R. & Colombi, A 1998. Height profile of some air quality markers in the urban atmosphere surrounding a 100 m tower building. Atmospheric Environment. 32: 3569-3580.
Sham Sani, 1977. Tesis yang Dikemukakan Untuk Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah: Aspects of air pollutin clitology in the Kuala Lumpur-Petaling Jaya, Malaysia. New Zealand University of Canterbury.
Sham, S. 1987. Pencemaran Udara. Dalam Ahmad Badri, M. Perspektif persekitaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sham Sani, B.K., Cheong, C.P., Leong & S.F., Lim. 1991. The August 1990 haze in Malaysia with special reference to the Klang Valley Region. Petaling Jaya: Jabatan Kaji Cuaca Malaysia.
Shaw, R.W. & Munn, R.E. 1971. Air Pollution Meteorology. In McCormac (ed). Introduction to the Science Study of Atsmospheric Pollution. D. Reidel,Dordrecht-Holland,53-96.
Stern, AC., Boubel, R.W., Turner, D.B. & Fox, D.L. 1984. Fundamental of air pollution. Ed. Ke-2. Orlando: Academic Press, Inc.
Talib, M.H.L. 2002. Composition of household dust and its relation to dust in Bangi and Kajang. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vesilind, P.A, Peirce, J.J. & Weiner, R. 1988. Environmental Engineering. Second ed. London: Butterworth Pub.
Wolff, G. 1999. Air Pollution. The Wiley Encyclopedia of Environmental Pollution and Claenup. Vol. 1. New York: John Wiley & Sons, Inc., 167-173.
Zaini Ujang. 1997. Pengenalan Pencemaran Udara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.