Upload
lyduong
View
215
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK SISTEM PENGELASAN MIKROORGANISMA
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4
HO CHAI SIONG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PENGELASAN MIKROORGANISMA
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4
HO CHAI SIONG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
Untuk ibu dan adik-adik tersayang
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia I
Projek Sarjana Muda, En. Muslim bin Jonid dan penyelia II Projek Sarjana Muda, Dr.
Arba’at Hassan atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
penyeliaan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak
menghulurkan bantuan kepada saya.
Akhir sekali, penghargaan diberikan kepada ibu dan ahli keluarga saya yang
sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya.
v
ABSTRAK
Projek ini merangkumi pembangunan perisian modul ABM atas tajuk Sistem
Pengelasan Mikroorganisma bagi subjek Biologi Tingkatan 4. Perisian modul ABM ini
dibangunkan dalalm Bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan pelajar yang
mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bermula pada tahun
2003.Perisian modul ABM ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft
PowerPoint XP, Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Herosoft
2001 dan Ulead GIF Animator. Elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan video
disepadukan ke dalam perisian ini untuk membantu pelajar lebih memahami tentang
topik Sistem Pengelasan Mikroorganisma selain memupuk minat mereka dalam
mempelajari subjek Biologi. Selain itu, perisian ini juga dibangunkan demi mengatasi
masalah kekurangan perisian yang bersifat pendidikan di negara kita. Akhir sekali,
diharapkan perisian ini akan memberikan kemudahan kepada guru dan pelajar.
vi
ABSTRACT
This project involves the development of educational software as a teaching aid
on the topic of Classification of Microorganisms for Form 4 Biology. This educational
software was written in English to fulfil the needs of the students who learn Science and
Mathematics in English from year 2003 onwards. This educational software is
developed by using Microsoft PowerPoint XP, Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0,
Ulead Cool 3D 3.5, Herosoft 2001 and Ulead GIF Animator. Text, graphics, audio,
video and other elements of multimedia are incorporated to this educational software to
help the students in understanding Classification of Microorganisms as well as to
motivate students’ interest in Biology. Apart from this, the software is designed to
overcome shortage of educational software in our country. Lastly, it is hoped that the
software will be helpful to teachers and students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Kepentingan Projek 6
1.6 Skop Projek 7
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Modul 8
1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 8
viii
1.8.3 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) 8
1.8.4 Biologi 9
1.8.5 Pengajaran 9
1.8.6 Pembelajaran 9
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Alat Bantu Mengajar 10
2.3 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) 11
2.4 Buku Elektronik (e-book) 12
2.5 Perbezaan antara Perisian Modul ABM
dan PBK 14
2.6 Ciri-ciri Perisian Modul ABM
yang Baik 15
2.7 Jenis-jenis ABM 16
2.8 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul
ABM 16
2.8.1 Format yang Interaktif dan
Merangsang 16
2.8.2 Komunikasi Maklumat yang
Efektif 17
2.8.3 Pengekalan Informasi yang
Berkesan 17
2.8.4 Membolehkan Pelajar Belajar
Mengikut Kehendak Mereka
Sendiri 17
2.8.5 Keseronokan Menggunakan
Komputer Multimedia 18
2.9 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul
ABM 18
ix
2.9.1 Kos Perbelanjaan dan Pembinaan
Perisian 18
2.9.2 Tempoh Penghasilan Perisian
Multimedia 19
2.9.3 Tertakluk Kepada Kemudahan
Perkakasan dan Perisian 19
2.9.4 Harga Perkakasan yang
Diperlukan Mahal 19
2.9.5 Kepintaran Perisian 20
2.9.6 Minat, Pengetahuan, Kemahiran
dan Kepakaran 20
2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian Modul
ABM 20
2.10.1 Strategi Pengajaran Induktif 22
2.11 Teori Pembelajaran 23
2.11.1 Teori Behaviourisme 23
2.11.2 Teori Konstruktivisme 24
2.12 Taksonomi Bloom 26
2.13 Elemen-elemen Multimedia 27
2.13.1 Teks 27
2.13.2 Grafik 27
2.13.3 Audio 28
2.13.4 Video 28
2.13.5 Animasi 28
2.13.6 Hipermedia 29
2.13.7 Hiperteks 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 31
3.3 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan
Idea 31
x
3.4 Analisis Pembangunan 32
3.4.1 Objektif Pengajaran 32
3.4.2 Kumpulan Sasaran 33
3.4.3 Isi Kandungan Pelajaran 34
3.4.4 Soalan/Penilaian Pencapaian 34
3.4.5 Persekitaran Penggunaan 34
3.4.6 Pemilihan Perisian
Pembangunan 35
3.4.7 Sebab Memilih Microsoft
Office XP 38
3.4.8 Pemilihan Perisian Multimedia 39
3.4.9 Pemilihan Perkakasan 41
3.4.10 Spesifikasi Perkakasan
Minimum Pengguna 42
3.5 Carta Alir Perisian 42
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Penyediaan Bahan 48
4.2.1 Penyediaan dan Pengeditan
Teks 48
4.2.2 Grafik dan Visual 48
4.2.3 Penghasilan Animasi 49
4.3 Rangka Asas Perisian 49
4.3.1 Paparan Persembahan Tajuk 50
4.3.2 Paparan Menu Utama 51
4.3.3 Paparan Topik 51
4.3.4 Paparan Isi Kandungan 52
4.3.5 Paparan Penilaian 53
4.3.6 Paparan Menyusuri Internet 55
4.3.7 Paparan Glosari 55
4.3.8 Paparan Bantuan Pengguna 56
xi
4.4 Pempakejan Perisian 57
4.5 Cara Menggunakan Perisian 58
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Kekangan yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 62
5.2.1 Kekurangan Kepakaran 63
5.2.2 Kekangan Masa 63
5.2.3 Kekurangan Perkakasan 64
5.3 Kelebihan Perisian 64
5.4 Kekurangan Perisian 66
5.5 Cadangan 67
5.6 Kesimpulan 68
RUJUKAN 70
LAMPIRAN 73
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK 13
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Proses Kaedah Inkuiri-Penemuan 22
3.1 Carta Alir Umum 43
3.2 Sambungan Carta Alir Umum 44
3.3 Carta Alir Terperinci Bakteria 45
3.4 Carta Alir Terperinci Fungi 46
4.1 Paparan Persembahan Tajuk 50
4.2 Paparan Menu Utama 51
4.3 Paparan Topik 52
4.4 Paparan Isi Kandungan 52
4.5 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 54
4.6 Paparan Penilaian Formatif 54
4.7 Paparan Penilaian Sumatif 54
4.8 Paparan Menyusuri Internet 55
4.9 Paparan Glosari 56
4.10 Paparan Bantuan Pengguna 56
4.11 Pack and Go Wizard dalam PowerPoint XP 57
4.12 Opsyen Embed TrueType Fonts dalam Pack and
Go Wizard 58
4.13 Fail Montaj Untuk Persembahan 59
4.14 Butang Timbul Powerpoint 60
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 1 73
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke
arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan
memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
disarankan supaya dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan kadar penerimaan
pelajar mengenai bahan yang diajar.
Palmera (1999), membuktikan bahawa bahan pengajaran interaktif mampu
meningkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan yang diajar sebanyak
30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.
2
Howell (1971) telah menjalankan kajian terhadap keberkesanan pengajaran
berbantukan komputer dalam kursus French di peringkat universiti. Beliau
mengharapkan agar bahan berkomputer dapat memberikan maklumat dan rangsangan
tambahan tentang apa yang disampaikan oleh guru dalam kelas. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa sikap pelajar yang umumnya terhadap bahan berkomputer adalah
baik dan sesetengah pula mendapati bahan berkomputer telah memberi manfaat kepada
mereka.
Kulik dan Kulik (1987) berpendapat bahawa pelajar akan mendapat pengetahuan
yang lebih sekiranya mereka diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Pelajar
juga dapat belajar dan memahami konsep dengan lebih cepat dengan menggunakan
kaedah pengajaran berbantukan komputer. Sikap yang positif terhadap mata pelajaran
yang diajar dapat ditimbulkan menggunakan kaedah pengajaran tersebut.
Media memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer. Guru boleh merancang penggunaan media dengan
lebih sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Media turut
memperkayakan pengalaman pelajar dan mereka boleh menikmati proses pembelajaran
yang bersifat lebih dekat dengan seronok. Media juga menjadikan pengajaran lebih
bersifat individu kerana pelajar tidak perlu menguasai cara pembelajaran yang ditetapkan
oleh guru atau terikut-ikut dengan pelajar lain. Dengan menggunakan media seperti
pengajaran terancang modul, buku kerja, filem khas, kit dan sebagainya pengajaran boleh
diatur secara individu mengikut kadar kebolehan dan kecepatan pelajar.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi
semakin penting ekoran wujudnya pelaksanaan sekolah bestari, namun cara pengajaran di
sekolah masih berpusatkan guru atau pengajaran tradisional dan bahan pengajaran yang
digunakan adalah setakat buku teks, carta dan gambar rajah. Semua ini merupakan cara
penyampaian pengajaran yang linear dan membosankan pelajar. Buku teks atau buku
rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan animasi, rajah yang berwarna juga sukar
dihasilkan dengan banyak memandangkan kos cetakan yang tinggi.
Menurut Baharuddin (2001), penggunaan ABM yang canggih atau yang
berbentuk elektronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk menghasilkan satu
perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh demikian, guru lebih
cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (Chalk and Talk), carta atau
poster dan sampel sebenarnya.
Majoriti guru masih lagi tidak memahami bagaimana mereka boleh
mengaplikasikan teknologi (pendidikan) di dalam karier mereka. Lebih runcing lagi
situasi ini kerana guru-guru lepasan institusi pendidikan yang masih tidak memahami
cara untuk memperbaiki sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebenarnya guru haruslah memikul tanggungjawab sebagai agen perubahan
seiring perkembangan pesat pendidikan global, dalam usaha menjana generasi pelapis
negara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
4
Namun demikian kekurangan perisian tempatan untuk pengajaran dan
pembelajaran juga menjadi persoalan utama dalam melaksanakan pendidikan teknologi di
negara ini. Kebanyakan perisian pendidikan yang dipasarkan adalah dihasilkan di negara
lain contohnya negara Eropah. Perisian ini agak tidak sesuai dengan sukatan pelajaran,
penerapan nilai dan budaya masyarakat kita.
Selain itu, pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris
telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Enam Rendah di
sekolah menengah serta program Matrikulasi mulai tahun 2003. Maka Perisian ABM
berasaskan komputer dalam versi Inggeris amat diperlukan supaya pelajar dapat
memahami isi pelajaran dengan lebih mudah.
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat celik teknologi. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting
perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke
arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan
sepenuhnya. Namun, kekurangan tenaga mahir tempatan yang pakar dalam pembangunan
perisian multimedia menyebabkan usaha menggabungkan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tidak banyak menampakkan kemajuan. Rakyat kita sendiri
perlu mencuba untuk mereka dan menghasilkan sesuatu perisian mengikut acuan
pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.
5
Namun, guru hari ini bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penyampai ilmu
pengetahuan malahan turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah seperti bidang ko-
kurikulum, aktiviti luar sekolah, kursus dalaman dan sebagainya. Dengan jawatan seperti
panitia, penyelaras peperiksaan atau penasihat persatuan juga menambah kerja beban
kepada guru. Ini merupakan faktor guru tidak mempunyai cukup masa untuk
menyediakan perisian modul ABM. Ini adalah sebab pengajaran guru di sekolah setakat
“chalk & talk”.
Untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, satu perisian modul alat bantu
mengajar dibina untuk membantu guru dalam menyampaikan pengajaran mereka dengan
lebih efektif dan menjimatkan masa serta mengubah penyampaian pelajaran yang bersifat
abstrak kepada konkrit.
1.4 Objektif Projek
Objektif pembinaan perisian modul alat bantu mengajar adalah menghasilkan
perisian modul ABM bertajuk Sistem Pengelasan Mikroorganisma dalam mata pelajaran
Biologi Tingkatan 4. Perisian ini adalah dibangunkan dalam Bahasa Inggeris.
6
1.5 Kepentingan Projek
Perisian multimedia ini bertujuan memberi gambaran yang jelas kepada pelajar
tentang sistem pengelasan mikroorganisma. Konsepnya dapat dipersembahkan dengan
menggunakan grafik, animasi, video dan audio supaya pelajar didedahkan kepada isi
pelajaran yang lebih realistik serta objektif supaya pembelajaran pelajar dapat dicapai.
Perisian ini dibina untuk mengatasi masalah kekurangan perisian yang bersifat
tempatan. Perisian ini juga boleh meringankan beban guru untuk membuat persediaan
bahan bantu mengajar dan mempunyai kemahiran menyoal yang tinggi kerana soalan-
soalan formatif dan sumatif akan disertakan dalam perisian ini. Pelajar boleh dinilai dari
semasa ke semasa dan juga di akhir pengajaran satu topik.
1.6 Skop Projek
Pembinaan perisian Alat Bantu Mengajar ini adalah berdasarkan kepada topik
Sistem Pengelasan Mikroorganisma dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4. Isi
kandungan dalam modul ini meliputi pengelasan mikroorganisma kepada 4 kumpulan
besar, iaitu bakteria, virus, protista dan fungi.