Upload
others
View
1
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan
LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN
PERPUSTAKAAN A W AM JOHOR KE DENMARK P ADA 1 MEl HINGGA 4 MEl 1996
ole li
SALBIAH MOHAMMAD YUSOF'
ABSTRACT
This article relales briefly the experiences and observations of the writer while on a study tour to Denmark, organized by the lahore Public Library Corporation Board and sponsored by Kumpulan
Prasarana Rakyat 10hor (KPR1).
PENGENALAN
II awatan rasmi pengurusan perpustakaan AhIi
Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan
Awam (PPA) Johor ke Denmark telah diadakan pada
I hingga 4 Mei, 1996 yang dibiayai oleh Kumpulan
Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Rombongan ini
terdiri daripada Y.B. Dr. Abd . Latiff bin Ahmad,
Pengerusi Lembaga Pengarah PPA Johor, Y.B. Tuan
Haji Othman bin Jais , Tirnbalan Pengerusi Lembaga
Pengarah PPA Johor, Encik Abdul Karim bin Yahya,
Pengarah PPA Johor, Tuan Haji Othman bin Haji
Kassim, Pengerusi Eksekutif, Consortium Aki
Planner Sdn. Bhd. selaku Juruperunding Arkitek dan
Salbiah Mohammad Yusof, wakil Perpustakaan
Negara Malaysia.
TUJUAN LAWATAN
Tujuan lawatan ini ialah untuk melihat dengan lebih
dekat dan menilai sistem pengurusan perpustakaan
di sana. Dengan pendedahan melalui lawatan ini. ia
akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan
perpustakaan yang disediakan di negara kita selaras
dengan seruan dan harapan Kerajaan.
Denmark menjadi pilihan kerana negara ini
mempunyai sistem pengurusan perpustakaan yang
terbaik, teknologi maklumat terkini dan hiasan
dalaman yang moden dan canggih , yang boleh
dijadikan panduan kepada perpustakaan di negara kita
dalam memainkan peranan yang berkesan sebagai
Electronic Living Library yang memberi penekanan
kepada Library For the Future.
• Pustakawan , Sahag ian Pembangunan, Perpustakaan Negara Malaysia .
• ==~~~==------~-------=======-
1
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
, Sekilur /Jerpuslokaan
PROGRAM LAWATAN
Rabu, 1 Mei 1996
• Lawatan ke Holback Bibliotek.
Khamis, 2 Mei 1996
• Lawatan ke Copenhagen Central Library (Hoved Bibliotek Kobenhavn)
• Lawatan ke Danish Veterinary and Agricultural Library
• Lawatan ke Rodovre Kommunebibliotek
• Lawatan ke Haslev Folkebibliotek
Jumaat, 3 Mei 1996
• Lawatan ke Kilang Perabot Perpustakaan BCI
• Lawatan ke Kilang Perabot Sekolah MH Stalmobler
Sabtu, 4 Mei 1996
• Lawatan ke Perpustakaan Horsholm
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Kami telah dapat memahami perkembangan perpustakaan dan sistem maklumat di Denmark dalam lawatan singkat selama empat (4) hari tersebut. Perpustakaan-perpustakaan yang telah dilawati adalah sepeni berikut:
• Lawatan ke Holbaek Bibliotek
Perpustakaan Holbaek merupakan perpustakaan awarn yang menjadi perpustakaan pusatdi bandar Holbaek . la mempunyai lima (5) cawangan.
Lokasi perpustakaan ini amat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan kompleks membeli belah dan menyediakan perkhidmatan kepada
\ebih kurang 34,000 penduduk di sekitar kawasan itu. Bangunan Perpustakaan setinggi tiga (3) tingkat mempunyai keluasan ruang lantai 3,200 meter persegi. Di tingkat bawab iaitu ruang utama pintu masuk perpustakaan ialah Bahagian Pinjarnan, di tingkat bawab (ruang bawab tanab) ialab Bahagian Rujukan dan <Ii tingkat satu (atas) ialah Bahagian Kanak-Kanak dan Bahagian Muzik.
Bahagian Muzik mempunyai perkhidmatan sumber media yang canggih dan perkhidrnatan yang disediakan adalab penggunaan CD-ROM, video, kaset, rekod compact disc (CD) dan sebagainya. Perpustakaan ini mempunyai sistem komputer yang telah beroperasi dengan sepenuhnya sejak ianya ditubuhkan.
Perpustakaan ini am at functional. H iasan dalamanoya amat menarik, user friendly dan pemilihan warnanya yang sesuai berupaya memberi kesan psikologi yang baik kepada penggunanya. Perabot dan kelengkapan yang dipilih begitu sesuai dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi, tahan lasak, kuat dan rekabentuk yang ringkas.
• Lawatan ke Copenhagen Central Library (Hoved Bibliotek Kobenhavn)
Perpustakaan Awam Pusat ini terletak di bandar Krystalgade. Lokasinya berdekatan dengan pusat rnembeli belah dan stesen keretapi bawah tanah Norreport (Norreport under-ground station). Ia mempunyai dua (2) cawangan iaitu The City Hall Library dan The Data Library. Perpustakaan ini di bawab pentadbiran Majlis Perbandaran dan menyediakan perkhidrnatan secara percuma kepada lebih kurang 1.5 juta penduduk di sekitar bandar itu.
Pada asalnya bangunan perpustakaan ini merupakan gudang (warehouse) dan telah diubahsuai menjadi perpustakaan. Luas ruang lantai ialah 10,000 meter persegi, di mana 2/3 ruang adalah digunakan untuk awam.
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
" FM '" F ~ *Seldtor PerpuSlukaun
Perpustakaan yang tersergam indah ini mempunyai empat (4) tingkat, mempunyai lif, escalator dan tangga untuk kegunaan awam dan staf perpustakaan. Perpustakaan ini begitu kemas, susunan perabot yang begitu (eratur yang dapat memberi inspirasi kepada para pengunjung. Di tingka( bawah perpustakaan terdapar Bahagian Kanak-Kanak, Bahagian Maklumat, Bahagian Rujukan, Bahagian Akhbar, Art Hall, The Market (terdapat buku-buku popular dan novel) dan Kaunter Sirkulasi. Di tingkat satu , terdapat koleksi Danish dan Fiksyen Luar Negara, manakala di tingkat tiga ialah koleksi rujukan, maklumat perniagaan , natural science dan technology. Bidang perkara mengenai humanities dan social science, history dan geography terdapat di tingkat tiga dan di tingkat empat ialah koleksi art dan music, videotheque dan cafe.
Walaupun perpustakaan ini merupakan bangunan yang (elah diubahsuai, ianya begitu canggih dan sehingga kini koleksinya berjumlah 700,000 dan statistik pengguna melebihi satu juta setahun. Perabot dan kelengkapannya amat sesuai dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
• Lawatan ke Danish Veterinary and Agricultural Library
Perpustakaan ini adalah perpustakaan khusus. Perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi Veterinary & Agricultural University dan juga terbuka kepada orang awam. Koleksi perpustakaan meliputi bidang sains haiwan, perranian, sains basil tenuSll , h0I1iclllture, perhutanan, sains pemakanan dan alam sekitar. Koleksi bUku-buku terbitan selepas tahun 1980 diletakkan di ruang rak terbuka manakala buku-buku terbitan sebelum tahun tersebut disimpan dalam stek rak kompaktus, begitu juga jernal nadir. Sistem rak kompaktus Nord Plan itu amat canggih dan mempunyai teknologi yang tinggi. la dapat memllatkan buku-buku seberat 80 kilogram serta luasnya sepanjang II kilometer. Ia tidak lagi digunakan secara manual malah semuanya telah dikomputerisasikan.
• Lawatan ke Rodovre KommUllebibliotek
Perpustakaan Komuniti Majlis Perbandaran ini telah direkabentukkan oleh sea rang arkitek terkenal iaitu Prof. Arne Jacobsen. Ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran dengan Dewan Majlis Perbandaran, pejabat pos dan kompleks membeli belah. Perpustakaan ini begitu unik dilihat dari luarnya kerana dinding bangunan diperbuat daripada Black Solvag Stone (dari Norway). Selain daripada itu , dindingnya diperbuat daripada kaca , dengan ini terdapat pencahayaan secara semulajadi. Yang menarik ialah bahagian dalaman perpustakaan ini terdapat taman dalaman (indoor garden) dimana pengguna boleh berehat sambil membaca.
Rekabentuk perpustakaan ini menepati perpustakaan sebagai gedung ilmu. Adllnan susunatur ruang, ergonomik peralatan dan hiasan dalaman membe ri keberkesanan fung s i perpustakaan terse but.
• Lawatan ke Haslev Folkebibliotek
Perpustakaan termoden ini terletak di pinggir bandar, Haslev yang mempunyai lebih kurang 14,000 penduduk. Perpustakaan desa ini mempunyai luas ruang lantai sebanyak 3,800 meter persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Bagi menampung keperluan sosial penduduk tempatan, kemudahan seperti bilik serbaguna, bilik mesyuarat, bilik perbincangan disediakan secara percuma. Purata 800 mesyuarat setahun telah diadakan di perpustakaan itu. Setiap ruang dalam perpustakaan dihias rapi menimbulkan kedamaian dan keceriaan. Perabotnya bermutu tinggi dan cantik kemasannya.
• Lawatan ke Kilang Perabot Perpustakaall BCl
Rombongan kami berpeluang melawat kilang membuat perabot perpustakaan, BCI di HoIsted, Denmark.
Kami telah mendapat taklimat dan melihat sendiri proses pembuatan dan pengeluaran perabot
.--~====~~--------~=========-
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
perpustakaan yang menggunakan peralatan terkini yang berteknologi tinggi lanpa menggunakan ramai tenaga buruh. Syarikal ini yang telah beroperasi lebib daripada tiga puluh
tahun memberi penekanan kepada sistem kawalan penghasilan produk yang bermuru tinggi dan
sentiasa l11encari jalan pembaharuan untuk memperbaiki proses perekayasaan (re
engineering) demi untuk menghasilkan produktivili yang tinggi di kalangan pekerja. BCI juga telah banyak mengeluarkan perabot untuk perpustakaan di seluruh dunia, di antaranya ialah National Library of Scotland. University
of Singapore Library. Nationa l Library, Curacao , Netherlands, New York Public
Library. Central Dallas Children's Library.
Dallas. Irbid Central Library. Yarmouk University. Jordan dan sebagainya .
Di Malaysia. perpustakaan-perpustakaan yang telah membeli perabot daripada BCI ialah
Perpustakaan Negeri Kedah, Perpustakaan Awam Cawangan Lan gkawi, Kedah,
Perpuslakaan Negeri. Negeri Sembi Ian, Perpustakaan Negeri Terengganu dan Yayasan Sabah. Selain daripada itu, Pusat Sains Negara,
Pusat Islam. Johor dan beberapa institusi lain juga mendapat perkhidmatan BCI.
• Lawatan ke Kilang Perabot Sekolah MH Stalmobler
Seterusnya kami berpeluang melawal kilang pembualan pcrabot sekolah di Middlefart,
Denmark. Syarikat ini menggunakan peralatan
berteknologi tinggi bagi menghasilkan pelbagai saiz dan bel1luk kerusi. meja. almari dan
kelengkapan sekolah yang lain. Ia sentiasa menekankan kawalan mulU serta semiasa mencari pembaharuan yang inovalif. Ciri-ciri
keselesaan. ringkas dan cantik kel11asannya diambilkira dan dititikberatkan dalanl pel11buatan perabot sekolah berkenaan.
S tOtar Perpustakaan
• Lawatan ke Horsholm Library
Perpustakaan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Horsholl11 ini terletak berhampiran dengan kompleks membeli belab dan pejabatpejabal. la ditempatkan sekali dengan teater! dewan konsert yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan bandar berkenaan.
Bangunan perpustakaan dua (2) tingkat ini berbentuk kapal, dengan ruang lantai seluas 4,500 meter persegi mempunyai suasana ruang terbuka, ruenggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruangnya dengan damai.
Di tingkat bawah, perpustakaan menyediakan kemudahan koleksi akhbar dan majalah, 'caJe', perkhidmatan rujukan dan pinjaman dan bahagian muzilk ruanakala di tingkat atas pula ialah Bahagian Kanak-Kanak. Setiap ruang tersusun kemas, hiasan dalamannya menarik dan perabot bermulU linggi dan cantilk kemasannya. Lampu-Iampu yang bergantung indah amat mempengaruhi suasana dan menjadikan perpustakaan begiru ceria.
AKTIVITI SOSIAL
• Lawatan ke National Museum
Selain daripada melawat perpustakaanperpustakaan di Denmark , kami berpeluang melawat National Museum. Segala khazanah peninggalan zaman kegemilangan diRaja Denmark seperti teknologi tradisional, tradisi perkembangan ilmu , kesenian, kebudayaan dan lain-lain masih tersimpan dengan megabnya di Muzium tersebut.
• Lawatan ke Perkarangan Istana Amalie/lborg (Amalienborg Palace) Queen oj Denmark
Kami dapat memahami sejarah pemerintahan monarki negara Denmark melalui lawatan ke perkarangan Istana A malienborg di mana kami
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
telah diberi taklimat mengenainya oleh pemandu lawatan kami.
• Lawatall ke Legoiand, HoIsted
Kami dibawa mengunjungi Legoland yang merupakan kompleks rekreasi permainan kanakkanak yang lengkap dan moden , Lego, jenama terkenal bagi pennainan kanak-kanak di seluruh dunia. Kami Lelah melihat pelbagai pengeluaran permainan e lektronik yang canggih hasil pengeluaran Syarikat Lego itu. Kami amat terpesona melihat model-model intelligent toys yang dipamerkan . Selain daripada itu pengunjung dapaL menikmati kemudahan bermain dengan alat-alat permainan yang disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.
KEINDAHAN NEGARA DENMARK
Denmark merupakan negara yang indah dengan pemeliharaan bangunan-bangunan lama dan bersejarah dan persekitaran alam semulajadi dengan bukit bukau yang menghijau. Bandar Copenhagen terpelihara indah , bersih dan bangunan yang paling tinggi hanya enam tingkat sahaja begitujuga bandarbandar lain di negara itu. Yang paling menarik ialah warganya menaiki basikal sebagai kenderaan dan tidak hairanlah tcrdapat tempat letak basikal yang bertingkat di te ngah -tengah bandar disediakan. Keadaan di jalan raya tidak sesak kerana lorong untuk basikal juga disediakan.
Sekilar Perp"slallaan
Kami berpeluang menikmati keindahan di pinggir bandar dan pantai semasa perjalanan kami dengan menaiki coach ke Hoisted, Denmark yang jarakoya lebih kurang 400 kilometer dari Conpenhagen. Kami juga dapat menaiki feri yang besar dengan rnenikmati udara yang nyaman dan bersih.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, peluang untuk rnelawat perpustakaan di Denmark banyak memberi faedah dan pendedahan kepada saya. Hasil pemerhatian saya terhadap pembangunan perpustakaan awarn di negara tersebut adalah seperti berikut:
• Sambutan orang awarn terhadap perkhidmatan perpustakaan awam amat menggalakkan.
• Kebanyakan perpustakaan awam tidak lagi mempunyai bangunan tersendiri (stand-alone building) malah ia bersepadu dengan komuniti, di mana ia terletak dalam kompleks membeli belah dan perpustakaan menyediakan kemudahan sosial kepada masyarakat seperti bilik mesyuarat, bilik aktiviti dan lain-lain.
• Rekabentuk perpustakaan awarn menepati fungsi perpustakaan sebagai gedung ilmu. Ia memberi penekanan kepada aspek estatik seperri warna, susunatur perabot dan hiasan dalaman.
• Corak perabot perpustakaan ringkas, menarik dan perabot bermutu tinggi serta cantik kemasannya.
• Hiasan dalam perpustakaan menitikberatkan keselesaan dan kedamaian.
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia