larian pecut 100m

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pjk

Citation preview

DEFINISI Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian terpantas ini bergantung pula pada beberapa faktor seperti jarak, kederasan tiupan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif daripada penlumbaan itu. Ini bererti larian pecut adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada suatu jarak tertentu yang ditetapkan, umpamanya 50 meter, 100 meter atau 200 meter.Ada dua faktor yang boleh dikuasai pelari-pelari pecut. Faktor ini amat berkesan dalam menentukan kelajuan lariannya. Faktor ini ialah kelajuan kaki jarak langkah semasa berlari. Untuk memperoleh kelajuan tertinggi, pelari haruslah mempunyai kordinasi yang baik, mobiliti atau kelenturan yang tinggi, dan keupayaan merehatkan din atari badan semasa berlari. Tentang faktor jarak langkah pula, terdapat jarak optimum yang benbeza-beza antara seorang pelari dengan pelari yang lain, yang dipengaruhi oleh panjang kaki, kekuatan mobiliti bergerak. Pelari biasanya mempunyai janak langkah 1.5 hingga meter pada larian pecut. Janak langkah boleh dipentingkatkan dengan cara memperbaiki mobiliti dan kekuatan, terutamanya pada bahagian pengelangan kaki, lutut dan sendi pinggangnya.

Perbandingan kepantasan manusia dengan binatang yang lebih pantasa) Manusiab) Kudac) Harimau kumbang

SEJARAH LARI PECUTLari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.LARIAN DALAM LARI PECUTDalam membuat larian pecut, terutamanya acara 100 meter, seseorang itu tidak seharusnya beranggapan bahawa dia harus berlari sederas mungkin sepanjang jarak itu. Untuk berlari dengan pantas, seseorang itu memerlukan kemahiran dan kebolehan yang sesuai untuk acara ini. Ini bermakna kualiti penting yang harus ada pada seseorang pelari pecut ialah teknik dan kemahiran, bukan sekadar keupayaannya berlari. Minat dan latihan yang penuh dedikasi dan disiplin membolehkan seseorang menjadi pelari pecut yang balk.Prinsip larian dalam acara pecut agak berbeza-beza antara satu sama lain. Contohnya, cara dan teknik larian dalam acara 100 meter berbeza daripada larian 200 meter, dan larian 200 meter pula berbeza daripada larian 400 meter. Larian dalam lari berganti-ganti juga berbeza daripada acara perseorangan. Pelari pecut harus tahu semua teknik dan taktik dalam larian pecut ini.ATURAN UMUM DALAM LARI PECUTSetiap acara dalam sukan olahraga mempunyai peraturan dan cara yang tersendiri, seperti yang ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta mengikut peringkat umur dan bahagian masing-masing. Sebagai atlit, seseorang itu dijangka dan diharapkan supaya dapat mempelajari semua aturan ini dalam mempelajari dan memahirkan diri dalam acara yang mereka ceburi.

Kedudukan balapan untuk acara 100 meter

Permulaan1. Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak. 2. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita atau talian penamat.3. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan berkaitan dengan perlumbaan itu.4. Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas dengn dibantu oleh penolong pelepas lain. Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah memeriksa para peserta supaya mematuhi segala peraturan mengikut undang-undang yang ditetapkan.5. Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol. Bagaimanapun bagi sesetengah perlumbaan peringkat sekolah, penggunaan sesuatu objek yang boleh menghasilkan suara adalah memadai seperti clapboard.6. Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan Ke Garisan kepada semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan din, menandakan mereka sudah bersedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan Sedia, dan sepantas kilat peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan.7. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula. Biasanya mana-mana peserta yang melakukan kesalahan kali kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun kesalahan pertama dilakukan oleh peserta lairi.Semasa Perlumbaan1. Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yang ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari di lorong lain, perlumbaannya dikira batal.2. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat.3. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lain semasa dalam perlumbaan.Akhir Perlumbaan1. Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-mana peserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki atau kepala untuk menyentuh tali atau pita tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut.2. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.Pengambilan Masa1. Jam randik atau stop-watch digunakan untuk mencatat masa yang dicapai oleh para peserta. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga di peringkat antarabangsa, tidak kurang daripada 20-30 orang penjaga masa disediakan. Namun kini catatan dan rakaman ditentukan atau menerusi penggunaan perakam waktu elektronik yang serba lengkap dan canggih.2. Tiga penjaga masa akan mencatat masa yang diambil oleh peserta. Catatan yang diambil kira ialah catatan masa di antara yang paling cepat dan paling lambat.3. Setiap peserta akan cuba berlari sepantas mungkin, dan sebelum perlumbaan, mereka tahu akan rekod atau masa terbaik pernah dicatat oleh peserta lain.

a) Memulakan larian

b) Berlari sambil memecut

c) Menamatkan larian

PRINSIP DALAM LARI PECUTLarian pecut mempunyai prinsip asas yang merangkumi permulaan, membuat pecutan dan menamatkan larian. Semua ini harus diketahui oleh setiap pelari pecut bagi memastikan lariannya berjaya.PermulaanDalam larian pecut, permulaan merupakan prinsip dan aspek terpenting yang harus diberikan perhatian. Hakikat ini nyata bagi acara 100 meter. Malah dalam kebanyakan perjumpaan olahraga terbesar dunia, pelari pecut memberi perhatian penting dalam aspek permulaan ini. Permulaan juga menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelari pecut. Setidak-tidaknya dengan melakukan permulaan yang baik, akan memberi kesan psikologi kepada pelari itu dibandingkan dengan pelari lain:Ada beberapa cara yang biasa dilakukan untuk melakukan permulaan dalam larian pecut ini. Pemilihan cara yang sesuai bergantung kepada kemahuan dan keselesaan serta keberkesanannya mengikut pandangan pelari itu sendiri. Dalam kedudukan untuk permulaan, pelari mendapati penggunaan blok permulaan dapat memberi sokongan serta menjadikan permulaan lebih pantas dan berkesan. Dalam permulaan, pergerakan tangan yang pantas adalah perlu dan dalam keadaan sedia, pelari seharusnya berada dalam suasana tertekan. Pelari harus berada dalam keadaan selesa dan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap lariannya.Aturan dalam gaya permulaan ini adalah seperti berikut:a. Pelumba hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing dengan pandangan mata ke hadapan dan garisan penamat dijadikan sasaran.b. Untuk mencecah pita penamat, pelumba hendaklah menggunakan bahagian dadanya, dan tidak bahagian-bahagian lain.c. Pelari hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang permulaan gaya berdiri ini.

FASA/TEKNIK MULA LARI PECUTTerdapat 2 teknik mula lari pecut: a) gaya berdiri b) gaya dekam

1.Gaya berdiri Persediaan peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi. Ke garisan Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan, condongkan badan, kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. 'sedia condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan- bengkokkan lebih lutut kaki hadapan- kaki belakang tolak ke tanah.- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. 'Bang' atau 'mula pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan. 2.Gaya dekamTerdapat tiga jenis permulaan gaya dekam yang digunakan pelumba pelari pecut, iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Ketiga-tiga permulaan gaya dekam ini amat popular dan menjadi pilihan pelari pecut masa kini, termasuk pelari yang sudah terkenal di dunia. Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah sama, hanya perbezaan ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika berada di garisan permulaan.Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan pelumba, sama ada tinggi ataupun rendah, masa tindak balas, kekuatan kaki serta keupayaan dalam menggabung semua faktor ini.a. Gaya peluruDalam permulaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletak pada jarak lebih kurang 28 cm ke garisan belakang. Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan, dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan yang selesa sebelum melonjak. Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak digalakkan oleh mereka yang baru mengambil bahagian. Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati jenis ini mempunyai kelebihan.b. Gaya panjangDalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletak kaki belakang jauh ke belakang, manakala kaki hadapan berada berhampiran dengan garis permulaan. Permulaan jenis ini didapati lebih mudah dan selesa, terutamanya bagi mereka yang baru mengambil bahagian, tetapi dan segi keberkesanan, gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan yang baik. Oleh itu gaya panjang jarang-jarang digunakan.c. Gaya sederhanaGaya sederhana dalam permulaan larian pecut merupakan gabungan gaya peluru dan gaya panjang, dan sering digunakan oleh kebanyakan pelari pecut, sama ada yang baru ataupun yang sudah berpengalaman. Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana jauh atau dekat daripada garisan permulaan. Dengan demikian, kedudukan pelumba adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi lonjakan yang baik kepada pelumba untuk berlepas.

Pergerakan dalam permulaan gaya berdiri

Pergerakan dalam permulaan gaya dekamPeringkat Dalam Permulaan 1.Kedudukan ke garisanSetelah setiap pelumba ditentukan lorong menerusi undian, dan mereka juga sudah bersedia untuk memulakan penlumbaan, pegawai pelepas akan memberikan arahan Ke Garisan agar semua pelumba berada di garisan permulaan. Berikut adalah panduan dalam kedudukan ke garisan ini.a. Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40 hingga 60 cm dan garisan permulaan, manakala kaki belakartg pada jarak 40 cm dan kaki hadapan. Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut kaki belakang.b. Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan longgar. Bahu hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan.c. Pelumba meletak kedua-dua tangannya di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan tersebut. Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak atau luas bahu.d. Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik yang jaraknya lebih kurang satu meter ke hadapan, sambil fikiran ditumpukan kepada perlumbaan.e. Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan kedudukan badan dan kaki serta tangan dengan blok permulaan, terutama dari segi mendapatkan keselesaan dan keseimbangan yang maksimum.2. Kedudukan sediaSetelah peserta sudah bersedia pada garisan permulaan tanpa menggerakkan mana-mana anggota badannya, pegawai pelepas akan memberi isyarat Sedia pula. Panduan dalam kedudukan sedia mi adalah seperti berikut:a. Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada kedudukan lebih kurang 90 darjah daripada aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah daripada aras tanah. Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu, dan bahu pula harus lebih tinggi daripada kedudukan kepala.b. Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua-dua belah kaki menekan dengan kuat pada blok permulaan.c. Pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan Ke Garisan.3. Kedudukan berlepasPegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol menandakan perlumbaan bermula. Ini dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam kedudukan sedia. Panduan asas sentasa dalam kedudukan berlepas adalah seperti berikut:a. Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru ke hadapan tanpa perlu menegakkan badan serta merta. Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan.b. Tangan diayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan din daripada blok permulaan. Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 450 bersudut daripada aras balapan, yakni daripada kepala ke kaki.c. Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.d. Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga daripada permulaan, tetapi dalam kelajuan memecut.

Teknik larian semasa mula berlepas

Teknik larian semasa berlari lurus

TEKNIK LARI DAN PECUTANSetelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas, terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seseorang pelari pecut.Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. Ini termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. Ini termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton. peralatan dan pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

Pergerakan TanganDalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah mengayunkan tangan, khususnya sikunya ke belakang, dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa mengayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutah atau larian. Tanpa ayunan tangan sepenuhnya, seseorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakinya dengan pantas. Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.Tangan pelari terayun ke belakang akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. Ini kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut mi akan berkurangan sehingga mencapai 90. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Keadaan ini juga akan membantu pernafasan. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan dibuka atau digenggam, semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannva selesa untuk berlari dan memecut.Pergerakan KakiPergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan kaki, terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam larian pecut. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.Selain itu pelari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelari seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

Kedudukan kaki dan tangan semasa permulaan larian

Pergerakan kaki dan tangan semasa berlari

MENAMATKAN LARI PECUT Matlamat setiap pelari, termasuklah menghabiskan larian dalam masa sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat, pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan (dive) untuk mencapai pita penamat. Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas, dan tidak perlu sama sekali memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari, sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya, malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahajaApabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepankan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara begini adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk mencecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh. Satu lagi cara pelari menamatkan lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya ke hadapan untuk mencecah pita penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkan perbuatan menamatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah pita penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di peringkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oieh pencatat masa atau pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah pita penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian, pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photo- finish. Menerusi kaedah mi pemenang acara itu akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas larian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat diutamakan. Hal ini perlu, khususnya untuk acara-acara pecut seperti 100 meter.Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk beberapa meter dan diikuti dengan berjalan( Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cara untuk mengatasi sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.Seperti dalam permulaan, pecutan dan larian, pelari hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang larian semasa menamatkan lariannya. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah menganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan tulen.