14
EEEX/EPPE 3033: PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMI Kuliah 4 KUMPULAN KLASIK (Adam Smith danThomas Malthus) - Pengenalan - Adam Smith - Idea penting dalam buku Adam Smith, “the Wealth of Nations” - Pembahagian buruh - Kepentingan harmoni dan kerajaan terhad - Undang-undang Ekonomi - Thomus Malthus - Sumbangan Malthus - Kedudukan sejarah - Teori penduduk Malthus - Teori lebihan pasaran - Penilaian sumbangan Malthus MATLAMAT Di dalam kuliah ini, pelajar seharusnya boleh memahami pengaruh dan sumbangan Adam Smith dan Thomas Malthus kepada teori ekonomi Klasik. OBJEKTIF Setelah mengikuti kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan perkara-perkara berikut: - Pengaruh dan sumbangan Adam Smith 1

KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

  • Upload
    lythuy

  • View
    212

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

EEEX/EPPE 3033: PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMIKuliah 4

KUMPULAN KLASIK (Adam Smith danThomas Malthus)

- Pengenalan - Adam Smith

- Idea penting dalam buku Adam Smith, “the Wealth of Nations”- Pembahagian buruh - Kepentingan harmoni dan kerajaan terhad- Undang-undang Ekonomi

- Thomus Malthus- Sumbangan Malthus

- Kedudukan sejarah- Teori penduduk Malthus- Teori lebihan pasaran

- Penilaian sumbangan Malthus

MATLAMAT

Di dalam kuliah ini, pelajar seharusnya boleh memahami pengaruh dan sumbangan Adam Smith dan Thomas Malthus kepada teori ekonomi Klasik.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan perkara-perkara berikut:

- Pengaruh dan sumbangan Adam Smith - Pengaruh dan sumbangan Thomus Malthus

1

Page 2: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

Pengenalan:

- Adam Smith (1723-1790)

- Pengasas kumpulan Klasik yg bijak.

- Penerbitan yg mashur:

- The Theory of Moral Sentiments - An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations.

1776

Idea penting dalam the Wealth of Nations

- Pembahagian (pengkhususan) buruh (division of labour)

- Contoh yg dibincang ialah pengeluaran di kilang membuat pin (pin factory). Pengkhususan akan meningkatkan kuantiti output yang dikeluarkan. Sebabnya ialah pengkhususan meningkatkan kemahiran, menjimatkan masa pergerakan dan mebolehkan peralatan (machinery) dicipta untuk tujuan pengeluaran. Penekanan adalah ke atas pengeluaran perkilangan dan produktiviti buruh.

- kepentingan harmoni dan peranan kerajaan yang terhad

- Semua orang iaitu pengeluar, pekerja dan pengguna yang terlibat dalam aktiviti ekonomi cenderung untuk mengejar kepentingan diri sendiri.

- Menyokong industri domestik juga untuk kepentingan diri (negara) untuk tujuan keselamatan.

- Kunci kejayaan dalam aktiviti ekonomi yang mementingkan diri sendiri boleh menyumbang kepada output maksimum dan kebaikan masyarakat.

- Peranan setiap unit ekonomi yang berusaha akan lebih terserlah dengan konsep tangan yang tidak nampak `invisible hands’ iaitu tanpa campur tangan kerajaan. Smith mempromosi idea pasaran bebas. Mengikut Smith, kerajaan adalah membazir, korup dan tidak cekap dan memberi keistemewaan kepada monopoli yg merosakkan keseluruhan masyarakat.

2

Page 3: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

- Smith juga memperluaskan kepercayaan mengenai harmoni kepentingan diri sendiri dan laissez –faire kepada perdagangan antarabangsa. Perdagangan bebas boleh meningkatkan penggunaan buruh, memperluas pasaran ke luar negara dan juga mengimport untuk keperluan domestik.

- Peranan asas kerajaan:

- memberi perlindungan kepada masyarakat daripada serangan Negara asing, menubuh pentadbiran, pengadilan, membina dan mengekalkan kerja awam dan institusi yang usahawan swasta tidak boleh lakukan dengan keuntungan.

- Undang-undang ekonomi dalam ekonomi kompetitif

- Smith membina beberapa idea yg kemudiannya diklasifikasikan sebagai undang-undang ekonomi. Selain daripada idea mengenai pembahagian buruh, hukum kelakuan kepentingan diri sendiri, dan hukum faedah mutlak perdagangan antara bangsa, undang-undang ekonomi yg lain termasuklah hukum nilai dan harga, upah, untung dan sewa, peranan wang dan kredit dan pembangunan ekonomi.

- Nilai

- Nilai terbahagi kpd dua: nilai kegunaan dan nilai pertukaran.

- Water diamond paradox. Air mempunyai nilai kegunaan yg tinggi tetapi nilai pertukaran yg rendah. Berlian mempunyai nilai pertukaran yg tinggi tetapi nilai kegunaan yg rendah. Paradox ini cuma dapat diselesaikan oleh ahli ekonomi selepas Smith.

- Bagi Smith barang mempunyai nilai kerana melibatkan kos pengeluaran. “Mutiara mempunyai nilai kerana orang terpaksa menyelam untuk mendapatkannya’’

- Teori nilai buruh dalam masyarakat primitif. Buruh adalah pengukur benar nilai pertukaran semua komoditi (labour commanded theory of value)

- Contoh: dua ekor rusa ditukar dengan seekor memerang kerana memerang memerlukan dua orang buruh untuk menangkapnya sedangkan rusa cuma memerlukan seorang untuk memburunya.Dalam

3

Page 4: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

ekonomi primitif, buruh merupakan sumber dan pengukur nilai pertukaran.

- Teori nilai buruh dalam ekonomi maju. Memasukkan konsep modal dalam pengeluaran. Contohnya: pengeluaran kentang yang tidak memerlukan modal tetapi pengeluaran tekstil memerlukan modal. Oleh itu bagi masyarakat di mana pelaburan modal dan sumber tanah menjadi penting, barangan akan ditukarkan sama ada dengan barangan, wang atau buruh dengan satu angka (nilai) yang mencukupi untuk mengambil kira upah, sewa dan untung.

- Permintaan tidak mempengaruhi nilai barangan. Dalam jangka panjang, penentu nilai ditentukan hanya oleh kos pengeluaran iaitu upah, sewa dan untung.

- harga pasaran

- Smith telah membuat perbezaan antara harga intrinsik atau harga semula jadi dan harga pasar jangka pendek. Terdapat harga lazim (ordinary) atau kadar purata upah, sewa dan keuntungan. Pada harga semula jadi, hasilnya akan mencukupi untuk menutupi kos upah, sewa dan untung. Usahawan tidak akan mampu untuk meneruskan penjualan barang pada harga yang lebih rendah daripada harga semula jadi atau harga masa panjang.

- Harga pasaran ialah harga sebenar sesuatu komoditi dijual dan harga pasaran ditentukan oleh perbezaan antara keadaan permintaan dan penawaran jangka pendek. Harga pasar boleh jadi lebih tinggi, lebih rendah atau sama dengan harga semula jadi. Jika harga pasar lebih tinggi daripada harga semula jadi penawaran barangan akan bertambah dan harga akan jatuh dan sebaliknya. Dikatakan bahawa penawaran dan permintaan jangka pendek bukan penentu penting harga (nilai pertukaran) tetapi akan meyebabkan turun naik harga pasaran di sekitar harga semula jadi.

- sewa

- Sewa adalah harga yang dibayar untuk kegunaan tanah. Ia adalah harga tertingggi penyewa mampu bayar selepas ditolak upah, susut nilai modal, purata untung dan lain-lain perbelanjaaan pengeluaran.

4

Page 5: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

- untung

- Pelaburan terdedah kepada risiko kerugian. Oleh itu kadar keuntungan paling rendah mestilah lebih daripada mencukupi untuk menutup kerugian dan juga menghasilkan lebihan kepada usahawan. Untung kasar ialah merangkumi jumlah yang menampung kerugian dan lebihan. Oleh itu keuntungan bersih ialah jumlah lebihan semata-mata atau pun hasil bersih perniagaan.

- Upah

- terdapat stok kitaran modal yang mana upah semasa dibayar, atau dana yang tetap dlm jangka pendek

- purata upah tahunan ialah dana upah dibahagi dgn jumlah buruh.

- Purata upah tahunan = dana upah/jumlah buruh

? = jumlah keluaran/ jumlah buruh

- Upah minima saraan untuk secukup hidup

- Lebihan permintaan buruh meyebabkan upah meningkat melebihi upah minimum

- Kadar peningkatan kekayaan negara menentukan permintaan buruh dan mempengaruhi saiz dana upah. Sekiranya kekayaan negara itu besar dan tetap ia akan meningkatkan pertambahan penduduk dan penawaran buruh dan akhirnya melebihi peluang pekerjaan dan ini akhirnya meyebabkan upah jatuh.

- Mengikut Smith, upah yg tinggi akan meningkatkan kesihatan dan kekuatan untuk bekerja . Oleh itu Smith dikatakan mempelopori konsep upah cekap

5

Page 6: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

- teori menyamakan perbezaan- (teori mengimbangi perbezaaan upah)

- upah sebenar untuk pekerjaan yang berbeza bergantung kepada lima faktor

1. Kepayahan pekerjaan2. Kemahiran dan pengetahuan

3. Keteraturan/kebiasaan pekerjaan4. Darjah kepercayaan dan tanggungjawab5. Kebarangkalian kejayaan

- peranan wang dan hutang- wang sebagai alat pertukaran- emas dan perak tidak produktif- pengeluaran adalah lebih penting kerana ia adalah sumber

kekayaan negara- hutang dalam Negara memberi kurang kesan kepada

Negara

- pembangunan ekonomi

6

Page 7: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

Thomus Malthus- Thomas Robert Malthus (1766-1834)- Beliau telah mengemukakan beberapa teori dan pandangan yang

berkaitan dalam bidang pertumbuhan penduduk, kaedah pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar, teori nilai, pulangan bertambah-kurang, sewa tanah dan permintaan agregat.

- Karya beliau yang terkenal ialah - “An Essay on the Principle of Population” - 1798 - “Principles of Political Economy” - 1820.

Sumbangan Malthus

- Kedudukan sejarah- Dua kontroversi utama di England

- Pertama, berlakunya peningkatan kemiskinan dan kontroversi terhadap langkah-langkah yang sewajarnya diambil untuk mengatasi masalah tersebut. - Mulai tahun 1798, kesan negatif revolusi industri

menyebabkan berlakunya pertumbuhan proses urbanisasi yang pesat.

- Masalah pengangguran dan kemiskinan merupakan masalah utama yang memerlukan rawatan segera.

- undang-undang miskin (poor laws) - ‘Speenhamland laws’ (1795), langkah-langkah baru telah diambil untuk meliberalkan peraturan sebelum ini. - orang miskin menerima pendapatan minimum

tanpa mengambilkira sumber perolehannya. - sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah

paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan perbezaan tersebut.

- golongan hartawan British menentang

- kedua berkaitan dengan undang-undang bijirin (corn laws). - mengenakan tarif terhadap bijirin yang diimport dan

secara efektif mengenakan harga minimum terhadap bijirin yang diimport ke England dari negara-negara luar.

- Tuan tanah menyokong.Import barang makanan menjatuhkan harga komoditi pertanian dan mengurangkan pendapatan sewa mereka. Golongan ini mendesak pihak kerajaan untuk meningkatkan harga lantai terhadap bijirin yang diimport bagi menjaga kepentingan mereka.

7

Page 8: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

- Orang ramai (pengguna) menentang. Pertambahan jumlah penduduk memerlukan barangan makanan diimport.

- Teori penduduk Malthus- ‘An Essay on the Principle of Population’,

- Jumlah penduduk apabila tidak dikawal akan meningkat secara janjang geometri, sedangkan sumber makanan bertambah secara aritmetik, ie jumlah populasi cenderung bertambah pada kadar 1,2,4,8,16,32, dan seterusnya, sedangkan kadar peningkatan sumber makanan cenderung bertambah secara 1,2,3,4,5,6.

- Justeru itu, bagi memastikan kesejahteraan penduduk dan bekalan makanan yang mencukupi, Malthus telah mengenalpasti dua langkah untuk menyekat pertumbuhan penduduk iaitu:

- Langkah Pencegahan (preventive checks)- untuk mengurangkan kadar kelahiran. Beliau

menyarankan manusia yang tidak mampu berkahwin seharusnya menangguhkan masa untuk berkahwin atau tidak perlu berkahwin langsung. Satu saranan yang bermoral.

- Beliau tidak setuju langkah pencegahan melalui nafsu maksiat atau “vice” (tidak bermoral) ie pelacuran dan kawalan kelahiran.

- Langkah Positif (positive checks)

- Malthus juga menyarankan beberapa langkah positif untuk mengawal penduduk iaitu melalui peningkatan kadar kematian. Ini termasuklah kebuluran, kesengsaraan dan kemiskinan, mewujudkan bencana atau malapetaka dan peperangan.

- fenomena semulajadi atau peraturan yang bertujuan untuk menghukum manusia yang tidak mengamalkan cara halangan moral. Jika langkah-langkah positif ini tidak diambil, manusia akan berhadapan dengan masalah kebuluran kerana kepesatan pertumbuhan penduduk sedangkan jumlah penawaran barang makanan bertumbuh dengan perlahan.

- implikasi undang-undang kemiskinan- Menurut Malthus, kemiskinan dan kesengsaraan merupakan

hukuman semulajadi akibat kegagalan golongan kelas bawahan untuk mengekang proses pembiakan.

8

Page 9: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

Berdasarkan pandangan ini, implikasi kepada pihak kerajaan ialah tidak perlu memberi bantuan kepada orang-orang miskin. Jika kerajaan memberikan bantuan, maka lebih ramai kanak-kanak akan meneruskan kehidupan.

- Teori lebihan pasaran, “ Market Gluts”- ‘Principles of Political Economy’, - Malthus telah mengemukakan teori potensi kekurangan

permintaan berkesan.- pekerja akan menerima upah yang cukup hidup sahaja.

Majikan akan mengupah pekerja kerana pekerja tersebut akan mengeluarkan nilai output yang melebihi upah yang diterima. Majikan akan mendapat keuntungan, manakala, golongan pekerja tersebut tidak mampu untuk membeli semula jumlah output yang dikeluarkan oleh mereka. Walau bagaimanapun, keuntungan tersebut tidak boleh dikembalikan kepada pekerja dalam bentuk kenaikan upah. Ini kerana, sekiranya keuntungan tersebut diagihkan kepada pekerja, ia tidak semestinya boleh meningkatkan pengeluaran, malahan kemungkinan boleh merencatkan masalah pekerjaan. Jadi siapakah yang akan membeli lebihan output tersebut?

- Golongan kapitalis akan membeli sebahagian dalam bentuk barangan modal. Perbelanjaan terhadap barangan modal akan merangsang pengeluaran dan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Hal yang sama juga berlaku terhadap perbelanjaan dalam barangan pengguna. Tetapi menurut Malthus, perbelanjaan penggunaan oleh pekerja yang diupah dalam sektor yang produktif, tidak boleh dengan sendirinya meneruskan proses pengumpulan dan pekerjaan modal. Sesuatu keputusan pelaburan hanya akan diambilkira jika berupaya membekalkan penggunaan, dan jika keluaran akhir tersebut tidak berjaya dijual, maka tiada pelaburan akan dilakukan pada masa hadapan.

- Untuk memastikan keadaan ini, golongan kapitalis mempunyai kuasa untuk menggunakan segala keuntungan yang dimiliki tanpa sekatan.

- Maka terdapat keperluan Terhadap Penggunaan Yang Tidak Produktif- Perbelanjaan yang dilakukan oleh tuan tanah adalah

perlu untuk mengelak masalah lebihan barangan dalam pasaran yang mana boleh menyebabkan

9

Page 10: KUMPULAN KLASIK –ADAM SMITH - Official … · Web view- sekiranya pendapatan pekerja jatuh di bawah paras harga yang telah ditetapkan, maka elaun akan diberikan untuk menggantikan

masalah stagnasi (stagnation) dalam sesebuah ekonomi.

Penilaian sumbangan Malthus

- Pandangan beliau telah diterima dengan baik oleh tuan tanah yang kaya raya. Teori penduduk beliau telah membebaskan tanggungjawab golongan kaya untuk membantu golongan miskin.

- Beliau menentang perlaksanaan undang-undang miskin (poor laws). Jika undang-undang tersebut dimansuhkan, ia akan memberikan kesan terhadap pengurangan cukai hartanah yang dibayar oleh tuan punya hartanah.

- Malthus juga mempertahankan undang-undang bijirin (corn laws) dan penggunaan yang tidak produktif untuk menjaga kepentingan golongan tuan tanah.

- Teori Malthus lebih memihak kepada golongan kaya (tuan tanah) dan mengabaikan golongan miskin.

- Malthus juga telah mengemukakan teori pulangan semakin berkurangan dalam sektor pertanian. Idea ini berasaskan kepada pandangan beliau bahawa penambahbaikan yang dilakukan kepada amaun tanah yang tetap hanya meningkatkan kadar hasil dengan jumlah yang kecil sahaja.

- Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan teori Malthus- beliau mengabaikan faktor teknologi. Pengeluaran pertanian boleh

ditingkatkan akibat daripada inovasi teknologi dan pengumpulan modal yang mana dengan menggunakan sejumlah kecil pekerja dalam sektor pertanian, negara boleh mengeluarkan lebih banyak makanan.

- Justeru itu, tidak perlu mencegah kelahiran kerana kemajuan teknologi boleh meningkatkan pengeluaran makanan untuk keperluan hidup.

- Gary Becker (1976), peningkatan output negara mungkin akan mengurangkan kadar kelahiran sesebuah masyarakat iaitu merupakan satu kaedah untuk mengawal kelahiran yang sedia ada. Kos melepas mempunyai anak akan meningkat apabila upah benar sejam meningkat, dan akibatnya ramai manusia bertindakbalas dengan mengecilkan saiz keluarga.

10