Upload
limananthony
View
407
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
KRITIKAN ARTIKEL
Pengenalan
Artikel yang saya bincangkan bertemakan “ Responsive curriculum design in
statistics unit ” oleh P. F. Coutis dalam International Journal of Mathematical
Education in Science and Technology, 38(4) Jun, 2007. Artikel ini memperihalkan
satu kajian untuk mengenal pasti bagaimana mereka bentuk kurikulum Statistik yang
mampu meningkatkan kefahaman dan sesuai dengan pelajar berlatar belakangkan
pelbagai tahap penguasaan bahasa Inggeris, pengalaman tentang statistik,
kebudayaan, dan pencapaian supaya mampu menghasilkan pelajar yang boleh
mengaplikasikan pengalaman pembelajaran dengan dunia sebenar mereka.
Rumusan Artikel
Isu utama dalam artikel ini cuba menonjolkan permasalahan berkaitan kesukaran dan
kemampuan pelajar-pelajar daripada dua tahap latar belakang penguasaan bahasa
Inggeris dalam mempelajari kursus Statistik di universiti negara barat pada tahun
pertama pengajian mereka. Satu kumpulan mempunyai latar belakang English
Speaking Background (ESB) dan satu kumpulan Non-Engish Speaking Background
(NESB) dan sama-sama mempelajari satu konsep baru dalam kursus statistik.
Pelbagai faktor telah dikenal pasti oleh penulis kajian ini sebagai langkah menangani
kekangan dan hambatan permasalahan yang timbul di kalangan pelajar untuk
mempelajari kursus statistik. Antara faktornyanya ialah kesedaran tentang situasi
kesukaran membangun pemahaman pelajar yang tidak mahir dalam statistik. Mereka
perlu dimotivasikan dengan mengaplikasikan contoh yang relevan dengan kehidupan
sebenar mereka. Kedua latar belakang bahasa dan budaya yang berperanan besar
mempengaruhi peralihan pembelajaran pelajar-pelajar yang berlatar belakang NESB
1
belajar di universiti negara barat. Ramai di antara pelajar-pelajar NESB lemah dalam
memahami pengajaran yang disampaikan secara mendalam, sukar untuk mencatat
nota semasa kuliah dijalankan, tidak mampu mengeluarkan pendapat secara lisan
mahupun tulisan. Implikasi kewujudan fenomena tersebut, pelajar-pelajar NESB
jarang mengemukakan soalan apatah lagi untuk bercakap secara lisan dengan suara
yang lantang di khalayak ramai akibat daripada penguasaan bahasa Inggeris mereka
yang amat terbatas. Justeru, dari segi pencapaian terutama sekali semasa sesi
pembentangan markah pelajar NESB jauh lebih rendah berbanding pelajar-pelajar
ESB secara signifikan ( p = 0.05). Penulis berdasarkan pengalaman beliau sebagai
pembangun, ko-ordinator dan sebagai guru unit MAB140 cuba mereka bentuk semula
kurikulum kursus statistik ini supaya mampu melengkapi pelajar berkebolehan serta
berkeyakinan mengaplikasikan dapatan dengan teknik deskriptif, inferensi, dan
statistik bukan parametrik.. Hasilnya kebanyakan keputusan pelajar NESB mengatasi
pencapaian pelajar ESB dalam beberapa perkara seperti Ujian kelas NESB mendapat
skor min 22.3 berbanding pelajar ESB skor min 21.4. Paling ketara peningkatan
dalam pembentangan kumpulan ESB skor min 9.55 sedangkan NESB skor min 9.57.
Tujuan Utama Artikel
Artikel ini bertujuan menghuraikan perbezaan tahap prestasi, keperluan dan sikap
untuk pembelajaran antara pelajar ESB dan NESB. Kedua, penulis cuba
menyenaraikan komponen utama dan mengimplementasi reka bentuk semula
kurikulum statistik. Ketiga membuat cadangan berkaitan dengan metodologi
pengajaran dan penilaian yang menggalakkan pembaikkan termasuk pengajaran
statistik serta meningkatkan hasil pembelajaran kepada semua pelajar.
2
Informasi yang Digunakan Berkaitan Isu Utama
Penulis telah menggunakan pelajar-pelajar kohot 2000 sehingga kohot 2002 yang
terdiri daripada pelajar-pelajar ESB dan NESB universiti negara barat seramai 35-40
pelajar termasuk pelajar dari Malaysia dan Singapura yang dibiayai sepenuhnya
berstatus pelajar luar negara sebagai sampel untuk mendapat data dan membuat
inferensi kajian. Pengumpulan data dibuat dengan cara campurtangan semasa
permulaan mereka bentuk kurikulum statistik unit perkhidmatan pendidikan tinggi
secara kaedah penilaian kuantitati dan kualitatif. Kemudian diikuti dengan kajian
tindakan secara berterusan, pemerhatian, refleksi, dan program semula dalam empat
peringkat untuk menganalisis perbezaan pencapaian dan prestasi antara pelajar ESB
dan NESB.
Rumusan Kajian Oleh Penulis
Penulis membariskan hasil penilaian kuantitatif dan kualitatif yang dikelolakan,
mencadangkan iaitu kurikulum bergerak kepada pembelajaran berpusatkan pelajar
bagi menyediakan pelajar NESB peluang mencapai keputusan penilaian yang sepadan
dengan kebolehan dan usaha, meskipun penekanan yang berat kepada penilaian
penulisan dan membaca. Dapatan kajian juga mencadangkan pelajar yang aktif dan
sebagai peserta dalam mereka bentuk semula kurikulum boleh meningkatkan hasil
pembelajaran.
Penulis juga mencadangkan dalam mereka bentuk semula kurikulum Statisitik
ini pelajar perlu diberi kesedaran berhubung dengan pembelajaran merentasi
kebudayaan disamping fokus terhadap kemahiran berkomunikasi melalui bahan-
bahan dari luar. Implikasi daripada tindakan tersebut pelajar disuruh sendiri
mengakses bahan-bahan dari internet. Pelajar berpeluang berinteraksi secara konferen,
3
video, seminar secara talian terus dengan pelanggan atau badan-badan profesional
yang berkaitan profesyen mereka nanti. Setiap kali kuliah diadakan, hendaklah
diperuntukkan masa 15-20 minit untuk mendapat respon balas daripada pelajar.
Penggunaan grafik daripada media elektronik juga penting untuk memudah
penyampaian istilah-istilah berkaitan dengan Statistik. Penggunaan pelbagai warna
khas bagi setiap konsep Statistik membolehkan mereka memahami dan mengingati
bila tiba musim peperikasaan dijalankan. Pembelajaran koperatif amat penting dalam
membina kemahiran penguasaan bahasa Inggeris pelajar terutama kumpulan
gabungan pelbagai kebudayaan, latar belakang penguasaan bahasa Inggeris,
pencapaian, dan juga pelbagai jantina. Senario begini akan mendorong mereka untuk
bercakap dalam satu bahasa yang difahami oleh semua ahli kumpulan. Contohnya
kalau pelajar daripada negara yang berbeza tentu mereka akan menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa komunikasi.
Kurikulum yang sentiasa berkaitan dan berkesinambungan daripada satu
peringkat ke satu peringkat boleh membantu pelajar memahami konsep pada tajuk
yang lebih kompleks. Implikasi daripada itu penulis mencadangkan supaya diadakan
perbincangan ringkas secara terbuka berhubung tajuk sebelumnya kemudian membina
dan mengaitkan dengan topik yang akan diajar.
Implikasi Rumusan Artikel
Penulis mendapati setelah kurikulum di reka bentuk semula, tidak terdapat
kekurangan keyakinan di kalangan pelajar NESB sama ada dalam penulisan atau
menulis dalam bahasa Inggeris. Tidak terdapat kelebihan pelajar ESB dengan pelajar
NESB malah pelajar NESB sentiasa mempamerkan tahap yang konsisten berdasarkan
prestasi mereka dalam semester sebelumnya dengan yang terkini. Prosedur pengajaran
4
dan penilaian dalam bekerja pada tahun 2002 dengan pengayaan pengalaman
pembelajaran oleh semua pelajar membantu mereka untuk mencari dan memulakan
pembangunan dan menyumbang kemahiran individu yang membantu permintaan
terhadap mereka dalam latihan profesional. Penulis menekankan betapa pentingnya
model kognitif diterapkan bagi membolehkan pelajar untuk menyelesaikan masalah
yang jarang-jarang ditemui. Bila berlaku senario begini, maka pelajar akan berasa satu
kepuasaan sebab bukan saja memahami masalah tetapi mampu menyelesaikan
masalah tersebut.
Konsep utama yang berkaitan dengan isu utama artikel
Konsep utama yang ingin dikemukakan oleh penulis berkaitan dengan isu utama
artikel ialah keperluan untuk mereka bentuk semula kurikulum dengan mengambil
kira keperluan dan penglibatan pelajar secara tidak langsung melalui pandangan
mereka. Pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti kebebasan mengakses sendiri
bahan tugasan untuk pebembentangan, pembentukan kumpulan bukan pilihan sendiri
tetapi berdasarkan kepelbagaian akan membuka ruang mereka mempelajari sesuatu
dengan lebih berkesan tanpa rasa terpaksa.
Perbincangan dan Pandangan tentang Isu dalam Artikel
Sememangnya kursus statistik di peringkat universiti dan mata pelajaran Statistik di
peringkat sekolah merupakan antara kursus dan mata pelajaran yang mencabar.
Kebanyakan pelajar gagal mencapai keputusan yang cemerlang terutama bagi pelajar
yang kekurangan pengetahuan istilah dalam statistik. Apatah lagi bagi pelajar-pelajar
yang melanjut pelajaran ke universiti di negara-negara barat, kelemahan mereka
menguasai bahasa Inggeris akan memudaratkan peluang mereka untuk memahami
5
pengajaran yang disampaikan seterusnya menjejaskan pencapaian mereka. Apatah
lagi jika pelajar-pelajar tidak pernah didedahkan dengan statisitik. Ini dapat
dibuktikan berdasarkan kajian yang dibuat juga oleh Jenny Freeman, Kevin Smith,
David Stainforth, dan Steve Collier (2006), menjelaskan “ Many student fails to
understand basic concepts, which impact negatively on their use and interpretation of
statistics”. Ini bermakna isu berhubung kegagalan memahami konsep statistik
merupakan perkara yang menjadi fokus dan kajian ramai. Implikasi daripada
kesukaran pelajar memahami konsep-konsep baru dalam statisitk, penulis
mencadangkan penggunaan media elektronik dengan bahan grafik yang pelbagai
warna bagi memudah pemahaman dan ingatan mereka terhadap konsep dan istilah
tersebut. Kenyataan ini disokong oleh satu kajian yang telah dibuat oleh Jenny
Freeman dan rakan-rakan (2006), “Each lecture would open with a short dramatized
video-clip, setting up realistic problem requiring the use of applied statistical method
to resolved” (p. 3).
Kenyataan penulis yang menekan hubungan keyakinan dengan pencapaian
pelajar dalam mempelajari statistik amat penting dan perlu diberi perhatian. Satu
kajian yang telah dibuat oleh Paul L. Gardner dan Ingrid Hudson (1999), “Do
students who generally display a higher level of confidence tend to answer a larger
propotion of item correctly (p. 11). Ini jelas membuktikan bahawa kurikulum yang
direka bentuk harus menekankan pengalaman dan keperluan pelajar.
Peter Coutis dan Leigh Wood (2007) “Several studies have shown that
students have difficulty with all forms of academic language:reading, writing,
speaking and listening; and that students from a non-English speaking background
(NESB) have more trouble that those from an English speaking background (ESB)”
(Introduction). Kenyataan menggambarkan kepada kita bahawa memang terdapat
6
tahap pencapaian antara pelajar NESB dan ESB dalam mempelari statistik antara
kedua- dua kumpulan pelajar tersebut. Hanya melalui mereka bentuk semula
kurikulum saja mampu memotivasi dan menarik minat pelajar NESB untuk
meningkatkan pencapaian mereka supaya setara dengan pelajar ESB.
Kesimpulan
Setelah berlaku usaha mereka bentuk semula kurikulum statistik pada tahun 2002,
didapati tahap pencapaian pelajar dalam semua aspek lebih baik berbanding tahun
2000 dan 2001 terutama pelajar-pelajar NESB. Pencapaian mereka setara malah ada
yang mengatasi pencapaian pelaja ESB dalam statistik. Keputusan ini menyediakan
petunjuk baik peningkatan dalam pemahaman konseptual dan mencadangkan iaitu
kurang itu lebih pendekatan pengajaran untuk meningkatkan hasil pembelajaran bagi
pelajar daripada kedua-dua latar belakang yang berbeza.
7
8