20
HPEF7003 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 1/ 2015 HPEF7003 CURRENT TRENDS IN HIGHER EDUCATION NO. MATRIKULASI : CGS01156731 NO. KAD PENGNEALAN : 810319-10-5600 NO. TELEFON : 0132667792 E-MEL : [email protected] 1

kritik jurnal higher education

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kritik jurnal higher education

HPEF7003

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1/ 2015

HPEF7003

CURRENT TRENDS IN HIGHER EDUCATION

NO. MATRIKULASI : CGS01156731

NO. KAD PENGNEALAN : 810319-10-5600

NO. TELEFON : 0132667792

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN

TERENGGANU

1

Page 2: kritik jurnal higher education

HPEF7003

Artikel yang dikritik adalah bertajuk Emergig Trends of higher Education in developing

Country’ hasil tulisan Ravinder RENA dari Namibia’s University of Science and

Technology Windhoek, Namibia, 2010. Penulisan artikel ini dimulakan dengan

pengenalan, seperti juga penulis-penulis lain yang kebiasaannya menjadikan bahagian

pengenalan untuk memberi gambaran keseluruhan tentang topik yang dikaji. Penulis

telah mengulas beberapa isu penting dalam artikel ini iaitu pendidikan tinggi dilihat

sebagai agenda utama yang harus diberi fokus oleh negara membangun kerana melalui

pendidikan tinggilah sesebuah negara dapat meningkatkan modal insan dan menjadi nilai

tambah kepada sesebuah masyarakat. Hasil daripada proses pengajaran dan kajian,

Pendidikan tinggi dilihat sebagai institusi yang mampu memacu kepada pendidikan yang

berkualiti. Selain itu, penulis turut mengulas tentang peranan pengajian tinggi sendiri

sebagai sebuah institusi yang dapat membantu mengukuhkan ekonomi sesebuah negara,

meraikan kepelbagaian budaya masyarakat, kedudukan politik dan meluaskan

perdagangan melalui kolaborasi antarabangsa. Penulis juga turut mengulas tentang

cabaran alaf baru iaitu perubahan-perubahan dalam sistem pengajian tinggi serta

pengaruh globalisasi yang banyak memberi kesan kepada pertumbuhan pengajian tinggi

di negara-negara membangun. Secara grafiknya ulasan dan kritikan saya terhadap artikel

ini akan didasari kepada beberapa perkara berikut.

Rajah 1 : Gambaran keseluruhan tentang ulasan dan kritikan jurnal secara grafik

2

PENGAJIAN TINGGI DI NEGARA MEMBANGUN

Peranan

Cabaran Pendidikan Alaf baru

Pengaruh Globalisasi

Pengukuhan Ekonomi

Kolaborasi antarabangsa

Agenda Utama

Page 3: kritik jurnal higher education

HPEF7003

Isu penting utama yang akan saya ulas dan kritik adalah berkaitan pendidikan tinggi

dilihat sebagai agenda utama yang harus diberi fokus oleh negara membangun. Di

kebanyakan negara terutama sekali di negara yang sedang membangun, Pendidikan

dilihat sebagai asas kepada kemajuan sesuatu bangsa malah memberi impak yang positif

kepada sesebuah negara. Pendidikan telah menjadi hak kepada setiap individu tanpa men-

gira warna kulit, bangsa atau agama. Kualiti Pendidikan Tinggi telah menjadi agenda

utama negara-negara di seluruh dunia. Pendidikan dilihat sebagai suatu aspek yang

dominan dalam konteks perkembangan dan kemajuan bangsa dan negara. Negara-negara

membangun mempunyai tekanan untuk memastikan dan menjamin kualiti pengajian

tinggi di peringkat kebangsaan setanding dengan standard kualiti pendidikan

antarabangsa. Walaupun mempunyai kekangan sumber kewangan, namun negara-negara

membangun seperti India , China sentiasa merubah strategi yang sesuai untuk jaminan

kualiti pendidikan negara mereka. Dikebanyakkan Negara membangun, mereka se-

makin sedar akan kepentingan pendidikan tinggi kerana diyakini dapat meningkatkan

kualiti dan taraf hidup sesebuah masyarakat dan sesebuah Negara amnya. Antara usaha-

usaha Negara membangun untuk memartabatkan pengajian tinggi sebagai agenda utama

adalah antaranya;

Menyediakan skim latihan atau latihan semula bagi pekerja industri

Menyediakan individu yang dapat berfungsi dalam bidang tenaga yang pelbagai

Mengiktiraf tujuan asas pengajian tinggi adalah untuk kebaikan manusia dari segi

moral, intelektual, fizikal dan material serta mendidik para pemimpin menghadapi

masyarakat yang kompleks dan pelbagai

Melakukan kajian asas dan gunaan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran, menambahkan pengetahuan dan memperbaiki taraf hidup di per-

ingkat tempatan, negeri, negara dan antarabangsa

Mengamalkan kebebasan akademik, membiayai fakulti yang berkualiti tinggi

yang mencari dan menyebarkan pengetahuan serta tidak dipengaruhi oleh unsur-

unsur politik, agama atau kepentingan tertentu

Membuat penyelarasan dalam konteks perancangan negara dan menggunakan

sumber secara bertanggungjawab dan efisien untuk menyokong pelbagai jenis in-

3

Page 4: kritik jurnal higher education

HPEF7003

stitusi, mengiktiraf kepelbagaian sektoral dan bersandarkan kepada kelebihan

yang ada dalam kerjasama, usahasama dan perkongsian sumber

Seterusnya, saya akan mengulas tentang pengaruh dan kesan globalisasi. Di

awal artikel ini penulis hanya menyentuh kesan globalisasi dari sudut yang positif iaitu

antara kesan globalisasi adalah berlakunya kemajuan dalam teknologi, jaringan maklumat

dan sosial antara universiti serta perluasan dalam bahasa ilmu terutamanya dalam

penguasaan bahasa inggeris. Tidak dinafikan bahawa inovasi teknologi merupakan faktor

utama yang membawa kepada berlakunya globalisasi dan globalisasi akan terus berlaku

selagi inovasi teknologi terus berkembang. Menurut Abu Suffian et al. (2007) globalisasi

menyebabkan peningkatan pengintegrasian ekonomi hampir di kesemua negara di dunia.

Ini memberikan implikasi kepada ekonomi sesebuah negara yang mana ia mudah ter-

dedah kepada sebarang perubahan yang berlaku sama ada di peringkat global atau seran-

tau. Malah, pendidikan sepanjang hayat yang wujud akibat globalisasi (Hashim & Abdul

Jalil 2008; Valimaa 2004; Norasmah et al. 2012) menyebabkan kemasukan pelajar di se-

mua peringkat pengajian tinggi semakin meningkat pada setiap tahun sejajar dengan pe-

nambahan institusi pendidikan tinggi di Malaysia (Sarjit et al. 2008).

Pada saya, keadaan ini menghasilkan penawaran buruh yang tinggi dan mewujudkan

persaingan pasaran kerja yang lebih kompetitif serta meningkatkan kadar pengangguran

dalam kalangan graduan. Justeru, era globalisasi ini memberi impak yang besar kepada

perkembangan pesat sistem pendidikan yang akhirnya mencetuskan krisis kerajaan dan

pengangguran yang tinggi (Abd Rahim 2000) dan akhirnya boleh memberi impak yang

sangat besar kepada krisis ekonomi negara . Ini terbukti apabila seramai 102,900 orang

graduan lulusan universiti dan kolej di seluruh negara yang masih tidak mendapat peker-

jaan sehingga hujung tahun 2009 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2010). Namun

demikian, situasi ini menuntut siswazah menjadi lebih bijaksana melengkapkan diri su-

paya mampu memenuhi tuntutan dan menangani cabaran global yang semakin tinggi

(Collins et al. 2004; Norasmah & Halimah 2007).

4

Page 5: kritik jurnal higher education

HPEF7003

Oleh yang demikian, dalam konteks Malaysia sendiri, Perancangan strategik yang

rapi oleh institusi pengajian tinggi negara penting sebagai panduan untuk menjana, men-

erap dan mengeksploitasi ilmu pengetahuan bagi pertumbuhan ekonomi. Hala tuju penga-

jian tinggi mempunyai peranan yang kritikal bagi menyediakan landasan ke arah

meningkatkan daya saing negara di peringkat global melalui penyampaian pendidikan

dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi

kepada pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga ter-

hadap kesan globalisasi yang tentunya memungkinkan impak yang positif dan negatif.

Melalui artikel juga di dapati terdapat peningkatan dan perkembangan peratus

kemasukan pelajar keperingkat Pengajian tinggi di seluruh negara membangun. Namun

demikian, ketidaksamaan sosial, sejarah, budaya dan struktur ekonomi masih menjadi

dilema dikebanyakkan negara membangun. Rata-rata mereka yang berpeluang untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi adalah dari golongan yang

berpendapatan tinggi. Pelbagai cara telah dilakukan oleh setiap negara bagi

menggalakkan kemasukan rakyat mereka ke pengajian tertiari ini antaranya dengan

memberi biasiswa dan bantuan pinjaman. Ketidakmampuan ini memberi dua kesan

negatif terhadap golongan minoriti iaitu mereka cenderung untuk memilih bidang

pengajian yang murah tetapi tiada jaminan pekerjaan dan takut kepada kebergantungan

terhadap hutang akibat dari bantuan pinjaman yang diberikan. Saya juga amat tertarik

dengan satu pendekatan yang diperkenalkan di Australia, New Zealand dan Afrika

Selatan yang turut diulas di dalam artikel ini iaitu skim pendapatan luar jangka yang

merupakan satu kaedah pelan pembayaran balik pinjaman pendidikan bergantung kepada

pendapatan pelajar selepas mereka tamat pengajian .

Didalam artikel ini juga penulis turut membincangkan mengenai trend

pendidikan tinggi di negara-negara membangun. Isu-isu besar yang telah dibincangkan

dalam artikel ini adalah mengenai krisis ekonomi dan pendidikan tinggi di negara-negara

membangun. Dalam kes ini, penulis telah menjalankan kajian berhubung dengan kesan

krisis ekonomi global pada masyarakat umum dan dalam pendidikan tinggi. Merujuk

5

Page 6: kritik jurnal higher education

HPEF7003

kepada statistik perangkaan antara bangsa, Malaysia adalah salah satu daripada negara-

negara yang telah disenaraikan di bawah negara-negara membangun. Krisis kewangan

dan kejatuhan nilai matawang di Asia Timur pada tahun 1997 sebenarnya sangat

memberi kesan dan telah menjejaskan struktur modal korporat dan sekaligus membawa

kepada kegawatan ekonomi (Tsung-Wu Ho, 2004).

Kebiasaannya, trend pendidikan tertiari ini cenderung untuk menanggung kos

yang tinggi. Institut pengajian tinggi menggalakkan pembelajaran berkualiti yang yang

berteraskan kepada pendidikan dan penyelidikan malah bidang pendidikan ini diakui

telah memberi sumbangan utama kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Di

negara maju, mereka sangat mementingkan pendidikan. Malah, kita sedia maklum

bahawa individu yang mempunyai pendidikan yang tinggi mempunyai kelebihan

berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Maka, sekiranya jumlah pelaburan dalam

pendidikan adalah tinggi, ia sesuatu yang wajar. Oleh itu, negara-negara membangun

juga, sewajarnya melihat kepentingan perkembangan kuantiti dan kualiti institut

pengajian tinggi di negara mereka (Ved, 2007: 3249). Justru, hakikatnya sesebuah

negara perlu menyediakan dana yang besar untuk memajukan institusi pendidikan tinggi

mereka. Walaubagaimanapun, pastinya isu kewangan tetap akan mejadi halangan besar

dalam perkembangan sesebuah institusi pengajian tinggi di negara-negara membangun

amnya.

Isu kewangan dan kos pengajian yang tinggi menjadi punca utama kepada

kurangnya kadar kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi. Walaupun Kadar

bayaran yuran agak rendah malah ada yang menyediakan pendidikan percuma namun,

kadar kemasukan pelajar tetap kurang disebabkan mereka terpaksa menanggung kos-kos

sampingan lain seperti kos sara hidup, kos penginapan dan kos bahan pembelajaran.

Program biasiswa, geran dan pinjaman sedikit sebanyak telah menghapuskan halangan

ekonomi. Namun, ketakutan menanggung hutang selepas tamat belajar menjadi mimpi

ngeri bagi mereka yang berasal dari latarbelakang keluarga yang miskin

6

Page 7: kritik jurnal higher education

HPEF7003

Merujuk kepada artikel ini juga, terdapat banyak institut pengajian tinggi yang

terpaksa mengurangkan kos belanjawan mereka disebabkan pihak kerajaan tidak dapat

memberikan dana yang diperlukan untuk meningkat dan menaik taraf institusi pendidikan

tinggi mereka. Sebagai tindak balas kepada tekanan kewangan ini, universiti dan sistem

negara telah cuba mencari penyelesaian melalui beberapa kaedah penyelesaian. Antara

penyelesaian yang dibuat adalah menyewakan fakulti dan mengupah kakitangan sambilan

untuk mengurangkan kos pentadbiran. Namun begitu pada pandangan saya tindakan ini

kurang praktikal kerana walaupun pelajar-pelajar boleh menggunakan kaedah yang

berbeza dalam proses pembelajaran mereka seperti penggunaan teknologi komunikasi

(ICT) sebagai contoh E-mel dan ruangan sosial dalam talian untuk bekerjasama dengan

rakan-rakan mereka dan pensyarah mereka. Tetapi kaedah tradisional masih cekap dan

banyak membantu pelajar.

Kaedah meningkatkan saiz kelas juga telah digunakan, dengan peningkatan

jumlah pelajar di dalam kelas maka adalah sukar bagi pensyarah untuk menyelia dan

membimbing pelajar-pelajar mereka di dalam kelas. Namun demikian, bagi saya situasi

yang tidak kondusif sememangnya menganggu tumpuan pelajar di dalam kelas, tetapi

kebanyakan fakulti di IPTA Malaysia sudah terbiasa menggunakan dewan untuk

memuatkan bilangan pelajar yang ramai dan hanya memerlukan bantuan LCD projector

dan skrin untuk membantu sesi pengkuliahan. Malah, kaedah ini bertepatan dengan

konsep pengajaran dan pembelajaran Andragogi yang memerlukan pelajar untuk mencari

ilmu secara mandiri. Selain itu, Langkah memberikan beban pengajaran dan lebih masa

untuk pensyarah juga telah diaplikasikan untuk mengatasi masalah kos pentadbiran di

Institut Pengajian Tinggi, namun demikian, keadaan ini boleh menyebabkan hilangnya

kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah, malah Ia boleh mendatangkan impak yang

negatif kepada masa depan dunia pengajian tinggi itu sendiri.

Institusi pengajian tinggi juga memerlukan perancangan yang teliti untuk

keperluan pendidikan dan pembangunan sumber manusia untuk jangka pendek dan

jangka panjang. Walaupun sebenarnya pelaksanaan penyelesaian untuk mengurangkan

7

Page 8: kritik jurnal higher education

HPEF7003

kos yang bertitik tolak daripada isu krisis kewangan global ini mempunyai beberapa

kesan atau implikasi yang negatif namun, tiada cara lain setakat ini yang mampu untuk

mengatasi permasalahan ini dan meningkatkan kualiti taraf sesebuah institusi pendidikan

tinggi. Sehingga kini, lebih daripada 22 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di

Malaysia dilihat sebagai salah satu strategi yang digunakan dalam tujuan pembangunan

sumber manusia di samping penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta yang bertumbuh

dengan pesat dalam meningkatkan pembangunan ekonomi. Peningkatan penubuhan

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara langsung turut meningkatkan perbelanjaan

pendidikan yang diperuntukkan oleh kerajaan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan

enrolmen pelajar diperingkat IPT terutamanya dalam memenuhi permintaan pendidikan

tinggi yang semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan oleh peruntukkan yang besar oleh

Kerajaan kepada pendidikan melalui perbelanjaan pembangunan. Seperti yang

terkandung dalam Bajet Belanjawan 2013, peruntukan terhadap sektor pendidikan adalah

sebanyak 21% daripada keseluruhan bajet. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan

sebanyak RM38.7 billion kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus

dan pembangunan. Enrolmen pelajar di setiap peringkat pendidikan juga dilihat

mengalami peningkatan yang memberansangkan.Selain itu, pihak kerajaan juga telah

memberi pelbagai insentif subsidi berbentuk kewangan seperti biasiswa dan pinjaman

kepada para pelajar untuk melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Di dalam artikel ini juga, penulis turut menyentuh perihal kolaborasi

antarabangsa. Negara- negara membangun sedar bahawa rakyat harus mempunyai daya

saing yang tinggi agar mereka mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Daya saing

yang tinggi ialah prasyarat penting jika mereka mahu melibatkan diri dalam pertumbuhan

ekonomi yang pesat. Oleh itu, untuk menyesuaikan diri dengan kepesatan pertumbuhan

ekonomi, universiti perlu membentuk satu kurikulum akademik yang akan menyediakan

tenaga mahir hingga ke peringkat antarabangsa dan seterusnya dapat melahirkan modal

insan yang berdaya saing seiring dengan proses globalisasi dunia sekarang.

Pengantarabangsaan pendidikan tinggi telah membawa kesan yang amat positif.

kehadiran pelajar antarabangsa di sesebuah universiti bukan sahaja mempengaruhi

8

Page 9: kritik jurnal higher education

HPEF7003

budaya sosial dan tempatan tetapi juga memberi pemahaman  dan perspektif yang lebih

luas kepada mereka tentang pentingnya kerjasama antara pelbagai bangsa. Namun

begitu, pengantarabangsaan pendidikan juga boleh menjejaskan kualiti pendidikan di

negara membangun.

Kepelbagaian pendidikan juga merujuk kepada pendekatan pengajaran dan

pembelajaran tanpa sempadan yang meliputi pengajaran berasaskan penyelidikan. Negara

membangun perlu menyediakan pendidikan kurikulum dan sukatan program yang

berasaskan maklumat terkini hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh ahli akademik

tempatan atau antarabangsa. Pendekatan pengajaran berasaskan penyelidikan

menekankan usaha penyampaian maklumat terkini dan merangsang penjanaan ilmu

baharu. Dengan adanya ilmu ini, negara- negara membangun boleh mempertingkatkan

taraf pendidikan serta kualiti hidup. Melalui penyelidikan ini juga, akan menyebabkan

penyelidik dan pelajar dari negara- negara maju datang belajar ke negara membangun. Di

samping itu juga, mereka akan melaburkan untuk penyelidikan kerana telah mempunyai

dana yang mencukupi untuk menjalankan penyelidikan. Selain melaburkan dana, pelabur

akan membawa sekali sumber dan kepakaran untuk membantu melicinkan penyelidikan .

Biasanya di lakukan oleh pusat pengajian tinggi seperti dalam bidang bioteknologi

Sistem pendidikan yang bercorak transnasional dan tanpa sempadan ini juga

diistilahkan sebagai suatu sistem kepelbagaian pendidikan secara maya dalam kalangan

individu seperti pelajar, guru atau pensyarah. Sistem pendidikan ini melibatkan program

akademik dari berbagai-bagai disiplin daripada satu negara kepada negara lain. Perkaitan

yang rapat antara globalisasi membawa kepada perkembangan yang pesat dalam urusan

antarabangsa dan rangkaian dalam semua bentuk kehidupan. Hal ini juga akan turut

memberi impak positif kepada bidang pendidikan di negara- negara membangun di

samping mendapat keuntungan daripada sektor perkhidmatan pendidikan membantu

menjana ekonomi negara. Sebuah kajian baru-baru ini oleh HSBC menunjukkan bahawa

Australia kini merupakan negara yang paling mahal bagi pelajar-pelajar antarabangsa.

Laporan yang bertajuk Nilai Pendidikan itu menyatakan bahawa seorang pelajar

antarabangsa perlu membayar kira-kira AS$38,515 (RM124,000) bagi yuran pengajian

9

Page 10: kritik jurnal higher education

HPEF7003

dan perbelanjaan kos hidup setahun. Namun di sebalik kos yang tinggi, terdapat lebih

ramai rakyat Malaysia yang belajar di sana daripada di negara-negara seperti Amerika

Syarikat dan United Kingdom, yang pernah menjadi pilihan popular dahulunya. Mengapa

keadaan ini berlaku agaknya? Ya, di Malaysia, kebanyakan ibu bapa sanggup membayar

mahal bagi memberikan anak-anak mereka pendidikan di universiti yang lebih baik.

Menurut laporan itu juga, 58% daripada ibu bapa yang telah mengambil bahagian dalam

kajian itu percaya bahawa membayar mahal bagi pendidikan anak mereka adalah

merupakan satu pelaburan yang terbaik. Dalam kajian itu juga 88% daripada ibu bapa

mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak mereka di luar negara bagi

mendapatkan pendidikan universiti yang lebih baik

Kepelbagaian pendidikan tinggi negara membangun telah membawa institusi

pendidikan memasuki era baharu dengan kewujudan universiti yang berorientasikan

penyelidikan. Universiti penyelidikan ini juga memberi keutamaan terhadap penawaran

program pengajian pada peringkat pascasiswazah yang dijangka akan menggiatkan lagi

aktiviti penyelidikan dan hasil penyelidikan biasanya digunakan sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan ini harus ditafsirkan sebagai aktiviti

sepanjang hayat kerana pengetahuan akan dapat dikembangkan melalui pemantapan ilmu

pengetahuan penemuan. Penyelidikan ini harus dijalankan secara kerjasama pintar pada

peringkat kebangsaan atau antarabangsa untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di

negara membangun.

Kesimpulannya, daripada Artikel ini, penulis menyentuh akan kepentingan

pendidikan tinggi di negara membangun. Pendidikan tertiari ini juga dilihat sebagai

salah satu faktor yang memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah

Negara. Modal insan yang berpendidikan tinggi juga dikatakan sebagai pelengkap

kepada faktor kepesatan dan pembangunan Negara. Faktor globalisasi pula perlu menjadi

batu asas untuk menyediakan Institusi pengajian tinggi agar jaminan kualiti terhadap

pendidikan semakin diutamakan. Melalui kesimpulan di dalam artikel ini juga penulis

turut menyentuh tentang cabaran besar yang dihadapi terutamaya tentang pengagihan

modal insan yang tidak sekata dan pengurusan dana yang kurang teratur boleh

10

Page 11: kritik jurnal higher education

HPEF7003

menyebabkan sesebuah negara membangun akan terus ketinggalan dan mudah diambil

kesempatan oleh negara maju yang lain.

2503 patah perkataan

RUJUKAN / REFERENSI

Abu Suffian, A.B. Ariffin, S. Asmady, H. & Zakaria, B. (2007). Globalisasi, Pelaburan

Asing Langsusng (FDI) dan pemindahan teknologi di Malaysia. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia. 47-65.

Hashim Yaacob & Abdul jalil Othman. (2008). Dunia Pendidikan dalam era Globalisasi:

Peranan dan Cabaran. Masalah Pendidikan. 30(1): 143-148.

Norasmah Othman, Harinder Kaur a/p Toluk Singh, Poo Bee Tin & Norasiah Sulaiman.

(2012). Globalization And The Trend In Demand For Higher Education In

Malaysia. International Journal Of Education And Information Technologies.

Issue 1, Volume 6, 2012.

Valimaa, J. (2004). Nationalisation, location and globalization in Finnish Higher

Education. Higher Education. 48:27-54.

Sarjit, K., Morshidi Sirat & Norzaini Azman. (2008). The Scenario of

Internationalisation and Globalization of Higher Education in Malaysia. Dalam

Sarjit, K. Morshidi Sirat & Norzaini Azman. Globalisation and

Internationalisation of Higher Education in Malaysia. Pulau Pinang: Universiti

sains Malaysia. 14-13.

Tsung-Wu Ho (2004) The Foreign Exchange Exposure of Capital Structure: The 1997

Asian Crises Revisited, Applied Financial Economics, 2004, 14, 497-505.

Ved Prakash (2007) Trends in Growth and Financing of Higher Education in India,

11

Page 12: kritik jurnal higher education

HPEF7003

Economic and Political Weekly (August 4):3249-3258.

Sumbangan Wikipedia. 2012. Diambil dari:

http://www.poledakar.com/dqaf/index.php?

tittle=Data_collection_on_Education:_glossary_and_definition dicapai pada 17

Jun 2015.

Laporan tahunan oleh Universitas 21, Satu jaringan global universiti penyelidikan untuk

abad ke21 dengan 26 ahli yang mempunyai lebih 1.3 juta pelajar dan majikan

lebih 220,000 kakitangan. Laporan U21 membandingkan sistem Pendidikan

tinggi dari 50 negara.

Siti Norihan Abd Razak dan Hasnah Ali, Sumbangan dan Kepentingan Pendidikan

Tertiari dalam Pertumbuhan Ekonomi Negara: Satu Kajian Kes di Malaysia.

Prosiding PERKEM VIII, JILID 2 (2013) 806 – 816

Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, 2007. Globalisasi Media dan Budaya Antara Hegemoni

Barat Dengan Kebangkitan Asia,  Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Mohd Azizuddin Mohd Sani & at el, 2004. Globalisasi Dalam Perspektif: Isu dan

Cabaran, IBS BUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.

12