Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

  • Upload
    s3rn7at

  • View
    529

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANIInfrastruktur dan Tenaga Pengajar

Infrastruktur dan Tenaga Pengajar1. Kemudahan 2. Peralatan 3. Kepakaran

KEMUDAHAN Kemudahan merupakan antara faktor yang mempengaruhi aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Terbahagi kepada: Kedudukan sekolah Kemampuan kewangan sekolah Kemudahan-kemudahan Tenaga pengajar

Kedudukan SekolahTerdapat dua lokasi sekolah: Kawasan bandar Terdapat guru yang berkepakaran khas. Keadaan tersebut dirangsang oleh dengan adanya persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badanbadan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan.

Kawasan luar bandar Terhad kerana kepakaran di kalangan guru dan orang luar amat kurang sekali. Kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak langsung mengehadkan penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti fizikal.

Kemampuan Kewangan Sekolah Sekolah yang mempunyai ramai pelajar mendapat peruntukan yang lebih banyak. Sekolah yang terbina di kawasan perumahan elit mungkin mudah mendapatkan sumbangan berbanding sekolah luar bandar.

Kemudahan-kemudahan Kemudahan yang sedia ada perlu diambil kira semasa penyediaan aktiviti. Jika kemudahan yang sedia ada tidak mencukupi, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah.

Tenaga Pengajar Pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepada kepakaran guru. Latihan kemajuan tenaga pengajar perlu dititikberatkan bagi membentuk guru yang mempunyai pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal.

PERALATAN Berdasarkan kepada spesifikasi umur dan pertandingan. Faktor terpenting ialah keselamatan pengguna. Terdapat alat yang murah tetapi penggunaannya membawa kemudaratan kepada pengguna. Kualiti alatan juga perlu dipertimbangkan.

KEPAKARAN Guru perlu mempunyai kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin diperlukan.

Terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko dalam PJ: Pastikan bahawa murid yang menjalankan aktiviti cergas dan sihat. Aktiviti yang dipilih perlu bersesuaian dengan umur dan kebolehan murid. Aktiviti yang dilakukan perlu diluluskan oleh badan professional dan sekolah.

Guru yang mengendalikan aktiviti fizikal atau kokurikulum mempunyai kepakaran. Arahan yang diberikan jelas, betul dan perlakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan terutama aktiviti berisko seperti permainan ragbi. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.