16
ENGLISH SECTION L Research in Islamic Economics and Finance in - Muhamad Muda et. al. 2. The Effect of Islamic Private Debt Securities Common Stock Returns - Norain Mod Asri et. 3. The Performance of Islamic Unit Trust Funds Malaysia: A Review Rating Changes on Firm's al. in Malaysia: Does Persistence Exist? - Mohd Azlan et. al. Key Factors Influencing Credit Risk of Islamic Bank: A Malaysian Case - Nor Hayati Ahmad and Shahrul Nizam Ahmad Adopting and Measuring Customer Service Quality in Islamic Bank: A CaseStudy - Shahril Shafie et. al. 6. A RegulatoryFramework for Islamic Banlc - Abd. Ghafar Ismail and Nur Azura Sanusi 7. Awareness and Ownership of Family Takaful Scheme Among Muslim Community in Malaysia - Norlida Abd. Manab et. al. 8. Compatibility and Market Penetration of Family Takaful Products: A Comparative Study - Nor Haziah Hashim and Muhamad Muda BAHASA MELAYU SECTION 9. Kesan Bantuan Zakat -lerhadap Kualiti Hidup: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin - Sanep Ahnmd et. al. 10. Implikasi Sosial dan Ekonomi Pembiayaan Perumahan Secara Bai Bi-Thaman Ajil: Kajian Kes di W'ilayah Pahang Tenggara - Nora Yusma Mohamed Yusop dan Mohd Anuar Auang ldris 11. Perkembangan Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Kajian Dari Sudut Strategi Penyebaran Maklumat Menerusi Laman Web - AIi Badron Mohhtar dan Abd. Rauf Hassan Azltnri BOOKS REVIE\r 12. Issues in Islamic Banking, Selected Papers (M.N. Siddiqr) - Nursilah Ahmad 13. Economics System Under Umar the Great: A Treatise on Muslim Economy in Early 7'h Century (Irfan Mahmud Ra'ana) - Fara Madehah Ahmad Farid )< 39 65 8l 97 12l r37 151 Tg r9l 2ffi 2r5

Kesan Bantuan Zakat Terhadap Kualiti

Embed Size (px)

Citation preview

ENGLISH SECTIONL Research in Islamic Economics and Finance in

- Muhamad Muda et. al.2. The Effect of Islamic Private Debt Securit ies

Common Stock Returns - Norain Mod Asri et.3. The Performance of Islamic Unit Trust Funds

Malaysia: A Review

Rat ing Changes on F i rm 'sal.

in Malaysia: Does PersistenceExist? - Mohd Azlan et. al.Key Factors Inf luencing Credit Risk of Islamic Bank: A Malaysian Case

- Nor Hayati Ahmad and Shahrul Nizam AhmadAdopting and Measuring Customer Service Quali ty in Islamic Bank:A Case Study - Shahril Shafie et. al.

6. A Regulatory Framework for Islamic Banlc - Abd. Ghafar Ismail andNur Azura Sanusi

7. Awareness and Ownership of Family Takaful Scheme Among MuslimCommunity in Malaysia - Norlida Abd. Manab et. al.

8. Compatibil i ty and Market Penetration of Family Takaful Products:A Comparative Study - Nor Haziah Hashim and Muhamad Muda

BAHASA MELAYU SECTION9. Kesan Bantuan Zakat - lerhadap Kuali t i Hidup: Kaj ian Kes Asnaf Fakir

dan Miskin - Sanep Ahnmd et. al.10. Implikasi Sosial dan Ekonomi Pembiayaan Perumahan Secara Bai

Bi-Thaman Ajil: Kajian Kes di W'ilayah Pahang Tenggara - Nora YusmaMohamed Yusop dan Mohd Anuar Auang ldris

11. Perkembangan Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Kajian Dari SudutStrategi Penyebaran Maklumat Menerusi Laman Web - AIi Badron Mohhtar danAbd. Rauf Hassan Azltnri

BOOKS REVIE\r12. Issues in Islamic Banking, Selected Papers (M.N. Siddiqr) - Nursilah Ahmad13. Economics System Under Umar the Great: A Treatise on Muslim Economy

in Early 7'h Century (Irfan Mahmud Ra'ana) - Fara Madehah Ahmad Farid

)<

39

65

8l

97

12l

r37

151

Tg

r9l

2ffi

2r5

7

KESAN BANTUAN ZAKAT TERHADAP KUALITIHIDUP: KAJIAN KES ASNAF FAKIR DAN MISKIN

Hairunnizam WahidSanep Ahmad

Mohd Ali Mohd Noor(I n i w rs i ti Ke b a ngs aa r M a / ay i a)

AbstraklSjian ini menjelaskan kesan bantuan zakat oleh pihak institusi zal<atterhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin dengan menggunakandata primer melalui soal selidik di daerah Jerantut, Pahang, daerahTaiping Perak dan daerah Sandakan, Sabah. I{ajian ini menganggarkebarangkalian perasaan penerima zlk^t L^itu sama ada merekabeqpuas hati aau tidak dengan kualiti hidup mereka kesan daripadapenerimaan zakat dengan menggunakan model logit. Hasil kajianmendapati bantuan zakat memberi kesan yang siginifikan kepadakualiti hidup golongan miskin terutamanya aspek pendidikan danpenyertaan sosial. Beberapa implikzsi penting dicadangkan dalamkaiian ini untuk memastikan kualiti hidup golongan miskin tidakdipinggirkan ddam ams pembangun^n negar^.

IGta kunci: Zalat, Kualiti hidup, Kemiskinan, Asnaf fakir dan miskin

JMIFR Volme 1 No. | 2004, pP. I tl -166 151

Hairanilqam lVahid et. a/.

PENGENAI-AN

Pencapaian kutipan zakatyang tinggi dari tahun ke tahun oleh pusat zakatsetiap negeri tidak dapat dinafikan lagi. Jumlah kutipan z^kat secarakeseluruhan bagi negeri-negeri di Malaysia telah mengalami peningkatansebanyak 24 pentus daripada RM258 juta pada tahun 2000 kepada RM320juta pada ahun 2001 (Laporan Zakat2007). Pencapaian kutipan zakztnegenyang semakin tinggi setiap tahun membuktikan institusi ini telah berlayameningkatkan keberkesanannya dari aspek kutipan. Daripada 14 negeri yangmembuat kutipan pada tahun 2001,hanya. tiga neged iaitu Pedis, Sabah danSarawak sahajayangmembuat kutipan di bawah angka sepuluh juta. WilayahPersekutuan dan Selangor pula masing-masing membuat kutipan melebihiRM50 juta (LaporanZakat 2001).

Namun begitu, aspek pengagihan zakzt kepada kumpulan sasaran jugaadalah penting selepas mempunyai sistem kutipan zzkatyang baik. Kumpulansasaran utarna yang sepatutnya mendapat perhatian awal iaiah golongan fakirmiskin. Namun sehingga ini, kumpulan fakir miskin masih lagi ramai danjurnlahnya didapati meningkat kebelakangan ini kesan kegawatan ekonomi.Banyak kajianyangada hanya bertumpu kepada masalah had kifayah danketidakberkesanan bantuan langsung kepada asnaf ini. Dimensi baru yangmungkin belum mendapat perhatian institusi zakat ialah mengenaikebetkesanan ̂ghzu:' terhadap huliti hidup fakir miskin. Ini adalah disebabkankonsep kemiskinan adalah berbentuk multidimensi dan ia begitu subjektifkerana melibatkan perasaan fakir miskin tethadap sifat berkecukupan (CheongKee Cheok d* LJ Federich, 7977).Walaupun da"i segi pendapatrn, golonganini masih lagi dikategorikan miskin namun mereka mungkin berasaberkecukupan dengan kualiti hidup sedia ada. Mereka iuga berkemungkinantelah melepasi gars kemiskinan zalat, tetapi perasaan dibelenggu kemiskinanmasih lagi wujud disebabkan kualiti hidup yang rendah. Oleh itu, kesanbantuan zakat tersebut kepada kualiti hidup penerimanya perlu diberiperhatian kerana datam Islarn" zal.c;t tdalah dat penting dalam mengimbangisosio-ekonomi umat Islam.

Persoalannya, sejauh manakah bantuan zakat dapat meningkatkan kualitikehidupan golongan miskin memandangkan nilai bantuan zal<at yang drberiamatlah kecil. Adalah wajar sekiranya nilai bantuan zakat ditingkatkanmengikut kualiti hidup dan ekonomi semasa. Dalam tempoh 1990 hingga

r52 JMFR Voluae I No. | 2004, Pp. / 5l -166

r

Kesax Bantuan Zakat Terhadap Ktaliti Hidup: Kajian Ket Asnaf Fakir dan Miskil

2000, kualiti hidup di Malaysia telah meningkat iaitu sebanyak 8.4 peratuspnit Petancang Ekonoffrr 2002). Namun begitu, adakah kuaiiti pendudukmiskin juga telah meningkat? Ini kerana kualiti tersebut dihitung secara agregatyang majoritinya adalah golongan pertengahan dankaya. Apakah dasar fiskalmelalui zakat dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk miskin ini? Makakajian ini akan menjelaskan kesan bantuan zakat oleh pihak institusi zakatterhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin.

Perbincangan dalam kajian ini dimulakan dengan bahagian pengenalanyang menerangkan secara ringkas beberapa isu penting tentang kemiskinandan agihan zakat.Ia kemudiannya diikuti oleh bahagian kajian lepas yangmenyenaraikan beberapa kajian lepas berkaitan dengan persoalan yang dikaji.Bahagian seterusnya menetangkan metodologi kajian yang menuniukkanpembinaan model yang dianggarkan dan diikuti oleh penghuraian tentang hasilkajian. Seterusnya diterangkan beberapa implikasi kajian dan perbincangandiakhiri dengan bahagian kesimpulan.

KAJIAN LEPAS

Banyak kajian berkenaan zakat hanya melihat kepada aspek kutipan iaitubagaimana hasil kutipan zakat dapat ditingkatkan dan kaedah yang berkesanbagi pengagihan zakat (Ivlohd Ali et. a1,,2003; Abdul Monir, 2001; MohdParid, 2001). Namun demikian, tidak banyak kajian yang melihat kepadaaspek keberkesanan agihan zalatkepada asnaf-asnaf yang tedibat terutamanyaasnaf fakit dan miskin. Mohd Padd (2001) contohnya telah membincangkanpelbagar kaedah pengagihan zakat menurut perspektif Islam. Menurut beliaupenga$ihan zakat petlrl mencapai satu tahap kecukupan dan keselesaankehidupan golongan penerima z^k^t serta keluarga yang ditanggungnya.Menurut beliau lagi, agihan tersebut perlu mencapai kadar tertentu yangmenjamin kualiti hidup yang berterusan. Ia membawa maksud kesan agihanzakat kepada asnaf perlu mencapai satu piawaian kualiti hidup sekurang-kurangnya mencapai kqgunaan barang kepeduan dan kecukupan. Di Malaysia,kualiti hidup individu boleh dilihat dalam pelbagai aspek termasuklahkemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untukmemperoleh pengetahuan dan menikmantanf hidup yang melebihi kepeduanasas dan psikologi individu untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial seiringdengan hasrat negara (lJnit Perancang Ekonomi,2002).

JMIFRVohrme I Na | 2004,pp. tit-166 153

H aint n xi qam lf,/a bi d e t. a l.

Takrifan ini adalah seiring dengan pendapat Burnel dan Galster (1,992)yang melihat kualiti hidup sebagai tahap kesejahtetaan dan keselesaanseseorang menjalani proses kehidupan meliputi aspek pemakanan, pendidikan,kesihatan, perumahan, estatik dan sebagainya. Sekiranya aspek tersebutdipenuhi maka tahap kualiti masyarakat menjadi bertambah baik. IQjtan yangadahanya menumpukan kepada kualiti masyarakat keseluruhannya tanPamelihat kualiti kumpulan minodti yang daif dan miskin. Oleh itu, satu kajianperlu diadakan bagi melihat kualiti hidup kumpulan ini bagi memastikanmereka tidak tersisih daripada arus perdana. Terdapat kaiian oleh ZainalAbidin (2003) yang membincangkan bagaimana had kifayah dikira menurutpengalaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitumengguoakan enam kualiti hidup uama iaitu pedindungan, makanan, pak an,perubatan, pelaiaran dan pengangkutan. Namun begitu, kajian beliau tidakmernbincangkan kesan enam kualiti hidup tersebut terhadap golongan miskin.Terdapat beberapa l.o;jizr:'yangrnelihat kualiti hidup kumpulan tertentu sepertipenduduk setinggan di I(uala Lumput dan peserta projek Amanah IkhtiarMalaysia (AII\4. I&jian oleh Wan Zunan (1997) hanya melihat punca-puncaserta impak campur tangan kenjaan dalam membendung fenomenakemiskinan. Kaiian oleh Rosmalini (1998) pula mendapati penyertaan peseramiskin dalam projek AIM berjaya meningkatkan tataf hidup pesert^ tanp^melihat secara teqperinci indikator sosio ekonomi.

Kajian ini berbeza dengan kajian-kajian sebelumnya kerana memfokuskankepada golongan miskin serta fakir yang temasuk dalam asnaf penerimabantuan zakat.I{ajian ini juga penting untuk melihat sejauh mana kesanbantuan tersebut kepada kualiti hidup mereka terutamanya indikatorsosioekonomi yang penting termasuklah pendidikan, kesihatan, bekalan airdan elektrik dan sebagainya yang merupakan p:l-zsya.rat dan pemangkinkepada usaha pembangunan masyaralat terutarnanya di peringkat negeri (VIdZhahr,7996).

METODOLOGI

ISjianini menganggar kebarangkalian perasaan penedma zaJstiattu sama adamereka berpuas hati atau tidak dengan kualiti hidup mereka kesan daripadapenerimaan zalrc;t. Oleh kerana perasaan beqpuas hati atau tidak akan dapatdigambarkan oleh pembolehubah kualitatif yang menunjukkan ya atau tidak,

154 JMIFRVohme t No. t 20U, PP. l5l-156

ksar Bartsan Zakat Terhadap ktaliti Hidzp: Kajiar Ket Asnaf Fakir dan M*kin

maka kajian ini akan menggunakan pengangg t^n model logit bagimenganggarkan kebarangkalian kepuasan hati penedma zakat kesan daripadabantuan zakat. Bennrk utnum fungsi model logit dinyatakan seperti bedkut:

P, =E8=1/E- 1 / (1 +e- ' )dengan:

11)

P, adalah kebarangkalian bagi respon berpuas hati Y = 1 dan respontidak berpuas hati bagi Y = 0.

Z adalah satu fungsi f(X) dengan X sebagai faktor-faktor yangberkaian.

Persamaan (1) boleh dinrlis dalam bentuk berikut:P, = 1 / (1+e" ) = .' / 11+e') A)Jika P adalah kebatangkalian bagi respon berpuas hati Y = 1 maka

kebarangkalian bagi respon tidak berpuas hati bagi Y = 0 ialah (1-P). Olehitu, kebarangkalian tidak berpuas hati ialah:

(1-P) = 1/ (7+e" ) (3)Oleh ih\ nisbah kebarangkalian untuk cenderung beqpuas hati pula ialah:P r l ( l - P ) = e " ( 4 )Dengan mengambil log semulajadi bagi persarr,^^o (4) akan

menghasilkan persarnaan (5) iaitu:L - L n @ , / 1 t - V ) = l n ( e ' )

=2,= fQq €)

Oleh kerana per^s^ n berpuas hati atau tidak dalam kualiti hiduppenedma zakat bergpntung kepada banyak faktor selain bantuan zil<at ma[<aakan dipertimbangkan beberapa faktot yang secara langsung mempenganrhiperasaan tersebut. Beberapa faktor yang dipertimbangkan yang dijangkamempengaruhi kualiti hidup individu ialah jumlah pendapatrn, tarafpendidikan serta bilangan tanggungan. Faktor lain diandaikan nterus paribus.

Oleh itu, berpandukan kepada persamaan (5), model khusus yangakandianggarkan dalam kajian ini ialah:

Model 1: Kepuasan keseluruhanL= hG; / (LP, ) = bo + b lXr + b r4 + b3X3 + bn4 (6 )

JMIFRVohme 1 No. I 20M, pp. ltt-166 155

\

Hairunniqam Wahid et.al.

dengan:L adalah log bag nisbah 'odds' kepuasan terhadap X

4 adalah iumlah zakat drtenma

X, adala'h iurnlah pendapatan

4 adalah taraf pendidikan

4 adalah iumlah tanggunganMemandangkan kepuasan tethadap kual i t i h idup boleh dini la i

berdasarkan sesuatu kategori tertentu maka model khusus bagi menilaikepuasan terhadap kualiti hidup tertentu akan dianggarkan. I{epuasan terhadappengangkutan dan perhubungan, kesihatan, pendidikan, perumahan danpenyertaan sosial akan dianggarkan setiap satu. Model ulnum tersebut ialah:

Model2: Kualiti hidupL , = l n ( P , / ( 1 - P ) = b r * b r Zdengan:L. adalah kepuasan tethadap kualiti hidup i ftualiti hidup peng4ngkutan

dan perhubungan, pendidikan, kesihaan, perumahan dan penyeraansosial)

Z adalah iumlah zakatHipotesis krii"" itri ialah semakin tingl jumlah bantuan zakat diberikan

oleh pihak majlis agama, kualiti hidup golongan mishn akan meningkat. Iniadalah kerana dengan bantuan kewangan yang semakin bertambah, makakuasa beli individu akan meningkat dan seterusnya semakin banyaklahbarangan yang dapat dibeli. B.gtt, juga aspek pendapatan dan pendidikanyurrg man kedua-dua pembolehubah dijangkakan mempengaruhi kualitihidup individu secara positif. Ini adalah kerana kualiti hidup manusia amatdipengaruhi oleh pendidikan yang akhirnya akan meningkatkan pendapatanmasyamkat dan negara. (lihat Schulz,7963; Todaro, 1994; Rahmah Ismail,1996). Dalam kajian ini, bilangan tanggungan juga dikaji memandangkan iamerupakan pembolehubah yang penting dalam penentuan had kifayahpenerima zalro;t (Znnd, Abidin, 2003).

D*a yang digunakan merupakan data primer yang diperolehi melaluiterrrubual kaji selidik terhadap penerima-penedma zalatyatgtelah dGenaraikanoleh Majlis Agama Islam Negeri. Seramai 140 individu telah ditemu bual

a

156 JMIFRVohme I Na | 2004,pp. 151-166

Ketar Bantuat Zakat Terhadap Kwliti Hidup: Kajiat Ket Asnaf Fakir dat Miskin

meliputi daetah Taiping di Perak (mewakili pantai barat,Malaysia Barat),daerah Sandakan di Sabah (mewakili Malaysia Trnur) dan daerah Jerantut diPahang (mewakili pantai Timur, Malaysia Bant) yangmelibatkan lnra-lslz. 42buah kampung (lihat lampiran). Kajian memilih tiga daerah yangberbezaatas dua sebab uama iaitu pertamanya,ia mewakili kawasan dan respondenyang dianggap boleh digolongkan dalam kelompok termiskin yang manakesan ambahan wang zakat dtjangka dapat memberi kesan yang lebih dankeduanya, responden daripada kawasan yang betbeza diharap akan dapatmemastjkan kerawakan sampel yang digunakan dalam kajian.

Aspek kualiti hidup yang dipertimbangkan dalam kajian ini merupakanaspek rasmi yang telah diguna pakai oleh Unit Perancang Ekonomi dalammenilai kualiti hidup masyarakat dan lajanZilnalAbidin (2003). Hanya limaaspek kualiti yang diambil kira daripada 11 kualiti yang digariskan dalampengtraan kualiti hidup di Malaysia. Ini memandangkan enam lnraliti yang tidakdimasukkan tidak berkait secara langsung dengan responden yang terdiridaripada asnaf fakir dan miskin. Setiap jawapan memerlukan jawapan dalamskala Ukert iaitu tidak memuaskan, memuaskan dan sangat memuaskan.Penentuan kualiti dibuat dengan mencari nilai purata anta;r^ ketiga-tiga skalatersebut. Ini bettujuan untuk mengelakkan jawapan responden yang biaskepada tidak memuaskan. Jika memuaskan memberi nilai bersamaan 1, tidakmemuaskan membed nilai bersamaan 0.

HASIL KAJIAN

Responden dalam kajian ini terdiri daipada 40 lelaki dan 101 perempuanyang majoritinya berumur dalam lingkungan 51 tahun ke atas (73 peratus).Kebanyakan responden yang dikaji adalah berstatus janda (70 peratus) yangr^t^-tatanya tidak berpelaiann. Hanya 7.8 peratus responden pernahbetsekolah rnenengah manal<ala bersekolah rendah dan tidak bersekolahmasing-masing adalah 33.3 peratus dan 58.9 peratus. Ini menunjukkankebanyakan responden tidak berpendidikan secara formal yang membedi-p"k kepada kemiskinan yang mereka alami. Ini adalah kerana hampir 56peratus responden berpendapatan RM100 ke bawah sebulan dan 40.4 peratuspula beqpendapaan ̂ntara RM100 dan RM300. Hampir 61.7 peratus adalahmeteka yang tidak bekerja fterana sudah tua dan uzur) dan disebabkan latar

JMIFRVoImc I No. | 2004, PP. l5l-166 157

Hairurriqam lVahid et. at.

belakang pendidikan yang rendah. Jurnlah zalatyang diterima dadpada PusatPungutan Zalat j,ag adalah berbeza. mengikut tangggungan mereka. Semakinramai tanggungan, semakin tinggilah bantuan zakatyangdibed. Kajian inimenunjukkan sebanyak 56.7 peratus tiada anggungan kerana kebanyakan anakmereka telah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Tidak kurang iuga adayanginda anak dan juga tidak be*ahwin. Oleh itu, i"rrtl"h zakat dibed adalahsedikit iaitu lebih kurang ^ntrr: RM100 hingga ke RM250 dalam kajian ini.Kebanyakan meteka menerima sebanyak RM100 (48.9 peratus) diikutiRM200 (27 peratus), RM150 Q2.7 peratlus) dan hanya7.2 peratus menerimaRM250 sebulan.

Jadual 1:Taburan Kualiti Hidup Golongan Miskin

Kualiti Hidup Puas Hati (7o) Tidak Puas Hati (%)

Pengpngkuan & PerhubunganKesihatanPendidikanPenrmahanPenyertaan SosialKeselumtran

24.834.875.246.885.134.0

75.265.224.853.274.966.0

Berdasarkan Jadual 1, kual i t i h idup golongan miskin secarakeseluruhannya adalah tidak memuaskan. Berdasarkan jawapan yang telahdibedkan, lnnya 34 peratus golongan miskin belpuas hati manakala selebihnyatidak beqpuas hati dengan kualiti hidup mereka.Hanya kualiti pendidikan danpenyertaan sosial sahaja yang memberikan tahap kepuasan yang agak tinggiberbanding kualiti hidup yang lain. Ini menunjukkan golongan miskin masihlagi dapat menikmati peluang pendidikan yang berkualiti untuk anak-anakmeteka dan dapat bersama-sama ter l ibat dalam akt iv i t i sosial dankemasyarakatan. Pencapaian kualiti ini menunjukkan pihak kerajaan telahbeqaya menjalankan beberapa dasar secara menyeluruh termasuklah dasar

]MnRV'oiame i No. t 2004,pp. ttt-i66

I(esar Bantyar Zakat Terhadap Kualiti Hidup: KQiar kr Anaf.Fakir dan Miskit

pendidikan dan dasar sosial kepada masyarakat tidak kiia di bandar atau luarbandar. Namun, kajian ini juga percaya bahawa golongan miskin dapatmeningkatkan kualiti hidup mereka melalui pemberian bantuan zakat. Jlkadilihat dalam aspek pendidikan, anak-anak mereka berjaya mencapaipendidikan yang berkualiti hasil bantuan keraiaan dan kemungkinan bantuanwzrngzalat yang telah diberi oleh pihak Majlis Agama.

Walau bagaimanapun, Jadual 1 turut menunjukkan responden tidakbeqpuas hati tethadap kualiti pengangkutan, kesihatan dan perumahan. Iniadalah ketana wang zakat yang diberi adalah amat kecil dan ia tidakmencukupi untuk memperbaiki ketiga-tiga aspek kualiti tersebut. Tambahanpula, pihak kerajaan tidak dapat menyalur bantuan yang mencukupi untukmembaiki kualiti tersebut disebabkan oleh lokasi perumahan mereka yangberada jauh di pendalaman. Ini sudah pasti akan menyebabkan kualiti sistempengangkutan dan perkhidmatan kesihatan adalah terbaras. Persoalannya,adakah bantuan zakatbenm-benar memberi kesan yang signifikan terhadapkualiti hidup golongan miskin tersebut?

Jadual 2 menunjukkan keputusan regrasi logistik model persamaan (7)yang menunjukkan hubungan antara pembolehubah bantuan zakat denganIima kualiti hidup penerima zakat yang dikaji. Hasil kajian menunjukkanbantuan zakat memberi kesan yang signifikan terhadap kualiti pendidikan danPenyeftaan sosial golongan miskin. Kedua-dua pembolehubah tesebut adalahsignifrkan pada aras keertian 1 peratus manakala pembolehubah yang lainadalah tidak signifikan. Walau bagaimanapun, kesan banruan zakat terhadapkualiti pendidikan adalah hampir tidak berubah. Ia menunjukkan 100 peratuskenaikan dalam bantuan zakat akan hanya meningkatkan kualiti pendidikansebanyak 98.7 peratus sahaja. Dengan erti kata lain, bannran zakat tidak dapatmeningkatkan kualiti pendidikan anak-anak mereka. Bantuan zakat akanmemberi kesan yang baik dalam peningkatan kualiti penyerraan golonganmiskin dalam aspek penyertaan sosial. Berdasarkan jadual tersebut, jikabantuan zakat diberikan sebanyak 100 peratus, maka kualiti penyertaan sosialakan meningkat sebanyak 102.2 pe atws iaitu kenaikan kualiti sebanyak 2.2pefatus.

JMER Volume I No. | 2004, pp. | 5t -166 159

Haimnilqam lYabid ct. al.

Jadual 2:Kesan Zak'at Tet Setiap Kuahti Miskin

Kualiti Hidup B Sisihanpiawai

StatistikWald

sig. Exp (B)

Pengangkutan danpethubungan

Kesihatan

PendidikanPerumahanPenyertaan sosial

0.004.0.007-0.013

0.0010.022

0.0050.0050.0050.0040.008

0.6412.2128.1570.0487.313

0.4230.1370.0040.8270.007

1.0040.9930.987**1 . 0 0 17.022**

Nota: ** Signifikan pada aras keertian 170

Jadual 3 pula menunjukkan keputusan regresi logistik model 1 yangmenganga*an bebeapa pembolehubah yang dijangka mempengaruhi kualitihidup keseluruhan golongan miskin. Didapati pembolehubah pendidikanamat signifikan metnpenganrhi kualiti hidup mereka iaitu pada aras keertian 1peratus diikuti oleh pembolehubah zakar dan bilangan tanggungan yangmasing-masing signifikan pada ans keertian 5 peratus. Ini jelas menunjukkankesan bantuan-zal<at terhadap kualiti hidup keseluruhan golongan miskinadalah signifikan. Namun begitu, kesan bantuarr zakat hanya mengurangkankepuasan terhadap kualiti hidup mereka. Jika bantuan zakat ditingkatkansebanyak 100 petatus, kualiti hidup mereka akanhanya meningkat sebanyak98.9 peratus. Berbanding kesan pendidikan, jika pendidikan mereka meningkat1 peratus, kualiti hidup mereka akan meningkat lebih 200 peratus. Bagipembolehubah pendapatan pula, jika pendapatan mereka meningkat 1peratus, kualiti hidup mereka akan meningkat sebanyak 64.8 peratus. Namunbegitu, pembolehubah pendapatan addah tidak signifikan mempengaruhikualiti hidup walaupun ia menunjukkan hubungan yang positif, Ini disebabkanpendapaan mereka adalah di bawah paras kemiskinan.

JMIFR Voltme 1 No. | 2004, PP. | 5l -166

Keur Bantraa Zakat Terbadap Ktaatiti Hidrp: Kajian kr Anaf Fakir datt Mirkin

Jadual 3:Kesan Beberapa Pembolehubah Terhadap Kualiti Hidup

Keseluruhan MiskinPembolehubah B Sisihan

piawaiStatistikWald

sig. Exp (B)

ZakatPendapatanPendidikan

Tanggungan

Konstan

-0 .011

0.500r . 1 7 20.588-2.712

0.0060.3780.3630.2790.992

4.2411.7 4410.444.4357.466

0.0390.1870.0010.0350.006

0.989*7.6483.229**1 .801*0.066**

Nota: xx Signifrkan pada aras keertian 1* Signifikan pada aras keenian 5 7o

IMPLIKASI KAIIANHasil kajian ini mengutarakan beberapa imprikasi penting. pertama, bantuanzakat- tidak meningkatkan kepuasan golongan misti" yirg merrerim a zakattetsebut. Bantuan zakatyang diterima ad'rah daram blntuk tunai dandianggap sebagai bayann pindahan sahaja (tidak produktiQ. oreh itu,golongan miskin seolah-olah beqputus-asa dengan nilai bantua n zakat yangamat sedikit. Sekiranya nilai bantuan zakat dalam bentuk tunai ditingkaikandengan lebih besar lagi, kemungkinan penerima bantuan zakat akan rebih!:tpy-"t hati terhadap kualiti kehidupan mereka. Banruan zakat boleh jugadiberikan dalam bentuk bukan tunai yang bersifat produktif seperti biasiswapendidikan anak-analq simpanan daram amanah saham d- modi pemiagaan.P-ihak Majlis Agama Islam juga boleh menyumbangkan zakat diartbentukalat perkakas serta barangan dapur dan sebagainya. I-ni berkemungkinan akanmeningkatkan kepuasan mereka dan merasakan kualiti kehiduJan merekamenjadi bertambah baik jika dibandingkan d.alam keadaan sebelummenenma zakat

Implikasi kedua ialah kesan zakat idak begiru besar terhadap kualitipendidikan anak-anak golongan miskin kerana pihak kerajaan telah punmenyediakan bantuan pendidikan termasuklah bantuan yuran, biasiswa danmakanan di sekolah kepada anak-anak golongan miskin. Iru dibiayai oleh hasilkutipan cukai oleh ketEaan yang akan disalurkan kepada semua rakyat tanpa

IMIFRVolume I No. I 2004,pp. /jt_166 761

HainnriTam lVahid et.al.

mengira kaum dan ag ma. Oleh itu, bantuan zakatyang diterima olehgolongan miskin untuk pendidikan berkemungkinan sebagai pelengkap sahajakerana nilai bantuan yang kecil. Walau bagalmanapun,U.j^, ini menunjuld<angolongan miskin telah mula memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak mereka. Ini berdasarkan jtwapan yang telah diberi oleh mereka yangamat betpuas hati terhadap kuditi pendidikan anak-anak mereka. Mereka jugpperc^y^ bahawa pendidikan anak-anak dapat membantu mereka mendapatpekerjaan yang lebih baik dan dalam iangla masa panjang anak-anak merekaserta keluarga mereka dapat terkeluar daripada putaran ganas kemiskinan.BerdasarkanJadual 3, kesan pendidikan adalah signifikan terhadap kualitihidup golongan miskin.

Ketiganya, golongan penerima zakat tdak tersisih daipada masyankatmalah semakin erat dengan masyarakat setempat. Ini adalah kerana setiapumat Islam adalah bersaudara, golongan kaya pedu membantu golonganmiskin melalui rukun Islam yang ketiga iaitu menunukan zakat Hikmahdaripada konsep zakattru sendiri menekankan konsep persaudaraan dan iniakan memastikan golongan fakir dan miskin tidak dipinggrrkan dan tercicirdaripada arus pembangunan.

KESIMPULAN

K"jiu" ini menunjukkan bahawa zakat daptt memainkan peranan yang lebihberkesan dalam mengaasi masalah kemiskinan. Penerima bantuan wangzalatakan dapat metasai kepentingan dan keberkesanan bantuan tersebut sekiranyabantuan disalurkan dengan memberi keutamaan kepada aspek kualiti hidup.Oleh itu, bennrk bantuan yang diberi perlu diperincikan bukan sahaja dari segijumlahnya tetapi juga dari segi bennrknya.

Bantuan zakat perlu dipastikan memberi impak yang signifikan kepadakualiti hidup golongan miskin. Suatu tindak^ny^ng drastik pedu dilakukanuntuk memastikan kualiti hidup mereka adalah terjamin dengan sekutang-kurangnya mendapat barang keperluan dan kecukupan. Nilai bantuan zakatperlu dinilai semula kerana nilai bantuan yang drberi amadah kecil berbandingdengan kepeduan kehidupan semasa. Pihak Majlis Agama Islam Negeri perlumemikirkan nilai bantuan serta kaedah agphan zakat yang sesuai agar kualitihidup mereka dapat ditingkatkan ke tahap yang sekurang-kurangnya

rI

r62 ]MIFR Vilume 1 No. | 204, Pp. | 51-166

kvr Bantsan Zakat Terbadap Ksaliti Hidup: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin

memuaskan hati mereka. Tindakan ini adalah wajar untuk memastikansekurang-kunngny^ kualiti hidup mereka adalah baik setanding dengan

lain di lValaysia walauptrn pendapatan mereka masih lagt di bawahparas kemiskinan. Bidang pendidikan juga perlu diberi perhatian yangsewajamya oleh pihak kenlaan memandingkan ia adalah salah sanr kaedahyang berkesan dalam membasmi kemiskinan.

JMIFRVoktme I No. | 2004, pp. l5l-166 163

Hairxnniqan lVabid et. al.

RI{UI(ANI

Abdul Monir Yaacob. 2001. "Gatis Panduan Agama dalam Pengagihan Dana

zakat,.Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah Petgagihan Daru

Zakat; Sata Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM

Burnell, J.D dan Galstet, G. 7gg2."Quality of Life and Urban Size: An

Empirical Note". (Jrban Sndies (29),727-735'

Cheong Kee Cheok dan L.J Federich' 1977 ' "Theoty and Measurement of

Po-t.rtyt Tentatif Views on and Amotphous Topic"' Dalam Pouertl in

Maklsia. Kuala Lumpur: Petsatuan Ekonomi Malaysia'

Mohd Ali Mohd Nor, Hatunntzamwahid dan Nor Ghani Mohd Not. 2003',,Kesedaran Membayat zakat P endapatan Kakitangan Profesional Kaiian

KesdiUKM' ' 'DalamZulkef lyAbdKar imet .a l (penyt) ,Pro l id ingSeminarkbangsaan Dasar Auam dalan Era Globalisasi' Kuala Lumpur: Univision

Ptess Sdn Bhd.

Mohd Patid Syeikh Ahmad' 2001. "Kaedah Pengagihan Dana Ztkat: Satv

Petspekti i Islam". Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (p-*yt)' Kaedah

Pengagihan Dana Zakat; San Perspektif Islan' K.uala Lumpur: IKIM

Md Zhahit Kechot. 1996. "Kemudahan Asas dan Kemiskinan Luar Bandat:

Kajian Kes di Bachok,'. Dalam chamhuri Siwar dan Nor Aini Hj. Idris

(p.ty0.KeniskinatDalanArrcPenbangt|i lattEkononiMalayia'Bangi:Penerbit UKM.

Laporan Zakat 2001. Kuala Lumpur: Pusat Pungvtan Zakat Wilayah

Petsekutuan

Rahmah Ismail. 7996. Modal Maruia dat Perolehan Bxrah- Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosmalini Zulkefli. 1998. Kajian Inpak sosioekonomi Amanab lkhtiar Malayia;

Satu Kajiar ks di Pait, Perak- Tidak diterbitkan'

schultz, T.\y. 1963. The Economic vetue of Edacation. l)nited states: columbia

University Press.

Todato, M.P. 1994. Ecorcmic Deuelopnent' London: Longman

unit Petancang Ekonomi. 2002. Ktatiti Hidap Malalila 2002. Kuala Lumpur:

Percetakan Nasional Malaysia Berhad'

164 JMIFRVohme 1 No. | 2004, PP. 15/'166

r" TI

I(esan Bantflan Zakat Tcrhadap Ksaliti Hidup: Kajian Ket Atnaf Fakir dat Miskin

Wan Zviani Wan Yusof. 1997. 'Kemiskinan dan Pembangunan: Satu Kajiankes Tethadap Setinggan di Kuala Lumpur". Tidak ditetbitkan.

Z^iral Abidin Jaffar.2003. "Pengalaman JAKIM dan Kementerian Luar Bandardalam Menangani Masalah Kemiskinan". Dalam Bengkel KebangsaanKemiskinan dan Jaminan Sosial Asnaf Fakir dan Miskin. UiTM Melaka.

JMIFR Volume I No. 1 2004, W. | 5l -166 165