17
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA MIRI, SARAWAK HMEF 5023 (THEORIES OF ORGANIZATION AND LEADERSHIP) NAME: Nurul Ofizar MATRIC NUMBER: PROGRAMME: Master of Education LEARNING CENTRE: OUM Miri FACILITATOR: Mr Selvaraj A/L Grapragasem ADDRESS: Taman Pantai Luak, Luak Bay Esplanade, Miri EMAIL: http://lms.oum.edu.my/nurulofizar or nurulofi[email protected] TEL NUMBER:

Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA MIRI, SARAWAK HMEF 5023 (THEORIES OF ORGANIZATION AND LEADERSHIP)NAME: Nurul Ofizar MATRIC NUMBER: PROGRAMME: Master of Education LEARNING CENTRE: OUM Miri FACILITATOR: Mr Selvaraj A/L Grapragasem ADDRESS: Taman Pantai Luak, Luak Bay Esplanade, Miri EMAIL: http://lms.oum.edu.my/nurulofizar or [email protected] TEL NUMBER:SOALAN 1KEPENTINGAN KEPIMPINAN MORAL DI DALAM ORGANISASI1.0 PENGENALAN 1.1 Kepimpinan Apakah yang menjadikan sesuatu organisasi itu efektif

Citation preview

Page 1: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

MIRI, SARAWAK

HMEF 5023 (THEORIES OF ORGANIZATION AND LEADERSHIP)

NAME: Nurul Ofizar

MATRIC NUMBER:

PROGRAMME: Master of Education

LEARNING CENTRE: OUM Miri

FACILITATOR: Mr Selvaraj A/L  Grapragasem

ADDRESS: Taman Pantai Luak, Luak Bay Esplanade, Miri

EMAIL: http://lms.oum.edu.my/nurulofizar or [email protected]

TEL NUMBER:

Page 2: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

SOALAN 1

KEPENTINGAN KEPIMPINAN MORAL DI DALAM ORGANISASI

1.0 PENGENALAN

1.1 Kepimpinan

Apakah yang menjadikan sesuatu organisasi itu efektif dan terurus? Sudah

tentulah melalui kepimpinan yang diyakini. Apabila adanya keyakinan dan kepercayaan

terhadap kepimpinan yang diterajui, pastilah organisasi yang diurus itu dapat mencapai

matlamatnya.

Acapkali kita disogokkan dengan slogan atau kata-kata seperti kepimpinan

melalui teladan. Namun, sejauh manakah kita memahami erti kepimpinan sebenar?

Kita tidak boleh lari dari pra sejarah yang mana sejarah ini telah banyak mendewasakan

kita. Seperti contoh negara Rom, Yunani, Greek Alexander The Great, Gengih Khan dan

Kerajaan Islam di mana daripada sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa tetapi

akhirnya menjadi kerajaan yang digeruni, disegani dan dihormati dari segi aspek

pendidikan, sosial dan ekonomi yang mana semuanya bermula dari kepimpinan. Lalu,

melalui kepimpinanlah lahirnya tokoh-tokoh kepimpinan seperti Aminuddin Baki,

Pendeta Za’aba dan ramai lagi.

Kepimpinan adalah suatu tingkah laku atau ciri yang terdapat pada seseorang

individu yang berkebolehan untuk memimpin atau mengurus kumpulan individu dan

mendapat kepercayaan serta keyakinan oleh kumpulan individu tersebut.

Terdapat banyak definisi kepimpinan dalam penulisan pengurusan (Sonia Blandford,

2010, hlm. 23). Menurut Holmes (1993), apabila mengikut nasihat yang terkandung

dalam penulisan yang berkaitan kepemimpinan sekolah, anda mungkin menjadi bingung

dan menjadi pemimpin yang tidak efektif (Sonia Blandford, 2010, hlm. 23).

Page 3: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

1.2 Organisasi

Organisasi ialah suatu tempat atau wilayah dimana orang-orang berkumpul,

bekerjasama secara rasional dan sistematik, terencana, terorganisasi, terpimpin dan terkendali

dalam memanfaatkan sumber prasarana yang digunakan secara efisien dan efektif untuk

mencapai tujuan organisasi.

Kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Bagaimanapun,

ramai pengurus, pentadbir dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan

cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung

kepada pencapaian organisasi.

Oleh yang demikian, isu kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor swasta

dan sektor awam baik di negara maju atau negara sedang membangun.

1.3 Moral

Moral ialah perkara yang mengandungi nilai-nilai baik dan murni yang berkait rapat

dengan sikap dan amalan oleh individu. Nilai-nilai baik dan murni tersebut termasuklah;

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya

berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Amanah

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam

kehidupan.

Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan

Page 4: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

dengan sempurna.

Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya

pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi

dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati

yang ikhlas.

Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan

berasaskan pertimbangan yang wajar.

Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam

pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Page 5: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

2.0 KEPIMPINAN MORAL

Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan moral? Sejauh manakah

kepimpinan moral ini diamalkan? Mungkin ramai menyedari tentang kepimpinan moral.

Namun tidak ramai yang menyedari kepentingan kepimpinan moral dan kesannya

terhadap organisasi serta tidak mengamalkannya secara keseluruhan. Kepimpinan moral

adalah kepimpinan yang beroreintasikan tingkahlaku yang wajar, rasional dan

memikirkan dahulu sebelum bertindak.

Pelbagai definisi diberikan mengenai moral tetapi ada benarnya kalau dikatakan

bahawa semuanya tertumpu kepada suatu pemahaman iaitu moral adalah sesuatu yang

berkait rapat dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah

dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul.

Sonia Blandford (2010), tingkah laku pengurus dan pasukan bergantung pada

beberapa faktor yang mempengaruhi individu dan kesan terhadap kehidupan manusia

yang berhubung dengannya. Kebanyakan aktiviti pengurusan melibatkan hubungan

dengan manusia lain. Perkara baik ataupun buruk dalam pengurusan dapat dikategorikan

berdasarkan pengetahuan dan kefahaman, kemahiran serta kebolehan individu yang

terlibat (hlmn. 37).

Moral dalam konteks kepimpinan dan organisasi bermaksud membudayakan nilai-

nilai murni dalam kepimpinan dan menerapkan pula ke dalam organisasi. Moral juga

boleh dianggap apa yang betul dan salah serta amalan tingkahlaku bagi pekerja dalam

organisasi. Aspek moral dalam kepimpinan organisasi dicerminkan melalui pelbagai

pendekatan kepimpinan seperti sikap dan amalan.

Tetapi dalam dunia hari ini yang sangat pantas berubah, terutama dalam ekonomi

liberal, moral bukan sahaja melibatkan perkara yang betul dan salah, namun juga

melibatkan antara dua yang betul atau di antara tidak terlalu betul dan tidak terlalu salah.

Page 6: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

Moral dan isu-isu moral sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dari teras mana-

mana organisasi. Dalam organisasi juga, tingkah laku bermoral dalam menjalankan tugas

sering dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan amalan agama yang

dilakukan sacara ikhlas iaitu sukarela tanpa mengharap sebarang balasan. Malangnya

andaian seperti ini menyebabkan perkara-perkara berkaitan dengan moral kurang diberi

perhatian serius. Sebenarnya soal moral memberi kesan yang besar terhadap prestasi

organisasi. Organisasi yang berorientasikan tahap moral yang tinggi mendapat banyak

faedah dari tindakan tersebut. Organisasi ini mengamalkan prinsip-prinsip tertentu yang

memandu mereka dalam urusan harian.

3.0 KEPENTINGAN KEPIMPINAN MORAL

Terdapat banyak definisi kepimpinan dalam penulisan pengurusan.

Kesimpulannya, ahli teori mendefinisikan pemimpin dalam organisasi sebagai individu

yang mempunyai kuasa dan pengaruh. Sebagai pengurus pertengahan, dia melaksanakan

kerja atau sebagai pengurus, dia menyuruh orang lain melaksanakannya. Setiap pengurus

menentukan gaya kepemimpinannya sendiri. Gaya pengurusan berbeza mengikut

pemimpin, yang dipimpin, tugas dan konteks (Tannenbaum dan Schmidt, 1973). (Sonia

Blandford, 2010, hlmn. 47).

Walauapapun gaya kepimpinan moral yang ingin diterapkan dalam sesuatu

organisasi,pemimpin haruslah mengenalpasti dahulu organisasi yang akan dipimpin.

Kepimpinan moral dan tanggungjawab moral sebagai seorang pemimpin perlulah seiring

dalam membentuk organisasi yang cekap kerja, efisien dan seronok bekerja.

Budaya sekolah adalah personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi

cara kerja itu dijalankan. Setiap sekolah berbeza dan mempunyai sedikit perbezaan

Page 7: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

jangkaan dalam pengurusannya. Dalam satu rencana, bagi menguatkan campuran, fahami

kimianya terlebih dahulu (Sonia Blandford, 2010, hlmn. 50).

Menurut Sonia Blandford (2010), pemimpin pasukan yang efektif menghasilkan

pasukan dan sekolah yang efektif. Pengurus pertengahan perlu membina diri dan kualiti

pengurusan yang berkaitan jawatan. Pasukan dan pemimpin yang efektif perlu mempunyai

objektif yang jelas dan prosedur yang kukuh. Mereka wujud dalam suasana terbuka dan

mempunyai sokongan serta kepercayaan. Akibatnya, wujud hubungan yang sihat antara

pasukan (hlmn. 47).

Tanggungjawab moral pemimpin seperti penglibatan diri dalam tugasan yang di

amanahkan kepada staf adalah sangat perlu demi menjalin hubungan persefahaman yang

baik di samping mengetahui dan memahami proses tugasan yang dikendalikan oleh staf

tersebut. Apabila adanya persefahaman ini, maka pemimpin dapat memahami apa saja

perkara atau kekangan yang di alami oleh staf dalam menyempurnakan tugasan yang

dikehendakinya.

Sonia Blandford (2010) ada menyatakan penyertaan dan penugasan kerja dapat

wujud dalam persekitaran yang baik seperti itu. Penyertaan melibatkan rundingan bagi

mendapat persetujuan bersama atau konsensus. Pengurus pertengahan perlu membuat

keputusan memilih gaya yang sesuai bagi pasukannya: Demokrasi ataupun autokrasi.

Penugasan kerja meningkatkan kualiti kerja dan pasukan. Apabila staf mempunyai

masalah dalam proses ini, dia boleh merujuk pengurus pertengahan berkenaan (hlmn. 48).

Apabila adanya persefahaman dan muafakat antara pemimpin dan staf, organisasi

akan terus terpimpin dan lebih bermotivasi dalam melaksanakan tugasan sepanjang tahun.

Perkara seperti merasa seronok menjalankan tugas adalah berpunca dari beban tugas yang

tidak keterlaluan dan seimbang serta sama rata antara semua staf. Perkara ini adalah titik

bermulanya keseronokan tersebut. Apabila semuanya adil dan saksama, sudah tentu

Page 8: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

organisasi merasa puas, lega, gembira dan merasa selamat. Semua inilah yang membentuk

motivasi dalam organisasi untuk persaingan yang lebih sihat dan seterusnya menjadikan

organisasi yang terpimpin itu menjadi efektif dan kuat. Secara tidak langsung

tanggungjawab moral di dalam organisasi juga akan muncul seperti adanya sikap bantu

membantu dan saling bekerjasama.

Maka, sebab itulah, Sonia Blandford (2010) telah menyatakan, motivasi manusia

menjadi perkara penting dalam menguruskan staf. Terdapat beberapa teori yang

memberikan fokus kepada analisis keperluan. Pengurus pertengahan perlu faham akan

perkara yang dapat memotivasikan pasukannya (hlmn. 48)

5.0. KESIMPULAN

Kepimpinan moral akan memberi nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi

akan dihormati dan ianya boleh terus berdiri dalam ekonomi yang sentiasa berubah.

Disamping itu, pemimpin organisasi sekolah perlu memberi perhatian terhadap kepimpinan

moral dan tanggungjawab moral kerana tanpa semua ini, akan melemahkan dan merosakkan

organisasi. Pemimpin dalam sektor organisasi awam khasnya sekolah, memikul tugas yang

lebih berat kerana mereka bukan sahaja menjaga kepentingan murid malah guru dan mereka

juga bertanggungwab menjaga imej dan kepentingan sekolah.

Brighthouse (1991) menyatakan: Bagaimana sesebuah sekolah itu diurus dan dijaga,

iaitu pentadbiran sekolah itu, sesungguhnya ia memberikan kesan kepada kehidupan guru.

Apabila sering sahaja terdapat perkara yang merosakkan pentadbiran, maka tentulah sukar

sekali mengelakkan staf daripada berasa tertekan dan hilang semangat bekerja yang terus

menggugatnya sepanjang tahun persekolahan; apatah lagi ia menghapuskan nilai baik dan

tujuan yang dikongsi bersama dan harus terdapat di dalam sekolah yang baik (Sonia

Blandford, 2010, hlmn. 125)

Page 9: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

Walaupun Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun, namun Malaysia

sudah mempunyai pelbagai infrastruktur kelas pertama. Sungguhpun begitu, masih terdapat

penjawat awam yang masih berada di takuk lama dan memiliki minda kelas ketiga.

Kebanyakan kelemahan adalah disebabkan oleh sikap, nilai dan amalan moral yang tidak

baik dan akhirnya menyebabkan integriti perkhidmatan awam diragukan.

Sonia Blandford (2010), apabila pasukan itu ditugaskan mendaki gunung, pemimpin

mendaki hingga ke puncak, membalingkan tali ke bawah dan menyuruh ahli pasukan

mengikutnya. Sebaliknya, pengurus berunding dengan pasukannya pada setiap peringkat

sewaktu mendaki dan menamatkan pendakian bersama-sama (hlmn. 21).

Page 10: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi

RUJUKAN

1. Greenfield, William D, Jr. (2004). Journal of Educational Administration. Moral

Leadership in Schools. 42, 2; ProQuest Education Journals pg. 174.

2. Assoc Prof Dr Yousof @ Saat Md Yasin. (2011). HMEF 5023 Educational

Leadership. Open University Malaysia.

3. Sonia Blandford. (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah.

Dipimpin dan Memimpin. (hlmn. 21-23). Institut Terjemahan Negara Malaysia

Kuala Lumpur.

4. Sonia Blandford. (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah.

Tingkah Laku Pengurusan. (hlmn. 37-48). Institut Terjemahan Negara Malaysia

Kuala Lumpur.

5. Sonia Blandford. (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah.

Visi dan Misi. (hlmn. 50). Institut Terjemahan Negara Malaysia Kuala Lumpur.

6. Sonia Blandford (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah.

Pentadbir.(hlmn. 125) . Institut Terjemahan Negara Malaysia Kuala Lumpur.

Page 11: Kepentingan Kepimpinan Moral dalam Organisasi