Inter Lok

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesusasteraan

Citation preview

  • 1

    PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

    KRB 3063

    PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

    TUGASAN A DAN TUGASAN B

    DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

    MASLINA BINTI MOHAMEDKHALIB D20102042474 011-24204098

    (700717085994)

    PUSAT PEMBELAJARAN : UPSI 02 A141PJJ

    NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI

    TARIKH SERAH : 21 NOVEMBER 2014

    PEMARKAHAN

    1

    TUGASAN A

    2

    TUGASAN B

    JUMLAH

    TUGASAN A - NOVEL INTERLOK

    a) FALSAFAH

    b) PANDANGAN HIDUP

    c) NILAI ILMU

    TUGASAN B AKTIVITI PERMAINAN BAHASA

  • 2

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1. 1.0 PENGENALAN 3

    2. 2.0 FALSAFAH 3 - 6

    3. 3.0 PANDANGAN HIDUP 6 - 8

    4. 4.0 NILAI ILMU 8 - 10

    5. RUMUSAN 10 - 11

    6. BIBLIOGRAFI 12

    7. TUGASAN B 13

  • 3

    1.0 PENGENALAN

    Menurut modul Penghayatan Karya Agung Melayu, UPSI (2013), karya agung dalam

    konteks dunia Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan zaman, yakni yang

    kekal sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Karya agung merupakan

    karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal

    dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Apabila dikaitkan dengan karya, pastinya berbentuk

    tulisan yang menjadi tonggak keintelektual sesuatu bangsa. Melalui tulisan ini dapat dikenal

    keindahan bahasa yang digubah dan jalinan fikir yang diungkap. Karya itu dianggap sebagai

    pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Karya itu dapat

    dianggap sebagai pembentuk cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu.

    Karya agung Melayu ini terbahagi kepada dua jenis iaitu karya agung klasik dan karya

    agung moden. Karya agung klasik bemula dengan penyampaian cerita secara lisan dan

    kemudian secara bertulis. Biasanya karya ini berkisar kepada sastera rakyat seperti cerita asal-

    usul, cerita binatang, cerita lagenda, cerita jenaka , cerita mitos dan cerita penglipurlara. Apabila

    bermulanya sastera bertulis, lahirlah kisah-kisah hikayat, sejarah , cerita panji, cerita

    kepahlawanan dan keagamaan . Manakala, karya agung moden lebih berbentuk novel, cerpen,

    sajak dan drama. Novel, contohnya, adalah karya prosa yang panjang, dan dibuktikan ianya

    adalah kenimabungan daripada hikayat di dalam karya klasik. Kedua-duanya mempunyai

    komponen yang agak sama seperti tema, plot, watak, bahasa, sudut pandangan dan latar.

    Apa yang ingin dibincangkan di dalam tugasan ini ialah karya agung Melayu moden,

    iaitu Novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain. Perbincangan adalah

    berkisarkan kekuatan karya ini berdasarkan falsafah, pandangan hidup dan nilai ilmu.

    2.0 FALSAFAH

    Menurut Zaini Abdullah (2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas dan

    andaian mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti ilmu

    dan nilai. Ia juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah dan persoalan, di

    samping merupakan suatu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas-asas

    pemikiran semua aktiviti manusia.

  • 4

    Rumusan daripada pendapat tokoh-tokoh falsafah, dapat disimpulkan bahawa falsafah

    merupakan ilmu pengetahuan, iaitu pemangkin untuk menyelidik asa sebab dan akibat sesuatu

    persoalan , konsep atau ideologi. Falsafah juga adalah suatu pemikiran yang amat mendalam dan

    menyeluruh terhadap sesuatu perkara dalam usaha mencari kebenaran.

    Interlok berasal dari perkataan Inggeris Interlock bermaksud memancarkan atau

    bertaut rapat. Oleh itu, Interlok membawa bersamanya gagasan jalinan ke arah keharmonian

    dalam masyarakat. Pemikiran atau falsafah yang ingin dikongsi bersama oleh SN Datuk

    Abdullah Hussain dalam novelnya ini adalah mengenai integrasi dan transformasi kehidupan

    tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an sehingga Persekutuan Tanah

    Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Karya hebat ini digarap sedemikian

    indah bagi menggambarkan perpaduan dan keharmonian kaum yang seharusnya kita selami dan

    hayati novel ini.

    Kebebasan jiwa penulis tidak terbatas dan pemikiran kreatif terpancar melalui karya

    hingga pembaca histeria. Meskipun karya fiksyen, olahan dan manipulasi bahasa puitis serta

    gramatis realiti kehidupan dalam negara pelbagai kaum menjadi panduan. Apalagi

    membangkitkan isu sensitif seperti agama, falsafah bangsa dan asal usul kaum dengan prejudis

    yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang. Namun, setiap kaum tidak akan

    membabitkan perbezaan jika menyatakaan taat setia melalui perlakuan nasional seperti fasih

    berbahasa kebangsaan ketika berurusan. Falsafah yang dikemukakan di dalam karya ini

    sewajarnya dihayati dan difahami, khususnya saat perpaduan dan keharmonian rakyat dalam

    negara kita dilihat semakin hari semakin lusuh dan longgar.

    Interlok mempunyai intipati yang tersendiri, mempunyai gagasan dan cita-cita yang

    digarap bersama-samanya. Ia bukan suatu tulisan yang ditulis daripada ruang vakum dan

    pemikiran yang terpinggir. Malahan ia telah menanggapi persoalan kewujudan sesebuah negara

    bangsa yang telah melanskap citra masyarakat dalam ruang lingkup sosio budayanya sendiri.

    Karya ini tidak berakhir sebuah cerita berkenaaan watak-watak dari tiga bangsa yang berbeza,

    mengelumangi nasib mereka sendiri dalam sesebuah negara yang berada di ambang

    kemerdekaan. Malahan ia adalah suatu catatan pengalaman dan pilihan peristiwa signifikan

    yang menghampiri kepada realiti atau imej daripada cermin sesuatu generasi yang hidup dalam

    satu zaman.

  • 5

    Ia sebuah karya yang mencari dorongan hubungan murni dalam suatu masyarakat yang

    mempunyai perbezaan masing-masing. Kepentingan yang diletakkan ke tepi, bekerjasama dan

    saling hormat-menghormati cuba diketengahkan dalam karya Interlok. Malahan karya ini telah

    mengupayakan sebuah makna bagi bangsa yang unik ini dengan satu pilihan; penyamaratan

    semua sasaran melalui poetic justice berbanding menggunakan political justice. Dari sini sahaja

    dan pengakhiran keseluruhan cerita novel ini , kita dapat rumuskan bahawa falsafah Interlok

    sebagai sebuah karya yang bukan bersifat propaganda adalah jelas malah menawarkan sesebuah

    harapan yang murni dan erti bagi sesebuah perpaduan.Interlok yang sarat dengan perpaduan tiga

    bangsa itu sememangnya memenuhi aspirasi gagasan 1Malaysia janaan Perdana Menteri, datuk

    seri Najib Razak serta boleh dirumuskan bahawa Abdullah mendahului zaman berhubung

    perkara terbabit.

    Sebagai penjelasan falsafah yang hendak disampaikan oleh penulis secara sosiologinya,

    Interlok ditulis dengan menggambarkan latar belakang masyarakat yang menghuni Malaysia

    selepas kemerdekaan. Beliau telah memaparkan sosiobudaya masyarakat iaitu transformasi

    sosial dan mobiliti sosial kaum Melayu, Cina dan India. Transformasi ini digambarkan melalui

    watak Seman, Cing Huat dan Maniam yang pada asalnya terdiri daripada golongan bawahan

    telah mengubah taraf kehidupan keluarga mereka. Contohnya, watak Seman yang mewarisi

    pekerjaan petani daripada ayahnya Pak Musa telah melakukan transformasi dalam keluarganya

    walaupun dia hanyalah berpendidikan sekolah agama sahaja. Dengan kekuatan dan jati diri serta

    kesedaran tentang hak sebagai orang Melayu, dia telah berusaha dan menggemblengkan tenaga

    dan usaha untuk mngubahkan kehidupan keluarganya. Manakala Cing Huat yang berasal dari

    negara China menjadi saudagar Cina yang berjaya di Malaysia. Maniam yang merupakan

    pekerja estet pada awalnya juga berjaya melalui fasa perubahan dalam hidupnya apabila yang

    bernama Ramakrishan telah mngubah kehidupan keluarganya denag menjadi seorang inspektor

    polis pada tahun 1950, walauoun tahun itu dikatakan sukar mencari pekerjaan.

    Dalam pada itu, dipaparkan juga sumbangan yang besar oleh ketiga-tiga watak dalam

    menentang penjajahan Inggeris dan komunis di Malaya. Intipati Interlok adalah menggambarkan

    satu landasan untuk memupuk semangat baharu kepada negara yang sudah keluar dari kurungan

    penjajahan. Justeru, Interlok dijadikan landasan untuk menyaran pembaca terutamanya dalam

    kalangan remaja mencipta perpaduan kaum yang berza latar belakang sejarahnya.

  • 6

    Novel ini secara indah mempamerkan pemikiran dan falsafah yang hendak disampaikan

    oleh penulis dengan mempamerkan realiti sikap masyarakat ketika itu.Penulis telah membuat

    pencirian kaum melalui pengamatan beliau pada ketika itu. Contohnya, Seman yang

    membuktikan kegigihan bekerja dan menyedari hknya sebagai orang Melayu. Ching Huat pula

    mula mengakui di tanah inilah tempat dia mendapat rezeki bersama kaun lain. Malah, anak

    Ching Huat, Yew seng juga dicorakkan sebagai watak yang memupuk sikap berbaik-baik

    dengan orang Melayu seperti Lazin . manian dan Rama Krishnan pula digambarkan sebagai

    watak yang senang membantu orang lain tanpa mengira kaum. Betapa novel Interlok ini

    merupakan novel yang hebat dan membantu agenda nasional dalam pembentukan perpaduan di

    kalangan masyarakat berbilang kaum di Malayisa.

    3.0 PANDANGAN HIDUP

    Pandangan hidup bermaksud pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan,

    pedoman, arahan. Pendapat atau pertimbangan itu merupakan hasil pemikiran manusia

    berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya. Justeru itu, pandangan

    hidup itu bukanlah timbul seketika atau dalam waktu yang singkat saja, melainkan melalui

    proses waktu yang lama dan terus menerus, sehingga hasil pemikiran itu dapat diuji

    kenyataannya dan dapat diterima oleh akal, sehingga diakui kebenarannya. Atas dasar ini

    manusia menerima hasil pemikiran itu sebagai pegangan, pedoman, arahan, atau petunjuk

    yang disebut pandangan hidup.

    Terdapat 3 klasifikasi pandangan hidup iaitu:

    (A) Pandangan hidup yang berasal dari agama yaitu pandangan hidup yang mutlak

    kebenarannya

    (B) Pandangan hidup yang berupa ideologi yang disesuaikan dengan kebudayaan dan nonna

    yang terdapat pada negara tersebu

    (C) Pandangan hidup hasil renungan yaitu pandangan hidup yang relatif kebenarannya.

    Pandangan hidup pada dasarnya mempunyai unsur-unsur yaitu ;

    Cita-cita

    Kebajikan

    Usaha

    Keyakinan / kepercayaan

  • 7

    Keempat-empat unsur ini merupakan satu rangkaian kesatuan yang tidak terpisahkan .

    cita-cita aialah apa yang diinginkan yang mungkin dapat dicapai dengan usaha atau perjuangan.

    Tujuan yang hendak dicapai ialah kebajikan, yaitu segala hal yang baik yang membuat manusia

    makmur, bahagia, damai, tenteram. Usaha atau perjuangan adalah kerja keras yang dilandasi

    keyakinan/kepercayaan. Keyakinan/kepercayaan diukur dengan kemampuan akal, kemampuan

    jasmani, dan kepercayaan kepada Tuhan.

    Di dalam novel Interlok, pandangan hidup yang cuba disampaikan oleh SN Datuk

    Abdullah Hussain ialah nilai perpaduan antara tiga kaum yang melalui pelbagai cabaran untuk

    mendirikan sebuah negara yang bebas dan bermaruah. Interlok bercirikan pensejarahan dengan

    kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu menerusi tiga watak kaum utama di

    semenanjung iaitu melayu, Cina dan India yang masing-masing digarap dan digambarkan

    mengikut kisah-kisah sejarah yang sebenar. Semangat tolong menolong yang tinggi terutama

    watak Maniam yang selalu menolong orang lain tanpa mengira kaum serta sejarah penderitaan

    dan survivalnya menjadikan watak ini lebih berperikemanusiaan kepada kaum-kaum lain.

    Perhubungan antara Maniam, seman dan Ching Huat dalam rentetan cerita ini menunjukkan

    gagasan perpaduan yang ditonjolkan oleh penulis menunjukkan pembinaan ke arah penyatuan

    bangsa.

    Jika dilihat daripada urutan cerita dalam novel ini, jelas menunjukkan pandangan hidup

    penulis terhadap setiap kaum dan penyatuan kaum-kaum ini pada satu-satu situasi yang penuh

    cabaran pada masa itu. Interlok berlatarbelakangkan sebuah kampung di Tanah Melayu waktu

    pra-kemerdekaan. Ianya di pecahkan kepada empat bab. Bab pertama mengisahkan tentang

    Seman mewakili kaum Melayu, bab kedua tentang Cing Huat yang mewakili kaum Cina , bab

    ketiga tentang Manian yang mewakili kaum India dan bab empat tentang Interlok, dimana

    ketiga-tiga mereka tadi rupanya mempunyai kaitan yang berselirat lantas akhirnya merungkai

    setiap nasib. Di dalamnya muncul kisah melawan Malayan Union, kekejaman jepun, kesetanan

    komunis. Di sinilah wujudnya nilai perpaduan antara ketiga-tiga kaum itu.

    Penulis novel ini menggambarkan masyarakat pada awal abad ke dua puluh sehinggalah

    negara mencapai kemerdekaan. Nasib Seman walaupun penduduk asal Tanah Melayu, namun

    berada dalam mobiliti sosial yang bergerak mendatar (tidak berubah). Dilahirkan sebagai anat

    petani, dihalau dari tempat tinggal, buta huruf dan terus menjadi petani. Cuma nasibnya agak

    baik kerana mengahwini Gayah anak mat Ranggi yang terkenal di Kampung Nyior Condong

    sebagai orang berharta. Justeru itu tidaklah dia mewarisi kemiskinan ayahnya yang menjadi

    orang suruhan seorang tauke Cina bernama Cing Huat.

  • 8

    Hal ini berbeza dengan keluarga Cing huat dan keluarga maniam, Walaupun mereka

    pendatang dari China dan India tetapi nasib mereka amat baik, status sosialnya bergerak dari

    mendatar ke arah menegak. Cing Huat akhirnya menjadi kaya, diangkt sebagai pemimpin bagi

    kaumnya dan dihormati masyarakat kerana kemurahan hatinya menderma wang untuk membina

    sekolah menyebabkan status sosialnya amat dihormati.Perubahan sikapnya daripada membenci

    orang Melayu menjadi rakan yang baik kerana dia memikirkan wang yangbanyakpun tidak

    boleh dibawa pulang ke negara asalnya kerana di sinilah negara tempat dia mencari rezeki dan

    tempat anak-anaknya dilahirkan.

    Begitu juga dengan keluarga Maniam yng datang dari Kerala, India, bekerja sebagai

    buruh, bekerj di estet, difitnah, akhirnya menjadi tandil dan statusnya menanjak naik apabila dia

    berjumpa dengan anaknya Ramakrishan yang ditinggalkan sejak dalam perut ibunya dua puluh

    tahun lalu. Akhirnya anak tersebut memegang jawatan sebagai Inspektor polis yang amat

    dihormati oleh masyarakat.

    Itulah novel Interlok yang mengangkat isu sosial dan perpaduan menerusi watak-watak

    daripada tiga kaum di negara ini yang dibuna dengan jalinan plot yang begitu rapi. Gambaran

    yang dikemukakan oleh penulis adalah gambaran masyarakatTanah Melayu sebelum mencapai

    kemerdekaan, yang dipecah perintah oleh penjajah. Namun, akhirnya ketiga-tiga kaum tersebut

    bersatu demi memperjuangkan kemerdekaan. Penulis amat teliti dalam menyatakan pandangan

    hidup melalui novel ini. Beliau banyak menggunakan pengalamannya sebagai seorang wartawan

    pada tahun 50-an, pergaulannya dan pembacaannya sebagai sumber karya.

    4.0 NILAI ILMU

    Nilai ilmu merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Nilai ini membolehkan

    manusia membezakan antara baik dan buruk, betul ataupun salah. Nilai bukan sahaja menjadi

    dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia.

    Interlok adalah satu karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan

    imaginasi penulis. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan suatu

    bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Tanah Melayu

    sebelum merdeka.

  • 9

    Selepas membaca interlok, jelas meninggalkan kesan mendalam kepada diri seorang

    pembaca yang menghayati dan memahami plot cerita interlok. Dalam Interlok, penerapan nilai-

    nilai murni dan mesej kepada pembaca dapat dikupas dengan mendalam agar semua pembaca

    dapat menilai dan membandingkan dengan kehidupan masa kini.

    Antara nilai-nilai murni yang dapat dikupas adalah mengenang budi, bertanggungjawab

    kepada keluarga, kesetiaan kepada isteri, kasih sayang dalam keluarga, tidak putus asa, cintakan

    tanah air, prihatin dan lain-lain. Semua nilai murni yang diterapkan dalam Interlok memberi

    kesan yang mendalam kepada pembaca supaya menerapkan nilai-nilai ini dalam kehidupan

    mereka pada masa kini.

    Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam novel ini untuk

    mengubah nasib diri memberi pengajaran memberi pengajaran kepada pembaca, bahawa sesiapa

    sahaja, tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama, boleh berjaya dalam kehidupan

    sekiranya mereka gigih berusaha. Novel ini juga sarat dengan niali-nilai perpaduan kaum. Aspek

    kerjasama dan hormat- menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui

    persahabatan Maniam dan Musa.

    Nilai mengenang jasa. Dalam novel ini, Maniam dipaparkan sebagai seorang yang

    sentiasa mengenang jasa sahabatnya, Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun

    Musa telah lama meninggal dunia. Sementara itu, Poh Eng pula menghargai jasa Seman dan

    Mak Limah yang memberikan perlindungan kepadanya.

    Nilai tolong-menolong. Musa telah menunjukkan nilai tolong-menolong di mana dia

    telah menolong Maniam yang dipukul oleh orang yang tidak dikenali ketika dia hendak

    meninggalkan ladang tempatnya bekerja pada suatu pagi. Sebagai membalas jasa Musa, Maniam

    telah menolong anak Musa, Seman, untuk mendapatkan pekerjaan di estet.

    Nilai hormat-menghormati. Sebagai penghormatan kepada Maniam yang telah

    menolongnya mendapatkan pekerjaan, Seman memanggil Maniam dengan panggilan tuan.

    Seman juga amat menghormati ayah dan ibunya dan dia tidak pernah meninggikan suara apabila

    bercakap dengan mereka dan dia juga mematuhi arahan dan melakukan setiap perkara yang

    disuruh oleh ibunya. Cing Huat pula tetap menghormati ayahnya walaupun ayahnya menjadi

    penagih candu. Dia amat memahami kesusahan yang dialami oleh ayahnya sebelum itu.

    Nilai kerajinan. Seman rajin bekerja sejak ayahnya sakit dan dialah yang membelah kayu

    api. Seman juga rajin mengusahakan tanah sawah bapa mertuanay dengan menanam sayur-

    sayuran, kacang dan pelbagai tanaman lain. Cing Huat juga digambarkan sebagai seoramg yang

    cergas dan rajin semasa dia bekerja di kedai runcit di Singapura.

  • 10

    Nilai ketabahan. Maniam tabah menghadapi dugaan hidupnya yang susah dengan

    berhijrah ke Malaya untuk mencari pekerjaan dan seterusnya dia bekerja di beberapa tempat

    sebagai buruh kasar sehinggalah dia mendapat pekerjaan yang tetap sebagai tandil di kebun

    getah.

    Nilai kegigihan.Cing Huat bekerja untuk membesarkan kedai dan perniagaan nya dan dia

    menjual pelbagai barangan dan akhirnya dia menjadi tauke atau peniaga yang berjaya. Dia

    adalah seorang yang mempunyai kesungguhan dan semangat yang tinggi.Walaupun baru berusia

    17 tahun, dia sudah dipertanggungjawabkan menjaga kedai.

    Interlok menunjukkan kekuatan kepada anak-anak muda masa kini terhadap perpaduan.

    Ditunjukkan pada watak Maniam yang berusia 30 tahun, anak Maniam iaitu Ramakrishan, anak

    Cing huat iaitu Yow Seng dan Seman. Semua watak dalam Interlok mencerminkan kesungguhan

    anak-anak muda dalam mencapai perpaduan walaupun masing-masing berbeza latar belakang

    kehidupannya. Justeru, Interlok mengajak rakyat Malaysia yang merdeka mencipta usaha yang

    bersatu padu.

    Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum. Rakyat Malaysia, tanpa mengira

    perbezaan agama dan kaum, berpeluang memajukan diri sekiranya berusaha bersungguh-

    sungguh. Semangat kerjasama antara kaun dan cintakan negara ditonjolkan sepanjang perjalanan

    cerita dalam novel ini. Malah, penulis menggambarkan watak-watak dari ketiga-tiga kaum

    Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut kemerdekaan negara dalam suasana penuh

    pengharapan dan kegembiraan.

    5.0 RUMUSAN

    Walaupun novel Interlok ini telah dihasilkan lebih 40 tahun lalu, isunya masih tetap

    relevan hingga sekarang, bagi menanam kesedaran sejarah tentang kehidupan rakyat negara ini,

    sebagai asas pembinaan negara bangsa. Akhirnya kini, dengan banyak program penyusunan

    masyarakat daripada para pemimpin terdahulu dan sekarang pemikiran sempit yang menguasai

    diri pada waktu dahulu tidak lagi wujud kerana masing-masing kaum di negara ini telah

    mencapai penghidupan sosial yang agak baik dari sebelumnya.

    Sastera melalui penggunaan bahasa dan pemilihan diksi yang digunakan dalam hasil seni

    mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang mampu menarik hati dan minat pembaca. Melalui

    pembacaan dan pemahaman ia dapat mendidik, membimbing dan mengajar manusia menjadi

    insan yang berguna.

    Sesebuah novel mampu membangunkan modal insan yang cemerlang. Tidak hairanlah

    Interlok diangkat sebagai sebuah novel yang membangunkan bangsa Malaysiadi alaf ini tanpa

  • 11

    menitikberatkanisu-isu perkauman. Perpaduan yang ditonjolkan oleh Seman, maniam dan Cing

    Huat menunjukkan ketiga-tiga kaum di Malaysia bersatu padu dan saling tolong-menolong

    antara satu sama lain demi kesejahteraan dan kemakmuran hidup di Malaysia.

    Akhir sekali, karya sastera perlu dilihat pada sisi yang positif yang penuh dengan nilai

    murni di dalamnya. Interlok adalah sebuah novel yang kaya dengan nilai kemanusiaan di

    samping mengangkat status sosial manusia yang digambarkan menerusi watak berbagai kaum

    yang dijalin secara harmoni dan indah. Benarlah seperti ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan

    Sri Muhyiddin Yassin , pada hari penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah

    Sastera MASTERA pada 30 November 2010 menegaskan,

    sastera dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan esprit de

    corp di kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang

    bersatu padu.

  • 12

    6.0 BIBLIOGRAFI

    1. Abdullah Hussain (2010). Interlok (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    2. Fatimah Daud (1992). Pengenalan Teori-teori Sisiologi. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

    Sdn. Bhd.

    3. Abd. Rahman Hanafiah, 1990. Kesusasteraan dalam Pembelajaran Bahasa dan

    Kesusasteraan Sebagai Mata Pelajaran: satu Perbandingan. Kertas Kerja yang

    dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kesusasteraan dalam Pendidikan

    Bahasa Malaysia pada 6 dan 7 Oktober, anjuran Peserta Kursus 14 Minggu,

    IBKL.

    4. Nota Rujukan Komsas - Novel Interlok (SN Abdullah Hussain)

    http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/03/aspek-sastera-interlok.pdf

    5. http://www.slideshare.net/engbeeleng/ciri-ciri-karya-agung

    6. http://khirkassim.blogspot.com/search/label/Komsas%20SPM

    7. http://plm.org.my/wrdp1/?p=693

    8. http://hzurain.blogspot.com/2011/08/perbandingan-novel-papa-dan-interlok.html

    9. http://fuadsyazwan.com/v1/?p=1189

    http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/03/aspek-sastera-interlok.pdfhttp://www.slideshare.net/engbeeleng/ciri-ciri-karya-agunghttp://khirkassim.blogspot.com/search/label/Komsas%20SPMhttp://plm.org.my/wrdp1/?p=693http://hzurain.blogspot.com/2011/08/perbandingan-novel-papa-dan-interlok.htmlhttp://fuadsyazwan.com/v1/?p=1189

  • 13

    TUGASAN B

  • 14

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1. 1.0 PENGENALAN 15

    2. 2.0 AKTIVITI PERMAINAN BAHASA 15 - 16

    3. 2.1 AKTIVITI 1 MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI 16 - 18

    4. 2.2 AKTIVITI 2 PETA MINDA 19 - 21

    5. RUMUSAN 22

    6. BIBLIOGRAFI 23

  • 15

    1.0 PENGENALAN

    Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara

    sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan

    menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai

    oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan

    menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran

    memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.

    Terdapat pelbagai teknik atau aktiviti yang boleh guru-guru bahasa gunakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran karya sastera agar proses itu tidak membosankan murid-murid.

    Teknik yang dicadangkan sebaik-baiknya yang berpusatkan murid untuk menggalakkan mereka

    menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di

    dalam kelas. Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan

    pembelajaran yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini.

    Dua aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menerapkan mana-mana aspek dalam kaarya

    sastera ini ialah Teknik Permainan Bahasa dan Teknik Peta Minda.

    2.0 AKTIVITI PERMAINAN BAHASA

    Pelajar sering menganggap pembelajaran bahasa amat membosankan disebabkan cara

    pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran yang sama. Justeru,kaedah pengajaran yang kreatif

    dan inovatif perlu diselitkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan

    (Nor Hashimah, Jalaluddin & Zaharani, 2010). Menurut Lazanow (1978), tujuan pengajaran

    bukan untuk menghafal tetapi untuk memahami dan mencari penyelesaian bagi mengatasi

    sesuatu masalah. Keseluruhan proses pembelajaran merupakan permainan. Proses ini bersifat

    istimewa, menyeronokkan dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu matlamat yang

    disedari dan tanpa disedari (Lazanow, 2005). Permainan merupakan aktiviti yang

    merangkumkan kemahiran membuat keputusan dan meningkatkan usaha murid untuk mencapai

    objektif dalam kerangka peraturan yang ditetapkan (Gibbs, 1974).

  • 16

    Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara mempelajari bahasa melalui permainan.

    Aktiviti permainan bahasa ini amat menyeronokkan dan mampu menarik minat murid

    mengikuti aktiviti pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis permainan bahasa yang boleh dipilih

    oleh guru yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan tahap pencapaian murid seperti teka

    silangkata, puzzle, kotak beracun dan sebagainya.. Murid-murid perlu mambaca dan

    memahami teks sastera yang disediakan. Permainan bahasa sebagai satu langkah untuk

    memperkukuhkan lagi kefahaman murid-murid. Guru perlu menyediakan soalan-soalan untuk

    aktiviti ini mengikut aras kefahaman murid-murid.

    2.1 AKTIVITI 1 : MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

    Aktiviti permainan dapat dicorakkan untuk mendorong pelajar dalam konteks sosial

    yang berbeza dan dalam keadaan yang sebenar. Justeru, permainan sebagai aktiviti pembelajaran

    merupakan salah satu pendekatan yang dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti

    pelajaran. Hal ini adalah kerana aktiviti permainan menyeronokkan pelajar dan dapat

    dilaksanakan dalam keadaan riadah (Nguyen & Khaut, 2003). Dalam pada itu, kajian yang

    dijalankan oleh Ainol Madziah dan Isarji (2009) mendapati bahawa motivasi pembelajaran

    bahasa dalam kalangan pelajar Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor intrinsik dan

    ekstrinsik. Secara lebih implisitnya, dorongan intrinsik iaitu minat dan sikap berperanan besar

    dalam proses menentukan keberkesanan pembelajaran Bahasa Melayu. Maka, pelajar akan

    bermotivasi tinggi dan proses ini membantu dalam melestarikan usaha pembelajaran mereka

    (Lee, 1995).

    Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi merupakan salah satu permainan yang

    memerlukan murid mencari perkataan yang disembunyikan dalam susunan atau urutan huruf

    yang panjang. Guru akan memberikan edaran yang mengandungi urutan huruf yang panjang.

    Murid dikehendaki mengenal pasti dan mencatatkan perkataan-perkataan yang disembunyikan

    dalam urutan huruf itu pada ruangan yang disediakan. Guru perlulah memastikan perkataan

    yang disembunyikan dalam urutan huruf ini terdiri daripada perkataan yang ingin diperkenalkan

    kepada murid nilai-nilai murni yang terdapat di dalam karya Interlok.Untuk memastikan

    penglibatan semua pelajar (termasuk pelajar tahap bawah), guru juga haruslah memasukkan

    perkataan yang mudah. Aktiviti ini dapat dijalankan dalam bentuk pertandingan.

    Antara nilai-nilai murni yang terdapat di dalam karya Interlok ini ialah tolong-menolong,

    mengenang jasa, kasih sayang, rajin, baik hati, jujur, tabah, gigih, semangat, berani, taat, sabar

    dan sebagainya.

  • 17

    Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat mencari sepuluh nilai murni yang

    tersembunyi berdasarkan novel Interlok yang telah dibaca.

    Bahan: Lembaran kerja Mencari Perkataan Tersembunyi

    Cara bermain: Individu

    Langkah Pengajaran dan pembelajaran:

    1. Guru mengedarkan bahan lembabaran kerja mencari perkataan tersembunyi yang

    terdapat unsur-unsur nilai murni.

    2. Murid cuba mencari nilai-nilai murni yang tersembunyi yang telah dikenalpasti

    setelah membaca novel tersebut dan mengadakan perbincangan dengan guru tentang

    nilai-nilai murni yang terdapat di dalam karya itu.

    3. Murid boleh menggunakan pensel warna untuk menanda perkataan yang ditemui.

    Perkataan itu mungkin dieja secara melintang, menegak, dari kanan ke kiri, dari kiri

    ke kanan, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, atau menyerong.

    4. Guru bertindak sebagai fasilitator.

    5. Murid membaca jawapan. Guru menulis perkataan jawapan murid di papan putih.

    6. Guru memberi penerangan dan ulasan tentang jawapan murid. Murid boleh

    menyemak jawapan dan membuat pembetulan dalam lembaran kerja.

    7. Guru memberi penerangan yang ringkas tentang setiap nilai murni yang terdapat

    dalam permainan ini.

    8. Murid mencatat nota.

    9. Sekiranya permainan ini dijadikan pertandingan, guru boleh mengira markah murid

    berdasarkan bilangan perkataan yang banyak dijumpai. Untuk pertandingan,

    digalakkan guru memperbanyakkan perkataan di dalam permainan ini.

    Permainan bahasa ini merupakan aktiviti yang berkesan dalam pembelajaran bahasa

    terutama kosa kata atau untuk menambahkan perbendaharaan kata murid.. Aktiviti ini dapat

    menarik minat dan penglibatan pelajar yang aktif. Aktiviti seperti ini mendorong pelajar berfikir

    secara kritis di samping membangkitkan keinginan untuk bersaing. Sikap positif akan tertanam

    dalam sanubari pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih. Ganjaran yang diberikan kepada

    pelajar juga merupakan satu bentuk perangsang untuk pelajar terus meningkatkan pencapaian

    mereka dalam penguasaan bahasa.

  • 18

    NAMA :..............................................................................

    KELAS :............................................................................. TARIKH:................................

    Arahan: Cari sepuluh nilai murni yang tersembunyi berdasakan karya novel Interlok.

    S E T I A R T Y I

    K J E P S K E S H

    B A I K A H A T I

    I S A T B A T A S

    Y A N I A D B C A

    N I J A R A D E K

    Z I D U T U T I D

    R B O N A R J L I

    I N A R E B T U A

    T O L O N G M I J

  • 19

    2.2 AKTIVITI 2 : PETA MINDA

    Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk

    atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya

    untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabangkecil ini sebagai

    huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untukmembuat nota pada sesebuah topik

    untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta

    minda iaitu ia membolehkan pelajarmencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu

    dengan mudah di sampingmenggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan

    otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi membuat ulasan

    unsur-unsur dalam sesebuah karya sastera.

    Murid dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.

    Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan

    idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan

    bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna. Peta minda dapat dilukis

    dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai notakasar, sebagai contoh, ketika

    mengadakan aktiviti secara perbincangan atau sumbangsaran. Peta minda juga dikenali sebagai

    Swiss army knife for the brain adalah satu teknik mengambil nota yang telah diguna oleh

    lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada masa yang sama, penggunaan peta minda

    juga amat luas dalam dunia pendidikan dan perniagaan (Buzan, 2002).

    Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu

    membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda

    mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang melibatkan perkataan,

    imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruangdengan berkesan. Selain itu, ia juga

    memberi kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Peta

    minda boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan

    pembelajaran dan pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri.

    Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh

    jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan daripada yang

    sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana mereka ingin menggunakan pemikiran

    dengan lebih berkesan.

    Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, peta minda amat sesuai digunakan

    terutama dalam penulisan karangan atau membuat ulasan novel (komsas). Peta minda yang akan

    dihasilkan kelak akan memudahkan dan memberi pamahaman yang lebih baik kepada murid-

    murid kerana ianya adalah dalam bentuk grafik yang berwarna-warni.

  • 20

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan peta minda

    untuk ulasan watak dan nilai murni yang ditonjolkan oleh watak tersebut.

    Bahan : kertas mahjong, pen marker pelbagai warna

    Cara bermain : Kumpulan 4 orang

    Langkah pengajaran :

    1. Guru menerangkan watak dan perwatakan penting di dalam cerita Interlok.

    2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh

    watak-watak tersebut.

    3. Guru menyenaraikan maklumat tersebut dalam bentuk nota.

    4. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli.

    5. Murid-murid dikehendaki membuat sebuah peta minda berdasarkan maklumat yang

    telah dibincangkan bersama guru sebelum ini. Bentuk peta minda terpulang kepada

    kumpulan.

    6. Guru bertindak sebagai fasilitator.

    7. Setelah selesai menghasilkan peta minda, ketua kumpulan akan tampil

    membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

    8. Guru membuat semakan dan mengulas peta minda yang telah dihasilkan.

    9. Murid-murid akan meghasilkan peta minda secara individu dalam gerak kerja

    bertulis berdasarkan idea hasil kerja kumpulan.

    10. Kumpulan yang menghasilkan peta minda yang tepat isinya serta penghasilan yang

    kreatif dipilih sebagai pemenang. Ganjaran atau aktiviti pertandingan menjadikan

    pemangkin kepada murid-murid dalam sesuati aktiviti permainan bahasa.

    Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar.Pelajar

    dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda.Semua nota kuliah

    dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu,ulang kaji dapat dilakukan

    dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan petaminda. Meneliti kajian-kajian lepas yang

    dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry(2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan

    pelajar yang mengamalkanpenggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan

    memperolehikeputusan yang lebih baik.

  • 21

    CONTOH RANGKA PETA MINDA

    WATAK

    DALAM

    INTERLOK

    NAMA

    WATAK

    NAMA

    WATAK

    NAMA

    WATAK

    NILAI MURNI

    NILAI MURNI

    NILAI MURNI

  • 22

    3.0 RUMUSAN

    Tuntasnya, aktiviti permainan bahasa harus dijalankan secara formal dan sistematik agar

    dapat membantu pelajar menguasai pelajaran. Aktiviti seumpama ini harus menjadi sebahagian

    daripada sukatan pelajaran. Tindakan menjadikan aktiviti seperti ini sebagai selingan bagi

    memenuhi masa yang terluang haruslah dihindarkan. Pelajar juga tidak akan memandang serius

    jika aktiviti ini diadakan untuk memenuhi masa yang terluang. Oleh yang demikian guru-guru

    haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik yang diamalkan

    sebelum ini.

    Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan, guru perlu

    memainkan peranan ini selaras dengan konsep bahasa merentasi kurikulum. Dalam pendidikan

    Bahasa Melayu, teks sastera/karya agung diperkenalkan bagi memartabatkan bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan. Murid berupaya menghayati bahasa indah melalui pembelajaran

    yang menyeronokkan. Murid memperoleh bahasa indah secara didik hibur. Banyak teknik dan

    aktiviti bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua pendekatan

    ini dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif, dan sekaligus memberi suasana pengajaran

    dan pembelajaran yang menyeronokkan.

  • 23

    4.0 BIBLIOGRAFI (TUGASAN 2)

    1. Asmah Haji Omar. (2010). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu (edisi kedua).

    Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2. Raminah Haji Sabran. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur,

    Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    3. Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara

    Kritis & Kreatif. Selangor: Longman

    4. Widad Othman dan Kandar Selamat (2006) Types of Learning in Module

    Teaching Methods in Technical and Vocational Education. Kuala Lumpur: PD

    Offset Sdn. Bhd.

    5. KEPENTINGAN PERMAINAN BAHASA DIDALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    http://www.slideshare.net/nadwah93/kepentingan-permainan-bahasa-didalam-

    pengajaran-dan-pembelajaran

    6. CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA BERASASKAN PERMAINAN

    http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/10/contoh-aktiviti-pengajaran-bahasa.html

    7. Contoh Peta Minda

    http://www.slideshare.net/brightlearning/peta-minda-mind-map

    8. Mind Map

    http://www.buzanworld.comMind_Maps

    http://www.slideshare.net/nadwah93/kepentingan-permainan-bahasa-didalam-pengajaran-dan-pembelajaranhttp://www.slideshare.net/nadwah93/kepentingan-permainan-bahasa-didalam-pengajaran-dan-pembelajaranhttp://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/10/contoh-aktiviti-pengajaran-bahasa.htmlhttp://www.slideshare.net/brightlearning/peta-minda-mind-maphttp://www.buzanworld.commind_maps/

  • 24