24
Jurnal EkonomiMalaysia 28 (1994) 3 - 26 Gerak BalasPenawaran Industri Lada Malaysia Mansor Jusoh Abdul Hamid Jaafar ABSTRACT The Malaysian pepper industry started to decline in 1980 due to falling prices and increasing cost of production. In general, pepper farms in Malaysia are smqll with many backwardfarm holdings. This paper examined three questions.One, is the output of pepper industry responsive to prices. Two, does the supply response of pepper cultivation industry depict abnormal behavior as found in many output of backward farms. Three, does pepper output show greater response toward the prices of alternative crop than its own price? All equations in this paper are spestfied based on structural supply response model which is a modification of models used by Wickens and Greenfield ( 1973 ) ; and a supply response model which consistsof behavioral supply equations with partial adjustment scheme.The data usedare annual time series rangingfrom 1972 to 1989.All equations were estimated using oLS. For equation with lag-dependentand are serially correlated, the equation is reestimqted using the appropriate method. From the estimqted result, it was found that pepper supply response equation are best specified using simple adjustment scheme with nominal prices. The findings suggest that pepper output is not responsiveto its current price but respondpositively to its lag four- year price. The result also indicated that pepper output respond negatively to the price of alternative crop. However, the influence is small. Also, it was found that pepper output is very responsive toward changes in cost of production. Other factors, specifically weather, do not influence pepper output. ABSTRAK Industri lada Malaysia mula mengalami kejatuhan sejak tahun 1980 akibat daripada kejatuhan harga dan peningkatan kos pengeluaran. Pada umumnya, industri lada Malaysia ialah industri kebun kecil yang bercirikan pertanian mundur. Objektif kajian ini ialah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut. Pertama, bagi industri lada

Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia4 Jurnal Ekonomi MalaYsia 28 yang mengalami kejatuhan ini, adqkah keluarannya masih responsif terhadap harga. Kedua, adakah gerak balas

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Jurnal Ekonomi Malaysia 28 (1994) 3 - 26

    Gerak Balas Penawaran Industri LadaMalaysia

    Mansor JusohAbdul Hamid Jaafar

    ABSTRACT

    The Malaysian pepper industry started to decline in 1980 due tofalling prices and increasing cost of production. In general, pepper

    farms in Malaysia are smqll with many backwardfarm holdings. Thispaper examined three questions. One, is the output of pepper industryresponsive to prices. Two, does the supply response of peppercultivation industry depict abnormal behavior as found in manyoutput of backward farms. Three, does pepper output show greaterresponse toward the prices of alternative crop than its own price? Allequations in this paper are spestfied based on structural supplyresponse model which is a modification of models used by Wickensand Greenfield ( 1973 ) ; and a supply response model which consists ofbehavioral supply equations with partial adjustment scheme. The dataused are annual time series rangingfrom 1972 to 1989. All equationswere estimated using oLS. For equation with lag-dependent and areserially correlated, the equation is reestimqted using the appropriatemethod. From the estimqted result, it was found that pepper supplyresponse equation are best specified using simple adjustment schemewith nominal prices. The findings suggest that pepper output is notresponsive to its current price but respond positively to its lag four-year price. The result also indicated that pepper output respondnegatively to the price of alternative crop. However, the influence issmall. Also, it was found that pepper output is very responsive towardchanges in cost of production. Other factors, specifically weather, donot influence pepper output.

    ABSTRAK

    Industri lada Malaysia mula mengalami kejatuhan sejak tahun 1980akibat daripada kejatuhan harga dan peningkatan kos pengeluaran.Pada umumnya, industri lada Malaysia ialah industri kebun kecilyang bercirikan pertanian mundur. Objektif kajian ini ialah untukmenjawab persoalan-persoalan berikut. Pertama, bagi industri lada

  • 4 Jurnal Ekonomi MalaYsia 28

    yang mengalami kejatuhan ini, adqkah keluarannya masih responsifterhadap harga. Kedua, adakah gerak balas penqwaran industri ladabersifot luar biasa sebagaimana kebanyakan keluaran pertanian dikalangan masyarakat pertanian mundur. Ketiga, dalam menghadapipersaingan dengan tanaman alternatif, adakah penawaran lqda lebihresponsif terhadap harga-harga tanaman itu berbanding denganharganya sendiri? Spesffiasi persamaan-persqmaan dalam kajian iniberdasqrkan pendekatan model struktur gerak balas penawaran yang

    merupakan pengubahsuaian kepada model Wickens dqn Greenfield(1973); dan gerak balas penawaran yang mengandungi persamaangelagat gerak balas penqwaran dun skemq pelarasan separa. Datayang digunakan ialah data siri masa tqhunan dari tahun 1972 hingga1989. Kesemua persqmaan regresi dianggarkan dengan kaedah kuasadua terkecil. Bagi persamaqn-persqmaan yang mempunyai pembole'

    hubah bersandar tertangguh dan wujud korelasi bersiri, persamaan

    berkenqan akan dianggar semula dengan menggunakan kaedah yang

    bersesuaian. Daripada keputusan anggaran, spesifikasi persqmaangerak balas penawaran yang lebih baik ialqh yang menggunqkanskema jangkaan terselaras mudah dan harga nominal sebagaipemb olehub ah pener ang. Keputus an ang gar an menunjukkan b ahaw aisitu keluqran lada tidak responsif terhadap harga semasa tetapidipengaruhi secara positif oleh harga tertangguh empat tahun.Keputusan anggaran juga memberi gambaran bahawa keluaran ladadipengaruhi itleh perubahan harga tanaman alternatif secara negatif.Walau bagaimanapun saiznya adalah kecil. Juga, didapati bahawakeluaran lada qmat responsif terhadap perubahan kos pengeluaran.Faktor lain, khususnya keqdqqn cuaca didapati tidak mempengaruhikeluaran lada semasa.

    PENGENALAN

    Industri lada di Malaysia mula mengalami kejatuhan sejak tahun1980. Pengeluaran dan penanaman lada di negara ini yangmencapai kemuncak pada tahun tersebut telah mula mengalamipengurangan. Punca utama kejatuhan industri lada seringdikaitkan dengan kejatuhan hargalada di pasaran antarabangsa,khususnya apabila dibanding dengan harga keluaran alternatifseperti koko, kopi dan getah. Faktor lain yang juga dianggappenting ialah peningkatan kos pengeluaran. Pada umumnya,industri lada di Malaysia ialah industri kebun kecil. Penanaman

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia

    lada rata-rata bergantung juga kepada tanaman atau kegiatanekonomi lain sebagai sumber pendapatan. Sementara itu, sebaha-gian yang agak besar penanam lada, khususnya di Sarawak, ialahpetani yang agak mundur yang menumpukan kepada kegiatan saradiri. Golongan penanam lada ini menanam lada semata-matasebagai satu kegiatan ekonomi untuk mendapatkan wang tunai.Kegiatan utama mereka ialah bidang pertanian peringkat rendahuntuk keperluan makanan. Penanam sebegini agak unik. Keputu-san mereka untuk mengeluarkan lada mungkin tidak begitudipengaruhi oleh pergerakan harga lada di pasaran. Merekamenjual pada kuantiti yang sekadar cukup untuk mendapatkankeperluan wang tunai, dan bukan untuk menambah keuntungan.

    Keadaan industri lada yang sedemikian menjadikan suatukajian terhadap gerak balas penawaran agak menarik. Terutamaapabila kajian tersebut dilihat dalam konteks isu atau persoalanberikut. Pertama, bagi industri yang mengalami kejatuhan, adakahkeluarannya masih responsif terhadap harga, sama seperti bagikebanyakan industri pertanian kekal yang lain yang tidakmengalami keadaan sedemikian? Kedua, adakah gerak balaspenawaran industri lada bersifat luar biasa, iaitu sebagaimanayang kerap ditemui bagi keluaran pertanian di kalangan masya-rakat pertanian mundur (lihat misalnya Mathur dan Ezekiel l96lXKetiga, dalam menghadapi persaingan dengan tanaman alternatifseperti koko dan getah, adalah penawaran lada lebih responsifterhadap harga-harga tanaman itu berbanding dengan harganyasendiri? Isu dan persoalan tersebut pastinya menyentuh aspekdasar dan masa depan industri lada di Malaysia.

    Kertas ini akan dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagianakan menyentuh aspek pembentukan dan spesifikasi model gerakbalas penawaran industri lada di Malaysia. Anggaran fungsi gerakbalas penawaran bagi industri lada di Malaysia dan analisis tentangisu-isu yang berkaitan akan dibincangkan dalam Bahagian III.Bahagian seterusnya menutup perbincangan.

    FUNGSI GERAK BALAS PENAWARAN INDUSTRI LADA

    Kajian gerak balas penawaran bagi tanaman kekal memang telahbanyak diadakan. Kajian-kajian tersebut melibatkan pelbagai jenistanaman dan bagi dipelbagai negara. Antara kajian-kajian tersebut

  • Jurnal Ekonomi Malaysia 28

    ialah oleh Bateman (1965) terhadap koko di Ghana, Arak (1968)terhadap kopi di Brazll, Behrman (1968) terhadap koko dibeberapa negara di Afrika dan Amerika Selatan, Wickens danGreenfield (1973) terhadap kopi; dan Mohammad Hj. Alias (1985)terhadap getah di Malaysia. Kajian gerak balas penawaran lada,bagaimanapun, agak sukar ditemui.

    Pada umumnya, kajian-kajian gerak balas penawaran bolehdibahagikan kepada dua kategori berdasarkan pendekatan yangdigunakan dalam membentuk suatu spesifikasi fungsi gerak balaspenawaran yang berguna untuk penganggaran. Satu pendekatanboleh dinamakan pendekatan struktur. Pendekatan ini melihathubungan gerak balas penawaran sebagai akibat daripadakombinasi keputusan yang dibuat oleh pengeluar pada pelbagaitahap proses pengeluaran. Implikasi pendekatan ini ialah gerakbalas penawaran sebagai satu set hubungan atau persamaan yangberkaitan antara satu sama lain. Persamaan yang sering digunakan(misalnya oleh Wickens dan Greenfreld (1973) dan Mohammad Hj.Alias (1985)) ialah persamaan penuaian, persamaan pelaburan,khususnya yang menentukan keluasan tanaman; dan satupersamaan keluaran potensi yang mengaitkan kesan kelakuanpelaburan terhadap keputusan penuaian.

    Pendekatan kedua menganggap bahawa pada sesuatu masawujud satu fungsi gerak balas penawaran yang menggambarkankuantiti keluaran yang ingin ditawarkan (tetapi tak semestinyadikeluarkan) oleh pengeluar. Tetapi, oleh kerana wujudnyakekangan teknologi dan institusi, maka pengeluar tidak berupayamengubah keluasan untuk menyamai keluaran yang diingini.Dalam pendekatan ini, gelagat pengeluar membuat pengubahanitu tidak diperincikan sebagaimana dalam pendekatan struktur,tetapi diandaikan mengikut satu skema pelarasan tertentu. Dalampraktiknya, skema pelarasan separa, atau juga dikenali sebagaiskema pelarasan stok (Nerlove 1958), sering digunakan.

    Dalam kajian ini kedua-dua pendekatan di atas akandigunakan. Berdasarkan pendekatan pertama, satu spesifikasigerak balas penawaran industri lada akan dibentuk. Spesifikasiini dinamakan spesifikasi Model I. Spesihkasi Model II, yangberasaskan pendekatan kedua mengandungi beberapa persamaanyang dibentuk dengan mengandaikan skema pelarasan separa.

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia 7

    MODEL I: STRUKTUR GERAK BALAS PENAWARAN LADA

    Model struktur gerak balas penawaran ini ialah pengubahsuaiankepada model Wickens dan Greenfield (1973). Model inimengandungi tiga persamaan; dua persamaan gelagat dan satuhubungan teknik, Iaitu:

    l. Persamaan keputusan menuai,2. Persamaan pelaburan atau keputusan menanam, dan,3. Persamaan pengeluaran potensi.

    PERSAMAAN KEPUTUSAN MENUAI

    Persamaan keputusan menuai diandaikan berbentuk linear logseperti berikut:

    log Q, : a't blog 4 + clog Ql (1 )

    Persamaan (l) membawa erti bahawa kuantiti yang dituai padasesuatu masa, Q1, yang juga merupakan kuantiti keluaran,bergantung kepada harga keluaran, P. Apabila P meningkatmaka penuaian akan ditingkatkan; oleh itu, dalam keadaannormal, parameter 6 dijangka positif. Di samping itu, keluarandijangka bergantung kepada keluaran potensi QP; pada QP yanglebih tinggi, pengeluar lebih berupaya menambah keluaran, dansebaliknya. Oleh itu, parameter c dijangka positif.

    PERSAMAAN KELUARAN POTENSI

    Keluaran potensi bergantung kepada keluasan tanaman yang bolehdituai. Kebergantungan itu diandaikan berbentuk:

    k

    lo1 Ql : I on log A1-s-1i:0

    dengan k ialah satu nombor bulat positif dan A ialah keluasantanaman yang ditanami lada pada tahun t - 3 - ,i, ,i:0,..., kterdahulu.

    Lada hanya boleh dituai selepas berumur tiga tahun ditanam.Hasil lada mula meningkat pada tahun berikutnya dan mulamenurun selepas tahun ke dua belas. Kerana itu pada tahun /,keluasan yang boleh dituai ialah keluasan yang ditanami sekurang-kurangnya tiga tahun dahulu (, - 3), tetapi tidak melebihi k tahun.

    (2)

  • Jurnal Ekonomi Malaysia 28

    Nilai parameter oi yang berbeza-beza dalam (2) bertujuanmengambilkira berbezaan hasil yang boleh dikeluarkan oleh ladayang berlainan umur.

    PERSAMAAN PELABURAN

    Pelaburan industri lada terdiri terutamanya daripada penambahankeluasan tanaman dan pembaikan teknologi penanaman lada yangboleh mempertingkatkan daya pengeluaran seperti penggunaanklon lada yang lebih baik dan pembaikan saliran. Dalam kajian ini,pelaburan dalam bentuk pembaikan teknologi penanaman di-anggap tidak berubah. Oleh itu, pelaburan semata-mata berpuncadaripada penambahan keluasan lada.

    Keputusan menanam lada diandaikan bergantung kepadaharga lada dan harga tanaman alternatif yang dijangka. Dalamkes penanaman lada di Sarawak, tanaman alternatif terpentingialah koko. Maka hubungan keputusan penanaman lada ialahseperti berikut:

    log A1: 0o * h log Pi + B2los Pi (3)

    dengan Pf dan f3 iaUnmasing-masing harga lada dan harga kokoyang dijangkakan oleh penanam lada pada masa t.

    Seterusnya penanam lada diandaikan membentuk jangkaanberdasarkan' hipotesis jangkaan terselaras. Dua bentuk khususmodel jangkaan terselaras yang digunakan ialah:

    dan

    Fr,: Pr-t, Pf : Pt-r;

    6los P,' - ------:-logPt-t- - o - '

    1 - ( r - 6 ) L

    6 ^loe H - --------------log4-r- - o - '

    1 - ( r - 6 ) L

    @a)

    (4b)

    dengan Lialah pengoperasi lat dan 6 ialah pekali pelarasan. Dalammodel jangkaan (4a) penanam diandaikan hanya menggunakanmaklumat harga lat satu tahun untuk membuat jangkaan tentangharga masa depan. Sementara dalam model jangkaan (4b)penanam diandaikan mengubah jangkaan dengan menyelaraskan

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia 9

    kesilapan jangkaan yang dibuat terdahulu; kesilapan jangkaandiukur sebagai perbezaan antara logarithma harga jangkaan danlogarithma harga sebenar lat satu tempohl.

    PERSAMAAN TERTURUN GERAK BALAS PENAWARAN

    Persamaan-persamaan (l), (2), (3) dan (4a) atau (4b) bolehdigabungkan untuk membentuk satu persamaan terturun gerakbalas penawaran industri lada. Khususnya jika model jangkaan(4b) digabungkan dengan persamaan (1) hingga (3) makapersamaan tersebut ialah:

    k

    log Qt: ?o * y log P1* 72 log Pt-r I )- to6 log fl-a-1i=0

    apabila

    k

    * I fn bs h-n-ut ls logQr li=0

    k,yo: a6 + Bgiclat

    i:0

    ^ h : b

    l z : b ( 6 - L )

    ? 3 : ( 1 - r )

    w 6 : B 1 c a 6 6 , i : 0 , L , . , , , k .

    A; : fuu.;6, i : 0r1,. . . , (e.

    Langkah terperinci untuk mendapatkan persamaan (5) bolehdilihat dalam Lampiran A.

    Sementara itu jika model jangkaan (4a) digabungkan denganpersamaan (l), (2) dan (3), maka persamaan terturun gerak balaspenawaran ialah seperti berikut:

    (5)

  • t0 Jurnal Ekonomi Malavsia 28

    k

    Iog 8, : a* +blog P1+ Dri log Pr-+-ti:0

    k

    +I{ ros4-n-ni:o

    apabila

    w f , : l 3 f i a t , i : 0 , 1 , . . . , k .

    \ i : ] z c a t , i : 0 , I , . . . , k .

    MODEL II: GERAK BALAS PENAWARAN DENGANPELARASAN SEPARA

    Model II bagi gerak balas penawaran mengandungi persamaangelagat gerak balas penawaran yang diingini dan satu persamaanskema pelarasan. Skema pelarasan diandaikan berbentuk pela-rasan separa. seperti berikut:

    los Qt - log Qt-t :.\[ log Qi - log Qr-r] (7)

    apabila .\ ialah pekali pelarasan dan Qi ialah kuantiti keluaranyang ingin dikeluarkan pada tempoh masa t. Skema pelarasan (7)bermaksud bahawa pengeluar hanya mengubah sebahagiandaripada keluaran untuk menyamai keluaran yang diingini; dimana bahagian tersebut bergantung kepada perbezaan antarakeluaran diingini dan keluaran sebenar satu tempoh terdahulu.Pengeluar tidak menyelaras sepenuhnya kerana wujudnya kekan-gan teknologi atau institusi dan kerana penyelarasan itu sendirimelibatkan kos.

    Dalam kajian ini, dua persamaan gelagat bagi gerak balaspenawaran yang diingini akan digunakan. Pertama, persamaanberbentuk:

    (6)

    k* , ^ S :

    a : a t p g c ) a i

    z:0

    I o S Q J : a + b l o g R (8)

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia 1l

    Berdasarkan persamaan ini, keluaran yang ingin dikeluarkanpada sesuatu masa diandaikan bergantung kepada harga keluaranlada semata-mata.

    Persamaan kedua berbentuk:

    Ios Qi : a*b log 4 + clog A1 (9)

    apabila A1 ialah keluaran tanaman yang boleh dituai. Dalamspesihkasi ini, keluaran diingini bukan sahaja bergantung kepadaharga keluaran tetapijuga terhadap keluasan tanaman yang bolehdituai. Pada sesuatu masa, pengeluar menentukan keluaran yangdiingini berdasarkan keupayaan pengeluaran, tetapi apabilaterdapat perbezaan antara keluaran sebenar dan yang diingini,pengeluar tidak akan menyelaraskan sepenuhnya kerana wujudnyakos pelarasan. Dalam hal ini, kos pelarasan mungkin berapa kosdan kesukaran mengubah sebahagian daripada input-input untukmenambah keluaran.

    Dengan menggabungkan persamaan (8) atau (9) dengan (7),maka terbentuk persamaan gerak balas penawaran yang bolehdiamati. Khususnya gabungan (8) dan (7) menghasilkan:

    Iog Qr: 0o * a1 log 4 * as log Qr-r (10)

    dan gabungan antara (9) dan (7) menghasilkan:

    log Qr : d0 * c1 log Pt * az log A1* o3log Q;1 (11)

    dengan ag : Q), at : b\, ot2: c\, dan a3 : 1 - ,\.

    Persamaan (10) dan (ll) ialah fungsi gerak balas penawaran yangmenghubungkan kuantiti yang sebenarnya ditawarkan pada harga-harga dan keluasan tanaman yang ada. Oleh itu fungsi ini bolehdianggarkan.

    PENGANGGARAN DAN KEPUTUSAN EMPIRIK FUNGSIGERAK BALAS PENAWARAN INDUSTRI LADA

    Persamaan (5), (6), (10) dan (l 1) akan digunakan sebagai asasmenganggarkan fungsi gerak balas penawaran lada. Bagaimana-pun, beberapa pengubahsuaian terhadap persamaan tersebutdibuat sebelum digunakan dalam penganggaran. Bagi persamaan(5) dan (6), nilai k dihadkan kepada tidak melebihi l. Langkah ini

  • t2 Jurnal Ekonomi Malaysia 28

    bertujuan mengurangkan bilangan pembolehubah tak bersandardan dianggap perlu dilakukan kerana bilangan pengamatan yangagak terhad. Dalam setiap persamaan, satu pembolehubah ralatgangguan diperkenalkan; tujuannya ialah untuk mengambilkirasebarang variasi tak sistematik yang berkemungkinan tidakterambilkira dalam setiap spesifikasi tersebut. Seterusnya, persa-maan-persamaan tersebut yang telah diubahsuai ditulis kembaliseperti berikut:

    logQt :c0*o1 log Pt laz logPr - r * lu ,s logPt -4

    +ur1 log Pt-s l.\s log Q-a * ,\1 log P1-5

    *73 log Qt-t * Ut

    log Q, : a+ I log 4 + ue log Pt-+ * w1 log P1-5

    *ls log h-++ \rlog h-a+Ut

    log Qr : as * o1 log P1 * a3 log Qt-r -t U1

    log Q, : ao * ar log Pr + a2log A1l o3log Qt-t * Ut (15)

    Dalam persamaan-persamaan tersebut, Ut ialah ralat gangguan,iaitu pembolehubah yang dijangkakan boleh mengambilkirasebarang pengaruh tak sistematik terhadap tingkat keluaran ataupenawaran. Dalam kajian ini, Ut diandaikan tak bersandar danserupa dan bertaburan normal dengan min sifar dan mempunyaivarian yang finit.

    DATA DAN TAKRIFAN PEMBOLEHUBAH

    Persamaan-persamaan (12), (13), (14) dan (15) akan dijadikan asaspenganggaran gerak balas penawaran lada. Pengubahsuaianterhadap persamaan-persamaan itu akan juga dilakukan untukmengambilkira beberapa pembolehubah lain yang mungkinmempengaruhi keluaran. Aspek-aspek tersebut ialah sepertipeningkatan kos pengeluaran dan pengaruh cuaca. Berikut ialahpenjelasan tentang sumber data dan takrifan bagi pembolehubah-pembolehubah yang akan digunakan dalam penganggaran.

    (r2)

    (13)

    (14)

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia

    SUMBER DATA

    Datayang digunakan dalam kajian ini ialah data siri masa tahunandari tahun 1972 hingga 1989. Data ini diperolehi daripadabeberapa terbitan bersiri berikut:a. Kementerian Perusahaan lJtama, Profil Komodili Utama, 1990.b. Jabatan Perangkaan Malaysia, Siaran Perangkaan Tahunan

    M alay sia, pelbagai terbitan.c. Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Maklumat Kelapa Sawit,

    Kelapa, Koko dan Teh Malaysia, pelbagai terbitan.d. Bank Negara Malaysia, Buletin Suku Tahunan,pelbagai terbitan.e. Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Ringkasan Bulanan

    Pemerhatian Kajicuaca, pelbagai terbitan.

    TAKRIFAN PEMBOLEHUBAH

    Pembolehubah bersandar dalam penganggaran gerak balaspenawaran ialah keluaran lada dalam satu tahun. Pembolehubahpenerang pula boleh dibahagikan kepada kumpulan, iaitu hargalada, harga koko (harga tanaman alternatif utama), keluasantanaman matang, kos pengeluaran dan cuaca. Berikut dihuraikanbagaimana pembolehubah itu diukur.

    Keluaran lada (Q) ialah jumlah semua keluaran lada hitam danlada putih yang dikeluarkan dalam satu tahun, yang dilaporkansecara rasmi. Unit ukuran ialah dalam tan metrik.

    Harga lada (P) ialah purata harga lada hitam dan lada putih.Purata harga ini diperoleh dengan mengambil purata mudah hargapurata tahunan bagi lada hitam dan lada putih yang dilaporkandalam terbitan rasmi. Harga lada jenis lain tidak diambilkirakerana jumlah keluarannya kecil dan pergerakan harganya hampirsama dengan pengerakan harga lada hitam.

    Harga Keluaran alternatif (16) ialah harga purata tahunan biji kokokering. Harga koko digunakan kerana koko merupakan tanamansaingan utama bagi lada di Sarawak.

    Keluasan tanaman lada matang (A) ialahjumlah keluasan dalamhektar, lada yang berumur tiga tahun dan lebih. Walaupun begitu,oleh kerana maklumat tentans keluasan tanaman matans tidak

    13

    F

  • 14 Jurnal Ekonomi Malaysia 28

    diperoleh, maka dalam kajian ini, keluasan tanaman lada termasukyang belum matang akan digunakan sebagai proksi.

    Indeks caaca (ll) akan diukur dengan jumlah hujan tahunan(dalam mm) yang disukat di Lapangan Terbang Kuching. Jumlahkajian digunakan sebagai proksi kepada pengaruh cuaca meman-dangkan keluaran lada bergantung kepada keadaan kemarau.Terlalu sedikit hujan boleh menjejaskan keluaran per hektar lada.

    Kos pengeluaran tidak dapat diukur dengan tepat, dan tiada datatentangnya. Oleh itu, dalam kajian ini indeks harga penggunaSarawak (tahun asas 1980) akan digunakan sebagai proksi.Kenaikan harga pengguna boleh meningkatkan kos buruh dankos-kos berubah lain seperti baja, racun dan sebagainya sehinggakos pengeluaran akan mengalami kenaikan. Dalam kajian inipembolehubah kos pengeluaran akan dimasukkan ke dalam fungsigerak balas penawaran dengan dua cara. Pertama, denganmemasukkan pembolehubah indeks harga pengguna sebagai satupembolehubah penerang dalam persamaan-persamaan yang di-anggarkan. Kedua, dengan menakrifkan harga benar lada sebagainisbah antara harga lada kepada indeks harga pengguna, danmenggantikannya dalam persamaan yang dianggarkan.

    KAEDAH PENGANGGARAN

    Kaedah penganggaran yang digunakan dalam kajian ini ialahkaedah kuasa dua terkecil. Kaedah ini boleh menghasilkananggaran linear tak pincang terbaik bagi parameter-parameterregresi apabila semua pembolehubah penerang tak berkorelasidengan ralat gangguan dan apabila ralat gangguan tidakmenunjukkan korelasi bersiri. Kaedah ini juga boleh menghasil-kan anggaran konsisten bagi peranan apabila pembolehubahpenerang tak berkorelasi dengan ralat gangguan atau apabilapembolehubah penerang berkorelasi dengan ralat gangguan yangtidak menunjukkan korelasi bersiri. Oleh yang demikian, penggu-naan kaedah kuasa dua terkecil ini pada umumnya sesuai untukpenganggaran gangguan, U1, tidak menunjukkan korelasi bersiriyang signifikan.

    Sementara itu bagi persamaan-persamaan, misalnya (12), (14)dan (15), yang mempunyai pembolehubah bersandar tertangguhsebagai pembolehubah penerang, penggunaan kaedah kuasa dua

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia

    terkecil akan menghasilkan penganggaran yang tak konsistenapabila ralat gangguan menunjukkan korelasi bersiri.2 Oleh itukaedah ini tidak lagi sesuai digunakan.

    Dalam kajian ini, pendekatan berikut akan digunakan untukmengatasi masalah di atas. Pertama, kesemua persamaan regresiakan dianggarkan dengan kaedah kuasa dua terkecil. Ujian akandilakukan untuk menentukan kewujudan korelasi bersiri. Untuktujuan tersebut, ujian Durbin-H akan digunakan.3 Kedua,sekiranya ujian itu menunjukkan wujudnya korelasi bersiri, makapersamaan berkenaan akan dianggar semula dengan menggunakankaedah yang bersesuaian.

    ANGGARAN FTINGSI GERAK BALAS PENAWARAN LADA

    Anggaran kaedah kuasa dua terkecil bagi persamaan (12) hingga(15), dalam beberapa bentuk pengubahsuaian, ditunjukkan padaJadual I hingga 5. Dalam jadual-jadual tersebut ditunjukkan juganilai nisbah-t (dalam kurungan), petanda kesignifikanan setiappekali regresi pada 5o/o aras keertian, -R2 terselaras (82) dan nilaistatistik Durbin-H (D-H) apabila tertakrif.

    Dilihat secara keseluruhan, berdasarkan kelima-lima jadualtersebut dapatan-dapatan berikut boleh ditonjolkan. Pertama,spesifrkasi yang menggunakan harga nominal adalah lebih baikdaripada spesifikasi yang menggunakan harga benar. Hal ini dapatdilihat berdasarkan pemerhatian mudah terhadap R2. Dalamkesemua model, R2 dan R2 bagi persamaan yang menggunakanspesikasi harga lada dan harga koko nominal adalah jauh lebihtinggi daripada bagi persamaan yang dispesifikasikan denganharga benar. Kedua, Model I memberikan persamaan gerak balaspenawaran lada yang lebih baik berbanding dengan Model ILModel I dispesikasi berdasarkan andaian bahawa pengeluarmembentuk keputusan penawaran secar berstruktur dan menggu-nakan skema jangkaan terselaras dalam membuat keputusan.Model II pula mengandaikan bahawa keputusan penawaranhanya dibuat pada satu tahap tanpa satu struktur yang khusus;penyelarasan, iaitu berdasarkan skema pelarasan separa, hanyadibuat terhadap keluaran apabila terdapat berbezaan antara yangdiingini dan yang diamati pada satu tempoh terdahulu. Anggaran-anggaran bagi persamaan-persamaan Model I pada Jadual Ihingga 4 memberikan R2 dan R2 yang lebih baik daripadaanggaran persamaan-persamaan Model I pada Jadual 5. Tam-

    15

  • 16 Iurnal Ekonomi Malavsia 28

    bahan pula, pekali pelarasan, iaitu pekali bagi pembolehubahtakbersandar lat, bagi beberapa persamaan Model I didapatibernilai negatif dan tidak bertepatan dengan syarat asas skemapelarasan separa.

    JADUAL l. Anggaran fungsi gerak balas penawaran: Skima jangkaanterselaras dan harga benar (Berdasarkan persamaan (12))

    Pemalar

    Log (PICPI),

    Log (PICPI),-1

    Loe (PICPI)t-t

    Log (PICPI)'-5

    Loe (FICPI),-4

    toglPlcrD;-t

    Log 14,

    LoE Q'-r

    -0.0359(-0.022)-r.2705

    (-3.7r4)*

    0.8095(4.551)'r,

    0.1077(0.355)

    -0.6404(-6.212)*

    0.9358(l 1.078)

    1.6956(0.608)-r.2754

    (-3.025)',.

    0 .81 l7(3.6M)*

    0.1480(0.371)

    -0.6894(-4.342)*

    -0.2384(-0.668)

    0.9315(8.ele)

    0.0157 -13.0960(0.003) (-0.404)

    -0.4536 0.5560(-0.576) (0.160)

    0.6300 0.9624(2.708)", (1.384)-0.0163 -0.2048(-0.032) (-0.22s)

    1.5961 3.0r 14(1.828)'i (0.536)

    -0,2000 0.6012(-0.588) (0.223)

    -0.5089 -0.4017(-1.460) (-0.450)

    r.0672(0.442)

    0.1198 -0.1465(0.355) (-o.0er)

    R2 regresi

    Parameterautoregrasi

    0.9885

    -0.6006(-1.680)

    0.9857

    -0.5533(-1.328)

    0.9934 0.9920

    -0.7706 -0.5820(-r.7lo) (-0.7r6)

    lfota. Nisbah I dalam kurunsan

  • JADUAL 2. Anggaran fungsi gerak balas penawaran: Skemajangkaanterselaras dan harga nominal (Berdasarkan persamaan (12))

    Pemalar

    Log P,

    Log Py1

    Log Ppa

    Log P65

    Log F,a

    Log Ps5

    Log CPI,

    LogW,

    LoEQt-t

    -1 1 .1 1 58(-0.786)

    -1.2424(2.etz1't

    1.0935(2.16/.)*

    0.0588(0.183)

    -0.8178(-3.324)*

    2.r910( r . l 13)

    1.2622(1.982)l '

    -9.1242(-0.e20)-1 .128 I

    (-3.196)*

    0.9913(2.797)*

    0. I 829(0.658)

    -0.8329(-4.701)*

    1.8833(r.383)-0. l 108(-0.551)

    l . l90 l(2.757)*

    34.3022 38.01551(0.707) (0.244)

    2.8837 1.6338(0.545) (0.364)-1.670s -r.2476(-0.501) (-0.286)

    1.8632 r.5656(0.725) (0.333)

    2.4299 1.1804(0.855) (0.128)

    1.3313 0.6244(0.4e8) (0.146)-0.5292 -0.4007(-0.733) (-0.3e8)-11.7429 -8.12$08(-0.6e8) (-0.580)

    -0.3999(-0.052)

    -1.5680 -r.2391(-0.51e) (-0.364)

    R2 regresi

    Parameterautogregrasi

    0.9940

    -0.6952(-1.e34)

    0.9972

    -0.7844(-2.lel)

    0.9931 0.9684

    -0.5757(-0.704)

    t Anggaran pekali berdasarkan OLS. Pelarasan untuk autokorelasi tidak dapatdibuat kerana kekurangan darjah kebebasan..llala: Nisbah t dalam kurunean.

  • JADUAL 3. Anggaran fungsi gerak balas penawaran: Skema jangkaanmudah dan harga benar (Berdasarkan persamaan (13))

    Pemalar

    Los (PICPI),

    I-oe(PICPI),-a

    Log(PICPI),-5

    Log(PICPI)1a

    r-oe(PICPI ),-s

    IngW,

    6.2989(2.435)I

    -0. l 337(-0.506)

    0.8085(2.042)t

    -0.3967(-2.730)*

    7.rg0/.( l .el7)

    -0.0775(-0.238)

    0.8746(r.876)

    -0.3981(-2.598)*

    -0.1637(-0.338)

    0.3136 2.7149(0.086) (0.343)

    0.3586 0.2'.175(0.6e0) (0.4s2)

    0.8032 0.8610(1.e02) (1.868)

    r.07M 1.0596(2.273)+ (2.137)r-0.22t't -0.3116(-0.786) (-0.37e)-0.1996 -0.2733(-1.067) (-1.008)

    -0.3336(-0.37e)

    R2 regresi

    Parameterautoregrasi

    0.5774

    0.4535(r.s27)

    0.5823

    0.4589(1.461)

    0.7841

    0.1307(0.323)

    0.8101

    0.0s74(0.12e)

    ,iVola: Nisbah t dalam kurungan.

    JADUAL 4. Anggaran fungsi gerak balas penawaran: Skema jangkaanmudah dan harga nominal (Berasaskan persamaan (13))

    Pemalar

    Log P,

    Log P4

    Log Py5

    ln9 Prt

    Log F,-5

    Log CPI,

    LogW,

    15.0700(8.695)*-0.2026(-1.e20)

    0.6500(3.695)*

    -0.1892(-2.099)]

    -1.7813(-5.039)*

    15.9385(5.,103)*-0.1776(-1.373)

    0.68,m(3.320)*

    -0.1906(-2.009)*

    -1.8578(4.380)*-0.1204(-0.375)

    t2.9948 18.0080(2.rs4)* (1.312)-0.0128 -0.2593(-0.032) (-0.355)

    0.6435 0.7398(3.133)* (2.307)*

    0.4272 -0.0060(0.516) (0.004)-0.2081 -0.4332(-0.706) G0.68e)-0.0069 0.0359(-0.032) (0.147)-2.4t78 -1.7839

    (-2.4ss)* (0.959)

    0.3394(0.41s)

    DW(E',)

    2.20710.8917

    2.1624

    0.8803

    2.6341

    0.8856

    2.73630.8673

    Nola: Nisbah t dalam kurungan.

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia 19

    Ketiga, berdasarkan perbandingan antara Jadual I dan 2dengan Jadual 3 dan 4, didapati bahawa persamaan Model Iyang menggunakan skema jangkaan mudah adalah lebih baikdaripada persamaan Model I yang menggunakan skema jangkaanterselaras yang lebih rumita. Hal ini boleh dilihat berdasarkan E2yang lebih baik bagi persamaan-persamaan dalam Jadual 3 dan 4dan berdasarkan kesignifikanan pembolehubah-pembolehubahpenerang bagi persamaan dalam jadual tersebut. Dapatan bahawaskema jangkaan terselaras yang mudah lebih relevan kepada gerakbalas penawaran lada di Malaysia tidaklah menghairankan.Kebanyakan pengeluar lada, khususnya di Sarawak, ialah petanikecil dan agak mundur. Mereka kurang terdedah kepadamaklumat-maklumat penting tentang perkembangan industriberkenaan. Kerana itu, harga yang mereka amati pada tahunsebelum sesuatu keputusan penanamaan hanyalah satu-satunyamaklumat yang mereka gunakan dalam membentuk jangkaanterhadap harga-harga di masa akan datang.

    Berdasarkan dapatan-dapatan di atas ternyata bahawa spesifi-kasi gerak balas penawaran yang lebih baik ialah yang menggu-nakan skema jangkaan terselaras mudah dan harga nominalsebagai pembolehubah penerang. Kerana itu, anggaran fungsigerak balas penawaran dalam Jadual 4 akan digunakan sebagaisumber utama dalam analisis selanjutnya.

    PERANAN HARGA SEMASA LADA

    Anggaran pekali regrasi bagi pembolehubah log P1 dalam Jadual 4ialah di sekitar -0.01 hingga -{.26. Namun demikian, kesemuanyatidak signifikan. Keputusan yang tidak signifikan ini juga diperolehbagi persamaan-persamaan yang menggunakan spesifikasi lain(Jadual I hingga 3). Daripada dapatan ini ternyata bahawakeanjalan harga semasa penawaran lada tidak berbeza daripadasifar. Penawaran lada adalah tidak anjal sempurna atau, dalamperkataan lain, keluaran lada tidak responsif terhadap hargasemasa.

    Justeru itu, apa yang berlaku dalam industri lada ialahketiadaan gerak balas pengeluar terhadap perubahan hargasemasa. Harga lada yang meningkat tidak mendorong pengeluarmenambah penggunaan input-input berubah untuk menambahkeluaran, dan sebaliknya. Keadaan sedemikian mungkin berpuncadaripada ciri khusus industri lada yang agak sukar mengubah

  • 20 Jurnal Ekonomi Malavsia 28

    keluaran dalam jangka pendek. Pengeluar lada pada umumnyaterdiri daripada unit pengeluaran yang kecil. Maka, apabilaberlaku kenaikan harga, ruang untuk menambah keluaran bagisetiap unit pengeluaran adalah terhad, sehingga secara agregatkeluaran tidak meningkat walaupun berlaku kenaikan harga.Dengan saiz pengeluaran yang kecil itu juga, unit-unit pengeluar-an sering menggunakan buruh keluarga, tanpa dibantu oleh buruhberupah. Oleh yang demikian, walaupun berlaku kejatuhan harga,kebanyakan unit pengeluaran tidak cenderung untuk mengurang-kan penggunaan buruh. Semua buruh keluarga yang terlibat akanterus digunakan walaupun terpaksa berkongsi upah yang berku-rangan. Tambahan pula, pendapatan daripada lada ialah sumberutama tunai bagi kebanyakan keluarga penanam lada; oleh itu,walaupun pada harga semasa yang kurang memuaskan, merekamasih perlu mengeluarkan sebanyak mungkin keluaran untukmendapatkan wang tunai.

    PERANAN HARGA TERTANGGUH/JANGKAAN

    Walaupun tidak dipengaruhi oleh harga lada semasa, setiapkeluaran lada masih bergerak balas secara positif terhadap harga.Pekali regresi bagi log 4-a signifikan. Pekali tersebut positif dannilainya di sekitar 0.6 atau 0.7. Implikasi daripada dapatan ini ialahharga lada.bertangguh empat tahun mempengaruhi keluaransecara positif dengan peningkatan harga loh akan diikuti denganpeningkatan keluaran di sekitar 0.6 hingga 0.7 peratus.

    Pengaruh perubahan harga tersebut berlaku menerusi jangkaan.Apabila hargalada pada empat tahun terdahulu meningkat makapenanam lada akan menjangkakan bahawa harga lada tersebutakan berterusan. Keadaan ini akan mendorong penanam untukmenambah keluasan tanaman yang kesannya menambahkankeluaran masa lain, iaitu selepas tiga tahun lada ditanam.

    PERANAN HARGA KOKO TERTANGGUH

    Anggaran pekali regrasi bagi harga koko tertangguh, log P1-a, iailudi sekitar -0.19. Anggaran tersebut yang juga merupakan anggaranbagi keanjalan gerak balas penawaran lada terhadap hargakeluaran alternatif adalah signifikan dan mempunyai tandanegatif seperti yang dijangkakan. Dapatan ini, antara lain,memberi gambaran bahawa keluaran lada terpengaruh oleh

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia

    perubahan harga tanaman alternatif utama lada iaitu koko.Pengaruh tersebut berbentuk negatif dan beroperasi menerusikesan jangkaan. Apabila para penanam melihat harga kokomeningkat, sedangkan harga lada tidak berubah, maka jangkaan

    bahawa harga tersebut akan berterusan akan mendorong merekamenanam koko sebagai ganti lada. Oleh itu, kenaikan harga ladaakan mengurangkan tanaman lada semasa dan seterusnya akanmengurangkan keluaran lada empat tahun kemudian.

    Pengaruh negatif perubahan harga tanaman alternatif, khusus-nya koko, terhadap keluaran lada, walaupun wujud tetapi agakkecil saiznya. Kenaikan lo/o harga koko hanya akan mengurang-kan keluaran lada sebanyak lebih kurang 0.19%. Oleh itu, bagiindustri lada di Malaysia, kewujudan tanaman alternatif sepertikoko bukanlah faktor utama mendorong kejatuhan keluaran ladayang berlaku sejak awal tahun l980an.

    PERANAN KOS PENGELUARAN

    Dalam kajian ini, indeks harga pengguna negeri Sarawak, clr,digunakan sebagai proksi kos pengeluaran. Proksi ini kurang tepat,tetapi boleh mengambilkira kenaikan kos pengeluaran yangberpunca daripada kenaikan kos buruh dan sewa tanah,komponen utama kos pengeluaran lada.

    Anggaran bagi pekali regresi pembolehubah log cP\ ialah-1.78, -1.86 dan2.42 bergantung kepada pembolehubah penerangyang digunakan. Berdasarkan anggaran ini, ternyata bahawakeluaran lada amat responsif terhadap perubahan kos pengeluar-an. Peningkatan kos pengeluaran yang kecil sudah memadai untukmendorong penanaman lada mengurangkan keluaran denganbanyak, dan sebaliknya. Penanaman ini antara lain meinberigambaran bahawa industri lada di Malaysia mungkin beroperasipada margin keuntungan yang kecil, di samping mengalamikesukaran untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu, peningka-tan kos pengeluaran yang berterusan mendorong bukan sahajapengurangan dalam keluaran tanaman yang sedia ada tetapi juga

    keluasan tanaman. Faktor kos ini pastinya boleh menjelaskankejatuhan keluaran industri lada secara keseluruhan.

    Faktor lain, khususnya keadaan cuaca didapati tidak mempe-ngaruhi keluaran lada semasa. Anggaran bagi pekali regrasipembolehubah indeks hujan didapati tidak signifikan, bukan

    2I

    i

    L

  • 22

    sahaja berdasarkanspesifikasi-spesifi kasi

    Jurnal Ekonomi Malaysia 28

    spesifikasi dalam Jadual 4 tetapi jrugalain dalam Jadual I hingga 5.

    JADUAL 5. Anggaran fungsi gerak balas penawaran: Skema pelarasansepara (Berasaskan persamaan (14) dan (15))

    Pemalar 15.8992(2.922)*

    Log P,

    Log P,ICP\ -0.3805(_ 1.860)

    Log A,

    Log W -0.1162(-0.361)

    Log CPI,

    LoE Q,-t -0.3243(-0.620)

    22.8337(3.862)*

    -0.479s(-3.453)*

    0.3742(1.08e)

    -r.3457(-3.466)*

    -0.53s6(-1.63e)

    13.0635(1.806)

    -0.2536(-1.040)

    0.5975(0.ee0)

    -0.0741(-0.227)

    -0.6720(- l. l4e)

    14.9968(3.656)*

    -0.1624(-1. r r 8)

    1.5177(3.29r)*

    0.t774(0.560)-1.9030

    (-5.5ee)*

    -0.9940(-3.162)*

    R2 regresi

    Parameterautoregrasi

    0.2928

    0.4535(r.s27)

    0.7938

    0.0836(0.26s)

    0.3683

    0.6765(2.e05)

    0.9146

    -0.1352(-0.40e)

    Nola.'Nisbah t dalam kurungan.

    RUMUSAN DAN KESIMPULAN

    Matlamat utama kajian dalam bahagian ini ialah untuk memeriksapengaruh harga terhadap keluaran lada di Malaysia. Untuk itu,dua model dan beberapa bentuk spesifikasi fungsi gerak balaspenawaran dibentuk dan dianggarkan. Industri lada di Malaysiamempunyai ciri-ciri tersendiri yang agak berbeza dengan industripenanaman getah, kelapa sawit, koko atau beberapa tanamankekal yang lain. Industri lada bukan sahaja sedang mengalamikejatuhan (sejak 1980) tetapi juga rata-rata diusahakan secarakebun kecil oleh petani-petani yang boleh dikatakan mundur. Ciri-

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia

    ciri yang terakhir itu berbeza dengan industri getah, kelapa sawitatau koko yang walaupun diusahakan juga secara kebun keciltetapi sebahagian yang besar diusahakanjuga secara estet. Ciri-ciriyang tersendiri bagi industri lada itu, walau bagaimanapun,didapati tidak menghasilkan fungsi gerak balas penawaran yangjauh berbeza daripada fungsi gerak balas penawaran bagi industritanaman kekal yang lain. Fungsi gerak balas penawaran lada yangdiperoleh didapati masih bersifat'normal' tanpa memperlihatkankelainan yang nyata.

    Berkenaan peranan harga lada, didapati bahawa kesanperubahan harga terhadap keluaran memang wujud. Harga ladamempengaruhi keluaran secara positif tetapi tidak berlaku sertamerta, malah mengambil masa beberapa tahun. Kenaikan ataukejatuhan harga lada tidak mengubah keluaran semasa. Sifat-sifattersendiri pengeluaran lada, khususnya unit pengeluaran yang kecildan terlalu bergantung kepada buruh keluarga menyebabkankeluaran lada tidak dapat diubah dengan serta merta. Tambahanpula, lada merupakan tanaman tunai utama sebahagian petani,keputusan pengeluaran sering dipengaruhi oleh keperluan tunaidan bukannya bermotifkan keuntungan.

    Perubahan harga lada sebaliknya mempengaruhi keluasantanaman, khususnya tanaman lada baru sama ada pada tanahyang belum ditanami atau pada tanah yang dahulunya ditanamidengan tanaman lain. Perubahan harga mempengaruhi jangkaan.Harga semasa yang lebih tinggi mendorong penanam ladameningkatkan harga jangkaan yang mendorong mereka mening-katkan penawaran lada. Kesan tindakan itu ialah peningkatankeluaran lada beberapa tahun kemudiannya.Harga lada yang lebihrendah memberikan kesan yang sebaliknya. Malah, tidak dapatdinafikan bahawa kejatuhan keluaran lada sejak tahun-tahunl980an adalah berpunca sebahagiannya daripada kajatuhan hargalada yang berlaku sejak tahun-tahun akhir 1970-an.

    Harga tanaman alternatif, khususnya koko, juga penting dalammempengaruhi keluaran lada, iaitu menerusi penggantian antarakedua-dua tanaman tersebut. Walauapun begitu, faktor yang lebihpenting mempengaruhi keluaran lada ialah kos pengeluaran.Peningkatan dalam kos pengeluaran lada, khususnya dalambentuk peningkatan kos buruh menyebabkan penanam ladakurang menguntungkan berbanding dengan aktivitiaktiviti eko-nomi yang lain.

  • 24 Jurnal Ekonomi Malavsia 28

    LAMPIRAN A

    Pembentukan Fungsi Gcrak Balas Penawrran Bentuk Tertunrn

    Persamaan-persamaan keputusan menuai, keluaran potensi, pelaburan danskema jangkaan ialah

    Iog Qr : o * b log Pt + cloe Ql (1)

    kloe Ql : D ",

    los At-t-r (2)i=0

    logAr :go+gt log f f+ fu IogPf (s )

    6tog fi: =Tirllz los P,-r (4b)

    bg ry :-=q-- loe 4-,1 - ( r - 0 j ,Gantikan (4b) dalam (3) diperoleh

    R,6 826 , Alog 41 : Bo + ft _ 6)Llos 4-r

    + Lfi: qi IosP'-'

    dan apabila digantikan dalam (2) memberikan

    ros d :f.o^. =t+ bE P,-r-i

    . 8 2 6 , A| 1 - (1 - 6)z

    rc$ r1-4-;

    Seterusnya apabila persamaan ini digantikan dalam (l) dan dilakukanoperasi lat L maka diperoleh persamaan (5).

    Sementara itu, jika persamaan jangkaan terselaras mudah

    Pt" : Pt-r; Pt" :4-t @")

    digantikan dalam (3) dan hasilnya digantikan dalam (2), diperoleh

    k

    loe Ql :D"nl\o * h loe Pt-+r. * gz toe h-a-ii=0

    Persamaan ini, apabila digantikan ke dalam persamaan (l) memberikanpersamaan (6).

  • Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia 25

    NOTA

    lDalam kes ini model jangkaan terselaras berbentuk

    roe 4 : log Pf-t * 6(lo9 4-r - roe 4-)2Pembolehubah bersandar tertangguh akan berkorelasi dengan ralat

    gangguan. Apabila ralat tidak menunjukkan korelasi bersiri, kaedah kuasadua terkecil masih lagi menghasilkan penggaran yang konsisten. Hanyaapabila ralat gangguan mempunyai korelasi bersiri baharulah kaedah initida^k boleh digunakan.

    'Ujian Durbin-Watson hanya sesuai apabila persamaan tidakmengandungi pembolehubah bersandar tertangguh.

    4lni dapat dibuktikan berdasarkan pekali regresi logQt-t dalam Jadual2 yang didapati tidak berbeza daripada sifar. Pekali tersebut ialahanggaran bagi parameter (1-6). Oleh sebab (1-d) sama dengan sifarmaka d : 1. Ini memberi implikasi bahawa pelarasan adalah serta mertaiaitu semata-mata berdasarkan ralat jangkaan satu tahun terdahulu.

    RUJUKAN

    Arak, M. 1968. The Price Response of Sao Paulo Coffee growerc. FoodResearch Institute Studies of The University of Stanford, vol. 8, No.3.

    Bank Negara Malaysia. 1973-1990. Buletin Suku Tahunan.Bateman, M.J. 1965. Aggregate and Regional Supply Functions for

    Ghanian'Cocoa. Journal of Farm Economics, 47: 384-401.Behrnian, J.R. 1968. Monopolistic Cocoa Pricing. American Journal of

    Agricultural Economics 47 : 7 02-7 19.Hamid Jaafar & Mansor Jusoh. 1993. Penentuan Kecekapan Teknik

    Pengeluar Lada Hitam Sarawak. Laporan akhir projek penyelidikanuru no. 62189.

    Jabatan Perangkaan Malaysia. 1973-1990. Siaran Perangkaan TahunanMalaysia.

    Jabatan Perangkaan Malaysia. 1973-1990. Buku Maklumat Kelapa Sawit,Kelapa, Koko dan Teh Malaysia.

    Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia. 197 2-1990. Ringkas an BulananPemer hatian Kaj icuaca.

    Kementerian Perusahaan Utama. 1990. Profil Komoditi Utama.Mathur, P.N. & Ezekiel, H. 1961. Marketed surplus of food and price

    fluctuation in developing economy. Kyklos 14: 611-628.Mohammad Hj. Alias. 1985. Supply Response in the Malaysian Natural

    Rubber Industry. Jurnal Ekonomi Malaysia 12: 5-40.Nerlove, M. 1958. The Dynamics of Supply: Estimation of Farmer's

    Response to Price. Baltimore, Md: Johns Hopkins University Press.

  • 26 Jurnal Ekonomi Malaysia 28

    Wickens, M.R. & Greenfield, J.N. 1973. The Econometrics of AgriculturalSupply: An Apptcation to the World Coffee Market. Review ofEconomics and Statistics LV(4) : 433-N.

    Mansor JusohJabatan Statistik EkonomiFakulti EkonomiUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor D.E.

    Abdul Hamid JaafarJabatan Ekonomi Pertanian dan SumberUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor D.E.