34
FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT BBPS 4103 STRATEGIC MANAGEMENT Name: KARNILA BINTI ZAKARIA Matric Number: 830915715008001 NRIC: 830915715008 Telephone number: 013-2455737 E-mail address: [email protected] Tutor’s name: Online Learning Centre: Bangi SEPTEMBER 2014 semester 1

Contoh -Assignment Strategic Management 2

  • Upload
    madonna

  • View
    2.936

  • Download
    235

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh -Assignment Strategic Management 2

FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT

BBPS 4103

STRATEGIC MANAGEMENT

Name: KARNILA BINTI ZAKARIA

Matric Number: 830915715008001

NRIC: 830915715008

Telephone number: 013-2455737

E-mail address: [email protected]

Tutor’s name: Online

Learning Centre: Bangi

SEPTEMBER 2014 semester

ISI KANDUNGAN

Pengenalan .............................................................................................................3Abstrak kes...............................................................................................................3

1

Page 2: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Cadangan Kenyataan Visi......................................................................................4Cadangan Kenyataan Misi ....................................................................................4

Analisis Luaran ................................................................................................5 Matriks Profil Pesaing............................................................................................5 Matriks Penilaian Faktor-faktor Luaran ...............................................................7

Analisis Dalaman ....................................................................................................9Audit Dalaman (Kekuatan dan Kelemahan) ...............................................................9Matriks Penilaian Faktor-faktor Dalaman (IFE) .....................................................9Analisis Nisbah Kewangan (2010) ..........................................................................10

Strategi-strategi SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) ..................12Matriks SPACE.........................................................................................................14

Matriks Strategi Besar ............................................................................................17QSPM ....................................................................................................................19Cadangan-cadangan..................................................................................................23

1.0 PENGENALAN

1.1 ABSTRAK KES

2

Page 3: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis strategi pengurusan dan mendedahkan

tentang proses pembentukan strategi bagi Estee lauder. Laporan ini akan menerangkan tentang

jenis-jenis analisis yang telah dilakukan dan cadangan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul

dalam Estee Lauder.Terdapat beberapa peringkat dalam menganalisis kekuatan dan kelemahan

terhadap strategi yang dibangunkan oleh Estee Lauder.Antara skop perbincangan dalam laporan

ini termasuklah sinopsis kes, analisis dalaman, analisis luaran, tahap pemadanan matriks, tahap

membuat keputusan dan cadangan strategi.Dalam melakukan analisis dalaman, kumpulan kami

menggunakan analisis kewangan dan Matriks Penilaian Faktor Dalaman (Internal Factors

Evaluation-IFE) manakala Matriks Penilaian Faktor Luaran (External Factors Evaluation-EFE)

digunakan dalam mengkaji analisis luaran. Manakala dalam tahap pemadanan Matriks pula,

Matriks SWOT (Strenght-Weaknesses-Opportunies-Threats) dan Matriks Strategi Utama (GSM)

telah digunakan. Seterusnya dalam tahap membuat keputusan, Matriks Perancangan Strategik

Kuantitatif (Quantitative Strategic Planning Matrix-QSPM) telah digunakan dalam

membandingkan strategi-strategi alternatif yang dicadangkan. Selain itu, dalam laporan ini, turut

diberikan beberapa cadangan untuk pelaksanaan strategi alternatif yang telah dibangunkan. Hasil

daripada dapatan kajian yang diperolehi daripada pelbagai kaedah boleh diaplikasikan oleh Estee

Lauder pada masa akan datang.

Pengasas Estee Lauder ialah Josephine Esther Mentzer dan suaminya Joseph Lauder.Syarikat

kosmetik Estee Lauder ini telah ditubuhkan pada tahun 1946 di Manhattan, New

York.Penubuhan syarikat ini adalah didorong oleh minat beliau dalam bidang usahawan dan

minat dalam bidang kecantikan.Produk yang dikeluarkan oleh syarikat beliau adalah produk

barangan kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan rambut dan wangian.Dengan keyakinan beliau

bahawa perempuan boleh menjadi cantik dengan menjaga kulit muka, beliau fokus utama kepada

penjagaan awal perawatan kulit.Pada tahun 1953, perusahaan memperkenalkan produk wangian

pertama, Youth Dew.Produk ini terus menjadi laris di seluruh dunia. Pada tahun 1964,

perusahaan produk wangian yang lain yang mempunyai aroma prestij dan produk muka untuk

wanita. Setelah beberapa tahun dalam industri, beliau mempunyai sebanyak 25 pesaing produk

kosmetik yang mengeluarkan produk dalam portfolio yang sama seperti jenama Loreal, Clinique,

MAC dan sebagainya.

3

Page 4: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Ms Lauder telah meninggal dunia pada tahun 2004, namun perusahaan beliau tetap diteruskan

oleh ahli keluarganya.Sehingga kini, pucuk pimpinan Estee Lauder dipegang oleh anak beliau

iaitu Leonard dan Ronald serta cucunya, William sebagai Ketua eksekutif.Seluruh perusahaan

dipegang oleh cucu-cucunya.Kini, perusahaan Estee Lauder telah tersebar ke lebih dari 120 buah

Negara di seluruh dunia.Syarikat ini juga mempunyai lebih 70 jenis minyak wangi iaitu pelaris

utama jenama ini.

Pada tahun 2008, Estee Lauder telah mempunyai 500 buah outlet di seluruh dunia dan

mempunyai pekerja seramai 32,000 orang. Pencapaian tertinggi untuk syarikat Estee Lauder

adalah mendapat pingat kebangsaan presiden Amerika Syarikat (United States Presidential

Medal Of Freedom) dan France’s Legion of Honour.

1.2 CADANGAN KENYATAAN VISI

Estee Lauder komited untuk menjadi jenama pengeluar produk penjagaan kulit yang terbaik dan

berkualiti serta sesuai digunakan oleh semua.

1.3 CADANGAN KENYATAAN MISI

Pekerja-pekerja di dalam syarikat Estee Lauder adalah komited untuk bekerja

bersama-sama dengan beretika dan berintegriti tanpa sebarang kompromi.

Menjadi rakyat yang bertanggungjawab dalam komuniti yang berkhidmat

Menawarkan produk-produk kosmetik berinovatif dan berkualiti tinggi serta

mempunyai piawaian keselamatan kepada pengguna

Memberikan perkhidmatan layanan terbaik kepada pengguna

Mengejar keuntungan tetapi tidak mengenepikan kualiti,perkhidmatan dan

reputasi

Menghapuskan pembaziran dan mengurangkan ketidakcekapan supaya dapat

memberikan nilai yang maksimum kepada pelanggan

Meningkatkan reputasi, imej dan prestij

2.0 ANALISIS LUARAN

2.1 MATRIKS PROFIL PERSAINGAN (COMPETITIVE PROFILE MATRIX)

4

Page 5: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Estee Lauder Procter & Gamble

Revlon

Faktor Kejayaan Kritikal

Pemberat Kadar Skor Pemberat

Kadar Skor Pemberat

Kadar Skor Pemberat

Syer Pasaran 0.17 2 0.34 3 0.51 2 0.34

Pengurusan 0.07 4 0.28 4 0.28 2 0.14

Persaingan Harga 0.08 3 0.24 4 0.32 3 0.24

Kedudukan Kewangan 0.07 3 0.21 3 0.21 2 0.14

Kepelbagaian Produk 0.12 4 0.48 3 0.36 2 0.24

Pengembangan Global 0.16 3 0.48 3 0.48 3 0.48

Khidmat Pelanggan 0.08 3 0.24 4 0.32 3 0.24

Rekabentuk Laman Web

0.07 2 0.14 4 0.28 2 0.14

Pengedaran 0.10 3 0.30 3 0.30 3 0.30

Kesetiaan Pelanggan 0.08 4 0.32 4 0.32 3 0.24

Jumlah 1.0 3.03 3.38 2.50

Rajah 1: Matrix Profil Persaingan

Merujuk kepada rajah 1 di atas, pesaing utama bagi produk Estee Lauder adalah Procter

& Gamble (P&G) dan juga Revlon.Namun begitu, dapat dilihat bahawa P&G mempunyai kuasa

pasaran yang lebih tinggi kerana mempunyai jumlah skor pemberat paling tinggi berbanding

Estee Lauder dan Revlon.Antara faktor utama kejayaan dalam industri ini ialah syer pasaran dan

pengembangan global yang mempunyai pemberat paling tinggi.Bagi syarikat Estee Lauder,

5

Page 6: Contoh -Assignment Strategic Management 2

faktor kejayaan yang utama ialah kepelbagaian produk. Estee Lauder fokus dalam

mempelbagaikan produk keluarannya untuk bersaing dengan syarikat - syarikat yang lain.

Manakala, bagi syarikat P&G pula faktor kejayaan yang paling utama adalah dalam syer

pasaran.P&G mempunyai syer pasaran yang tinggi dan mempunyai ramai pelabur serta

pemegang saham.P&G juga telah menguasai pasaran kosmetik dengan mempunyai syer pasaran

yang paling besar.Ramai pemegang saham melabur dalam syarikat P&G kerana mereka

mempunyai jumlah pelaburan yang banyak.Maka,dengan itu mereka dapat menguasai

pasaran.Namun begitu, bagi syarikat Revlon pula faktor kejayaan yang paling tinggi ialah

pengembangan global.Revlon lebih fokus untuk mempromosikan produknya ke seluruh

dunia.Walaupun Revlon pesaing yang lemah, namun apabila mereka dapat mengembangkan

jenama produk mereka, mungkin Revlon bakal menjadi pesaing yang sengit.Elemen-elemen

yang lain mempunyai pengkadaran yang lebih kurang sama sahaja. Secara keseluruhannya, P&G

merupakan ketua pasaran produk kosmetik dengan mempunyai jumlah pemberat sebanyak 3.38

diikuti oleh Estee Lauder sebanyak 3.03 dan Revlon sebanyak 2.50. Namun begitu, ini masih

menunjukkan bahawa syarikat Estee Lauder masih berada dalam pasaran barisan hadapan.

2.2 ANALISIS MATRIK FAKTOR LUARAN (EFEM)

No Faktor Luaran Pemberat Kadar Skor Pemberat

Peluang (O)

1) Nilai matawang USD yang lemah menyebabkan produk ini lebih mampu dimiliki oleh pelanggan dari Kanada dan Eropah

0.06 3 0.18

2) Peningkatan pendapatan boleh guna di seluruh dunia, dianggarkan 70 juta orang mencapai tahap yang mampu membeli kosmetik

0.08 3 0.24

3) Peningkatan bilangan pengguna yang membeli produk secara dalam talian dapat menjimatkan masa dan kos

0.13 4 0.52

4) Peningkatan kesedaran di kalangan golongan lelaki terhadap penampilan diri 0.07 4 0.28

6

Page 7: Contoh -Assignment Strategic Management 2

5) Peningkatan dan pertumbuhan kadar penjualan produk penjagaan kulit 0.05 4 0.20

6) Produk yang diinginkan pelanggan adalah yang bukan berasaskan sumber haiwan dan mesra alam

0.03 3 0.09

7) Pelanggan lebih berminat terhadap produk berasaskan herba yang diperoleh daripada sumber alam semula jadi

0.06 4 0.24

8) Faktor penuaan penduduk membuka ruang pasaran baru 0.04 3 0.12

9) Setiap tahun banyak syarikat baru mengeluarkan produk yang mempunyai keistimewaan tersendiri

0.04 3 0.12

Rajah 2: Faktor luaran (peluang)

Merujuk kepada faktor luaran di atas, antara faktor peluang yang paling utama bagi syarikat

Estee Lauder ialah dari segi peningkatan bilangan pengguna yang membeli produk secara atas

talian untuk menjimatkan kos dan masa pelanggan. Kini, dengan kemajuan teknologi maklumat,

pelanggan lebih mudah untuk membeli barang secara atas talian.Maka, ini merupakan peluang

bagi syarikat Estee Lauder untuk menarik pelanggan dengan membuat promosi jualan secara atas

talian.Syarikat perlulah menyediakan perkhidmatan dalam talian yang mesra pelanggan dan

mudah untuk diakses oleh pelanggan.Pemberat bagi faktor ini ialah 0.13 dengan skor pemberat

sebanyak 0.52. Ini merupakan peluang yang perlu diambil oleh syarikat Estee Lauder.

No Faktor Luaran Pemberat Kadar Skor Pemberat

Ancaman (T)

1) Perubahan corak perbelanjaan pengguna ke atas barangan mewah jika berlakunya krisis ekonomi

0.03 3 0.09

2) Kesedaran terhadap penggunaan aerosol, fluorocarbons,dan bahan kimia yang lain dalam proses pembuatan produk kosmetik

0.03 3 0.09

7

Page 8: Contoh -Assignment Strategic Management 2

3) Persaingan agresif dari pesaing yang mensasarkan segmen pasaran yang sama 0.05 2 0.10

4) Pesaing utama dalam industri kosmetik mempunyai kepelbagaian dari segi jenama dan rangkaian produk yang luas

0.11 1 0.11

5) Harga produk yang dibeli secara dalam talian adalah lebih rendah dan menjejaskan keuntungan pengedar

0.06 1 0.06

6) Trend pengguna yang mengutamakan “natural look” akan mengurangkan kadar penggunaan produk kosmetik

0.03 3 0.09

7) Pelanggan cenderung untuk setia kepada produk yang sama 0.05 3 0.15

8) Perubahan dalam polisi dan undang-undang yang member kesan kepada perniagaan dan produk

0.09 3 0.27

1.0 3.03

Rajah 3: Faktor luaran (ancaman)

Merujuk kepada rajah 3 pula merupakan faktor luaran dari segi ancaman kepada syarikat. Faktor

ancaman yang paling tinggi ialah produk dapat dibeli pada harga yang rendah secara atas talian

dan ini akan menjejaskan keuntungan para pengedar. Ini merupakan keburukan kepada

perniagaan secara dalam talian. Pengedar sedia ada akan mengalami kerugiaan kerana pelanggan

lebih gemar membeli produk secara dalam talian. Syarikat perlu mencari jalan penyelesaian bagi

pihak pengedar untuk mengatasi ancaman ini.Mungkin, pengedar juga boleh melakukan sistem

perkhidmatan secara dalam talian juga bagi pelanggan mereka yang sedia ada. Pemberat bagi

faktor ancaman ini ialah 0.11 .

3.0 ANALISIS DALAMAN

3.1 AUDIT DALAMAN

KEKUATAN8

Page 9: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Ikon harga produk kosmetik terkemuka kelas atasan dengan kualiti, imej jenama, kreatif

dan inovatif sebagai lambang lebih daripada 60 tahun. Nama syarikat mewakili produk

dan nilainya.

Memiliki 28 jenama terkenal dan menguntungkan di seluruh dunia kelas atasan dan

kualiti produk kosmetik ditambah dengan penembusan pasaran yang kukuh lebih 140

negara memberi Syarikat asas yang kuat dan kukuh untuk terus berkembang.Jenama yang

diperuntukkan adalah aset terbesar Syarikat dan juga kenyataan bagi pihak Syarikat.

Terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengambilalihan

Pengurusan dan kepimpinan yang hebat

Kakitangan yang berbakat dalam keusahawan

Jurucakap produk melalui selebriti terkenal model

Perintis dalam produk-produk inovasi baru dengan pemasaran dan teknik pembungkusan

yang kreatif

Paling awal dan terpantas melangkah ke India dan China dan memahami keperluan

Negara tersebut

Estee Lauder bukan sahaja sebuah syarikat kosmetik

KELEMAHAN

Peruncit akan meminta diskaun yang tinggi

Tertumpu kepada imej antarabangsa yang tunggal

Kebanyakkan kuasa dalam syarikat dimiliki oleh ahli keluarga

Struktur organisasi yang tidak dapat dibezakan

3.2 ANALISIS DALAMAN IFE

Faktor Dalaman Pemberat Kadar Skor

Kekuatan (Strength)

Ikon harga produk kosmetik terkemuka kelas atasan dengan kualiti, imej 0.20 4 0.80

9

Page 10: Contoh -Assignment Strategic Management 2

jenama, kreatif dan inovatif sebagai lambang lebih daripada 60 tahun.

Memiliki 28 jenama terkenal dunia serta menembusi pasaran lebih 150 negara

0.15 4 0.60

Terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengambilalihan 0.11 3 0.33

Pengurusan dan kepimpinan yang hebat 0.05 3 0.15

Kakitangan yang berbakat dalam keusahawan 0.05 4 0.20

Jurucakap produk melalui selebriti / model terkenal 0.08 3 0.24

Perintis dalam produk-produk inovasi baru dengan pemasaran dan teknik pembungkusan yang kreatif

0.06 4 0.24

Paling awal dan terpantas melangkah ke India dan China dan memahami keperluan Negara tersebut

0.04 3 0.12

Estee Lauder bukan sahaja sebuah syarikat kosmetik 0.04 4 0.16

Kelemahan (Weakness)

Peruncit akan meminta diskaun yang tinggi 0.05 2 0.10

Tertumpu kepada imej antarabangsa yang tunggal 0.04 2 0.08

Kebanyakkan kuasa dalam syarikat dimiliki oleh ahli keluarga 0.05 3 0.15

Struktur organisasi yang tidak dapat dibezakan 0.08 4 0.32

1.00 3.49

Rajah 4: Matriks IFE

3.3 NISBAH KEWANGAN

NISBAH KECAIRAN TAHUN 2010

NISBAH SEMASA 1.99

NISBAH CEPAT 1.19

NISBAH PENGARUH

NISBAH HUTANG KEPADA JUMLAH ASET 0.36

NISBAH HUTANG KEPADA EKUITI 62.5

NISBAH JANGKA PANJANG KEPADA EKUITI 0.61

10

Page 11: Contoh -Assignment Strategic Management 2

NISBAH AKTIVITI

PEROLEHAN INVENTORI 2.11

PEROLEHAN ASET TETAP 7.60

PEROLEHAN AKAUN BOLEH TERIMA 9.75

PURATA TEMPOH PUNGUTAN 37.44

NISBAH KEBERUNTUNGAN

PULANGAN ASET (%) 9.10

PULANGAN EKUITI (%) 26.66

MARGIN KEUNTUNGAN BERSIH (%) 6.14

NISBAH PERTUMBUHAN

JUALAN (USD IN MILLION) 7,795.8

PENDAPATAN BERSIH (USD IN MILLION) 478.3

PENDAPATAN PER SAHAM (USD) 1.19

DIVIDEN PER SAHAM (USD) 0.28

Rajah 5: Nisbah Kewangan

Berdasarkan rajah 5 di atas dapat disimpulkan bahawa, terdapat perubahan positif pada

tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2009.Ini jelas menunjukkan bahawa

syarikat Estee Lauder ini mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mengalami

perubahan yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

4.0 ANALISIS STRATEGI

4.1 Strength Weaknesses Opportunity Threat (SWOT) Matrix

11

Page 12: Contoh -Assignment Strategic Management 2

SWOT merupakan gabungan daripada Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman.

Gabungan empat elemen ini telah membentuk Matrik SWOT.Analisis SWOT ini boleh

digunakan untuk mengukur kompetensi organisasi dan mengenalpasti peluang yang boleh

diambil oleh organisasi untuk masa hadapan.

Kekuatan (S), Kelemahan (W), Peluang (O) dan Ancaman (A) (SWOT) adalah

merupakan alat pemadanan yang penting untuk membantu pengarah membangunkan empat jenis

strategi iaitu strategi SO (Strength-Opportunities), WO (Weakness-Opportunities), ST (Strength-

Threat) dan WT (Weaknesses-Threat).Pemadanan faktor-faktor dalaman dan luaran merupakan

suatu bahagian yang amat sukar dalam membentuk Matrik SWOT dan memerlukan

pertimbangan yang baik.

Tujuan setiap peringkat dipadankan adalah untuk membentuk alternatif strategi

dan bukan untuk memilih atau menentukan strategi manakah yang paling baik. Tidak

semua strategi yang dijana juga akan diambil untuk diimplementasikan. Hanya strategi

yang sesuai dengan organisasi sahaja yang akan dijana.

FAKTOR LUARAN Kekuatan(S)

S1) Ikon produk kosmetik yang mewah dengan kualiti,jenama,kreativiti dan inovasi selama lebih 60 tahun.

S2) Memiliki 28 jenama kosmetik terkenal di dunia serta menembusi pasaran lebih dari 150 buah negara.

S3) Terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengambilalihan

S4) Pengurusan dan kepimpinan yang hebat.

S5) Pekerja yang berbakat dalam bidang keusahawanan.

S6) Jurucakap produk melalui selebriti terkenal/model.

S7) Perintis dalam produk-produk inovasi baru dengan pemasaran dan teknik pembungkusan yang kreatif.

S8) Paling awal dan terpantas melangkah ke

Kelemahan(W)

W1) Peruncit akan meminta diskaun yang tinggi.

W2) Tertumpu kepada imej antarabangsa yang tunggal.

W3) Belanja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang lemah iaitu hanya anggaran 1% daripada jumlah jualan.

W4) Hampir 40% daripada jumlah jualan adalah daripada pasaran Amerika Syarikat

12

Page 13: Contoh -Assignment Strategic Management 2

India dan China dan memahami keperluan Negara-negara tersebut.

S9) Estee Lauder bukan sahaja sebuah syarikat kosmetik.

Peluang (O)

O1) Nilai matawang USD yang lemah menyebabkan produk ini lebih mampu dimiliki oleh pelanggan dari Kanada dan Eropah.

O2) Peningkatan pendapatan boleh guna diseluruh dunia dianggarkan 70 juta orang mencapai tahap pendapatan yang boleh membeli kosmetik.

O3) Peningkatan bilangan pengguna yang membeli produk secara atas talian untuk menjimatkan kos dan masa.

O4) Peningkatan kesedaran dalam kalangan golongan lelaki terhadap penampilan diri (Hygiene).

O5) Pertumbuhan kadar jualan produk penjagaan kulit meningkat.

O6) Pelanggan iginkan produk yang tidak berasaskan sumber haiwan dan mesra alam.

O7) Pelanggan lebih berminat terhadap produk yang berasakan herba yang diperolehi daripada sumber alam semulajadi.

O8) Faktor penuaan penduduk membuka ruang pasaran baru.

O9) Setiap tahun banyak syarikat baru yang mengeluarkan produk yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Strategi SO

1. Cipta produk baru berasaskan herba(contoh: menggunakan minyak zaitun).(S1,O7,O6)

2. Meningkatkan jualan pasaran internet yang sedia ada dan mendapatkan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan transaksi yang dilakukan.(S1,S7,03)

3. Mengukuhkan lagi dan menakluk pasaran luar Negara yang sedia ada dan mengeksploitasi pasaran baru yang berpotensi. (S2,S4,S8,O1,O2)

Strategi WO

1. Meningkatkan perbelanjaan R & D (W3,O4)

2. Kurangkan perbelanjaan kos jualan dan kos operasi. (contoh: pembelian melalui internet,pengeluaran adalah berdasarkan permintaan).(W4,O2,O3)

Ancaman (T)

T1) Perubahan corak perbelanjaan pengguna ke atas barangan mewah jika berlakunya krisis ekonomi.

T2) Kesedaran terhadap penggunaan aerosol, fluorocarbons dan bahan kimia yang lain dalam proses pembuatan produk kosmetik.

Strategi ST

1. Meneruskan revolusi, penambahbaikan dan mempelbagaikan produk tanpa sebarang kompromi dari segi kualiti, pembungkusan, inovasi dan kreativiti. (S1,S2,T1,T4)

2. Meneruskan dengan mengembangkan perniagaan ke negara-negara luar dan

Strategi WT

1. Kurang kebergantungan ke atas pasaran jualan US dan UK, oleh itu perniagaan akan tidak terlalu bergantung kepada kawasan tertentu. (W9,T1,T8)

2. Meningkatkan pembelian secara talian dan menawarkan

13

Page 14: Contoh -Assignment Strategic Management 2

T3) Persaingan agresif dari pesaing yang mensasarkan segmen pasarn yang sama.

T4) Pesaing utama dalam industri kosmetik mempunyai kepelbagaian dari segi jenama dan rangkaian produk yang luas.

T5) Produk dapat dibeli pada harga yang rendah secra atas talian dan ini akan menjejaskan keuntungan pengedar.

T6) Trend pengguna yang lebih mengutamakan “natural look” yang mana akan mengurangkan kadar penggunaan alat kosmetik.

T7) Pelanggan cenderung untuk menggunakan produk yang sama (product loyalty).

T8) Perubahan dalam undang-undang dan polisi yang memberi kesan kepada perniagaan dan produk.

kawasan-kawasan setempat.(S1,S2,S4,S8,T3)

pakej yang sesuai kepada pemborong dan peruncit pada harga yang lebih rendah. (W1,T5)

Rajah 6 : MATRIKS SWOT

4.2 The Strategic Position and Action Evaluation (SPACE) Matrix

Matrik SPACE merupakan salah satu matrik lain yang penting dalam peringkat

pemadanan. Kerangka kerja empat kuadrannya menunjukkan sama ada strategi agresif,

konservatif, defensif atau kompetitif yang lebih sesuai dengan organisasi tersebut.Paksi di Matrik

SPACE mewakili dua dimensi dalaman (kekuatan kewangan [FP] dan Kelebihan Bersaing [CP])

dan dua dimensi luaran (Kestabilan Persekitaran [SP] dan Kekuatan Industri [IP]).Keempat-empat faktor

ini adalah elemen yang paling mustahak dalam menentukan kedudukan strategik organisasi secara

keseluruhan.

Kekuatan Kewangan (FP) Perkadaran

1) Jualan bersih meningkat sebanyak 6%. 4.0

2) Di Rusia, Clinique dan Estee Lauder memegang 60% dalam syer pasaran “skincare”.

2.0

3) Pendapatan sesaham Estee lauder adalah sebanyak 71 sen. 2.0

14

Page 15: Contoh -Assignment Strategic Management 2

4) “Price Earnings Ratio” Estee Lauder sebanyak 29.50% merupakan yang tertinggi diantara pesaing.

3.0

11.0

Kekuatan Industri

1) Estee Lauder kekal sebagai “top rank” dalam jenama berprestij di China 4.0

2) Peningkatan permintaan terhadap produk penjagaan kulit di semua negara 2.0

3) Kuasa beli wanita dijangka meningkat sebanyak $5trillion 3.0

9.0

Kestabilan Persekitaran

1) Estee Lauder banyak bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat -3.0

2) Estee Lauder merupakan perniagaan kosmetik berprestij yang menawarkan pembelian secara atas talian

-1.0

3) Persaingan yang sengit -4.0

-8.0

Kelebihan Bersaing

1) Peningkatan dalam kos pembungkusan produk -3.0

2) Peningkatan kesedaran ke atas penyakit kanser melalui penganjuran “Annual Breast Cancer Awareness Campaign”

-2.0

-5.0

Rajah 7: Jadual Matriks SPACE bagi Estee Lauder

15

Page 16: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Konservatif

0.7

0.6

0.5

0.4

0.3

0.2

0.1

Agresif

-0.7 -0.6 -0.5 -0.4 -0.3 -0.2 -0.1 0.0

-0.1

-0.2

-0.3

-0.4

-0.5

-0.6

-0.7

Defensif

0.1 0. 2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7

Kompetitif

Rajah 8: Matriks SPACE bagi Estee Lauder

16

IP

Page 17: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Berdasarkan rajah 8 di atas, Estee Lauder berada di dalam kuadran agresif.Oleh itu, Estee

Lauder mempunyai kedudukan daya saing yang kuat di pasaran dengan pertumbuhan yang

pesat. Estee Lauder perlu menggunakan kekuatan dalamannya untuk:

memaksimumkan peluang luaran

meminimakan kelemahan dalaman

mengelakan ancaman luaran

Maka, strategi yang sesuai diimplementasikan oleh Estee Lauder adalah strategi

pembangunan produk seperti mengeluarkan produk yang berasaskan herba yang mana bahan-

bahannya adalah daripada sumber semula jadi dan mesra alam.Selain itu, Estee Lauder juga

boleh melaksanakan strategi integrasi ke hadapan.Strategi ini boleh dilaksanakan dengan

mengeksploitasi strategi baru.

5.0 Grand Strategy Matrix (GSM)

Rajah 4.6 : Grand Strategy Matrix (GSM) bagi Estee Lauder

Rajah 9: Grand Strategy Matrix (GSM) bagi Estee Lauder

17

Page 18: Contoh -Assignment Strategic Management 2

GSM merupakan alat popular untuk membentuk strategi-strategi alternatif.Semua

organisasi boleh ditempatkan di salah sebuah daripada empat kuadran strategi yang

ada.Begitu juga dengan bahagian-bahagian dalam organisasi. GSM dibina berdasarkan dua

dimensi penilaian: kedudukan persaingan dan pertumbuhan pasaran. Strategi yang

bersesuaian untuk dipertimbangkan bagi sesebuah organisasi adalah seperti disenaraikan

secara berturutan mengikut daya tarikannya bagi setiap kuadran untuk matriks tersebut.

Matriks ini terbahagi kepada empat bahagian ataupun lebih dikenali sebagai empat

kuadran.Kuadran I adalah dimana syarikat berada dalam kedudukan yang amat strategik dan

cemerlang.Pihak pengurusan tidak perlu mengubah kelebihan pesaing sediada.Syarikat yang

berada di dalam kuadran ini berupaya untuk mengambil risiko dengan agresif sekiranya

keadaan memerlukannya untuk berbuat begitu.

Syarikat yang berada di kuadran II pula perlu menilai semula pendekatan yang

digunakan dalam pasaran semasa.Industri bahagian ini masih berkembang namun, mereka

tidak dapat bersaing secara berkesan.Mereka perlu menentukan samada pendekatan sekarang

tidak berkesan dan bagaimana syarikat perlu berubah untuk memperbaiki daya

saingnya.Selain itu, mereka juga mengalami pertumbuhan pasaran yang pesat dan perlu

mempertimbangkan strategi intensif pilihan pertama.Integrasi mendatar merupakan strategi

yang terbaik dijalankan sekiranya syarikat kurang berdaya saing.Namun begitu, sekiranya

syarikat tersebut kurang berdaya saing atau mempunyai kelebihan bersaing, maka integrasi

mendatar meruapakan alternatif yang sesuai.Sebagai langkah terakhir, cantasan ataupun

kecairan perlu dipertimbangkan. Cantasan boleh menyediakan dana yang diperlukan untuk

pengambilalihan perniagaan lain atau belian balik saham-saham syarikat.

Pada kuadran III pula, organisasi perlu bersaing dalam industri yang mempunyai

pertumbuhan yang lemah dan kedudukan persaingan yang lemah.Oleh itu, mereka perlu

melakukan beberapa perubahan drastik untuk mengelakkan daripada syarikat dibubarkan.

Antara alternatif yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah pengurangan/penjimatan aset

dan penggunaan kos yang banyak. Strategi alternatif lain adalah untuk mengalih sumber

daripada perniagaan sediada kepada perniagaan lain. Sekiranya langkah-langkah tersebut

gagal, alternatif terakhir bagi perniagaan yang berada di kuadran ini adalah melakukan

cantasan ataupun pencairan.18

Page 19: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Akhir sekali bagi perniagaan yang berada di kuadran IV, mereka mempunyai

kedudukan persaingan yang kukuh tetapi di dalam industri yang mengalami pertumbuhan

yang lembap.Justeru, perniagaan-perniagaan ini mempunyai keupayaan untuk melaksanakan

kepelbagaian di dalam sektor-sektor yang lebih menguntungkan.Antara ciri-ciri yang perlu

bagi firma yang berada di dalam kuadran ini adalah tahap aliran tunai yang tinggi dan

keperluan pertumbuhan dalaman yang rendah.Kebiasaanya, mereka boleh melaksanakan

strategi kepelbagaian berpusat, mendatar dan konglomerat dengan jayanya.

Berdasarkan daripada kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa Estee Lauder

berada pada kuadran I iaitu mempunyai persaingan yang tinggi dan perkembangan pasaran

yang pesat.Ini bermakna bahawa syarikat berada pada kedudukan strategik yang cemerlang.

Oleh hal yang demikian, Estee Lauder boleh melaksanakan strategi pembangunan

produk iaitu dengan mencipta produk baru seperti produk kecantikan dan penjagaan diri

daripada sumber alam semulajadi. Justeru, syarikat perlu menjalankan penyelidikan yang

berterusan keatas produk yang akan mereka keluarkan. Hal ini adalah bagi memastikan

bahawa produk yang akan mereka keluarkan berada dalam keadaan selamat serta bagi

mengelak daripada berlakunya kesan-kesan negatif keatas para pengguna.

Selain itu, strategi integrasi ke hadapan juga perlu dilakukan dengan mengeksploitasi

pasaran pasaran baru dengan menggunakan produk sediada.Di samping itu, syarikat juga

perlu melakukan penambahbaikan terhadap produk sediada bagi menarik pelanggan sediada

dan pelanggan-pelanggan sasaran yang baru.

5.1 The Quantitative Strategic Planning Matrix (QSPM)

Matriks Perancangan Strategik Kuantitatif (QSPM) berada pada peringkat ketiga

dalam kerangka kerja analitikal pembentukan strategi.Objektif teknik ini adalah untuk

mengenalpasti strategi alternatif yang terbaik. QSPM menggunakan input dari analisis

peringkat satu dan hasil padanan analisis peringkat dua bagi menentukan strategi alternatif.

Matriks peringkat satu terdiri daripada Matriks EFE , Matriks IFE dan CPM yang

digabungkan bagi membentuk matriks pada peringkat dua yang terdiri daripada

MatriksSWOT, Matriks SPACE, Matriks BCG, GSM dan Matriks IE yang akhirnya

menyediakan maklumat yang diperlukan untuk membina QSPM (pada peringkat tiga). QSPM

membolehkan para penganalisis strategi menilai strategi alternatif secara objektif, iaitu

19

Page 20: Contoh -Assignment Strategic Management 2

berdasarkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang telah dikenalpasti sebelumnya. Teknik ini

memerlukan pembuatan keputusan intuitif yang baik.

Secara khususnya, lajur QSPM mengandungi maklumat yang diambil secara terus dari

Matriks EFE dan IFE. Terdapat enam langkah bagi membentuk QSPM iaitu:

Langkah Pertama Menyenaraikan semua faktor-faktor peluang, ancaman, kekuatan dan

kelemahan yang telah dikenalpasti dalam Matriks IFE dan EFE. Dalam

langkah ini sekurang-kurangnya sepuluh faktor dalaman dan sepuluh

faktor luaran perlu dimasukkan.

Langkah Kedua Memberikan pemberat kepada setiap faktor tersebut seperti yang telah

diberikan dalam Matriks IFE dan EFE.

Langkah Ketiga Mengenalpasti strategi-strategi alternatif yang dibangunkan dalam

tahap kedua dan dipertimbangkan oleh organisasi untuk dilaksanakan.

Langkah

Keempat

Menentukan Skor Daya Tarikan (Attractiveness Scores-AS). Skor ini

diberikan untuk menunjukkan daya tarikan relatif suatu strategi

alternatif berbanding dengan lainnya dengan mengambilkira faktor-

faktor tertentu. Julat bagi skor daya tarikan adalah 1 sehingga 4.

1 = tidak menarik, 2= kadang kala menarik,

3 = menarik secara munasabah, 4 = sangat menarik.

Langkah Kelima Mengira Jumlah Skor Daya Tarikan (Total Attractiveness Scores-TAS).

Pengiraan ini dibuat dengan mendarabkan pemberat dengan AS bagi

setiap faktor dalaman dan luaran untuk setiap baris. TAS ini

menunjukkan daya tarikan relatif setiap strategi alternatif dengan

mengambilkira kesan faktor dalaman dan luaran. Semakin tinggi TAS,

semakin menarik sesuatu strategi alternatif tersebut.

Langkah Keenam Menambahkan TAS bagi setiap strategi alternatif. Jumlah skor yang

20

Page 21: Contoh -Assignment Strategic Management 2

tertinggi menunjukkan strategi alternatif tersebut lebih menarik dengan

mengambilkira kesemua faktor dalaman dan luaran yang akan memberi

kesan ke atas keputusan pemilihan strategi.

Berdasarkan kepada kes Estee Lauder, terdapat dua strategi alternatif yang sedang

dipertimbangkan telah dikenalpasti iaitu strategi mencipta produk baru dan mengeksploitasi

pasaran baru dengan menggunakan produk sediada. Jadual di bawah menunjukkan jadual

QSPM bagi Estee Lauder.

Faktor-faktor UtamaMencipta Produk

BaruMengeksploitasi

Pasaran Baru

      Pemberat AS TAS AS TAS

Peluang

1) Peningkatan bilangan pengguna yang membeli produk secara atas talian untuk menjimatkan kos dan masa 0.16 2 0.32 4 0.64

2) Peningkatan kesedaran di kalangan golongan lelaki terhadap penampilan (hygiene) 0.10 2 0.20 3 0.30

3) Pertumbuhan kadar penjualan produk penjagaan kulit meningkat 0.10 3 0.30 4 0.40

4) Pelanggan lebih berminat terhadap produk yang berasaskan herba yang diperolehi daripada sumber alam semulajadi 0.16 4 0.64 1 0.16

5) Pelanggan inginkan produk yang tidak berasaskan sumber haiwan dan mesra alam 0.08 3 0.24 1 0.08

Ancaman

1) Perubahan corak perbelanjaan pengguna keatas barangan mewah sekiranya berlaku krisis ekonomi 0.10 - - - -

2) Kesedaran terhadap penggunaan aerosol, fluorocarbons dan bahan kimia yang lain dalam proses pembuatan produk kosmetik 0.06 1 0.06 2 0.12

3) Trend pengguna yang lebih mengutamakan “natural look” yang mana akan mengurangkan kadar penggunan alatan kosmetik 0.12 3 0.36 2 0.24

4) Pelanggan cenderung untuk menggunakan produk yang sama (product loyalty) 0.07 1 0.07 3 0.21

5) Perubahan dalam undang-undang dan polisi yang memberi kesan kepada perniagaan dan produk 0.05 2 0.10 3 0.15

    1.00

Kekuatan

1) Ikon produk kosmetik yang mewah dengan kualiti, jenama, kreativiti 0.20 4 0.80 3 0.60

21

Page 22: Contoh -Assignment Strategic Management 2

dan inovasi selama lebih dari 60 tahun

2) Memiliki 28 jenama kosmetik terkenal dunia serta menembusi pasaran lebih daripada 150 buah negara 0.10 3 0.30 4 0.40

3) Pekerja yang berbakat dalam bidang keusahawanan 0.13 1 0.13 4 0.52

4) Perintis dalam produk-produk inovasi baru dengan pemasaran dan teknik pembungkusan yang kreatif 0.07 2 0.14 3 0.21

5) Merupakan produk yang paling awal melangkah ke India dan China serta memahami keperluan negara tersebut 0.02 2 0.04 3 0.06

6) Estee Lauder bukan sahaja sebuah syarikat kosmetik 0.08 1 0.08 4 0.32

Kelemahan

1) Tertumpu kepada imej antarabangsa yang tunggal 0.07 - - - -

2) Belanja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang lemah, hanya anggaran 1% daripada jumlah jualan 0.08 3 0.24 2 0.16

3) Hampir 40% daripada jumlah jualan adalah daripada pasaran Amerika Syarikat 0.15 2 0.30 3 0.45

4) Peruncit akan meminta diskaun yang tinggi 0.10 - - - -

 Jumlah Keseluruhan  1.00 4.32 5.02

Rajah 10 : Jadual QSPM bagi Estee Lauder

* Nota :

AS : Skor Daya Tarikan (Attractiveness Scores)

TAS : Jumlah Skor Daya Tarikan (Total Attractiveness Scores) (AS x pemberat)

Berdasarkan jadual QSPM di atas, mengeksploitasi pasaran baru dengan

menggunakan produk sedia ada memperolehi Skor Daya Tarikan sebanyak 5.02 manakala

strategi mencipta produk baru yang memperolehi skor sebanyak 4.32. Strategi alternatif

mengeksploitasi pasaran baru merupakan strategi yang paling berkesan dan lebih menarik

harus digunakan oleh Estee Lauder berbanding dengan strategi mencipta produk baru.Ini

dapat dilihat dalam jadual menunjukkan jumlah keseluruhan Skor Daya Tarikan bagi

mengeksploitasi pasaran baruadalah yang paling tinggi.

5.2 Cadangan Strategi

22

Page 23: Contoh -Assignment Strategic Management 2

Strategi yang boleh dicadangkan kepada Estee Lauder adalah strategi integrasi kehadapan

dan strategi pembangunan produk.

5.2.1 Strategi Integrasi Ke hadapan

Strategi integrasi ke hadapan ataupun strategi penembusan pasaran baru merupakan satu

strategi bertujuan untuk meningkatkan syer pasaran bagi sesuatu produk semasa di pasaran

sediada dan pasaran baru melalui usaha-usaha pemasaran yang hebat. Dalam strategi ini,

syarikat boleh syarikat boleh membuat pengiklanan melalui media cetak ataupun media

elektronik dan kempen promosi jualan bagi meningkatkan pendedahan jenama kepada

pelanggan-pelanggan berpotensi dan pelangggan-pelanggan sediada.

Selain itu, teknik pembungkusan produk yang menarik juga syarikat juga merupakan

salah satu kaedah yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk tersebut.

Justeru, Estee Lauder perlu mereka bentuk teknik pembungkusan produk yang berbeza bagi

setiap negara dan disesuaikan dengan trend budaya negara-negara tersebut. Teknik

pembungkusan tersebut juga perlu disesuaikan mengikut musim-musim bagi negara tersebut.

Di samping itu, Estee Lauder juga boleh menggunakan ikon antarabangsa seperti artis

terkenal untuk menjadi agen ataupun duta bagi produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

Seseorang ikon akan dapat mempengaruhi cita rasa dan trend pembelian pelanggan serta

dapat menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk membeli produk syarikat. Oleh yang

demikian, syer pasaran juga dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi daripada

kedudukan sebelum ini.

5.2.2 Strategi Pembangunan Produk

Strategi ini boleh dilaksanakan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke

atas sesuatu produk baru yang akan dikeluarkan. Tujuan produk baru dibangunkan adalah

disebabkan oleh produk sedia ada keluaran Estee Lauder mengguna pakai bahan-bahan kimia

dan juga bahan-bahan daripada binatang. Selain itu, isu halal yang menjadi permintaan

masyarakat antarabangsa dalam pembuatan produk juga menjadi faktor utama kenapa produk

tersebut perlu dibangunkan. Oleh itu, produk baru yang berasaskan sumber-sumber

semulajadi perlu dibangunkan kerana kesedaran masyarakat sekarang yang lebih

mementingkan amalan penggunaan produk yang lebih sihat. Persaingan yang sengit di antara

23

Page 24: Contoh -Assignment Strategic Management 2

pesaing-pesaing terbesar seperti Estee Lauder, P&G dan Revlon juga turut memerlukan

syarikat untuk membangunkan produk baru demi mengekalkan syer pasarannya dan

ketahanan dalam industri.

Bagi strategi ini, Estee Lauder boleh membangunkan produk baru yang lebih sihat

seperti mengeluarkan produk yang berasaskan kepada herba seperti menggunakan lidah

buaya bagi mengeluarkan krim muka, menggunakan herba-herba asli untuk membuat syampu

rambut dan pencuci muka. Selain itu, syarikat juga perlu mengelak daripada mengeluarkan

produk yang berasaskan bahan kimia seperti menggantikan merkuri yang ada di dalam

kandungan lipstik kepada kandungan lain yang lebih sihat dan tidak merbahaya kepada

kesihatan pengguna. Selain itu, Estee Lauder juga mempunyai kelebihan untuk

memperkenalkan produk baru ini kepada masyarakat kerana kebanyakan pelanggan

mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadap produk yang digunakan.

24