Upload
amirfahmi06
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
1/46
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
2/46
Edisi pertama 2002
Edisi kedua 2003 Edisi ketiga 2004
Edisi keempat 2005
Edisi kelima 2006
Edisi keenam 2007
Edisi ketujuh 2008
Edisi kelapan 2009
Edisi kesembilan 2010
Edisi kesepuluh 2011 Edisi kesebelas 2012
Edisi ketigabelas 2013
Edisi keempatbelas 2014
Edisi kelimabelas 2015
Edisi keenambelas 2016
Tarikh Berkuat kuasa : 1 Jun 2016
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
3/46
BAHAGIAN A :
PERKARA 1 :
PERATURAN AM
Pemakaian dan Tafsiran 1
PERKARA 2 : Disiplin Am 3
PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran, Amali, Aktiviti Kokurikulum
4
dan Aktiviti Rasmi Kolej
PERKARA 4 : Kad Matrik 4
PERKARA 5 : Kawalan Keselamatan Kolej 5
PERKARA 6 : Peperiksaan 5
PERKARA 7 : Pakaian dan Penampilan Diri 6
PERKARA 8 : Potongan Rambut,Misai, Janggut dan
8
Bauk (Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil. 2/1976)
PERKARA 9 : Kegiatan Kokurikulum 9
ISI KANDUNGAN Kandungan
Falsafah Pend idikan Kebangsaan
Visi Bahagian Matrikulasi
Misi Bahagian Matrikulasi
Objekt i f Bahagian Matrikulasi
Muka Surat
i
i i
i i
i i i
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
4/46
PERKARA 10 : Penggunaan Bangunan,Kawasan dan Peralatan
9
PERKARA 11 : Penggunaan Kenderaan
Kolej
9
PERKARA 12 : Lalu Lintas Dalam Kolej 10
PERKARA 13 : Lawatan 10
PERKARA 14 : Aktiviti-Aktiviti Kolej 11
PERKARA 15 : Menjemput Penceramah /Pensyarah Luar
12
PERKARA 16 : Menghadiri Ceramah /Syarahan Yang BukanDiadakan Oleh KementerianPendidikan Malaysia
13
PERKARA 17 : Rawatan Perubatan 13
PERKARA 18 : Menyimpan, Mengedar,Menayang danMemperdengarkanPenerbitan Bercetak danBahan Bukan Bercetak
13
PERKARA 19 : Judi Dalam Kolej 14
PERKARA 20 : Makanan dan Minuman Yang Dilarang
14
PERKARA 21 : Bahan-Bahan Lucah 15
PERKARA 22 : Penyalahgunaan Dadah /Racun
15
PERKARA 23 : Larangan Merokok 16
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
5/46
PERKARA 24 : Membuli Atau Mencederakan 16
PERKARA 25 : Bahan Letupan 16
PERKARA 26 : Mencuri / Mengalih /Meminda / Mengubah Objek 17
PERKARA 27 : Tingkah Laku Musnah 17
PERKARA 28 : Tingkah Laku Tidak Sopan 17
PERKARA 29 : Berkahwin 17
PERKARA 30 : Rujukan Perubatan / Hospital 18
PERKARA 31 : Keingkaran 18
BAHAGIAN B : PERATURAN KOLEJKEDIAMAN
PERKARA 1 : Pemakaian dan Tafsiran 19
PERKARA 2 : Tatatertib Am Kolej Kediaman 19
PERKARA 3 : Pengesahan KesempurnaanBilik dan Kemudahan-Kemudahan di Dalamnya
22
PERKARA 4 : Rawatan Perubatan SelepasWaktu Pejabat, Cuti HujungMinggu dan Cuti Am
22
PERKARA 5 : Barangan Kepunyaan Persendirian
22
PERKARA 6 : Masa Memadam Lampu 23
PERKARA 7 : Penggunaan Peralatan
Elektrik
23
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
6/46
PERKARA 8 : Menerima Tetamu 24
PERKARA 9 : Cuti Hujung Minggu / Cuti Lain
25
PERKARA 10 : Aktiviti di Blok Kolej Kediaman
25
BAHAGIAN C : PERATURAN KAFETARIA
PERKARA 1 : Pemakaian, Pindaan dan Tambahan
26
PERKARA 2 : Pakaian Semasa di Kafetaria 26
PERKARA 3 : Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan Aktiviti
26
PERKARA 4 : Urusan Berjual Beli 27
BAHAGIAN D : PERATURAN
PERPUSTAKAAN
PERKARA 1 : Peraturan Am Perpustakaan 28
PERKARA 2 : Pendaftaran 30
PERKARA 3 : Kemudahan Pinjaman 30
PERKARA 4 : Peraturan Pinjaman 31
PERKARA 5 : Kehilangan dan Kerosakan 34
PERKARA 6 : Mencuri Atau MencacatkanBahan-bahan Perpustakaan
34
PERKARA 7 : Kemudahan Internet Perpustakaan
35
BAHAGIAN E : JENIS-JENIS HUKUMAN
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
7/46
i
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
8/46
ii
VISI BAHAGIAN MATRIKULASI
Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke
institusi pengajian tinggi dalam bidang sains,
teknologi dan profesional menjelang 2020.
MISIBAHAGIAN MATRIKULASI
Membangunkan potensi pelajar bumiputera
dalam bidang sains, teknologi dan profesional
melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
9/46
iii
OBJEKTIFBAHAGIAN MATRIKULASI
1. Membangunkan modal insan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi
memenuhi keperluan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang sains, teknologi dan
profesional.
3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang
berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
10/46
1
PERATURAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN APERATURAN AM
PENDAHULUAN
Buku peraturan ini disediakan berdasarkan kepada garis
panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membantu pentadbiran dan
pengurusan pelajar di kolej-kolej matrikulasi. Peraturan yangditetapkan perlu digunapakai oleh semua pelajar Program
Matrikulasi demi kesejahteraan pelajar sendiri dan nama baik
kolej.
PERKARA 1: Pemakaian dan Tafsiran
1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini
ialah semua pelajar yang mengikuti pengajian ProgramMatrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan jika kandungan
ayatnya menghendaki makna yang lain;
(a) “Felo” bermaksud warden iaitu pegawai utama yang
menjaga sesuatu kolej kediaman dan termasuklah
seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untukbertindak bagi pihak pengurusan kolej matrikulasi.
(b) “Kolej Kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan
yang disediakan oleh institusi untuk kediaman pelajar.
(c) “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal
berbentuk bangunan yang ada di dalam kolej-kolej.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
11/46
2
(d) “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang
ada di dalam kolej seperti padang dan gelanggang
permainan serta kawasan dalam dan luar di sekeliling
bangunan.
(e)..“Kolej” bermaksud institusi pendidikan yang
menjalankan Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia.
(f) “Lawatan keluar kolej” bermaksud apa jua bentuk
lawatan anjuran mana-mana jabatan, unit, kumpulan
kokurikulum, kumpulan mentor-menti / Matrix
Support Programme (MSP), kumpulan tutorial,persatuan, kelab dan badan-badan kebajikan.
(g) “Pelajar” bermaksud pelajar Program Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(h) “Pelajar menetap” bermaksud seseorang pelajar yang
tinggal dalam sesuatu kolej kediaman.
(i) “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang
sedia ada dalam bangunan dan di kawasan kolej.
(j) “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada dalam
rombongan yang mewakili sesuatu institusi kerajaan,
institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan,
persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan
serta kumpulan yang sah pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan Negara.
(k) “Tetamu” bermaksud, keluarga dan saudara mara
terdekat yang datang mengunjungi pelajar di kolej.
1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini
akan diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah
dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini. (Akta 174: Kaedah 3b)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
12/46
3
PERKARA 2: Disiplin Am
2.1 Pelajar dikehendaki berkelakuan baik semasa berada
di dalam dan di luar kolej demi menjaga nama baik diri,
kolej, Bahagian Matrikulasi dan Kementerian PendidikanMalaysia.
(Akta 174: Kaedah 3a)
2.2 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan
memiliki wang tunai melebihi RM100.00 dan barang kemas
bernilai tidak melebihi RM300.00 pada satu-satu masa.
2.3 Pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan,perniagaan atau perdagangan sama ada sepenuh atau
separa masa pada sepanjang pengajian di kolej matrikulasi.
(Akta 174: Kaedah 14)
2.4 Pelajar yang meninggalkan pengajiannya dengan sebab-
sebab di bawah Fasal 7 Perjanjian Pengambilan dan
Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia akan dikenakan tindakan sebagaimanayang dinyatakan dalam fasal tersebut.
2.5 Jika seseorang pelajar telah disabitkan kesalahan bagi
sesuatu kesalahan jenayah di mana-mana mahkamah
pelajar itu akan diberhentikan serta-merta daripada menjadi
pelajar Program Matrikulasi.
(Akta 174: Seksyen 14.2)
2.6 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan
memiliki atau membawa gajet elektronik yang berharga
dan pihak kolej tidak bertanggungjawab terhadap
kehilangan barangan tersebut. Setiap pelajar
bertanggungjawab mendaftar peralatan tersebut di
kolej kediaman. Pelajar bertanggungjawab ke atas
pemilikan barangan tersebut.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
13/46
4
PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran, Amali, Aktiviti
Kokurikulum dan Aktiviti Rasmi Kolej
3.1 Pelajar wajib menghadiri kuliah, tutoran, amali, kokurikulum
dan semua aktiviti rasmi kolej.
3.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika
menghadiri kuliah, tutoran, amali, kokurikulum dan semua
aktiviti rasmi kolej.
3.3 Kelewatan lebih daripada sepuluh (10) minit dari
bermulanya waktu kuliah, tutoran, amali, kokurikulum,
pelajar akan dikira tidak hadir bagi kuliah, tutoran, amali, kokurikulum berkenaan.
3.4 Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil
cuti sakit yang sah atau mendapat kebenaran khas atau
cuti khas bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai
lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej dibenarkan
meninggalkan kuliah, tutoran, amali, kokurikulum dan
aktiviti rasmi kolej.
3.5 Sekiranya pelajar tidak hadir, adalah menjadi tanggungjawab
pelajar untuk memaklumkan seberapa segera kepada
pegawai yang berkaitan.
(Akta 174: Kaedah 4)
PERKARA 4: Kad Matrik
4.1 Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa
dan mempamerkan kad matrik yang dikeluarkan oleh pihak
kolej semasa berada di dalam kolej.
4.2 Kad matrik tidak dibenarkan untuk dipindah milik.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
14/46
5
4.3 Kad matrik yang hilang / rosak mesti dilaporkan kepada
pegawai yang berkaitan untuk diganti dengan kos
ditanggung oleh pelajar. (Akta 174: Kaedah 25)
PERKARA 5: Kawalan Keselamatan Kolej
5.1 Pengawal Keselamatan Kolej adalah pegawai yang
bertanggungjawab menyelia dan melaporkan keselamatan
keseluruhan kolej.
5.2 Seseorang pelajar, pihak luar dan tetamu dikehendaki
menunjukkan dokumen pengenalan diri seperti kadpengenalan, kad matrik, kad pelawat atau lesen memandu
apabila diminta oleh Pengawal Keselamatan, Felo Kanan,
Felo atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah
Kolej.
5.3 Seseorang pelajar yang keluar atau masuk lewat dari jam
7.00 malam perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah
atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh PengarahKolej.
5.4 Semua pelajar dikehendaki mendaftar keluar masuk kolej
di balai pengawal pada masa-masa yang dibenarkan oleh
kolej.
(Akta 174: Kaedah 3b)
PERKARA 6: Peperiksaan
6.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaanluar kecuali Malaysian University English Test (MUET)
dalam tempoh masa mereka menjalani pengajian di Kolej
Matrikulasi.
(Fasal 4e: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar ProgramMatrikulasi)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
15/46
6
6.2 Pelajar yang didapati bersalah melakukan penipuan dalam
mana-mana peperiksaan akan dikenakan tindakan
tatatertib dan boleh diberi markah 0 bagi kertas
peperiksaan berkenaan atau diberi gred F bagi mata
pelajaran berkenaan. Rayuan berhubung perkara ini tidakakan dipertimbangkan.
(Akta 174: Kaedah 3j dan 7A)
PERKARA 7: Pakaian dan Penampilan Diri
7.1 Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali dan
aktiviti rasmi kolej.
7.1.1 Pelajar Lelaki;
(a) Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.
(b) Dikehendaki memakai kemeja berlengan
panjang, bertali leher dan berseluar panjang
(slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm
lebarnya (kepala tali pinggang yang besar danberlambang tidak dibenarkan);
(c) Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC; dan
(d) Dilarang:
i. berseluar pendek.
ii. berseluar jeans.
iii. berkemeja ‘Hawaii’.
iv. berbaju ‘T’.
v. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/
sandal.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
16/46
7
7.1.2 Pelajar Perempuan;
(a) Dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan
tidak mengikut susuk tubuh;
(b) Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC; dan
(c) Dilarang:
i. berbaju ‘T’.
ii. berseluar jeans, berskirt pendek dan
berseluar pendek.
iii. memakai sebarang jenis baju tanpa lengan.
iv. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar /sandal.
vi. memakai sebarang jenis pakaian yang tidak
menampakkan bahagian muka.
7.2 Pelajar wajib memakai kot makmal, kasut bertutup dan
pelindung mata (sekiranya perlu) ketika berada di dalam
makmal sains.
7.3 Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum;
(a) Bagi unit beruniform, pelajar dikehendaki memakai
pakaian seragam yang ditetapkan; dan
(b) Bagi sukan dan permainan atau kelab dan persatuan
pelajar dikehendaki memakai seluar trek dan baju ‘T’
kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej.
7.4 Pakaian semasa lawatan keluar kolej
Semasa mengikuti lawatan rasmi ke luar, atas nama mana-
mana pihak di kolej, pelajar hendaklah berpakaian sesuai
dan tertakluk kepada Peraturan 7.1.1 dan 7.1.2 serta
mempamerkan kad matrik.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
17/46
8
7.5 Pakaian semasa keluar kolej (outing).
Pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak
mengikut susuk tubuh.
7.6 Sebarang penambahan, pengecualian dan pelepasanterhadap peraturan ini adalah berdasarkan surat pekelilingkolej berkaitan dengannya.
(Akta 174: Kaedah 6)
PERKARA 8: Potongan Rambut, Misai, Janggut dan Bauk
(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Bil. 2/1976)
8.1 Semua pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah
berambut panjang ialah seperti berikut;
(a) di belakang - rambut panjang jatuh melebihi garisan di
bawah cuping dua telinga;
(b) di hadapan - rambut panjang menutupi garisan tengahdahi;
(c) di sisi - rambut menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan bauk melebihi paras
tengah hidung; dan
(d) di atas - rambut tidak melebihi daripada 6 inci panjang.
8.2 Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah
sentiasa mengurusnya dengan kemas.
8.3 Pelajar perempuan yang berambut panjang dinasihatkan
mengikat atau mendandankannya supaya kelihatan kemas.
8.4 Mewarnakan rambut dilarang sama sekali.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
18/46
9
PERKARA 9: Kegiatan Kokurikulum
9.1 Semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum.
(Akta 174: Kaedah 4)
9.2 Pelajar boleh memilih jenis kegiatan kokurikulum yangmereka minati. Walau bagaimanapun, Unit KokurikulumKolej berhak membuat ketentuan terhadap pengagihannya.
PERKARA 10: Penggunaan Bangunan, Kawasan dan
Peralatan
10.1 Penggunaan bangunan, kawasan dan peralatan kolejselepas waktu pejabat, pada cuti hujung minggu dan pada
hari-hari cuti hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh Pengarah Kolej.
10.2 Setelah menggunakannya hendaklah diaturkan kembali
segala perabot dan peralatan seperti keadaan asalnya.
(Akta 174: Kaedah 31)
PERKARA 11: Penggunaan Kenderaan Kolej
11.1 Penggunaan kenderaan kolej oleh mana-mana pihak
hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengarah Kolej
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
11.2 Permohonan hendaklah dengan menggunakan borangtempahan kenderaan yang boleh diperolehi di pejabat
pentadbiran dan dimajukan kepada Pengarah Kolej atau
pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej
tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh
penggunaannya.
11.3 Pihak pentadbiran kolej berhak pada bila-bila masa
membatalkan sebarang tempahan terhadap penggunaankenderaan kolej sekiranya terdapat keperluan lebih penting
oleh pihak kolej.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
19/46
10
PERKARA 12: Lalu Lintas Dalam Kolej
12.1 Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki
atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam
kolej.
12.2 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa cara
juga atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghalang
atau mengganggu pergerakan lalu lintas yang licin dan
teratur di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 45)
PERKARA 13: Lawatan
13.1 Lawatan ke luar kolej
(a) Permohonan untuk membuat lawatan ke luar kolej
hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kolej dalam
tempoh seperti berikut;
i. bagi lawatan dalam negara - satu (1) bulan sebelumtarikh lawatan; dan
ii. bagi lawatan ke luar negara - dua (2) bulan sebelum
tarikh lawatan.
(Akta 174: Kaedah 13)
(b) Surat kebenaran rawatan kecemasan dan dokumen
pengenalan diri seperti kad pengenalan, pasport
dan kad matrik hendaklah dibawa bersama dankeselamatannya terjaga semasa membuat lawatan.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
20/46
11
13.2 Menerima lawatan pihak luar ke kolej
(a) Pihak luar yang ingin membuat lawatan ke kolej perlu
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah
Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa olehPengarah Kolej.
(b) Mana-mana pihak dalam kolej (termasuk individu) yang
ingin menerima dan membawa pihak luar melawat
ke dalam kolej perlu memohon dan mendapatkan
kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau
pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
(c) Pihak luar yang ingin menginap di dalam kolej perlu
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah
Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
Pengarah Kolej.
(d) Pihak luar yang melawat ke dalam kolej yang ingin
menjalankan sebarang aktiviti perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej ataupegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
Salinan surat kebenaran berkenaan hendaklah
dikemukakan kepada Ketua Jabatan Pengurusan
Pelajar.
PERKARA 14: Aktiviti-Aktiviti Kolej
14.1 Aktiviti pelajar
(a) Sebarang aktiviti pelajar sama ada di dalam atau di
luar kawasan kolej yang melibatkan pihak luar mestilah
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah
Kolej dan hendaklah dicatatkan di papan kenyataan
am.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
21/46
12
(b) Pelajar adalah dilarang daripada mengadakan,
menganjurkan dan menyertai;
i. sebarang aktiviti yang bercanggah dengan
keputusan yang telah dipersetujui oleh PengarahKolej; dan
(Akta 174: Kaedah 9)
ii. aktiviti kongsi gelap, maksiat dan aktiviti lain yang
menyalahi undang-undang negara sama ada di
dalam atau di luar kawasan kolej.
(Akta 174: Kaedah 3a)
14.2 Masa menamatkan semua aktiviti dalam perkara 14.1
pada sebelah malam ialah tidak lewat daripada jam
11.00 malam. Sebarang aktiviti yang melewati masa
tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada
Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
Pengarah Kolej.
(Akta 174: Kaedah 29)
PERKARA 15: Menjemput Penceramah / Pensyarah Luar
15.1 Mana-mana kelab / pertubuhan / persatuan pelajar yang
ingin menjemput perceramah / pensyarah luar hendaklah
mengikut peraturan;
(a) Kebenaran daripada Pengarah Kolej hendaklah
diperolehi terlebih dahulu sebelum penceramah /pensyarah luar itu dijemput memberi ceramah di kolej.
Penceramah / pensyarah yang dijemput hendaklah
terdiri daripada pegawai kakitangan di kementerian /
jabatan kerajaan dari institusi pendidikan / pengajian
tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan;
(b) Penceramah / pensyarah yang dijemput tidak boleh
dari kalangan ketua / pemimpin atau ahli sebarangperkumpulan / persatuan / pertubuhan yang tidak
disetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia;
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
22/46
13
(c) Perkara yang menjadi tajuk dan isi ceramah hendaklah
perkara-perkara yang bersesuaian dengan tujuan dan
objektif kelab / pertubuhan / persatuan yang menjemput
dan tidak bercanggah dengan peraturan kolej dan
undang-undang negara; dan
(d) Semasa ceramah / syarahan diadakan, pensyarah atau
penasihat kelab / badan / persatuan yang berkenaan
hendaklah hadir bersama dan bertanggungjawab
menyediakan dan menghantar laporan bertulis kepada
Pengarah Kolej atau Bahagian Matrikulasi.
PERKARA 16: Menghadiri Ceramah / Syarahan YangBukan Diadakan Oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia
Pelajar tidak dibenarkan menghadiri sebarang ceramah /
syarahan yang bukan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia
kecuali dengan kebenaran Pengarah Kolej atau pegawai lain
yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
PERKARA 17: Rawatan Perubatan
Pelajar yang memerlukan rawatan di pusat perubatan kerajaan
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah
Kolej atau pegawai lain yang telah diberi kuasa oleh Pengarah
Kolej.
PERKARA 18: Menyimpan, Mengedar, Menayang Dan
Memperdengarkan Penerbitan Bercetak
Dan Bahan Bukan Bercetak
18.1 Tiada seorang pelajar dan tiada suatu pertubuhan, kelab
atau kumpulan pelajar boleh menyimpan, mendengar,
menayang, menampal dan memperdengarkan sebarang
penerbitan sama ada bercetak atau bukan bercetak seperti
filem, kaset, audio, video dan lain-lain bahan bukan cetak
yang dilarang di bawah Akta Cetakan Negara dan Undang-
Undang Negara.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
23/46
14
18.2 Sebarang bahan penerbitan bercetak dan bahan bukan
bercetak yang hendak diedarkan atau ditontoni atau
diperdengarkan kepada pelajar Program Matrikulasi perlu
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
18.3 Semua urusan surat-menyurat yang menggunakan nama
dan logo kolej yang hendak dibuat edaran sama ada di
dalam atau luar kawasan kolej hendaklah dibuat melalui
Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
Pengarah Kolej.
18.4 Percetakan sebarang jenis kad yang menggunakannama dan logo kolej yang hendak dibuat untuk edaran
perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah Kolej atau
pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
(Akta 174: Kaedah 12)
PERKARA 19: Judi Dalam Kolej
Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh terlibatdengan apa-apa jua cara dalam sebarang aktiviti perjudian di
dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 17)
PERKARA 20: Makanan Dan Minuman Yang Dilarang
20.1 Seseorang pelajar tidak boleh minum atau ada dalam
miliknya atau jagaannya atau kawalannya apa-apaminuman beralkohol di dalam kolej.
20.2 Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di
dalam kolej adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.
20.3 Seseorang pelajar tidak boleh minum, makan atau ada
dalam miliknya atau jagaannya atau kawalannya apa-apa
minuman, makanan dan bahan-bahan yang tidak halal.(Akta 174: Kaedah 18 dan 3b)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
24/46
15
PERKARA 21: Bahan-Bahan Lucah
Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh :
21.1 Memiliki atau dibawah jagaan atau kawalannya, ataumempamer, mengedar, melihat, menonton atau mendengar
secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kolej. (Akta 174: Kaedah 19)
PERKARA 22: Penyalahgunaan Dadah / Racun
22.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di
bawah jagaan atau kawalannya apa-apa dadah atauracun.
22.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di
bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat
radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa
tatatertib adalah direkabentuk bagi memakan atau meminum
atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke
dalam badannya secara suntikan atau dengan apa-apa juacara lain apa-apa dadah atau racun.
22.3 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal,mengadakan atau menawarkan atau bercadang hendakmemberi, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada sesiapapun.
22.4 Tiada seorang pelajar boleh makan atau minum ataumenghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalambadannya secara suntikan atau dengan apa-apa jua caralain apa-apa dadah atau racun.
22.5 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkansebagai melarang seorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh seseorang pengamal perubatan yangdidaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.
22.6 Pihak kolej berhak pada bila-bila masa meminta seseorangpelajar untuk menjalani ujian air kencing dan pemeriksaanperubatan.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
25/46
16
22.7 Seseorang pelajar yang didapati menggunakan ataumengambil atau menyalahgunakan atau menagih apa-apadadah atau racun adalah bersalah atas suatu kesalahantatatertib.
(Akta 174: Kaedah 20)
PERKARA 23: Larangan Merokok
23.1 Keseluruhan kawasan kolej adalah Kawasan LaranganMerokok di bawah Peraturan 4, Peraturan-PeraturanKawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 1997.
23.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya ataudibawah jagaannya atau kawalannya apa-apa hasiltembakau atau rokok atau rokok elektronik (vape).
23.3 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau dibawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat radasatau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertibadalah direka bentuk bagi memakan atau meminum ataumenghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalambadannya secara suntikan dengan apa-apa jua cara lain
apa-apa hasil tembakau atau rokok. (Akta 174: Kaedah 26)
PERKARA 24: Membuli Atau Mencederakan
24.1 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh membuliseorang pelajar lain sama ada secara lisan, bertulis danatau perbuatan.
24.2 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara bolehmendatangkan kecederaan atau kemudaratan kepada dirisendiri dan atau orang lain.
(Akta 174: Kaedah 3a dan 3b)
PERKARA 25: Bahan Letupan
25.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau dibawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan letupan,
mercun atau bunga api.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
26/46
17
25.2 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal,mengadakan atau menawarkan atau bercadang hendakmemberi, membekal, mengadakan atau menawarkanapa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api kepadasesiapapun.
(Akta 174: Kaedah 3b dan 22)
PERKARA 26: Mencuri / Mengalih / Meminda / Mengubah Objek
Tiada seorang pelajar boleh mencuri / mengubah / mengalih ataumeminda harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu tanpa kebenaran.
(Akta 174: Kaedah 3h)
PERKARA 27: Tingkah Laku Musnah
Tiada seorang pelajar boleh memusnah, merosak atau
mencacatkan harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan
mana-mana individu lain atau harta benda yang berada di dalam
kawasan kolej.
(Akta 174: Kaedah 3g)
PERKARA 28: Tingkah Laku Tidak Sopan
Tiada seorang pelajar boleh berkelakuan kurang sopan terhadap
mana-mana pegawai, kakitangan yang bertugas di kolej atau
pelajar lain.
(Akta 174: Kaedah 3a)
PERKARA 29: Berkahwin
Pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum atau semasa tempoh
pengajiannya. (Fasal 5h: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
27/46
18
PERKARA 30: Rujukan Perubatan/Hospital
Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai
melarang pihak kolej merujuk mana-mana pelajar jika didapati
perlu menjalani apa-apa rawatan oleh seseorang pengamalperubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.
PERKARA 31: Keingkaran
Seseorang pelajar mestilah mematuhi atau tidak melanggar apa-
apa arahan atau kehendak yang dikeluarkan oleh Pengarah Kolej
atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya.
(Akta 174: Kaedah 26)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
28/46
19
BAHAGIAN B
PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN
PERKARA 1: Pemakaian dan Tafsiran
1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ialah
semua pelajar Program Matrikulasi.
1.2 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini
akan diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah
dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.
PERKARA 2: Tatatertib Am Kolej Kediaman
2.1 Semua pelajar Program Matrikulasi diwajibkan tinggal di
kolej kediaman.
2.2 Tiada sesiapa boleh memasuki, menetap atau berada
dalam bilik yang diduduki pelajar kecuali pelajar menetap
itu sendiri;
(a) dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai
bagi seseorang kakitangan, pegawai, pekerja kolej yang
memasuki bilik itu dengan maksud menjalankan tugas,
kewajipan atau tanggungjawabnya, atau bagi sesiapa
yang memasukinya atau berada di dalamnya mengikut
sesuatu kebenaran yang diberi oleh Pengarah Kolej;
dan
(b) dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh
disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar menetap
lain daripada jantina yang sama untuk lawatan sosial.
(Akta 174: Kaedah 27)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
29/46
20
2.3 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu
untuk menghalang, menentang atau menahan seseorang
pegawai, kakitangan, pekerja kolej daripada memasuki
mana-mana bilik di kolej kediaman bagi tujuan menjalankan
tugas, kewajipan atau tanggungjawab di bilik itu. (Akta 174: Kaedah 28)
2.4 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar blok
kolej kediaman masing-masing selepas jam 11.00 malam
kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh Pengarah Kolej
atau pegawai yang diberi kuasa.
(Akta 174: Kaedah 29 & 30)
2.5 Pelajar yang menetap di sebuah kolej kediaman yang
berkaitan tidak boleh berada dalam premis kolej kediaman
lain, melainkan dengan kebenaran felo dan kebenaran itu
direkodkan.
2.6 Penggunaan premis dan larangan-larangan;
(a) Seseorang pelajar menetap hendaklah menggunakanpremis kolej kediaman dengan cermat yang sewajarnya
dan tidak melakukan sesuatu yang mencacatkan,
mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan
benda atau kelengkapan yang ada di dalamnya;
(b) Sepanjang tempoh menggunakan premis kolej
kediaman dan kemudahan-kemudahan di dalamnya,
seseorang pelajar menetap hendaklah berhemat dancermat bagi memastikan supaya ia tidak menyebabkan
apa-apa kesusahan, kegusaran, halangan atau
gangguan kepada orang lain.
(Akta 174: Kaedah 31)
(c) Seseorang pelajar menetap tidak boleh ada di dalam
miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya
apa-apa jenis binatang di dalam biliknya atau premiskolej kediaman.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
30/46
21
2.7 Seseorang pelajar menetap yang telah diperuntukkan
sesebuah bilik tidak boleh menukar tempat tinggalnya ke
mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara
bertulis daripada Pengetua Kolej Kediaman.
(Akta 174: Kaedah 32)
2.8 Arahan mengosongkan bilik atau berpindah;
(a) Seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu kolej
kediaman mengikut budi bicara dan kuasa mutlak pihak
kolej;
(b) Pihak kolej boleh menghendaki seseorang pelajarmenetap mengosongkan tempat tinggalnya atau
berpindah ke tempat lain yang disediakan oleh kolej
pada bila-bila masa tanpa memberi sebab; dan
(c) Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki
mengosongkan atau berpindah dari tempat tinggalnya,
ia hendaklah berbuat demikian dalam tempoh yang
ditetapkan oleh pihak kolej dan hendaklah dalamtempoh itu mengeluarkan semua barang kepunyaannya
daripada tempat tinggal yang ia dikehendaki
mengosongkan atau dari tempat ia dikehendaki
berpindah.
(Akta 174: Kaedah 33)
2.9 Semua pelajar wajib mengosongkan kolej kediaman
semasa cuti semester.
2.10 Felo atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Pengarah Kolej boleh, dari semasa ke semasa memberi
secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan
yang difikirkan perlu atau bermanfaat untuk memelihara
ketenteraman dan tatatertib dalam kolej kediaman, dan
perintah atau arahan itu boleh pada amnya mengenai
semua pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan adalah
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
31/46
22
menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar menetap yang diberi
perintah atau arahan itu mematuhi dan melaksanakannya.
(Akta 174: Kaedah 34)
PERKARA 3: Pengesahan Kesempurnaan Bilik dan Kemudahan - Kemudahan di Dalamnya
3.1 Semua pelajar dikehendaki memenuhi satu borang
pengesahan kesempurnaan bilik dan kemudahan asas
yang disediakan. Borang tersebut hendaklah dikembalikan
dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh mulai tinggal di kolej
kediaman.
3.2 Sebelum seseorang pelajar menyerahkan balik kunci
biliknya kepada penyelia asrama, ia hendaklah memastikan
dan mengesahkan yang keadaan bilik dan kemudahan
asas yang disediakan dalam keadaan sempurna.
(Akta 174: Kaedah 31)
PERKARA 4: Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat,
Cuti Hujung Minggu Dan Cuti Am
Pelajar menetap yang memerlukan rawatan kecemasan atau
sakit selepas waktu pejabat, cuti hujung minggu atau pada cuti
am hendaklah memberitahu felo bertugas dan jika perlu akan
dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.
PERKARA 5: Barangan Kepunyaan Persendirian
5.1 Pelajar menetap hendaklah menyimpan wang dan barang-
barang kepunyaan sendiri di tempat yang selamat.
Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kehilangan.
5.2 Segala pakaian (termasuk kasut) yang basah hendaklah
disidai atau dijemur di luar bilik. Sebelum dijemur di ampaian
pastikan pakaian basah diperah supaya air di pakaian tidakmenitik pada pakaian orang lain di tingkat bawah.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
32/46
23
5.3 Semasa cuti semester atau semasa tidak lagi menetap
di kolej kediaman semua barang persendirian hendaklah
dikeluarkan dari bilik.
5.4 Sekiranya pelajar hendak menumpangkan barang-barang persendirian semasa cuti semester di dalam stor
blok kolej kediaman perlu mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah Kolej atau Pengetua Kolej Kediaman.
PERKARA 6: Masa Memadam Lampu
6.1 Lampu utama bilik kolej kediaman hendaklah dipadamkan
selewat-lewatnya pada jam 12.00 malam pada tiap-tiapmalam. Walau bagaimanapun lampu meja boleh digunakan
jika ada tugasan yang hendak disiapkan.
6.2 Bilik rehat boleh digunakan selepas 12.00 malam jika ada
tugasan dan perbincangan kumpulan. Berbual-bual dan
aktiviti rekreasi tidak dibenarkan selepas jam 12.00 malam.
Mereka yang terakhir menggunakan bilik rehat hendaklah
memastikan semua suis elektrik dimatikan.
6.3 Pelajar menetap hendaklah memadamkan lampu dan
mematikan kipas angin jika tiada sesiapa di dalam bilik atau
apabila meninggalkan bilik masing-masing.
6.4 Pelajar menetap dilarang membuat bising terutama selepas
masa lampu padam.
PERKARA 7: Penggunaan Peralatan Elektrik
7.1 Pelajar menetap dilarang menggunakan peralatan elektrik
yang tersenarai di bawah di dalam bilik kolej kediaman :
Peralatan audio visual, peti televisyen, perakam dan
pemain video, peti sejuk, cerek, dapur, periuk, pemanas air
dan seterika.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
33/46
24
7.2 Mereka yang menggunakan cerek elektrik dan seterika
elektrik hendaklah menggunakannya di bilik ‘pantri’
atau bilik rehat blok kolej kediaman.
7.3 Pelajar menetap ditegah sama sekali membuat sambunganharam di dalam bilik masing-masing untuk sebarang
peralatan elektrik.
7.4 Radio dan peralatan audio hanya boleh digunakan sebelum
12.00 malam dan tidak mengganggu penghuni lain.
7.5 Pihak kolej akan mengambil tindakan kepada mereka
yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan yangberpunca daripada sambungan haram dan kerosakan
alatan elektrik yang digunakan di bilik kolej kediaman
masing-masing dan apa jua kemalangan terhadap
pelajar menetap lain yang disebabkan oleh kecuaian atau
mengingkari peraturan-peraturan kolej kediaman yang
telah diperuntukkan.
(Akta 174: Kaedah 31)
PERKARA 8: Menerima Tetamu
8.1 Pelajar menetap tidak dibenarkan membawa tetamu
memasuki mana-mana kawasan blok kolej kediaman.
8.2 Pelajar hendaklah memastikan kepada tetamu supaya
meninggalkan kawasan kolej sebelum jam 7.00 malam.
8.3 Kenderaan tetamu hendaklah diletakkan di medan letak
kenderaan yang disediakan sahaja.
8.4 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya
tidak menjalankan aktiviti dalam kawasan kolej tanpa
kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai
lain yang diberi kuasa oleh Pengarah.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
34/46
25
8.5 Seseorang pelajar menetap adalah bertanggungjawab
terhadap kelakuan baik tetamu mereka dan memastikan
semua peraturan kolej dipatuhi semasa mereka berada di
dalam kolej.
PERKARA 9: Cuti Hujung Minggu / Cuti Lain
9.1 Pelajar menetap dibenarkan bercuti dan berada di luar kolej
dalam sesuatu semester untuk menziarahi keluarga dan
sanak saudara mengikut masa yang ditetapkan oleh kolej.
Permohonan untuk tujuan itu hendaklah diisi dalam borang
khas / `on-line’ yang disediakan.
9.2 Borang permohonan / permohonan secara ‘on-line’
tersebut hendaklah disampaikan kepada felo / pegawai
yang bertanggungjawab untuk kelulusan pada masa yang
ditetapkan.
9.3 Jika berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan
seseorang pelajar menetap itu berada di luar kolej, pelajar
menetap yang berkenaan hendaklah mendapatkankebenaran bertulis daripada felo / pegawai yang
bertanggungjawab.
PERKARA 10: Aktiviti Di Blok Kolej kediaman
10.1 Semua aktiviti blok termasuk mesyuarat jawatankuasa
blok kolej kediaman hendaklah dimaklumkan kepada felo
blok dan felo bertugas.
10.2 Sebarang kejadian seperti kecurian, pergaduhan,
pencerobohan orang luar, aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
dan lain-lain hendaklah diberitahu kepada felo blok atau
felo bertugas dengan seberapa segera.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
35/46
26
BAHAGIAN C
PERATURAN KAFETARIA
PERKARA 1: Pemakaian, Pindaan dan Tambahan
1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah
semua pelajar yang sah berdaftar dan tinggal di kolej
kediaman.
1.2 Mereka yang mendapat kebenaran bertulis bagi
menggunakan kafetaria atas sesuatu tujuan seperti
mengadakan majlis-majlis yang tidak bercanggah dengan
peruntukan peraturan kolej.
1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini
akan diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah
dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.
PERKARA 2: Pakaian Semasa di Kafetaria
Pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikutsusuk tubuh.
PERKARA 3: Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan
Aktiviti
3.1 Mana-mana persatuan, kelab dan pihak lain di kolej yang
hendak menggunakan kafetaria sebagai tempat untuk
menjalankan aktiviti hendaklah memohon dan mendapatkankebenaran daripada pengarah kolej atau pegawai yang
diberi kuasa.
3.2 Selepas menggunakan kemudahan di kafetaria, semua
perabot hendaklah disusun atur semula seperti asalnya.
(Akta 174: Kaedah 31)
3.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan ke bilikmasing-masing kecuali untuk rakan yang sakit.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
36/46
27
3.4 Pelajar dilarang membawa masuk ke kawasan kolej
sebarang makanan dan minuman yang tidak halal.
(Akta 174: Kaedah 3b)
PERKARA 4: Urusan Berjual Beli
Pelajar tidak dibenarkan berhutang dengan pihak pengurusan
kafetaria.
(Akta 174: Kaedah 3b)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
37/46
28
BAHAGIAN D
PERATURAN PERPUSTAKAAN
PERKARA 1: Peraturan Am Perpustakaan
1.1 Pelajar perlu memakai dan mempamerkan kad matrik di
dalam perpustakaan. Pelajar tidak dibenarkan masuk jika
tiada kad matrik.
1.2 Untuk menjaga kepentingan semua, pelajar dilarang
berbual-bual dalam kawasan perpustakaan melainkan di
bilik perbincangan.
1.3 Merokok, makan dan minum dilarang sama sekali.
1.4 Beg, payung, bungkusan dan sebagainya, tidak boleh
dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Tempat khas untuk
menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu
masuk. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan barang-barang tersebut.
(Laci- laci berkunci boleh ditempah di Kaunter
Perkhidmatan).
1.5 Pihak perpustakaan memerlukan kerjasama semua pelajar
untuk memelihara susunan perabot supaya kemas dan
teratur.
1.6 Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam bakul
sampah yang disediakan.
1.7 Pelajar hendaklah meletakkan buku yang telah digunakan
sebaik-baiknya ke tempat asal. Jangan longgokkan buku di
atas meja / tempat membaca.
1.8 Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat-
alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja akan
dipungut oleh pegawai bertugas. Pihak perpustakaan tidak
akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang hak
milik perseorangan.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
38/46
29
1.9 Pelajar mesti berpakaian kuliah pada waktu pejabat.
Pakaian lain yang kurang sesuai tidak dibenarkan di
dalam perpustakaan.
1.10 Pegawai yang bertugas berkuasa mengarahkanseseorang pelajar meninggalkan perpustakaan jika
didapati mengganggu ketenteraman perpustakaan.
1.11 Ketika hendak keluar dari perpustakaan, pelajar
hendaklah menunjukkan semua buku dan fail kepada
pegawai yang bertugas di pintu keluar untuk
pemeriksaan.
1.12 ‘Buzzer ’ akan dibunyikan sepuluh minit sebelum masa
perpustakaan ditutup dan semua pelajar dikehendaki
meninggalkan perpustakaan apabila mendengar isyarat
tersebut. Urusan pinjaman dan mengembalikan buku tidak
dibenarkan selepas ‘buzzer ’ dibunyikan.
1.13 Waktu rasmi untuk sebarang urusan perpustakaan adalah
mengikut jam kaunter perpustakaan.
1.14 Masa perkhidmatan perpustakaan boleh dipinda dari
semasa ke semasa. Pengumuman akan diletakkan di
papan kenyataan perpustakaan.
1.15 Perpustakaan dibuka kepada pelajar jam 8.30 pagi.
Bagaimanapun sekiranya kuliah diadakan awal
daripada waktu tersebut, pensyarah berkenaan bolehmemohon kepada pustakawan supaya membenarkan
pelajar masuk.
1.16 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang
ditetapkan oleh kolej dari semasa ke semasa.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
39/46
30
PERKARA 2: Pendaftaran
2.1 Perpustakaan memberi perkhidmatan dan kemudahan
kepada pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar kolej
sahaja.
2.2 Semua pelajar adalah ahli perpustakaan secara
automatik.
2.3 Kad matrik pelajar akan digunakan pada setiap kali urusan
pinjaman dan pemulangan dibuat.
2.4 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yangditetapkan oleh kolej dari semasa ke semasa.
PERKARA 3: Kemudahan Pinjaman
Kemudahan pinjaman bagi pelbagai kategori pembaca adalah
seperti berikut :-
3.1 Buku Rak Terbuka dan Buku Bertanda Kuning bolehdipinjam dua (2) buah buku selama seminggu.
3.2 Buku bertanda merah
Sebuah buku dibenarkan untuk dipinjam selama dua jam.
Pinjaman semalaman dibenarkan dengan syarat buku
dikembalikan sebelum jam 9.00 pagi pada keesokan
harinya.
3.3 Bahan-bahan terbitan bersiri
Terbitan bersiri yang belum berjilid hanya boleh digunakan
di perpustakaan sahaja.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
40/46
31
3.4 Bahan rujukan
Bahan-bahan rujukan boleh digunakan di perpustakaan
sahaja. Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu
selama satu minggu hanya dengan kebenaran pustakawan.
3.5 Alat pandang-dengar
Hanya pensyarah sahaja boleh meminjam alat pandang-
dengar. Tempohnya akan ditetapkan oleh pustakawan.
Pelajar-pelajar lain hanya boleh menggunakanya di dalam
perpustakaan sahaja. Pustakawan boleh menggunakan
budi bicara untuk membenarkan pinjaman alat pandang-dengar dibawa keluar dari perpustakaan atas alasan-alasan
tertentu.
3.6 Peralatan
Peralatan seperti OHP, projektor filem slaid, radio, pemain
video, kamera video dan sebagainya boleh dipinjam dan
dibawa keluar dari perpustakaan dengan mengisi borangkhas dan mendapat kebenaran pustakawan.
3.7 Akhbar dan bahan bercetak yang lain adalah untuk rujukan
di dalam perpustakaan kolej sahaja.
PERKARA 4: Peraturan Pinjaman
4.1 Peraturan am pinjaman buku rak terbuka dan koleksibertanda kuning;
(a) Lengkapkan slip pinjaman dengan butiran yang
diperlukan.
(b) Serahkan slip pinjaman serta buku yang dipinjam
kepada kaunter pinjaman.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
41/46
32
(c) Tunjuk kad matrik untuk identifikasi.
(d) Pastikan tarikh pulang dicop di dalam buku dan di
dalam slip pinjaman.
(e) Kembalikan buku sebelum atau pada tarikh pemulangan
seperti yang dicop pada buku. Dapatkan salinan slip
pinjaman berwarna biru untuk simpanan sebagai bukti
buku telah dikembalikan.
(f) Peminjam boleh diminta untuk memulangkan buku-
buku yang dipinjam sekiranya diperlukan.
(g) Pinjaman antara Perpustakaan boleh diuruskan tetapi
dikenakan bayaran.
4.2 Buku-buku bertanda merah
(a) Bagi buku-buku yang permintaannya tinggi, seseorang
pelajar tidak dibenarkan menempah sesebuah buku
yang sama lebih daripada sekali pada hari yang sama.
(b) Bahan-bahan yang ditempah mesti diambil oleh pelajar
yang membuat tempahan.
(c) Buku yang ditempah akan disimpan selama sepuluh
minit dan akan dipinjamkan kepada pembaca lain jika
tidak diambil dalam jangka masa tersebut.
(d) Penempahan untuk pinjaman satu malam boleh dibuat
pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh perpustakaan,
iaitu setengah jam sebelum perpustakaan ditutup. Buku
tersebut mesti dipulangkan dalam masa setengah jam
selepas perpustakaan dibuka.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
42/46
33
4.3 Membaharui Pinjaman
Bahan-bahan Perpustakaan yang dipinjam boleh
diperbaharui tarikh pinjamannya kecuali ia telah ditempah
oleh pelajar lain. Kembalikan buku yang dipinjam supayatarikh baharu dapat di cop.
4.4 Tempahan
(a) Bahan-bahan di Perpustakaan boleh ditempah
(b) Bahan-bahan yang telah ditempah akan disimpan
selama lima hari dari tarikh notis penempahandikeluarkan. Selepas tempoh ini, bahan-bahan
tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau
dipinjamkan kepada pelajar lain.
(c) Pelajar boleh membaharui pinjaman melalui telefon.
Berikan butiran yang dikehendaki seperti nombor ahli
dan judul buku. Membaharui pinjaman melalui telefon
mesti dibuat sebelum tempoh pinjaman seperti dicatatdi buku tamat.
4.5 Buku-buku yang melewati tarikh / masa pemulangan
Pelajar didenda sekiranya lewat memulangkan buku
pinjaman.
4.6 Panggilan balik
Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjam
tertakluk kepada panggilan balik dari perpustakaan dan
hendaklah dipulangkan sebaik sahaja notis-notis untuk
berbuat demikian diterima.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
43/46
34
PERKARA 5: Kehilangan Dan Kerosakan
5.1 Buku
5.1.1 Pelajar yang menghilangkan / merosakkan bukuperlu melaporkan kepada pustakawan tentang
kehilangan / kerosakan dengan segera.
5.1.2 Pelajar perlu mengganti buku atau membayar harga
buku mengikut harga pasaran bagi setiap buku yang
hilang / rosak.
5.1.3 Jika buku yang hilang / rosak terdiri daripada satu set / siri, pelajar perlu mengganti buku atau membayar
dengan harga set buku tersebut.
5.1.4 Sekiranya pelajar mengganti buku judul yang sama
(bukan fotokopi), denda lewat masih dikenakan
tetapi bayaran pengurusan tidak dikenakan.
5.2 Peralatan / Perisian
5.2.1 Pelajar yang menghilangkan peralatan / perisian
perlu membayar kos peralatan / perisian yang sama
mengikut harga pasaran.
5.2.2 Kos pembaikan peralatan / perisian yang rosak
semasa dipinjam oleh pelajar ditanggung oleh
pelajar sendiri.
PERKARA 6: Mencuri Atau Mencacatkan Bahan-Bahan
Perpustakaan
Mencuri atau mencacatkan buku dan bahan-bahan lain di
Perpustakaan merupakan satu kesalahan dan akan didakwa di
bawah peruntukan Akta 174.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
44/46
35
PERKARA 7: Kemudahan Internet Perpustakaan
7.1 Peraturan menggunakan internet
(a) Semua pelajar kolej dibenarkan menggunakanperkhidmatan ini.
(b) Kad matrik akan disimpan semasa menggunakan
perkhidmatan internet ini.
(c) Penggunaan dihadkan kepada masa satu jam sekali
atas dasar ‘siapa datang dahulu’.
(d) Lengkapkan borang pendaftaran perkhidmatan internet
di kaunter sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
(e) Penggunaan perkhidmatan ini atas tujuan pembelajaran,
pengajaran dan penyelidikan sahaja.
(f) Pengaksesan kepada bahan lucah atau berupa
ancaman tidak dibenarkan dan akan dikenakantindakan Akta 174 (Kaedah 19).
(g) Muat turun hanya dibenarkan dengan menggunakan
pemacu pena / pemacu jari yang telah diimbas.
(h) Penggunaan perisian persendirian tidak dibenarkan.
7.2 Hak / Keistimewaan
(a) Akses internet bukanlah hak tetapi satu keistimewaan
sahaja.
(b) Keistimewaan ini akan ditarik balik sekiranya pelajar
didapati menyalahgunakannya.
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
45/46
36
7.3 Tingkah laku musnah (Vandalisme);
(a) Tingkah laku musnah ialah satu tindakan yang tidak
bertimbangrasa ke atas perisian internet atau perisian
komputer atau perkakasan komputer.
(b) Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang
didapati bersalah.
(Akta 174: Kaedah 3g)
8/17/2019 Buku Peraturan Matrikulasi
46/46
BAHAGIAN E
JENIS-JENIS HUKUMAN
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan
tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-
hukuman itu disatukan sekali;
a) amaran;
b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM 500.00);
c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa ataukesemua kemudahan-kemudahan kolej selama tempoh
yang ditentukan;
d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di
kolej selama tempoh yang ditentukan;
e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau
keseluruhan peperiksaan di kolej;
f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian kolej selama
tempoh yang ditentukan;
g) pembuangan daripada kolej oleh pihak berkuasa tatatertib. (Akta 174: Kaedah 48)