BM2(Sbh)

  • Upload
    simpor

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    1/9

    [Lihat sebelah

    SULIT

    SULIT

    1103/2

    Bahasa

    Malaysia

    Kertas 2

    Ogos2008

    2 jam

    SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

    ---------------------------------------------------------

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008

    EXCEL 2

    2008

    BAHASA MALAYSIA

    Kertas 2

    Dua jam tiga puluh minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungiempatsoalan.

    2. Jawabsemuasoalan.

    3. Jawapan bagiSoalan 2(b), Soalan 2(c)danSoalan 2(d) dan Soalan 4

    berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

    4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

    Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

    NAMA :_____________________

    KELAS : ____________________

    NO.K.P :_____________________

    A.GILIRAN :_____________________

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    2/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    2

    Soalan 1 : Rumusan

    [30 markah]

    Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentangkesan negatif

    amalan rasuahdansebab-sebab berlakunya amalan tersebut. Panjang rumusanhendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Rakyat Malaysia, khususnya kakitangan awam, wajar mengambil perhatian

    terhadap ingatan Perdana Menteri bahawa rasuah akan menghalang negara daripada

    mencapai kemajuan. Kita semua bercita-cita untuk menikmati hidup dalam sesebuahnegara maju menjelang tahun 2020 selaras dengan wawasan yang dirintis oleh Perdana

    Menteri ke-4. Cita-cita ini bukan satu perkara yang mustahil dan pasti dapat dicapai.

    Walau bagaimanapun, seperti yang diingatkan oleh Perdana Menteri, rakyat negara ini,khususnya kakitangan awam mesti menghindarkan diri daripada rasuah. Rasuah

    merupakan suatu amalan buruk yang tidak harus ada pada mana-mana penjawat awam

    memandangkan perlakuan itu mendatangkan keburukan kepada masyarakat dan negara.Hal ini kerana amalan rasuah akan menyebabkan segala urusan pentadbiran sengaja

    dihalang bagi mendapatkan habuan.

    Kita percaya, walau dalam apa-apa juga bentuk, sama ada kecil atau besar, rasuah

    mesti dibanteras. Sebarang tolak ansur dalam soal rasuah, sama ada kecil sekalipun akan

    merintis budaya yang lebih besar. Justeru, masyarakat di negara ini perlu disedarkan

    tentang bahaya rasuah. Malah, mereka sendiri berkemungkinan sudah dapat merasakan

    keburukan amalan rasuah seumpama itu kerana amalan rasuah boleh menimbulkanketidaklicinan dan ketidakcekapan dalam jentera pentadbiran kerajaan. Hal ini jelas

    kerana segala tindakan akan memikirkan habuan yang bakal diterima. Selain itu, amalanrasuah juga jelas melahirkan suasana ketidakadilan apabila mereka yang mempunyai

    kekayaan akan menguasai pentadbiran negara, sementara rakyat biasa akan tersekat

    dalam usaha mereka untuk menikmati yang lebih baik.Amalan rasuah hanya dapat berlaku jika terdapat pihak yang memberi dan pihak

    yang menerima. Kedua-duanya bersalah. Amalan itu tidak boleh dielak dengan adanya

    mekanisme-mekanisme lain seperti undang-undang, peraturan, prosedur, ketelusan, dankonsep kepimpinan melalui teladan. Apabila disebut rasuah sebagai budaya, maka

    pembanterasannya juga harus meliputi semua sektor masyarakat. Maka, dalam sektor

    swasta, dalam kalangan ahli perniagaan, dalam urusan sesama sendiri, mereka juga harus

    menghindarkan diri daripada rasuah. Kita percaya badan-badan perniagaan sendiri jugasedar bahawa amalan rasuah dalam kalangan kakitangan mereka akan mendatangkan

    kemudaratan yang akhirnya boleh memusnahkan syarikat berkenaan. Apa tidaknya, kos

    syarikat meningkat disebabkan terpaksa menampung perkara negatif ini. Untukmenghalang rasuah daripada menjadi budaya, sikap membenci rasuah harus dipupuk di

    semua peringkat masyarakat termasuk dalam kalangan kanak-kanak.

    Justeru, hal ini bermakna, pendidikan menentang rasuah wajar juga disalurkan,baik melalui sekolah mahupun dalam keluarga. Generasi baharu wajar dididik untuk

    membenci rasuah demi masa depan mereka supaya cita-cita negara ini untuk mencapai

    status negara maju berjaya dicapai. Biarlah semua anggota masyarakat menolak rasuahkerana menyedari bahawa amalan itu buruk dan bukan semata-mata takut pada hukuman

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    3/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    3

    undang-undang. Namun begitu, anggota masyarakat juga perlu aktif memberikankerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk membanteras budaya itu

    daripada terus menular. Jika masyarakat berpakat menolak amalan ini, sudah tentu

    masalah dapat dibendung daripada terus menjadi duri dalam daging dalam masyarakatkita.

    (Diubahsuaikan daripada Tolak Rasuah untuk Berjaya

    Utusan Malaysia,8 Januari 2003)

    Soalan 2 : Pemahaman

    Soalan 2(a) - Petikan Umum

    Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan

    ayat anda sendiri.

    (i) Berikan maksud rangkai kata merintis budaya yang lebih besar.[2 markah]

    (ii) Bagaimanakah amalan rasuah dapat dibendung dalam masyarakat kita ?[3 markah]

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah rasuah dikatakan dapat membinasakansesebuah negara ?

    [4 markah]

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    4/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    4

    Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Yalah, lelaki mana yang tak rasa tercabar apabila lihat wanita berjaya begitu,lebih-lebih lagi wanita itu isterinya. Sorry Zel , aku tak bermaksud untuk merendahkanabah kau. Tapi aku fikir reputasi abah kau sebagai guru sekolah rendah tercabar apabila

    melihat mama kau jauh lebih berjaya. Huh, wanita sukses dalam bidang komputer dan

    perniagaan . Wow, thats great enough for a woman like your mum!

    Kembang kuncup dadaku apabila mendengar kata-kata Win, teman baik sejakkecil. Tetapi sebentar itu aku hampir terduduk apabila memikirkan sesuatu yang jahat,

    sesuatu yang tidak wajar, sesuatu yang menyimpang jauh daripada pemikiran luhur. Ya,

    adakah mama career woman yang sengaja mahu mengeksploitasi keintelektualannya,kebijaksanaannya, kecerdasannya, kebolehannya, kelebihannya agar abah rasa inferior?

    Setiap manusia ada menyimpan ego. Tak ada kekecualian antara lelaki dan

    wanita. Kata-kata Win kembali menyelit. Ma ada ego ? Ma hendak tunjuk egonya ?Yang akhirnya membuatkan mereka terpisah ? Kami terpisah ?

    (Dipetik daripada

    Virus Zel Untuk Abaholeh Amil Jaya dalam antologi Kerusi

    Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Mengapakah abah dan mama berpisah ?[3 markah]

    (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan perceraian ibu bapa kepada anak-anak ?[3 markah]

    (iii) Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan dua persoalan daripadakeseluruhan cerpen .

    [3 markah]

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    5/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    5

    Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Maka pada antara itu berkata seorang budak. Apa kerja kita berkubukan betisini? Kita perdayakan diri kita demikian ini jika kita berkubukan batang pisang alangkah

    baiknya.

    Telah didengar oleh Paduka Seri Maharaja, maka titah baginda. Benarlah seperti

    kata kanak-kanak itu.Maka baginda pun mengerahkan segala rakyat berkotakan rias. Maka todak pun

    datang, serta ia melompat lekat jungornya pada batang pisang itu, maka datang orang

    menetak dia. Maka tidaklah terkira-kira lagi banyak matinya todak itu, bangkainyabertimbun-timbun di pantai itu. Maka tiada termakan lagi oleh manusia di dalam negeri

    Singapura. Maka todak itupun tidaklah melompat lagi.

    Pada suatu riwayat, daripada deras lompat todak itu, datang ke atas gajah, kenabaju Paduka Seri Maharaja, carik lengannya maka dibuatkan orang nyanyi:

    Carik baju raja,

    Dilompati todak;Bukan disahaja,

    Sebab akal budak.

    Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembali. Maka sembah orang besar-besar,

    Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau iabesar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.

    (Dipetik daripada

    Kezaliman Membawa Padahdalam antologi Kerusi

    Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata berkotakan rias seperti yang terdapat di dalampetikan di atas.

    [2 markah]

    (ii) Gambarkan suasana yang berlaku apabila todak melanggar Singapura setelahbudak memberi cadangan kepada Paduka Seri Maharaja?

    [3 markah]

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah pembesar-pembesar ingin supaya budakcerdik itu dibunuh?

    [3 markah]

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    6/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    6

    Soalan 2 (d) - Petikan Puisi Tradisional

    Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan

    menggunakan ayat anda sendiri.

    PANTUN LAPAN KERAT

    Sarang merbah di celah dahan,

    Tempat punai bermain di situ,

    Berkejar-kejaran anak rusa,

    Tampak dari tanah seberang;Bersyukur aku kepada Tuhan,

    Kalau nasib memang begitu,

    Akan merana sepanjang masa,Harap pada kasihan orang.

    Bagus rupanya bunga melur,Putih rupanya bunga pinang,

    Berukir bertangkai perak,

    Permainan raja perempuan;

    Cawan, cerek sudah teratur,Pinggan, mangkuk sudah terhidang,

    Penganan mulia sudah terletak,

    Samalah duduk kita makan.

    Korek perigi di parit seberang,Tepi parit tumbuh mengkudu,

    Berselang dengan pohon puding,

    Hidup subur kanan dan kiri;Tuan pergi dagang seorang,

    Tiada saudara tempat mengadu,

    Tiada saudara tempat berunding,Pandai-pandailah membawa diri.

    Antalogi Kerusi,

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    (i) Mengapakah orang dagang mesti pandai membawa diri semasa di perantauan?[2 markah]

    (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita melayan tetamu yang berkunjungke rumah kita?

    [4 markah]

    (iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut.[3 markah]

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    7/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    7

    Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

    [30 markah]

    Jawab semua soalan.

    (a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan

    bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

    menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan

    nama khas.

    (i) tulus - telus(ii) seloroh - seluruh

    (iii) cocok - cucuk

    [6 markah]

    (b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah

    maksud asal ayat-ayat tersebut.

    Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme. Vandalisme ialah

    kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan olehremaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi

    masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama.

    Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkanialah gengsterisme.

    [6 markah]

    (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

    penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

    setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan

    dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    (i) Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagimencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak

    beberapa hari lalu.

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    8/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    8

    (ii) Dalam majlis itu, berbagai-bagai persembahan telah diada sempena harikeputeraan baginda yang ke 52 tahun.

    (iii) Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga denganmenghindar diri daripada perbuatan yang mengaibkan mereka.

    [6 markah]

    (d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau

    kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

    setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan

    penggunaaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu

    menyalin ayat itu semula.

    (i)

    Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar akan mengadakan penyiasatan untukmendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa spesies burung di negara

    kita dalam tempoh satu setengah tahun.

    (ii) Pesilat itu melenting ke kiri dan kanan sebelum menerpa ke arah pihak lawan.(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu akan meneruskan perjalanan ke

    Eropah di dalam masa satu jam setengah dari sekarang.

    [6 markah]

    (e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap

    daripadanya.

    (i) seperti lembu dicucuk hidung(ii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi(iii) biar mati anak, jangan mati adat

    [6 markah]

  • 8/14/2019 BM2(Sbh)

    9/9

    SULIT 1103/2

    SULIT

    9

    Soalan 4 : Novel

    [15 markah]

    Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

    (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari(v)

    Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

    (vii) Julia karya Abu Hassan Morad(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

    (a)Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam salah satu novelyang anda kaji.

    [7 markah]

    (b)Bandingkan watak utama melalui mana-mana dua buah novel yang anda kaji.[8 markah]

    KERTAS SOALAN TAMAT